Upload
lamque
View
254
Download
0
Embed Size (px)
Citation preview
1
_______________________________________________________________________________
PROGRAM INOVASI CIDB: Sistem Pusat Latihan Bertauliah Kontraktor
PROGRAM INOVASI CIDB Sistem Pusat Latihan Bertauliah Kontraktor
(PLBK) www.cidb.gov.my/plbk
1.0 LATAR BELAKANG Program latihan kontraktor dibangunkan berdasarkan Pelan Induk Industri
Pembinaan Malaysia 2006 – 2015, CIMP yang telah menggariskan menerusi
teras strategik 1, ST1 ‘ Menyepadukan Rantaian Nilai Industri Pembinaan
Untuk Mempertingkatkan Produktiviti Dan Kecekapan’ dibawah saranan
1.1.2 Menggalakan pengkhususan bagi subkontraktor.
Menerusi Bahagian Pembangunan Kontraktor, program latihan pengurusan
kontraktor telah dibangunkan bermula pada tahun 2007 dan mula
dilaksanakan pada September 2008 sehingga kini. Peringkat permulaan
program ini, CIDB menggunapakai tenaga kerja seramai 5 orang sahaja
dibawah Unit Latihan & Akreditasi, ULA. Jumlahnya masih kekal sehingga
kini. Di samping itu ULA juga bertanggunjawab bagi program pembangunan
kontraktor secara berterusan, CCD dan program penilaian keupayaan dan
kemampuan kontrator, SCORE.
Program ini adalah berkonsep penyumberan luaran perkhidmatan
(outsourcing services). Pusat Latihan Bertauliah Kontraktor, PLBK yang
2
_______________________________________________________________________________
PROGRAM INOVASI CIDB: Sistem Pusat Latihan Bertauliah Kontraktor
dilantik oleh CIDB perlu memiliki tenaga pakar berasaskan pengalaman
industri berdasarkan kriteria – kriteria yang telah ditetapkan oleh CIDB.
Sebanyak 21 syarikat PLBK dilantik pada peringkat permulaan dan kini
bilangan PLBK telah bertambah sebanyak 56 syarikat. Berikutnya merujuk
kepada jadual 1, peranan di antara CIDB dan PLBK.
PERANAN
CIDB PLBK
Mentauliah PLBK Penyedia tenaga Pakar
Menggubal dasar & peraturan Promosi latihan
Pemantauan PLBK Melaksanakan latihan
Memproses kebenaran latihan Mengakredit peserta latihan
Mencetak Sijil Kecekapan
Pengurusan, SKP
Menyediakan laporan latihan
Memproses tuntutan PLBK
Jadual 1: Peranan CIDB – PLBK
3
_______________________________________________________________________________
PROGRAM INOVASI CIDB: Sistem Pusat Latihan Bertauliah Kontraktor
2.0 TUJUAN INOVASI
Pengalaman selama 3 tahun (2008 – 2010) program ini dijalankan,
pengajaran yang diperolehi adalah bagaimana untuk mengekalkan
perkhidmatan yang terbaik, iaitu berkaitan dengan MASA dan KOMUKASI
BERKESAN di antara CIDB, PLBK dan bakal peserta. Merujuk kepada jadual
2, statistik menunjukkan peningkatan penyertaan peserta latihan dari tahun
2008 hingga 2010.
TAHUN JUMLAH PESERTA
2008 759
2009 4579
2010 7155
Jadual 2: Statistik Peserta Kursus 2008 – 2010
Justeru itu, Bahagian Pembangunan Kontraktor dengan kerjasama Bahagian
Teknologi Maklumat telah merangka satu strategi baru dalam memastikan
kelancaran program ini iaitu mewujudkan Sistem Pusat Latihan Bertauliah
Kontraktor agar perkhidmatan terbaik dapat disediakan.
4
_______________________________________________________________________________
PROGRAM INOVASI CIDB: Sistem Pusat Latihan Bertauliah Kontraktor
3.0 PROSES SEBELUM DAN SELEPAS (PERBANDINGAN)
Proses keseluruhan program sebelum pembangunan sistem ini dapat
diringkaskan seperti carta alir seperti di lampiran Adan proses program
setelah sistem dibangunkan adalah seperti di lampiran B. Adalah dapat
diringkaskan perbandingan masa keberkesanan menerusi sistem adalah
seperti jadual 3 berikut.
