505

SKP_j-QAF_2013

Embed Size (px)

DESCRIPTION

Anda boleh emel saya di [email protected] bagi mendapatkan bahan ini secara percuma. ;)

Citation preview

  • PROSIDING

    SEMINAR KEBANGSAAN PENYELIDIKAN j-QAF 2013(SKP j-QAF2013)

    Memperkasakan Program j-QAF Dalam Pendidikan Islam

    PENERBITInstitut Islam Hadhari,

    Universiti Kebangsaan Malaysia,43600 UKM Bangi, Selangor, MALAYSIA.

    2013

  • PROSIDINGSEMINAR KEBANGSAAN PENYELIDIKAN j-QAF 2013

    (SKP j-QAF2013)19 - 20 Jun 2013

    PURI PUJANGGA, UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA,SELANGOR, MALAYSIA

    Sekretariat SKP j-QAF2013,Institut Islam Hadhari,Universiti Kebangsaan Malaysia,43600 UKM Bangi, Selangor, MALAYSIA.2013

    Hak Cipta TerpeliharaTidak dibenarkan mengeluarkan ulangan mana-mana bahagian artikel,ilustrasi dan isi kandungan buku ini dalam apa jua bentuk dan dengan caraapa jua, sama ada elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau cara lainsebelum mendapat keizinan bertulis daripada Sekretariat SKP j-QAF 2013,Institut Islam Hadhari, Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600 UKMBangi, Selangor, MALAYSIA.

    PerpustakaanNegaraMalaysiaCataloguing-in-PublicationData

    Seminar Kebangsaan Penyelidikan j-QAF 2013 (SKP j-QAF 2013)Sekretariat SKP j-QAF2013,Institut Islam Hadhari, Universiti Kebangsaan Malaysia,43600 UKM Bangi, Selangor, MALAYSIA.19 - 20 Jun 2013/Ahmad Munawar Ismail et.al.

    ISBN: 978-983-44351-9-91. Penyelidikan j-QAF2. Pendidikan Islam3. Ahmad Munawar Ismail

    Type Setting: Mansor Ab. SamadType: Times New Roman Font Size: 11pt, 10pt, 9pt

  • SEMINAR KEBANGSAAN PENYELIDIKAN j-QAF 2013(SKP j-QAF 2013)

    Memperkasakan Program j-QAF Dalam Pendidikan Islam

    Anjuran Bersama:Institut Islam Hadhari,

    Universiti Kebangsaan Malaysia&

    Bahagian Pendidikan Islam,Kementerian Pendidikan Malaysia

    19 20 Jun2013Puri Pujangga

    Universiti Kebangsaan Malaysia,Selangor, MALAYSIA.

    Institut IslamHadhariUniversiti KebangsaanMalaysia

    2013

  • EDITOR

    Ahmad Munawar IsmailAb. Halim Tamuri

    Mohd Yusof OthmanJawiah Dakir

    Kamarulzaman Abd. GhaniOthman Loman

    Mohd Khamal Md DaudSiti Maheran Ismail @ IbrahimMohd Izzuddin Mohd Pisol

  • PENDAHULUANAssalamu`alaikumWarahmatullahi WabarakatuhAlhamdulillah, saya bersyukur kehadrat Allah s.wt kerana dengan izinNyadapat menganjurkan Seminar Kebangsaan Penyelikan j-QAF 2013 yangbertemakan Memperkasakan j-QAF Melalui Pendidikan Islam. Program j-QAF telah dilaksanakan dalam Sistem Pendidikan Islam di Malaysia selama8 tahun. Oleh itu, penyelidikan terhadap program j-QAF telah mula dikaji.Pengumpulan hasil penyelidikan ini akan membantu dalam memperkasakanprogram j-QAF dalam pelbagai aspek. Antaranya aspek guru, model, modul,strategi pengajaran, kaedah pengajaran, amalan pengajaran guru ke arahmewujudkan pengajaran yang berkesan.Saya yakin dan percaya bahawa penganjuran seminar ini mampumengumpulkan penyelidik dalam berkongsi pengalaman mengenai kajian-kajian yang telah dijalankan mengenai pelaksanaan program j-QAF disekolah-sekolah seluruh Malaysia. SKP j-QAF2013 akan menjadi platformdalam membincangkan serta menyebarkan hasil penyelidikan berkaitanprogram j-QAF. Penganjuran seminar ini mampu memberikan manfaat danpeluang kepada pensyarah, pegawai pendidikan, guru besar, guru j-QAF,penyelidik serta guru pelatih untuk berinteraksi antara satu sama lain bagibertukar idea dan pandangan mengenai pelaksanaan program j-QAF.Semoga, hasil pengumpulan penulisan penyelidikan ini dapat dimanfaatkanoleh semua pihak yang terlibat dalam pelaksanaan program j-QAF dalammeningkatkan kualiti serta pencapaian murid dan seterusnya ke arahpembentukan modal insan di Malaysia. Ucapan setinggi-tinggi penghargaandan ucapan terima kasih kepada semua para pembentang yang sudimenyumbangkan kertas kerja, para peserta, jawatankuasa penganjurdaripada Institut Islam Hadhari, Universiti Kebangsaan Malaysia danBahagian Pendidikan Islam, Kementerian Pendidikan Malaysia yang telahbekerjasama dalam penganjuran seminar ini. Diharapkan, bahawa SKP j-QAF2013 akan dapat mencapai semua objektif yang telah dirancang denganjayanyaTerima kasih,

    Dr. Ahmad Munawar IsmailPengarahSeminar Kebangsaan Penyelidikan j-QAF 2013

  • KandunganKata Pengantar vi

    Kualiti Guru j-QAF Dalam Sistem Pendidikan KebangsaanAb. Halim bin Tamuri

    1

    Penelitian Dan Pemahaman Terhadap Model Program j-QAFAsmawati Suhid

    19

    Development and Evaluation of Multimedia Software for theCommunicative Arabic Implementation of the j-QAF Programme inMalaysian National Primary SchoolsMaimun Aqsha Lubis

    37

    Perlaksanaan Dan Pencapaian Program j-QAF: Kajian Seluruh MalaysiaMisnan Jemali, Ibrahim Hashim, Zanariah Noor, Muhammad AkraminKamarulzaman, Abdul Nasir Abdul Latif, Ahmad Zulfiqar Shah AbdulHadi, Mohd. Abdul Aziz Mahmud & Hasanudin Abd. Hamid

    51

    Kajian Penilaian Impak Program j-QAFNasithah Abd Hamid, Zalina Ahmad Zainuddin, Latip Muhammad,Maimunah Muda, Ahmad Zaafar Ismail, Salmah Mohd Salleh & NurLiyana Husna @ Aloha Shaari

    83

    Laporan Jernal Reflektif Guru Pelatih j-QAF : Apakah isu yang ditulis?Abd Aziz Mahayudin

    97

    Pengetahuan Tentang Pendidikan Khas Dalam Kalangan Guru PelatihProgram j-Qaf Minor Pendidikan KhasAbdullah bin Yusoff, Che Rabiaah binti Mohamed, Che Noorwani bintiChe Wil, Azhari bin Muhamood, Halim bin Wan Ibrahim

    109

    Teknik Pengajaran Kosa Kata Arab Melalui Nyanyian: Asas PengetahuanYang Perlu Ada Pada Guru Bahasa Arab j-QafAhmad Zakuan Md Khudzari, Nik Mohd Rahimi Nik Yusoff &Hanan Hamzah

    127

  • Pengetahuan Isi Kandungan Bahasa Arab dalam kalangan Guru SekolahRendah: Satu Tinjauan AwalAinon Wazir & Nik Mohd Rahimi Nik Yusoff

    139

    Tahap Pelaksanaan Pengajaran Model Enam Bulan Khatam Al-QuranProgram j-QAF Di Negeri SelangorAmal Hayati Md. Nor

    155

    Impak Kekerapan Pembacaan Al-Quran Dalam Kalangan Pelajar SekolahMenengahBhasah Abu Bakar, Noorhayati Hashim, Yuslina Mohamed & MohamedNajib Jaafar

    169

    Amalan Pengajaran Model Enam Bulan Khatam Al-Quran Program j-Qafdalam Tilawah Al-Quran Sekolah Kebangsaan Daerah Jasin MelakaFahimah Ali Hassan

    181

    Penerapan Konsep Tadib dalam Pengajaran Ibadah Solat di SekolahRendahHazrisum Mohd Razali

    194

    Mobile Application of Al-Quran and Arabic Language for Interactive andSelf Learning Assistant for support in j-QAF Learning: A SurveyNoor Jamaliah Ibrahim, Zaidi Razak, Mohd Yamani Idna Idris, MohdYakub @ Zulkifli Mohd Yusoff, Noorzaily Mohamed Noor,Emran Mohd Tamil & Noor Naemah Abdul Rahman

    205

    Pendekatan Kaedah Mnemonik dalam Pembelajaran Bahasa Arab (j-QAF)Majdan Paharal Radzi

    219

    Permasalahan Amalan Pengajaran dalam Kalangan Guru PelatihPraktikum j-QAFMd Zuki Hashim

    225

    Tahap Keprihatinan Guru j-QAF Dalam Melaksanakan Inovasi ProgramPemulihan JawiMohd Mazhan Tamyis & Sharifah Nor Puteh

    237

  • Mengenal Pasti Ciri-Ciri Gaya Pembelajaran Murid Sukar Belajar DalamMata Pelajaran Pendidikan Islam dan j-QAFMohd Razimi Husin

    249

    Amalan Pentaksiran Bahasa Arab (PKSR) Sekolah Kebangsaan DiMelakaMohd Yusri Kamarudin & Kamarulzaman Abd. Ghani

    263

    Isu-Isu Pengkomputeran JawiMohd Zamri Murah

    273

    Isu dan Cabaran Terhadap Pelaksanaan Program j-Qaf Di SekolahNorliza Hussin, Fahimah Ali Hassan & Khadijah Abdul Razak

    285

    Using Fun Learning Approach (Songs) To Enhance Arabic LanguageAcquisition Among Year 1 And 2 Pupils In Selected Primary SchoolsNormazla Ahmad Mahir, Haliza Harun & Arnida Abu Bakar

    295

    Penguasaan Kemahiran Tilawah Al-Quran Menerusi Program j-QAF:Kajian Kes Di MelakaNurfadilah Mohamad & Muhammad Mustaqim Mohd Zarif

    307

    Pencapaian Tilawah Al-Quran Program j-QAF di Perak : Suatu TinjauanAwalPaharudin Arbain & Misnan Jemali

    321

    Pengupayaan Kepimpinan Guru j-QAFRofishah Rashid & Hailan Salamun

    329

    Pelaksanaan Model Pemulihan Jawi j-QAF di Sekolah Rendah Di SabahSabariah Bahrun, Saiful Akhyar Lubis & Fakhrul Adabi Abdul Kadir

    341

    Pendekatan Teknik Kolaboratif Dalam Modul Khatam Al Quran j-QAFSiti Faizah Said & Asmawati Suhid

    357

    Pengajaran Dan Pembelajaran Bahasa Arab Guru Pelatih j-QAFMengikut Persepsi PensyarahSumaiyah Sulaiman, Normah Mohd Ariff, Jamaliah Rani,Nurul Hudaa Hasan & Sabri Ahmad Zabidi

    371

  • Sikap Terhadap Membaca Dalam Kalangan Murid Bahasa Arab DiSekolah RendahWan Sakiah Wan Ngah, Kamarulzaman Abdul Ghani &Maimun Aqsha Lubis

    389

    Strategi Pengajaran Pemulihan Jawi j-QAF Di Sekolah KebangsaanNegeri PerakZairul Anuwar Jamriy, Ibrahim Hashim & Misnan Jemali

    399

    Kaedah Haraki : Satu Inovasi Dalam Pengajaran Al-QuranZakaria bin Din @ Nasirudin

    414

    Penerapan Nilai Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Model Khatam Al-Quran j-QAFZuraidah bt Othman

    431

    Latihan Guru j-QAF Di Malaysia : Cabaran Dan HarapanFazlulaini Mohd Yunus

    449

    Memperkasakan Pendidikan Islam di Malaysia Melalui Program j-QAFAbdullah Md. Din

    465

    Program j-QAF Dalam Pembangunan Akhlak Murid : Analisa Dari SudutProfesionalisme Perguruan j-QAFZaharah Hussin

    475

  • 1Kualiti Guru j-QAF Dalam SistemPendidikan Kebangsaan

    Ab. Halim bin TamuriFakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia

    AbstrakObjektif utama pelaksanaan sistem pendidikan Islam ialah untuk memberikanpenumpuan kepada aspek penghayatan melalui ilmu pengetahuan, kemahiran bagimembangunkan insan yang bertakwa kepada Allah swt. Konsep utama dalam dalampelaksanaan program j-QAF ialah menjadikan Pendidikan Bahasa Arab diwajibkan,asas-asas Fardhu Ain dihayati dan Pelajaran Jawi diperkukuhkan bermula di sekolahrendah. Guru j-QAF berperanan dalam memberikan pemulihan, bimbingan,kemahiran, pengukuhan, pengayaan dan penghayatan kepada murid. Oleh itu,elemen utama program j-QAF perlu dilihat daripada aspek pembangunan dan latihanguru-guru j-QAF yang terdiri daripada personaliti guru, mempunyai motivasi dalampengajaran dan pembelajaran, mempelbagaikan kaedah pengajaran, mempunyaipengetahuan isi kandungan pelajaran, sentiasa mempertingkatkan ilmu pengetahuanbukan sahaja mampu memberi kesan positif dalam prestasi murid, bahkan dapatmenjana pemikiran yang kritis dan kreatif, mewujudkan suasana pembelajaran yangceria serta menggalakkan murid untuk menguasai ilmu ke arah penghayatan yanglebih sempurna. Tugas dan amanah yang dipikul oleh guru j-QAF perludilaksanakan dengan bersungguh-sungguh bagi membangunkan generasi Islam yangmenghayati ajaran Islam. Guru j-QAF mestilah berjiwa sebagai pendakwah danmenjadi role model dalam masyarakat. Guru j-QAF yang cemerlang bolehdilahirkan dengan menekankan kepada pembangunan insan guru berteraskan konsepMuddaris, Muaddib, Murabbi, Mursyid danMuallim.

