8
HARI ANUGERAH KECEMERLANGAN ILMU SKKT 2009 DAN MAJLIS GRADUASI TAHUN 6 2009 Mengumumkan ketibaan Yg Berbahagia Tn Hj Mat Saat @ Puteh b Abdullah. YDP PIBG SKKT Bismi…….. 1. Yg Berbahagia Tn Hj Mat Saat @ Puteh b Abdullah YDP PIBG SKKT 2. Yg Berusaha Tn Hj Ramlan b Ramli GB SKKT 3. Yg dihormati – - Guru-guru Penolong Kanan - AJK PIBG -Guru-guru -Para ibu bapa Seterusnya, para pelajar anak-anak didik khususnya penerima anugerah yang dikasihi sekalian. ASSALAMUALAIKUM……. Alhamdulilah, setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Allah SWT atas pekenan limpah kurnia dan inayahNya jua, kita dapat bersua lagi dalam majlis penuh gilang gemilang, majlis meraikan dan mengiktiraf kejayaan anak-anak kita dalam majlis yang dinamakan “HARI ANUGERAH KECEMERLANGAN ILMU 2009”. Buat julung kalinya juga majlis pada hari ini turut meraikan pelajar-pelajar Tahun 6 dalam Majlis Graduasi kerana berjaya menamatkan persekolahan peringkat sekolah rendah dengan jayanya.

Skrip Pengacara Hari Anugerah Kecemerlangan Ilmu Skkt 2009 Dan Majlis Graduasi Tahun 6 2009

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Skrip Pengacara Hari Anugerah Kecemerlangan Ilmu Skkt 2009 Dan Majlis Graduasi Tahun 6 2009

HARI ANUGERAH KECEMERLANGAN ILMU SKKT 2009 DAN MAJLIS GRADUASI TAHUN 6 2009

Mengumumkan ketibaan Yg Berbahagia Tn Hj Mat Saat @ Puteh b Abdullah. YDP PIBG SKKT

Bismi……..

1. Yg Berbahagia Tn Hj Mat Saat @ Puteh b Abdullah YDP PIBG SKKT

2. Yg Berusaha Tn Hj Ramlan b RamliGB SKKT

3. Yg dihormati –- Guru-guru Penolong Kanan- AJK PIBG-Guru-guru-Para ibu bapa

Seterusnya, para pelajar anak-anak didik khususnya penerima anugerah yang dikasihi sekalian.ASSALAMUALAIKUM…….

Alhamdulilah, setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Allah SWT atas pekenan limpah kurnia dan inayahNya jua, kita dapat bersua lagi dalam majlis penuh gilang gemilang, majlis meraikan dan mengiktiraf kejayaan anak-anak kita dalam majlis yang dinamakan “HARI ANUGERAH KECEMERLANGAN ILMU 2009”. Buat julung kalinya juga majlis pada hari ini turut meraikan pelajar-pelajar Tahun 6 dalam Majlis Graduasi kerana berjaya menamatkan persekolahan peringkat sekolah rendah dengan jayanya.

Majlis juga ingin mengambil kesempatan merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih tidak terhingga kepada sekalian yang hadir bagi menjayakan lagi majlis yang penuh bermakna ini. Sokongan , kerjasama dan kecaknaan tuan-tuan dan puan-puan semua pastinya menjadi penggerak dan pemangkin dalam usaha mencapai kejayaan di masa-masa akan datang. InsyaAllah.

Page 2: Skrip Pengacara Hari Anugerah Kecemerlangan Ilmu Skkt 2009 Dan Majlis Graduasi Tahun 6 2009

1. Bacaan Doa

Pembuka tirai , sebelum majlis pada pagi ini diteruskan, sama-samalah kita mengaminkan doa yang akan dibacakan oleh Al Fadhl Utz Ahmad Saiful b Ibrahim. Dgn segala hormatnya dipersilakan….

-BACAAN DOA-

Amin amin ya Rabbal Alamin..Terima kasih diucapkan kepada Utz Ahmad Saiful atas bacaan doa itu tadi. Semoga majlis pada pagi ini mendapat rahmat dan keberkatan dariNya jua. InsyaAllah..

2. UCAPAN TN GURU BESARMeneruskan aturcara pada pagi ini, majlis dengan segala hormatnya mempersilakan Yg Berusaha Tn Hj Ramlan b Ramli, GB SKKT, untuk menyampaikan ucapan alu-aluan. Dengan segala hormatnya dipersilakan..

-UCAPAN GB –

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Yg Berusaha Tn GB atas ucapan itu tadi.

