64
SIDANG DEWAN NEGERI PAHANG: PEMBATALAN HUTAN SIMPAN UNTUK TINGKAT EKONOMI SETEMPAT KUANTAN, 19 NOVEMBER 2020 : Tindakan Kerajaan Negeri menerusi Pihak Berkuasa Negeri (PBN) melakukan pembatalan Hutan Simpan Jengka di tanah seluas 600 ekar bertujuan membolehkan pembangunan yang lebih baik dan terancang dapat dilakukan di kawasan terlibat. Menteri Besar Pahang, YAB. Dato’ Sri Haji Wan Rosdy Wan Ismail berkata, usaha ini seterusnya diyakini dapat meningkatkan lagi aktiviti ekonomi setempat untuk faedah penduduk tempatan termasuklah daerah Maran. Beliau berkata, hutan terbabit melibatkan kawasan milik Universiti Teknologi MARA (UiTM) Pahang Kampus Jengka termasuklah kawasan hutan di belakang kampus seluas 1,150.89 ekar dan tapak Econsave yang terletak di dalam Mukim Chenor. “Pembatalan sebahagian Hutan Simpan Jengka melibatkan lot UiTM Kampus Jengka dan kawasan sekitarnya telah dilakukan oleh PBN di bawah Seksyen 13, Akta Perhutanan Negara 1984 (Akta 313). “Tindakan pemberitahuan pengisytiharan pembatalan sebahagian Hutan Simpan Jengka melibatkan kawasan yang dinyatakan telah dilakukan oleh PBN melalui Warta Kerajaan Negeri Pahang bertarikh 11 Disember 2019,” katanya. Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan daripada Ahli Dewan Negeri Jengka, YB. Encik Shahril Azman Abd Halim (PAS), berhubung status tanah di kawasan Hutan Simpan Jengka pada Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Pahang Ke-14 di Wisma Sri Pahang, di sini, hari ini.

SIDANG DEWAN NEGERI PAHANG: PEMBATALAN HUTAN …19_HB)_S… · Katanya, MUIP telah mengadakan pelbagai program dan skim bantuan sebagai kemudahan kepada golongan asnaf bagi mendapatkan

  • Upload
    others

  • View
    8

  • Download
    0

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: SIDANG DEWAN NEGERI PAHANG: PEMBATALAN HUTAN …19_HB)_S… · Katanya, MUIP telah mengadakan pelbagai program dan skim bantuan sebagai kemudahan kepada golongan asnaf bagi mendapatkan

SIDANG DEWAN NEGERI PAHANG: PEMBATALAN HUTAN SIMPAN UNTUK

TINGKAT EKONOMI SETEMPAT

KUANTAN, 19 NOVEMBER 2020 : Tindakan Kerajaan Negeri menerusi Pihak

Berkuasa Negeri (PBN) melakukan pembatalan Hutan Simpan Jengka di tanah

seluas 600 ekar bertujuan membolehkan pembangunan yang lebih baik dan

terancang dapat dilakukan di kawasan terlibat.

Menteri Besar Pahang, YAB. Dato’ Sri Haji Wan Rosdy Wan Ismail berkata, usaha

ini seterusnya diyakini dapat meningkatkan lagi aktiviti ekonomi setempat untuk

faedah penduduk tempatan termasuklah daerah Maran.

Beliau berkata, hutan terbabit melibatkan kawasan milik Universiti Teknologi MARA

(UiTM) Pahang Kampus Jengka termasuklah kawasan hutan di belakang kampus

seluas 1,150.89 ekar dan tapak Econsave yang terletak di dalam Mukim Chenor.

“Pembatalan sebahagian Hutan Simpan Jengka melibatkan lot UiTM Kampus

Jengka dan kawasan sekitarnya telah dilakukan oleh PBN di bawah Seksyen 13,

Akta Perhutanan Negara 1984 (Akta 313).

“Tindakan pemberitahuan pengisytiharan pembatalan sebahagian Hutan Simpan

Jengka melibatkan kawasan yang dinyatakan telah dilakukan oleh PBN melalui

Warta Kerajaan Negeri Pahang bertarikh 11 Disember 2019,” katanya.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan daripada Ahli Dewan Negeri Jengka,

YB. Encik Shahril Azman Abd Halim (PAS), berhubung status tanah di kawasan

Hutan Simpan Jengka pada Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri

Pahang Ke-14 di Wisma Sri Pahang, di sini, hari ini.