    PendahuluanSecara umumnya, objektif utama pelaksanaan sistem pendidikan Islam ialah untukmemberikan penekanan kepada aspek penghayatan melalui ilmu pengetahuan,kemahiran bagi membangunkan insan yang bertakwa kepada Allah swt. Selain itu,kandungan dalam kurikulum pendidikan Islam yang dilaksanakan di seluruh duniabukanlah merupakan satu perkara menjadi isu atau polimek kerana ianyadibangunkan oleh pakar-pakar dalam bidang pendidikan dan pengajian Islam yangberwibawa. Bagi mencapai hasrat ini, dalam konteks pendidikan Islam di sekolahrendah, program j-QAF atau "j" bermaksud Jawi, "Q" bermaksud al-Qur'an, "A"

    1Dibentangdalam Seminar KebangsaanPenyelidikan j-QAF 2013 pada 19-20hb Jun 2013 diPuriPujangga, UniversitiKebangsaan Malaysia, Bangi, Selangor.

  • Memperkasakan Program j-QAF dalam Pendidikan Islam 2

    bermaksud Bahasa Arab dan "F" bermaksud Fardhu Ain adalah antara usahamemperkasa Pendidikan Islam dalam pelaksanaan Kurikulum Semakan PendidikanIslam. Program j-QAF ini merupakan salah satu program Kementerian PendidikanMalaysia yang berhasrat melahirkan murid di sekolah rendah yang khatam al-Quran.Konsep utama dalam dalam pelaksanaan j-QAF ialah menjadikan PendidikanBahasa Arab diwajibkan, asas-asas Fardhu Ain dihayati dan Pelajaran Jawidiperkukuhkan bermula di sekolah rendah. Pelbagai jenis model dalam program j-QAF telah dicadangkan seperti kelas pemulihan Jawi, Model Tasmik, khatam al-Quran model enam bulan, peluasan Bahasa Arab Komunikasi dan model BestariSolat yang sedang dilaksanakan di sekolah-sekolah rendah sejak tahun 2005 secaraberperingkat-peringkat sehingga terlaksana sepenuhnya pada tahun 2010.Membangunkan Upaya Guru j-QAF Berteras Konsep Guru Pendidikan IslamBerkesan

    Program j-QAF adalah suatu usaha memperkasakan pendidikan Islam melaluipenekanan khusus dalam pengajaran Jawi, al-Quran, Bahasa Arab dan Fardu Ainyang dilaksanakan di peringkat sekolah rendah. Pelaksanaan program inimenggunakan kurikulum serta model dan modulnya yang tersendiri. Tenaga guruyang khusus digunakan untuk pemulihan, bimbingan, kemahiran, pengukuhan,pengayaan dan penghayatan murid. Pelaksanaanya menggunakan jadual waktu sediaada dengan kerjasama pihak sekolah secara menyeluruh. Sebagai contoh, KemBestari Solat merupakan aktiviti kokurikulum yang perlu dilaksanakan oleh pihaksekolah di bawah pengawasan dan pemantauan Guru Besar. Guru PanitiaPendidikan Islam pula bertanggungjawab mengendali dan menyelaraskan programini dengan dibantu oleh guru-guru j-QAF dan fasilitator yang dilantik serta disokongoleh guru-guru lain.

    Objektif program j-QAF akan diperolehi setelah program ini dilaksanakandengan baik dan berkesan ke atas semua murid Islam sekolah rendah. Objektifutama program yang ditetapkan adalah seperti berikut:a) Menguasai bacaan dan tulisan jawib) Khatam al-Quranc) Menguasai asas bahasa Arab Komunikasid) Memantap dan menghayati amalan fardu Ain.

    Program j-QAF menjadi lebih penting sebagai suatu usaha kearahmemperkasakan Pendidikan Islam yang sedia ada supaya semua bidang dalamPendidikan Islam iaitu tilawah al-Quran, Ibadah, Sirah Nabawi, Akhlak dan Jawilebih berkesan dan dapat dihayati serta diamalkan dalam kehidupan. KementerianPendidikan Malaysia telah mengenal pasti beberapa model pengajaran yang akandilaksanakan dalam program j-QAF. Model-model pengajaran adalah sepertiberikut; Model Khas Pemulihan Jawi, Model Tasmik (al-Quran), Model 6 bulanKhatam al-Quran, Model Perluasan Bahasa Arab Komunikasi dan Model BestariSolat (Kokurikulum). Program j-QAF ini juga boleh dilihat sebagai satu usaha

  • 3 Seminar Kebangsaan Penyelidikan j-QAF 201319 -20 Jun 2013, Puri Pujangga, UKM.

    menyokong pelaksanaan Ujian PAFA yang mana setiap murid beragama Islam akandiuji secara amali di sepanjang persekolahannya, iaitu di peringkat Ujian PenilaianSekolah Rendah (UPSR), Penilaian Menengah Rendah (PMR) dan juga SijilPelajaran Malaysia (SPM).

    Program j-QAF diperkenalkan di sekolah-sekolah rendah sejak tahun 2005adalah untuk memperkukuhkan Pendidikan Islam melalui penekanan dalampelajaran Jawi, al-Quran, Bahasa arab dan Fardhu Ain di sekolah rendah (KPM2004). Pelaksanannya dilakukan melalui penggubalan kurikulum, model dan jugamodul. Dalam usaha menjayakan program j-QAF ini, guru-guru akan diberikanlatihan khusus untuk melaksanakn pemulihan, bimbingan, pengukuhan, pengayaan,dan penghayatan pelajar (Ibrahim Hashim et.al. 2009). Setelah pelaksanaannyaselama 10 tahun, kajian-kajian yang komprehensif perlu dijalankan untukmengenalpasti kekuatan yang ada serta menganalisa kelemahan program tersebutdan meberikan cadangan untuk untuk melakukan penambah baikan program danpelaksanaanya.

    Sehubungan itu, salah satu elemen utama ialah aspek pembangunan danlatihan guru-guru j-QAF. Umumnya, guru-guru j-QAF perlu melaksanakan tugasdan amanah sebagaimana guru-guru pendidikan Islam lain kerana tujuan utamamereka ialah untuk membangun generasi Islam dalam menghayati ajaran Islamsepenuhnya. Menurut Ab. Halim dan Nik Mohd Rahimi (2010) tugas guru mengikutperspektif Islam merangkumi pelbagai tanggungjawab yang sangat luas dalampembangunan akhlak dan diri manusia iaitu sebagai murrabi, muaddib bukansemata-mata seorang mu`allim. Secara amalan dan sirah Nabawiyyah, tugas guruperlu dikaitkan dengan tugas sebagai pendakwah dan dengan erti kata lain seorangguru pendidikan Islam dan guru j-QAF adalah juga seorang pendakwah atau da`i.Maka, sebagai guru yang berperanan sebagai pendakwah, tugas penting merekaialah memberikan kesedaran kepada masyarakat tentang ajaran Islam danpelaksanaannya dalam kehidupan seharian, khususnya dalam kalangan murid-muridmereka. Pastinya, metode dan pendekatan yang digunakan perlu dipelbagaikan bagimemaksimum keberkesanan dakwah yang dijalankan.

    Dalam konteks pendidikan formal kini, kejayaan PdP j-QAF di institusipendidikan lebih banyak bergantung kepada keupayaan guru mendidik para muridberbanding dengan peranan ibu bapa. Ini tidak bermaksud sama sekali untukmengenepikan peranan penting dan tanggung jawab ibu bapa dalam pembangunandiri murid-murid. Secara perbandingan, jumlah masa yang dilalui murid-murid lebihbanyak bersama dengan guru-guru mereka terutamanya dalam kalangan murid-murid yang tinggal di asrama.

    Jika dikaitkan dengan keberkesanan kaedah pengajaran pula, kaedahpengajaran yang digunakan oleh guru dalam proses pengajaran dan pembelajaranmempunyai kesan besar kepada pembentukan diri murid. Beberapa persoalan perludiberi perhatian dalam melaksanakan pengajarannya iaitu a) Apakah kaedah

  • Memperkasakan Program j-QAF dalam Pendidikan Islam 4

    pengajaran yang sering digunakan oleh guruj-QAF tersebut? b) Apakah kaedahpengajaran yang digunakan oleh guru tersebut berkesan? c) Apakah kaedahpengajaran yang paling berkesan dalam pengajaran dan pembelajaran j-QAF? d)Aspek manakah dalam j-QAF yang paling memberikan kesan kepada diri murid?(Ab. Halim et. al., 2010).

    Sebagai pendakwah, guru pendidikan Islam merupakan golongan yang sudahdianggap sebagai orang yang mempunyai didikan agama yang sempurna danmenjadi ikon utama dalam masyarakat. Justeru, mereka dianggap oleh murid, rakansekerja, pentadbir dan masyarakat sebagai seorang yang boleh dijadikan contohdalam menjalani kehidupan beragama dan kehidupan berakhlak. Murid akan lebihmudah terkesan terhadap ilmu yang disampaikan oleh guru yang menyayangimereka serta memberi tunjuk ajar dengan penuh hikmah dan kesabaran serta sangatberpegang teguh kepada ilmu dan agama sama ada dari segi aspek kebiasaan harian,ibadat, adab-adab dan panduan agama. Ini ditambah lagi dengan kaedah didikanyang paling tinggi dan berkesan dalam pendidikan akhlak Islam adalah melaluikaedah contoh ikutan (Ab. Halim Tamuri, et al. 2004).

    Hasil pembelajaran yang paling utama yang ingin dicapai dalam pelaksanaanpendidikan Islam ialah murid-murid dapat menguasai dan menghayati ilmu yangdipelajari oleh mereka. Pelaksanaan sistem pendidikan dan proses pembinaankurikulumnya tidak lengkap dan sempurna sekiranya aspek yang berkaitan denganPdP tidak dititikberatkan. Maka, kurikulum yang lengkap dan disokong pula dengankaedah pengajaran yang sempurna akan memantapkan lagi proses PdP seterusnyamenyokong ketokohan serta keperibadian seseorang guru sebagaimana proses PdPpendidikan Islam berikut:

    Secara keseluruhannya adab, akhlak dan keperibadian guru pendidikan Islamdalam Islam yang boleh dilihat di dalam kelas boleh dikategorikan kepadapenampilan dan keperibadian guru pendidikan Islam terhadap para muridnya(Kamarul Azmi et. al., 2009) Penampilan merupakan ciri pertama yang perlu adabagi seorang guru pendidikan Islam ketika di dalam dan luar kelas. Aspek keduayang disepakati ialah keperibadian guru j-QAF para muridnya. Sifat ini memberifokus kepada perasaan sayang dan menunjukkan kasih sayang kepada para murid,selalu menasihati, menunjuk ajar dan memberi tumpuan kepada para murid merekadan memandu murid mengikuti apa yang dinasihatkan. Keadaan ini memberimotivasi dan galakan terhadap idea serta cetusan pemikiran positif murid dalampeningkatan dan penguasaan ilmu pengetahuan dan seterusnya perubahan tingkahlaku murid atau penghayatan amalan murid seperti yang dijelaskan dalam rajahproses pengajaran dan pembelajaran berikut:

  • 5 Seminar Kebangsaan Penyelidikan j-QAF 201319 -20 Jun 2013, Puri Pujangga, UKM.

    FALSAFAH PENDIDIKAN ISLAM(AL-QURAN DAN AL-SUNNAH)

    (AL-QURAN DAN AL-SUNNAH)KURIKULUM j-QAF

    HASILPEMBELAJARAN- Kognitif- Afektif- Psikomotor

    GURU-Set induksi-Pemeringkatan isikandungan/Aras P&P-Pemilihan kaedahpengajaran-Penggunaan bahanpengajaran-Bahan bantupengajaran-Penilaian-Pengurusan Kelas-Pengetahuan pedagogikandungan

    PELAJAR-Kebolehan-Pengetahuan danpengalaman sediaada-Sikap-Motivasi

    GURU j-QAF BERKESAN(Muddaris, Muaddib, Mu`allim, Mursyid, Murabbi)

    PENGAJARAN&PEMBELAJARAN j-QAFModel KhasPemulihanJawi, Model Tasmik (al-Quran), Model 6bulanKhatam al-Quran, Model PerluasanBahasa Arab dan Model

    BestariSolat

    Kemahiran pengajaran dan pembelajaran,pengetahuan, motivasi dan personaliti diri

    Latihan & Kursus (pra dandalam perkhidmatan),

    Pengalaman, Latar Belakang

    MURID YANG BERTAKWA, PATUH DANTAAT KEPADA ALLAH SWT

  • Memperkasakan Program j-QAF dalam Pendidikan Islam 6

    Komponen Utama Penyediaan Dan Latihan Guru-Guru Pendidikan IslamBerdasarkan perbincangan sebelum ini, berikut adalah beberapa komponen yangperlu diberikan perhatian dalam aspek latihan guru-guru pendidikan Islam yangboleh dirumuskan seperti berikut: (Dunkin dan Biddle, 1936;Abdul Fatah, 2001; Ab.Halim et. al. 2006;Kamarul Azmi dan Ab. Halim, 2010; Ab. Halim dan Nik MohdRahimi, 2010; Ahmad Yunus dan Ab. Halim 2010).i. Personaliti guru

    Pendidikan ialah proses perubahan tingkah laku yang merujuk kepada sahsiahatau personaliti seseorang. Seorang perlu terlebih dahulu memiliki sahsiah ataupersonaliti yang unggul sebelum berusaha untuk membentuk sahsiah paramuridnya melalui proses pendidikan tersebut. Personaliti boleh dihuraikansebagai ciri-ciri keseluruhan tingkah laku yang tetap pada seorang individu,tetapi berlainan dengan orang lain. Ia mewakili perwatakan seseorang individudan dapat diperhatikan dan dinilai melalui tingkah lakunya di dalam situasipada sesuatu ketika. Sesuai dengan peranan guru menurut Islam untukmembersih dan membina jiwa agar menjauhi keburukan dan memeliharanyasesuai dengan fitrah kejadiannya, memindahkan ilmu pengetahuan dan aqidahkepada muridnya supaya diaplikasikan di dalam diri dan kehidupan mereka (al-Nahlawy 1983). Guru j-QAF perlulah memiliki sifat-sifat keperibadian yangunggul, ketokohan dan pewatakan yang sempurna untuk memastikankeberkesanan dalam menyampaikan ilmu pengetahuan dan pendidikan.

