48

SIDANG PENGARANG KOPERASI BANTU SARA HIDUPangkasa.coop/bm/images/PELANCAR/Binder1_PL-022017.pdf · Hak cipta terpelihara. Tidak dibenarkan mengulang cetak mana-mana bahagian artikel,

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: SIDANG PENGARANG KOPERASI BANTU SARA HIDUPangkasa.coop/bm/images/PELANCAR/Binder1_PL-022017.pdf · Hak cipta terpelihara. Tidak dibenarkan mengulang cetak mana-mana bahagian artikel,
Page 2: SIDANG PENGARANG KOPERASI BANTU SARA HIDUPangkasa.coop/bm/images/PELANCAR/Binder1_PL-022017.pdf · Hak cipta terpelihara. Tidak dibenarkan mengulang cetak mana-mana bahagian artikel,
Page 3: SIDANG PENGARANG KOPERASI BANTU SARA HIDUPangkasa.coop/bm/images/PELANCAR/Binder1_PL-022017.pdf · Hak cipta terpelihara. Tidak dibenarkan mengulang cetak mana-mana bahagian artikel,

KOPERASI BANTU KURANGKAN KOS SARA HIDUP

SIDANG PENGARANG

PresidenDato’ Haji Abdul Fattah Haji Abdullah

Timbalan PresidenHaji Mutadho Bahri

Naib PresidenProf Madya Datuk Dr. Haji Mohamad Ali HasanDato’ Haji Kamarudin Haji IsmailDato’ Haji Aliasak Haji AmbiaHaji Mohamad Azmi Omaruddin

Panel Penasihat EditorialDato’ Haji A. Aziz DeramanDr. Aminudin Mansor (AMI MASRA)Dato’ Haji Ibrahim Haji Abdullah

Ketua Pegawai Eksekutif KumpulanHaji Nasir Khan Yahaya

Pengurus Besar Bahagian Komunikasi Korporat Haji Borhan Mat Aris

Pengurus Unit Media dan DokumentasiMohd Zakuan Azmi

Penolong PengarangNor Azah Abd. AzizWan Adlina Wan Ab. Aziz

Pereka GrafikSalmah Soohaime @ Suhaimi

Pemberita / JurugambarRahmat Mohd. Did

Pruf Dan RekaletakHaji Anuar IsmailDatin Hajah Fauziah Zainal

Pengedaran Unit Media dan DokumentasiBahagian Komunikasi Korporat

Oleh : Haji Borhan Mat Aris

Usaha memperkasa Sektor Pemborongan dan Peruncitan Koperasi perlu dilaksanakan secara berterusan agar koperasi-koperasi yang terlibat dalam sektor ini terus meningkat pencapaian dalam memberi perkhidmatan kepada para

anggotanya dan juga masyarakat.Bagi mencapai hasrat tersebut, koperasi dalam sektor pemborongan

dan peruncitan perlu menjalin hubungan yang akrab dan duduk bersama-sama melalui sesi sumbang saran bagi merangka pelbagai strategi dan mencari jalan bagi memperkasakan perkhidmatan mereka. Ini supaya segala perancangan yang dibuat akan menjurus kepada usaha memantapkan rangkaian perniagaan demi merealisasikan perkhidmatan untuk anggota.

Dengan adanya kesepakatan dan hala tuju yang jelas untuk bertindak, barulah koperasi-koperasi dalam sektor ini mampu mengatur langkah seterusnya dalam menterjemahkan usaha mereka sesuai dengan kehendak dan keperluan pengguna.

Bagi memantapkan kedudukan koperasi dalam sektor pemborongan dan peruncitan ini, koperasi-koperasi perlu bersatu dan membentuk entiti bagi menguasai rantaian bekalan dan nilai tambah dalam aktiviti pemborongan dan peruncitan.

Koperasi juga perlu mewujudkan hubungan timbal balik di antara pengeluar, pengedar dan pengguna selain daripada mewujudkan sistem perniagaan yang adil dan saksama kepada semua pihak.

Selain itu, koperasi juga secara bersepadu dapat bertindak aktif dalam menangani isu kos sara hidup seharian. Usaha ini boleh membuahkan hasil yang sangat baik kerana koperasi merupakan institusi milik bersama dan para anggota koperasi mesti terus setia dan menyokong segala usaha koperasi untuk menyediakan perkhidmatan terbaik dan memberi nilai tambah dalam kehidupan seharian.

Sidang Pengarang

1Februari 2017 PELANCAR

Page 4: SIDANG PENGARANG KOPERASI BANTU SARA HIDUPangkasa.coop/bm/images/PELANCAR/Binder1_PL-022017.pdf · Hak cipta terpelihara. Tidak dibenarkan mengulang cetak mana-mana bahagian artikel,

INFO SEMASA5 Perancangan Perbelanjaan Perlu Menetapi Keperluan6 Forum Perdana Ehwal Islam “Ukur Baju Badan Sendiri”7 Aktiviti Pembuka Tirai 201722 SKM, ANGKASA Dan Gerakan Koperasi Bantu Mangsa Banjir Kelantan24 2017 - Tahun Sumbangan SKM25 Peluang Perniagaan Baharu Kepada Koperasi28 100 Pelajar Terima Pinjaman Pendidikan Yayasan ANGKASA30 Gilap Pelajar Jadi Pelapis Gerakan Koperasi31 Yayasan ANGKASA Perlu Sokongan Berterusan32 Wahana Yang Tidak Boleh Dipandang Ringan35 Perkukuh Hubungan Dengan IDACA 36 ANGKASA Beri Bantuan42 Pelbagaikan Aktiviti Koperasi Untuk Tingkatkan Perolehan

54 Koperator Wanita Penggerak Ekonomi Koperasi57 ANGKASA Lantik KOPUTRA Sebagai Mentor

TINJAUAN SEKTOR8 Sektor Pemborongan Dan Peruncitan : Program Memperkasakan Sektor Pemborongan Dan Peruncitan Koperasi11 Sektor Pemborongan Dan Peruncitan : Tingkatkan Kapasiti Jualan Menerusi ‘Product Sampling’12 Sektor Perkhidmatan Kewangan : Ke Arah Tabir Urus Kewangan Yang Komprehensif13 Laporan Sektor : ANGKASA Bantu Gelandangan14 Sektor Pelancongan, Penjagaan Diri & Kesihatan : Jaringan Koperasi Beri Impak Perniagaan Yang Positif16 Sektor Peneraju Pembangunan Hartanah Dan Industri Binaan : Konsortium Kopersi Hartanah Negara Berhad : Memperkasa Aktiviti Pembangunan Hartanah Koperasi18 Sektor Perladangan Dan Sektor Pertanian & Industri Asas Tani ANGKASA : Ceburi Aktiviti Berskala Besar

20 Sektor Inovasi, Teknologi Dan Telekomunikasi : www.levida.my - Sinergi Baharu Pasaran Produk dan Perkhidmatan Koperasi

TINJAUAN JPAN38 JPAN Pulau Pinang : Gabungan Koperasi Wanita Bukti Penyatuan39 JPAN Melaka : Pencapaian 2016 Dan Perancangan 201740 JPAN Kedah : Sorotan Program ANGKASA Di Negeri Kedah Sepanjang 201640 JPAN Pahang Zon 1 : Tadbir Urus Berkesan Pemacu Kecemerlangan JPAN Pahang Zon 1

TINJAUAN KOPERASI59 Bangkit Bersama Keyakinan Seluruh Anggota

44 Koperasi Kariah Masjid Mampu Setanding Koperasi Lain47 Bantu Koperator Wanita Tingkatkan Produktiviti48 Kolej WIT Sedia Peluang Tingkat Kemahiran Koperator50 Dedah Ilmu Keusahawanan Koperator Wanita51 Ke Arah Memartabatkan Peranan Wanita Dalam Perniagaan52 Lahirkan Koperator Wanita Berdaya Saing53 Koperasi Kariah Masjid Jadi Pengeluar Produk Halal

2 PELANCAR Februari 2017 3Februari 2017 PELANCAR

Diterbitkan Oleh:Angkatan Koperasi KebangsaanMalaysia Berhad (ANGKASA)Wisma Ungku A. AzizJalan SS 6/1, Kelana Jaya47301 Petaling JayaSelangor Darul Ehsan.

Hak cipta terpelihara. Tidak dibenarkan mengulang cetak mana-mana bahagian artikel, ilustrasi dan isi kandungan majalah ini dalam apa juga bentuk sama ada melalui media cetak, elektronik, rakaman atau cara lain sebelum mendapat keizinan bertulis daripada Presiden Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (ANGKASA).

PEMBACA dialu-alukan menghantar karya untuk disiarkan, tetapi Sidang Pengarang berhak membuat suntingan. Semua sumbangan sama ada dipakai atau tidak, tidak akan dikembalikan. Semua hakcipta adalah terpelihara. Segala reproduksi dalam apa jua bentuk perlu mendapat keizinan terlebih dahulu. Semua karya yang diterbitkan tidak semestinya mencerminkan pandangan dan sikap PELANCAR.

Sila hantar karya anda kepada Pengurus Besar Bahagian Komunikasi Korporat ANGKASA melalui e-mel : [email protected]

FEBRUARI 2017

KETERANGAN GAMBAR KULITPresiden ANGKASA, Dato’ Haji Abdul Fattah Haji Abdullah dan barisan kepimpinan tertinggi ANGKASA melihat dokumen perjanjian kerjsama korporat MYANGKASA MALINDOFoto : Aizal Azizan Sajari

Dicetak Oleh:ULTIMATE PRINT SDN. BHD.Lot 2, Jalan Sepana 15/3Off Persiaran Selangor, Seksyen 15 40200 Shah AlamSelangor Darul Ehsan.Tel. : 03-5101 3388Faks : 03-5101 3600

Alamat Perhubungan:Wisma Ungku A. AzizJalan SS 6/1, Kelana JayaPeti Surat 8797Pejabat Pos Kelana Jaya46798 Petaling JayaSelangor Darul Ehsan.Telefon: 03-7806 1977Faks: 03-7806 1506E-Mel: [email protected] Web: www.angkasa.coop

www.majalahpelancar.com E-mel : [email protected] : angkasa

22

49

13

Februari 2017

KERJASAMA KORPORAT MYANGKASA MALINDOPELUANG PERNIAGAAN BAHARU

KEPADA KOPERASI100 Pelajar Terima Pinjaman Yayasan ANGKASA

INFO SEMASA: Program Cakna Gerakan Koperasi Prihatin Mangsa Banjir 2017 Negeri Kelantan

INFO SEMASA:

‘Hayati Nilai KOPERASI Semaikan Budi’

100 Pelajar Terima Pinjaman 100 Pelajar Terima Pinjaman 100 Pelajar Terima

ANGKASA

‘Hayati Nilai KOPERASI Semaikan Budi’MUTIARA ILMU

9 770126 873000

JILID 44 BIL. 02

KDN PP2010/01/2013(031495)SEM. MALAYSIA RM1.70

SABAH/SARAWAK RM2.00

Page 5: SIDANG PENGARANG KOPERASI BANTU SARA HIDUPangkasa.coop/bm/images/PELANCAR/Binder1_PL-022017.pdf · Hak cipta terpelihara. Tidak dibenarkan mengulang cetak mana-mana bahagian artikel,

Dato’ Haji Abdul Fattah Haji AbdullahPresiden ANGKASA

Dari Meja Presiden

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh Salam Sejahtera dan Salam Satu Koperasi

Keputusan berbelanja dalam kalangan pengguna khususnya terhadap produk yang baru diperkenal seringkali dikaitkan dengan pengaruh pasaran konvensional seperti iklan, pembungkusan dan rekabentuk yang menarik serta berkualiti.

Berasaskan kepada pendekatan seperti itu, adalah mudah untuk kita membuat satu kesimpulan bahawa dengan hanya menggandakan jumlah pengiklanan serta promosi, selain menambahbaik produk dan perkhidmatan sedia ada, prestasi jualan juga pasti akan meningkat.

Namun hakikat yang perlu kita akui adalah faktor kos yang tinggi mampu merencatkan perancangan. Kadar harga iklan menerusi media massa, menghasilkan pembungkusan yang berkualiti dan perkara-perkara lain yang melibatkan tugas-tugas mempromosi, tidak mampu untuk dilaksanakan oleh kebanyakan koperasi meskipun mempunyai produk yang bagus dan setanding dengan jenama-jenama terkenal yang lain di pasaran.

Sudah tiba masanya bagi kita semua untuk melihat aneka cabaran seumpama itu khususnya koperasi-koperasi dalam sektor pemborongan dan peruncitan sebagai pemangkin kepada sebuah azam baharu 2017 dan memastikan ia tidak dijadikan sebagai batu penghalang untuk maju.

Pelbagai pendekatan kreatif dan inovasi boleh dilakukan bagi meningkatkan prestasi ekonomi koperasi, meskipun berhadapan dengan suasana ekonomi yang tidak menentu selain kos yang munasabah. ANGKASA sedia membantu koperasi untuk memastikan setiap produk yang berkualiti dapat dibawa ke dalam pasaran dengan cara yang betul dan mematuhi piawaian.

Selepas dipastikan produk atau perkhidmatan tersebut menepati tahap kualiti yang sepatutnya, barulah dipertimbangkan kos periklanan dan promosi yang bersesuaian mengikut tahap kemampuan koperasi tersebut. Sebagai asas kepada promosi, setiap anggota koperasi disaran agar bersama-sama memainkan peranan untuk sentiasa memperkenalkan produk tersebut kepada masyarakat.

Semoga perencanaan baharu tersebut dapat meningkatkan kapasiti jualan dan secara tidak langsung, koperasi akan dapat menjana perolehan lebih tinggi dan memberi pulangan yang lebih bermakna kepada seluruh anggota.

4 PELANCAR Februari 2017

Page 6: SIDANG PENGARANG KOPERASI BANTU SARA HIDUPangkasa.coop/bm/images/PELANCAR/Binder1_PL-022017.pdf · Hak cipta terpelihara. Tidak dibenarkan mengulang cetak mana-mana bahagian artikel,

5Februari 2017 PELANCAR

Masyarakat pengguna perlu sentiasa peka dan tahu bagaimana untuk menguruskan kos menerusi pendapatan yang diperoleh. Ia bagi menentukan bahawa segala apa yang dirancang benar-benar menepati keperluan dan mencapai apa yang dihasratkan dengan lebih sempurna.

Menerusi program yang dianjurkan, kita mahu rakyat tahu bahawa apa yang dilakukan adalah demi kebaikan bersama. Bukan sekadar memberi pendidikan kepada pengguna tentang cara untuk berbelanja secara berhemah, tetapi juga sebagai pedoman kepada peniaga atau pengeluar produk-produk dan perkhidmatan agar sentiasa peka dengan tanggungjawab sosial dan nilai-nilai murni

dalam aktiviti perniagaan yang dijalankan.

Rantaian nilai yang wujud antara peniaga dan pengguna itu sendiri telah membentuk sebuah kementerian seperti Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) yang bukan sahaja menguruskan hal ehwal perdagangan dalam negeri, malah turut melibatkan aktiviti koperasi dan kepenggunaan.

Justeru, pengguna juga turut dianggap sebagai pihak berkepentingan atau stakeholder kepada kementerian dan mereka perlu turut bersama memahami bahawa tugas dan tanggungjawab dalam menentukan masa depan pembangunan sosioekonomi yang lebih baik perlu dijalankan secara bersama.

Perancangan Perbelanjaan Perlu Menepati Keperluan

YB Dato’ Seri Hamzah ZainudinMenteri Perdagangan Dalam Negeri,

Koperasi dan Kepenggunaan

Oleh : MoHD Zakuan aZMiInfo Semasa

5Februari 2017 PELANCAR

» YB Dato’ Seri Hamzah Zainudin (tengah) bergambar bersama Panel Forum. Turut sama di dalam gambar ialah Dato’ Sri Jamil Salleh (tiga dari kiri); Dato’ Basaruddin (dua dari kanan), Dato’ Razali othman (paling kiri), Dato’ Dr. noor Zari Hamat (dua dari kiri) dan Dato’ Haji abdul Fattah Haji abdullah (paling kanan)

Page 7: SIDANG PENGARANG KOPERASI BANTU SARA HIDUPangkasa.coop/bm/images/PELANCAR/Binder1_PL-022017.pdf · Hak cipta terpelihara. Tidak dibenarkan mengulang cetak mana-mana bahagian artikel,

6 PELANCAR Februari 2017 7Februari 2017 PELANCAR

Forum Perdana Ehwal Islam anjuran ANGKASA dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan kepenggunaan (KPDNKK) dengan kerjasama Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan Radio Television Malaysia (RTM) telah bersiaran secara langsung di TV1 RTM.

Oleh : MoHD Zakuan aZMiInfo Semasa

Forum bertajuk ’Ukur Baju Badan Sendiri’ yang berlangsung pada 5 Januari lepas telah mengupas tentang sikap dan tabiat berbelanja seseorang yang boleh memberi kesan langsung kepada diri dan juga keluarga.

Dua orang panel penceramah iaitu Dr. Aznan Hasan dan Ustaz Syed Norhisham Tuan Padang telah dijemput untuk membicarakan tentang topik tersebut. Manakala Moderator bagi program tersebut ialah Ustaz Zakaria Othman.

Yang Berhormat Dato’ Seri Hamzah Zainudin, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan turut sama menyaksikan forum yang dijalankan di Auditorium ANGKASA itu.

Turut sama menyaksikan forum tersebut ialah Ketua Setiausaha KPDNKK, Dato’ Sri Jamil Salleh; Timbalan Ketua Setiausaha (Perdagangan Dalam Negeri) KPDNKK, Dato’ Basaruddin Sadali; Timbalan

» Dari kiri : Moderator, ustaz Zakaria othman; Panel Penceramah, Dr. aznan Hasan dan ustaz Syed norhisham Tuan Padang

Ketua Setiausaha (Kepenggunaan dan Pengurusan) KPDNKK, Dato’ Razali Othman; Pengerusi Eksekutif Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM), Dato’ Dr. Noor Zari Hamat; Presiden ANGKASA, Dato’ Haji Abdul Fattah Haji Abdullah; Timbalan Presiden ANGKASA, Tuan Haji Mutadho Bahri dan Naib-Naib Presiden ANGKASA, Prof. Madya Datuk Dr. Haji Mohamad Ali Hasan, Dato’ Haji Kamarudin Ismail dan Tuan Haji Mohammad Azmi Omaruddin.