Page 2: SIDANG DEWAN NEGERI PAHANG: PEMBATALAN HUTAN …19_HB)_S… · Katanya, MUIP telah mengadakan pelbagai program dan skim bantuan sebagai kemudahan kepada golongan asnaf bagi mendapatkan

Berdasarkan maklumat Hutan Simpan di Jabatan Perhutanan Negeri Pahang, status

kawasan yang dimaksudkan adalah bukan Hutan Simpan Kekal.

Berdasarkan rekod Jabatan Perhutanan, maklumat Pelan Warta 5357 menunjukkan

pengeluaran sebahagian kawasan Hutan Simpan Jengka berkeluasan 465.75

hektar. – PAHANGMEDIA

Disediakan oleh Unit Komunikasi dan Media Pahang (UKOMP) #MajuTerusPahang #Pahang1st #KerajaanNegeriPahang #PahangGo Oleh : Fansurina Abdullah Foto : Putera Falliq Hakim Suhairi

Page 3: SIDANG DEWAN NEGERI PAHANG: PEMBATALAN HUTAN …19_HB)_S… · Katanya, MUIP telah mengadakan pelbagai program dan skim bantuan sebagai kemudahan kepada golongan asnaf bagi mendapatkan

(LIPUTAN BERGAMBAR)

Page 4: SIDANG DEWAN NEGERI PAHANG: PEMBATALAN HUTAN …19_HB)_S… · Katanya, MUIP telah mengadakan pelbagai program dan skim bantuan sebagai kemudahan kepada golongan asnaf bagi mendapatkan

SIDANG DEWAN NEGERI PAHANG: PERUNTUKAN RM18 JUTA ATASI AIR

KERUH

KUANTAN, 19 NOVEMBER 2020: Kerajaan Pahang menerima peruntukan

pinjaman Kerajaan Pusat sebanyak RM18 juta bagi mengatasi isu masalah air keruh

di Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Bilut, LRA Sungai Semantan dan LRA Sungai

Klau, Raub.

Menteri Besar Pahang, YAB. Dato’ Sri Haji Wan Rosdy Wan Ismail berkata,

peruntukan iitu diluluskan bagi melaksanakan kerja-kerja segera bagi semua LRA

terlibat.

“Skop kerja melibatkan skop kerja utama iaitu pembinaan Pre-Sedimentation Tank

serta kerja-kerja berkaitan pada tahun 2019,” katanya.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan daripada Ahli Dewan Negeri Tras,

YB. Encik Chow Yu Hui (DAP), berhubung status projek menaik taraf bekalan air

oleh Kementerian Alam Sekitar dan Air (KATS) pada Mesyuarat Ketiga Penggal

Ketiga Dewan Negeri Pahang Ke-14 di Wisma Sri Pahang, di sini, hari ini.

YAB. Dato’ Sri Haji Wan Rosdy berkata, loji rawatan air hanya dapat merawat air

dengan kadar kekeruhan tidak melebihi 1000NTU sahaja.

Justeru, bagi mengatasi masalah tersebut kerja naik taraf akan dilaksanakan segera

di mana ketiga-tiga projek kini berada di dalam peringkat tender dan kesemua projek

mengambil masa 14 bulan untuk disiapkan.

Selain daripada projek-projek tersebut, kerajaan turut berusaha mengatasi masalah

keputusan bekalan air dan lambat menerima bekalan air apabila loji ditutup akibat

kekeruhan di kawasan perumahan.

Kementerian Kewangan (MOF) menerusi kementerian Alam Sekitar dan Air (KASA)

telah meluluskan tiga projek.

Page 5: SIDANG DEWAN NEGERI PAHANG: PEMBATALAN HUTAN …19_HB)_S… · Katanya, MUIP telah mengadakan pelbagai program dan skim bantuan sebagai kemudahan kepada golongan asnaf bagi mendapatkan

Projek itu adalah Kerja-kerja Penambahbaikan Bekalan Air di Taman Bukit Koman,

Kerja-kerja Penambahbaikan Bekalan Air di Taman Lee Man dan Raub Utama dan

Kerja-kerja Penambahbaikan Bekalan Air di Kampung Ulu Atok.