    Sebagai role model, guru j-QAF mesti mempunyai sahsiah yang unggulsupaya mereka dapati dicontohi dan dihormati. Tingkah laku dan sikap gurusentiasa diperhati dan dinilai oleh murid-murid bukan sahaja semasa prosespengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah atau di dalam sekolah malahjuga ketika di luar kawasan sekolah. Perwatakan guru amat penting keranamelambangkan personaliti mereka, Abdullah Ishak (1989) mengatakanpewatakan tersebut boleh dipupuk melalui sifat-sifat spriritual seperti ikhlas,jujur, sabar, kasih sayang, warak dan takwa bahkan menerusi sifat-sifat fizikalseperti tutur kata, tingkah laku, kebersihan diri, pakaian, tempat tinggal danlain-lain. Bagi mencapai personaliti yang unggul, guru perlu mempunyaiperasaan dedikasi terhadap tugasnya dan ia sedia menerima tahap moral yangdipandang tinggi oleh masyarakat, dia mestilah seorang yang berbudi danbertaqwa.

    Oleh kerana tujuan utama pendidikan ialah pembentukan akhlak danrohani dan bukan sekadar bermatlamatkan kebendaan maka keperluan seorangguru memiliki personaliti atau sahsiah yang unggul adalah satu kemestian dansebagai syarat sebelum ia bertugas di sekolah-sekolah. Guru perlu mempunyaipersonaliti yang unggul supaya boleh menjadi ikutan dan mempengaruhimuridnya ke arah kebaikan. Guru j-QAF yang mempunyai personaliti yang

  • 7 Seminar Kebangsaan Penyelidikan j-QAF 201319 -20 Jun 2013, Puri Pujangga, UKM.

    unggul akan mudah menjadi pemimpin yang hormati oleh murid-murid danmasyarakat.

    ii. Motivasi dalam P&PDalam proses pengajaran dan pembelajaran, motivasi adalah salah satu unsuryang penting untuk membolehkan murid-murid melibatkan diri secara aktif,disamping menjadikan proses pembelajaran berlangsung dalam keadaan yangbermakna, berfaedah dan menyeronokkan Guru perlu menimbulkan motivasikepada murid untuk belajar kerana keinginan untuk belajar bukanlah suatukemestian yang ada pada semua manusia. Motivasi memainkan peranan yangpenting dalam proses pengajaran dan pembelajaran kerana berkaitan denganpembangkitan minat. Maka di dalam pendidikan ia merupakan satu keperluanyang patut diamalkan oleh para guru dalam proses pengajaran danpembelajaran mereka. Tanpa motivasi, proses pembelajaran menjadi tidakbermakna dan tidak berkesan (Shahabuddin et. al 2003). Motivasi memerlukanransangan-ransangan yang kuat yang melibatkan dua perkara penting, iaituinsentif dan motif penggerak. Insentif adalah unsur-unsur yang merangsangkanseseorang untuk bertindak, manakala motif pula ialah keinginan-keiginan yanglahir secara semualajadi dalam diri. Sehubungan itu, bagi melahirkan murid-murid bermotivasi, guru-guru juga perlu bermotivasi dalam sesi pengajaranmereka.

    Elemen motivasi guru j-QAF ini boleh dibangunkan dan dimantapkandengan memasukkan konsep dakwah dalam pendidikan. Tugas guru perludikaitkan dengan tugas sebagai pendakwah dan dengan erti kata lain seorangguru pendiikan Islam adalah juga seorang pendakwah atau da`i. Maka, sebagaiguru j-QAF yang berperanan sebagai pendakwah, tugas penting mereka ialahmemberikan kesedaran kepada masyarakat tentang ajaran Islam danpelaksanaannya dalam kehidupan seharian, khususnya dalam kalangan murid-murid mereka. Pastinya, metode dan pendekatan yang digunakan perludipelbagaikan bagi memaksimum keberkesanan dakwah yang dijalankan. Guruperlu bermotivasi sebelum mereka dapat memotivasikan murid-murid mereka.

    Dapat dilihat peranan yang besar perlu dipikul oleh guru semasa prosespengajaran dan pembelajaran berlangsung, ini kerana guru bukan sahaja perlubersedia dari aspek kemahiran mengajar dan penguasaan ilmu, malah perlubijak menggunakan motivasi berdasarkan teori-teori yang sesuai supaya muridmenunjukkan minat terhadap pengajarannya dan proses pemindahan ilmuberlaku dengan berjayanya. Adalah menjadi tugas guru, untuk menyediakanrangsangan agar memberi sumbangan kepada proses pembelajaran si murid.Menurutnya lagi, walaupun rangsangan dan gerak balas berlaku terpisah, gurudapat mengubah persekitaran kelas untuk mencipta suasana yang lebih baik.Proses pemilihan itulah yang menimbulkan keperluan mengulangi,menggerakkan dan meninjau kembali. Proses ganjaran dan peneguhan yang

  • Memperkasakan Program j-QAF dalam Pendidikan Islam 8

    tekal dan konsisten itulah yang menimbulkan motivasi untuk murid-murid.Bagi guru-guru, mereka perlu memahami bahawa tugas sebagai seorangpendidik adalah juga tugas seorang seorang pendakwah yang menyampaikanajaran Islam kepada masyarakat dan bukan hanya sebagai guru di sekolahsemata-mata. Pendedahan berkaitan dengan dakwah dalam masyarakat Islamdan bukan Islam perlu diberikan disamping didedahkan dengan kaedahbagaimanan untuk melaksanakan tugas dakwah dalam masyarakat secara lebihberkesan.

    iii. Pelbagai bentuk pedagogiSeorang guru itu perlu berpengetahuan dan mempunyai pedagogi iaitukemahiran mengajar atau teaching skills meliputi aktiviti perancangan,pengelolaan, penyampaian, bimbingan dan penilaian dengan tujuan menyebarilmu pengetahuan atau kemahiran kepada murid-murid dengan berkesan iaitumenggunakan pendekatan, strategi, kaedah dan teknik mengajar berlandaskanteori pengajaran dan pembelajaran. Pedagogi tersebut perlu supaya guru dapatmengendalikan muri dan yang tinggi mutunya di samping murid akan tertarikkepada pelajaran yang bermakna dan menyeronokkan. Ini adalah amat pentingkerana pendidikan sekolah rendah memerlukan kemahiran yang lebih tinggiberbanding dengan sekolah menengah.

    Kemahiran mengajar akan menjadikan aktiviti pengajaran dapatdilaksanakan dengan sistematik, langkah demi langkah, iaitu daripada peringkatpermulaan diikuti dengan peringkat pekembangan konsep melalui penggunaanilmu pengetahuan serta kemahiran dan diakhiri dengan aktiviti peneguhan danpengukuhan. Kesannya guru akan berjaya memotivasikan murid-murid danmenarik perhatian mereka supaya bersedia mengikuti pengajaran guru denganpenuh minat. Sudah pasti kandungan pelajaran dapat disampaikan kepadamurid mengikut langkah tertentu dan dengan cara yang sistematik sertamenepati masa pembelajaran yang ditetapkan. Melalui kaedah yang sistematiktersebut, murid-murid akan terangsang untuk turut sama terlibat di dalamaktiviti pengajaran dan pembelajaran secara aktif. Komunikasi pelbagai halaakan terhasil daripada proses tersebut yang menjadikan proses pengajaran danpembelajaran menjadi lebih menarik.

    Penggunaan strategi dan kaedah mengajar yang sesuai dengan tahapkecerdasan merupakan ciri-ciri kemahiran mengajar yang perlu ada padaseorang guru. Malah kaedah dan teknik pengajaran yang baik bolehmenyumbang kepada mutu P&P yang berkesan. Kemahiran mengajar dalamproses pengajaran dan pembelajaran merujuk kepada tiga istilah penting iaitupendekatan, kaedah dan teknik. Justeru seorang guru j-QAF yang inginmenguasai kemahiran mengajar perlulah menguasai ketiga-tiga elemen tersebutuntuk diaplikasikan di dalam proses pengajaran dan pembelajaran di dalambilik darjah. Di dalam j-QAFguru-guru perlu mempunyai kemahiran yang

  • 9 Seminar Kebangsaan Penyelidikan j-QAF 201319 -20 Jun 2013, Puri Pujangga, UKM.

    tinggi dan berbagai dalam melaksanakanModel Khas Pemulihan Jawi, ModelTasmik (al-Quran), Model 6 bulan Khatam al-Quran, Model Perluasan BahasaArab Komunikasi dan Model Bestari Solat.

    Guru-guru j-QAF perlu juga didedahkan dengan kemahiran terkini dalamTMK, media baharu, kemahiran penyelidikan, kemahiran penulisan danpembanguan modul-modul pengajaran dan pembelajaran. Dalam prosesanugerah dan kenaikan pangkat guru, beberapa pendekatan boleh dilaksanakansecara berperingkat seperti keperluan menjalankan penyelidikan dalam bidangpendidikan, penciptaan inovasi pengajaran dan pembelajaran dan keperluanmenerbitkan bahan-bahan penulisan. Ini dapat dilakukan dengan menyediakandana yang mencukupi serta kemudahan penerbitan dan penyelidikan denganmengambil kita bebanan pengurusan dan pentadbiran akademik sertapengajaran dan pembelajaran sedia sedia ada.

    iv. Pengetahuan pedagogi subjek atau kandungan mata pelajaranElemen pengetahuan pedagogi kandungan adalah komponen penting dalampengajaran dan pembelajaran. Secara asasnya, guruguru mesti menyampaikanpelajaran mengikut kemampuan dan pencapaian skala fikiran murid, mengenalpasti kesediaan dan kemampuan murid selaras dengan batasan kefahaman dankehendak setiap murid, memilih kaedah pengajaran yang sesuai dengan tujuandan hasil pembelajaran, tahap perkembangan, kematangan dan kecerdasanmurid, menggunakan bahan pengajaran, rujukan dan bahan bantu mengajaryang sesuai. Menurut Shulman (1987), terdapat dua perkara yang menjadi asaskepada teacher knowledge base, iaitu pengetahuan isi kandungan sujek danpengetahuan pedagogi subjek. Pengetahuan pedagogi kandungan ini bagaimanaguru menentukan pengajaran di dalam kelas tersebut sesuai dengan kandunganmata pelajaran tersebut yang meliputi elemen pendekatan, strategi, teknik,pengurusan bilik darjah, interaksi guru dan kesesuaian bahan bantu pengajaranyang digunakan.

    Ahmad Yunus (2010) telah menjelaskan bahawa pengetahuan pedadogikandungan ini menekankan keupayaan guru mengolah kefahaman pengetahuankandungan yang disampaikan kepada murid, keupayaan guru mempelbagaikankaedah pengajaran yang sesuai agar mudah difahami murid dan dan kefahamanguru terhadap ciri-ciri dan kebolehan murid. Sehubungan itu, guru j-QAF perluberkemampuan membeza dan melaksanakan metodologi pengajaran tilawah al-Quran, hafazan, kefahaman hadith, aqidah, sirah, ibadah dan juga akhlak yangbebeza. Ini kerana setiap bidang ilmu ini mempunyai kandungan yang berbezaantara satu sama lain dan metodologi yang berbeza. Persoalannya adakah guru-guru telah didedahkan dengan metodologi yang sesuai dengan keperluankepelbagai metodologi pengajaran yang berbeza-beza? Penyampaian isikandungan perlu dilaksanakan dengan sebaiknya supaya dapat membentukkefahaman dan penghayatan serta murid-murid dapat mengaitkan dengan

  • Memperkasakan Program j-QAF dalam Pendidikan Islam 10

    konteks kehidupan yang sebenar. Latihan atau kursus yang dijalan diperingkatpra atau dalam perkhidmatan perlu memberikan pendedahan dan latihanberterusan berkaitan aspek pengetahuan pedagogi untuk melaksanakan model-model j-QAF.

    v. Ilmu pengetahuan guruAl-Abrasyi (1974) menekankan perlu bagi seorang guru sentiasa berusahamempertingkatkan pengetahuannya sama ada dalam bidang yang diajarnyaataupun cara dia mengajar ilmu tersebut. Seorang guru perlu mempunyaipelbagai ilmu pengetahuan termasuk pengetahuan yang mendalam terhadapmata pelajaran yang diajarnya. Malah menurut al-Nahlawy (1983) seorangpendidik perlu sentiasa mempertingkatkan keilmuannya, pengetahuan yangmendalam terhadap mata pelajaran yang diajarnya serta menguasai ilmupengetahuan lain seperti pengetahuan agama, sejarah, geografi, matematik,bahasa dan sebagainya. Menurutnya lagi, pendidik perlu memastikankefahaman yang mendalam terhadap sesuatu ilmu agar dihormati oleh paramuridnya dan memperolehi kepercayaan mereka supaya mereka memperolehifaedah.

