11
SKEMA JAWAPAN PERCUBAAN SEJARAH PRA U BUGAYA PENGGAL 1 SESI 2015. 1.Terangkan ciri-ciri masyarakat agrarian di Belanda pada abad ke 17 M? Pendahuluan Perkembangan kegiatan pertanian di Belanda pada abad ke 16 dan abad ke 17 menyebabkan lahirnya masyarakat agrarian. Masy agrarian di Belanda tinggal di kawasan pedalaman termasuk kawasan-kawasan pertanian yg subur. Mereka melibatkan diri dalam kegiatan yg berasaskan aktiviti pertanian dan penternakan. Masy agrarian di Belanda mempunyai ciri-ciri yg tersendiri. Ciri-ciri masy agraria i) Kegiatan ekonomi Kegiatan eko utama masy agraria Belanda ialah pertanian. Aktiviti pertanian meliputi penanaman pelbagai jenis tanaman spt sayuran dan bijirin iaitu barli, gandum dan oat. Tanaman ini diusahakan secara intensif oleh petani dan hasil tanaman yang berlebihan akan dijual. Selain tanaman makanan, tanaman dagangan turut diusahakan seperti hemp, mader dan biji kol. Penternakan dijalankan secara meluas oleh petani-petani di Belanda. Antara jenis binatang yang diternak seperti Lembu dan Kambing biri-biri. Masy agraria di Belanda juga terlibat dalam industry tenusu spt industi mentega dan keju. ii) Petempatan. Petempatan masy agraria terletak di kawasan lembah sungai yang subur. Mendapan tanah lanar yg subur menyebabkan kawasan lembah sungai menjadi tumpuan masy. Antara kawasan tumpuan spt wilayah Friesland, Zeeland, Flanders dan Ultrecht.

Skema Jawapan Percubaan Sejarah Pra u Bugaya Penggal 1 Sesi 2015

Embed Size (px)

DESCRIPTION

contoh skema jawapan sejarah

Citation preview

SKEMA JAWAPAN PERCUBAAN SEJARAH PRA U BUGAYA PENGGAL 1 SESI 2015.1.Terangkan ciri-ciri masyarakat agrarian di Belanda pada abad ke 17 M?Pendahuluan

Perkembangan kegiatan pertanian di Belanda pada abad ke 16 dan abad ke 17 menyebabkan lahirnya masyarakat agrarian. Masy agrarian di Belanda tinggal di kawasan pedalaman termasuk kawasan-kawasan pertanian yg subur. Mereka melibatkan diri dalam kegiatan yg berasaskan aktiviti pertanian dan penternakan. Masy agrarian di Belanda mempunyai ciri-ciri yg tersendiri.Ciri-ciri masy agraria

i) Kegiatan ekonomi

Kegiatan eko utama masy agraria Belanda ialah pertanian. Aktiviti pertanian meliputi penanaman pelbagai jenis tanaman spt sayuran dan bijirin iaitu barli, gandum dan oat. Tanaman ini diusahakan secara intensif oleh petani dan hasil tanaman yang berlebihan akan dijual. Selain tanaman makanan, tanaman dagangan turut diusahakan seperti hemp, mader dan biji kol. Penternakan dijalankan secara meluas oleh petani-petani di Belanda. Antara jenis binatang yang diternak seperti Lembu dan Kambing biri-biri. Masy agraria di Belanda juga terlibat dalam industry tenusu spt industi mentega dan keju.ii) Petempatan.

Petempatan masy agraria terletak di kawasan lembah sungai yang subur. Mendapan tanah lanar yg subur menyebabkan kawasan lembah sungai menjadi tumpuan masy. Antara kawasan tumpuan spt wilayah Friesland, Zeeland, Flanders dan Ultrecht.iii) Kemahiran dalam pengairan

Masy agraria merupakan masy yg mempunyai kemahiran dlm teknologi pengairan. Mereka mempunyai pengetahuan membina terusan, kolam, takungan air dan tali air bagi mengairi kawasan pertanian. Kemajuan dalam sistem pengairan menyebabkan kegiatan pertanian dapat dijalankan dengan intensif. Masy agraria di Belanda mendirikan kincir angin untuk mengalirkan air daripada tanah yang ditebus guna untuk tujuan pertanian.iv) Pengetahuan memelihara kesuburan tanah.