Menerusi projek tersebut, kerajaan yakin akan dapat mengurangkan kadar

kekeruhan air yang berlaku di kawasan-kawasan terbabit. – PAHANGMEDIA

Disediakan oleh Unit Komunikasi dan Media Pahang (UKOMP) #MajuTerusPahang #Pahang1st #KerajaanNegeriPahang #PahangGo Oleh : Fansurina Abdullah Foto : Putera Falliq HakimSuhairi

Page 6: SIDANG DEWAN NEGERI PAHANG: PEMBATALAN HUTAN …19_HB)_S… · Katanya, MUIP telah mengadakan pelbagai program dan skim bantuan sebagai kemudahan kepada golongan asnaf bagi mendapatkan

(LIPUTAN BERGAMBAR)

Page 7: SIDANG DEWAN NEGERI PAHANG: PEMBATALAN HUTAN …19_HB)_S… · Katanya, MUIP telah mengadakan pelbagai program dan skim bantuan sebagai kemudahan kepada golongan asnaf bagi mendapatkan

SIDANG DEWAN NEGERI PAHANG: RM214.3 JUTA DIPERUNTUKAN BAGI

MELESTARIKAN TASIK BERA

KUANTAN, 19 NOVEMBER 2020 : Kerajaan memperuntukkan sebanyak RM214.3

juta bagi membangunkan Tasik Bera.

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Alam Sekitar, Perladangan

dan Komoditi Negeri Pahang, YB. Dato’ Sri Haji Mohd Sharkar Shamsudin berkata,

pengurusan cadangan projek untuk Tasik Bera dibahagikan kepada lima zon iaitu

zon pengekalan, zon pemuliharaan (pertanian mampan), zon pembangunan

terkawal, koridor riparian dan projek pembangunan infrastruktur.

Beliau berkata, Majlis Daerah Bera juga telah menyediakan Rancangan Kawasan

Khas (RKK) Tasik Bera bagi mengenal pasti dan menyediakan cadangan pelan

pembangunan dan pengurusan di kawasan tersebut.

“Saya hendak maklumkan bahawa kita menyediakan cadangan pelan

pembangunan, jadi setiap kawasan pelancongan di Pahang ini, kita ada pelan

pembangunan yang tersendiri yang termasuk dalam Rancangan Kawasan Khas di

bawah Pelan Malaysia.

“Kita telah pecah-pecahkan kawasan di Tasik Bera ini kepada lima zon yang sangat

penting dalam melestarikan pembangunan di Tasik Bera sebagai destinasi

pelancongan,” katanya.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan daripada Ahli Dewan Negeri Triang,

YB. Cik Leong Yu Man (DAP), berhubung usaha kerajaan negeri membangunkan

Tasik Bera pada Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Pahang Ke-14 di

Wisma Sri Pahang, di sini, hari ini.

Page 8: SIDANG DEWAN NEGERI PAHANG: PEMBATALAN HUTAN …19_HB)_S… · Katanya, MUIP telah mengadakan pelbagai program dan skim bantuan sebagai kemudahan kepada golongan asnaf bagi mendapatkan

Katanya, zon pengekalan ini melibatkan Tapak RAMSAR Tasik Bera, Hutan Simpan

Kekal di Chini dan Hutan Simpan Kekal Chini (Tambahan) di mana kerajaan akan

mengekalkan kawasan terbabit.

Bagi zon pemulihan, kerajaan akan memberi fokus kepada pemulihan di kawasan

tersebut manakala zon pembangunan terkawal pula, kerajaan akan mengawal setiap

pembangunan yang dilaksanakan termasuklah laporan EIA dibuat supaya kawasan

tersebut dapat dilestarikan.

Dalam pada itu, beliau berkata, seramai 30,150 pelancong berkunjung ke Bera pada

2019, namun jumlah itu merudum kepada 5,722 pelancong sehingga Jun 2020

ekoran pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi mengekang

penularan wabak Covid-19.

Daripada jumlah itu, seramai 14,212 pelancong berkunjung ke Tasik Bera pada

tahun 2019 manakala seramai 4,662 pada tahun 2020.

