8
Di sini saya sertakan beberapa sebab sakit dada dan karakter spesifik yang berkaitan : 1. Masalah Jantung • Dada terasa bagai ditekan-tekan (pressure), sesak (fullness), ketat (tightness) • Terasa panas ( searing pain) di bahagian dada dan merebak (radiate) ke belakang, leher, dagu, bahu dan tangan (lebih spesifiknya ; tangan kiri) • Nafas pendek dan penat setelah melakukan aktiviti biasa yang pada asalnya tidak mendatangkan sebarang kemudaratan • Sakit dada yang menyebabkan terjaga dari tidur • Sakit dada yang dapat dikurangkan dengan meninggikan / menambah bilangan bantal semasa tidur • Sakit yang mengambil masa beberapa minit, kemudian hilang, dan kemudiannya menyerang semula dengan intensity yang lebih kuat (serangan kedua lebih sakit daripada serangan pertama) • Nafas menjadi pendek, berpeluh secara tiba- tiba, pening dan loya • Sakit pada mana-mana bahagian badan • Badan menjadi letih tanpa sebab yang nyata

Simpton sakit dada

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Simpton sakit dada

Di sini saya sertakan beberapa sebab sakit dada dan karakter spesifik yang berkaitan :1. Masalah Jantung• Dada terasa bagai ditekan-tekan (pressure), sesak (fullness), ketat (tightness)• Terasa panas ( searing pain) di bahagian dada dan merebak (radiate) ke belakang, leher, dagu, bahu dan tangan (lebih spesifiknya ; tangan kiri)• Nafas pendek dan penat setelah melakukan aktiviti biasa yang pada asalnya tidak mendatangkan sebarang kemudaratan• Sakit dada yang menyebabkan terjaga dari tidur• Sakit dada yang dapat dikurangkan dengan meninggikan / menambah bilangan bantal semasa tidur• Sakit yang mengambil masa beberapa minit, kemudian hilang, dan kemudiannya menyerang semula dengan intensity yang lebih kuat (serangan kedua lebih sakit daripada serangan pertama)• Nafas menjadi pendek, berpeluh secara tiba-tiba, pening dan loya• Sakit pada mana-mana bahagian badan• Badan menjadi letih tanpa sebab yang nyata• Kulit kebiru-biruan• Bengkak kaki

1. Bukan masalah jantung

• Masalah system pencernaan : -Rasa terbakar (burning sensation) di bahagian belakang di tengah-tengah dada-Rasa masam atau rasa makanan keluar semula kedalam mulut-Mempunyai masalah menelan makanan

Page 2: Simpton sakit dada

-penghasilan air liur yang berlebihan-rasa mual, pening, dan muntah

• Masalah system pernafasan : -sakit dada secara tiba-tiba-nafas pendek ketika melakukan aktiviti mahupun ketika rehat-batuk dan berkahak (mungkin batuk berdarah)-sakit seperti dicucuk-cucuk pada bahagian dada (sharp pain)-denyutan jantung menjadi kencang-Sakit dada yang bertambah baik atau buruk dengan perubahan posisi badan-Sakit dada yang bertambah teruk apabila anda batuk atau menarik nafas dalam

• Masalah otot dan tulang :-Sakit pada bahagian dada sewaktu anda menekannya dengan tangan-sakit dada apabila menarik nafas dengan dalam-nafas pendek (untuk mengelakkan sakit dada jika bernafas dalam-dalam)-mengalami jangkitan kuman atau demam pada masa-masa sebelum sakit dada

• Psikologi (tekanan diri)-sakit dada menyusul selepas perasaan takut muncul-denyutan jantung menjadi kencang-nafas menjadi pendek-berpeluh berlebihan tanpa sebab

• Kanser

Page 3: Simpton sakit dada

• Organ dalam badan pecah -sakit pada bahagian badan atau dada secara tiba-tiba dan merebak kebelakang-bahagian depan badan menjadi keras (abdominal rigidity)Bila anda perlu berjumpa dengan pengamal perubatan?BILA-BILA MASA ANDA BERASA SAKIT PADA BAHAGIAN DADA.Anda tidak perlu membuang masa memikirkan sebab sakit dada anda. Anda juga tidak perlu risau jika anda tidak didiagnosikan dengan apa-apa penyakit setelah melalui pemeriksaan.TERUS KE HOSPITAL dan NYATAKAN ADUAN ANDA!

