Upload
muhammad-jailani-abu-talib
View
504
Download
8
Embed Size (px)
Citation preview
Sidek Saniff : Menelusuri Struktur Genetik dalam Bukan Binatang BuruanMuhammad Jailani Abu TalibAkademi Pengajian Melayu
Abstrak
Puisi memainkan peranan yang penting dalam pembangunan sesebuah masyarakat. Turut tidak terkecuali daripada fenomena tersebut adalah masyarakat Melayu yang mempunyai tradisi puisi yang kaya. Antara puisi-puisi yang turut merupakan kebanggaan masyarakat Melayu adalah sajak yang memantulkan nilai-nilai keintelektualan dan sosio-budaya sesebuah zaman. Namun begitu, apakah peranan penyair-penyair yang kurang prolifik berbanding dengan penyair-penyair lain? Kertas kerja ini akan membincangkan karya-karya puisi Sidek Saniff, seorang penyair dan politikus Melayu Singapura. Dengan menggunakan teori Strukturalisme Genetik, yakni salah satu daripada aliran teori Marxisme, puisi-puisi tersebut akan dikupas dengan pemerhatian terhadap sosio-ekonomi, sentimen khalayak, ideologi masyarakat dan kelas sosial dalam sesebuah masyarakat. Hasil daripada pemerhatian yang dijalankan, pengkaji turut telah menghasilkan sebuah model yang dapat digunakan bagi memahami struktur genetik budaya Melayu Singapura. Di bahagian akhir kertas kerja ini, pengkaji turut telah menghuraikan tiga sumbangan besar Sidek Saniff dalam dunia penyairan lewat puisi-puisi tulisannya yang dimuatkan dalam kumpulan sajak Bukan Binatang Jalang.
1.0 Pengenalan
Puisi memainkan peranan yang penting dalam pembangunan sesebuah masyarakat. Tidak
terkecuali daripada fenomena tersebut adalah puisi Melayu yang sejak berkurun lamanya
mempunyai tempat yang istimewa dalam budaya alam Melayu. Bahkan, Tenas Effendy
(2004:v) berpendapat bahawa orang Melayu mempunyai tradisi syair yang begitu kental
sehinggakan tiada satu pun suku mahupun kaum lain di bumi Nusantara yang mempunyai
tradisi kepenyairan seperti suku kaum orang Melayu.
Tradisi kepenyairan Melayu telah bermula sejak berabad dahulu dengan kehadiran
pantun, nazam, mantera, gurindam, sesomba, peribahasa, karmina dan sebagainya. Namun
begitu, dalam perbincangan tentang puisi moden Melayu, sajak merupakan satu-satunya
1
bentuk puisi moden Melayu. Namun itu, selaras dengan perawakan puisi-puisi sebelumnya,
sajak memantulkan nilai-nilai keintelektualan dan sosio-budaya sesebuah zaman. Menurut
Sahlan Mohd. Saman (2005:117) :
“Sajak telah membentuk suatu genre baharu yang membawa ciri-ciri global, namun perisian dan pemikirannya tetap bertunjang pada tradisi dan lokal Melayu Nusantara.”
Senada dengan gagasan di atas, dapat dirumuskan bahawa pola pemikiran sesebuah
masyarakat dalam sesebuah zaman turut dapat ditelusuri dalam karya-karya kesusasteraan.
Dalam erti kata yang lain, penelitian terhadap puisi sesebuah zaman dapat memberikan
gambaran status pemikiran masyarakat yang menghasilkannya. Hakikatnya, puisi, sebagai
sebuah karya seni yang bersifat intelektual tidak pernah hadir dalam ruang kekosongan tetapi
bertitik tolak daripada desakan naluri sang penyair.
Dalam hal ini, Tuan Haji Sidek Sanif merupakan seorang insan yang menepati ciri-ciri
sajak sebagaimana yang telah ditafsirkan Sahlan Mohd. Saman. Namun begitu, menariknya,
ciri-ciri tersebut sebenarnya lebih jelas terpancar pada diri Haji Sidek Saniff sebagai seseorang
yang berfikiran global namun berjiwa lokal. Dalam erti kata yang lain, beliau mengabadikan
ciri-ciri seorang insan yang bersifat glokal.
Kertas kerja ini akan membincangkan karya-karya puisi tulisan Tuan Haji Sidek Sanif
serta menghuraikan sumbangannya terhadap khazanah kepenyairan Melayu. Selain daripada
itu, kertas kerja ini akan menggunakan pendekatan teori Marxisme, khususnya dengan
menggunakan teori Strukturalisme Genetik untuk menghuraikan falsafah yang tersirat dalam
puisi-puisi tulisan Sidek Saniff.
2
2.0 Latar Belakang Kajian
Sidek Saniff merupakan sebuah nama yang sinonim dengan perkembangan bahasa Melayu di
Singapura. Mentelah lagi, beliau pernah menerima jawatan sebagai Menteri Negara
Pendidikan dan Menteri Negara Kanan Pendidikan. Sebagai seolah ahli politikus, Sidek
Saniff merupakan seseorang yang amat disegani dan dihormati di Singapura. Namun begitu,
sumbangannya terhadap dunia kepenyairan dan kesusasteraan sering diketepikan sama sekali
oleh khalayak sastera mahupun masyarakat am. Malah, dalam sebarang perbincangan tentang
kesusasteraan, khususnya dalam genre puisi, nama beliau jarang sekali diketengahkan sebagai
seorang penyair biarpun beliau pernah menerbitkan sebuah kumpulan puisi sendiri yang
berjudul Bukan Binatang Buruan. Dalam keterbatasan ruang penerbitan di Singapura,
kejayaan Sidek Saniff untuk menghasilkan sebuah kumpulan puisinya sendiri merupakan
suatu kejayaan yang wajar diambil perhatian oleh masyarakat sastera setempat. Apatah lagi,
dalam ruang perbincangan tentang perkembangan sastera dan bahasa, beliau banyak
menyumbang terhadap khazanah keintelektualan dan kreativiti bangsa.
Kajian ini bertitik tolak daripada kesedaran bahawa Sidek Saniff merupakan antara
nama yang sering terpinggir daripada alam kepenyairan. Hal tersebut mungkin disebabkan
kebarangkalian bakat puisinya ditenggelamkan oleh kejayaan-kejayaan beliau dalam pelbagai
bidang lain, khususnya dalam bidang politik. Selain daripada itu, kajian ini turut diusahakan
atas kesedaran bahawa puisi-puisi Sidek Saniff masih belum dikaji secara eksplisit melainkan
kata-kata pandangan dan ulasan yang diberikan ke atasnya oleh beberapa individu. Namun
begitu, kajian-kajian saintifik yang berlandaskan teori-teori tertentu masih belum pernah
dijalankan ke atas puisi-puisi Sidek Saniff.
3
3.0 Tujuan Kajian
Dalam rangka kajian ini, kertas kerja ini bertujuan untuk menghuraikan sumbangan Sidek
Saniff terhadap dunia kesusasteraan, khususnya pada dunia kepenyairan. Selain daripada itu,
kajian ini turut bertujuan untuk merancakkan lagi suasana kajian ilmiah berkenaan dengan
hasil-hasil kesusasteraan dari Singapura.
4.0 Bahan Kajian
Kajian ini akan merujuk kepada bahan-bahan yang diperolehi daripada perpustakaan
Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya, perpustakaan utama Universiti Malaya, dan
Perpustakaan Negara Singapura. Selain daripada itu, pengkaji turut akan merujuk kepada
internet sebagai salah satu daripada sumber maklumat berkenaan dengan penyair.
Namun begitu, bahan utama kajian tersebut adalah kumpulan puisi Bukan Binatang
Buruan daripada Sidek Saniff. Buku tersebut merupakan terbitan Majlis Bahasa Singapura
pada tahun 2004 dan memuatkan hasil-hasil karya Sidek Saniff dari tahun 1955-2004.
5.0 Batasan Kajian
Setiap kajian pasti mempunyai ruang keterbatasannya yang tersendiri. Tidak terlepas
daripada keterbatasan tersebut adalah kertas kerja ini yang membataskan skop kajiannya
kepada karya-karya yang termuat dalam Bukan Binatang Buruan.
Selain daripada itu, pengkaji turut akan menggunakan pendekatan teori Marxisme
dalam usaha menghuraikan sumbangan kepenyairan Sidek Saniff terhadap dunia puisi
Melayu. Namun demikian, teori Marxisme sebenarnya dapat dipecahkan kepada lima model
kecil yang mencakupi model pencerminan, model penerbitan, model pengetahuan negatif,
4
model genetik dan model bahasa. Dalam ruang perbincangan kertas kerja ini, skop kajian
Bukan Binatang Buruan akan dibataskan dengan pendekatan model genetik sebagaimana
yang telah dikeutarakan oleh Lucien Goldmann, seorang sarjana kesusasteraan yang
berketurunan Franco-Romanian. Sesuai dengan prinsip teori tersebut, kajian ini hanya akan
meneliti hubungan estetik puisi-puisi nukilan Sidek Saniff dengan mesej yang tersirat
dalamnya.