Bagi memenuhi permintaan pelancong yang tinggi, beliau berkata, kerajaan negeri

akan berusaha menyediakan pelbagai kemudahan seperti menambah bilangan

chalet dan tapak perkhemahan agar dapat menampung jumlah pelancong yang

datang pada satu-satu masa. – PAHANGMEDIA

Disediakan oleh Unit Komunikasi dan Media Pahang (UKOMP) #MajuTerusPahang #Pahang1st #KerajaanNegeriPahang #PahangGo Oleh : Fansurina Abdullah Foto : Putera Falliq Hakim Suhairi

Page 9: SIDANG DEWAN NEGERI PAHANG: PEMBATALAN HUTAN …19_HB)_S… · Katanya, MUIP telah mengadakan pelbagai program dan skim bantuan sebagai kemudahan kepada golongan asnaf bagi mendapatkan

(LIPUTAN BERGAMBAR)

Page 10: SIDANG DEWAN NEGERI PAHANG: PEMBATALAN HUTAN …19_HB)_S… · Katanya, MUIP telah mengadakan pelbagai program dan skim bantuan sebagai kemudahan kepada golongan asnaf bagi mendapatkan

SIDANG DEWAN NEGERI PAHANG: 2,855 EKAR TANAH PERTANIAN DIAGIH

KEPADA PEKEBUN CAMERON HIGHLANDS

KUANTAN, 19 NOVEMBER 2020 : Kerajaan Negeri mengagihkan seluas 2,855

ekar tanah pertanian kepada pekebun-pekebun di Cameron Highlands bagi fasa

pertama hingga fasa keempat.

Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Insdustri Asas Tani dan Bioteknologi Negeri

Pahang, YB. Dato’ Sri Ir. Haji Mohd Soffi Tan Sri Abd Razak berkata, sehingga kini

kerajaan telah melaksanakan fasa 1 dan fasa 2 dengan agihan tanah seluas 2,086

ekar kepada pekebun-pekebun di kawasan tanah tinggi terbabit.

Katanya, daripada jumlah tersebut seluas 222 ekar melibatkan kawasan Mukim

Ringlet, 13 ekar bagi Mukim Tanah Rata dan 1,851 ekar bagi Mukim Ulu Telom.

“Sewaan yang dikenakan bagi setiap ekar ialah RM4,500 dan pekebun tidak boleh

memiliki tanah melebihi 3 ekar seorang dan mereka diberi pajakan dalam tempoh 10

tahun bagi membantu meyakinkan agensi kewangan menyediakan kemudahan

kewangan,” katanya.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan daripada Ahli Dewan Negeri Tanah

Rata, YB. Encik Chiong Yoke Kong (DAP), berhubung sewaan tanah pertanian di

Cameron Highlands oleh Pahang Corporation Sdn Bhd pada Mesyuarat Ketiga

Penggal Ketiga Dewan Negeri Pahang Ke-14 di Wisma Sri Pahang, di sini, hari ini.

Dalam pada itu, beliau berkata, hasil pertanian di Cameron Highlands pada tahun

2020 dianggarkan berjumlah RM4 juta dan pada 2021 pula dijangka anggaran hasil

yang bakal dikutip oleh kerajaan negeri adalah RM5.7 juta bagi keseluruhan mukim

Ringlet, Tanah Rata dan Ulu Telom bagi keempat-empat fasa.

Page 11: SIDANG DEWAN NEGERI PAHANG: PEMBATALAN HUTAN …19_HB)_S… · Katanya, MUIP telah mengadakan pelbagai program dan skim bantuan sebagai kemudahan kepada golongan asnaf bagi mendapatkan

Jelasnya, kerajaan negeri juga merancang untuk membelanjakan sebahagian hasil

kutipan tersebut untuk perlaksanaan pembangunan dan pengurusan daerah

Cameron Highlands. – PAHANGMEDIA

Disediakan oleh Unit Komunikasi dan Media Pahang (UKOMP) #MajuTerusPahang #Pahang1st #KerajaanNegeriPahang #PahangGo Oleh : Fansurina Abdullah Foto : Putera Falliq Hakim Suhairi

Page 12: SIDANG DEWAN NEGERI PAHANG: PEMBATALAN HUTAN …19_HB)_S… · Katanya, MUIP telah mengadakan pelbagai program dan skim bantuan sebagai kemudahan kepada golongan asnaf bagi mendapatkan

(LIPUTAN BERGAMBAR)

Page 13: SIDANG DEWAN NEGERI PAHANG: PEMBATALAN HUTAN …19_HB)_S… · Katanya, MUIP telah mengadakan pelbagai program dan skim bantuan sebagai kemudahan kepada golongan asnaf bagi mendapatkan

SIDANG DEWAN NEGERI PAHANG: KERAJAAN PAHANG AGIH RM146.8 JUTA

ZAKAT KEPADA GOLONGAN SASARAN

KUANTAN, 19 NOVEMBER 2020 : Kerajaan Pahang menerusi Majlis Ugama Islam

dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) membuat agihan zakat berjumlah RM146.8

juta pada tahun 2019 dengan hasil kutipan sebanyak RM157.6 juta pada tahun

2019.

Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam dan Pendidikan Negeri Pahang,

YB. Dato’ Sri Syed Ibrahim Syed Ahmad berkata, menerusi agihan tersebut,

sebanyak RM74.8 juta diagihkan kepada golongan fisabilillah yang terdiri daripada

golongan pelajar, RM30.7 juta diagih kepada golongan miskin dan RM18.8 juta

kepada amil.

Katanya, MUIP telah mengadakan pelbagai program dan skim bantuan sebagai

kemudahan kepada golongan asnaf bagi mendapatkan sumbangan zakat.

Antaranya adalah bantuan bulanan, baucar barangan kepada 3,569 penerima,

bantuan hari raya kepada 25,482 penerima, bantuan am sara hidup termasuklah

bantuan khas COVID-19, bantuan pendidikan, bantuan rawatan dan alatan

perubatan kepada 533 penerima, bantuan baik pulih rumah kepada 80 penerima dan

bantuan kursus latihan dan kemahiran kepada 173 penerima.

“Menerusi agihan zakat kepada golongan-golongan penerima akan dapat

membasmi kemiskinan khususnya di negeri Pahang dengan pelbagai program dan

skim bantuan yang disediakan bagi membantu golongan asnaf ini dalam merungkai

permasalahan mereka,” katanya.

Page 14: SIDANG DEWAN NEGERI PAHANG: PEMBATALAN HUTAN …19_HB)_S… · Katanya, MUIP telah mengadakan pelbagai program dan skim bantuan sebagai kemudahan kepada golongan asnaf bagi mendapatkan

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan daripada Ahli Dewan Negeri Damak,

YB. Tuan Haji Zuridan Mohd Daud (PAS), berhubung kutipan zakat di negeri Pahang

pada Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Pahang Ke-14 di Wisma Sri

Pahang, di sini, hari ini.

Dalam pada itu, katanya, MUIP juga aktif menghulurkan bantuan ketika pelaksanaan

Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dengan memperuntukkan RM15.1 juta bagi

pelbagai bantuan khas bermula Mac hingga Jun 2020.

Beliau juga akan mempertimbangkan cadangan YB. Tuan Haji Zuridan agar MUIP

menyediakan kursus atau latihan khas kepada golongan asnaf bagi meningkatkan

kemahiran mereka dalam usaha mendidik mereka agar berdikari. – PAHANGMEDIA

Disediakan oleh Unit Komunikasi dan Media Pahang (UKOMP) #MajuTerusPahang #Pahang1st #KerajaanNegeriPahang #PahangGo Oleh : Fansurina Abdullah Foto : Putera Falliq Hakim Suhairi

Page 15: SIDANG DEWAN NEGERI PAHANG: PEMBATALAN HUTAN …19_HB)_S… · Katanya, MUIP telah mengadakan pelbagai program dan skim bantuan sebagai kemudahan kepada golongan asnaf bagi mendapatkan

(LIPUTAN BERGAMBAR)

Page 16: SIDANG DEWAN NEGERI PAHANG: PEMBATALAN HUTAN …19_HB)_S… · Katanya, MUIP telah mengadakan pelbagai program dan skim bantuan sebagai kemudahan kepada golongan asnaf bagi mendapatkan

SIDANG DEWAN NEGERI PAHANG: KERAJAAN PAHANG GALAK

KERJASAMA PENDUDUK SETEMPAT PERANGI DENGGI

KUANTAN, 19 NOVEMBER 2020: Kerajaan Pahang menggalakkan kerjasama

masyarakat setempat dalam usaha membasmi peningkatan kes demam denggi di

negeri ini.

Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan dan Kesihatan Negeri Pahang,

YB. Dato’ Sri Norolazali Sulaiman berkata, kerajaan negeri menerusi Jabatan

Kesihatan Negeri (JKN) telah menganjurkan pelbagai program dan gotong-royong

bagi mengatasi peningkatan kes denggi di seluruh Pahang namun tidak mendapat

sambutan yang baik daripada penduduk.

“Apabila kita bahagikan jumlah kehadiran penduduk berbanding dengan bilangan

petugas kesihatan, jumlah yang mewakili penduduk hanyalah sedikit pada setiap

gotong-royong yang diadakan,” katanya.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan daripada Ahli Dewan Negeri Triang,

YB. Cik Leong Yu Man (DAP), berhubung kes denggi di daerah Bera pada

Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Pahang Ke-14 di Wisma Sri

Pahang, di sini, hari ini.