PROSES SEBELUM
SELEPAS
Permohonan PLBK 1 Minggu (pos)
Satu klik (real time)
Semakan CIDB 1 Minggu (pos)
Satu klik (real time)
Maklumat Keputusan oleh PLBK
2 Minggu (pos)
Satu klik (real time)
Sijil + Tuntutan PLBK
1 Bulan 1 minggu
Jadual 3: Perbandingan Masa Keberkesanan Sistem
4.0 CIRI-CIRI DAN IMPAK INOVASI Sistem PLBK yang dilaksanakan ini memberi kebaikan yang banyak kepada
pihak CIDB dan juga pengguna (peserta). Diantara kebaikan yang diperolehi
ialah:
5
_______________________________________________________________________________
PROGRAM INOVASI CIDB: Sistem Pusat Latihan Bertauliah Kontraktor
a. Permohonan boleh dibuat dimana-mana secara online 24 jam
sehari dengan mudah dan cepat.
b. Semakan status permohonan boleh dilakukan dengan mudah
dan cepat melalui internet.
c. Proses permohonan pendaftaran peserta dan PLB, tuntutan dan
pengeluaran sijil SKP boleh dilakukan melalui Sistem PLBK. Ini
akan menjadikan semua proses yang terlibat lebih sistematik,
cepat dan teratur.
d. Pemakluman status permohonan boleh dilakukan melalui SMS
dan emel.
e. Pencarian maklumat dan statistik pemohon yang mengikuti
latihan dapat di jalankan secara sistematik, cepat dan mudah.
f. Sistem PLBK ini juga akan membolehkan pihak CIDB membuat
persediaan dan pencapaian berkaitan dengan sesuatu kursus
kerana data dan maklumat telah tersedia.
4.1 ANTARAMUKA SISTEM
Antaramuka sistem yang dibangunkan adalah mesra pengguna, senang
digunakan dan diurus oleh pengguna dan boleh di gunapakai pada berbagai
jenis browser samada Mozilla, Safari atau Chrome.
6
_______________________________________________________________________________
PROGRAM INOVASI CIDB: Sistem Pusat Latihan Bertauliah Kontraktor
4.2 TEKNOLOGI YANG DIGUNAPAKAI
4.21 Teknologi pada server
• Menggunakan load balancing dan clustering
4.2.3 Teknologi pada sistem
• Kebolehan untuk menghantar SMS
• Menggunakan electronic signature
4.3 PENGUKURAN DAN PENILAIAN PENCAPAIAN
4.3.1 Kepuasan Pelanggan
Perlaksanaan sistem PLBK telah memberi banyak kemudahan dan
kesenangan kepada peserta kursus seperti berikut:
• Permohonan untuk mengikuti kursus boleh dibuat dimana-mana
secara online 24 jam sehari dengan mudah dan cepat.
• Semakan status permohonan boleh dilakukan dengan mudah dan
cepat melalui internet.
• Setiap PLB melakukan proses permohonan melalui sistem
PLBK. Ini menjadikan proses permohonan lebih sistematik,
cepat dan teratur.
7
_______________________________________________________________________________
PROGRAM INOVASI CIDB: Sistem Pusat Latihan Bertauliah Kontraktor
4.3.2 Organization Effectiveness Result
Sistem PLBK telah memberi impak yang besar kepada pihak CIDB dan juga
pengguna. Diantara impak itu adalah:
• Pengurangan masa pemprosesan borang permohonan dari 4
minggu kepada 1 minggu sahaja.
• Pencarian maklumat dan statistik peserta yang mengikuti
latihan dapat di jalankan secara sistematik, cepat dan mudah.
• Komunikasi di antara CIDB,PLBK dan pengguna dapat
dipermudahkan. Jadual tentatif latihan yang tersusun serta
memudahkan pengguna membuat pilihan.
• Pengurangan penggunaan kertas.