Biarpun Sidek Saniff mempunyai sumbangan yang besar dalam perihal bahasa dan
sastera sebagai seorang aktivis, sumbangannya dalam dunia bahasa dan kesusasteraan yang
tidak melibatkan puisi-puisi beliau secara langsung turut tidak akan diambil kira dalam
rangka perbincangan kertas kerja ini. Perihal tersebut antara lainnya adalah selaras dengan
prinsip teori yang digunakan bagi mendekati karya-karya Sidek Saniff. Atas dasar itu,
penglibatannya sebagai seorang ahli politikus yang telah memperjuangkan perihal-perihal
kesusasteraan, bahasa dan pelajaran tidak akan diambil kira melainkan sebagai rujukan
langsung terhadap puisi-puisi tulisannya.
6.0 Kaedah kajian
Kajian ini telah dilaksanakan dengan menggunakan kaedah kepustakaan dan kaedah analisis
tertumpu, yakni dengan meneliti puisi-puisi dalam Bukan Binatang Buruan. Analisis
tertumpu dilakukan dengan memberikan perhatian kepada mesej dan estetika puisi-puisi
Sidek Saniff. Selain itu, kajian ini turut akan dilakukan dengan menemubual beberapa
individu yang mempunyai hubungan akrab dengan penyair lewat penglibatan-penglibatan
professional. Antara individu-individu yang akan ditemu bual adalah Mohamed Pitchay Gani
bin Mohamed Abdul Aziz - Presiden Angkatan Sasterawan 50 dan Drs. Haji Masran Sabran –
Naib Yang Dipertua Alumni Maktab Perguruan Sultan Idris (Singapura).
5
7.0 Konsep-konsep penting
Dalam bidang kajian kesusasteraan Melayu, terdapat pelbagai konsep yang digunakan oleh
para sarjana luar negeri mahupun dalam untuk mengkaji hasil sesuatu karya kesusasteraan.
Turut tidak terkecuali daripada hakikat tersebut adalah kajian berkenaan dengan puisi Bukan
Binatang Buruan ini. Konsep-konsep yang dijelaskan di bawah penting bagi pembaca untuk
memahami inti kertas kerja ini dengan lebih berkesan :
7.1 Puisi
Puisi merupakan sebuah hasil seni kesusasteraan yang dalam rangkaian kata yang terbatas,
mampu untuk membekamkan perasaan, keintelektualan dan pandangan penyair terhadap
segala fenomena yang menyelubungi dirinya. Dari sudut etimologi, istilah ‘puisi’ berasal
daripada perkataan ‘poiesis’ yang bererti penciptaan. Dalam bahasa Inggeris pula, perkataan
puisi dapat dipadankan dengan istilah poetry yang mempunyai hubungan erat dengan istilah
poet dan poem. Istilah poet sebenarnya berasal daripada bahasa Yunani yang merujuk kepada
proses penciptaan. Dalam bahasa asalnya, poet merujuk kepada insan yang mencipta lewat
imaginasinya sendiri, orang yang hampir-hampir menyerupai tuhan atau dewa atau yang amat
meminati subjek ketuhanan atau kedewaan. Poet adalah orang yang mempunyai daya
penglihatan dan pengamatan yang tajam, berperawakan suci serta turut disegani sebagai ahli
falsafah, guru, dan intelektual yang berani untuk menegakkan kebenaran yang terlepas
daripada pandangan mata kasar. Namun begitu, tafsiran puisi turut dapat diperhatikan seperti
berikut :
Samuel Taylor Coleridge
Samuel Taylor Coleridge mengemukakan puisi itu adalah kata-kata yang terbaik
dalam susunan terbaik. Penyair memilih kata-kata yang setepatnya dan disusun secara
6
sebaik-baiknya, misalnya seimbang, simetris, antara satu unsur dengan unsur lain
sangat erat berhubungannya, dan sebagainya. - (dalam Pradopo, 1993:6)
Carlyle
Carlyle mengatakan bahawa puisi merupakan pemikiran yang bersifat muzikal.
Penyair menciptakan puisi itu memikirkan bunyi-bunyi yang merdu seperti muzik
dalam puisinya, kata-kata disusun begitu rupa hingga yang menonjol adalah rangkaian
bunyinya yang merdu seperti muzik, iaitu dengan mempergunakan orkestra bunyi. -
(dalam Pradopo, 1993:6)
Wordsworth
Wordsworth mempunyai gagasan bahawa puisi adalah pernyataan perasaan yang
imaginatif, iaitu perasaan yang direkakan atau diangankan. Adapun Auden
mengemukakan bahawa puisi itu lebih merupakan pernyataan perasaan yang
bercampur-baur. - (dalam Pradopo, 1993:6)
Dunton
Dunton berpendapat bahawa puisi sebenarnya merupakan pemikiran manusia secara
konkrit dan artistik dalam bahasa emosional serta berirama. Dengan kiasan serta citra
yang disusun secara artistik (selaras, simetrik, pemilihan kata-kata yang tepat, dan
sebagainya). Bahasanya juga penuh perasaan di samping berirama seperti muzik
(pergantian bunyi kata-katanya berturu-turut secara teratur). - (dalam Pradopo,
1993:6)
Shelley
Shelley mengemukakan bahawa puisi adalah rekaman detik-detik yang paling indah
7
dalam hidup. Misalnya saja peristiwa-peristiwa yang sangat mengesankan dan
menimbulkan keharuan yang kuat seperti kebahagiaan, kegembiraan yang memuncak,
percintaan, bahkan kesedihan kerana kematian orang yang sangat dicintai. Semuanya
merupakan detik-detik yang paling indah untuk direkam. - (dalam Pradopo, 1993:6)
Hadijah Rahmat
Hadijah Rahmat berpendapat bahawa puisi merupakan luahan, penglahiran atau
ekspresi perasaan, fikiran, pengalaman dan imaginasi penulisnya yang disalurkan
dalm bentuka dan ciri-ciri seni yang tersendiri. Menurutnya lagi, ciri-ciri atau sifat
inilah yang membezakannya dengan karangan atau ciptaan sastera yang lain yang
berbentuk prosa seperti cerpen, novel, esei, drama dan lain-lain lagi. – (Hadijah
Rahmat, 1995:107)
Michael Oakeshott
Bagi Michael Oakeshott, puisi merupakan sebuah impian dalam impian besar
kehidupan, sekuntum bunga liar di tengah-tengah tanaman jagung. (Michael
Oakeshott, 1959:62-63)
David Diaches
David Diaches menggagaskan bahawa puisi merupakan hasil rakaman segala
pengalaman penyair yang telah dibentangkan buat tatapan semua. Menurutnya lagi,
seorang penyair mengumpulkan ciri-ciri pengalaman yang mungkin terpisah dan tidak
berkaitan dan menjadikannya kepaduan yang bererti. – (Hadijah Rahmat, 1995:107)
Zainal Abidin Ahmad (Za’ba)
Zainal Abidin Ahmad ataupun Za’ba berpendapat bahawa puisi merupakan karangan
berangkap yang khas dipakai untuk melafazkan fikiran yang cantik dengan bahasa
8
yang indah, dan melukiskan kemanisan dan kecantikan bahasa. Maka dengan
gambaran yang cantik ini perkara yang dikatakan itu bertambah menarik kepada hati
orang mendengarnya. – (dalam Hadijah Rahmat, 1995:107)
Berdasarkan tafsiran-tafsiran di atas, dapatlah pengkaji membuat kesimpulan bahawa
puisi merupakan sebuah wadah pengluahan batin, emosi dan perasaan penyair yang
diabadikan dalam rangkaian kata yang puitis sifatnya serta berupaya untuk memberikan
kesan pada jiwa yang membaca.
7.2 Teori Strukturalisme Genetik
Teori Strukturalisme Genetik merupakan salah satu daripada teori sosiologi sastera, serta
merupakan rangkaian daripada teori Marxisme. Teori tersebut telah dikemukakan oleh
Lucien Goldmann (1913-1970). Namun begitu, dalam kalangan penganut teori Marxisme,
Lucien Goldmann dianggap sebagai golongan neo-Marxis.
Menurut Mana Sikana (2007:270), “Goldmann berpendapat bahawa karya sastera
yang bernilai itu merupakan struktur yang bermakna dan mempunyai kohenrensi di
dalamnya. Struktur yang bermakna itu mewakili pandangan dunia penulis sebagai wakil
golongan masyarakatnya. Dengan demikian, karya sastera dapat difahami asal terjadinya,
genetiknya.”
Teori tersebut antaranya berpendapat bahawa teks sastera yang ingin dibicarakan itu
terlebih dahulu haruslah memmpunyai mutu seni yang tinggi. Dalam erti kata yang lain,
karya tersebut haruslah terjamin mutunya dan berkualiti. Perihal tersebut sebenarnya
disebabkan teori strukturalisme yang menuntut teks tersebut dilihat dari dalaman serta
penilaiannya dibuat daripada konteks estetiknya.
9
Namun begitu, secara prinsip, kaedah kritikan menurut teori strukturalistik genetik
bersifat historis. Dalam erti kata yang lain, makna dapat ditelusuri daripada sejarah makna
karya tersebut.Selain daripada itu, teori tersebut turut melibatkan pandangan dunia sesebuah
teks dengan pandangan kelas social. Menurut teori tersebut, kesedaran social yang yang
terjelma daripada kelas social itu merupakan sesuatu yang penting dan abadi. Lewat
kesedaran social yang hadir dalam teks kesusasteraan, sikap serta pandangan penulis dapat
diteliti.