Rawatan di rumah sementara dalam perjalanan ke hospital 1. Jika anda mengesyaki ianya serangan jantung berdasarkan karakter-karakter symptom yang spesifik, terus mengunyah pil aspirin 160mg (maksima). Anda perlu mengunyahnya sebelum menelan untuk penyerapan dan tindak balas ubat yang cepat2. Jika anda mengesyaki ianya seranganpada salur pencernaan ; acid di bahagian perut yang menyebabkan inflamasi pada esophagus, sila mengambil antacid.

Secara konklusinya, anda perlu terus mendapatkan pemeriksaan dan rawatan doctor, samada rawatan di rumah member kesan ataupun tidak

Bagaimana untuk mendapatkan penjelasan yang optimum dan rawatan yang berkesan sementelah anda melaporkan diri ke hospital?Sila LAPORKAN kepada doctor:1. Symptom-simptom yang anda alami. Jika boleh, nyatakan

Page 4: Simpton sakit dada

rentetan symptom yang anda alami secara kronologi sehinggalah symptom yang paling terbaru yang menyebabkan anda mengambil keputusan untuk mendapatkan terus rawatan dari hospital2. Nyatakan latar belakang kesihatan anda dan keluarga seperti apa- apa penyakit, ubat yang diambil.3. Nyatakan jika anda mengalami apa-apa kecederaan pada bahagian dada4. Nyatakan kehidupan peribadi anda juga seperti apa-apa perubahan yang berlaku dalamm hidup seperti masalah keluarga, peperiksaan, dan lain-lainSila BERTANYAKAN kepada doctor :1. Apakah kemungkinan- kemungkinan yang menyebabkan saya sakit dada?2. Apakah ujian kesihatan yang perlu saya lakukan?3. Perlukah saya tinggal di hospital untuk pemeriksaan lanjut?4. Apa rawatan yang saya perlu jalani buat masa ini?5. Apa rawatan dan ujian lanjutan yang saya perlu jalani pada masa akan datang?6. Apa yang perlu saya lakukan dan elakkan apabila saya pulang ke rumah?7. Perlukah saya berjumpa doctor pakar?

Ujian yang perlu anda laksanakan apabila mendapat pemeriksaan di hospital1. ECG (paling basic dan perlu)2. Ujian darah

Apabila keputusan ujian menunjukkan tanda-tanda yang mengkhuatirkan, doctor akan menyarankan beberapa ujian

Page 5: Simpton sakit dada

lanjutan ;1. X-ray2. Ujian tekanan (stress test)3. CT scan4. MRIRawatanDoktor akan mengesyorkan rawatan yang sesuai berpandukan sebab sakit dada. Rawatan hendaklah dilaksanakan sekaligus dengan pencegahan untuk mengelakkan serangan sakit dada untuk kesekian kalinya.

Cadangan penulisDi sini, saya ingin menyatakan bahawa keterangan pemeriksaan kesihatan yang saudari susulkan tidak terlalu terperinci.Adakah saudari menjalani ujan ECG dan apakah keputusannya? Adakah saudari menyatakan dengan jelas simptom-simptom yang dialami kepada doktor? Saudari juga ada menyatakan bahawa doktor mendiagnosikan saudari mengalami jangkitan kuman pada tulang rusuk sebagai punca sakit dada, namun, sudahkan doktor tersebut membuat beberapa ujian untuk menyatakan TIDAK pada PUNCA UTAMA KEMATIAN iaitu SAKIT JANTUNG?Di sini, saya mencadangkan agar jika saudari atau mana-mana kenalan mengalami sakit dada untuk kesekian kalinya, dan untuk mengelakkan saudari berjumpa doktor berulang-ulang kali di pusat rawatan yang berlainan untuk mendapatkan pemeriksaan yang berkesan demi mengenal pasti sebab sakit dada saudari, saya berharap, agar keterangan dan panduan ini sedikit sebanyak dapat membantu saudari mendapatkan rawatan yang optimum pada setiap pemeriksaan yang pertama