8
MESYUARAT AGUNG PIBG 2015 Para hadirin mengambil tempat Mengumumkan ketibaan Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru SKJHT2, Pn. Zawiyah binti Abd Karim.Para hadirin diminta berdiri. Biji selasih boleh dimakan, Menjadi perisa sedap terperi, Selamat datang kami ucapkan, Semoga majlis tambah berseri. bismillahirrahmanirrahim Yang dihormati Pn. Zawiyah binti Abd Karim (Yang Dipertua PIBG SKJHT2), Yang Berusaha En. Ahmad Muzir bin Abdul Halim (Guru Besar SKJHT2). Yang dihormati En. Ruslan bin Kasim (Guru Penolong Kanan Tadbir dan Kurikulum SKJHT2 Pn. Nur Heda binti Ismail (Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid SKJHT2). Pn. Norlaili binti Muhammad ( Guru Penolong Kanan Kokurikulum SKJHT2).Barisan AJK PIBG SKJHT2,

SKRIP Msyrt Agung PIBG 2015

Embed Size (px)

DESCRIPTION

teks ucapan

Citation preview

Page 1: SKRIP Msyrt Agung PIBG 2015

MESYUARAT AGUNG PIBG 2015

Para hadirin mengambil tempat

Mengumumkan ketibaan Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru

SKJHT2, Pn. Zawiyah binti Abd Karim.Para hadirin diminta berdiri.

Biji selasih boleh dimakan,

Menjadi perisa sedap terperi,

Selamat datang kami ucapkan,

Semoga majlis tambah berseri.

bismillahirrahmanirrahim

Yang dihormati Pn. Zawiyah binti Abd Karim (Yang Dipertua PIBG

SKJHT2), Yang Berusaha En. Ahmad Muzir bin Abdul Halim (Guru

Besar SKJHT2). Yang dihormati En. Ruslan bin Kasim (Guru

Penolong Kanan Tadbir dan Kurikulum SKJHT2 Pn. Nur Heda binti

Ismail (Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid SKJHT2). Pn.

Norlaili binti Muhammad ( Guru Penolong Kanan Kokurikulum

SKJHT2).Barisan AJK PIBG SKJHT2, Guru-guru, tuan-tuan dan

puan-puan serta murid-murid sekalian.

Assalamualaikum dan selamat datang kami ucapkan ke Mesyuarat

Agung PIBG kali ke-43 peringkat SKJHT2 bagi tahun 2015.

Page 2: SKRIP Msyrt Agung PIBG 2015

Menadah tangan tanda kerendahan,

Lafaz bismillah perkukuhkan tautan,

Doa dipohon penuh pengharapan,

Agar majlis mendapat keberkatan.

Bagi memberkati majlis kita pada hari ini, majlis dengan segala

hormatnya menjemput Ustaz Mohd Haizul bin Abdul Kadir untuk

membacakan doa. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

Amin ya rabbal alamin.Terima kasih diucapkan kepada Ustaz Mohd

Haizul bin Abdul Kadir di atas bacaan doa itu tadi. Seterusnya, majlis

dengan segala hormatnya mempersilakan En. Ahmad Muzir bin

Abdul Halim (Guru Besar SKJHT2) dan juga selaku Penasihat PIBG

untuk memberikan ucapan aluan-aluan. Dengan segala hormatnya

dipersilakan.

Terima kasih diucapkan kepada En.Ahmad Muzir bin Abdul Halim di

atas ucapan beliau sebentar tadi.

Buah langsat di tepi busut,

Mari dimuat di atas peti,

Besar hajat kami menjemput,

Besar niat di dalam hati.

Page 3: SKRIP Msyrt Agung PIBG 2015

Makan sirih berpinang rasa,

Pinang ada di bawah tangga,

Besarlah hajat kami semua,

Ucapan yang dipertua pibg skjht2kami bersedia.

Hadirin hadirat yang dihormati sekalian,

Seterusnya, majlis menjemput Pn. Zawiyah binti Abd Karim, Yang

Dipertua PIBG SKJHT2 untuk memberikan ucapan seterusnya

merasmikan Majlis Mesyuarat Agung PIBG kali ke-43 SKJHT2.

Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

Terima kasih diucapkan kepada Pn. Zawiyah binti Abd Karim di atas

ucapan dan perasmian itu tadi. Seterusnya, majlis dengan segala

hormatnya menjemput, En.Ahmad Muzir bin Abdul Halim Guru

Besar SKJHT2 untuk menyampaikan cenderahati kepada Pn. Zawiyah

binti Abd Karim, Yang Dipertua PIBG SKJHT2 sebagai tanda ucapan

terima kasih di atas kesudian beliau merasmikan Mesyuarat Agung

PIBG kali ke-43 SKJHT2. Majlis dengan segala hormatnya

mempersilakan.

Terima kasih diucapkan kepada En.Ahmad Muzir bin Abdul Halim.

Tuan-tuan dan puan-puan,

Untuk tidak melengahkan masa, majlis diteruskan lagi dengan

Mesyuarat Agung PIBG SKJHT2 Bahagian Pertama. Majlis

Page 4: SKRIP Msyrt Agung PIBG 2015

menjemput Pn. Zawiyah binti Abd Karim, Yang Dipertua PIBG

SKJHT2 untuk memulakan majlis. Majlis juga menjemput barisan

AJK PIBG SKJHT2 bagi sesi 2014/2015 untuk mengambil tempat di

meja AJK.

Terima kasih diucapkan kepada Pn. Zawiyah binti Abd Karim.

Seterusnya , majlis diteruskan dengan acara penyampaian sijil dan

cenderahati kepada AJK PIBG sesi 2014/2015. Majlis dengan segala

hormatnya menjemput En.Ahmad Muzir bin Abdul Halim untuk

menyempurnakan majlis.

Terima kasih diucapkan kepada En.Ahmad Muzir bin Abdul Halim di

atas kesudian beliau menyampaikan sijil dan cenderahati itu tadi.

Seterusnya, tibalah kita ke acara yang dinanti-nantikan iaitu acara

cabutan bertuah. Sebelum itu, majlis menjemput Pn. Zawiyah binti

Abd Karim untuk membuat cabutan bertuah.

Terima kasih diucapkan kepada Pn. Zawiyah binti Abd Karim.

Majlis diteruskan lagi dengan Mesyuarat Agung PIBG SKJHT2

Bahagian Kedua.

Tahniah diucapkan kepada AJK PIBG SKJHT2 sesi 2015/2016.

Page 5: SKRIP Msyrt Agung PIBG 2015

Majlis akan diteruskan lagi dengan acara cabutan bertuah. Majlis

dengan segala hormatnya menjemput

………………………………………………………………………….

Yang Dipertua PIBG SKJHT2 sesi 2015/2016 untuk membuat

cabutan.

Maka dengan ini berakhirlah Mesyuarat Agung PIBG SKJHT2 kali

ke-43.

Sebelum mengakhiri majlis kita pada hari ini, marilah kita sama-sama

menyanyikan Lagu Sekolah dan Lagu Negaraku. Para hadirin diminta

berdiri.

Dengan berakhirnya Lagu Negaraku itu tadi, maka berakhirlah

Mesyuarat Agung PIBG SKJHT2 kali ke-43 tahun 2015.

Kalau ada jarum yang patah,

Jangan disimpan di dalam peti,

Kalau ada silap dan salah,

Jangan disimpan di dalam hati.

Jika ada sumur di ladang,

Boleh kita menumpang mandi,

Jika ada umur yang panjang,

Tahun 2016 kita berjumpa lagi.

Page 6: SKRIP Msyrt Agung PIBG 2015

Majlis merakamkan jutaan terima kasih kepada semua hadirin yang

sudi hadir memeriahkan Mesyuarat Agung PIBG SKJHT2 bagi tahun

2015 ini. Jutaan terima kasih juga diucapkan kepada semua guru,

barisan AJK PIBG dan murid-murid yang telah terlibat dan

bertungkus lumus menjayakan majlis ini.

Sekian, Wabilahi……………………