Dalam rangka teori sosiologi sastera Strukturalisme Genetik, teori tersebut turut dapat
diaplikasikan untuk membincangkan situasi pengarang yang dipengaruhi oleh empat perkara
utama, yakni status kelas, ideologi masyarakat, situasi ekonomi dan keadaan khalayak. Teori
tersebut meneliti hubungan sastera dengan masyarakatnya dengan gagasan bahawa sastera
lazimnya bersifat mimesis serta merupakan cerminan masyarakat. Dalam hal ini, Goldmann
sebenarnya berpendapat bahawa “sesebuah karya sastera itu mempunyai hubungan yang
sangat akrab dengan konteks masa dan zaman dengan system pemikiran dan pandangan
hidup masyarakat.” (dalam Mana Sikana, 2007:269)
Asasnya, teori Strukturalisme Genetik sebenarnya merupakan gemblengan dua
konsep dasar, yakni strukturalisme dan genetik. Teori Strukturalisme Genetik dapat
difahamkan sebagai teori strukturalisme kerana dalam mendekati sesebuah karya
kesusasteraan, teori tersebut menumpukan perhatiannya terhadap struktur-struktur mental
yang penting dan menonjol dalam karya tersebut. Struktur-struktur tersebut sekali gus
membentuk karya akhir yang diterima pembaca. Goldmann turut menegaskan bahawa
struktur-struktur tersebut harus difahami dengan penghayatan dan penelitian terhadap punca
10
dan asal usulnya dalam proses sejarah. Dengan ini, karya kesusasteraan dapat dilihat sebagai
sebuah bahan yang sempurna sifatnya dengan struktur-strukturnya yang tersendiri ataupun
sebagai sebuah komponen dalam cebisan sejarah social. Secara khususnya, Goldmann
meneliti world view penulis dengan meneliti aspirasi, idea, perasaan dan pengalaman yang
diluahkan sesebuah kelas social pada sesebuah peringkat dalam sejarah.
8.0 Analisa data
8.1 Bukan Binatang Buruan
Bukan Binatang Buruan merupakan kumpulan puisi Haji Sidek Saniff yang diterbitkan pada
tahun 2004 oleh Majlis Bahasa Melayu Singapura. Buku tersebut mengumpulkan empat
puluh puisi yang telah dihasilkan Sidek Saniff sejak penglibatannya dalam dunia kepenyairan
sejak 1955. Judul koleksi tersebut turut dipetik daripada nama sekuntum puisi yang turut
termuat dalam buku tersebut.
8.1.1 Sidek Saniff Sidek Saniff ataupun ESBIES telah dilahirkan pada 18 April 1938 di Singapura. Anak
kelahiran Singapura tersebut merupakan lulusan Maktab Perguruan Sultan Idris (MPSI),
Perak (Malaya) serta telah memperolehi ijazah Sarjana Muda Kesusasteraan (kepujian)
daripada University of London. Dari tahun 1953-1980, beliau aktif sebagai seorang guru serta
telah melahirkan beberapa anak didik yang memainkan peranan yang besar dalam
pembangunan masyarakat Melayu.
Namun begitu, pada tahun 1976, Sidek Saniff mula menceburi bidang politik sebagai
anggota parlimen kawasan undi Kolam Ayer. Kejayaannya dalam bidang politik akhirnya
menyaksikan pelantikannya sebagai Menteri Negara Pendidikan sehingga ke jawatan Menteri
11
Negara Pendidikan dan Menteri Negara Kanan Persekitaran Singapura hingga persaraannya
pada 2001. Selain daripada itu, beliaru turut merupakan pengerusi Majlis Bahasa Melayu
Singapura dari tahun 1986 hingga 2002.
8.3 Struktur Genetik Budaya Masyarakat Melayu Singapura
Seperti yang telah digagaskan di atas, Bukan Binantang Buruan sebenarnya dapat dilihat
sebagai cerminan sesebuah masyarakat, khususnya tentang masyarakat Melayu Singapura.
Sesuai dengan landasan teori Strukturalisme Genetik yang membincangkan sejarah sesuatu
perkara yang banyak memberikan kesan terhadap karya yang dihasilkan. Sesuai dengan
rangka perbincangan konsep marxisme yang dianuti Goldmann, masyarakat dipengaruhi
empat perkara utama yang sekali gus merangka falsafah dasar teori tersebut. Teori tersebut
amat prihatin terhadap empat perkara utama, yakni tentang kelas sosial, ideologi masyarakat,
situasi ekonomi dan keadaan khalayak. Senada dengan gagasan tersebut, di bawah
merupakan penjelasan ringkas akan keempat-empat konsep tersebut dalam budaya
kemasyarakatan Melayu Singapura.
Kelas Sosial
Sejarah sesebuah masyarakat merupakan hasil daripada konflik dalaman antara kelas-kelas
social, khususnya antara masyarakat bourgeoisie dan proletariat, dan nadi penggerak
pembangunan, yakni teknologi serta sebarang institusi yang mempunyai pengaruh. Selain
daripada itu, masyarakat proletariat sebenarnya turut dapat dipecahkan kepada dua kumpulan
yang lebih kecil, yakni kumpulan proletariat (biasa) dan kumpulan lumpenproletariat.
Menurutnya, masa hadapan sesebuah masyarakat sebenarnya amat bergantung pada
perkembangan yang dihasilkan daripada konflik sosial tersebut. Penggolongan sosial dapat
dikelompokkan seperti berikut :
12
Bourgeoisie – Merujuk kepada golongan yang memiliki kuasa
pembangunan dan berkemampuan untuk membeli tenaga kuasa yang
dimiliki golongan proletariat. Golongan bourgeoisie sebenarnya turut
dapat dipecahkan kepada dua golongan utama, yakni kaum bourgeoisis
dan petit bourgeoisie. Petit bourgeoisie merujuk kepada kelas bourgeoisie
yang mempunyai kuasa pembangunan yang sama seperti kaum
bourgeoisie biasa namun tetap mempunyai pekerjaan sendiri. Dalam hal
ini, kaum tersebut merujuk kepada perusaha-perusaha bisnes secara kecil-
kecilan dan sebagainya.
Proletariat – Merujuk kepada individu-individu yang mendagangkan
tenaga kuasa mereka yang dalam rangka pembangunan kapitalis, tidak
memiliki sebarang keuntungan mahupun hasil yang diusahakan oleh
kudrat mereka sendiri. Dalam konteks masyarakat Melayu Singapura,
golongan tersebut sebenarnya dapat merujuk kepada golongan kelas
bawahan, yakni golongan perkerja-pekerja kilang dan sebagainya. Selain
daripada itu, proletariat turut dapat dipecahkan kepada sebuah golongan
lagi, iaitu golongan lumpenproletariat. Golongan tersebut merujuk kepada
golongan yang paling rendah kelasnya dalam masyarakat sosial, yakni
golongan penjenayah, peminta sedekah, kutu rayau dan sebagainya.
Golongan tersebut lazimnya tidak mempunyai sebarang taruhan dalam
ekonomi pembangunan.
Ideologi Masyarakat
13
Dari sudut etimologi, ideologi berasal daripada bahasa rumawi serta merupakan gabungan
dua perkataan dasar, yakni ideo dan logos.
“Ideologi merupakan sebuah proses yang dihasilkan golongan pemikir dalam keadaan sadar. Biarpun proses dan hasil itu mungkin benar, keadaan sadar itu adalah palsu. Motif utama yang mendorongnya kabur bagi dirinya sendiri. Sekiranya jelas, maka proses tersebut bukanlah sebuah proses ideological. Daripada itu, beliau membayangkan serta didorong pengaruh-pengaruh yang penuh kepalsuan” – Engels (1968)
Ideologi sesebuah masyarakat lazimnya sudah ditetapkan lebih awal lagi oleh
golongan-golongan tertentu yang berpengaruh besar dalam perihal pentadbiran sesebuah
masyarakat ataupun negara, yakni golongan pemikir ataupun politikus. Perkara tersebut tidak
berbeza dengan ideologi masyarakat yang telah ditetapkan oleh pemerintah di Singapura
lewat segala dasar dan undang-undang yang diamalkan. Selain daripada itu, penyataan Engels
sekali gus mengisyaratkan bahawa ideologi yang lazimnya ditetapkan terlebih dahulu itu tidak
semestinya membawa kepada kebaikan. Dalam erti kata yang lain, proses tersebut turut
kadang kala dapat memberikan pengaruh negatif terhadap masyarakat.
Namun begitu, bagi memahami ideologi masyarakat Singapura, maka terpaksalah
dibicarakan tentang ideologi yang dibawa pemerintah Singapura yang secara keseluruhannya
dikuasai oleh politikus dan pemikir dari Parti Tindakan Rakyat (PAP). Dalam hal ini, Lily
Zubaidah Rahim berpendapat (2001:43) :
“The PAP’s ideological orientation appears to have increasingly gravitated from an ostensible commitment to democratic socialist principles in the late 1950s and 1960s towards a more ideological conservative worldview as its political hegemony became more entrenched from the 1970s.”
Ideologi pemerintah Singapura sering disesuaikan dengan keadaan khalayak rakyat
marhaen dan isu-isu penting yang berlegar dalam persekitaran dunia kontemporari. Namun
14
begitu, dasar pemerintah tidak pernah berganjak daripada system demokrasi yang dianutnya.