    Guru-guru perlu diberikan latihan yang berterusan supaya ilmu yangdipelajari semasa diperingkat universiti dapat dipertingkatkan lagi danmenguasai imu-ilmu pengajian Islam semasa. Keupayaan guru dalam bidangpengetahuan ini sangat penting kerana kebanyakan guru-guru mempunyai latarbelakang bidang pengkhususan pengajian tinggi yang berbeza semasa diperingkat pengajian tinggi atau di universiti di dalam dan luar negara. Adaguru-guru j-QAF yang mempunyai pengkhususan dalam bidang Bahasa Arab,Syariah, Usuluddin, Dakwah, Tafsir, Tamaddun Islam, Al-Quran dan EkonomiIslam. Namun, isu yang sering dibincangkan adakah mereka bolehmenyampaikan ilmu mereka dengan berkesan kepada murid-murid di peringkatsekolah rendah. Maka, guru-guru ini perlu didedahkan dengan asas dankemahiran yang mencukupi bagi menyampaikan ilmu pengetahuan mereka.Selain itu, guru-guru j-QAF perlu mempunyai ilmu dan kemahiran yang tinggidalam bidang al-Quran khususnya yang berkaitan dengan kemahiran taranum.

    PenutupSebagai pembangunan profesionalisme guru-guru j-QAF perlu difokuskan kepadapembangunan ilmu pengetahuan dan kemahiran pengajaran dan pembelajaran yangtinggi. Guru j-QAF yang cemerlang boleh dilahirkan dengan menekankan kepadapembangunan insan guru berteraskan konsep Muddaris, Muaddib, Murabbi,Mursyid dan Muallim. Guru j-QAF perlu mempunyai kreativiti, berinovasi,menggunakan kaedah pengajaran dan pedagogi kandungan yang bersesuaian bukansahaja mampu memberi kesan positif dalam prestasi murid, bahkan dapat menjana

  • 11 Seminar Kebangsaan Penyelidikan j-QAF 201319 -20 Jun 2013, Puri Pujangga, UKM.

    pemikiran yang kritis dan kreatif, mewujudkan suasana pembelajaran yang ceriaserta menggalakkan murid untuk menguasai ilmu ke arah penghayatan yang lebihsempurna. Dengan berteraskan konsep "5", guru j-QAF perlu lebih kreatif dalammemberi kefahaman dan mengawasi aktiviti murid, bahkan juga menggambarkantahap kebijaksanaan guru dalam mewujudkan suasana pembelajaran yang positif dankondusif di dalam dan luar bilik darjah

    RujukanAb. Halim Tamuri, Adnan Yusopp, Kamisah Osman, Khadijah Abdul Razak,

    Shahrin Awaludin dan Zamri Abdul Rahim. 2004. Keberkesanan pengajarandan pembelajaran Pendidikan Islam ke atas pembangunan diri pelajar.Laporan Penyelidikan Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysiadan Jabatan Pendidikan Islam dan Moral, Kementerian Pelajaran Malaysia.

    Ab. Halim Bin Tamuri, Shahrin Awaludin, Kamarulzaman Abdul Ghani, KhadijahAbdul Razak, Zarin Ismail dan Mohd Aderi Che Noh. 2006. Kajian amalanpengajaran guru pendidikan Islam di sekolah rendah dan menengah. Laporanpenyelidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia.IRPA 07-02-02-10033EAR.

    Ab. Halim Tamuri, Khalthum Ibrahim, Nasruddin Yunos dan Azhar Ahmad. 2007.Orientasi amalan agama dalam kalangan remaja Melayu: satu kajian di negeriJohor. Laporan Penyelidikan ATMA, Universiti Kebangsaan Malaysia.

    Ab. Halim Tamuri dan Nik Mohd Rahimi Nik Yusoff (pytn), 2010. Kaedahpengajaran dan pembelajaran Pendidikan Islam. Bangi: Penerbit UKM.

    Ab. Halim Tamuri, Mohd Izham Hamzah, Khadijah Abdul Razak dan Mohd AderiChe Noh. 2010. Kajian tahap profesionalisme guru-guru pendidikan Islam disekolah-sekolah menengah di bawah kementerian pelajaran malaysia LaporanPenyelidikan Fakulti Pendidikan, UKM dan Bahagian Pendidikan Islam,Kementerian pelajaran Malaysia.

    Abd. Shukor Mohd Ali. 2009. Modul pengajaran dan pembelajaran pendidikanIslam berasaskan Masjid: Satu kajian di sekolah berasrama penuh intergrasiRawang, Bandar Tasik Puteri, Rawang Selangor. Kertas Projek SarjanaPendidikan, Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia

    Abdul Halim El-Muhammadi. 1991. Pendidikan Islam, falsafah, disiplin danperananpendidik. Selangor. DewanPustaka Islam.

    Abdullah Ishak. 1995. Pendidikan Islam dan pengaruhnya di Malaysia. KualaLumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

  • Memperkasakan Program j-QAF dalam Pendidikan Islam 12

    al-Abrasyi, Mohd. Atyiyah. 1970. Dasar-dasar pokok pendidikan Islam. Jakarta:Bulan Bintang Ahmad Mohd. Salleh. 1997. Pendidikan Islam falsafah,pedagogi dan metodologi. Shah Alam: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd

    Abdullah Nasih Ulwan. 1995. Pendidikan kanak-kanak dalam Islam. Terj. SyedAhmad Semait, Vol 2. Singapura: Pustaka Nasional.

    Abdul Fattah Abu Ghuddah. 2001. Nabi Muhammad: Guru dan pendidik terulung.Terj. Shuhadak Mahmud. Negeri Sembilan: M. Khari enterprise & al-AzharMedia Ent

    Ahmad Yunus Kassim dan Ab. Halim Tamuri. 2010. Pengetahuan PedagogikalKandungan (PPK) pengajaran Akidah: Kajian kes guru cemerlang pendidikanIslam. Journal of Islamic and Arabic Education. 2(2): 13-30.

    Anisah Ali, 2009Keberkesananmodulpengajaran dan pembelajaranpendidikanIslam berasaskan masjid : satu kajian di SMKA Sultan Muhammad,Melaka. Kertas Projek Sarjana Pendidikan, Fakulti Pendidikan, UniversitiKebangsaan Malaysia

    Dunkin, M.J. & Biddle, B.J. 1936.The study of teaching. United States of America:Holt, Rinehart & Winston, Inc.

    al-Ghazali, Abu Hamid. 1939. Ihya Ulum al-Din. Juz. 1. Mesir: Matbaah Mustafaal-Babi al-halabi.

    Hafidah Mohamed. 2001. Pemikiran guru cemerlang: implikasinya terhadapperkembangan profesionalisme guru. Tesis Doktor Falsafah UniversitiKebangsaan Malaysia.

    Kamarul Azmi Jasmi, Ab. Halim Tamuri dan Mohd Izham Hamzah, 2009, Sifatdan peranan keperibadian guru cemerlang pendidikan Islam (GCPI) danhubungannya dengan motivasi pelajar. Journal Teknologi, 51(E), 57-71.

    Kamarul Azmi Jasmi dan Ab. Halim Tamuri, 2010. Pendidikan Islam kaedahpengajaran dan pembelajaran. Skudai: Penerbit UTM.

    Kassim Tusin. 2010. Kualiti diri guru pendidikan Islam sekolah menengah di Sabah.Tesis PhD, Universiti Malaysia Sabah.

    al-Ghazali, Abu Hamid. 1939. Ihya Ulum al-Din. Juz. 1. Mesir: Matbaah Mustafaal-Babi al-halabi.

    Ghulam Nabi Saqeb. 1999. The psychology of love in Muslim education.MuslimEducation Quarterly. 16(3) 38-55

  • 13 Seminar Kebangsaan Penyelidikan j-QAF 201319 -20 Jun 2013, Puri Pujangga, UKM.

    al-Jambalati, Abu Futuh al-Tunisi. 1973.Mesir:Dirasatmuqaranah fi al-tarbiyyah al-Islamiah.

    Jasmi Amin. 2011. Penggunaan surau dalam pengajaran dan pembelajaranpendidikan Islam di sekolah menengah kebangsaan di negeri Melaka. TesisSarjana Pendidikan, Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia

    Mohd. Azman Mohamed Yusof, 2009.Modul pengajaran dan pembelajaranberasaskan masjid pendidikan Islam KBSM Tingkatan Dua di SekolahMenengah Agama Persekutuan Kajang Selangor. Kertas Projek SarjanaPendidikan, Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia

    al-Namiy, Abdullah al-Amin. 1994. Kaedah dan teknik pengajaran menurut IbnKhaldun dan al-Qabisi. Terj. Mohd Ramzi Omar. Kuala Lumpur: DBP

    RosnaniHashim, 1996. Educational Dualism in Malaysia. Kuala Lumpur: OxfordUniversity Press.

    Al-Nahlawy, Abd.Rahman.1983. Usul al-tarbiyyah al-islamiyyahwaasalibiha fi al-bait wa al-madrasah wa al-mujtama. Beirut: Dar al-Fikri.

    Shulman, L. 1987. Knowledge and teaching: Foundation of new reform. HarvardEducational Review. 57 (1): 1-22.

    ShahabuddinHashim, RohizaniYaakob&Mohd.Zohir Ahmad. 2003. Pedagogi:strategi dan teknik mengajar dengan berkesan.Pahang: PTS Publications &Distribution Sdn. Bhd.

    Syed Ali Ashraf. 1994. Faith-Based Education: A Theoretical Shift from theSecular to the Transcendent. Muslim Education Quarterly 11(2): 1-4.

    Syed Muhammad al-Naquib al-Attas, 1979. Preliminary Thoughts on the Nature ofKnowledge and the Definition and Aims of Education in S.M.N. al-Attas(ed.). Aims and Objectives of Islamic Education. Jeddah: King AbdulazizUniversity.

    Al-Qabisi, Abu Hasan. 1967. Al-Risalah al-Mufaddalah li Ahwal al-MutaalliminwaAhkam al-Mualliminwa al-Mutaallimin. Kaherah: DarulMaarif.

    RosnaniHashim, 1996. Educational Dualism in Malaysia. Kuala Lumpur: OxfordUniversity Press.

    Al-Syaibani, Umar Muhammad al-Taomi. 1975. Falsafah al-tarbiyyah al-Islamiah.Tripoli.

  • Memperkasakan Program j-QAF dalam Pendidikan Islam 14

    Zakaria Abdullah. 2011. Pengajaran dan pembelajaranBerpusatkan pelajar dalamPendidikan Islam di sekolah menengah kebangsaan di Malaysia..Tesis PhDPendidikan Islam, Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia

  • 15 Seminar Kebangsaan Penyelidikan j-QAF 201319 -20 Jun 2013, Puri Pujangga, UKM.

    LAMPIRAN

    CIRI-CIRI DOMAIN-DOMAINKONSEP "5",A. MUDDARIS1. Menarik perhatian pelajar2. Menstruktur pengajaran3. Mengaitkan dengan pengetahuan sedia ada pelajar4. Memperkenalkan tajuk pengajaran5. Menyampaikan maklumat dengan mudah, tepat dan jelas6. Menggunakan papan hitam/putih dengan berkesan7. Menyesuaikan strategi pengajaran dengan masa, minat dan kebolehan / tahap

    pelajar8. Menyesuaikan strategi pengajaran dengan sumber yang sedia ada9. Mengawal bilik darjah dengan baik (pembelajaran yang kondusif)10. Menggunakan BBM (OHP, kertas mahjong, kad, gambar, ICT, komputer dll)11. Memiliki sifat kecindan/humor12. Memiliki kemahiran interpersonal (body language, gesture, eye contact)13. Mempelbagaikan metodologi pengajaran dengan berkesan14. Mempelbagaikan teknik penyoalan15. Menjawab persoalan pelajar dengan penuh hikmah16. Mengesan masalah pembelajaran pelajar17. Menjarakkan pengajaran (lambat/cepat)18. Mengajar mengiku turutan pengajaran

    MUADDIB

    MURSYID

    MUACLLIMGURU PENDIDIKANISLAM CEMERLANG

    MURABBI

    MUDARRIS

  • Memperkasakan Program j-QAF dalam Pendidikan Islam 16

    19. Memberi peneguhan kepada pelajar20. Mengajar secara aktif/cergas21. Menggunakan tulisan Jawi22. Membuat penilaian formatif terhadap pembelajaran pelajar23. Membuat rumusan pengajaran24. Memberikan tugasan lanjutan/kerjarumah25. Muhasabah pengajaran menurut perspektif IslamB. MUADDIB1. Memakai pakaian yang sesuai dan kemas (menutup aurat)2. Menepati masa/waktu3. Menuturkan kata dengan sopan dan berhemah4. Menunjukkan kewibawaan (berautoriti dan berilmu)5. Menunjukkan sikap prihatin terhadap kebajikan pelajar6. Mempamerkan sifat tawaddu/rendahdiri7. Mempamerkan sifat ceria8. Menerapkan akhlak semasa pengajaran9. Mengambilberatterhadapadabpelajar10. Menjaga maruah diri11. Menampilkan perwatakan/personaliti yang baikC. MURRABI1. Menerapkan unsur-unsur ketauhidan2. Menerapkan nilai-nilai kemanusiaan3. Menyahkan nilai-nilai bukan Islam4. Menggunakan bahasa komunikasi yang sesuai dengan pelajar5. Memotivasikan pelajar6. Mengenali pelajar7. Mendampingi pelajar dengan mesra8. Menunjukkan kasih sayang terhadap pelajar9. Menghormati idea/potensi pelajar10. Menegur pelajar secara hikmah (tidak mengugut, sindir, leter)11. Menghukum pelajar untuk mendidik dan bukan mendenda12. Memanggil pelajar dengan mesra13. Mewujudkan hubungan keibubapaan dengan pelajarD. MURSYID1. Bersikap adil terhadap pelajar2. Mengamalkan ciri-ciri musyawarah3. Menunjukkan sikap tegas4. Menunjukkan kepimpinan yang mesra pelajar5. Menampilkan kepimpinan berhikmah6. Mencetuskan idea / semangat pelajar untuk maju dan berjaya7. Bertindak pantas terhadap isu-isu pelajar8. Menggalakkan daya kepimpinan pelajar

  • 17 Seminar Kebangsaan Penyelidikan j-QAF 201319 -20 Jun 2013, Puri Pujangga, UKM.