Forum Perdana Ehwal islam

“UKUR BAJUBADAN SENDIRI” Pemilihan tajuk ‘Ukur Baju Badan Sendiri’

untuk Forum Perdana Ehwal Islam anjuran ANGKASA dan KPDNKK adalah bagi memberi maklumat dan pendidikan tentang pengurusan kos sara hidup yang lebih berkesan mengikut landasan Islam selain kempen kesedaran ke arah memupuk budaya yang lebih sihat dalam menghadapi cabaran sebagai pengguna.

Program berorientasikan keagamaan dan kempen kesedaran pengguna dijadikan sebagai aktiviti pembuka tirai oleh ANGKASA dan KPDNKK bagi tahun 2017 untuk menyuarakan pandangan, hasrat dan hala tuju kementerian dan juga ANGKASA kepada masyarakat khususnya anggota koperasi di seluruh negara menerusi rancangan Forum Perdana Ehwal Islam yang disiarkan secara langsung di TV1 RTM.

Ia selaras dengan peranan ANGKASA sebagai

Dato’ Haji abdul Fattah Haji abdullahPresiden ANGKASA

Aktiviti Pembuka Tirai 2017

badan puncak gerakan koperasi di Malaysia yang turut memainkan peranan membantu masyakarat dalam menangani impak kenaikan kos sara hidup menerusi pengurusan kewangan yang berkesan.

Ia juga diharap dapat membantu ke arah menyemarakkan semangat, keazaman baru dan peningkatan moral pengguna, bahawa KPDNKK sentiasa berusaha untuk membantu masyarakat membentuk jati diri yang tinggi demi melestarikan kecemerlangan modal insan dalam koperasi.

Oleh : MoHD Zakuan aZMiInfo Semasa

» Pelajar asrama Tunas Bakti FELDa turut hadir menyaksikan Forum Perdana Ehwal islam

Page 8: SIDANG PENGARANG KOPERASI BANTU SARA HIDUPangkasa.coop/bm/images/PELANCAR/Binder1_PL-022017.pdf · Hak cipta terpelihara. Tidak dibenarkan mengulang cetak mana-mana bahagian artikel,

Sehubungan itu, Kementerian melalui Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) telah merangka satu Pelan Pembangunan (Blueprint) Sektor Pemborongan dan Peruncitan Koperasi 2016-2020 sebagai salah satu usaha untuk memperkasakan koperasi dalam sektor ini.

Objektif utama Pelan Pembangunan Sektor Pemborongan dan Peruncitan ini adalah:

Menguasai rantaian bekalan dan rantaian nilai dalam aktiviti pemborongan dan peruncitan.Mewujudkan hubungan timbal balik di antara pengeluar, pengedar dan pengguna.Mewujudkan sistem perniagaan yang adil kepada semua pihak yang terlibat; danMembantu menangani isu kos sara hidup.

Selain itu, pelan pembangunan ini juga menggariskan tujuh (7) inisiatif strategik. Salah satu daripadanya adalah untuk mengukuhkan dan memantapkan pengoperasian outlet jualan koperasi dengan jumlah sasaran outlet iaitu 2,000 outlet yang akan dibangunkan menjelang tahun 2020.

Pada Perhimpunan Agong UMNO baru-baru ini, YAB Perdana Menteri telah mengumumkan mengenai peruntukan kewangan berjumlah RM300,000 yang akan diberikan kepada mana-mana koperasi yang layak serta mematuhi syarat yang ditetapkan untuk membuka kedai harga patut di setiap kawasan Parlimen.

Daripada jumlah tersebut, sebanyak RM150,000 akan diberikan dalam bentuk bantuan bagi membiayai kos naik taraf, pembelian peralatan serta Sistem Point-Of-Sales (POS). Manakala sebanyak RM150,000 lagi akan diberikan dalam bentuk pinjaman bagi membiayai pembelian stok barangan kedai tersebut.

Pengenalan inisiatif ini bertujuan untuk menyediakan barangan keperluan harian masyarakat dengan harga yang berpatutan bagi

membantu kerajaan menangani isu kenaikan kos sara hidup sekaligus meningkatkan kualiti hidup rakyat.

Tindakan untuk mewujudkan lebih banyak outlet jualan ini juga amat penting sebagai usaha untuk meningkatkan aksesibiliti dan kesediaan barangan kepada pengguna dengan harga yang berpatutan. Selain itu, ia juga bertujuan untuk menyediakan lebih banyak pilihan barangan (barang pengganti) kepada pengguna yang dikeluarkan sendiri oleh koperasi serta pengusaha perusahaan kecil dan sederhana (PKS).

Usaha ini akan mewujudkan situasi menang-menang kepada pengeluar dan peniaga yang dapat meningkatkan pendapatan mereka dan juga kepada pengguna yang dapat memperoleh bekalan barangan keperluan dengan harga yang berpatutan.

Ia juga dapat memberi kesan limpahan lain (Spill over effect) dengan mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan kepada penduduk setempat yang seterusnya memperbaiki taraf hidup masyarakat di kawasan berkenaan.

Pemerkasaan dalam sektor borong dan runcit di setiap kawasan Parlimen dijangka dapat meningkatkan turnover sektor ini sebanyak RM1 juta sehari (RM5,000 x 200 outlet). Bermakna RM365 juta dapat dijana dalam tempoh setahun.

Outlet-outlet ini juga dapat membantu memasarkan produk-produk IKS tempatan yang sudah tentu dapat menjana pendapatan dan meluaskan akses pemasaran kepada produk keluaran tempatan tersebut. Menerusi pendekatan ini juga, kementerian juga menjangkakan 5,000 SKU atau Stock Keeping Unit produk tempatan dapat dipasarkan.

Sesungguhnya koperasi merupakan ‘vehicle’ atau alat yang terbaik dalam membantu kerajaan untuk meningkatkan taraf hidup masyarakat, terutamanya mereka yang berpendapatan rendah (B40) dan sederhana (M40).

1

2

4

3

Tujuan utama penganjuran program Pemerkasaan Sektor Pemborongan dan Peruncitan Koperasi adalah untuk memaklumkan dan menjelaskan kepada semua mengenai insentif yang diperkenalkan oleh kementerian dalam mengukuhkan dan memantapkan sektor kepenggunaan negara ini melalui gerakan koperasi. Sesungguhnya peranan dan kepentingan koperasi sebagai sektor ketiga perlu terus diperkasa dan tidak boleh dipandang sepi.

Sektor Pemborongan Dan Peruncitan

Program memPerkasakan sektor Pemborongan dan

Peruncitan koPerasi

Ucapan Sempena

8 PELANCAR Februari 2017 9Februari 2017 PELANCAR

Oleh : Mohd. Zakuan aZMiLaporan Sektor

YB dato’ Seri hamzah Bin ZainudinMenteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan

Page 9: SIDANG PENGARANG KOPERASI BANTU SARA HIDUPangkasa.coop/bm/images/PELANCAR/Binder1_PL-022017.pdf · Hak cipta terpelihara. Tidak dibenarkan mengulang cetak mana-mana bahagian artikel,

Pengiktirafan dan kepercayaan yang diberikan oleh kerajaan melalui pemberian insentif dan sokongan teknikal seharusnya dijadikan pemangkin kepada kejayaan koperasi pada masa akan datang.

Adalah menjadi harapan saya agar gerakan koperasi dalam Sektor Pemborongan dan

Peruncitan di negara ini dapat menguasai keseluruhan rantaian bekalan (supply chain) bagi membantu merealisasikan hasrat kerajaan untuk menangani bukan sahaja isu kenaikan kos sara hidup rakyat tetapi turut membangunkan taraf hidup rakyat kepada satu tahap yang lebih baik.

10 PELANCAR Februari 2017

Mewujudkan produk-produk jenama “CooP

1Malaysia” untuk dijual di premis-

premis milik koperasi

Mewujudkan Pusat

Pengedaran (Distribution Centre)

mengikut negeri dan daerah

Permodenan kedai runcit di

bawah program TukaR

Menggalakkan koperasi

mendapatkan Lesen Borong

Barang kawalan

Menggalakkan koperasi menyertai perniagaan stesen minyak Peruncitan SMaRT STREaM

Menggalakkan pembukaan

pasaraya yang diusahakan oleh

koperasi

Sumber: Blueprint Sektor Pemborongan & Peruncitan Koperasi 2016-2020, SKM

SKM sedang

melaksanakan beberapa program

bagi menggalakkan pembabitan

koperasi dalam bidang ini seperti:

Page 10: SIDANG PENGARANG KOPERASI BANTU SARA HIDUPangkasa.coop/bm/images/PELANCAR/Binder1_PL-022017.pdf · Hak cipta terpelihara. Tidak dibenarkan mengulang cetak mana-mana bahagian artikel,

11Februari 2017 PELANCAR

Koperasi perlu memperuntukkan bajet untuk meneruskan usaha mempromosi produk yang berada di pasaran khususnya di pasar raya menerusi aktiviti Product Sampling.

Oleh : Mohd. ZaKuan aZMiLaporan Sektor

Naib Presiden ANGKASA merangkap Pengerusi Sektor Pemborongan dan Peruncitan ANGKASA, Dato’ Haji Kamarudin Ismail berkata, ia penting agar masyarakat dapat menilai menerusi promosi secara langsung itu dan seterusnya lebih yakin untuk membeli produk tersebut selepas mencubanya.

Katanya, kaedah promosi menerusi aktiviti Product Sampling turut dilakukan oleh kebanyakan syarikat besar walaupun produk mereka lebih dikenali dan popular menerusi iklan di media massa.

Koperasi juga boleh berkolaborasi dengan koperasi yang lain selain menyediakan tawaran pakej yang menarik kepada golongan pengedar

Sektor Pemborongan dan Peruncitan ANGKASA

TingkaTkan kapasiTi Jualan Menerusi ‘Product SamPling’

selain terus mempromosikan produk mereka menerusi pendekatan media sosial.

Beliau berkata demikian dalam ucapan Sesi Perbincangan Sektor Pemborongan dan Peruncitan ANGKASA bersama Koperasi Usahawan Wilayah Utara Perak (KUWITA) di Ibu Pejabat ANGKASA, Kelana Jaya.

» dato’ haji abdul Fattah haji abdullah (paling kiri) mempengerusikan sesi perbincangan antara anGKaSa dan KuWiTa

» Presiden anGKaSa, dato’ haji abdul Fattah haji abdullah (duduk kiri); dato’ haji Kamarudin ismail (duduk dua dari kiri); Pengerusi KuWiTa, Puan Roziah Yahya (duduk paling kiri) dan delegasi KuWiTa yang lain melihat produk-produk keluaran KuWiTa

Page 11: SIDANG PENGARANG KOPERASI BANTU SARA HIDUPangkasa.coop/bm/images/PELANCAR/Binder1_PL-022017.pdf · Hak cipta terpelihara. Tidak dibenarkan mengulang cetak mana-mana bahagian artikel,

12 PELANCAR Februari 2017

Selaras dengan Pelan Pembangunan Sektor Perkhidmatan Kewangan Koperasi 2016-2020 yang telah digariskan oleh Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM), ANGKASA menyambut baik usaha tersebut demi menjana kecekapan tadbir urus perkhidmatan kewangan koperasi.

Oleh : Mohd. Zakuan aZMiLaporan Sektor

Usaha tersebut juga dapat meningkatkan tahap keyakinan anggota dan juga masyarakat terhadap kualiti dan ketelusan koperasi melaksanakan tanggungjawab selaras dengan prinsip yang dipegang. Justeru, sokongan daripada semua pihak sangat diperlukan bagi menjamin kelestarian dan kemajuan sosioekonomi gerakan koperasi di Malaysia.

Menerusi pelan tersebut juga, pelbagai cabaran dan isu berkaitan sektor perkhidmatan kewangan akan dapat ditangani dengan baik khususnya menerusi sumber dana yang sewajarnya kepada perniagaan koperasi yang layak, meningkatkan kapasiti produktiviti menerusi pembiayaan terhadap pembangunan teknologi dan infrastruktur yang terkini dan sebagainya.

Sektor Perkhidmatan kewangan

Carta 7 Inisiatif Strategik

Pelan PembangunanSektor Perkhidmatan Kewangan Koperasi2016-2020

Ke ArAh TAdbir UrUS KewAngAn YAng KomPrehenSif

Tuan haji Mutadho BahriTimbalan Presiden ANGKASA

Merangkap Pengerusi Sektor Perkhidmatan Kewangan

1 2 4 6 73Mencapai perolehan sebanyak RM40.0 bilion

menjelang 2020

Mewujudkan koperasi

yang mantap dan kukuh menerusi

operator yang kompeten dan

robust

Meningkatkan keupayaan

dan kemampuan

koperasi melalui

hubungan dengan pihak

berkai†an

Mewujudkan tadbir urus yang kukuh

Mewujudkan modal insan yang mahir dan terlatih

Meningkatkan keyakinan

pihak berkepentingan

(Stakeholder)

Mewujudkan kaedah

penyampaian yang inovatif dan berkesan

5

Secara tidak langsung, ia dapat meningkatkan taraf kehidupan anggota atau masyarakat, melindungi kepentingan anggota dan pendeposit dan memenuhi keperluan segenap lapisan masyarakat.

Page 12: SIDANG PENGARANG KOPERASI BANTU SARA HIDUPangkasa.coop/bm/images/PELANCAR/Binder1_PL-022017.pdf · Hak cipta terpelihara. Tidak dibenarkan mengulang cetak mana-mana bahagian artikel,

ANGKASA melalui Pasukan Sukarelawan Koperasi (PASKOP), telah menjayakan Program Bantuan Gelandangan 2017 pada Januari lalu, di Jalan Tuanku Abdul Rahman, Kuala Lumpur.

Presiden ANGKASA, Dato’ Haji Abdul Fattah Haji Abdullah menyampaikan bantuan berbentuk makanan, barangan penjagaan diri termasuk tikar dan selimut kepada seramai kira-kira 400 gelandangan di sekitar jalan tersebut.

Katanya, program bantuan tersebut diharap dapat membantu mereka yang kurang berkemampuan.

Turut hadir pada program tersebut ialah Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan ANGKASA, Tuan Haji Nasir Khan Yahaya.

Program yang julung kali diadakan itu adalah sebahagian daripada inisiatif tanggungjawab sosial ANGKASA kepada masyarakat, sebagai lambang keprihatinan ANGKASA sesuai dengan Prinsip Ke-7 dalam koperasi iaitu Prihatin Terhadap Masyarakat.

Sebelum ini, ANGKASA menghulurkan bantuan kepada gelandangan melalui Kelab Sukan

dan Kebajikan ANGKASA (KESKA).

13Februari 2017 PELANCAR

Oleh : NOR AZAH ABD. AZIZ

Laporan Sektor

AngkAsA BAntu

gelAndAngAn

» Dato’ Haji Abdul Fattah menyerahkan bantuan kepada sebahagian gelandangan

» Dato’ Haji Abdul Fattah melayani karenah anak gelandangan

Dato’ Haji Abdul Fattah Haji AbdullahPresiden ANGKASA Merangkap Pengerusi JawatankuasaSektor Komuniti

Page 13: SIDANG PENGARANG KOPERASI BANTU SARA HIDUPangkasa.coop/bm/images/PELANCAR/Binder1_PL-022017.pdf · Hak cipta terpelihara. Tidak dibenarkan mengulang cetak mana-mana bahagian artikel,

BIL KEAHLIAN JARINGAN COOP JUMLAH KOOP

1 JARINGAN COOPHOTEL 12

2 JARINGAN COOPSTAY 23

3 JARINGAN COOPSPA 10

4 JARINGAN COOPDIALISIS 13

5 JARINGAN COOPFARMASI 3

6 JARINGAN COOPISTAC 52

JUMLAH 113

14 PELANCAR Februari 2017 15Februari 2017 PELANCAR

Sektor koperasi digalak terlibat dan bergerak dalam bentuk jaringan agar ia mampu meransang impak perniagaan dan kewangan gerakan koperasi secara menyeluruh dan besar-besaran.

Oleh : Wan adlina Wan ab. azizLaporan Sektor

Jaringan KoperaSi Beri impaK perniagaan Yang poSitif

Sektor Pelancongan, Penjagaan Diri, & Kesihatan

Impak positif ini wajar dikembangkan melalui kewujudan jaringan koperasi melalui bimbingan berterusan dan tersusun ke arah merealisasikan matlamat penubuhan sesebuah koperasi iaitu meningkatkan pendapatan koperasi sekaligus memberi manfaat kepada anggota.

Justeru, ANGKASA melalui Sektor Pelancongan, Penjagaan Diri & Kesihatan telahpun melakukan inisiatif terbaik untuk kebaikan gerakan koperasi negara dengan mewujudkan jaringan-jaringan koperasi yang dilihat mampu menghasilkan skala ekonomi yang mampu menyumbang kepada pendapatan negara.

Enam jaringan koperasi yang dibentuk ANGKASA melalui sektor ini ialah jaringan hotel koperasi; jaringan spa koperasi; jaringan homestay koperasi, jaringan koperasi sekolah, jaringan dialisis dan jaringan farmasi koperasi.

Kini, sudah tiba masanya koperasi-koperasi mengubah persepsinya iaitu koperasi berperanan menjadi pemimpin atau perintis kepada perniagaan dan bukan lagi sebagai pengikut kepada sesuatu trend.

Dengan adanya konsep jaringan-jaringan koperasi sebegini yang dibentuk dan penjenamaan di dalam perniagaan serta perkhidmatan koperasi ini, ia diharap dapat

menguasai pasaran dalam perniagaan melalui penentuan produk dan harga di pasaran yang lebih kompetitif.

Sepanjang tahun 2016, sebanyak 52 buah bilangan koperasi telah berjaya dibentuk mengikut jaringan coop mengikut kategori.

ANGKASA mengharapkan pada tahun 2017 dan tahun mendatang, pertambahan koperasi menerusi jaringan coop ini akan dapat direalisasikan bagi memperkukuhkan aktiviti rangkaian sekaligus dapat memperluaskan lagi aktiviti yang dirancang demi manfaat bersama dalam gerakan koperasi negara.