Walau bagaimanapun, para pengkritik sering berpendapat bahawa Singapura sebenarnya
menganuti dasar demokrasi social, sebuah perkara yang tidak disetujui oleh PAP. Biarpun
begitu, terdapat beberapa polisi dalam rangka pentadbiran negara yang mempunyai unsur-
unsur sosialisme. Sebagai contoh, perumahan di Singapura kebanyakannya merupakan milik
negara. Selain itu, syarikat-syarikat milik pemerintah turut menguasai ekonomi negara.
Undang-undang Singapura merupakan warisan daripada penjajahan pihak Inggeris.
Atas dasar itu, undang-undang Singapura banyak terpengaruh dengan system undang-undang
Inggeris dan British-India. Namun begitu, PAP tidak menerima nilai-nilai yang ditetapkan
dalam system demokrasi liberal Inggeris yang disanggah pihak PAP sebagai kebaratan. PAP
turut berpendapat bahawa system demokrasi tidak seharusnya sama buat semua negara.
Sebaliknya, dalam rangka demokrasi yang dianuti Singapura, negara tersebut turut
membudayakan prinsip meritokrasi yang berpegang bahawa kejayaan sebenarnya dapat
dikecapi melalui keupayaan diri sendiri tanpa sebarang pengaruh dari harta ataupun
kedudukan individu ataupun masyarakat tersebut di mata khalayak. Atas dasar meritokrasi,
bantuan khusus buat masyarakat Melayu ditolak pemerintah atas kepercayaan bahawa
bantuan tersebut akan menjejas mentaliti Melayu Singapura yang sering meminta-minta di
samping membeza-bezakan kaum etnik yang terdapat di Singapura.1 Malahan, Lee Kuan Yew
(dalam Lily Zubaidah Rahim, 2001:53) menegaskan :
“Masalah ini merupakan masalah psikologi...Sekiranya mereka (Melayu) cuba dengan lebih tekun dan tabah, maka jurang pendidikan antara mereka dan kaum Cina dan India akan dirapatkan…Kemajuan dan kejayaan amat bergantung kepada keupayaan dan kerajinan.”2
1 Sifat ‘bantuan sebagai hak’ bertentangan dengan prinsip meritokrasi yang meletakkan semua individu atau masyarakat itu sama serta harus berupaya untuk berdiri sendiri.2 Disiarkan dalam akhbar The Straits Time pada 7 Julai 1987.
15
Situasi Ekonomi
Sejak zaman penjajahan lagi, masyarakat Melayu Singapura sering berada di pinggiran
masyarakat dalam segala perihal yang melibatkan sosio-ekonomi, pelajaran, dan politik
negara.3 Hal yang sama malahan dapat diteliti pada akhir tahun 1990-an, yakni setelah hampir
30 tahun Singapura berpisah daripada Malaysia dan mempunyai kuasa penuh terhadap
pentadbiran negara sendiri. Imej tersebut sekali gus menyumbang terhadap konsep Melayu
Singapura yang bukan sahaja merupakan berbudaya dan berbahasa Melayu di samping
beragama Islam namun turut merupakan golongan yang terpinggir dari sudur sosio-ekonomi,
pelajaran dan penglibatannya dalam politik. Keterpinggaran masyarakat Melayu dari sudut
ekonomi dapat diperhatikan seperti berikut :
Keseluruhan Cina Melayu India
1980 1990 1980 1990 1980 1990 1980 1990
Bawah
1,000
57.6 16.0 56.9 15.7 67.7 17.0 61.6 16.7
1,000-
1,499
16.7 13.6 17.1 12.8 17.5 18.7 15.3 14.4
1,500-
1,999
9.6 13.5 9.9 12.7 8.5 18.3 8.8 14.2
2,000-
2,999
8.6 20.1 9.1 19.6 4.8 23.4 8.1 21.6
3,000-
3,999
3.5 13.0 3.6 13.3 0.9 11.6 3.0 13.0
4,000-
4,999
1.7 8.2 1.6 8.6 0.3 5.6 1.3 7.4
>5,000 2.3 15.6 1.8 17.3 0.3 5.4 1.9 12.7
3 Nasionalis Indonesia, Tan Malaka memerhatikan bahawa apabila Raffles pertama kali tiba di Singapura, masyarakat Melayu menguasai pelbagai bidang seperti perindustrian, pelayaran, penangkapan ikan dan dagang. Namun begitu, beliau seterusnya memerhatikan bahawa keadaan sosio-ekonomik masyarakat Melayu menjadi semakin teruk dalam pelayarannya yang dibuat pada awal abad ke-20. (dlm. Jarvis, 1991:95-102)
16
Jumlah 100 100 100 100 100 100 100 100
Purata
($)
1,228 3,076 1,213 3,213 896 2,246 1,133 2,859
Sumber : Jesudason, 1989:17
Jadual 1 – Pendapatan bulanan rumahtangga pada tahun 1980 dan 1990 (%)
Banci di atas merakamkan keterpinggiran masyarakat Melayu, khususnya di
Singapura. Keterbelakangan masyarakat Melayu dari kaum etnik yang lain dalam perihal
ekonomi jelas terpancar dalam rajah di atas yang membandingkan status ekonomi setiap
kaum etnik pada dalam jurang 10 tahun, yakni antara 1980 dan 1990. Biarpun terdapat sedikit
kemajuan dalam status ekonomi pada tahun 1990, masyarakat Melayu secara amnya masih
terkebelakang sekiranya dibandingkan dengan kaum etnik yang lain pada tahun yang sama.
Namun begitu, peningkatan status ekonomi masyarakat Melayu Singapura sebenarnya
disebabkan oleh penubuhan Yayasan Mendaki4 pada Mei, 1982.
Keadaan khalayak
Secara amnya, masyarakat Melayu di Singapura sering merasakan seolah-olah diri mereka
ditindas di atas bumi sendiri. Nescaya, penindasan itulah yang sering diluahkan oleh beberapa
aktivis Melayu Singapura. Malahan, dalam Konvensyen Kebangsaan Angkatan Karyawan
Singapura pada Oktober 1990, konvensyen tersebut antara lainnya menganjurkan agar
undang-undang anti-discrimination diimplementasikan di samping membentuk sebuah badan
yang dapat memantau permasalahan tersebut di Singapura. Namun begitu, sehingga hari ini,
pemerintah masih berpendapat bahawa penindasan, khususnya tentang penindasan kaum
Melayu merupakan sebuah masalah yang harus ditangani dengan lebih efektif.
Atas dasar tersebut, selaras dengan teori Marxisme yang menjadi inti kepada teori
Strukturalisme Genetik, rakyat marhaen semakin terpisah dengan golongan atasan sekali gus
4 Yayasan Mendaki merupakan antara inisiatif pemerintah untuk berhadapan dengan masalah keterpinggiran masyarakat Melayu dari sudut ekonomi negara.
17
membahagi-bahagikan pentadbiran negara tersebut kepada dua kelas sosial tersebut.
Pembahagian masyarakat Melayu kepada dua golongan tersebut malah turut memberikan
kesan yang lebih mendalam terhadap psikologi orang Melayu. Teori bahawa orang Melayu
sememangnya merupakan golongan yang malas dan tercicir atas dasar sikap tersebut turut
dianuti kaum elita Melayu. Berbekalkan pelajaran yang tinggi di samping mempunyai harta
material yang banyak, dasar meritokrasi yang dianuti PAP sekali gus mengangkat diri mereka
sebagai contoh yang baik bagi masyarakat Melayu. Namun begitu, keadaan sosio-ekonomik
mereka yang jauh berbeza daripada masyarakat Melayu marhaen sekali gus mengasingkan
diri mereka dari golongan bawahan. Akhirnya, golongan elita tersebut tidak merasakan
kepentingan untuk membantu khalayak masyarakat am atas kepercayaan bahawa setiap
individu harus belajar untuk berdiri di atas kaki sendiri. Hal tersebut malah dapat
diperhatikan dalam kenyataan seorang ahli diplomat Melayu (2001:59) :
“Orang Melayu gagal mempelajari nilai dan kepentingan bersaing dan akhirnya gagal untuk menaiki tangga pelajaran kerana mereka jatuh ke arah kesenangan budaya mereka sendiri dan menggolongkan mereka sebagai sebahagian daripada masyarakat pelembut yang berpandangan bahawa standard tinggi ataupun matlamat yang terlalu payah untuk dicapai tidak setimpal dengan tenaga yang harus dikorbankan.”
8.3.1 Rumusan
Berdasarkan keempat-empat perkara di atas, pengkaji telah menemui empat perkara genting
yang terhasil daripada pertembungan keempat-empat perkara di atas, antara lainnya, pengkaji
telah menemukan bahawa struktur genetik budaya kemasyarakatan Melayu Singapura sekali
gus membuahkan empat perkara yang melandasi sentimen dan worldview masyarakat
Melayu. Perkara tersebut dapat diperhatikan seperti berikut :
18
Rajah 1 : Model WXYZ Struktur Genetik Melayu Singapura
W – Situasi EkonomiX – Sentimen KhalayakY – Ideologi Masyarakat
Z – Kelas Sosial
1 – W x X x Z = WXZ (Konsep Revolusi)2 – W x X x Y = WXY (Konsep Kapitalisme)
3 – W x Z x Y = WZY(Konsep Dialektik dan Materialistik)4 – X x Y x Z = XYZ (Defisit Budaya)
Selaras dengan teori Strukturalisme Genetik yang digagaskan Goldmann, struktur
genetik Melayu Singapura sebenarnya terbentuk oleh empat perkara, iaitu konsep dialektik
dan materialistik sejarah, konsep kapitalisme, konsep revolusi, dan konsep defisit budaya.