Masy agraria bergantung kpd tanah utk kelangsungan hidup. Mereka mempunyai pengetahuan dalam memelihara kesuburan tanah. Mereka mencipta pelbagai teknik dan kaedah utk memelihara kesuburan tanah. Mereka menggunakan baja asli utk meningkatkan kesuburan tanah. Mereka juga menjalankan kegiatan memugar tanah dan mengamalkan sistem pengiliran tanaman utk memelihara kesuburann tanah.v) Pengenalan kaedah pertanian baharu

Masy agraria Belanda turut mengamalkan pelbagai kaedah pertanian baharu utk meningkatkan pengeluaran pertanian. Antara kaedah yang diamalkan masy Belanda dalam meningkatkan pengeluaran pertanian iaitu sistem pengiliran tanaman. Kaedah ini menyebabkan mereka menghapuskan sistem tanah rang yang diamalkan. Masy agraria juga memperkenalkan kaedah penanaman dalam deretan bg tnmn komersial.vi) Kemajuan dalam teknologi pertanian

Masy agraria juga mempunyai kemahiran dalam teknologi pertanian. Mereka mencipta pelbagai jenis peralatan yang membolehkan kegiatan pertanian dijalankan secara besar-besaran. Sebagai contoh, masy agraria di Belanda mencipta tugal dan tenggala beroda utk memugar dan membajak tanah pertanian.Kesimpulan

Masy agraria di Belanda mencapai kemajuan yang tinggi dalam bidang pertanian. Kaedah-kaedah dan teknik pertanian yang diamalkan oleh masy agraria di Belanda menjadi ikutan petani-petani di Negara eropah yang lain.2. Bincangkan faktor-faktor yang menyebabkan tercetusnya Perang Kemerdekaan Amerika pada tahun 1775.

Pendahuluan.

Pd bulan sep 1774, pemimpin-pemimpin drpd 13 buah koloni mengadakan pertemuan di Philadelphia. Dalam pertemuan tersebut, mereka mengambil keputusan utk menubuhkan Kongres. Pd 6 Julai 1775, Kongres membuat keputusan untuk melancarkan peperangan terhadap England. Terdapat beberapa faktor yg menyebabkan tercetusnya Perang Kemerdekaan Amerika.Faktor-faktor Perang Kemerdekaan Amerika

i) Peperangan 7 tahun.

Pd tahun 1756, tercetusnya peperangan antara Perancis dgn England di Eropah. Peperangan ini juga dikenali sebagai peperangan 7 tahun (1756-1763). Pd tahun 1763, Perancis berjaya ditewaskan oleh England dalam peperangan tersebut. Namun, peperangan ini menelan kos perbelanjaanyg besar bagi kerajaan England England menuntut penduduk koloni di Amerika membayar sebahagian daripada perbelanjaan peperangan tersebut. Bagaimanapun, penduduk di koloni tidak bersetuju dengan tindakan kerajaan England.ii) Dasar Campur tangan England. Raja George III mengamalkan dasar campur tangan dalam hal ehwal penduduk koloni. Penduduk di koloni tidak puas hati dengan dasar campur tangan England. Raja George III mengambil langkah-langkah yang lebih tegas utk mendapatkan wang daripada penduduk koloni. Baginda tidak menghiraukan bantahan yg dikemukan oleh penduduk koloni di Amerika.iii) Pengenalan akta-akta baharu.

Penduduk koloni membantah akta-akta baharu yang diluluskan oleh parlimen di England. Antara akta-akta baharu yang diluluskan spt akta gula, akta pelayaran, akta setem dan akta teh. Akta-akta ini bertujuan untuk mengutip cukai daripada penduduk di koloni. Penduduk koloni berhak membantah akta ini kerana mereka berpendapat parlimen di England tidak berhak mengenakan cukai.iv)Peristiwa pembuangan Teh Boston

Pada tahun 1773, Lord North iaitu Perdana Menteri England meluluskan akta Teh. Akta ini membenarkan SHTI menjual teh kpd penduduk di koloni tnpa membayar cukai. Perkembangan ini menimbulkan kemarahan penduduk di koloni terhadap England. Mereka bertindak membuang kotak-kotak berisi teh ke dalam laut dan peristiwa ini dikenali sebagai Peristiwa Pembuangan Teh Boston.Kesimpulan.