    9. Mengawal kelas dengan berkesan10. Membimbing pelajar membuat keputusan11. Mengaitkan tanggungjawab pelajar sebagai khalifatullahE. MU`ALLIM1. Memiliki dan menguasai ilmu2. Menghargai dan percambahan ilmu3. Menepati fakta (tiada kesalahan fakta)4. Menyepadukan ilmu intra dan inter bidang5. Menguasai huraian dan sukatan pelajaran6. Mengetahui isu semasa7. Menggalakkan percambahan ilmu8. Merangsang pemikiran pelajar (KBKK)9. Memahami konteks ilmu10. Mempelbagaikan sumber ilmu11. Menguasai kemahiran Jawi12. Menggalakkan pembelajaran kendiri13. Mengaplikasikan ilmu dan menjelaskan idea14. Mengamalkan budaya penyelidikan

    Prof. Madya Dato Dr. Ab. Halim bin TamuriJabatan Kepimpinan dan Dasar Pendidikan, Fakulti Pendidikandan Felo Kanan, Institut Islam Hadhari,Universiti Kebangsaan Malaysia

  • Memperkasakan Program j-QAF dalam Pendidikan Islam 18

  • Penelitian Dan Pemahaman TerhadapModel Program j-QAF

    Asmawati SuhidJabatan Pendidikan Bahasa dan Kemanusiaan

    Fakulti Pengajian Pendidikan, Universiti Putra Malaysia.

    AbstrakProgram j-QAF telah melalui satu pusingan pelaksanaannya sejak ia diperkenalkanpada 2005. Pelbagai input dan pandangan diberikan oleh pelbagai pihak dari sudutkeberkesanan dan impak program j-QAF, kualiti guru dan murid yang dihasilkan,dan masalah serta kekangan yang dihadapi dalam melaksanakan program ini.Kesemuanya mempunyai hasrat murni iaitu untuk menambah baik danmemantapkan lagi program ini. Justeru, kertas kerja ini bertujuan memapar danmembincangkan dapatan kajian berkaitan model-model yang digunakan oleh gurudalam proses pengajaran dan pembelajaran j-QAF. Responden yang dilibatkandalam kajian ini terdiri daripada guru pakar Pendidikan Islam dan guru j-QAF dinegeri Selangor. Pengkaji turut menghalusi masalah dan cabaran yang dihadapidalam pelaksanaan program ini. Seterusnya mengenengahkan pandangan dancadangan guru j-QAF bagi meningkatkan program ini. Diharapkan kertas kerja inidapat menambah maklumat berkaitan program j-QAF dan memberi ruang kepadaperkongsian maklumat di antara para penyelidik dan ilmuan serta pendidik Islambagi memantapkan lagi program ini seterusnya mencapai kata sepakat tentangprospek dan hala tuju program j-QAF.

    PendahuluanPelaksanaan Program j-QAF telahpun selesai satu pusingan sejak ia muladiperkenalkan pada 2005 (Buku Panduan Kursus Pemantapan PelaksanaanKurikulum Pendidikan Islam KBSR, 2007). Murid-murid yang mengikuti programini sepatutnya telah berada di peringkat sekolah menengah. Pelaksanaan program j-QAF mempunyai matlamat murni dengan memberi penekanan khusus kepadaperkara asas yang perlu diperoleh dan dikuasai oleh murid dalam Pendidikan Islam.Perkara asas yang difokuskan ialah bidang pembelajaran Jawi, al-Quran, BahasaArab dan amalan solat. Justeru, pengenalannya secara rasmi pada 2005 merupakansatu lagi inisiatif Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) menerusi BahagianPendidikan Islam yang amat relevan untuk meningkatkan ilmu dan kemahiran muriddalam Pendidikan Islam malah mengharapkan ilmu dan kemahiran tersebutdiamalkan dalam kehidupan seharian mereka. Ia juga merupakan tindakan KPMmenangani masalah yang timbul dan menambah baik kelemahan serta kekuranganyang wujud dalam pengajaran Pendidikan Islam. Sepanjang pelaksanaan program j-

  • Memperkasakan Program j-QAF dalam Pendidikan Islam 20

    QAF ini, aspek kekuatan dan kelemahannya telah dikenal pasti menerusi kajian yangtelah dijalankan oleh para penyelidik.

    Bagi memudah dan melicinkan pengajaran dan pembelajaran bidang-bidangini, empat model telah dihasilkan sebagai panduan dan kegunaan guru j-QAF iaituModel Kelas Pemulihan Jawi, Model 6 Bulan Khatam al-Quran, Model Tasmik,Model Bahasa Arab Komunikasi dan Model Kem Bestari Solat. Kertas kerja inibertujuan untuk berkongsi maklumat tentang penemuan kajian yang telahdilaksanakan oleh pengkaji ke atas guru Pakar Pendidikan Islam (GPI) dan guru j-QAF tentang penggunaan model j-QAF secara khusus dan pelaksanaan program j-QAF secara umum. Pengkaji turut menghalusi beberapa dapatan kajian lain sebagaiasas untuk penulis membincangkan cabaran dan kekangan yang dihadapi dalampelaksanaan Program j-QAF seterusnya merumuskan secara umum prospek danmasa depan program ini

    Pengenalan Model J-Qaf Di Sekolahi

    Model j-QAF yang dilaksanakan di sekolah terdiri daripada Model Kelas PemulihanJawi, Model 6 Bulan Khatam al-Quran, Model tasmik, Model Bahasa ArabKomunikasi dan Model Kem Bestari Solat. Setiap model ini mempunyai objektifdan strategi pelaksanaan masing-masing berdasarkan modul yang dibekalkan.

    Objektif pelaksanaan Model Kelas Pemulihan Jawi ialah memulihkan muridyang keciciran dalam jawi dengan sekurang-kurangnya mereka dapat mengenal,menyebut, dan menulis huruf-huruf tunggal, suku kata terbuka, suku kata tertutup,dan perkataan-perkataan mudah yang dibina daripada suku kata terbuka dan sukukata tertutup. Manakala objektif aktiviti kem Bestari Solat ialah,1. murid dapat berwuduk dengan sempurna;2. murid dapat mengetahui bilangan rakaat solat fardhu;3. murid dapat melaksanakan semua perbuatan serta bacaan dalam solat dengan

    betul dan lancar; dan4. murid dapat melaksanakan solat dengan sempurna sama ada secara bersendirian

    atau berjemaah.Matlamat pengajaran dan pembelajaran Bahasa Arab Komunikasi pula adalah untukmenanam minat mempelajari Bahasa Arab bagi menguasai kemahiran berbahasa disamping membolehkan murid berkomunikasi dengan mudah. Secara spesifiknya,objektif pengenalan Model Bahasa Arab Komunikasi ini ialah supaya murid dapat;1. mendengar bunyi huruf-huruf, perkataan dan ayat bahasa Arab dan

    memahaminya;2. menyebut dengan betul huruf-huruf, perkataan dan ayat bahasa Arab;3. bertutur dalam bahasa Arab berdasarkan situasi tertentu dan memahaminya;4. membaca dengan betul dan memahami perkataan dan ayat bahasa Arab;

  • 21 Seminar Kebangsaan Penyelidikan j-QAF 201319 -20 Jun 2013, Puri Pujangga, UKM.

    5. menulis dengan betul huruf-huruf, perkataan dan ayat bahasa Arab danmemahaminya; dan

    6. menulis petikan berdasarkan situasi tertentu menggunakan ayat-ayat mudah danmemahaminya.

    Model 6 Bulan Khatam al-Quran dan Model Tasmik yang merupakan programmembimbing murid secara individu pula bertujuan agar murid dapat membaca al-Quran secara bertajwid dan mengkhatamkan bacaan al-Quran 30 juzuk murid.Setiap murid perlu mempunyai guru pembimbing (terdiri daripada guru j-QAF danguru Pendidikan Islam) yang dilantik oleh pihek sekolah (j-QAF. Buku panduanpelaksanaan model-model pengajaran dan pembelajaran dan kokurikulum, 2004).

    Guru-guru j-QAF telah dibekalkan oleh pihak KPM bahan-bahan kurikulumtermasuklah Sukatan Pelajaran dan Buku Panduan, Model-model Pengajaran danPembelajaran dan Kurikulum j-QAF sebagai panduan dan bimbingan kepadamereka.

    Objektif KajianKajian ini bertujuan untuk:1. meninjau secara keseluruhan pandangan Guru Pakar Pendidikan Islam dan guru

    j-QAF tentang kekerapan penggunaan model j-QAF oleh guru.2. mengenal pasti tahap penguasaan murid mengikuti model j-QAF berdasarkan

    persepsi Guru Pakar Pendidikan Islam dan guru j-QAF,3. meninjau persepsi Guru Pakar Pendidikan Islam dan guru j-QAF terhadap

    minat murid dalam mengikuti model j-QAF.4. mengenal pasti keberkesanaan teknik/pendekatan yang guru gunakan dalam

    proses pengajaran dan pembelajaran (P&P), dan5. meninjau sokongan yang diterima oleh pihak sekolah dalam melaksanakan

    program j-QAF.Metodologi KajianKajian ini menggunakan reka bentuk deskriptif susulan. Ia bertujuan untukmendapatkan data kuantitatif tentang persepsi GPI dan guru j-QAF di sekolah-sekolah rendah di Selangor terhadap model-model yang digunakan dalam prosespengajaran dan pembelajaran serta pelaksanaan program j-QAF. Untukmendapatkan sampel guru bagi kajian ini, penyelidik menggunakan teknikpersampelan rawak mudah. Bagaimanapun, saiz sampel bagi guru ditentukan supayabilangan yang ekonomikal boleh digunakan sebagai responden. Sebanyak 206 orangGPI dan 309 orang guru j-QAF telah terlibat dalam kajian ini. Jumlah ini didapatimelebihi saiz sampel yang diperlukan mengikut Jadual Kercjie dan Morgan danformula Cochcran (Sidek Mohd. Noah, 2002).

  • Memperkasakan Program j-QAF dalam Pendidikan Islam 22

    Pengkaji menggunakan dua set soal selidik bagi mendapatkan maklumat yangdiperlukan iaitu set untuk GPI dan set untuk guru j-QAF. Bagi memastikan kesahaninstrumen kajian, sebuah panel telah dilantik yang terdiri daripada beberapa orangpakar daripada universiti tempatan untuk menilai dari segi nahu, format dankejelasan maksud yang komprehensif tentang isi kandungan setiap item yangdibentuk. Untuk menentukan tahap kebolehpercayaan pula, kajian rintis telahdijalankan. Nilai pekali kebolehpercayaan instrumen didapati melebihi .80.

    Data yang diperoleh telah dianalisis dengan mengaplikasi kaedah statistikalbagi mendapatkan maklumat yang dikehendaki dengan menggunakan programStatistical Package For The Social Science (SPSS).

    Dapatan KajianPersepsi Gpi Tentang Model j-QAFi. Kekerapan Penggunaan Model j-QAFii

    Guru-guru Pakar Pendidikan Islam telah ditanya tentang model yang kerapdigunakan oleh guru j-QAF. Menurut mereka secara keseluruhannya semuamodel adalah sangat kerap/kerap digunakan oleh guru2 j-QAF. Bagaimanapundidapati Model 6 Bulan Khatam al-Quran mendapat min tertinggi (3.26, SP =.56) yang mana ia menggambarkan model ini paling kerap digunakan dalamP&P. Ini diikuti dengan Model Kelas Pemulihan Jawi, (min 3.21, SP = .59),Model Tasmik (min 3.18, SP = .66), Model Kem Bestari Solat (min 3.15, SP =.55), dan Model Bahasa Arab Komunikasi (min 3.11, SP = .57). Maklumatterperinci tentang hal ini ditunjukkan dalam Jadual 1.