3. UCAPAN PERASMIANHadirin hadirat yang dimuliakan.Majlis pada pagi ini diteruskan lagi dengan mempersilakan Yg Berbahagia Tn Hj Mat Saat @ Puteh b Abdullah bagi menyampaikan ucapan seterusnya merasmikan majlis kita pada pagi ini. Dengan segala hormatnya dipersilakan…

UCAPAN PERASMIAN

Terima kasih diucapkan kepada Yg Berbahagia Che Puteh. Dengan ucapan perasmian itu tadi, maka rasmilah sudah Hari Anugerah Kecemerlangan Ilmu dan Majlis Graduasi Tahun 6 2009.

4. PERSEMBAHAN TARIAN DAN GERAKAN “CHICKEY DANCE”

Tirai dibuka, agenda pun bermulaSaat dinantikan telah pun tibaAnugerah dan penghargaan kepada yang Berjaya..

Bagi meredakan resah di jiwa, debar di dada.. Sama-samalah kita saksikan persembahan istimewa oleh murid-murid Prasekolah, nyanyian dan gerakan berjudul “Chikey Dance”. Persembahan ini adalah di bawah bimbingan Pn Nur Edziani dan Pn Aini. Dengan sukacitanya dipersilakan….

Page 3: Skrip Pengacara Hari Anugerah Kecemerlangan Ilmu Skkt 2009 Dan Majlis Graduasi Tahun 6 2009

PERSEMBAHAN CHICKEY DANCE

Terima kasih buat anak-anak comel, murid-murid PraSekolah SKKT atas persembahan memikat hati itu tadi..

5. MAJLIS PENYAMPAIAN HADIAH PENGHARGAAN KHASTirai dibuka penuh maknaHadiah dan penghargaan tanda kemenanganUsaha gigih semangat wajaMenggapai impian menuju kecemerlangan

Bagi menyempurnakan majlis pada pagi ini, majlis dengan sukacitanya mempersilakan …………………………………………………..diiringi…………………………………bagi menyampaikan hadiah. Dipersilakan…Dimulakan dengan Kategori.

- Kehadiran Penuh- Bilik darjah cemerlang- Pelajar terbaik Intervensi (Penderasan)- Pelajar Terbaik j-Qaf- Pelajar Terbaik KAFA

Majlis merakamkan ribuan terima kasih kepada ……………………………………….kerana sudi menyampaikan hadiah.

6. PERSEMBAHAN SAJAKPersembahan sajak penuh emosiMurid Prasekolah empunya persembahan“Demimu Malaysia Tercinta” puisi dideklamasiMohd Alif Afnan dan Mohd Feddly sedia menghiburkan..

Di bawah bimbingan guru-guru dan pembantu prasekolah, dipersilakan adik Mohd Alif Afnan dan Mohd Fedly untuk menyampaikan persembahan. Dipersilakan…

PERSEMBAHAN SAJAK

Terima kasih buat dua orang murid pra atas persembahan sajak itu tadi.

7. PENYAMPAIAN HADIAH Hadirin hadirat yang dirahmati Allah sekalian.Majlis penyampaian hadiah pada pagi ini diteruskan lagi dengan mempersilakan ………………………………………………….diiringi ………………………………….untuk menyampaikan hadiah . Dipersilakan…

Page 4: Skrip Pengacara Hari Anugerah Kecemerlangan Ilmu Skkt 2009 Dan Majlis Graduasi Tahun 6 2009

-Pengawas Pusat Sumber-Pengawas Kedai Sekolah-Ketua Murid-Tokoh Nilam

Majlis merakamkan ribuan tkasih kepada …………………………….atas kesudian menyampaikan hadiah itu tadi.

8. PERSEMBAHAN TARIAN MELAYULangkah diayun penuh harmoniTarian Melayu zaman berzaman“Embun Sok Sek judul diberiTahun 5 dan 6 mengambil giliran.

Di bawah bimbingan Pn Suryani Ismail dan Pn Norhidawati, sama-samalah kita saksikan sebuah persembhan tarian..Dipersilakan…

PERSEMBAHAN TARIANTerima kasih diucapkan kepada murid-murid Tahun 5 dan 6 atas persembahan istemewa itu tadi..

9. PERSEMBAHAN PENGAKAP –ACI-ACI BUKA PINTU Hadirin hadirat warga dewan yang dimuliakan,.Acara pada pagi ini diteruskan lagi dengan sebuah persembahan khas daripada unit beruniform Pengakap. Persembahan ini adalah di bawah bimbingan Pn Zainab bt Sukor selaku salah seorang guru pemimpin pengakap sekolah. Dipersilakan Unit beruniform Pengakap dengan “ACI-ACI BUKA PINTU”.