Tuan Haji Mutadho bahriTimbalan Presiden ANGKASA

Merangkap Pengerusi Jawatankuasa Sektor Pelancongan, Penjagaan Diri & Kesihatan

Page 14: SIDANG PENGARANG KOPERASI BANTU SARA HIDUPangkasa.coop/bm/images/PELANCAR/Binder1_PL-022017.pdf · Hak cipta terpelihara. Tidak dibenarkan mengulang cetak mana-mana bahagian artikel,

Aktiviti membangunkan tanah milik koperasi atau pembelian hartanah yang diusahakan oleh pihak swasta akan membantu koperasi meningkatkan pemilikan aset dan meningkatkan perolehan. Sektor pembinaan dijangka berkembang sebanyak 10.3 peratus setahun dalam Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK 11). Perkembangan ini berpunca daripada subsektor kediaman yang makin berkembang bagi memenuhi permintaan rumah kediaman terutama daripada golongan sasar berpendapatan sederhana. Di samping itu, beberapa inisiatif kerajaan (seperti projek PRIMA, Rumah Idaman Rakyat dan Rumah Mesra Rakyat) dan sokongan berterusan golongan berpendapatan rendah akan menggalakanan industri pembangunan hartanah terus kekal berkembang. Peluang ini harus direbut oleh KKHNB untuk mempelbagaikan aktiviti bagi membantu koperasi ahli mengiatkan aktiviti ini di koperasi masing-masing.

Sasaran SKM menjelang 2020, perolehan dari aktiviti pembangunan hartanah koperasi adalah sebanyak RM5 bilion dengan penglibatan 3,000 buah koperasi dijangka mampu dicapai oleh gerakan. Penubuhan KKHNB diharapkan dapat merealisasikan penglibatan yang lebih aktif koperasi dalam aktiviti ini. Gerakan menaruh harapan yang tinggi kepada KKHNB bagi meralisasikan DKN 2 selaras dengan matlamat pengabungan koperasi ini.

Penubuhan Konsortium Koperasi Hartanah Negara Berhad (KKHNB) yang didaftarkan pada 28 Oktober 2016, adalah sebagai usaha murni bagi memperkasakan aktiviti pembangunan hartanah yang diusahakan oleh koperasi. Keanggotaan konsortium ini terbuka keahliannya kepada koperasi-koperasi yang menjalankan aktiviti pembangunan hartanah sama ada sebagai pemaju, pelabur hartanah, kontraktor, pembekal bahan binaan atau perunding.

perniagaan dalam gerakan koperasi. Jaringan dalam bentuk perkongsian kepakaran, kemahiran teknikal dan pengalaman sebagai pemaju, kontraktor, perunding dan pembekal bahan binaan boleh diwujudkan dengan adanya konsortium ini.

Berdasarkan jangkaan Unit Perunding Ekonomi, sektor pembinaan dijangka mencatat pertumbuhan dua angka iaitu sebanyak 11.1 peratus yang didorong oleh aktiviti yang rancak dalam subsektor infrastuktur dan kediaman. Peluang ini boleh direbut oleh KKHNB bagi membangunkan perumahan untuk anggota.

Antara aktviti yang dirancangkan untuk dilaksanakan oleh KKHNB adalah pemilikan tanah komersial, membangunkan projek perumahan untuk anggota, pemilikan tanah, pelaburan dalam hartanah, kerja-kerja penyelengaraan, kerja-kerja pembinaan, menjadi pemaju, membangunkan aktiviti perunding kepada koperasi lain dan menjadi pembekal bahan binaan. Pemerkasaan aktiviti ini dijangka membolehkan KKHNB menjadi pamangkin kepada koperasi untuk terus berkembang. Ini turut membolehkan KKHNB membantu koperasi dalam meningkatkan tahap kesedaran dan pengetahuan gerakan koperasi dalam pemilikan aset hartanah yang lebih efektif. Penubuhan KKHNB juga membolehkan koperasi membangunkan tanah-tanah milik koperasi yang selama ini tidak dapat diusahakan secara efektif.

Dengan adanya konsortium ini diharapkan gerakan koperasi dapat mencapai sasaran awal pemilikan hartanah koperasi sebanyak RM2.9 bilion pada tahun 2020. Sasaran ini hanya akan tercapai bila koperasi yang membangunkan sektor hartanah dapat bergabung untuk berkongsi pengalaman, modal dan kemahiran teknikal. Matlamat inilah juga yang menjadi inti pati utama penubuhan KKHNB.

Dalam ucapan pengerusi KKHNB, Prof. Madya Datuk Dr. Haji Mohamad Ali Hasan semasa Mesyuarat Agung Permulaan, berharapkan agar koperasi yang mempunyai aktiviti pembangunan hartanah dapat bergabung dalam konsortium agar suara koperasi menjadi lebih didengari oleh pihak yang berkaitan. Pergabungan koperasi

akan membolehkan kepakaran dalam pelbagai bidang dapat disatukan. Perkongsian kepakaran ini diharapkan akan menggalakan koperasi yang tidak mempunyai kepakaran boleh belajar dan berkongsi kepakaran untuk kebaikan gerakan. Beliau juga menyatakan hasrat dan impian agar KKHNB akan dapat membantu gerakan koperasi bagi membangunkan aktiviti pemilikan rumah oleh anggota agar isu perumahan anggota dapat diselesaikan.

Selain itu, aktiviti-aktiviti yang dijalankan oleh KKHNB diharapkan membantu koperasi berkembang agar dapat bersaing dengan sektor swasta dengan lebih cekap. Selain itu juga, KKHNB boleh dijadikan pentas bagi koperasi untuk membentuk jaringan

Sektor Pembangunan Hartanah dan Industri Binaan

Konsortium Koperasi HartanaH negara BerHad :MeMPerkaSa aktIvItI PeMBangunan HartanaH koPeraSI

16 PELANCAR Februari 2017 17Februari 2017 PELANCAR

Oleh : Rosli HassanLaporan Sektor

Prof. Madya Datuk Dr. Haji Mohamad ali Hasan Naib Presiden ANGKASA

Merangkap Pengerusi Jawatankuasa Sektor Pembangunan Hartanah dan Industri Binaan ANGKASA dan Ahli Lembaga Pengarah ICA Global

Cooperative Housing International

» Presiden anGKasa, Dato’ Haji abdul Fattah abdullah (dua dari kanan) menunjukkan model rumah yang akan dibangunkan oleh Konsortium Koperasi Perumahan negara Berhad kepada Pengerusi Eksekutif suruhanjaya Koperasi Malaysia (sKM), Dato’ Dr. noor Zari Hamat (tiga dari kanan). Turut sama ialah Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan awam (CUEPaCs), Dato’ azih Muda (tiga dari kiri); Pengerusi Jawatankuasa Penaja Konsortium Koperasi Hartanah negara Berhad merangkap naib Presiden anGKasa dan Pengerusi Peneraju sektor Pembangunan Hartanah dan industri Binaan, Prof. Madya Datuk Dr. Haji Mohamad ali Hasan (kanan sekali); Pengerusi Jawatankuasa Perhubungan anGKasa negeri (JPan) Johor merangkap setiausaha Jawatankuasa Penaja Konsortium Koperasi Hartanah negara Berhad, Encik sazali abdul Hamid (dua dari kiri) dan Pengerusi JPan Kelantan, Dato’ Haji Che Mohd. shukree Che isa (kiri sekali)

Page 15: SIDANG PENGARANG KOPERASI BANTU SARA HIDUPangkasa.coop/bm/images/PELANCAR/Binder1_PL-022017.pdf · Hak cipta terpelihara. Tidak dibenarkan mengulang cetak mana-mana bahagian artikel,

Sektor Perladangan dan Sektor Pertanian & Industri Asas Tani ANGKASA akan terus berusaha untuk membimbing dan memperkasakan sektor koperasi secara lebih proaktif khususnya koperasi yang menjalankan aktiviti berteraskan perladangan dan pertanian.

STATISTIK AM KOPERASI PERTANIAN (SEHINGGA 30 JUN 2016)

Bilangan Koperasi 2,858

Jumlah Anggota 750,711

Syer/Yuran 613 juta

Jumlah Aset 2,688.27

Perolehan 579 JutaSumber : Laporan Interim Statistik Gerakan Koperasi Laporan Prestasi Setengah Tahun 2016 oleh Suruhanjaya Koperasi Malaysia

Menyedari tentang keperluan tersebut, ANGKASA akan berusaha bagi memastikan aktiviti pertanian dan industri asas tani memiliki signifikannya yang tersendiri. Ia bagi memastikan sistem dan panduan yang disampaikan itu dapat diuruskan dengan lebih cekap dan optimum sekaligus membantu meningkatkan produktiviti dan kapasiti pengeluaran produk menerusi kedua-dua cabang sektor itu.

Selain daripada aktiviti pertanian konvensional seperti tanaman dan ternakan, aktiviti pertanian seperti penternakan burung walit, akuakultur, cendawan dan sayuran organik juga merupakan antara aktiviti pertanian bernilai tinggi yang berpotensi untuk dibangunkan oleh koperasi.

Walaupun ia mungkin akan melibatkan sejumlah dana yang besar bagi merealisasikan hasrat tersebut, koperasi yang memiliki tanah terutamanya di kawasan luar bandar mempunyai kelebihan untuk menceburi industri tersebut sekiranya berminat.

Usaha tersebut selaras dengan tahap pencapaian dan sumbangan sektor pertanian koperasi kepada negara, khususnya bagi menjamin kecukupan dan kestabilan bekalan makanan negara yang masih banyak bergantung kepada bekalan import bagi memenuhi permintaan yang tinggi dalam kalangan pengguna.

Para pemimpin dan warga koperasi di negara ini harus bijak menguruskan perubahan di persekitaran mereka. Memandangkan kehendak dan keperluan anggota yang semakin meningkat, koperasi perlu berusaha untuk memahami dan menguasai bidang-bidang perniagaan baharu yang berupaya menawarkan pulangan ekonomi dan keuntungan yang lebih menguntungkan.

OBJEKTIFMeningkatkan produktiviti dan daya saing Sektor Perladangan koperasi menerusi projek pembangunan yang berskala ekonomik dan bersifat kelestarian.

Meningkatkan sumbangan Sektor Perladangan koperasi di dalam Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).

Menggalakkan pelaburan bagi meningkatkan nilai tambah Sektor Perladangan koperasi menerusio pemilikan atau pembelian tanah, pemilikan saham syarikat, dan usahasama.

Memastikan pembangunan Sektor Perladangan koperasi berkembang secara mampan, mesra alam dan berupaya mengurangkan kos sara hidup masyarakat.

STRATEGIPelaksanaan projek-projek perladangan secara berkelompok dengan menggabungkan koperasi.

ANGKASA bertindak selaku peneraju dan pemudahcara dalam melaksana projek.Pelaksanaan projek secara bersepadu dengan kerjasama agensi-agensi dan jabatan kerajaan serta pihak swasta.

Mengadakan rundingan dan kerjasama dengan pihak kerajaan untuk memberi keutamaan dalam perolehan tender / sebut harga / permit / lesen.

Seterusnya, rancangan pembangunan Sektor Pertanian dan Industri Asas Tani ANGKASA akan membentuk sebuah gabungan usaha secara lebih kompleks, memberikan bimbingan dan tunjuk ajar menerusi pelbagai bentuk latihan oleh pakar-pakar bertauliah dan juga panduan tentang penggunaan teknologi moden.

Menerusi inisiatif tersebut, ANGKASA yakin akan dapat meningkatkan tahap kecekapan, pencapaian tadbir urus koperasi perladangan dan sekaligus menambah kapasiti pengeluaran produk hasil pertanian secara berskala besar pada kos yang lebih rendah.

Menerusi sektor perladangan ANGKASA pula, koperasi perladangan yang mempunyai tanah digalakkan untuk membangunkan sektor perladangan melalui pelan gabungan atau kerjasama strategik. Manakala koperasi perladangan yang kecil digalak supaya menjalankan operasi tapak semaian dan membekal benih sawit kepada ladang tempatan.

3

4

1

2

3

1

2

• SektorPerladangan• SektorPertanian&IndustriAsasTaniANGKASA

CeburIAKTIvITIberSKAlABesar

CeburIAKTIvITIberSKAlABesar

18 PELANCAR Februari 2017 19Februari 2017 PELANCAR

Oleh : Wan adlina Wan ab. azizLaporan Sektor

dato’ Haji aliasak Haji ambiaNaib Presiden ANGKASA

Merangkap Pengerusi Jawatankuasa Sektor Perladangan dan Sektor Pertanian & Industri Asas Tani ANGKASA

Page 16: SIDANG PENGARANG KOPERASI BANTU SARA HIDUPangkasa.coop/bm/images/PELANCAR/Binder1_PL-022017.pdf · Hak cipta terpelihara. Tidak dibenarkan mengulang cetak mana-mana bahagian artikel,

20 PELANCAR Februari 2017 21Februari 2017 PELANCAR

Oleh : Mohd. Zakuan aZMiLaporan Sektor

Sektor inovasi, Teknologi danTelekomunikasi

www.levida.mySinergi Baharu PaSaran Produk dan Perkhidmatan koPeraSi

Tuan haji Mohamad azmi omaruddinNaib Presiden ANGKASA

Merangkap Pengerusi Jawatankuasa Sektor Inovasi, Teknologi dan Telekomunikasi

Sudah tiba masanya aktiviti-aktiviti perniagaan koperasi yang bersifat tradisional perlu ditransformasi kepada aktiviti-aktiviti berkonsep baharu yang lebih relevan dengan pasaran semasa serta berpotensi dalam meluaskan pasaran.

» Majlis Menandatangani Perjanjian Persefahaman (Mou) deklarasi Pintar antara 20 koperasi dan syarikat untuk menjalin urusniaga menerusi LeVidaMy

Para pemimpin dan warga koperasi di negara ini harus bijak menguruskan perubahan di persekitaran mereka. Oleh itu, kehendak dan keperluan anggota juga turut berubah, mereka harus berusaha memahami dan menguasai

bidang-bidang perniagaan baharu yang berupaya menawarkan pulangan ekonomi dan keuntungan yang lebih lumayan kepada koperasi.

Inisiatif memperkasa perniagaan berteraskan platform perniagaan online www.levida.my seperti

yang dibangunkan oleh Koperasi Usahawan Multimedia Selangor Berhad adalah salah satu contoh terbaik ke arah melestari inovasi baharu dalam aktiviti sektor koperasi.

Perkhidmatan yang disediakan itu sangat diperlukan terutamanya dalam usaha untuk membantu meningkatkan jualan produk dan perkhidmatan koperasi oleh tenaga pakar dalam bidang tersebut.

Oleh itu, www.levida.my diharap mampu memberi impak yang besar kepada gerakan koperasi Malaysia dengan menyalurkan sokongan menerusi jualan dan belian pelbagai produk dan perkhidmatsan koperasi. Selain menjimatkan, konsep perniagaan menerusi online dapat memperkenal dan menjual produk koperasi sehingga ke seluruh dunia.

Antara perniagaan yang dilihat bersesuaian dengan trend perniagaan secara online pada masa kini dan dijadikan sebagai kumpulan utama perniagaan menerusi platform tersebut adalah seperti pelancongan, peruncitan, perladangan,

kecantikan dan hiasan diri, hartanah, kewangan, multimedia dan industri.

LeVidaMy merupakan platform maya bagi membolehkan perdagangan serta perniagaan dibuat secara atas talian termasuk pengajaran (e-learning). Selain menyediakan sistem jual beli online, laman web ini juga turut berperanan sebagai platform kemudahan latihan kepada sesiapa sahaja yang berminat untuk menambah pengetahuan dalam bidang pemasaran atau penjualan berasaskan internet.

Manakala Perjanjian Persefahaman Deklarasi Pintar yang ditandatangani oleh koperasi akan membentuk satu sinergi baharu bagi pasaran maya. Deklarasi tersebut adalah terjemahan kepada teras pembangunan koperasi dalam industri perdagangan maya (virtual commerce) yang diterajui KMEDIA melalui LeVidaMy bersama Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM), ANGKASA dan Maktab Koperasi Malaysia (MKM).

» CEo LeVidaMy, Encik Mohamed Zulkarnain Mohamed (kiri) memberi penerangan tentang sistem jual beli online yang dipaparkan menerusi laman web www.levida.my kepada dato’ haji abdul Fattah (tengah), dato’ Yapri kamaruzaman (dua dari kanan) dan Y.a.M. Tengku Puteri dato’ Sri hajah Zahariah (kanan sekali)

Page 17: SIDANG PENGARANG KOPERASI BANTU SARA HIDUPangkasa.coop/bm/images/PELANCAR/Binder1_PL-022017.pdf · Hak cipta terpelihara. Tidak dibenarkan mengulang cetak mana-mana bahagian artikel,

22 PELANCAR Februari 2017 23Februari 2017 PELANCAR

Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) dengan kerjasama ANGKASA dan 30 buah koperasi telah menganjurkan Program Cakna Gerakan Koperasi Prihatin Mangsa Banjir 2017 Negeri Kelantan pada 15 Januari lalu di Kampung Bukit Besi dan Pangkal Chuit, Machang, Kelantan.

Oleh : RAHMAT MOHD DIDInfo Semasa

Program tersebut dirasmikan oleh Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Ahmad Jazlan Yaakub. Turut bersama menjayakan program tersebut ialah Pengerusi Eksekutif SKM, Dato’ Dr. Noor Zari Hamat;

SKM, ANGKASA dAN GerAKAN KoPerASi BANtu MANGSA BANJir KelANtAN

Cakna Gerakan Koperasi Prihatin Mangsa Banjir Negeri Kelantan Presiden ANGKASA, Dato’ Haji Abdul Fattah Abdullah; Pengarah SKM Kelantan, Encik Amran Kadir dan Pengerusi Jawatankuasa Perhubungan ANGKASA Negeri (JPAN) Kelantan, Dato’ Haji Che Mohd. Shukree Che Isa.

Sepanjang berlangsungnya program tersebut, mereka yang terlibat dalam program telah dibawa melawat 19 buah rumah mangsa banjir lumpur di Kampung Bukit Besi yang memerlukan penempatan baru secepat mungkin.