    Jadual 1: Kekerapan Penggunaan Model oleh Guru j-QAFModel Sangat

    KerapKerap Kurang

    KerapSangatTidakKerap

    Min SP

    f % f % f % f %Model 6 Bulan Khatamal-Quran

    64 32.2 123 61.8 12 6.0 0 0 3.26 .56Model KelasPemulihan Jawi

    60 30.2 120 60.3 19 9,5 0 0 3.21 .56Model Tasmik 63 31.7 111 55.8 23 11.6 2 1.0 3.18 .66Model Bahasa ArabKomunikasi

    44 22.1 133 66.8 22 11.1 0 0 3.11 .57Model Kem BestariSolat

    46 23.1 138 69.3 14 7.0 1 0.5 3.15 .55

  • 23 Seminar Kebangsaan Penyelidikan j-QAF 201319 -20 Jun 2013, Puri Pujangga, UKM.

    ii. Penguasaan Murid Terhadap Model j-QAFSecara umumnya, GPI berpersepsi bahawa murid dapat menguasai dengan baiksemua model j-QAFiii. Daripada lima model yang digunakan oleh guru j-QAF,didapati Model Kem Bestari Solat (min 4.19, SP = .62) yang paling dikuasaioleh murid. Ini diikuti dengan Model Kelas Pemulihan Jawi (min 4.00, SP =.66), Model Tasmik (min 3.80, SP = .74), Model 6 Bulan Khatam al-Quran(min 3.78, SP = .64) dan Model Bahasa Arab Komunikasi (min 3.70, SP. .62).Maklumat terperinci tentang hal ini ditunjukkan dalam Jadual 2.Jadual 2: Tahap Penguasaan Murid Menurut Guru Pakar Pendidikan Islam

    AmatBaik

    Baik Sederhana KurangBaik

    Lemah Min SPf % f % f % f % f %

    Model KemBestari Solat

    59 29.6 119 59.8 20 10.1 1 0.5 0 0 4.19 .62Model KelasPemulihanJawi

    43 21.6 114 57.3 42 21.1 0 0 0 0 4.00 .66

    Model 6 BulanKhatam al-Quran

    20 10.3 120 60.3 55 27.6 4 2.0 0 0 3.80 .64

    Model Tasmik 29 14.6 111 55.8 51 25.6 7 3.5 1 0.5 3.80 .74Model BahasaArabKomunikasi

    14 7.0 115 57.8 67 33.7 3 1.5 0 0 3.70 .62

    iii. Minat Murid Terhadap Model j-QAFDari segi minat murid terhadap model-model j-QAF, GPI berpendapat bahawasecara keseluruhannya murid minat mempelajari kesemua model yangdigunakan oleh guru. Model Kelas Pemulihan Jawi merupakan model yangpaling diminati oleh murid (min 4.37, SP = .62). Ini diikuti dengan Model KemBestari Solat dengan min 4.30 (SP = .68), Model 6 Bulan Khatam al-Quran,min 4.14 (SP= .57), Model Bahasa Arab Komunikasi (min 4.01, SP = .74), danModel Tasmik (min 3.89, SP = .79). Maklumat terperinci tentang hal iniditunjukkan dalam Jadual 3.

  • Memperkasakan Program j-QAF dalam Pendidikan Islam 24

    Jadual 3 : Minat Murid Terhadap Model j-QAF MenurutPersepsi Guru Pakar Pendidikan Islam

    SangatTidakMinat

    KurangMinat

    TidakPasti

    Minat SangatMinat

    Min SP

    f % f % f % f % f %Model KelasPemulihanJawi

    1 0.5 1 0.5 6 3.0 107 53.8 84 42.2 4,37 .62

    Model KemBestari Solat

    1 0.5 5 2.5 4 2.0 113 56.8 76 38.2 4.30 .68Model 6BulanKhatam al-Quran

    0 0 2 1.0 14 7.0 138 69.3 45 22.6 4.14 .57

    Model BahasaArabKomunikasi

    0 0 12 6.0 17 8.5 128 64.3 42 21.1 4.00 .74

    ModelTasmik

    0 0 17 8.5 22 11.1 125 62.8 35 17.6 3.89 .79

    PERSEPSI GURU J-QAF TENTANG MODEL j-QAFi. Penguasaan Murid Terhadap Model j-QAF

    Tahap penguasaan murid terhadap Model j-QAF juga dikenal pasti menerusipandangan guru-guru j-QAF. Merujuk kepada Model Kelas Pemulihan Jawi,terdapat lima komponen kemahiran yang perlu dikuasai oleh murid. Dapatankajian menunjukkan guru berpersepsi bahawa kemahiran mengenal dan menulishuruf tunggal yang diimlakkan (234 orang, 75.7%) dan membaca dan menulissuku kata terbuka (231 orang, 74.8%) dapat dikuasai oleh murid dengan baik.Manakala kemahiran yang dikatakan kurang dikuasai oleh murid ialahmembaca dan menulis perkataan daripada suku kata tertutup (152 orang,49.2%), membaca dan menulis suku kata tertutup (179 orang, 57.9%) danmembaca dan menulis perkataan mudah daripada suku kata terbuka (200 orang,64.7%). Sila lihat Jadual 4.

  • 25 Seminar Kebangsaan Penyelidikan j-QAF 201319 -20 Jun 2013, Puri Pujangga, UKM.

    Jadual 4: Tahap Penguasaan Kemahiran Murid Dalam Jawi Menurut Guru j-QAF

    Pernyataan Lemah KurangBaik

    Sederhana Baik Amat Baik

    f % f % f % f % f %Mengenal dan menulishuruf tunggal yangdiimlakkan

    1 0.3 3 1.0 71 23.0 148 47.9 86 27.8

    Membaca dan menulissuku kata terbuka

    0 0 1 0.3 77 24.9 165 53.4 66 21.4Membaca dan menulissuku kata tertutup

    3 1.0 23 7.4 104 33.7 124 40.1 55 17.8Membaca dan menulisperkataan mudahdaripada suku kataterbuka

    0 0 12 3.9 97 31.4 136 44.0 64 20.7

    Membaca dan menulisperkataan mudahdaripada suku katatertutup.

    8 2.6 26 8.4 123 39.8 115 37.2 37 12.0

    Bagi Model Bahasa Arab Komunikasi pula, terdapat 12 komponenkemahiran yang perlu dikuasai oleh murid. Justeru, guru-guru diminta untukmemberikan pandangan tentang tahap penguasaan murid terhadap komponenkemahiran tersebut. Dapatan kajian menunjukkan bahawa kemahiran yangdapat dikuasai dengan baik oleh murid ialah, memahami huruf bahasa Arab(269 orang, 87.1%), menyebut huruf bahasa Arab (264 orang, 85.4%, menyebutperkataan bahasa Arab (236 orang, 76.4%), menulis dengan betul huruf Arab(232 orang, 75.1%) dan menulis dengan betul perkataan Arab (224 orang,72.5%).

    Manakala sebanyak 186 orang guru (60.2%) menyatakan bahawa muridmereka mencapai tahap sederhana/kurang baik bagi kemahiran menulis petikanberdasarkan situasi tertentu menggunakan ayat-ayat mudah. Ini diikuti dengankemahiran bertutur dalam bahasa Arab berdasarkan situasi tertentu (179 orang,57.9%), memahami ayat bahasa Arab (167 orang, 54.0%), membaca denganbetul ayat bahasa Arab (129 orang, 41.7%) dan menyebut ayat bahasa Arab(127 orang, 41.1%).

    Secara umumnya, bagi Model Kem Bestari Solat, berdasarkan persepsiguru j-QAF didapati majoriti daripada mereka (85.2%) bersetuju bahawa muriddapat melaksanakan solat dengan betul. Murid-murid juga dikatakan oleh guru(89.0%) telah boleh melakukan rukun fili dengan betul. Guru juga bersetuju(82.2%) bahawa murid mereka boleh melaksanakan rukun qauli dengan baik

  • Memperkasakan Program j-QAF dalam Pendidikan Islam 26

    dalam solat. Yang penting 80.0% guru menyatakan persetujuan bahawa murid-murid menunjukkan rasa tanggungjawab untuk menunaikan solat.

    Menerusi Model 6 Bulan Khatam al-Quran pula, secara keseluruhannyadidapati guru-guru bersetuju (melebihi min 3.0) bahawa tahap penguasaanmurid mereka adalah baik.

    ii. Minat Murid Terhadap Model j-QAFGuru j-QAF juga turut memberikan pendapat mereka tentang minat muridterhadap model j-QAF. Bagi Model Kelas Pemulihan Jawi mereka berpendapatbahawa secara keseluruhannya murid-murid berminat terhadap model ini. ivSebanyak 279 orang (90.3%) menyatakan murid mereka sangat suka mengikutikelas pemulihan jawi, 251 orang (81.2%) menyatakan murid-murid merekabersungguh-sungguh ketika mengikuti kelas ini dan 219 orang (70.9%)bersetuju mudah mendisplinkan murid ketika pengajaran jawi.

    Selain itu, guru j-QAF juga diminta memberi pandangan mereka tentangminat murid terhadap Model Bahasa Arab Komunikasi.v Secara keseluruhannyadapatan menunjukkan majoriti guru berpendapat bahawa murid-murid berminatterhadap model ini. Antaranya, dapatan menunjukkan murid sangat sukamengikuti kelas Bahasa Arab (274 orang, 88.6%) dan mereka belajarbersungguh-sungguh (249 orang, 80.6%). Namun, terdapat juga guru (213orang, 68.9%) yang menyatakan bahawa ada juga murid yang bermain ketikakelas Bahasa Arab dijalankan. Lihat Jadual 5. Hal ini perlu diteliti lagi agarmurid lebih fokus kepada pembelajaran,

    Jadual 5 : Minat Murid Terhadap Model Bahasa Arab KomunikasiBil. Pernyataan Tidak

    setujuKurangsetuju

    Tidak pasti Setuju Amat setuju Min SP

    f % f % f % f % f %1 Murid saya sangat suka

    mengikuti kelasmembaca Bahasa Arab

    0 0.0 3 1.0 32 10.4 200 64.7 74 23.9 4.11 .60

    2 Saya sangat mudahmendisiplinkan pelajarketika kelas membacaBahasa Arab di sekolah

    1 0.3 29 9.4 36 11.7 180 58.3 63 20.4 3.89 .84

    3 Murid-murid sayabersungguh-sungguhuntuk untuk mengikutikelas membaca BahasaArab

    1 0.3 11 3.6 48 15.5 176 57.0 73 23.6 4.00 .75

    4 Murid lebih banyak 5 1.6 50 16.2 41 13.3 150 48.5 63 20.4 3.69 1.02

  • 27 Seminar Kebangsaan Penyelidikan j-QAF 201319 -20 Jun 2013, Puri Pujangga, UKM.

    bermain ketika kelasBahasa Arab dijalankan di sekolah.

    5 Kelas membaca BahasaArab di sekolah perludilaksanakan oleh gurulelaki.

    104 33.7

    133 43.0 39 12.6 28 9.1 5 1.6 2.01 .98

    6 Murid-murid sukabertanya kepada sayacara-cara membacaBahasa Arab denganbaik

    13 4.2 29 9.4 43 13.9 184 59.5 40 12.9 3.67 .95

    Secara keseluruhannya, dapatan kajian menunjukkan bahawa majoriti(290, 93.8%) daripada guru-guru j-QAF berpandangan murid-murid merekaminat dan suka mengikuti Kem Bestari Solat. vi Murid-murid juga dikatakanbersungguh-sungguh ketika

    dijadikan penyelesaian kepada kurangnya minat murid bersolat di sekolah.Guru (233, 75.4%) turut merasakan bahawa menerusi program ini mereka dapatmendisiplinkan murid-murid untuk mengamalkan aktiviti solat.

    Bagi Model 6 Bulan Khatam al-Quran, guru berpersepsi bahawa rata-ratamurid berminat dengan model ini. Hal ini boleh dilihat menerusi dapatan kajianyang menunjukkan mengikuti program ini (264, 85.4%). Selain itu, menurutguru (247, 80.0%) murid-murid suka bertanya tentang perkara yang kurangjelas berkaitan cara-cara menunaikan solat dengan sempurna.

    Berkaitan dengan minat murid untuk menunaikan solat di sekolah,sebanyak 258 (83.5%) orang guru j-QAF menyatakan bahawa murid-muridmereka tidak/kurang berminat menunaikan solat di sekolah. Oleh itu,pengenalan program Kem Bestari Solat dapat misalnya 91.9% muridmenyatakan mereka sangat suka mengikuti kelas membaca al-Quran. Begitujuga didapati murid bersungguh-sungguh mengikuti kelas membaca al-Quran(86.4%), murid-murid berminat mengikuti kelas membaca al-Quran disekolah (86.1%) dan murid suka bertanya cara-cara membaca al-Qurandengan baik(78.0%).

    iii. Keberkesanan Teknik Pengajaran dan Pembelajaran Dalam j-QAFTeknik pengajaran adalah antara aspek penting yang perlu diberi perhatian olehguru dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Terdapat beberapa teknikmengajar yang dicadangkan dalam Model Kelas Pemulihan Jawi. Dapatanmenunjukkan bahawa rata-rata guru bersetuju teknik-teknik yang digunakanoleh mereka adalah berkesan. Ini kerana majoriti teknik tersebut mendapat skorlebih daripada 90%, kecuali permainan Layang-layang (255 orang, 82.5%) danpermainan Astronomi (256 orang, 82.9%). Perincian tahap persetujuan gurutentang hal ini boleh dilihat dalam Lampiran 1.

  • Memperkasakan Program j-QAF dalam Pendidikan Islam 28

    Berkaitan dengan keberkesanan teknik-teknik pengajaran dalam ModelBahasa Arab Komunikasi pula, dapatan menunjukkan kebanyakan gurumenyatakan bahawa teknik-teknik yang digunakan oleh mereka adalahberkesan. Perincian tentang persetujuan guru ini boleh dilihat dalam Jadual 6.

    Jadual 6 : Keberkesanan Teknik Pengajaran Dan PembelajaranModel Bahasa Arab Komunikasi

    Bil.