• Pusat mengumpulan data tenaga pakar industri pembinaan.
• Pasaran lebih meluas.
8
_______________________________________________________________________________
PROGRAM INOVASI CIDB: Sistem Pusat Latihan Bertauliah Kontraktor
4.4 GAMBARAJAH ANTARAMUKA SISTEM
Gambarajah 1: Muka depan sistem web
Gambarajah 2: Jadual tentatif
9
_______________________________________________________________________________
PROGRAM INOVASI CIDB: Sistem Pusat Latihan Bertauliah Kontraktor
Gambarajah 3: Login pengguna (CIDB & PLBK)
Gambarajah 4: Laman pengguna admin (status kebenaran)
10
_______________________________________________________________________________
PROGRAM INOVASI CIDB: Sistem Pusat Latihan Bertauliah Kontraktor
Gambarajah 4: Laman pengguna admin (statistik)
Disediakan oleh: Suhaimi b. Mansor Pengurus Kanan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia Sektor Pembangunan Kontraktor & Personel Binaan Bahagian Pembangunan Kontraktor [email protected]
CARTA ALIR PROSES KERJA (SEBELUM SISTEM)
LAMPIRAN A
__________________________________________________________________________
PROSES TINDAKAN
• PLBK mengumpul peserta
• Tetapkan tarikh/tempat
• Promosi secara sendiri
• Permohonan mengikut format
disediakan CIDB Ibu Pejabat
• Semakan syarat
• Keluarkan surat kelulusan/tolakan
permohonan
• Stok modul dibekalkan (lulus sahaja)
• Surat makluman ke pejabat negeri
CIDB
• PLBK komunikasi dengan peserta
• Keputusan akreditasi dikeluarkan
oleh PLBK
• Tuntutan kewangan disediakan oleh
PLBK
• Pemantauan oleh CIDB negeri
• Semakan keputusan + kertas
akreditasi
• Pengeluaran sijil kecekapan
pengurusan, SKP
• Semakan tuntutan + dokumen
sokongan
• Borang tuntutan, Dokumen
sokongan & kertas akreditasi
difailkan
• PLBK komukasi dengan peserta
• Peserta terima SKP
• PLBK terima bayaran perkhidmatan
PLBK POHON KEBENARAN
JALANI LATIHAN
SEMAKAN CIDB IBU PEJABAT
PLBK JALANKAN LATIHAN
CIDB IBU PEJABAT PROSES
PLBK AGIH SKP
CARTA ALIR PROSES KERJA (SISTEM WEB BASE)
LAMPIRAN B
__________________________________________________________________________
PROSES TINDAKAN
(proses tanpa kertas)
• PLBK mempunyai kemudahan
kemasukan sistem sendiri
• PLBK mengumpul peserta secara
manual @ permohonan menerusi
dalam talian
• Jadual tentatif & lokasi latihan
berada dalam laman sesawang
(promosi)
• Permohonan dalam talian
disediakan
• Syarat asas perlu dipenuhi sebelum
proses boleh diteruskan (bilangan
peserta minima)
(proses tanpa kertas)
• CIDB Negeri memproses
permohonan
• Keputusan kebenaran secara
dalam talian (perkhidmatan sms &
emel kepada PLBK & peserta)
• Kawalan stok modul terdapat
dalam sistem
• CIDB Ibu pejabat memantau dalam
talian
(proses tanpa kertas)
• PLBK komunikasi dengan peserta
secara emel/telefon/sms
• Keputusan akreditasi dikeluarkan
oleh PLBK dimasukan dalam sistem
• Tuntutan kewangan dimasukan
dalam sistem
• Pemantauan oleh CIDB negeri
• Semakan keputusan + kertas
akreditasi
• Pengeluaran sijil kecekapan
pengurusan, SKP. Cetakan melalui
sistem
• Semakan tuntutan + dokumen
sokongan
•
• PLBK komukasi dengan peserta
• Peserta terima SKP
• PLBK terima bayaran perkhidmatan
PLBK POHON KEBENARAN
JALANI LATIHAN
SEMAKAN CIDB
PLBK JALANKAN LATIHAN
CIDB PROSES
PLBK AGIH SKP