8.4.0 Model WXYZ Struktur Genetik Melayu
Sejajar dengan teori Marxisme yang dipegang aliran Strukturalisme Genetik, model WXYZ
Struktur Genetik Melayu Singapura mendedahkan empat perkara utama yang sekali gus turut
memainkan peranan besar dalam kehidupan masyarakat Melayu Singapura. Penjelasan akan
konsep tersebut dapat diteliti sebagai berikut :
19
Teori Revolusi
Dalam masyarakat kapitalis, golongan marhaen seolah-olah menjadi terasing daripada
masyarakat sejagat atas kesadaran bahawa golongan tersebut tidak mempunyai sebarang
pengaruh yang besar. Bagi mengatasi masalah tersebut, golongan marhaen terpaksa bersatu
untuk merampas kuasa politico-ekonomi daripada kaum bourgeoisie.
Kritikan terhadap Kapitalisme
Dalam masyarakat kapitalis, golongan minoriti dalam ekonomi (kaum bourgeoisie)
menguasai dan memperalatkan golongan bawahan (proletariat) yang merupakan majority
sesebuah masyarakat. Terikat pada keadaan yang tidak dapat mereka sendiri kuasai, golongan
marhaen menghasilkan output yang berlebihan untuk menghasilkan keuntungan yang lebih
dari yang diperlukan. Dengan cara ini, golongan kapitalis memperolehi kuasa dan harta. Hal
tersebut amat jelas diperhatikan dalam masyarakat Melayu di Singapura yang dalam keadaan
terbatas terpaksa menjawat jawatan rendah dalam sistem pentadbiran mahupun ekonomi
negara.
Konsep Materialistik dan Dialektik Sejarah
Sejarah sesebuah masyarakat merupakan hasil daripada konflik dalaman antara kelas-kelas
social, khususnya antara masyarakat bourgeoisie dan proletariat, dan nadi penggerak
pembangunan, yakni teknologi dan sebarang institusi yang mempunyai pengaruh.
Menurutnya, masa hadapan sesebuah masyarakat sebenarnya amat bergantung pada
perkembangan yang dihasilkan daripada konflik sosial tersebut.
Konsep Defisit Budaya
Situasi ekonomi Melayu Singapura yang suram berbanding dengan kaum etnik yang lain
banyak mempengaruhi nilai perasaan dan psikologi masyarakat Melayu di Singapura.
20
Digandingkan pula dengan ideologi pemerintah yang menetapkan sistem meritokrasi dan
sentimen khalayak, masyarakat Melayu Singapura akhirnya terpaksa menerima hakikat
bahawa keadaan tidak mungkin berubah dengan serta merta. Apatah lagi kerana suara dan
pandangan masyarakat Melayu Singapura sering diketepikan oleh pemerintah.
8.4.1 Rumusan
Lewat model WXYZ Struktur Genetik Melayu Singapura, pengkaji telah menemukan empat
perkara yang dipengaruhi perihal ekonomi, sentimen khalayak, ideologi masyarakat dan
kelas sosial dalam sesebuah masyarakat. Dalam model itu juga malahan, pembaca dapat
menelusuri konsep strukturalisme-genetik dengan lebih berkesan.
8.5.0 Bukan Binatang Buruan Sebagai Cerminan Sosial Masyarakat
Kesusasteraan ataupun literature sebagaimana memainkan peranan yang besar dalam
mencerminkan kemunduran mahupun kemajuan sesebuah masyarakat. Kenyataan tersebut
walau bagaimanapun sering terpinggir dalam pengajian sosiologi dan hanya diberikan
pengiktirafan yang sewajarnya di antara tahun 40-an dan 50-an. Milton C.
Albrecht(1954:425) merumus :
“...sociologists in the United States have paid little attention to literature and art; they, like other social scientists, have focused primarily on the instrumental aspects of social life”
Kepentingan masyarakat sosial bagi karya-karya kesusasteraan dapat diibaratkan
seperti air yang sentiasa memerlukan bekasan untuk menampungnya. Dalam erti kata yang
lain, kepentingan masyarakat sosial dan kesusasteraan tidak harus diperkecilkan. Dalam hal
ini, Nirwana Haliza (2008) berpendapat :
“...kedua-dua disiplin ini, iaitu sosiologi dan sastera adalah ‘identical’ atau serupa, namun begitu ia telah dimanipulasikan oleh otak manusia dengan membezakan dan membahagikannya kepada dua disiplin.”
21
Kesusasteraan dalam erti kata lain merupakan bahan persuratan yang mengandungi
nilai-nilai artistik atau ekpresi sesebuah idea.Sifat kemanusiaan malah menjadi subjek umum
dalam kedua-dua disiplin tersebut kerana manakala disiplin sosiologi mengkaji nilai
kehidupaan yang maujud dalam sesebuah tamadun, sastera mewakili diri manusia tersebut
melalui pendekatan yang abstrak dan tersirat.
Sastera sebagai bahan sosiologi malah merupakan sesuatu yang sentral di dalam
perkembangan dunia kesusasteraan moden Melayu sebagaimana yang telah digagaskan oleh
Mohd. Taib Osman (1998:33):
“Modern Malay literature until the outbreak of the Pacific War did not achieve a high literary because there was no consciousness of literature as a form of creative art. Literature was regarded more as a medium - an alternative medium – for expressing the writers ideas about things close related to his life and his society. Whatever his affiliations be he religiously oriented, or the Malay educated elite, or an English-educated nationalist - he did not treat the novel or short story as a literary form but as a medium to to express his thoughts.”
Sebagai sebuah bangsa yang menganggap sastera sebagai wadah menyampaikan
sesebuah ideologi melalui penghayatan dan pengamatan wacana teks, kesusasteraan lazimnya
sarat dengan elemen-elemen yang mencerminkan pergolakan ataupun keadaan sosial
masyarakat pada zaman penulisan karya tersebut. Hakikatnya, sastera tidak pernah hadir
dalam ruang kekosongan dan sering bergelumang dalam isu-isu yang membelenggu
masyarakatnya. Hal yang sama turut dapat diperhatikan dalam puisi-puisi tulisan Sidek Saniff
yang dimuatkan dalam Bukan Binatang Buruan.
Puisi-puisi Sidek Saniff membentangkan kepada khalayak pembaca masalah-masalah
yang berlegar dalam kehidupan masyarakat Melayu, khususnya bagi masyarakat Melayu
22
Singapura. Sidek Saniff menulis dalam keadaan sadar bahawa masyarakat Melayu harus
dibangunkan. Beliau bersikap optimistik terhadap pembangunan masyarakat Melayu dan
yakin bahawa nasib masyarakat Melayu dapat berubah serta mencapai kegemilangannya.
Namun begitu, beliau turut menyedari bahawa keupayaannya cukup terbatas. Biarpun begitu,
dalam keterbatasan tersebut, beliau melahirkan hasrat memerdekakan orang Melayu daripada
penjajahan jiwa yang terbelenggu. Sebagai contoh, dalam puisi Berlepas (2004:20), beliau
memohon agar bangsanya dilepaskan dari “lingkaran jahanam”. Menurutnya :
“Keretapi mula bergerakBegitu perlahan
Semboyan mengherdik nyaringBising
Mata mencari-cariWajah ibu, ayah, adik-adik
Jiran sekelilingDi celah-celah jeruji pintu
Mata bertemu, terpakuTerpukau masa lampau
Membongkai dawai-dawai sejarahMenyelongkar badai
Surau Radin MasPerigiku dan sebatang kandarKuih-muih bakul dan takar
Jiwa terus memekikAdakah esok
Jejalan masih diselangi duriKaki terpaksiTerseksa diri
TuhankuLepaskan kami
Dari lengkaran jahanam iniDengan golongan kertas di tangan.”
Dari sudut teori Strukturalisme Genetik, jelas bahawa keadaan sosio-ekonomi bangsa
memainkan peranan yang besar dalam proses penciptaan puisi tersebut. Namun begitu, beliau
tetap optimis bahawa golongan atasan ataupun “golongan kertas di tangan” dapat mengubah
situasi Melayu yang sering berjalan atas “jejalan..diselangi duri”. Dalam hal ini, kata ganti
nama “ku” dan “kami” digunakan untuk merujuk kepada bangsa yang berada dalam
“lengkaran jahanam”. Akhirnya, atas kesedaran bahawa keupayaannya tetap terikat pada
23
hakikat alam, beliau berdoa kepada tuhan agar “golongan kertas di tangan” dapat mengubah
dunia. Namun begitu, penulis jelas bersikap proaktif untuk membangunkan bangsa dengan
terlebih dahulu membangun dirinya. Penulis seolah-olah akur dengan dasar meritokrasi yang
memaksa bangsa Melayu untuk berdiri di atas kaki sendiri. Menurut Sidek dalam Masih
Terjajah (2004:28) :
“Merdeka!Merdeka!Merdeka!