» Dato’ Haji Abdul Fattah Haji Abdullah (tiga dari kiri) menampal pelekat Program Cakna Gerakan Koperasi Prihatin Mangsa Banjir 2017 Negeri Kelantan di kereta yang membawa barang-barang bantuan. Turut menyaksikan ialah Dato’ Dr. Noor Zari Hamat (dua dari kiri)

» Dato’ Dr. Noor Zari Hamat (depan, tiga dari kanan) mengibarkan bendera flag-off kepada kenderaan-kenderaan yang membawa barang-barang bantuan Program Cakna Gerakan Koperasi Prihatin Mangsa Banjir 2017 Negeri Kelantan diiringi Dato’ Haji Abdul Fattah Haji Abdullah (dua dari kanan)

» Datuk Ahmad Jazlan Yaakub (depan, dua dari kiri) diiringi Dato’ Dr. Noor Zari Hamat (kiri), dan Dato’ Haji Abdul Fattah Abdullah (depan tiga dari kanan) mendengar luahan penduduk kampung Bukit Besi, Machang, Kelantan tentang kesusahan yang dialami akibat daripada banjir

» Datuk Ahmad Jazlan Yaakub (lima dari kiri) menyampaikan bantuan berupa barang-barang keperluan harian dan duit zakat kepada salah seorang penduduk Kampung Bukit Besi yang terjejas akibat banjir

» Datuk Ahmad Jazlan Yaakub (kanan) diiringi Dato’ Haji Abdul Fattah Abdullah (tiga dari kanan) melihat sendiri keadaan rumah mangsa banjir di Kampung Bukit Besi, Machang, Kelantan yang teruk ditenggelami lumpur akibat banjir

Page 18: SIDANG PENGARANG KOPERASI BANTU SARA HIDUPangkasa.coop/bm/images/PELANCAR/Binder1_PL-022017.pdf · Hak cipta terpelihara. Tidak dibenarkan mengulang cetak mana-mana bahagian artikel,

24 PELANCAR Februari 2017

Oleh : Mohd Zakuan aZMiInfo Semasa

Tahun 2017 akan dijadikan sebagai tahun ‘Year of Delivery’ oleh Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) untuk terus menyumbang menerusi pelaksanaan lebih banyak projek, program, perkhidmatan dan langkah-langkah yang telah ditentukan untuk kesejahteraan dan kebajikan rakyat serta negara.

Pengarah Eksekutif SKM, Dato’ Dr. Noor Zari Hamat berkata, SKM harus menggalas tanggungjawab tersebut bagi memastikan koperasi terus teguh berdiri terutamanya dalam menghadapi arus persaingan yang besar dan mencabar.

Katanya, pada tahun ini, SKM perlu berpegang kepada sasaran untuk melaksanakan kerja yang telah ditetapkan secara penuh dan cemerlang. SKM juga sentiasa membuka pintu rundingan kepada koperasi untuk melontarkan pandangan demi kemajuan gerakan koperasi.

Beliau berkata demikian dalam ucapan sempena Perhimpunan Bulanan SKM di Wisma SKM, Kuala Lumpur.

Dalam majlis tersebut, Dato’ Dr. Noor Zari Hamat mengambil kesempatan untuk menyampaikan Sijil Penghargaan kepada 30 buah koperasi yang mengambil bahagian dalam program cakna banjir anjuran SKM baru-baru ini.

Timbalan Presiden ANGKASA, Tuan Haji Mutadho Bahri menerima Sijil Penghargaan tersebut bagi pihak ANGKASA.

» dato’ dr. noor Zari hamat (kiri) menyampaikan sijil penghargaan kepada Tuan haji Mutadho Bahri bagi pihak anGkaSa

– Tahun Sumbangan SkM

Page 19: SIDANG PENGARANG KOPERASI BANTU SARA HIDUPangkasa.coop/bm/images/PELANCAR/Binder1_PL-022017.pdf · Hak cipta terpelihara. Tidak dibenarkan mengulang cetak mana-mana bahagian artikel,

25Februari 2017 PELANCAR

Oleh : Mohd Zakuan aZMiFoto : aiZal aZiZan Sajari

Info Semasa

Peluang Perniagaan Baharu KePada KoPerasi

Kerjasama Korporat MYANGKASA MALINDO

Kerjasama korporat MYangKasa Malindo yang menawarkan peluang perniagaan baharu dalam sektor koperasi dijangka mampu meningkatkan lagi perolehan koperasi menerusi tawaran sebagai ejen jualan tiket penerbangan.

Koperasi yang mendaftar sebagai ejen akan diberikan kod dan kata laluan sebagai memudahcara penempahan tiket secara dalam talian dan mendapat keistimewaan potongan harga sama seperti agensi tiket yang lain.

Menerusi kolaborasi tersebut juga, anggota koperasi kini berpeluang menggunakan perkhidmatan penerbangan Malindo melalui tawaran harga istimewa yang ditawarkan menerusi laman web www.malindo.com.

Anggota koperasi yang ingin membuat tempahan tiket penerbangan boleh terus mengakses laman web tersebut dan hanya perlu menaip nama koperasi masing-masing di portal rasmi MYANGKASA MALINDO dan membuat tempahan

secara langsung. Koperasi juga boleh membuat tempahan berkelompok dengan hanya menghubungi MyANGKASA Services Sdn. Bhd. untuk mendapatkan kadar harga purata yang lebih menarik.

Majlis Menandatangani Memorandum Kerjasama antara MyANGKASA Services Sdn. Bhd. dengan Malindo Airways Sdn. Bhd. dan perjanjian antara MyANGKASA Services Sdn. Bhd. dengan Kayworld Travel and Tours Sdn. Bhd. telah dirasmikan oleh Presiden ANGKASA, Dato’ Haji Abdul Fattah Haji Abdullah, di Auditorium ANGKASA, Wisma Ungku A. Aziz, Kelana Jaya. Turut hadir ialah Timbalan Presiden ANGKASA, Tuan Haji Mutadho Bahri dan Ahli-Ahli Jawatankuasa Tadbir Kebangsaan ANGKASA.

» dato’ haji kamaruddin ismail (duduk dua dari kiri) dan raja Sa’di raja amrin (duduk dua dari kanan) menandatangani memorandum kerjasama antara MyanGkaSa Services Sdn. Bhd. dengan Malindo airways Sdn. Bhd.

Page 20: SIDANG PENGARANG KOPERASI BANTU SARA HIDUPangkasa.coop/bm/images/PELANCAR/Binder1_PL-022017.pdf · Hak cipta terpelihara. Tidak dibenarkan mengulang cetak mana-mana bahagian artikel,

26 PELANCAR Februari 2017 27Februari 2017 PELANCAR

Malindo Airways memulakan perkhidmatannya pada 22 Mac 2013 dengan penerbangan sulung dari KLIA ke Kota Kinabalu. Pada tahun ini, Malindo Airways mula lebarkan sayap ke 13 negara Asia dengan 41 destinasi melibatkan 16 buah pesawat jenis ATR 72-600 dan 26 pesawat jenis Boeing 737. Malindo Airways juga bakal menerima 10 buah pesawat jenis Boeng 737 Max yang mampu terbang selama tujuh setengah jam tanpa henti.

Berkonsepkan perkhidmatan premium full service airline dengan menyediakan perkhidmatan kelas bisnes dan ekonomi. Malindo Airways juga turut menyajikan program hiburan dalam pesawat selain hidangan makanan percuma serta peruntukan bagasi seberat 30 kilogram untuk kelas ekonomi dan 40 kilogram untuk kelas bisnes. Manakala bagi pesawat jenis ATR, bagasi maksimum diperuntukkan kepada setiap penumpang adalah sebanyak 15 kilogram. Penumpang juga boleh membuat check-in secara terus di KL Sentral.

“Kerjasama strategik melibatkan syarikat penerbangan seperti Malindo Airways Sdn. Bhd. merupakan strategi ANGKASA dalam usaha untuk memperkasa dan meningkatkan perolehan gerakan koperasi di Malaysia.

Menerusi pendekatan ini juga, ia akan dapat memastikan perniagaan koperasi dapat dipertingkat menerusi aktiviti perniagaan baharu yang boleh dijalankan kepada koperasi yang berminat. Ia juga selaras dengan usaha ANGKASA untuk melihat sektor koperasi terlibat dalam perniagaan berimpak tinggi dan pasaran kelas tinggi.

ANGKASA sebagai badan induk gerakan koperasi di Malaysia sentiasa mengambil daya usaha melalui anak syarikatnya untuk terlibat secara langsung bersama lebih 13 ribu buah koperasi yang berdaftar. Ia bagi membuktikan kepada pihak kerajaan dan masyarakat bahawa gerakan koperasi mampu memainkan peranan dalam memajukan ekonomi negara”.

dato’ haji abdul Fattah haji abdullahPresiden ANGKASA

“Kerjasama antara ANGKASA dan Malindo Airways Sdn. Bhd. dijangka akan dapat menjalin lembaran baharu untuk meneroka bidang perniagaan berkaitan penerbangan dan pelancongan.

Kerjasama ini juga dapat membuka peluang kepada koperasi seperti membekalkan produk-produk MyANGKASA dan koperasi-koperasi untuk dihidang atau dijual kepada penumpang di dalam pesawat. Antaranya adalah seperti keropok dan lain-lain hidangan sampingan keluaran koperasi.Koperasi berupaya menjadi pembekal kerana produk makanan khususnya yang memiliki penarafan ‘100 Product Champion’ telah memiliki sijil halal selain turut menepati piawaian kualiti makanan bertaraf antarabangsa”.

dato’ haji kamarudin ismailNaib Presiden ANGKASA

Penempahan tiket penerbangan

Pemilihan penerbangan

Pemilihan kerusi & Bagasi Lebihan

Pengisian Maklumat Penumpang

Pembayaran Tiket (Internet Banking / Kad Kredit)

Pengesahan Tiket

Terima tiket penerbangan secara e-mel

Buka laman www.malindoair.com/koperasi

1

2

3

4

5

6

7

Page 21: SIDANG PENGARANG KOPERASI BANTU SARA HIDUPangkasa.coop/bm/images/PELANCAR/Binder1_PL-022017.pdf · Hak cipta terpelihara. Tidak dibenarkan mengulang cetak mana-mana bahagian artikel,

Oleh : RAHMAT MOHD. DIDFoto : AIzAl AzIzAn SAjARI

Info Semasa

28 PELANCAR Februari 2017 29Februari 2017 PELANCAR

Info Semasa

100 Pelajar TerimaPinjaman Pendidikan YaYasan anGkasa Seramai 100 orang pelajar penuntut peringkat Sarjana dan Sarjana Muda telah menerima tawaran pinjaman pendidikan Yayasan Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (ANGKASA) untuk sesi pengambilan tahun 2016/2017.

Pinjaman tersebut yang disediakan untuk anggota koperasi, anak anggota koperasi, kakitangan koperasi ahli ANGKASA dan anak kakitangan ANGKASA menunjukkan peningkatan sebanyak 122 peratus pada tahun ini berbanding 45 orang penerima pada tahun lepas.

Majlis Penyerahan Surat Tawaran dan Proses Menandatangani Dokumen Pinjaman Pendidikan Yayasan ANGKASA Sesi Pengambilan 2016/2017

itu berlangsung di Auditorium ANGKASA dan dirasmikan oleh Presiden ANGKASA, Dato’ Haji Abdul Fattah Haji Abdullah.

Turut hadir ialah Timbalan Presiden ANGKASA merangkap Pengerusi Yayasan ANGKASA, Tuan Haji Mutadho Bahri; Naib Presiden ANGKASA, Prof. Madya Datuk Dr. Haji Mohamad Ali Hasan dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan ANGKASA, Tuan Haji Nasir Khan Yahaya.

» Dato’ Haji Abdul Fattah Abdullah (dua dari kiri) menyerahkan Dokumen Pinjaman Pendidikan Yayasan AnGKASA Sesi 2016/2017 kepada salah seorang pelajar peringkat Ijazah Sarjana. Turut sama ialah Tuan Haji Mutadho Bahri (paling dari kiri), Prof. Madya Datuk Dr. Haji Mohamad Ali Hasan (tiga dari kiri) dan Tuan Haji nasir Khan Yahaya (kanan sekali)

Oleh : RAHMAT MOHD. DIDFoto : AIzAl AzIzAn SAjARI

Info Semasa

Tahun 2015 2016 Peratus Perbezaan

Bilangan Pelajar 45 100 122%

Jumlah Peruntukan RM677,300 RM1,069,923 58%

Statistik Pengambilan Pelajar Tahun 2016/2017

Pencapaian Gred Nilai Pembolehubah

Kelas Pertama 100% biasiswa

Kelas Kedua Atas 75% biasiswa(25% pinjaman bayar balik)

Kelas Kedua Bawah 50% biasiswa(50% pinjaman bayar balik)

Lain-lain 100% pinjaman bayar balik

Pinjaman Bolehubah Kepada Biasiswa Berdasarkan Pencapaian Gred Ijazah Sarjana Muda

Setakat ini, seramai 280 orang pelajar masih di dalam pengajian sementara 446 orang lagi telah menamatkan pengajian. Daripada jumlah tersebut, 90 peratus atau 400 daripada 446 yang tamat pengajian telahpun mendapat pekerjaan.

Bagi memastikan budaya kecemerlangan dalam kalangan pelajar, Yayasan ANGKASA menyediakan tiga program tahunan yang wajib dihadiri iaitu program motivasi untuk pelajar baru, program kaunseling bagi pelajar yang mendapat gred di bawah 2.80 dan kursus persediaan mendapatkan pekerjaan kepada pelajar-pelajar tahun akhir.

Yayasan ANGKASA dahulunya dikenali sebagai Tabung Pinjaman Pendidikan ANGKASA (TAPAK) telah ditubuhkan pada 4 Disember 1999. Yayasan ANGKASA telah didaftarkan di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) pada 2 Disember 2010 dan secara rasminya dikenali sebagai Yayasan ANGKASA setelah mendapat kelulusan dari Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) pada 27 September 2012.

Pada dasarnya, matlamat utama penubuhan Yayasan ANGKASA adalah memperkasa taraf pendidikan dan pembangunan modal insan warga koperasi dengan membantu melahirkan golongan yang bepengetahuan dan berkemahiran yang boleh menyumbang kepada gerakan koperasi dan masyarakat secara amnya.

Secara umum, Yayasan ANGKASA bertanggungjawab dalam menyediakan kemudahan pinjaman boleh ubah dan biasiswa kepada anggota koperasi, anak anggota koperasi, kakitangan koperasi ahli ANGKASA dan anak kakitangan ANGKASA yang melanjutkan pengajian sepenuh masa/ separuh masa dan Pendidikan Jarak Jauh (PJJ) di peringkat Ijazah Sarjana dan Ijazah Sarjana Muda di Institusi Pengajian Tinggi Awam dan Swasta.

Lafaz Ikrar Janji PelajarTajaan Yayasan ANGKASA 2016/2017

Bahawasanya kami,Pelajar-pelajar tajaan Yayasan AnGKASA,Berikrar dan berjanji,akan menjalankan tanggungjawab kami,Sebagai pelajar dengan amanah dedikasi,

Kami berjanji,Akan memberikan sepenuh komitmen,Kepada pihak Yayasan AnGKASA,Atas segala arahan dan program yang dijalankan,

Kami juga berjanji,Akan bergiat aktif sebagai ahli koperasi,Dan sedaya upaya,Akan menyumbangkan kembali kepakaran kami,Kepada gerakan koperasi di Malaysia,Inshaa Allah kami boleh!

» Wakil pelajar Ijazah Sarjana Muda melafaz Ikrar janji Pelajar Tajaan Yayasan AnGKASA 2016/2017 bersama-sama pelajar lain

Page 22: SIDANG PENGARANG KOPERASI BANTU SARA HIDUPangkasa.coop/bm/images/PELANCAR/Binder1_PL-022017.pdf · Hak cipta terpelihara. Tidak dibenarkan mengulang cetak mana-mana bahagian artikel,

Oleh : RAHMAT MOHD. DIDFoto : AIzAl AzIzAn SAjARI

Info SemasaOleh : RAHMAT MOHD. DIDFoto : AIzAl AzIzAn SAjARI

Info Semasa

30 PELANCAR Februari 2017 31Februari 2017 PELANCAR

ANGKASA melihat pelajar di bawah Yayasan ANGKASA mampu digilap untuk menjadi pelapis kepada gerakan koperasi. Demi merealisasikan matlamat tersebut, setiap pelajar yang menerima tajaan Yayasan ANGKASA diwajibkan supaya menjadi anggota koperasi di institusi pengajian masing-masing.

dalam usaha menerapkan semangat koperasi dalam kalangan pelajar.

Pada bulan April tahun lepas, Yayasan ANGKASA telah menghantar dua orang pelajar tajaannya untuk menyertai Asia Pacific Coop Youth Summit di Bali, Indonesia dan segala kos perbelanjaan ditanggung sepenuhnya oleh ANGKASA. Ini membuktikan ANGKASA serius dalam usaha melatih golongan muda untuk bergiat aktif dalam gerakan koperasi.

ANGKASA merupakan penyumbang utama kepada Yayasan ANGKASA dengan jumlah sumbangan RM1 juta setiap tahun dengan harapan untuk memastikan misi memperkasa taraf pendidikan dan pembangunan modal insan warga koperasi dapat dicapai.

Dato’ Haji Abdul Fattah Haji AbdullahPresiden ANGKASA

Gilap Pelajarjadi Pelapis

Gerakan koperasi

» Dato’ Haji Abdul Fattah Haji Abdullah bersama-sama Tuan Haji Mutadho Bahri (tiga dari kiri) dan Prof. Madya Datuk Dr. Haji Mohamad Ali Hasan beramah-mesra dengan pelajar-pelajar yang menerima Pinjaman Pendidikan Yayasan AnGKASA Sesi 2016/2017

Pelajar boleh melibatkan diri dalam Koperasi Siswa (KOSISWA) atau mana-mana koperasi lain untuk mendekatkan diri mereka dengan peranan dan aktiviti koperasi. Menerusinya, pelbagai ilmu dan juga pengalaman dapat diraih dalam tempoh pengajian dan ia sangat penting ke arah mematangkan mereka untuk menghadapi realiti tadbir urus berkoperasi selepas tamat pengajian nanti.