Peristiwa-peristiwa tersebut menyebabkan penduduk koloni mengambil keputusan utk memperjuangkan kemerdekaan. Pd 6 Julai 1775, Kongres membuat keputusan utk mengisytiharkan peperangan terhadap England.3. Huraikan sistem ekonomi feudalisme yang diamalkan di Jepun pada abad ke 16.

Pendahuluan.

Jepun merupakan antara Negara yang bersifat kepulauan dan menjalankan dasar ekonomi feudalisme pada abad ke 16. Perkembangan ekonomi zaman feudalisme mula dikesan ketika zaman kamakura sehingga pemerintahan Shogun Tokugawa.Sistem ekonomi feudalisme di Jepun.

i) Ekonomi Pertanian

70% hasil pertanian menjadi sumber pendapatan ekonomi Jepun. Tanaman yang ditanam dan diusahakan seperti padi, barli, teh dan sayur-sayuran. Menggunakan sistem pengairan iaitu sungai sebagai sumber pengairan bagi tanaman.ii) Perusahaan tempatan.

Perkembangan sector perdagangan menyebabkan permintaan terhadap hasil pertukangan meningkat. Perkembangan ini membawa kepada kemunculan gol tukang-tukang mahir yang menghasilkan kraf tangan yang bermutu. Antara hasil pertukangan spt lukisan, tembikar, barangan perak, tembaga dan ukiran.iii) Perikanan.

Sumber kedua dan merupakan sumber penting dalam diet harian masy Jepun. Diusahakan dikawasan sekitar persisir pantai.iv) Perlombongan.

Melombong emas, perak dan tembaga.v) Perdagangan

Membawa kpd pertumbuhan eko wang. Terjalinnya hub dgn Negara luar. Berlakunya aktiviti import dan eksport.Kesimpulan.

Perkembangan ekonomi feudalisme telah membawa perubahan kepada corak ekonomi Negara Jepun menjelang abad ke 18 Jepun mula melebarkan sayap ekonominya dengan mengubah corak ekonomi kepada perindustrian di era pemerintahan Maharaja Meiji.4. Nilaikan sumbangan Adam Smith kpd perkembangan pemikiran di Eropah.

Pendahuluan. Dilahirkan di Kirkcaldy, Fife, Scotland pd 5 Jun 1723. Meninggal dunia pd 17 julai 1790 di Edinburgh. Antara sumbangan dalam penulisan karya The Wealth of Nations dan The Theory of Moral Sentiments.Sumbangan Adam Smith.

i) Mengetengahkan idea.

Mengakhiri sistem feudal, polisi merkantalisme, monopoli Negara dan memperkenalkan kerajaan laissez-faire, iaitu kerajaan berasaskan pasaran bebas. Kerajaan seharusnya tidak bertindak campur tangan dalam urusaan ekonomi. Hal ini bermaksud kebebasan kepada pemodal-pemodal perlu diberikan sekali gus menghapuskan sistem feudal yang berasaskan manor.ii) Mengasaskan disiplin ekonomi moden.

Individu boleh membina kehidupan bermoral atau berekonomi tanpa bimbingan atau arahan daripada negara. Sesebuah negara akan menjadi kuat apabila rakyatnya bebas dalam mengumpul modal demi membangunkan ekonomi sesebuah negara. Disiplin ekonomi moden ini hendaklah berlaku seiring dengan langkah sesebuah kerajaan mengurangkan dasar campur tangan dalam pasaran ekonomi.iii) Mengkritik terhadap dasar Merkantalisme.

Koloni-koloni hanya akan berkembang sekiranya diberi kebebasan dalam menjalankan aktiviti ekonomi mengikut pilihan mereka sendiri. Tindakan mengawal koloni secara politik akan membebankan negara induk dari segi kewangan sekali gus membawa kepada peperangan yang akan menjejaskan ekonomi negara induk. Kritikan ini ditujukan khas kepada Syarikat Hindia Timur Inggeris yang memonopoli perdagangan di setiap kawasan koloni tanpa membiarkan koloni menjalankan aktiviti ekonomi mengikut pilihan mereka sendiri. Sebagai contoh tindakan Lord North 1776 meluluskan akta teh di kwsn koloni Amerika sehingga membawa kepada pembuangan Teh Boston.iv) Memperkenalkan teori percukaian.