Tertumpang sukaSekeping hati ini
Walau deduri melekatMelingkari nubari
Kaki terpasungDipasak bumi
Hanya lidah bisa bergerakPun terasa
Bisanya mengasakMenginsafi diri
Menjelajah bumiMenimba ilmu
Mempersiap jasadUntuk hari mukaNan merdeka.”
Sidek Saniff menyedari bahawa perjalanan ke hari muka dapat dijaminkan dengan
“menimba ilmu” demi “mempersiap jasad / untuk hari muka”. Beliau seolah-olah mula
menyedari bahawa dirinya harus keluar dari “lengkaran jahanam” dengan “menimba ilmu”.
Nescaya, beliau mula akur dengan kemungkinan bahawa proses membangunkan masyarakat
yang “nan merdeka” dapat dilakukan dengan kesedaran terhadap keterbatasan diri serta usaha
untuk memajukan dirinya sendiri. Beliau turut mengajak anak bangsanya untuk bersama-
sama dalam membangunkan nama bangsa, masyarakat dan negara dengan cara yang lebih
proaktif daripada kelaziman yang sering diperhatikan pada diri orang Melayu yang terhimpit
dengan defisit budaya5 bahawa orang Melayu tidak mungkin mencapai apa-apa. Akibat
daripada defisit budaya tersebut, orang Melayu membuang masa mereka memikirkan
5 Rujuk rajah 1. Menurut model tersebut, defisit budaya masyarakat Melayu merupakan hasil daripada penyatuan ideologi masyarakat, sentimen khalayak dan kelas sosial.
24
langkah-langkah mengatasi masalah tersebut dalam perbulan seharian mereka di warong.
Sidek menjelaskan dalam Masa Bodoh (2004:32) :
“Mereka berbual di warong
Ngelamun :Kalau aku kaya berharta
Aku mahu bini lebih daripada duaAuto ku bawa laju
Segala wanita ku buru
Jengkel :Anak-anak pada melaratBangsa tersuntik keparatPunya Negara pada nama
Punya kaum tak menguntum
Jengkel lagi :Punya nama pada nama
Punya bahasa kini perhiasanIngin menampung pusara bonda
Pusara kini kehilangan nisan!
Jelek :‘Ngapa fikir dalam-dalam
Sedang manusia gila‘Kan esok bom jatuh.....peradaban roboh!
Masa bodoh
Mari singsing tanganBuat perhitungan”
Meminjam daripada analogi Sidek sendiri pada puisi Berlepas, Sidek mengajak golongan
yang tidak berpegang kertas di tangan untuk “singsing tangan” untuk “buat perhitungan”.
Beliau turut menyedarkan kepada khalayak pembaca bahawa “pusara kini kehilangan nisan!”.
Beliau menyeru agar golongan marhaen dapat melihat sendiri kebinasaan yang sedang
mereka usahakan dengan kudrat tenaga sendiri sekiranya aktiviti seharian mereka berlegar
dalam pelbagai renungan di warong. Beliau turut mengingatkan kepada khalayak pembaca
bahawa negara Singapura tetap merupakan milik mereka sendiri sebagai anak pertiwi, namun
25
begitu, keadaan tersebut dapat berubah menjadi pusara tanpa nisannya sekiranya masyarakat
am tidak bangkit untuk menyinsing tangan. Beliau turut mengingatkan dalam Ini Tanah Mu
(2004:49) :
“Semalam aku bermimpiDatuk datang lagi
"CucukuIni tanahmu
Warisan dari akuHak mutlak mu.
Cucuku sayangSekelip datuk menghilangRamai menjenguk datang
Kau hampir terlentang
Datuk dukaPunya cucu tak bermaya
Daku lukaJantung teriris tanpa darah
Ini tanah tempat darahku tumpahBergumpal jadi baja
Menghijau segala serojaKini kering dahaga
Kalau kering terus-terusanTanah merekah minta korbanDarah cucuku pula diperlukan
Apa cucuku tertahan?"
Aku terjagaPeluh menitis muka”
Hakikatnya, biarpun apa masyarakat luar mahupun dalam katakan tentang diri orang
Melayu Singapura, Singapura tetap merupakan buminya sendiri maka wajarlah bagi manusia
Melayu Singapura untuk menganggap dirinya sebagai tuan punya “tanah tempat darahku
tumpah”. Beliau turut mengingatkan bahawa orang Melayu tetap bertanggungjawab terhadap
nasib buminya sendiri. Nescaya, sekiranya sifat Melayu yang “tak bermaya” tidak diubah,
mereka telah mencemarkan nama nenek moyang mereka sendiri sebagai pertiwi di bumi
Singapura.
26
Puisi-puisi tulisan Sidek Saniff bersifat jujur dengan menceritakan realiti masyarakat
Melayu di Singapure dengan keadaan seadanya. Sejajar dengan teori Strukturalisme Genetik,
karya-karya beliau sebenarnya amat terpengaruh dengan keempat-empat factor yang
diketengahkan oleh Goldmann. Namun begitu, pembaca harus sentiasa menyedari bahawa
penyair turut merupakan antara politikus yang paling disegani di tanahair Singapura.
Lantaran itu, perspektif yang diberikannya secara logiknya merupakan perspektif kaum elita
Melayu terhadap kaum marhaen. Hal tersebut turut disentuh Shaharudin Maaruf (dalam Sidek
Saniff, 2004:8) :
“..sajak-sajak beliau dapatlah kita terima sebagai bahan-bahan yang merakam pengalaman dan pemikiran elit Melayu Singapura.”
Ironinya walau bagaimanapun, Sidek Saniff seolah-olah tidak pernah menganggap
dirinya sebagai salah seorang daripada kaum elit Melayu. Puisi-puisinya menggambarkan
keadaan realiti masyarakat Melayu Singapura tanpa bersikap propoganda. Sidek Saniff jujur
dengan seni kepenyairannya serta memilih untuk mengusik jiwa pembaca dengan pilihan-
pilihan kata yang sederhana sifatnya. Dengan cara itu, beliau tidak mengasingkan diri beliau
daripada golongan masyarakat Melayu yang lain. Puisi-puisinya merupakan manifestasi
kebatinan masyarakat Melayu Singapura yang dilengkapkan dengan penghuraian yang logik
dan sensitif. Tatkala membaca karya-karya puisi Sidek, beliau mecadangkan jalan keluar
daripada “lengkaran jahanam” ini.
Jelas bahawa beliau turut bersimpati dengan nasib orang Melayu di Singapura yang
terhimpit dengan keadaan. Namun begitu, dalam keadaan yang serba tidak mengizinkan,
beliau berpendapat bahawa masyarakat Melayu masih mempunyai maruah untuk dijaga.
27
Bahkan, semangat kentalnya terhadap nilai kemelayuan jelas terpancar pada sajak Wahai
Mimpi6 (2004:96-98) :
“...Wahai mimpiKau perlu menyorot kembali
Rentetan sejarah ‘nek moyangMenghakis habis penjajahan
Datang dan petualangYang putih pesihDan sawo matangBukan dengan kau
Tapi dengan :Pancakan azamLipatan usahaTitipan doa
Kerahan korbanTingkatan keinsafanPercikan perjuangan
Darah dan nanah berbaur
...
Kerana :Kami adalah pewarisKeris Tuah dan Jebat
Tekad Bahaman dan Mat KilauTajaman pena Tun Seri Lanang
Kajai dan Za’ba.Kami bukan papan Long
Atau dol RahmanBerperhitungan dengan kau
Muluk sekaliLantas ngigauDi siang hari
Wahai mimpiJauhi kami”
Beliau berpendapat bahawa terdapat segenap daripada anggota masyarakat Melayu Singapura
yang masih terperangkap dengan mimpi lama dan tidak berupaya untuk berpijak pada bumi
nyata. Beliau bersikap realistik dengan keadaan semasa dan mengajak masyarakat Melayu
untuk mencontohi semangat Tuah dan Jebat, berazam kental seperti Bahaman dan Mat Kilau
6 Sajak Wahai Mimpi merupakan sajak Sidek Saniff yang terpanjang dalam Bukan Binatang Buruan. Atas keterbatasan ruang walau bagaimanapun, pengkaji hanya memasukkan sebahagian daripada sajak tersebut. Sajak penuh dapat dirujuk pada lampiran.
28
serta berfikiran jauh seperti Tun Seri Lanang, Kajai dan Za’ba. Menariknya, beliau
menggunakan sejarah Melayu sendiri untuk membuktikan kepada orang Melayu bahawa
nasib orang Melayu dapat diperbaiki dan diubah melalui berkat “pancakan azam / lipatan
usaha / titipan doa / kerahan korban”.
Sajak-sajak Sidek Saniff merupakan cerminan realiti sosial masyarakat Melayu di
Singapura. Lewat rangkaian kata yang puitis sifatnya, Sidek Saniff mengejutkan masyarakat
Melayu Singapura daripada buaian mimpi yang melenakan dan mengajak anggotanya untuk
bangkit mara ke hadapan bersama-samanya. Beliau bersifat optimistik dan percaya bahawa
nasib masyarakat Melayu dapat diubah dengan semangat dan usaha diri sendiri.