    Pernyataan TidakDisediakan

    TidakBerkesan

    KurangPasti

    Berkesan AmatBerkesan

    Min SP

    f % f % f % f % f %1. Kaedah Tematik 5 1.6 6 1.9 66 21.4 178 57.6 54 17.5 2.87 .772. Kaedah Ajuk-Hafaz 0 0.0 0 0.0 11 3.6 195 63.1 103 33.3 3.29 .533. Kaedah Semula jadi 0 0.0 0 0.0 42 13.6 203 65.7 64 20.7 3.07 .584. Kaedah Terus 0 0.0 0 0.0 37 12.0 187 60.5 85 27.5 3.15 .605. Kaedah Latih Tubi 0 0.0 1 0.3 12 3.9 161 52.1 135 43.7 3.39 .586. Kaedah Eklektik 2 0.6 10 3.2 69 22.3 178 57.6 50 16.2 2.85 .747. Lain-lain teknik 293 94.8 0 0.0 2 0.6 11 3.6 3 1.0 0.15 .69

    Bagi program Kem Bestari Solat, guru j-QAF turut memberi pandangantentang kaedah atau pendekatan dalam pengajaran solat. Kebanyakan guru j-QAF(302, 97.7%) menyatakan bahawa mereka akan memerhatikan perlakuan setiaporang murid dalam amali solat. Mereka juga amat bersetuju/setuju (298,96.5%)bahawa penggunaan bahan bantu mengajar dapat menarik minat murid terhadapaktiviti solat. Di samping itu, sebanyak 281 (90.0%) orang guru j-QAF menyatakanbahawa mereka memperuntukkan waktu untuk menanam perasaan cintakan solatdalam diri murid-murid ketika aktiviti solat.

    Majoriti guru (266, 86.1%) juga berpendapat bahawa di samping memberimotivasi, konsep dendaan juga penting untuk menggalakkan murid-murid bersolat.Manakala aspek utama yang ditekankan oleh guru dalam aktiviti solat ialah aspekpengetahuan (242,78.3%). Bagaimanapun, mereka tidak/kurang bersetuju bahawamereka menekankan pencapaian akademik murid berbanding aspek penghayatanmurid dalam aktiviti solat.

    Berkaitan dengan kaedah/teknik pengajaran yang digunakan oleh guru dalamModel Khatam al-Quran, majoriti guru menyatakan bahawa kaedah/teknik yangmereka gunakan adalah berkesan. Peratus yang diperoleh bagi tahap persetujuanguru tentang hal ini adalah tinggi (antara 80%-100%) kecuali dua teknik iaitumurid turus (mahir) mengesahkan bacaan murid dengan memberi pujian (68.0%)dan murid membaca dengan bimbingan murid turus (67.9%). Seratus peratus gurubersetuju bahawa teknik murid mendengar bacaan contoh daripada guru adalah

  • 29 Seminar Kebangsaan Penyelidikan j-QAF 201319 -20 Jun 2013, Puri Pujangga, UKM.

    berkesan. Teknik guru j-QAF mengesahkan bacaan murid dengan memberikanpujian memperoleh 99.7% persetujuan guru dan murid membaca denganbimbingan guru j-QAF pula memperoleh 99.4% persetujuan guru. Sebanyak 98.3%guru bersetuju bahawa teknik murid membaca al-Quran menggunakan mushafRas Uthmani adalah berkesan, manakala teknik kaedah talaqqi dan musyafahahpula sebanyak 97.4% guru bersetuju ianya berkesan. Manakala bagi murid yangtidak menguasai bacaan al-Quran, guru bersetuju (97.8%) bahawa merekameneruskan pembelajaran dengan menggunakan kaedah Iqra didapati berkesan.

    Perbincangan Dapatan KajianCabaran Dan Kekangan Dalam Pelaksanaan Program j-QAFvii

    Kementerian Pelajaran Malaysia menerusi Bahagian Pendidikan Islam telahmemberi kerjasama yang baik dalam usaha menjayakan program j-QAF seterusnyamemperkasakan Pendidikan Islam. Usaha ini perlu diberi pujian memandangkan iamampu menyumbang kepada perolehan ilmu dan kemahiran murid dalam perkaraasas Pendidikan Islam. Secara keseluruhan, majoriti daripada guru-guru j-QAFberminat/sangat berminat terhadap semua model j-QAF yang dilaksanakan disekolah. Dapatan kajian juga menunjukkan bahawa rata-rata guru menyatakanbahawa teknik-teknik yang digunakan oleh mereka adalah berkesan dan sesuai sertadapat menarik perhatian murid. Begitu juga secara keseluruhannya murid-muridberminat terhadap model j-QAF terutamanya Kelas Pemulihan Jawi dan KemBestari Solat.

    Bagaimanapun, dalam pelaksanaan program ini terdapat perkara-perkara yangperlu diberi perhatian agar program ini dapat berjalan dengan lebih licin dan mantap.Antara perkara yang perlu diberi perhatian ialah guru kurang mahir mengguna danmengaplikasikan teknologi ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Namun,dapatan kajian Siti Fatimah Ahmad dan Ab. Halim Tamuri (2010) memperlihatkanbahawa guru j-QAF mempunyai persepsi yang tinggi terhadap penggunaan bahanbantu mengajar berasaskan teknologi multimedia (TMm).viii Kemahiran ini perludipertingkatkan bagi memastikan profesionalisme guru j-QAF setanding guru-gurulain disamping dapat menarik minat murid mempelajari mata pelajaran j-QAF.Penemuan kajian turut mendapati terdapat guru yang kurang mahir menggunakanteknik-teknik pengajaran yang dicadangkan dalam model j-QAF terutama sekalidalam mengaplikasi ICT. Antara sebab atau faktor yang dikenal pasti ialah faktorkekangan masa di samping guru terlibat dengan aktiviti dan tugas lain di sekolah.Oleh itu, guru lebih terdorong untuk mengejar waktu menghabiskan sukatanpelajaran dalam tempoh masa yang agak singkat.Justeru, terdapat cadangan agarjangka masa kursus program j-QAF perlu diteliti semula.ix

    Bilangan murid yang ramai berbanding guru yang mengajar j-QAF juga perluditangani secara efisien agar guru Pendidikan Islam merasa kurang beban dan berat

  • Memperkasakan Program j-QAF dalam Pendidikan Islam 30

    dalam melaksanakan pengajaran dan tugas atau aktiviti tambahan. Ini juga bagimemastikan apa yang dipelajari oleh murid benar-benar berkesan dan dapat dikuasaioleh mereka. Misalnya, dalam mengikuti Model 6 Bulan Khatam al-Quran, terdapatmurid-murid yang masih tidak mampu mengenal huruf. Namun, atas usaha daninisiatif guru j-QAF murid-murid ini dibimbing dan dipantau secara intensif agarmereka tidak ketinggalan berbanding murid lain. Terdapat guru Pendidikan Islamdan guru j-QAF yang membahagikan pengajaran Model 6 Bulan Khatam al-Qurankepada dua aktiviti iaitu aktiviti dalam waktu P&P dan aktiviti di luar waktupersekolahan. Begitu juga, usaha mengadakan Kem Literasi al-Quran merupakanstrategi yang baik dan mampu membantu murid lemah sekiranya ia dapatdilaksanakan dengan berkesan.

    Menyentuh tentang tugas atau aktiviti tambahan guru j-QAF di sekolahseperti tugas guru ganti, terlibat dalam acara rasmi, mengawas disiplin murid,menceriakan bilik darjah dan menganggotai jawatankuasa juga perlu diberiperhatian. Ini kerana dapatan kajian oleh Mohd. Nor bin Jaafar dan Ismail MatLudin (2007) dan Ghazali Darussalam menunjukkan hal ini merupakan kekangandan boleh menimbulkan stres dalam kalangan guru j-QAF.x Lantas mengakibatkanguru tergesa-gesa menghabiskan silibus yang ditetapkan.

    Sokongan dan kerjasama daripada pihak ibubapa amat diharapkan bagimemastikan program j-QAF dapat berjalan lancar seterusnya mencapai matlamatyang diinginkan. Ibubapa misalnya hendaklah bersedia mengizinkan anak-anak terusberada di sekolah selepas waktu persekolahan dan mengikuti aktiviti yangdijalankan di luar waktu persekolahan.

    Bagi melicinkan lagi pelaksanaan program j-QAF, peruntukan kewanganyang cukup perlu diberi perhatian. Begitu juga pelaksanaan model-model yangdicadangkan terutamanya Kem Bestari Solat hendaklah diselaraskan dandimantapkan. Adalah diharapkan melalui kerjasama yang padu oleh semua pihak,beberapa kekangan dan cabaran yang diutarakan oleh guru dapat diatasi danprogram ini dapat diteruskan dengan jayanya.

    KesimpulanKesimpulannya, program j-QAF yang dilaksanakan di sekolah dilihat mampumeningkatkan ilmu dan kemahiran murid dalam Pendidikan Islam. Model-modelyang diaplikasikan dalam proses P&P juga dapat menarik minat murid. Namun,kelemahan dan kekurangan serta pandangan dan cadangan guru Pendidikan Islamdan guru j-QAF serta para pengkaji perlu diberi perhatian serius oleh pihak yangbertanggungjawab. Antara pandangan dan cadangan guru j-QAF yang dapatpengkaji rumuskan ialah menyentuh tentang latihan dan kursus perlu diberikankepada guru secara berterusan bagi meningkatkan profesionalisma mereka.Seterusnya memberi pendedahan yang lebih kepada guru terhadap penggunaan ICT

  • 31 Seminar Kebangsaan Penyelidikan j-QAF 201319 -20 Jun 2013, Puri Pujangga, UKM.

    dan membekalkan BBM serta peralatan yang cukup dan berkualiti bagi aktivitipermainan. Dicadangkan juga sebuah bilik khas disediakan untuk menjalankanKelas Pemulihan Jawi bagi memastikan keselesaan dan suasana yang kondusif agardapat menarik minat murid seterusnya menghasilkan pembelajaran yang berkesan.Akhirnya namun penting, peruntukan kewangan yang cukup perlu diberi perhatianoleh pihak KPM agar pelaksanaan program j-QAF dapat dijalankan dengan sebaik-baiknya dan tidak membebankan pihak guru. Oleh itu, perancangan yang teliti dantindakan yang efektif hendaklah diambil tindakan segera agar program j-QAF dapatdijalankan dengan lebih mantap dan berkualiti. Seterusnya, dapat melahirkan murid-murid yang mantap ilmu dan kemahirannya dalam perkara asas Pendidikan Islam.

    RUJUKANAsmawati Suhid, Lukman Abd. Mutalib, Kamariah Abu Bakar dan Muhd. Fauzi

    Muhammad. Pelaksanaan Model j-QAF Di Sekolah: Satu Tinjauan Umum.Dalam Prosiding Seminar majlis Dekan-dekan Pendidikan IPTA 2011,/Fakulti Pengajian Pendidikan, Universiti Putra Malaysia, 27-28 September2011.

    Asmawati Suhid dan Lukman Abd. Mutalib (2009). Tinjauan Terhadap PelaksanaanKem Bestari Solat. The International Journal of Islamic and ArabicEducation, 1, UKM.

    Asmawati Suhid , Lukman Abdul Mutalib, Kamariah Abu Bakar dan Muhd. FauziMuhammad. Aplikasi Model Bahasa Arab Komunikasi dalam pengajaran danpembelajaran Pendidikan Islam. Kertas kerja yang akan dibentangkan diSeminar Penyelidikan Pendidikan, Fakulti Pengajian Pendidikan, 2009.

    Asmawati Suhid, Kamariah Abu Bakar, Lukman Abd. Mutalib and Muhd. FauziMuhammad. Teachers Perception Towards The Model Of Jawi Writing InMalaysian Education System. The International Journal of InterdisciplinarySocial Sciences, 3, 5, 47-52, 2008.

    Asmawati Suhid dan Lukman Abd. Mutalib. Model Kelas Pemulihan Jawi : SatuPenilaian Umum. Dalam prosiding (dalam bentuk cd). Seminar JPPG, 2008,Hotel City Bayview, Langkawi, 13-15 Disember 2008.

    Buku Panduan Kursus Pemantapan Pelaksanaan Kurikulum Pendidikan IslamKBSR (2007). Bahagian Kurikulum Pendidikan Islam dan Moral, JabatanPendidikan Islam dan Moral, Kementerian Pelajaran Malaysia.

    Ghazali Darussalam (2007). Pelaksanaan program j-QAF mengikut persepsipensyarah dan pelajar. Jurnal Penyelidikan Pendidikan Institut PerguruanIslam, Selangor, 10.

  • Memperkasakan Program j-QAF dalam Pendidikan Islam 32

    j-QAF. Buku Panduan Perlaksanaan Model-model Pengajaran dan Pembelajarandan Kokurikulum (2004). Bahagian Kurikulum Pendidikan Islam dan Moral,Jabatan Pendidikan Islam dan Moral, Kementerian Pelajaran Malaysia.

    Mohd. Nor Jaafar & Ismail Mat Ludin (2007). Kajian stress guru pelatih praktikumKPLI j-QAF. Kertas kerja yang dibentangkan di Seminar PenyelidikanPendidikan, Institut Perguruan Batu Lintang.

    Sidek Mohd. Noah (2002). Reka bentukpPenyelidikan. Falsafah, teori dan prktisSerdang : Penerbit UPM

    Siti Fatimah Ahmad & Ab. Halim Tamuri (2010). Persepsi guru terhadappenggunaan bahan bantu mengajar berasaskan teknologi multimedia dalampengajaran j-QAF. Journal of Islamic and Arabic Education 2(2),2010,53-64.

  • 33 Seminar Kebangsaan Penyelidikan j-QAF 201319 -20 Jun 2013, Puri Pujangga, UKM.