PERSEMBAHANTerima kasih pasukan pengakap sekolah atas persembahan melucukan itu tadi..

10. PENYAMPAIAN HADIAHAcara penyampaian hadiah diteruskan lagi dengan kategori seterusnya. Bagi menyempurnakan majlis, dipersilakan …………………………………………diiringi oleh ………………………………………………bg menyampaikan hadiah. Dipersilakan…..

- Kedudukan dalam Kelas- Pencapaian terbaik mata pelajaran

Terima kasih diucapkan kepada …………………………………………..

10. PERSEMBAHAN KOIR THN 6Hadirin hadirat yang dimuliakan..

Page 5: Skrip Pengacara Hari Anugerah Kecemerlangan Ilmu Skkt 2009 Dan Majlis Graduasi Tahun 6 2009

Sebelum aturcara penyampaian hadiah diteruskan apa kata, kita berehat seketika dengan menyaksikan sebuah persembahan koir oleh murid-murid Tahun 6 Murni dibawah tajuk “ Season in the sun”.Persembahan ini dipimpin oleh Pn Zizi Azira dan Pn Rohayu Ismail. Dipersilakan murid-murid Thn 6 untuk menyampaikan persembahan.

PERSEMBAHAN

Terima kasih pelajar-pelajar Tahun 6 atas persembahan itu tadi.

11. PENYAMPAIAN HADIAHHadirin hadirat sekalian,Seterusnya acara penyampaian hadiah diteruskan lagi bagi kategori selanjutnya. Bagi menyampaikan hadiah dipersilakan ……………………………………………..diiringi oleh …………………………………………………untuk menyampaikan hadiah . Dipersilakan….

-Atlit HarapanPelajar Cemerlang KokurikulumPelajar Cemerlang SahsiahUnit Beruniform CemerlangPersatuan CemerlangAnugerah Khas Kecemerlangan SukanPelajar Cemerlang AkademikTokoh Murid(Baca biodata)

12. Majlis Graduasi Thn 6 Hadirin hadirat yang dihormati sekalian.Sebagai tanda penghargaan dan tamatnya persekolahan di peringkat sekolah rendah, pihak sekolah berbesar hati mengadakan majlis graduasi bagi pelajar-pelajar Thn 6 .Bagi menyampaikan sijil tamat persekolah di peringkat sekolah rendah, majlis mempersilakan …………………………………………………….. diiringi………………………………………………. bg menyempurnakan majlis.Dipersilakan. Dimulakan dengan Thn 6Murni…………………………

MAJLIS GRADUASI

Tkasih diucapkan kpd ………………………………………….dan sekalung tahniah buat semua pelajar Thn 6 yang Berjaya menamatkan sesi persekolahan di peringkat sek rendah. Mudah-mudahan selepas ini andalah lebih cemerlang di peringkat sekolah menengah. InsyaAllah.

13. PERSEMBAHAN PENTOMIN (THN 5)Kita sudah sampai ke penghujung acara,

Page 6: Skrip Pengacara Hari Anugerah Kecemerlangan Ilmu Skkt 2009 Dan Majlis Graduasi Tahun 6 2009

Penutup tirai majlis pada hari ini, sama-samalah kita saksikan sebuah persembahan pentomin

Oleh murid-murid Thn 5 yang akan menyampaian pesembahan pentomin berjudul “Alam Barzakh”. Persembahan dipimpin oleh dua orang utzh iaitu Pn Yusniza dan Pn Zainun. Dipersilakan…

PERSEMBAHAN PENTOMIN

Tkasih diucapkan…

14. PENUTUP

Dengan berakhirnya persembahan pentomin itu tadi, maka majlis Hari Anugerah Kecemerlangan Ilmu Peringkat Sekolah Sesi 2009 melabuhkan tirai. Kami bagi pihak majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan trima kasih di atas segala kerjasma dan keprihatinan yang diberikan. Diizinkan Tuhan InsyaAllah bersua lagi di tahun hadapan. Serangkap pantun menyusul bicara

Awal mula dengan bismillahAlhamdulilah penyudah kataTersilah kata bicara tersalahAmpun maaf jua dipinta.

Sesungguhnya yang baik itu dari Allah jua manakala segala kekurangan adalah atas kelemahan kami jua. Wallahhu a lam..Sekian, saya sudahi dgn lafaz yang mulia Wabillah……………………….Tkasih.

Yan 09’