8.6.0 Sidek Saniff sebagai seorang politikus yang berjiwa marhaen
Menurut teori Strukturalisme Genetik, kelas sosial mengambil tempat yang penting dalam
pengolahan struktur sesebuah karya. Hal tersebut turut dapat diperhatikan dalam karya-karya
puisi Sidek Saniff. Dari segi kelas sosial, Sidek Saniff dapat disifatkan sebagai dari golongan
Bourgeoisie atas penglibatannya dalam bidang politik serta kejayaannya dari sudut material
sekali gus menjadikannya salah seorang daripada kaum elit Melayu.
Dari sudut Marxisme, kaum Bourgeoisie sebenarnya merujuk kepada golongan yang
memilik kuasa pembangunan serta berkemampuan untuk membeli tenaga kuasa yang dimiliki
golongan Proletariat. Hal tersebut sejajar dengan kemampuan yang terdapat pada Sidek
Saniff. Namun begitu, satu hal yang menarik tentang perawakan dirinya yang dapat diteliti
dalam puisi-puisi tulisan beliau ialah Sidek Saniff tidak pernah menganggap dirinya sebagai
dari kolongan Bourgeoisie. Perihal tersebut dapat dilihat dari kelazimannya menggunakan
kata ganti nama seperti kita, aku, dan kami. Beliau ikhlas dalam penulisannya dan
29
menyifatkan puisi-puisinya sebagai sebuah harta untuk diwariskan kepada anak-anak bangsa.
Sebagai contoh, dalam puisi Karyamu Karyaku, beliau menjelaskan (2004:66-76) :
“KARYAmudan karyaku
bukan untukmudan tidak pula untukku
TapiUntuk KITA
Untuk anak-anakBermata cerahPenuh ghairahDan harapan
Dari tiupan semangatIngin memahat
Masa depanYang gemilang
Kau dan akuPerlu menuntun merekaKe mercu kejayaan...”
Nescaya, segala usaha yang dilakukannya turut mencerminkan perawakan yang
dipantulkan dalam puisi-puisinya. Dengan jiwa yang penuh keikhlasan dan kemurnian, beliau
yakin bahawa segala pengorbanannya adalah buat anak-anak kita (bangsa Melayu). Malahan,
Mohamed Pitchay Gani Bin Mohamed Abdul Aziz7 dalam sebuah wawancara8 berkenaan
dengan Sidek Saniff menegaskan :
“Apa yang dilakukannya tidak pernah dibuat sebelumnya. Malah, sewaktu dan setelahnya, tiada satu pemimpin Melayu pun yang berani mengikut jejak langkahnya. Beliau sememangnya merupakan seorang aktivis Melayu yang luhur sifatnya.”
Sidek Saniff sering mendahulukan anggota masyarakatnya yang lain sebelum dirinya.
Kenyataan tersebut malah dapat ditelusuri dalam penggunaan kata pada puisi-puisinya. Puisi-
7 Responden merupakan Presiden Angkatan Sasterawan 50 serta merupakan mantan setiausaha kehormat Majlis Bahasa Melayu Singapura (MBMS). Di samping itu, beliau turut merupakan seorang pensyarah Pendidikan Melayu di Institut Pendidikan Nasional, Universiti Teknologi Nanyang.8 Wawancara dijalankan pada September 25, 2009 di Institut Pendidikan Nasional, Universiti Teknologi Nanyang.
30
puisinya sarat dengan rujukan kepada anggota masyarakat luar, yakni dengan penggunaan
kata seperti “anak”, “kawan”, “rakan”, “orang tua”, “jiran” dan sebagainya. Beliau tidak
pernah memikirkan tentang dirinya dan sering berjiwa masyarakat. Masyarakat proletariat
langsung tidak pernah diketepikan Sidek Saniff. Malahan, beliau mengajak masyarakat
proletariat untuk memajukan diri mereka sendiri agar mereka dapat menyamatarafkan diri
mereka dengan golongan bourgeoisie. Misalnya, dalam Kaki Berdiri Sendiri (2004:44) :
“Ini kakiTuhan jadikan
Untuk berdikariSepanjang zaman
Ini tanganDua kerat
Urat melekatMengangkat segala berat
Menghancur karatMeluat.
TapiKalau tiap kali
Terdengar suaraMinta-mintaTiap gerakanMinta kasihanOrang bosan
Kawan
Kan,Ini otak
Berselerak uratBegitu erat
Untuk tindakSeluruh hayat
KanIni tanganIni kaki
Tuhan kasiUntuk hitunganBerdiri sendiri
Bersama melorek pelangi.”
31
Sifat kemanusiaannya terhadap segala masalah dan isu yang melanda dunia menjadi
tunggak dalam puisi-puisinya yang kadangkala bernada optimis namun tetap terikat pada
hakikat nyata. Hakikat bahawa dasar meritokrasi sebenarnya turut menjejas peluang anak
Melayu di tanahnya sendiri. Namun begitu, beliau tetap dengan pendiriannya bahawa anak
Melayu dapat tetap berjaya pada hari muka. Semangat tekad dan perjuangannya terkeramat
dalam Sumpah (2004:110) :
“Pagi ini aku bangkit lagiDisuruh sumpah mati
Untuk pertiwi.
Aku mengertiAnak bumi ini
Tak perlu sumpah beribu kali
Hidup matiku di siniSemadi senadi pertiwi
Tak perlu di sangsi
Keringat ku tumpahBesama merah darahBerbaur tanah bonda
Setapak penjajahan mengonari ibuKu tak kenal tembusan peluru”
Jelaslah bahawa biarpun beliau dapat digolongkan sebagai anggota golongan
bourgeoisie, beliau sebenarnya berjiwa proletariat dan tidak pernah bersikap individualistik.
Malahan, beliau mengabdikan dirinya buat pembangunan masyarakat, khususnya dalam
pembangunan masyarakat Melayu di Singapura. Beliau tidak pernah menyalahkan dasar
meritokrasi mahupun demokrasi sebagai penghambat pembangunan masyarakat Melayu.
Sidek percaya bahawa orang Melayu mampu untuk berdiri teguh dengan bangsa-bangsa lain
asalkan mereka berkemahuan serta bekerja keras.
Penglibatan Sidek Saniff dalam bidang politik merupakan bukti yang paling kukuh
bahawa beliau ingin melihat perubahan pada diri orang Melayu Singapura. Hasilnya, berkat
32
kepercayaan dan tekadnya, beliau telah membawa masyarakat Melayu ke sebuah tahap yang
memberangsangkan melalui usahanya sebagai pengasas Yayasan Mendaki9. Kepercayaannya
bahawa ilmu dapat membawa masyarakat Melayu ke tahap yang lebih tinggi malah turut
dapat diperhatikan dalam usahanya untuk mendesak pihak pemerintah untuk meluluskan
pelajar-pelajar Singapura untuk melanjutkan pengajian mereka di Malaysia, khususnya di
Universiti Malaya. Nescaya, kehadiran ramai pelajar Singapura di Akademi Pengajian
Melayu, Universiti Malaya merupakan bukti jitu dalam kepercayaannya. Contoh di atas
kesemuanya membuktikan bahawa Sidek Saniff merupakan seorang politikus yang
berwawasan jauh namun berjiwa dekat.
8.7.0 Sumbangan Sidek Saniff dalam dunia kepenyairan
Puisi-puisi Sidek Saniff dapat dianggap sebagai sebuah pembaharuan dalam pengertiannya
yang tersendiri. Lazimnya, bagi penganut falsafah “seni untuk masyarakat”, soal estetik tidak
sepenting mesej yang terdapat dalam puisi tersebut. Namun begitu, hal sedemikian tidak dapat
diperhatikan dalam puisi-puisi Sidek Saniff yang diatur dalam bentuk yang puitis. Dalam
keterbatasan kata yang sekali gus menjadi paksi kepada genre puisi, Sidek Saniff
membentangkan realiti dunia Melayu Singapura dalam renungan, tafsiran dan kritikan
puitisnya. Berdasarkan penelitian pengkaji, pengkaji telah menemui perkara berikut dalam
puisi-puisi Sidek Saniff yang sekali gus membentuk kekuatannya.
Penggunaan Simbolisme dalam Realiti
Sidek Saniff cenderung untuk menggunakan simbol-simbol yang nyata serta hadir dalam
sosio-budaya masyarakat Melayu sendiri. Beliau mengungkapkan segala perasaan, falsafah
dan harapannya dalam simbol-simbol yang mudah ditafsir dan difahamkan oleh pembaca,
khususnya pembaca khalayak Melayu Singapura. Dengan penggunaan kata seperti “Keris
9 Rujuk perkara 8.3 dalam kertas kerja ini.
33
Jebat dan Tuah”, “Surau Radin Mas”, “Panggung Alhambra” dan “Satay Club”, beliau
mendekatkan diri dengan jiwa pembaca yang dapat memahami isi hati dan naluri beliau
sebagai seseorang yang berjiwa masyarakat. Nadanya yang bersahaja dan tidak dipaksa-paksa
dalam proses penciptaan puisi itu menghasilkan sebuah puisi yang dekat dengan diri pembaca.