Dalam perkara ini, ibu bapa harus memainkan peranan untuk memberi galakan kepada anak mereka supaya bergiat aktif menyertai program atau aktiviti yang dianjurkan oleh Yayasan ANGKASA

Yayasan ANGKASA memerlukan sokongan berterusan agar dapat terus menyemarakkan lagi semangat dan tekad memperkasakan Yayasan ANGKASA serta meningkatkan kualiti kemudahan yang boleh disediakan untuk dinikmati oleh anggota-anggota koperasi keseluruhannya.

akan dikecualikan daripada potongan cukai Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

Dalam fasa pemantapan Yayasan ANGKASA, kerjasama yang erat serta sokongan berterusan daripada gerakan koperasi, ibu bapa dan pelajar-pelajar adalah sangat diperlukan bagi memastikan sasaran kecemerlangan yang dirancangkan akan dicapai dengan jayanya. Inshaa Allah dengan berkat doa dan kerjasama semua pihak, Yayasan ANGKASA akan terus menempa kejayaan.

Yayasan anGkasaPerlu sokongan Berterusan

Tuan Haji Mutadho BahriTimbalan Presiden ANGKASA

Merangkap Pengerusi Yayasan ANGKASA

Tahun ini adalah tahun ke-17 Yayasan ANGKASA memainkan peranannya dalam menyediakan pinjaman bolehubah kepada warga koperasi dan sentiasa berharap agar pelajar yang terlibat memperoleh keputusan cemerlang.

Bagi menghadapi persaingan yang tinggi serta cabaran semasa yang kian meningkat, Yayasan ANGKASA kini sedang menempuh fasa pemantapan jentera dan pengukuhan dana. Ia merupakan agenda utama dalam usaha memantapkan lagi keupayaan untuk memberi pinjaman kepada para pelajar.

Sehubungan itu, Yayasan ANGKASA memohon kerjasama daripada gerakan koperasi untuk sama-sama menyumbang kepada pembangunan modal insan dan taraf pendidikan warga koperasi melalui Yayasan ANGKASA dari segi sumbangan dana mahupun tajaan. Setiap sumbangan

Page 23: SIDANG PENGARANG KOPERASI BANTU SARA HIDUPangkasa.coop/bm/images/PELANCAR/Binder1_PL-022017.pdf · Hak cipta terpelihara. Tidak dibenarkan mengulang cetak mana-mana bahagian artikel,

32 PELANCAR Februari 2017 33Februari 2017 PELANCAR

Strategi meningkatkan kefahaman dalam menyelesaikan isu yang dihadapi masyarakat berkaitan sosioekonomi semasa memerlukan satu sinergi ilmu yang kukuh dan tidak boleh dipandang ringan oleh pemimpin koperasi.

Oleh : Mohd Zakuan aZMiFoto : aiZal aZiZan Sajari

Info Semasa

Presiden ANGKASA, Dato’ Haji Abdul Fattah Haji Abdullah berkata, ilmu pengetahuan berkaitan tadbir urus koperasi sangat perlu kerana ia boleh membantu memudahkan perjalanan gerakan koperasi ke arah pembangunan dan pencapaian yang sewajarnya.

Ilmu Dalam Menguruskan Koperasi

Katanya, perbahasan tentang isu berkaitan koperasi sangat kurang dan ia mungkin berpunca daripada pelbagai faktor seperti kurangnya pendedahan berkaitan dengan isu-isu koperasi dan sejauh mana koperasi diyakini mampu menjadi instrumen bermakna dalam memperbaiki taraf hidup masyarakat.

Wahana Yang Tidak Boleh dipandang ringan

Setiap pihak perlu memainkan peranan demi membuktikan kepada masyarakat khususnya, bahawa koperasi boleh dijadikan sebagai kaedah yang sesuai dan baik sebagai alat untuk membasmi kemiskinan dan juga untuk mengurangkan keresahan masyarakat dalam mendepani cabaran kenaikan kos sara hidup.

Dato’ Haji Abdul Fattah berkata, isu kurangnya kefahaman terhadap matlamat perjuangan koperasi sering dijadikan sebagai sebab kepincangan dalam tadbir urus yang berkesan.

Justeru, hasrat menubuhkan Kaukus Parlimen peringkat ANGKASA yang akan menghuraikan tentang permasalahan dan jalan penyelesaian berkaitan koperasi akan dibuat selaras dengan usaha berterusan ANGKASA melestari gerakan koperasi di negara ini.

Menerusinya, Ahli-Ahli Parlimen boleh berkumpul dengan sokongan agensi-agensi kerajaan menerusi sebuah meja rundingan bagi berkongsi maklumat berkaitan isu dan mengambil langkah-langkah yang sewajarnya untuk diketengahkan kepada pemimpin-pemimpin koperasi.

Beliau berkata demikian dalam ucapan perasmian Majlis Mutiara

Ilmu anjuran ANGKASA dengan kerjasama Institut Terjemahan dan Buku Malaysia (ITBM) yang berlangsung di Wisma Ungku A. Aziz, Kelana Jaya.

Majlis Mutiara Ilmu kali ini mengupas isi buku bertajuk ‘Hayati Nilai Koperasi Semaikan Budi’ yang disampaikan dalam bentuk forum menerusi penulisnya sendiri iaitu Pengerusi ITBM yang juga merupakan Pengerusi Koperasi Usahawan Muda Sungai Besar Berhad (KOMUDA), YB Tuan Budiman Mohd. Zohdi dan Pengerusi Koperasi Pekebun Kecil Batu Pahat, Dr. Hajah Hayati Md Salleh.

ANGKASA mengambil inisiatif tersebut bagi mengangkat martabat khazanah ilmu untuk dikongsi dan disebarluas bagi meningkatkan kefahaman dan penghayatan anggota dalam berkoperasi.

“Saya percaya dengan perkongsian ilmu sebegini, akan melahirkan generasi yang bermaklumat serta turut memberi manfaat kepada yang lain”, katanya.

Sambil mengucapkan tahniah dan terima kasih di atas penerbitan buku yang banyak membantu memperkasakan lagi kelestarian gerakan koperasi di negara ini, Dato’ Haji Abdul Fattah berharap agar pelbagai pihak dapat mengambil inisiatif

yang sama untuk memperbanyak koleksi buku-buku berkaitan koperasi termasuk karya daripada luar negara yang diterjemah ke Bahasa Malaysia.

Turut hadir dalam majlis tersebut ialah Pengerusi Jawatankuasa Perhubungan ANGKASA Negeri (JPAN) Selangor, Dato’ Mohd. Alias Hamzah.

» Sesi forum dari kanan encik hashim anang, YB Budiman Mohd. Zohdi (tengah) dan dr. hajah hayati Md. Salleh (kiri)

» dato’ haji abdul Fattah (tengah) diberi penerangan tentang buku ‘hayati nilai koperasi Semaikan Budi’ oleh penulis buku tersebut, dr. hajah hayati Md. Salleh (dua dari kanan) dan YB Tuan Budiman Mohd. Zohdi (dua dari kiri) sambil disaksikan oleh ketua pegawai eksekutif angkaSa, Tuan haji nasir khan Yahaya dan Moderator Forum Mutiara ilmu, encik hashim anang

» Sesi sidang media

» penonton turut berkesempatan bertanyakan soalan kepada penulis

Page 24: SIDANG PENGARANG KOPERASI BANTU SARA HIDUPangkasa.coop/bm/images/PELANCAR/Binder1_PL-022017.pdf · Hak cipta terpelihara. Tidak dibenarkan mengulang cetak mana-mana bahagian artikel,

34 PELANCAR Februari 2017

YB Tuan Budiman Mohd Zohdi“Kebanyakan buku berkaitan koperasi yang

diterbitkan mempunyai pengisian yang disifatkan agak berat dan kurang sesuai untuk dibaca oleh masyarakat umum. Situasi ini membataskan kefahaman mereka tentang definisi koperasi dan peranannya dalam membantu menaikkan taraf hidup anggotanya.

Justeru, buku ini diterbitkan dalam bentuk yang ringkas, penggunaan ayat yang mudah namun padat dengan pengisian yang secukupnya untuk difahami oleh semua kategori masyarakat sesuai dengan matlamat perjuangan ilmu berkoperasi yang perlu bermula daripada bawah”.

Buku ini menggarap permasalahan masyarakat sebagai antara faktor yang mendorong kepada kecenderungan menubuhkan koperasi. Bermula dengan sejarah penubuhan koperasi, pengisian buku ini turut disisipkan dengan informasi berkaitan perundangan, struktur, prinsip dan dasar-dasar yang dipegang dan diamalkan.

Tiga soalan yang sering ditanya oleh orang ramai adalah “Bagaimana cara untuk menubuhkan koperasi?”, “Siapakah yang boleh dihubungi?” dan “Mengapakah kami perlu berkoperasi?”

Semua persoalan tersebut ada jawapannya menerusi buku ini.

“Buku ini banyak mengupas tentang tanggungjawab setiap individu dalam koperasi yang disertainya. Setiap anggota perlu kenal dan faham ke manakah hala tuju koperasi mereka.

Jika kita lihat koperasi yang telah berjaya, mereka memiliki anggota yang berjiwa keusahawanan dan sentiasa mahu berkerja keras bersama kepimpinan koperasi untuk sama-sama memajukan koperasi. Jangan hanya mengharapkan pertolongan daripada pihak lain seperti kerajaan untuk menggerakkan aktiviti koperasi mereka.”

Dr. Hajah Hayati Md. Salleh

Page 25: SIDANG PENGARANG KOPERASI BANTU SARA HIDUPangkasa.coop/bm/images/PELANCAR/Binder1_PL-022017.pdf · Hak cipta terpelihara. Tidak dibenarkan mengulang cetak mana-mana bahagian artikel,

35Februari 2017 PELANCAR

ANGKASA akan terus memberikan kerjasama yang baik kepada The Institute For The Development Of Agriculture Co-operative (IDACA) khususnya untuk melahirkan koperator yang berilmu dalam bidang koperasi.

Oleh : WAN ADLINA WAN AB. AZIZInfo Semasa

Naib Presiden ANGKASA, Dato’ Haji Kamarudin Ismail berkata, ilmu yang ditimba di IDACA berpusat di Machida, Tokyo, Jepun diharap dapat diaplikasi dengan sebaik mungkin untuk kemajuan sektor koperasi.

Katanya, sebagai badan apeks gerakan koperasi negara, ANGKASA akan berusaha memastikan koperator dan kakitangan koperasi yang bertauliah mendapat pendidikan koperasi dalam membangunkan koperasi masing-masing.

Menurut beliau, seramai lima peserta terdiri daripada National Land And Finance Cooperative Society Limited (NLFCS) (dua orang); Maktab Koperasi Malaysia (MKM) (dua orang) dan Koperasi Serbaguna Anak-Anak Selangor Berhad (seorang) telah mengikuti kursus dan latihan di IDACA sejak 2014 dan 2015 yang lalu.

Beliau berkata demikian dalam satu ucapan ringkas menyambut kunjungan tiga wakil dari International Co-operative Alliance - Asia & Pacific (ICA-AP) dan IDACA ke ANGKASA baru-baru ini. Tiga wakil berkenaan terdiri daripada Advisor & Planning

Membership ICA-AP, Mr. K. Sethu Madhavan; Coordinator Training IDACA, Ms. Eiko Oshita dan Mr. Takeshi Usui.

Lawatan tersebut juga katanya disifatkan sebagai tanda positif ke arah menjalinkan hubungan yang lebih baik antara kedua belah pihak.

Sementara itu, Coordinator Training Department, IDACA, Ms. Eiko Oshita menyatakan kursus dan bimbingan yang disediakan di IDACA terarah kepada bidang wanita; pembangunan perniagaan; kepimpinan dan pertanian dalam koperasi.

Katanya, IDACA merupakan institusi pendidikan koperasi di Jepun yang menawarkan sistem koordinasi pembelajaran yang baik merangkumi teknik pengajaran, perbincangan, lawatan sambil belajar serta pelaporan yang sistematik.

Dalam kunjungan berkenaan, delegasi turut berpeluang mendengar taklimat yang disampaikan oleh Tuan Haji Nasir Khan Yahaya mengenai usaha-usaha yang dilaksanakan ANGKASA ke arah pembangunan koperasi di Malaysia.

» Naib Presiden ANGKASA, Dato’ Haji Kamarudin Ismail (dua dari kanan) menerima cenderahati daripada Coordinator Training Department, IDACA, Mr. Takeshi Usui

PerKuKuh hubuNGAN DeNGAN IDACA

Page 26: SIDANG PENGARANG KOPERASI BANTU SARA HIDUPangkasa.coop/bm/images/PELANCAR/Binder1_PL-022017.pdf · Hak cipta terpelihara. Tidak dibenarkan mengulang cetak mana-mana bahagian artikel,

36 PELANCAR Februari 2017 37Februari 2017 PELANCAR

Oleh : MOHD. Zakuan aZMiFoto : aiZal aZiZan Sajari

Info Semasa

Presiden ANGKASA, Dato’ Haji Abdul Fattah Haji Abdullah berkata demikian hasil daripada keputusan koperasi tersebut untuk melantik ANGKASA sebagai Perunding bagi menjayakan matlamat penubuhan DC tersebut.

Katanya, menerusi DC tersebut, ANGKASA dapat membawa masuk pasaran produk-produk koperasi ke pasaran negara Brunei Darussalam dengan lebih mudah dan lancar, sekaligus membantu menjana pertumbuhan ekonomi koperasi kedua buah negara menerusi saluran eksport.

Beliau berkata demikian dalam ucapan sebelum mempengerusikan Mesyuarat Perbincangan Bersama wakil Koperasi Kakitangan Jabatan Kerja Raya, Brunei “SAMAKAYA” Dengan Tanggungan Berhad (SAMAKAYA) pada 19 Januari lalu di Ibu Pejabat ANGKASA, Kelana Jaya.

Seramai enam wakil Koperasi SAMAKAYA diketuai Pengerusinya, Dato’ Paduka Haji Abu Bakar Haji Sapar, hadir dalam mesyuarat tersebut.

Mesyuarat tersebut juga turut menyentuh tentang cadangan penubuhan kilang produk barang kawalan dan barang pengguna yang lain, cadangan menubuhkan jaringan kerjasama penubuhan pasaraya di Brunei, cadangan untuk menjadikan SAMAKAYA sebagai wakil tunggal agensi pelancongan bagi pakej umrah dan cadangan menjadikan SAMAKAYA sebagai wakil tunggal bagi sistem perkhidmatan Hemodialisis ‘Advanced Dialysis Nephrology Application Network’ (ADNAN).

Turut sama dalam mesyuarat tersebut ialah Naib Presiden ANGKASA merangkap Pengerusi Jawatankuasa Sektor Pemborongan dan Peruncitan ANGKASA, Dato’ Haji Kamarudin Ismail dan Ahli-Ahli Jawatankuasa Tadbir Kebangsaan ANGKASA Merangkap Jawatankuasa Sektor Pemborongan dan Peruncitan ANGKASA, Dato’ Haji Ibrahim Haji Abdullah dan Tuan Haji Mansor Ab. Rahman.

ANGKASA beri kerjasama dan bantuan merealisasikan penubuhan Pusat Edaran (DC) dan rangkaian pusat perniagaan produk koperasi di Negara Brunei Darussalam.

ANGKASA Beri BANtuANBangunkan Pusat Edaran Produk Koperasi di Negara Brunei Darussalam

» Dato’ Haji abdul Fattah Haji abdullah (dua dari kiri) mempengerusikan mesyuarat. Turut sama ialah Dato’ Haji kamarudin ismail (paling kiri) dan Dato’ Haji ibrahim Haji abdullah (tiga dari kiri)

» Pengerusi koperasi SaMakaYa, Dato’ Paduka Haji abu Bakar Haji Sapar (dua dari kanan) bersama wakil koperasi SaMakaYa dalam sesi mesyuarat

» Dato’ Haji kamarudin ismailnaib Presiden anGkaSaMerangkap Pengerusi jawatankuasa Sektor Pemborongan dan Peruncitan anGkaSa

» Sesi bergambar bersama wakil koperasi SaMakaYa

» antara produk koperasi daripada Brunei yang dijual di Pusat khidmat usahawan, Wisma ungku a. aziz

Page 27: SIDANG PENGARANG KOPERASI BANTU SARA HIDUPangkasa.coop/bm/images/PELANCAR/Binder1_PL-022017.pdf · Hak cipta terpelihara. Tidak dibenarkan mengulang cetak mana-mana bahagian artikel,

38 PELANCAR Februari 2017

Gabungan koperasi wanita membuktikan nilai penyatuan dalam kalangan anggota koperasi wanita demi melakar kemajuan dalam gerakan koperasi negara.

Oleh : Noor AzliNA ShAriFFLaporan JPAN

Penyatuan tersebut dilihat berupaya menonjolkan kekuatan tersendiri dan amat signifikan kerana koperator wanita masing-masing bersemangat untuk mencipta kejayaan melaluinya.

Pengerusi Jawatankuasa Perhubungan ANGKASA Negeri (JPAN) Pulau Pinang, Tuan Shaik Ismail Md. Allapichay berkata, sehingga kini, sebanyak 21 buah koperasi wanita di Pulau Pinang telah berdaftar dengan ANGKASA dan menjalankan pelbagai aktiviti khususnya dalam dunia keusahawanan.

Katanya, JPAN Pulau Pinang akan terus menggiatkan kempen dari masa ke semasa dalam

GAbuNGAN KoperASi WANitA buKti peNyAtuAN

tuan Shaik ismail Md. Allapichay Pengerusi Jawatankuasa Perhubungan

ANGKASA Negeri Pulau Pinang

usaha menggalakkan masyarakat menubuhkan koperasi wanita supaya koperasi wanita dapat diperkasakan melalui kegiatan yang dijalankan.

Melalui penubuhan gabungan koperasi wanita, ia akan memudahkan golongan wanita untuk menjalankan perniagaan mereka dan memperkuatkan lagi pengaruh serta pasaran.

“Penggabungan ini menggalakkan penyertaan wanita dalam koperasi sekaligus mengalu-alukan penyertaan wanita dalam membuka peluang keanggotaan dan kerjaya sama rata.