Kerajaan patut mengenakan cukai dgn cara tidak mengugat kesejahteraan ekonomi dan rakyat. Kekayaan sesebuah negara diukur dr segi nilai stok emas dan perak yang dimiliki oleh sesebuah kerajaan. Hal ini bermaksud, sesebuah negara seharusnya mengekalkan penguasaan ke atas emas dan perak serta mengenakan cukai ke atas brgn import, memberikan subsidi kepada pengeksport dan melindungi industry domestik(tempatan).v) Menekankan kepentingan tenaga buruh.

Pekerja mahir tidak dibenarkan bergerak bebas ke Bandar lain utk memasarkan barangan. Tenaga buruh dan pasaran bebas bergerak menurut mekanisme secara automatic. Menentang campur tangan pemerintah dalam perniagaan dan pasaran bebas.vi) Fungsi kerajaan.

Melindungi rakyat drp penaklukan tentera. Melindungi negara drp ketidak adilan Menyediakan kemudahan infrastruktur spt jalan raya yang tidak mampu disediakan oleh individu.Penutup.

Fahaman kapitalisme yg diketengahkan oleh Adam Smith yg berlaku dan dipraktikan di England mengambarkan setiap individu berlumba-lumba memanfaatkan modal dan teknologi serta inovasi yg berlaku bgi memperolehi keuntungan secara maksimum.5. Bincangkan sebab-sebab berlakunya kebangkitan Boxer 1899 di negara China?

Pendahuluan

Gerakan Boxer berasal drpd kumpulan Kongsi Gelap. Gerakan Boxer bertujuan menghalau keluar org asing dr negara China dan menghapuskan org China yg beragama Kristian yg menjadi tali barut org asing.Faktor berlakunya Pemberontakan Boxer.

i) Wujud sentiment asing dalam kalangan masy China.

Berpunca kekalahan demi kekalahan yg dialami dalam beberapa siri peperangan. Org2 barat berlumba-lumba mendapatkan konsesi di China. Mendedahkan kelemahan dan mencemarkan kedaulatan China. Mendapat sokongan padu dr kalangan gol sarjana dan pembesar2 di istana.ii) Faktor agama.

Tindakan mubaligh kristian yg aktif dalam menyebarkan ajaran kristian. Mengancam agama tradisi dalam masy China. Membawa kepada berlakunya perpecahan dalam masy. Org2 China Kristian kian berasa ego dan meletakan diri mereka memiliki status yg tinggi berbanding masy cina tradisi. Gol paderi2 barat mula campur tangan dalam menyelesaikan pergaduhan dan kes-kes di mahkamah yg melibatkan org cina yg bukan beragama kristian.iii) Kedatangan org2 Barat dan barangan asing. Mengancam industry tempatan yg mula dikuasai oleh orang2 asing dan bukannya org tempatan. Membawa kepada org tempatan terpaksa menutup premis perniagaan mereka. Wujudnya pengangguran kpd masy bawahan ekoran pengenalan jentera dalam pengeluaran barangan menggantikan tenaga manusia sebagai buruh.iv) Masalah kewangan yang kritikal.

Menanggung kos peperangan yg tinggi termasuk membayar ganti rugi perang kpd kuasa-kuasa h/ mbarat. Pelbagai cukai yang membebankan diperkenalkan kpd rakyat. Golongan petani menyokong penuh gerakan ini.v) Masalah sosial.

Kejadian kemarau dan banjir besar. Dianggap suatu sumpahan ke atas mereka berikutan tindak tanduk org2 barat yg menceroboh negara China. Mengganggu keharmonian dan ketenteraman dewa-dewi mereka.Penutup.

Pemberontakan ini menemui kegagalan. Menjejaskan imej kerajaan Manchu Positifnya, pemberontakan ini telah member inisiatif golongan cerdik pandai merangka program pembaharuan utk memulihkan kerajaan China.7. Sejauh manakah peranan badan-badan dalam PBB membantu menyelesaikan masalah diperingkat antarabangsa?

Pendahuluan.

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) ditubuhkan pada bulan Oktober 1945. Matlamat utama penubuhannya adalah untuk memelihara keamanan dan keselamatan sejagat. PBB juga memainkan peranan dalam menyelesaikan konflik antarabangsa secara aman tanpa menggunakan kekerasan. Sejak awal penubuhannya, PBB telah memainkan peranan yang pelbagai dalam menyelesaikan masalah diperingkat antarabangsa.