    Lampiran 1 :Jadual Keberkesanan Penggunaan Teknik Dalam kelas Pemulihan Jawi

    TeknikTidakSetuju

    KurangSetuju Setuju

    SangatSetuju

    f % f % f % f %Permainan boling bagi kemahiran huruftunggal

    0 0 9 2.9 177 57.3 121 39.2Permainan tenteng bagi kemahiran huruftunggal

    0 0 16 5.2 198 64.1 95 30.7Permainan kad bagi kemahiran huruftunggal

    0 0 1 0.3 147 47.6 157 50.8Permainan keretapi bagi kemahiran huruftunggal

    1 0.3 15 4.9 185 59.9 106 34.3Permainan layang-layang bagi kemahiranhuruf tunggal

    1 0.3 53 17.2 182 58.9 73 23.6Permainan astronomi bagi kemahiranhuruf tunggal

    3 1.0 50 16.2 173 56.0 83 26.9Penggunaan LCD bagi kemahiran huruftunggal

    0 0 15 4.9 171 55.3 122 39.5Permainan sahibba bagi kemahiran sukukata

    1 0.3 20 6.5 174 56.3 113 36.6Permainan pancing ikan bagi kemahiransuku kata

    1 0.3 5 1.6 157 50.8 145 46.9Permainan harta karun bagi kemahiransuku kata

    3 1.0 20 6.5 188 60.8 98 31.7Permainan rumah merpati bagi kemahiransuku kata

    1 0.3 24 7.8 190 61.5 94 30.4Permainan tanda arah bagi kemahiransuku kata

    0 0 24 7.8 180 58.3 103 33.3Permainan cabutan misteri bagikemahiran suku kata

    0 0 20 6.5 142 46.0 146 47.2Nyanyian Sayang Jawi 0 0 20 6.5 141 45.6 146 47.2Nyanyian Eja dan Baca 0 0 14 4.5 145 46.9 148 47.9Nyanyian Vokal dan Suku Kata 1 0.3 13 4.2 158 51.1 135 43.7Irama lagu Tanya Sama Hati 1 0.3 17 5.5 162 52.4 128 41.4Irama lagu Aci-aci buka pintu 0 0 22 7.1 154 49.8 131 42.4Irama lagu Wau Bulan 0 0 19 6.1 158 51.1 131 42.4

  • Memperkasakan Program j-QAF dalam Pendidikan Islam 34

    Lampiran 2:Jadual Tahap Kepuasan Guru Terhadap Kemudahan dan Sokongan Dalam

    Pelaksanaan Program j-QAF

    PernyataanAmatMemuaskan Memuaskan Sederhana

    KurangMemuaskan Lemah

    f % f % f % f % f %Latihan/kursus yangdiikuti

    43 13.9 171 55.3 61 19.7 28 9.1 6 1.9Bahan bantu mengajaryang disediakan

    46 14.9 177 57.3 60 19.4 26 8.4 0 0Bimbingan dan nasihatdaripada pihak sekolah

    43 13.9 157 50.8 87 28.2 20 6.5 2 0.6Peruntukan masapengajaran

    38 12.3 143 46.3 71 23.0 54 17.5 3 1.0Buku Teks 38 12.3 188 60.8 54 17.5 28 9.1 1 0.3Buku Latihan/Aktiviti 42 13.6 182 58.9 50 16.2 34 11.0 1 0.3Buku Panduan Guru 61 19.7 193 62.5 44 14.2 10 3.2 1 0.3Sokongan pihaksekolah

    63 20.4 171 55.3 59 19.1 12 3.9 4 1.3Sokongan pihakpengurusan

    63 20.4 173 56.0 59 19.1 11 3.6 3 1.0Sokongan ibu bapa 43 13.9 151 48.9 85 27.5 26 8.4 4 1.3PenyeliaanPeruntukan kewangan 33 10.7 183 59.2 74 23.9 13 4.2 6 1.9

    Prof. Madya. Dr. Asmawati Suhid, Ketua, Jabatan Pendidikan Bahasa danKemanusiaan, Fakulti Pengajian Pendidikan, Universiti Putra [email protected]

    i Asmawati Suhid, Lukman Abd. Mutalib, Kamariah Abu Bakar dan Muhd. FauziMuhammad. Pelaksanaan Model j-QAF Di Sekolah: Satu Tinjauan Umum. DalamProsiding Seminar majlis Dekan-dekan Pendidikan IPTA 2011,/ Fakulti PengajianPendidikan, Universiti Putra Malaysia, 27-28 September 2011.

    ii Asmawati Suhid, Kamariah Abu Bakar, Lukman Abd. Mutalib and Muhd. FauziMuhammad. Teachers Perception Towards The Model Of Jawi Writing In MalaysianEducation System. The International Journal of Interdisciplinary Social Sciences, 3, 5,47-52, 2008.

    iii Asmawati Suhid, Kamariah Abu Bakar, Lukman Abd. Mutalib and Muhd. FauziMuhammad. Teachers Perception Towards The Model Of Jawi Writing In MalaysianEducation System. The International Journal of Interdisciplinary Social Sciences, 3, 5,47-52, 2008.

  • 35 Seminar Kebangsaan Penyelidikan j-QAF 201319 -20 Jun 2013, Puri Pujangga, UKM.

    iv Asmawati Suhid dan Lukman Abd. Mutalib. Model Kelas Pemulihan Jawi : SatuPenilaian Umum. Dalam prosiding (dalam bentuk cd). Seminar JPPG, 2008, Hotel CityBayview, Langkawi, 13-15 Disember 2008.

    v Asmawati Suhid , Lukman Abdul Mutalib, Kamariah Abu Bakar dan Muhd. FauziMuhammad. Aplikasi Model Bahasa Arab Komunikasi dalam pengajaran danpembelajaran Pendidikan Islam. Kertas kerja yang akan dibentangkan di SeminarPenyelidikan Pendidikan, Fakulti Pengajian Pendidikan, 2009.

    vi Asmawati Suhid dan Lukman Abd. Mutalib (2009). Tinjauan Terhadap PelaksanaanKem Bestari Solat. The International Journal of Islamic and Arabic Education, 1,UKM.

    vii Asmawati Suhid. Program j-QAF : Cabaran kini, harapan masa depan. Kertas kerjayang dibentangkan di Kongres Pendidikan Islam Kebangsaan 2011, Hotel DynastyKuala Lumpur, 4-7 Disember 2011.

    viii Siti Fatimah Ahmad & Ab. Halim Tamuri (2010). Persepsi guru terhadap penggunaanbahan bantu mengajar berasaskan teknologi multimedia dalam pengajaran j-QAF.Journal of Islamic and Arabic Education 2(2),2010,53-64.

    ix Ghazali Darussalam (2007). Pelaksanaan program j-QAF mengikut persepsi pensyarahdan pelajar. Jurnal Penyelidikan Pendidikan Institut Perguruan Islam, Selangor, 10.

    x Mohd. Nor Jaafar & Ismail Mat Ludin (2007). Kajian stress guru pelatih praktikumKPLI j-QAF. Kertas kerja yang dibentangkan di Seminar Penyelidikan Pendidikan,Institut Perguruan Batu Lintang.

  • Memperkasakan Program j-QAF dalam Pendidikan Islam 36

  • Development and Evaluation of Multimedia Softwarefor the Communicative Arabic Implementation of thej-QAF Programme in Malaysian National Primary

    SchoolsMaimun Aqsha Lubis

    Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia

    AbstractMultimedia can be used to overcome the weaknesses in teaching and learningprocesses. However, multimedia elements embedded in the interactive environmentof software are sometimes unable to make a presentation interesting and motivatingfor pupils. This study aimed at developing and evaluating interactive multimediasoftware that can serve as a tutorial for the Communicative Arabic ImplementationExpansion Module of the j-QAF programme. This multimedia software wasdeveloped based on the Year One j-QAF curriculum issued by the Ministry ofEducation, Malaysia. Additionally, the objectives of this research were aimed forimproving the emphasising on the use of teaching aids. Apart from that, thissoftware was developed to evaluate its effectiveness for the Communicative ArabicImplementation Expansion Module based on the basis of usability and suitability forYear One j-QAF pupils in national primary schools. Next, this software also wasdesigned to help teachers and pupils teach and learn effectively in the classroom andto aid self-learning outside the classroom. Eventually, this software from otherperspectives will be helpful and can be applied by teachers as an alternative teachingaid because there are combinations of various media in this software and it takes agreat deal to get new technology into a position in education in term of meaningfuland beneficial.Keywords: Computer-aided teaching and learning (CATL), Communicative Arabic,Evaluation of effectiveness, Multimedia, J-QAF programme

    IntroductionThe Integrated Curriculum for Primary Schools or Kurikulum Bersepadu SekolahRendah (KBSR), implemented almost two decades ago, has undergone variouschanges to achieve Malaysias aim of providing world-class education for currentand future generations in line with the countrys development, to fulfil the goal ofthe Third Long-Term Plan Framework (EPU 2001). In the Ninth Malaysia Plan20062010 (JPM 2006), the focus on one of the key strategies to produce qualityhuman capital for the country is the most important element and the main thrust of

  • Memperkasakan Program j-QAF dalam Pendidikan Islam 38

    Arabic teaching at the primary school level (MOE 2006). The conceptual frameworkof this study was adapted and modified based on the Dick & Carey Model (2001)and the j-QAF-AQSHA Design Model, while the software development model wasbased on the ADDIE Design Model (Heinich et al. 1996).

    The results of this study are expected to benefit all concerned in strengtheningthe teaching and learning of the Year One j-QAF programme in national primaryschools. This study is expected to assist Malaysias Ministry of Education insoftware development and in further enhancing the quality of Arabic teaching in thej-QAF programme. Through the use of interactive media, the courseware developedcan further improve pupils ability to understand the content of the Arabic LanguageImplementation Expansion Module software by enhancing the teaching and learningprocess. The user-friendly presentation style and the attractive and exciting interfacedesign are also expected to foster, enhance, and stimulate students interest inlearning.

    The purpose of this research is to develop and evaluate the CommunicativeArabic Implementation Expansion Module of the j-QAF programme for YearOne pupils in Malaysian national primary schools, using computer-aided teachingand learning (CATL). The software developed is a combination of audio, video,animation, hypertexts, and hypermedia. It is interactive, easy, exciting and designedto help teachers and pupils in teaching and learning. The main focus of the study isto improve the capability, effectiveness, and quality of the software used by pupilsin and out of school to develop quality Muslim human capital. Accordingly, thisstudy is aimed at creating diverse effective and quality delivery methods in thecontext of implementing multimedia in the teaching and learning of CommunicativeArabic Implementation Expansion Module of the j-QAF programme. Through theseefforts, the study hopes to meet, at least in part, the requirements of the EducationTransformation initiative aimed at computer and ICT literacy among primaryschool students.Specifically, the objectives of this research are as follows:1. Designing multimedia software for the Communicative Arabic Implementation

    Expansion Module of the j-QAF programme in accordance with curriculum ofnational primary schools and by emphasising on the use of teaching aids

    2. Developing an interactive, easy, and exciting multimedia software for theCommunicative Arabic Implementation Expansion Module of the j-QAFprogramme to help teachers and pupils teach and learn effectively in theclassroom and to aid self-learning outside the classroom

    3. Evaluating the effectiveness of the multimedia software for the CommunicativeArabic Implementation Expansion Module developed on the basis of usabilityand suitability for Year One Jawi remedial pupils in national primary schools

  • 39 Seminar Kebangsaan Penyelidikan j-QAF 201319 -20 Jun 2013, Puri Pujangga, UKM.

    MethodologyThe research design chosen is a survey of teachers and experts on the software forthe Communicative Arabic Implementation Expansion Module of the j-QAFprogramme. The survey examines the development process and the relevantcourseware of the module by using the Macromedia Director MX authoring tool.This software module covers interactive teaching and learning for Year One j-QAFprogramme.

    The software was developed using the Macromedia Flash CS4 authoring toolby integrating the Adobe Photoshop CS4 software for graphics, Poser 7 Pro for thethree-dimensional graphics, and the Al-Rassam program for writing the Jawi texts.

    In the meantime, the evaluation of this multimedia software was formativeand summative, using a questionnaire administered to 3 experts and 30 Year Onepupils, assisted by the researcher and the j-QAF teachers. The data were analysedusing SPSS version 11.5 for Windows.Pilot StudiesGlesne & Peshkin (1992) stated that pilot studies need to be conducted before theactual study. The purpose of the pilot study is to learn about the research process,interview schedule, observation techniques, and evaluation of the software. The pilotstudy prepares the researcher for effective data collection and from the results of thepilot study, the researcher may revise his or her research plan, items or questions ofthe questionnaire, and the way the research is conducted.i. Pilot Study I

    Pilot study I was conducted prior to developing the software. The purpose ofthis study was to look at the need for building any software. It consisted of setsof interviews held with the following:1. j-QAF programme teachers2. Lecturers of the Institute of Teacher Education, Malaysia3. Officers of the Islamic Education Division, Ministry of Education,

    Malaysiaii. Pilot Study II

    Pilot study II was conducted after the software had been developed but beforethe software was actually implemented. It consisted of software evaluationquestionnaire sets administered to the following:1. j-QAF teachers2. j-QAF experts3. Software experts

  • Memperkasakan Program j-QAF dalam Pendidikan Islam 40

    Data Collection ProceduresThe Collected data were analysed using the Statistical Package for the SocialSciences (SPSS) version 11.5 for Windows. Descriptive statistics were used toobtain the percentage and mean scores based on the data acquired. For softwareevaluation and interpretation, the researcher used a five-point Likert scale, such a