“Selain memberi pendedahan kepada mereka dalam perkongsian ilmu dan idea dalam memantapkan lagi pembangunan koperasi di negara ini,” katanya.

Tuan Shaikh Ismail menaruh harapan supaya penggabungan koperasi wanita tersebut dapat menjadi platform terbaik untuk mengetengahkan produk dan perkhidmatan yang ditawarkan kepada pasaran tempatan dan luar negara.

Jawatankuasa perhubungan ANGKASA Negeri pulau pinang

» presiden ANGKASA, Dato’ haji Abdul Fattah (tengah) dan pengerusi JpAN pulau pinang, tuan Shaik ismail Md. Allapichay (hadapan lima dari kanan) bergambar bersama sebahagian peserta

Page 28: SIDANG PENGARANG KOPERASI BANTU SARA HIDUPangkasa.coop/bm/images/PELANCAR/Binder1_PL-022017.pdf · Hak cipta terpelihara. Tidak dibenarkan mengulang cetak mana-mana bahagian artikel,

39Februari 2017 PELANCAR

Jawatankuasa Perhubungan ANGKASA Negeri (JPAN) Melaka telah mencapai pelbagai kejayaan pada tahun 2016. Antaranya ialah penganjuran 10 aktiviti utama meliputi kursus dan bengkel selain penganjuran Kejohanan Petanque Peringkat Negeri Melaka.

Oleh : Rahmat mohd didLaporan JPAN

JPAN Melaka juga telah berjaya mengadakan satu lawatan penanda aras ke Medan, Indonesia pada 28 Mei 2016 hingga 1 Jun 2016. Menerusi lawatan tersebut, pihak JPAN Melaka telah mengadakan kunjungan ke sebuah koperasi yang berjaya iaitu Koperasi Kerajinan Sepatu (KOPINKRA) Medan, Indonesia.

tuan haji muslim md. ShahPengerusi Jawatankuasa Perhubungan ANGKASA Negeri Melaka

Untuk tahun 2017, JPAN Melaka merancang untuk menjalankan sebanyak 11 program untuk koperasi sekolah dan lapan program untuk koperasi dewasa sesuai dengan bajet yang diberikan.

Buat masa ini, program yang telah dirancang ialah Seminar Koperasi Sekolah Penjana Transformasi Negara yang akan diadakan pada 10 hingga 12 Mac 2017 di Kuala Terengganu dengan jumlah peserta seramai 12 orang yang terdiri daripada Pengetua dan guru koperasi.

JPAN Melaka juga telah mengadakan Kunjungan Hormat ke Bangunan Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) Negeri Melaka pada 13 Januari lepas. Delegasi yang diketuai Pengerusi JPAN Melaka, Tuan Haji Muslim Md. Shah turut diiringi 15 Ahli JPAN dan Ahli Jawatankuasa Pembangunan Wanita Negeri (JPWN).

JPAN Melaka berharap agar lebih banyak koperasi di Melaka dapat menyertai program anjuran ANGKASA Negeri demi menimba lebih banyak ilmu ke arah memajukan koperasi masing-masing pada masa akan datang.

Jawatankuasa Perhubungan aNGKaSa Negeri melaka

PeNcaPaiaN 2016 daN PeRaNcaNGaN 2017

PeRaNcaNGaN JPaN melaKa tahuN 2017

» lawatan JPaN melaka ke Koperasi Kerajinan Sepatu (KoPiNKRa) medan, indonesia pada 30 mei 2016

Page 29: SIDANG PENGARANG KOPERASI BANTU SARA HIDUPangkasa.coop/bm/images/PELANCAR/Binder1_PL-022017.pdf · Hak cipta terpelihara. Tidak dibenarkan mengulang cetak mana-mana bahagian artikel,

40 PELANCAR Februari 2017

Tahun 2016 telah melabuhkan tirainya. Pelbagai aktiviti ANGKASA telah dijalankan di Negeri Kedah Darul Aman. ANGKASA tetap meneruskan program pembangunan dan pendedahan berkaitan koperasi selaras dengan matlamat iaitu memberikan perkhidmatan kepada koperasi.

Oleh : Nor AzAh Abd. AzizLaporan JPAN

Program pertama ANGKASA di negeri Kedah bagi tahun 2016 adalah Kursus Induksi Koperasi Anggota Baru ANGKASA.

Program seterusnya merupakan program tahunan ANGKASA yang pada setiap tahun mendapat sambutan yang menggalakkan. Antaranya adalah Kejohanan Petanque ANGKASA Peringkat Negeri Kedah. Program berlangsung di KEDA Resort Bendang Man, Sik pada 14 dan 15 Mei 2016. Kejohanan dijalankan bagi dua kategori iaitu koperasi sekolah dan koperasi dewasa. Seterusnya adalah Seminar Tugas Dan Tanggungjawab Koperasi Terhadap Syarak Dan ANGKASA, Bengkel E-Anggota Koperasi, Bengkel Pembangunan Koperasi Sekolah & Taklimat Hari Koperasi Sekolah, Majlis Berbuka Puasa Bersama Anak-Anak Yat im, Majlis Penggagihan Zakat Perniagaan ANGKASA Bagi Tahun 2015 Kepada Asnaf Anggota Baru Koperasi Kariah Masjid, Majlis Jamuan Hari Raya Aidilfitri Jawatankuasa Perhubungan ANGKASA Negeri Kedah, Bengkel Pembangunan Perniagaan Koperasi Kariah Masjid dan Bengkel Asas Kreativiti Photoshop & Grafik Untuk Perniagaan Online Koperasi, Bengkel Akaun Koperasi Sekolah SPBA (Sistem Pengurusan Berkomputer ANGKASA, Bengkel Pembangunan Perniagaan Koperasi IPT, Kursus Jati Diri, Prinsip dan

Tuan haji Munir badrul JamilPengerusi Jawatankuasa Perhubungan ANGKASA Negeri Kedah

Amalan Koperasi, Bengkel Pembangunan Produk Koperasi Sekolah, Bengkel Pematuhan Syariah Dalam Gerakan Koperasi (Sistem Tawarruq ANGKASA), Bengkel E-Anggota Koperasi, Bengkel Tadbir Urus Baik Dan Kewangan Projek Tenusu.

Selaras dengan keprihatinan Jawatankuasa Perhubungan ANGKASA Negeri Kedah, satu program ‘Sesi Bual Bicara Santai Bersama Koperator-koperator Wanita Negeri Kedah’ turut diadakan di Dewan Kuliah Bangunan ANGKASA Negeri Kedah. Program ini dianjurkan bagi mendapat maklum balas dan mengikuti perkembangan koperasi-koperasi wanita yang menjadi anggota ANGKASA di negeri Kedah.

Penutup program bagi tahun 2016 adalah Program Khas Pembangunan Kiosk Dan Perniagaan Koperasi Sekolah Bersama Pengetua Sekolah Menengah Negeri Kedah yang diadakan pada 18 hingga 19 Disember 2016 di Alor Setar. Progam ini diadakan khas bagi menggalakkan koperasi sekolah menggandakan usaha dan mempelbagaikan aktiviti perniagaan dalam usaha mencapai perolehan sebanyak RM1 juta.

Semoga dengan kehadiran tahun 2017, lebih banyak lagi program akan dijalankan demi pembangunan koperasi-koperasi ahli ANGKASA.

Jawatankuasa Perhubungan ANGKASA Negeri Kedah

SoroTAN ProGrAM ANGKASA di NEGEri KEdAh SEPANJANG 2016

Page 30: SIDANG PENGARANG KOPERASI BANTU SARA HIDUPangkasa.coop/bm/images/PELANCAR/Binder1_PL-022017.pdf · Hak cipta terpelihara. Tidak dibenarkan mengulang cetak mana-mana bahagian artikel,

41Februari 2017 PELANCAR

Jawatankuasa Perhubungan ANGKASA Negeri Pahang Zon 1 mengguna pakai dan mengamalkan tadbir urus yang baik dan berkesan dengan berpandukan kepada Akta Koperasi 1993 (AKTA 502), Undang-Undang Kecil dan Perintan Tetap ANGKASA serta Garis Panduan, Pentadbiran dan Pengurusan (G3P) JPAN.

Oleh : Subaizah baharuddinLaporan JPAN

Hal ini dibuktikan menerusi kejayaan pencapaian KPI (Key Performance Indicator) serta kemenangan JPAN (Jawatankuasa Perhubungan Negeri) terbaik selama tiga tahun mulai tahun 2013 :

• JPAN Terbaik 2015 (Tempat Pertama) • JPAN Terbaik 2014 ( Tempat Ke-3) • JPAN Terbaik 2013 ( Tempat Ke-3)

JPAN Pahang Zon 1 di bawah pentadbiran Tuan Haji Mohd. Zahidi Haji Husain selaku Pengerusi JPAN dan 11 orang Ahli Jawatankuasa yang merupakan wakil-wakil dari koperasi yang di pilih menerusi Persidangan Negeri sentiasa proaktif di dalam membangunkan dan mengerakkan koperasi ahli menerusi program-program dan kursus kelolaan JPAN dan ANGKASA Pusat. Sehingga Januari 2017 keahlian JPAN Pahang Zon 1 berjumlah 363 buah koperasi

Tuan haji Mohd. zahidi haji husainPengerusi Jawatankuasa Perhubungan ANGKASA Negeri Pahang Zon 1

berbanding 387 buah koperasi berdaftar dengan Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) dengan peratus keahlian ANGKASA berjumlah 94 peratus.

Pelbagai aktiviti dijalankan bagi meningkatkan jaringan komunikasi dan perhubungan di antara JPAN dan koperasi ahli saban tahun. Antara aktiviti dijalankan Kejohanan Santai Boling Koperator Wanita dan Lelaki, Kejohanan Petanq, Lawatan Tautan Koperator Wanita dan Perjumpaan Koperasi Ahli serta Majlis Dialog bersama Koperasi Ahli.

JPAN Pahang Zon 1 juga menjalinkan kerjasama erat dengan agensi yang mengawal selia gerakan koperasi iaitu Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) Negeri Pahang menerusi usahasama menjalankan Seminar Produk (Local to Global) yang mana program ini adalah program pengumpulan koperasi-koperasi yang mempunyai produk dan akan dibantu dari segi penambahbaikan kualiti produk bagi persediaan pasaran ke luar negara.

JPAN Pahang Zon 1 terus komited dalam melaksanakan dasar yang telah ditetapkan oleh ANGKASA sebagai badan apeks gerakan koperasi di Malaysia seiring dengan Dasar Koperasi Negara (DKN 2020) dan akan seterusnya memaju gerakan koperasi ke peringkat yang lebih tinggi. JPAN Pahang Zon 1 juga akan terus melaksanakan tanggungjawab sosial dan kemasyarakatan khususnya di dalam persekitaran koperasi.

Jawatankuasa PerhubungananGKaSa negeri Pahang zon 1

» Majlis dialog dan perjumpaan bersama koperasi ahli

Tadbir uruS bErKESan PEMaCu KECErMErLanGan JPan PahanG zOn 1

Page 31: SIDANG PENGARANG KOPERASI BANTU SARA HIDUPangkasa.coop/bm/images/PELANCAR/Binder1_PL-022017.pdf · Hak cipta terpelihara. Tidak dibenarkan mengulang cetak mana-mana bahagian artikel,

Koperasi perlu meningkatkan perolehan mereka dengan mengubah strategi perniagaan selaras dengan hasrat kerajaan untuk melihat gerakan koperasi negara memberi sumbangan kepada ahli-ahlinya.

seluruh negara, kerjasama amat diperlukan untuk merealisasikan hasrat ini”.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan perasmian Majlis Diskusi Hala Tuju Koperasi Dalam Sektor Pertanian Bersama Pemimpin Koperasi anjuran Sektor Perladangan, Industri Pertanian & Asas Tani ANGKASA di Kuala Terengganu.

Diskusi tersebut bermatlamat untuk memberi pendedahan ilmu mengenai usaha yang bakal digerakkan ANGKASA untuk membimbing koperasi

menjalankan aktiviti mereka di samping membuka peluang kepada wakil-wakil pemimpin koperasi mendapatkan maklum balas terhadap gerakan koperasi khususnya yang terlibat dalam sektor pertanian.

Seramai 20 peserta melibatkan 16 buah koperasi FELCRA Zon Timur mengikuti diskusi tersebut.

Turut hadir dalam majlis berkenaan ialah Naib Presiden ANGKASA merangkap Pengerusi Jawatankuasa Sektor Perladangan dan Sektor Pertanian & Asas Tani ANGKASA, Dato’ Haji Aliasak Haji Ambia; Pengerusi Jawatankuasa ANGKASA Negeri (JPAN) Terengganu, Tuan Haji Mohamed Jais Hassan.

Presiden ANGKASA, Dato’ Haji Abdul Fattah Haji Abdullah berkata, usaha mempelbagaikan aktiviti koperasi wajar digerakkan secara lebih menyeluruh ke arah inisiatif meningkatkan pendapatan koperasi masing-masing.

Katanya, gerakan koperasi khususnya dalam sektor pertanian dan industri asas tani dilihat memiliki potensi yang lebih luas untuk dikembangkan terutamanya dalam aspek kepelbagaian aktiviti koperasi.

“Peluang yang ada di sekeliling wajar digunakan dengan sebaiknya, khususnya melibatkan diri dalam industri perniagaan berimpak tinggi dan tidak hanya bergantung kepada sesuatu kegiatan semata-mata”.

Ujarnya lagi, bagi merealisasikan usaha itu, sektor koperasi disaran supaya menetapkan strategi perniagaan yang jelas dan teratur agar matlamat penubuhan koperasi mencapai kehendak dan tujuan asal iaitu untuk manfaat anggota koperasi secara keseluruhannya.

“Ini merupakan langkah serta kaedah untuk meningkatkan pendapatan koperasi sekali gus

menjadi tanggungjawab sektor koperasi. Dengan kekuatan koperasi berjumlah

158 buah koperasi FELCRA

Diskusi Hala Tuju Sektor Pertanian

Pelbagaikan aktiviti koPerasi UntUk

tingkatkan PeroleHan

42 PELANCAR Februari 2017 43Februari 2017 PELANCAR

Oleh : Wan adlina Wan ab. azizInfo Semasa

» sebahagian peserta yang mengikuti diskusi Hala tuju koperasi dalam sektor Pertanian bersama Pemimpin angkasa

» Presiden angkasa, dato’ Haji abdul Fattah (kiri sekali), naib Presiden angkasa, dato’ Haji aliasak (dua dari kiri) dan Pengerusi Jawatankuasa Perhubungan angkasa negeri (JPan) terengganu, tuan Haji Mohamed Jais (tiga dari kiri) beramah mesra bersama peserta diskusi

» Presiden angkasa, dato’ Haji abdul Fattah (dua dari kanan) memberi maklum balas ketika sesi diskusi. dari kiri naib Presiden angkasa, dato’ Haji aliasak Haji ambia; bendahari JPan terengganu, tuan Haji Yaakub Mohd @ abdul Mutalib Mat

Page 32: SIDANG PENGARANG KOPERASI BANTU SARA HIDUPangkasa.coop/bm/images/PELANCAR/Binder1_PL-022017.pdf · Hak cipta terpelihara. Tidak dibenarkan mengulang cetak mana-mana bahagian artikel,

44 PELANCAR Februari 2017 45Februari 2017 PELANCAR

ANGKASA berjanji akan membantu semua Koperasi Kariah Masjid (KKM) yang baru ditubuhkan sehingga mampu mencapai kejayaan sama seperti koperasi yang lain.

Oleh : Rahmat mohd didInfo Semasa

KoperASi KAriAh MASjid MAMpu SetANdiNG

KoperASi LAiN

Naib Presiden ANGKASA, Tuan Haji Mohamad Azmi Omaruddin berkata, Koperasi Kariah Masjid adalah medium terbaik untuk memajukan ekonomi penduduk setempat kerana peranan institusi masjid itu sendiri sebagai tempat ibadah dan juga tempat berkumpulnya penduduk setempat, sesuai untuk

dijadikan sebagai platform terbaik menjayakan agenda koperasi.

Menurut beliau, walaupun tugas membangunkan koperasi menuntut komitmen yang tinggi dan masa yang panjang, namun pihak SKM dan ANGKASA sentiasa bersedia membantu dari

segi kewangan dan ilmu agar semua koperasi-koperasi baru mampu berdiri sama tinggi dengan koperasi-koperasi yang telah berjaya.

“Masjid juga boleh berperanan sebagai pusat ekonomi yang mampu membantu masyarakat setempat menghadapi kos sara hidup yang semakin meningkat sekaligus membantu pihak kerajaan dalam memerangi kemiskinan.

“Koperasi baru lebih-lebih lagi Koperasi Kariah Masjid perlu lebih agresif mengaut peluang yang disediakan kerajaan dan ANGKASA serta bekerjasama dengan koperasi atau syarikat swasta untuk memaksimakan keuntungan dan memulangkannya semula kepada anggota dalam bentuk dividen,” jelasnya.

Beliau berkata demikian sewaktu mewakili Presiden ANGKASA, Dato’ Haji Abdul Fattah Haji Abdullah merasmikan Mesyuarat Agung Permulaan Koperasi Kariah Masjid Ar Rahman Kuala Telang Lipis

Berhad di Kuala Lipis baru-baru ini.Turut hadir ialah wakil Suruhanjaya Koperasi

Malaysia (SKM) Wilayah Raub/Lipis, Encik Sailey Ahmad dan Pengerusi Penaja Koperasi Kariah Masjid Ar Rahman Kuala Telang Lipis Berhad, Encik Satmi Osman.

Sementara itu, Encik Satmi Osman sewaktu ditemu bual berkata, Koperasi Kariah Masjid Ar Rahman Kuala Telang Lipis Berhad bercadang menjalankan projek ladang cili melalui kaedah fertigasi dan sewaan lot kedai.

Usaha ini merupakan salah satu cara untuk menjana ekonomi dan kemakmuran penduduk Kampung Kuala Telang yang telah dipilih untuk Program Desa Lestari kelolaan Kementerian Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) pada tahun ini. Sejumlah dana juga telah diperuntukkan untuk menjana pendapatan melalui program inap desa.