Badan-badan dalam PBB.i) Sekretariat.

Merupakan badan utama yang diketuai oleh S/u Agung. Dipilih oleh Majlis Perhimpunan Agung atas cadangan Majlis Keselamatan. Tugas utama badan ini bertanggung jawab dalam membawa isu antarabangsa yang mengancam keamanan dan keselamatan dunia kpd perhatian PBB. Selain itu, tugas badan ini turut memantau masalah eko dan sosial dunia serta mentadbir misi pengaman, mengendalikan persidangan dan menjadi pengantara dalam pertikaian antarabangsa. Buktinya dalam menangani masalah Dasar Apartied sehingga membawa kepada kelulusan Pengisytiharan Pembasmian Segala Bentuk Diskriminasi Ras pd tahun 1963.ii) Mahkamah Keadilan Antarabangsa. Turut dikenali sebagai mahkamah dunia. Peranan badan ini bertanggung jawab dalam menyelesaikan masalah pertindihan sempadan serta mengadili kes-kes jenayah antarabangsa. Selain itu turut bertanggung jawab dalam mengendalikan tuntutan ganti rugi antara negara serta tuntutan negara ke atas wilayah taklukannnya. Buktinya dalam menyelesaikan isu perebutan pulau sehinggakan PBB melaksanakan Undang-Undang Laut pd tahun 1994.iii) Majlis Amanah.

Majlis ini bertanggung jawab menyelia wilayah-wilayah antarabangsa yang diamanahkan di bawah pentadbiran PBB. Mewarisi tugas yang diberikan kepada Liga Bangsa menerusi sistem mandat. Fungsi utama badan ini menyediakan negara-negara yang belum merdeka yang diamanahkan kpdnya utk mmbntuk krjaan sendiri. Buktinya, pd tahun 1960, PBB meluluskan pengisytiharan kemerdekaan wilayah dan penduduk negara yang dijajah secara berperingkat-peringkat hasil keputusan yang diberikan oleh badan tersebut.iv) Majlis Ekonomi dan Sosial.

Bertanggung jawab dalam menguruskan hal ehwal ekonomi dan sosial negara anggota. Turut berperanan dalam menyelaraskan kegiatan PBB meliputi aspek sosial, ekonomi, kemanusiaan dan kebudayaan. Memiliki beberapa agensi dibawah badan ini seperti Pertubuhan Makanan dan Pertanian(FAO), Tabung Kewangan Antarabangsa(IMF), Pertubuhan Kesihatan Sedunia(WHO) dan Tabung Kanak-kanak PBB(UNICEF). Bukti kejayaan badan ini apabila membiayai projek yang memberi pinjaman dan sumbangan kepada kemajuan wilayah melalui agensi IMF.v) Majlis Perhimpunan Agung.

Merupakan badan terbesar PBB yg diwakili oleh semua negara anggota PBB. Turut bertindak sebagai badan parlimen yg mendebatkan hal ehwal dunia. Fungsi utama badan ini adalah melaksanakan prisip dan matlamat PBB. Turut berperanan sebagai badan perunding, penyelaras, pemilih dan pengawas kewangan PBB. Contohnya dalam kejayaan menangani konflik antarabangsa di peringkat dunia.vi) Majlis Keselamatan.

Badan yang bertanggung jawab dalam menjaga keselamatan dan keamanan dunia. Terdiri drpd 5 ahli tetap dan 6 ahli biasa. Anggota ahli tetap mempunyai kuasa veto dalam membatalkan sebarang keputusan yang dibuat oleh badan keselamatan. Sebarang keputusan harus mendapat persetujuan kelima-lima anggota tetap. Bukti kejayaan badan ini apabila mengatasi masalah penggunaan senjata nuklear dengan menekan tentera AS dan Soviet Union utk berundur dalam krisis di Cuba bagi mengelakan berlakunya kesan buruk terhadap mangsa peperangan.Penutup.

PBB berjaya mempertahankan keamanan dan kesejahteraan masyarakat dunia dengan berkesan. PBB juga mengambil langkah-langkah bagi menangani konflik yg melibatkan negara-negara anggota.