Emosi Kemanusiaan
Selain daripada perkara di atas, Sidek Saniff turut mempamerkan ciri-ciri kemanusiaan dalam
puisi-puisi ciptaannya. Dari sudut teori Strukturalisme Genetik yang menekankan
pembahagian kelas sosial dalam masyarakat dan teks kesusasteraan, Sidek Saniff mengaburi
jurang pembahagian antara golongan bourgeoisie dan golongan proletariat. Beliau bersimpati
dengan nasib yang menimpa golongan Melayu di Singapura. Lantaran itu, puisi-puisinya
menghuraikan beberapa usulan yang dapat diambil sebagai iktibar oleh masyarakat Melayu
setempat. Jelas bahawa Sidek bukanlah dari golongan bourgeoisie yang langsung
mengetepikan masyarakat Melayu setempat. Sidek menunjukkan kepada khalayak pembaca
bahawa beliau turut merupakan seorang insan biasa yang berjiwa marhaen.
Manifestasi ideologi masyarakat
Selaras dengan gagasan pemerintah yang membudayakan amalan meritokrasi, puisi-puisi
Sidek Saniff jelas menyokong gagasan tersebut. Biarpun begitu, seperti yang telah dijelaskan
pada peringkat awal kertas kerja ini, puisi-puisi beliau menghuraikan langkah-langkah yang
dapat diambil untuk memajukan keadaan. Jelas baginya, dasar meritokrasi tidak semestinya
menjadi penghambat pembangunan masyarakat Melayu. Beliau optimis bahawa masyarakat
Melayu turut dapat bergerak maju dengan penghayatan ideologi pemerintah.
34
9.0 Rumusan
Kertas kerja ini telah mendapati bahawa Sidek Saniff merupakan seorang penyair-politikus
yang berjiwa masyarakat. Lewat kata-kata yang terangkai dalam puisi-puisinya, Sidek Saniff
menunjukkan kepada semua, mahupun dalam sadar ataupun bawah sadar, bahawa beliau turut
bersimpati dengan nasib masyarakat Melayu di Singapura. Namun begitu, beliau turut percaya
bahawa masyarakat Melayu harus menyahut cabaran yang dilontarkan kepada bangsanya
untuk bangkit semula dari “lengkaran jahanam” ini. Baginya, kunci kejayaan bangsa Melayu
sebenarnya terletak pada diri sendiri.
Selain daripada itu, kertas kerja ini turut telah menghuraikan tiga sumbangan utama
puisi-puisi Sidek Saniff dalam dunia kepenyairan Singapura. Beliau telah membuktikan
bahawa puisi tidak semestinya merupakan wadah bagi mengungkapkan perasaan-perasaan
negatif tanpa sebarang penyelesaian sebagaimana yang menjadi kelaziman dalam persada
puisi Singapura. Sidek Saniff sekali gus telah mengaburkan jurang antara kaum elit dan
bawahan dalam masyarakat Singapura.
35
Bibliografi
Abdul Halim Ali. 2007. Di Sekitar Puisi Melayu Moden. Perak : Penerbit Universiti Pen-didikan Sultan Idris.
Aliman Hassan. 2007. Sanggan Budaya. Singapura : Angkatan Sasterawan 50.
Bedlingtons, S. 1975. The Singapore Malay Community : The Politics of State Integration. Michigan : University Microfilms.
Engels. 1968. Marx and Engels Correspondences. (Donna Torr, Penterjemah). London : International Publishers.
Farid Mat Zain. 2007. Islam di Tanah Melayu abad ke – 19. Shah Alam : Karisma Publications.
Hadijah Rahmat. 1997. Puisi dan Ciri-ciri Tersendirinya. Dlm. Anuar Othman. (Peny). Prisma Seni. (ms. 107-116). Singapura : Perkumpulan Seni.
Hairidin Harun. 2001. Kosmologi Melayu dalam Era Teknologi Maklumat. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.
Harun Mat Piah. 1997. Jiwa Raja dan Jiwa Rakyat dalam Puisi-Puisi Brunei Darussalam (Penumpuan Pada Syair-syair Muda Omar Ali Saifuddien dan Sajak-sajak Yahya M.S). Dlm. Othman Puteh. (Peny). Teks Cerminan Nilai Budaya Bangsa. (ms. 321-344). Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.
Hashim Bin Haji Musa. 2001. Merekonstruksi Tamadun Melayu Islam, Ke Arah Pembinaan Sebuah Tamadun Dunia Alaf Ketiga. Malaysia : Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya.
Henry Bayman. (2000). The Station of No Station. California : North Atlantic Books.
Herman J. Waluyo. 2005. Apresiasi Puisi : Untuk Pelajar dan Mahasiswa. Jakarta : Penerbit PT Gramedia Pustaka Utama.
H.M. Jamil, MA. 2007. Cakrawala Tasawuf, Sejarah Pemikiran dan Kontekstualitas. Indonesia :Gaung Persada Press Jakarta.
Jarvis, Helen. 1991. Tan Malaka : From Jail to Jail. Athens : Ohio University Press.
Jesudason James. 1989. Ethnicity and The Economy : The State, Chinese Business and Multinationals in Malaysia. Singapore : Oxford University Press.
Leif Edvinsson and Michael S. Malone. (1997). Intellectual Capital: Realizing Your Company's True Value by Finding Its Hidden Brainpower. New York : Harper.
Lily Zubaidah Rahim. 2001. The Singapore Dilemma : The Political and Educational Marginality of The Malay Community. Selangor : Oxford Press.
36
Mana Sikana. 2007. Teori Sastera Kontemporari Edisi Kedua. Singapura : Pustaka Karya.
Masuri SN. 2006. Dalam Merenung Dalam. Singapura : Angkatan Sasterawan 50.
Md. Sidin Ahmad Ishak & Mohd Saleeh Rahamad. 2008. Strategi Bahasa : Panduan Nahu dan Retorik Untuk Penulisan. Kuala Lumpur : Penerbit Universiti Malaya.
Michael Oakeshott. 1959. The Voice of Poetry in the Conversation of Mankind. London : Bowes and Bowes.
Mohamed Pitchay Gani Bin Mohamed Abdul Gani. 2003. Penulis Manifestasi Warisan Jati Diri dan Jagat. Dlm. Mohamed Pitchay Gani Bin Mohamed Abdul Aziz. (Ed.), Sastera Melayu Warisan Jati Diri dan Jagat. Prosiding Pertemuan Sasterawan Nusantara XII pada 13-14 September 2003 di 03 di Hotel Meritus Mandarin, Singapura (m.s. 58-83). Singapura : Angkatan Sasterawan 50.
Muhammad Ariff Ahmad. 2007. Nilam – Nilai Adat Melayu. Singapura : Majlis Pusat.
__________. 1993. Bicara Tentang Adat dan Tradisi. Singapura : Pustaka Nasional Pte. Ltd.
Muhammad Jailani Bin Abu Talib. 2009. Budaya Melayu dalam Era Sarwajagat dlm majalah Dewan Budaya. Februari 2009 terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka, Malaysia.
Nirwana Haliza. 2008. Novel Melayu Singapura Cerminan Sejarah Bangsa. Dlm. Mohamed Pitchay Gani Bin Mohamed Abdul Aziz. (Ed.). Aktivis, Jurnal Akademik Jilid VIII, 2008. (ms. 72-74). Singapura : Persatuan Budaya Melayu Program Latihan Khas (Bahasa Ibunda), Institut Pendidikan Nasional.
Noorhaqmal Mohamed Noor. 2009. Representasi Puisi dalam Pelbagai Media dari Sudut Genetik. Dlm. Mohamed Pitchay Gani Bin Mohamed Abdul Aziz. (Ed). Aktivis, Jurnal Akademik Jilid IX, 2009. (ms. 71-72). Singapura : Persatuan Budaya Melayu Program Latihan Khas (Bahasa Ibunda), Institut Pendidikan Nasional.
Noresah Baharom et. Al. 2007. Kamus Dewan Edisi Keempat. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.
Pradopo, Djoko, Rachmat. 1993. Pengkajian Puisi. Analisis Strata Norma dan Analisis Struk-tural dan Semiotik. Yogyakarta: Gajah Mada University Press.
Rasiah Halil. 1997. Unsur Pemikiran dalam Puisi. Dlm. Anuar Othman. (Peny). Prisma Seni. (ms. 117-128). Singapura : Perkumpulan Seni.
Sahlan Mohd. Saman. 2005. Persuratan Melayu: Tradisional ke Moden . Bangi : Universiti Kebangsaan Malaysia Press.
Sapardi Djoko Damono. 1999. Sihir Rendra : Permainan Makna. Jakarta : Penerbit Pustaka Firdaus.
Sidek Saniff. 2004. Bukan Binatang Buruan. Singapura : Majlis Bahasa.
37
Tenas Effendy. 2008. Tunjuk Ajar Melayu. Yogyakarta : Balai Kajian dan Pengembangan Budaya Melayu.
Zainal Kling. 2003. Kesusasteraan Sebagai Jati Diri Melayu dan Jagat Manusia. Dlm. Mohamed Pitchay Gani Bin Mohamed Abdul Aziz. (Ed.), Sastera Melayu Warisan Jati Diri dan Jagat. Prosiding Pertemuan Sasterawan Nusantara XII pada 13-14 September 2003 di 03 di Hotel Meritus Mandarin, Singapura (m.s. 20-32). Singapura : Angkatan Sasterawan 50.
38