» Naib Presiden aNGKaSa, tuan haji mohamad azmi omaruddin ketika menyampaikan ucapan perasmian

» Naib Presiden aNGKaSa, tuan haji mohamad azmi omaruddin (dua dari kiri) diiringi wakil Suruhanjaya Koperasi malaysia (SKm) Wilayah Raub/ Lipis, Encik Sailey ahmad (tiga dari kanan) dan Pengerusi Penaja Koperasi Kariah masjid ar Rahman Kuala telang Lipis Berhad, Encik Satmi osman (kiri sekali) beramah mesra dengan anggota-anggota koperasi

... walaupun tugas membangunkan koperasi menuntut komitmen yang tinggi dan masa yang panjang, namun pihak SKm dan aNGKaSa sentiasa bersedia membantu dari segi kewangan dan ilmu agar semua koperasi-koperasi baru mampu berdiri sama tinggi dengan koperasi-

koperasi yang telah berjaya.

Page 33: SIDANG PENGARANG KOPERASI BANTU SARA HIDUPangkasa.coop/bm/images/PELANCAR/Binder1_PL-022017.pdf · Hak cipta terpelihara. Tidak dibenarkan mengulang cetak mana-mana bahagian artikel,

46 PELANCAR Februari 2017

ANGKASA menerusi Skim Infaq Lil-Waqf telah menyumbang dua buah mesin dialisis kepada Koperasi Memajukan Iktisad Pekerja-Pekerja Dan Ahli Keluarga Sinar Haemodialysis Melaka Berhad.

Oleh : Wan adlina Wan ab. azizInfo Semasa

Naib Presiden ANGKASA merangkap Pengerusi Jawatankuasa Perkhidmatan & Pengurusan Syariah Serta Integriti, Prof. Madya Datuk Dr. Mohamad Ali Hasan berkata, sumbangan itu adalah antara usaha ANGKASA memberikan perkhidmatan yang berteraskan kebajikan dan kemanusiaan.

“Dengan adanya sumbangan tersebut, ia diharap dapat membantu meringankan tekanan pesakit-pesakit buah pinggang yang perlu menjalani rawatan dialisis secara berkala dan teratur”.

Menurut beliau, ANGKASA juga telah bekerjasama dengan Majlis Agama Islam Negeri Johor bagi pembelian bangunan rumah kedai wakaf yang berpotensi mendapat hasil manfaat dengan anggaran RM9,000 sebulan.

Ujarnya, konsep wakaf kontemporari yang diamalkan mampu menjana sumbangan konsisten dari aset wakaf melalui dana Sikim Infaq Lil-Waqf ANGKASA.

Majlis Penyerahan Sumbangan Mesin Dialisis itu telah disampaikan dalam satu majlis penyerahan

rasmi kepada Pengerusi koperasi berkenaan, Encik Mohd Amerudin Kamaludin. Turut sama dalam majlis tersebut ialah Pengerusi Perhubungan ANGKASA Negeri (JPAN) Melaka, Tuan Haji Muslim Md. Shah.

Manfaat Skim Infaq-Lil Waqf ANGKASA ANGKASA SumbANG

DuA meSiN DiAliSiS» Prof. Madya datuk dr. Mohamad ali Hasan (tiga dari kanan); Tuan Haji Muslim Md. Shah (tiga dari kiri); En. Mohd amerudin Kamaludin (dua dari kanan) dan barisan pegawai bergambar bersama salah seorang pesakit yang menerima rawatan dialisis Koperasi Memajukan iktisad Pekerja-Pekerja dan ahli Keluarga Sinar Haemodialysis Melaka berhad

» Prof. Madya datuk dr. Mohamad ali Hasan (kanan) dan Tuan Haji Muslim Md. Shah (kiri) melekatkan tanda sumbangan Skim infaq lil-Waqf anGKaSa pada salah sebuah mesin dialisis yang disumbangkan

Page 34: SIDANG PENGARANG KOPERASI BANTU SARA HIDUPangkasa.coop/bm/images/PELANCAR/Binder1_PL-022017.pdf · Hak cipta terpelihara. Tidak dibenarkan mengulang cetak mana-mana bahagian artikel,

47Februari 2017 PELANCAR

Oleh : Nor AzAh Abdul AzizInfo Semasa

Kelab tersebut menggabungkan seberapa ramai koperator wanita, usahanita dan individu di bawah satu gabungan, untuk bergiat aktif dalam pelbagai bidang yang diminati melalui platform yang disediakan ANGKASA sekaligus dapat membantu mengembangkan pasaran produk dan perkhidmatan yang disediakan.

Presiden ANGKASA, Dato’ Haji Abdul Fattah Haji Abdullah berkata, MyANGKASA Holdings Sdn. Bhd. menyasarkan

penyertaan lebih ramai anggota koperasi wanita dalam CWNC sebagai tanda sokongan terhadap usaha murni ANGKASA untuk memperkasa kecemerlangan koperator wanita.

Katanya, ANGKASA juga berharap agar menerusi CWNC, anggota koperasi dapat diberi pendedahan yang lebih meluas khususnya dalam aspek pemasaran termasuk menggunakan khidmat Malaysia Business Office (MBO) yang diuruskan oleh ANGKASA di Kelana Jaya sebagai akses membawa produk atau perkhidmatan ke pasaran global seperti Korea dan Jepun.

“Persidangan ICA Sedunia yang akan berlangsung November nanti juga turut membuka peluang kepada koperasi untuk memperkenalkan produk atau perkhidmatan masing-masing menerusi program padanan perniagaan yang dibentuk oleh ANGKASA”.

Beliau berkata demikian dalam Majlis Perasmian CWNC di Kuala Lumpur.

Selaras dengan usaha berterusan untuk membantu golongan wanita agar lebih positif menguruskan sesuatu perniagaan ataupun kerjaya, ANGKASA melalui subsidiarinya, MyANGKASA Holdings Sdn. Bhd. telah melancarkan Coop Women Networking Club (CWNC).

Coop Women Networking Club (CWNC)

» datin hajah Fauziah Talib (isteri Presiden ANGKASA) memotong pulut kuning di Majlis Pelancaran Women’s Coop Networking Club (CWNC)

bANTu KoPerATor WANiTA TiNGKATKAN ProduKTiviTi

» Sebahagian daripada produk yang dipamerkan sepanjang majlis berlangsung

Page 35: SIDANG PENGARANG KOPERASI BANTU SARA HIDUPangkasa.coop/bm/images/PELANCAR/Binder1_PL-022017.pdf · Hak cipta terpelihara. Tidak dibenarkan mengulang cetak mana-mana bahagian artikel,

48 PELANCAR Februari 2017 49Februari 2017 PELANCAR

Oleh : Nor AzAh Abdul AzizInfo Semasa

Naib Presiden ANGKASA, Dato’ Haji Aliasak Ambia berkata, kaedah pembelajaran secara praktikal amat membantu khususnya dalam usaha melahirkan lebih ramai anggota koperasi yang inovatif dan kreatif.

Katanya, ANGKASA sendiri mempunyai lapan buah sektor yang secara tidak langsung amat menitik beratkan faktor pembangunan ilmu dan kemahiran untuk diselarikan dengan halatuju sektor koperasi dalam menjana kelestarian sosioekonomi.

Menurut beliau, apa yang penting, keperluan manusia perlu dipenuhi mengikut kehendak mereka dan bukan apa yang difikirkan. Ia mengambil contoh

seperti di Korea, yang lebih menjurus kepada melatih tenaga mahir, membangunkan mereka sehingga menjadi apa yang diinginkan.

Beliau percaya, apabila manusia dibangunkan dengan kemahiran, sikap mereka juga boleh berubah kepada yang lebih baik. Tambahan pula, tenaga pekerja amat diperlukan masa kini oleh gerakan koperasi terutamanya yang berkaitan dengan penggunaan teknologi tinggi.

Beliau berkata demikian kepada Media ANGKASA sewaktu mengadakan sesi lawatan ke Kolej We Insist in Training (WIT), di Pandamaran, Pelabuhan Klang, akhir Januari lalu. Kunjungan

ANGKASA sentiasa menggalakkan anggota koperasi mempertingkat ilmu dan kemahiran dalam pelbagai bidang kemahiran selaras dengan usaha untuk memperkasa gerakan koperasi menerusi pembangunan modal insan.

tersebut bertujuan untuk meninjau potensi kolej terbabit dalam melatih anggota koperasi yang berminat untuk meningkatkan tahap kemahiran dan ilmu pengetahuan berasaskan teknologi semasa.

Bermula dengan 150 orang pelajar, kini kolej yang berorientasikan 30 peratus teori dan 70 peratus praktikal itu telah berjaya melahirkan seramai lebih 30,000 tenaga mahir mengikut keperluan industri.

Kolej WIT SedIa Peluang

TIngKaT KemahIran KoPeraTor

» Sepanjang sesi lawatan berlangsung, dato’ haji Aliasak sempat meninjau di beberapa pusat latihan yang terdapat di Kolej WiT

» Kursus kejuruteraan elektrikal turut ditawarkan di kolej WiT

» dato’ haji Aliasak meninjau pusat latihan menjahit pakaian

Page 36: SIDANG PENGARANG KOPERASI BANTU SARA HIDUPangkasa.coop/bm/images/PELANCAR/Binder1_PL-022017.pdf · Hak cipta terpelihara. Tidak dibenarkan mengulang cetak mana-mana bahagian artikel,

50 PELANCAR Februari 2017 51Februari 2017 PELANCAR

Seminar Koperator Wanita : Pemangkin Pembangunan Koperator Wanita 2017 bertempat di Hotel Georgetown City, Pulau Pinang menyaksikan penyertaan koperator wanita seramai 150 peserta.

Oleh : Wan adlina Wan ab. azizInfo Semasa

Seminar yang berlangsung selama dua hari pada 21 hingga 22 Januari 2017 itu bermatlamat memberi pendedahan ilmu keusahawanan perniagaan di samping membuka minda koperator wanita untuk melihat peluang perniagaan yang boleh diterokai untuk memajukan diri dan koperasi.

Melalui seminar tersebut, peserta diberi ruang untuk saling bertukar pendapat dan pandangan serta mengenali antara satu sama lain dalam mewujudkan jaringan perniagaan koperasi.

Sebanyak empat kertas kerja telah dibentangkan merangkumi aspek kesihatan wanita; peluang pembangunan wanita dalam bidang keusahawanan;

kerjaya dan penglibatan wanita dalam gerakan koperasi serta peluang yang boleh diceburi dalam bidang kecantikan dan spa menerusi koperasi wanita.

Majlis telah disempurnakan perasmiannya oleh Presiden ANGKASA, Dato’ Haji Abdul Fattah Haji Abdullah. Turut hadir dalam majlis tersebut ialah Timbalan Pengarah SKM Pulau Pinang, Puan Rozani Ibrahim; Pengarah Maktab Koperasi Malaysia (MKM) Zon Utara, Puan Noraesyah Saari dan Pengerusi Perhubungan ANGKASA Negeri (JPAN) Pulau Pinang, Tuan Shaik Ismail Md. Allapichay.

DeDah Ilmu Keusahawanan Koperator wanIta

» Seramai 150 koperator wanita negeri Pulau Pinang dan Pahang menghadiri seminar ini

ANGKASA akan terus berusaha mengenengahkan bakat dan kebolehan koperator wanita sekaligus memartabatkan peranan mereka dalam gerakan koperasi negara ke arah melahirkan lebih ramai koperator yang berkaliber untuk menjadi pemimpin koperasi dan pembuat keputusan.

Usaha tersebut akan dilaksanakan melalui perancangan program rangsangan dan pembangunan perniagaan yang dirangka oleh ANGKASA untuk melihat peranan golongan ini terus diperkasakan.

Menerusi Lapan Sektor Peneraju yang digerakkan ANGKASA ke arah mencapai sasaran RM50 bilion sumbangan sektor koperasi kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara menjelang 2020, usaha memartabat dan memperkasakan peranan koperator wanita diharap dapat membuahkan hasil yang membanggakan.

Presiden ANGKASA, Dato’ Haji Abdul Fattah Haji Abdullah menyeru kepada semua koperator wanita supaya berusaha menonjolkan kebolehan dan kemampuan mereka dalam meneroka pelbagai peluang dalam bidang perniagaan.

Koperator wanita katanya, perlu berfikiran kreatif dan terbuka dalam mencari peluang perniagaan dan sentiasa bersedia meningkatkan mutu serta kualiti perniagaan bagi memastikan produk dan perkhidmatan yang ditawarkan koperasi mendapat tempat di pasaran semasa.

“Untuk menjadi usahawan yang berjaya, koperator wanita perlu sentiasa berfikir ke hadapan dan bersemangat waja dalam menghadapi pelbagai risiko yang ada dalam perniagaan.

ANGKASA juga akan sentiasa melihat peluang-peluang baru untuk diteroka bagi dikongsi bersama dengan gerakan koperasi.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan perasmian pembukaan Seminar Koperator Wanita : Pemangkin Pembangunan Koperasi Wanita 2017 Peringkat Pulau Pinang di Georgetown, Pulau Pinang, baru-baru ini.

Statistik Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) merekodkan sehingga Jun 2016, dianggarkan terdapat 246 buah koperasi wanita berdaftar dengan keanggotaan melebihi 31,000 orang.

Ke arah memartabatkan peranan wanita Dalam perniagaan

Oleh : Wan adlina Wan ab. azizInfo Semasa

dato’ Haji abdul Fattah Haji abdullahPresiden ANGKASA

» Presiden anGKaSa, dato’ Haji abdul Fattah turut mengunjungi gerai produk koperasi

Page 37: SIDANG PENGARANG KOPERASI BANTU SARA HIDUPangkasa.coop/bm/images/PELANCAR/Binder1_PL-022017.pdf · Hak cipta terpelihara. Tidak dibenarkan mengulang cetak mana-mana bahagian artikel,

52 PELANCAR Februari 2017

Penglibatan wanita dalam sektor koperasi berupaya melahirkan koperator wanita yang berdaya saing dan mampu menghadapi cabaran dalam kehidupan. Manakala kekuatan dan kesabaran tinggi yang dimiliki wanita terutamanya dalam membantu meningkatkan status sosioekonomi keluarga, wajar diberi pujian.

lahirkan Koperator wanita Berdaya saing

Malah golongan ini lebih cemerlang dan berjaya dalam kehidupan sekaligus mendominasi kaum lelaki dalam aspek kepimpinan, pentadbiran dan keusahawanan perniagaan.

Umumnya, wanita merupakan antara penyumbang utama kepada proses pembangunan sesebuah negara. Golongan wanita mewakili separuh daripada jumlah penduduk negara. Mereka mampu menembusi pelbagai sektor dan kedudukan ini menggambarkan pencapaian cemerlang golongan wanita memecah dominasi golongan lelaki.

Untuk itu, ANGKASA menerusi Unit Wanita, Sektor Pembangunan Komuniti ANGKASA sepanjang tahun 2016 memberi tumpuan memperkasakan perniagaan koperasi wanita dan koperator wanita melalui pendedahan peluang perniagaan, pembangunan diri, keluarga dan masyarakat bagi meningkatkan pendapatan koperasi dan koperator wanita.

ANGKASA juga akan terus merancang, merangka dan melaksanakan pelbagai seminar, bengkel dan kursus bersesuaian ke arah melahirkan koperator wanita yang berilmu, berketrampilan serta memiliki daya keyakinan tinggi dalam menjalani

kehidupan serta membangunkan koperasi yang berdaya maju serta berdaya saing.

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam perasmian penutup Seminar Koperator Wanita : Pemangkin Pembangunan Koperasi Wanita 2017 Peringkat Pulau Pinang di Georgetown, Pulau Pinang, baru-baru ini.

Tuan Haji Mohamad azmi OmaruddinNaib Presiden ANGKASA

» Pengarah Maktab Koperasi Malaysia (MKM), Puan noraesyah Saari membicarakan mengenai tajuk “Keusahawanan Wanita dalam Koperasi”

Oleh : Wan adlina Wan ab. azizInfo Semasa

Jika dahulu, wanita seringkali dikaitkan dengan peranannya sebagai suri rumah, tetapi kini, fasanya kian berubah mengikut peredaran zaman.

Page 38: SIDANG PENGARANG KOPERASI BANTU SARA HIDUPangkasa.coop/bm/images/PELANCAR/Binder1_PL-022017.pdf · Hak cipta terpelihara. Tidak dibenarkan mengulang cetak mana-mana bahagian artikel,

53Februari 2017 PELANCAR

Oleh : Rahmat mohd didInfo Semasa

Koperasi Kariah Masjid jadi

pengeluar produK halal

Koperasi Kariah Masjid (KKM) berpotensi menjadi hab pengeluaran produk makanan halal sekaligus berperanan sebagai pelopor kepada industri halal di Malaysia.

Presiden ANGKASA, Dato’ Haji Abdul Fattah Haji Abdullah berkata, jika KKM mampu menjadi hab pengeluaran produk makanan halal tersebut, ia akan dapat membantu merangsang ekonomi negara sekaligus berupaya meningkatkan taraf sosio ekonomi masyarakat Islam setempat.

“Setiap Koperasi Kariah Masjid yang berdaftar digalakkan supaya mengeluarkan satu produk halal dan ANGKASA sebagai badan puncak gerakan koperasi di Malaysia akan membimbing dan membantu perniagaan tersebut sehingga berkembang dan berjaya”.

Katanya, setakat ini sebanyak 409 buah Koperasi Kariah Masjid telahpun didaftarkan dan 483 buah lagi masih dalam peringkat penubuhan.

Beliau berkata demikian dalam ucapannya sewaktu merasmikan Mesyuarat Agung Permulaan (Penubuhan) Koperasi Masjid As-Sobirin Ampang Berhad (KoMAS) di Ampang, Selangor baru-baru ini.

Turut hadir ialah wakil Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) Wilayah Hulu Langat/ Gombak, Encik Muhammad Rithza Ramli.

» Presiden aNGKaSa, dato’ haji abdul Fattah haji abdullah (tiga dari kanan) beramah mesra dengan anggota KomaS. turut bersama beliau ialah Pengerusi Jawatankuasa Penaja KomaS, datuk haji adzmy abdullah (dua dari kanan)

Page 39: SIDANG PENGARANG KOPERASI BANTU SARA HIDUPangkasa.coop/bm/images/PELANCAR/Binder1_PL-022017.pdf · Hak cipta terpelihara. Tidak dibenarkan mengulang cetak mana-mana bahagian artikel,

54 PELANCAR Februari 2017 55Februari 2017 PELANCAR

Oleh : Wan adlina Wan ab. azizInfo Semasa

Koperator Wanita penggeraK eKonomi Koperasi

Dunia perniagaan yang semakin mencabar pada masa kini nyata menguji kemampuan dan kebolehan koperator wanita untuk meneruskan “survival” kehidupan dan ia menuntut kekuatan dan semangat juang yang tinggi dalam kalangan mereka untuk mewujudkan jaringan perniagaan secara bersepadu serta bersistematik.

Presiden ANGKASA, Dato’ Haji Abdul Fattah Haji Abdullah dalam ucapan perasmiannya pada Seminar Pembangunan Koperator Wanita Negeri Sembilan : “Wanita Dalam Dunia Keusahawanan “ menyatakan untuk menjadi usahawan yang berjaya, koperator perlu berfikiran ke hadapan untuk terus maju.

Penglibatan koperator wanita dalam perniagaan membuktikan kemampuan golongan ini sebagai komuniti penting dalam memajukan gerakan koperasi negara sekali gus memberi sumbangan yang signifikan melalui pendedahan kepada peluang-peluang perniagaan bagi meningkatkan pendapatan koperasi.

Nilai kreativiti dan inovasi saling berhubungan secara langsung dan ia menjadi satu ejen penting sebagai penanda aras untuk mengembangkan perniagaan melalui idea-idea yang baru dan segar demi memenuhi permintaan biasa.

Seminar yang bertemakan “Wanita Dalam Dunia Keusahawanan“ ini katanya, amat bertepatan sekali dengan koperasi sebagai entiti perniagaan dan koperator wanita sebagai usahawan yang perlu berhadapan dengan persaingan serta cabaran pasaran terbuka ketika ini.

“Oleh itu, koperasi atau koperator perlu kreatif bagi mencipta inovasi baru dalam perkhidmatan dan produk untuk membolehkan koperasi bersaing di pasaran terbuka dan global.

“Sehingga Jun 2016, terdapat 246 buah koperasi wanita yang berdaftar dengan Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) dengan keanggotaan melebihi 31,000 orang. Bagi tahun 2014, ANGKASA melalui pelbagai program telah berjaya melatih 2,849 koperator wanita manakala pada

tahun 2013, sebanyak 18,561 koperator telah mendapat pendidikan dari ANGKASA,” katanya.

Dato’ Haji Abdul Fattah berkata, ANGKASA sentiasa merancang dan melaksanakan seminar dan bengkel ke arah melahirkan koperator wanita yang berilmu, berketrampilan serta mempunyai keyakinan diri yang tinggi di dalam menjalani kehidupan serta membangunkan koperasi.

Program pemerkasaan wanita ini bertujuan membantu meningkatkan produktiviti koperasi serta melahirkan lebih ramai koperator yang berkaliber untuk menjadi pemimpin koperasidan pembuat keputusan.

Turut hadir dalam majlis berkenaan ialah wakil Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) Negeri Sembilan, Puan Norshita Mohd Shah; Naib Presiden ANGKASA, Dato’ Haji Aliasak Haji Ambia; Pengerusi Jawatankuasa ANGKASA (JPAN) Negeri Sembilan, Dato’ Haji Ibrahim Haji Abdullah dan Timbalan Pengerusi JPAN merangkap Pengerusi Jawatankuasa Teknikal Wanita Perhubungan ANGKASA Negeri Sembilan.

» Gerai produk koperasi mendapat sambutan

» Koperator wanita mengemukakan soalan

» Sebahagian 130 peserta mengikuti Seminar Pembangunan Koperator Wanita negeri Sembilan 2016 “Wanita dalam Keusahawanan”

» Presiden anGKaSa, dato’ Haji abdul Fattah beramah mesra dengan koperator wanita

Page 40: SIDANG PENGARANG KOPERASI BANTU SARA HIDUPangkasa.coop/bm/images/PELANCAR/Binder1_PL-022017.pdf · Hak cipta terpelihara. Tidak dibenarkan mengulang cetak mana-mana bahagian artikel,

56 PELANCAR Februari 2017

ANGKASA sentiasa menggalakkan koperasi supaya memiliki pejabat atau bangunan sendiri selain melabur dalam bidang hartanah khususnya di lokasi strategik.

Presiden ANGKASA, Dato’ Haji Abdul Fattah Haji Abdullah berkata, pelaburan hartanah terbukti menguntungkan koperasi dalam jangka panjang berbanding menyimpan wang berkenaan menerusi simpanan tetap.

Katanya, selain faktor risiko yang rendah, nilai hartanah dan kadar sewa dijangka terus meningkat secara konsisten meskipun berdepan dengan cabaran ekonomi yang tidak menentu.

“Jika koperasi memerlukan modal, hartanah berupaya menjadi cagaran kepada pihak bank. Tidak menjadi perkara sukar jika koperasi mahu mencagarkan bangunan/hartanah untuk mendapatkan sumber modal kerana pihak bank percaya hartanah adalah bernilai untuk dipegang oleh mereka”.

Menurut beliau, koperasi boleh menjadikan aktiviti pelaburan hartanah sebagai satu punca pendapatan kerana menguruskan pelaburan hartanah tidak memerlukan sumber tenaga kerja yang ramai.

Beliau berkata demikian sewaktu berucap dalam majlis perasmian Wisma LeVida.My di Cheras. Turut hadir ialah Pengerusi Jawatankuasa Perhubungan ANGKASA (JPAN) Wilayah Persekutuan, Dato’ Ismail Nordin; Ketua Pengarah Maktab Koperasi Malaysia (MKM), Prof. Madya Dr. Abdul Rahman Abdul Razak Shaik dan Pengarah Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) Wilayah Persekutuan, Dato’ Haji Abdullah Mahmood.

Koperasi Digalak Melabur Bidang Hartanah

» Dato’ Haji Abdul Fattah menandatangani plak perasmian WISMA LEVIDA.MY

» WISMA LeVida.My yang berpusat di Cheras, Selangor merupakan pejabat urusan dan operasi bagi Platform Dagang Maya (Virtual Commerce Platform) oleh Koperasi Usahawan Multimedia Selangor Berhad (KMEDIA). Selain menempatkan pejabat urusan, bangunan setinggi tiga tingkat itu turut berfungsi sebagai Akademi LeVida dan Pusat Penyelarasan LeVida.My

Oleh : MoHD ZAKUAn AZMIInfo Semasa

Page 41: SIDANG PENGARANG KOPERASI BANTU SARA HIDUPangkasa.coop/bm/images/PELANCAR/Binder1_PL-022017.pdf · Hak cipta terpelihara. Tidak dibenarkan mengulang cetak mana-mana bahagian artikel,

57Februari 2017 PELANCAR

Koperasi Pelaburan Kakitangan Bank Muamalat Malaysia Berhad (KOPUTRA) akan menjadi mentor kepada koperasi yang lain dalam menyumbangkan kepakaran dan pengalaman menguruskan projek pembersihan dan pencucian.

Oleh : NOR AZAH AbDUL AZiZInfo Semasa

Presiden ANGKASA, Dato’ Haji Abdul Fattah Haji Abdullah berkata, sebagai permulaan, Koperasi Kakitangan ANGKASA Berhad (KOKITA) akan bertindak sebagai Mentee sebelum program tersebut dikembangkan ke peringkat lebih besar melibatkan koperasi-koperasi lain yang berminat.

Menerusi perancangan tersebut, KOPUTRA sebagai Mentor akan menyalurkan ilmu dan lain-lain aspek berkaitan tadbir urus perniagaan khidmat pembersihan dan pencucian dalam bentuk latihan atau modul.

Beliau berkata demikian dalam satu

Projek Pembersihan dan Pencucian

» Dato’ Haji Abdul Fattah menerima cenderahati daripada wakil KOPUTRA yang juga Anggota Lembaga Koperasi (ALK), Encik Sharizal Shahidin

perbincangan bersama wakil KOPUTRA di Ibu Pejabat ANGKASA, Kelana Jaya. Perbincangan tersebut turut berkisar tentang hasrat KOPUTRA untuk meluaskan perkhidmatannya dalam bidang penyaman udara, khidmat pembantu rumah dan penjagaan warga emas.

Iklan

ANGKASA LANTIK KOPUTRASEBAGAI MENTOR

Page 42: SIDANG PENGARANG KOPERASI BANTU SARA HIDUPangkasa.coop/bm/images/PELANCAR/Binder1_PL-022017.pdf · Hak cipta terpelihara. Tidak dibenarkan mengulang cetak mana-mana bahagian artikel,

59Februari 2017 PELANCAR

Oleh : NORWAHI ABDULLAHTinjauan Koperasi

Koperasi Peneroka Tersang Tiga Berhad

Bangkit Bersama keyakinan seluruh anggotaKoperasi Peneroka Tersang Tiga Berhad semakin giat menjalankan aktiviti demi meningkatkan pendapatan dan keyakinan seluruh anggotanya.

Pengerusi Koperasi Peneroka Tersang Tiga Berhad, Raub, Pahang, Encik Mohamad Mat Said ketika ditemui wakil media ANGKASA menceritakan bagaimana koperasi tersebut setapak demi setapak membangun dengan merancang lebih banyak aktiviti yang berjaya meningkatkan pendapatan dan berjaya memberi pelbagai kemudahan kepada seluruh masyarakat peneroka di Gugusan FELDA Tersang yang berjumlah hampir 15,000 penduduk.

Menyedari hakikat barangan keperluan asas dan harian penduduk setempat yang jauh dari bandar Raub, koperasi mula berperanan dengan mewujudkan sebuah kedai koperasi yang kini telah membangun menjadi sebuah pasar raya mini yang lengkap.

» Pengerusi Koperasi Peneroka Tersang Tiga Berhad, Encik Mohamad Mat Said (enam dari kanan) bersama barisan ALK Koperasi Peneroka Tersang Tiga Berhad bergambar di hadapan pasar raya Tersang milik koperasi

Encik Mohamad Mat Said berkata, dengan berbelanja secara berhemah serta menekankan kepada penjimatan, akhirnya tertubuhlah ‘pusat setempat’ di perkarangan pejabat koperasi yang memberi perkhidmatan membekal barangan basah, peruncitan dan perbankan dan ini dijayakan dengan hanya bermodalkan yuran saham anggota tanpa mendapat pembiayaan kewangan daripada agensi-agensi lain.

Beliau turut menegaskan, dalam menjalankan sesuatu aktiviti, penglibatan anggota amat diperlukan bagi mengenalpasti risiko dan cara mengatasinya. Setiap Anggota Lembaga Koperasi (ALK) diberi tanggungjawab mengendalikan aktiviti koperasi agar anggota mendapat maklumat yang telus tentang aktiviti yang dijalankan dan mengenal pasti keupayaan kepimpinan yang mereka pilih.

Page 43: SIDANG PENGARANG KOPERASI BANTU SARA HIDUPangkasa.coop/bm/images/PELANCAR/Binder1_PL-022017.pdf · Hak cipta terpelihara. Tidak dibenarkan mengulang cetak mana-mana bahagian artikel,

Jom Beli PRODUK KOPERASI

Biskut Bangkit kelapaDikeluarkan oleh: Koperasi Keluarga Haji sulaiman BerHadKampung Kuala sawaH71200 rantau, negeri semBilan darul KHususTel. : 013-632 9622

sagunDiedarkan oleh:

Koperasi ummu waHidaH terengganu BerHadpt. lot 11067, Kampung seBerang BuKit payung

jalan Kuala Berang21400 marang, terengganu darul iman

Tel. : 019 952 9950E-mel : [email protected]

kuih siputDikeluarkan oleh:

Koperasi wanita jaya KedaH BerHad121a, peKan simpang Kuala

05400 alor setar, KedaH darul aman

Tel. : 019-451 0541

Bahulu RangupDiedarkan oleh:

Koperasi wawasan seroja sepang BerHadno. 7, jalan seroja 30, taman seroja,

Bandar Baru salaK tinggi43900 sepang, selangor darul eHsan

Tel. : 019-216 1657Laman Web : www.serojasynergy.com

keRopok ikan tamBanDiedarkan oleh: Koperasi persada Kuala lumpur BerHad53-1 & 55-1, jalan melati utama 4taman melati utama53100 Kuala lumpurLaman Web : [email protected]

halwa RoselleDiedarkan oleh:

Koperasi usaHawan wanita Hilir peraK BerHadno. F1 Kampung tanaH lalang darat

36100 Bagan datoH, peraK darul ridzuanTel. : 011-402 1891

E-mel : [email protected]

Untuk keterangan lanjut, hubungi:

PUSAT KHIDMAT USAHAWAN, Sektor Pemborongan dan PeruncitanPuan Norlaili Mohammad Yatin : 03-7884 6681 l Puan Nurmurni Abd. Wahab : 03-7884 6606 E-mel : [email protected]

60 PELANCAR Februari 2017 61Februari 2017 PELANCAR

Page 44: SIDANG PENGARANG KOPERASI BANTU SARA HIDUPangkasa.coop/bm/images/PELANCAR/Binder1_PL-022017.pdf · Hak cipta terpelihara. Tidak dibenarkan mengulang cetak mana-mana bahagian artikel,
Page 45: SIDANG PENGARANG KOPERASI BANTU SARA HIDUPangkasa.coop/bm/images/PELANCAR/Binder1_PL-022017.pdf · Hak cipta terpelihara. Tidak dibenarkan mengulang cetak mana-mana bahagian artikel,

20 PELANCAR Januari 2017

• Koleksi buku dan monograf berjumlah hampir 14,000 naskhah. Terdiri daripada buku-buku, kertas kerja seminar, laporan dan Mesyuarat Agung Koperasi terpilih.

• Koleksi Kertas Persidangan ICA di peringkat Asia PasifikdanGlobal.

• Koleksi Buku Persidangan Kebangsaan dan Persidangan Negeri.

• Koleksi Majalah Pelancar sejak awal diterbitkan pada 1974.

• Koleksi buku-buku ilmiah berkaitan pengurusan perniagaan.

• Koleksi buku-buku berkaitan motivasi dan ilmu agama.

• Koleksi Kamus dan Akta. • Koleksi Audio Visual.

Kemudahan-kemudahan yang disediakan :

Ruang Bacaan UtamaRuang Bacaan Majalah dan Surat khabar- Mempunyai 30 judul majalah dan jurnal, dari dalam dan luar negaraMempunyai 9 jenis akhbar harian juga boleh diakses secara onlineRuang Bacaan Individu, meja karel disediakanAkses Internet tanpa wayar (WiFi) serta komputerRuang bahan-bahan arkib

Koleksi-koleksi ini memberi tumpuan kepada skop tadbir urus koperasi serta bahan-bahan maklumat berkaitan bidang ekonomi dan pengurusan perniagaan yang menyokong kepada lapan sektor peniagaan ANGKASA.

Page 46: SIDANG PENGARANG KOPERASI BANTU SARA HIDUPangkasa.coop/bm/images/PELANCAR/Binder1_PL-022017.pdf · Hak cipta terpelihara. Tidak dibenarkan mengulang cetak mana-mana bahagian artikel,
Page 47: SIDANG PENGARANG KOPERASI BANTU SARA HIDUPangkasa.coop/bm/images/PELANCAR/Binder1_PL-022017.pdf · Hak cipta terpelihara. Tidak dibenarkan mengulang cetak mana-mana bahagian artikel,

Jom JoinAnGKASA

Keistimewaan Menjadi Ahli ANGKASA

PERKHIDMATAN SOSIAL DAN PERLINDUNGAN• ANGKASAWakilAmilKoperasi• SijilPematuhanSyariah• InfaqLil-Waqf• PusatJagaanDarulSakinah• Zakat• PinjamanPendidikanYayasanANGKASA• Akademi&ResortLangkawi• UmrahKoop

Sebarangpertanyaan,silahubungi:Unit Perhubungan Keahlian

Talian : 03-7800 7884 / 7841 / 03-7884 6453 Faks : 03-7804 2315 E-mel : [email protected]

PENDIDIKAN / LATIHAN• Kursus/Seminar/Konvensyen/Bengkel• MajalahPELANCAR

PEMBANGUNAN PERNIAGAAN• BengkelTeknikUsahawan• KhidmatSenggaraPraAudit-Sistem

PengurusanBerkomputerANGKASA(SPBA)• BaranganuntukKoperasiSekolah(Busana)• MyANGKASAMobile(Telekomunikasi)• PusatDialisis• Farmasi

PERKHIDMATAN PEMBIAYAAN• KoperasiPembiayaanSyariahANGKASA(KOPSYA)• SistemPotonganGajiANGKASA(SPGA) - Kiosk - SistemPenilaianKreditANGKASA-RAMCI (SpeKAR)• PengurusanWasiatdanHartaPusaka

GALAKAN PENUBUHAN KOPERASI• KoperasiKariahMasjid• KonsortiumKoperasi -PenanamanPadi -PenternakanIkan

PERKHIDMATAN ICT• PembinaanLamanWebKoperasi• WebTVANGKASA• SistemPendaftaran&KiraUndiDigital• e-dagangdane-niaga• SistemPengurusanBerkomputer(SPBA)

Syarat Keahlian1. Keahlianterbukakepadasemuakoperasi2. Fimasuksahajayangdikenakan:

3. Dokumenyangdiperlukan:• Borangpermohonan• SijilPendaftaranKoperasi• Undang-undangKecilKoperasi• BorangMaklumatALK/JAD(Borang boleh dimuat turun di laman web www.angkasa.coop)

Kop.Dewasa(RM)

Kop.Sekolah(RM)

Kop.Asas 100.00 30.00

Kop.Menengah 200.00 50.00

Kop.Atasan 300.00 100.00

Page 48: SIDANG PENGARANG KOPERASI BANTU SARA HIDUPangkasa.coop/bm/images/PELANCAR/Binder1_PL-022017.pdf · Hak cipta terpelihara. Tidak dibenarkan mengulang cetak mana-mana bahagian artikel,