Katanya, terdapat lima daerah yang menunjukkan peningkatan kes iaitu di daerah

Kuantan, Pekan, Rompin, Lipis dan Maran.

Page 17: SIDANG DEWAN NEGERI PAHANG: PEMBATALAN HUTAN …19_HB)_S… · Katanya, MUIP telah mengadakan pelbagai program dan skim bantuan sebagai kemudahan kepada golongan asnaf bagi mendapatkan

“Kuantan mempunyai kes demam denggi yang tinggi berbanding daerah lain dengan

2,620 kes dilaporkan dan ini merupakan suatu perkara yang perlu diberi perhatian,”

katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata, JKN bersama agensi lain sering memberi

penekanan terhadap pendidikan, penguatkuasaan selain daripada rawatan

perubatan semata-mata.

Pelbagai usaha dilakukan termasuklah semburan kabus (fogging) ke beberapa

lokasi khusus di daerah Kuantan. – PAHANGMEDIA

Disediakan oleh Unit Komunikasi dan Media Pahang (UKOMP) #MajuTerusPahang #Pahang1st #KerajaanNegeriPahang #PahangGo Oleh : Fansurina Abdullah Foto : Putera Falliq Hakim Suhairi

Page 18: SIDANG DEWAN NEGERI PAHANG: PEMBATALAN HUTAN …19_HB)_S… · Katanya, MUIP telah mengadakan pelbagai program dan skim bantuan sebagai kemudahan kepada golongan asnaf bagi mendapatkan

(LIPUTAN BERGAMBAR)

Page 19: SIDANG DEWAN NEGERI PAHANG: PEMBATALAN HUTAN …19_HB)_S… · Katanya, MUIP telah mengadakan pelbagai program dan skim bantuan sebagai kemudahan kepada golongan asnaf bagi mendapatkan

SIDANG DEWAN NEGERI PAHANG: KERAJAAN PAHANG TINGKAT

PEMBANGUNAN BELIA MENERUSI INSTITUT BERKAITAN

KUANTAN, 19 NOVEMBER 2020: Kerajaan Pahang berusaha meningkatkan

kecekapan insitusi berkaitan pembangunan belia dengan menjalankan kajian dan

penyelidikan tentang pembangunan sumber manusia.

Pengerusi Jawatankuasa Sumber Manusia, Belia, Sukan dan Badan-badan Bukan

Kerajaan Negeri Pahang, YB. Dato’ Sri Haji Mohd Johari Haji Hussain berkata, dasar

latihan sumber manusia sektor awam telah ditetapkan iaitu setiap anggota

perkhidmatan awam perlu melengkapkan diri dengan sikap, kemahiran dan

pengetahuan yang bersesuaian melalui program yang terancang berteraskan

pembangunan kompetensi dan pembelajaran berterusan.

“Melalui teras strategik pembangunan sukan berteraskan blueprint negara bersukan

pula, institusi berkaitan seperti Kompleks Belia dan Sukan serta Kompleks Rakan

Muda Sukan Air diperkasa dengan menaik taraf kemudahan sukan yang ada bagi

mewujudkan ekosistem sukan yang lebih kondusif dan lengkap,” katanya.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan daripada Ahli Dewan Negeri Padang

Tengku, YB. Dato’ Mustapa Haji Long (BN), berhubung langkah kerajaan dalam

usaha pembangunan belia pada Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri

Pahang Ke-14 di Wisma Sri Pahang, di sini, hari ini.

Katanya, sejumlah RM30 juta telah diperuntukkan kepada Kompleks Belia dan

Sukan Daerah Kuantan dalam memperkasa belia dan melengkapkan kemudahan

bagi perkembangan golongan itu.

Page 20: SIDANG DEWAN NEGERI PAHANG: PEMBATALAN HUTAN …19_HB)_S… · Katanya, MUIP telah mengadakan pelbagai program dan skim bantuan sebagai kemudahan kepada golongan asnaf bagi mendapatkan

Melalui Kajian Separuh Penggal Pelan Strategik KBS 2010-2015, Institut Kemahiran

Belia Negara (IKBN) telah menghasilkan graduan yang dilatih dan dibekalkan

dengan kemahiran hidup dan ilmu yang diperlukan bagi memenuhi pasaran

pekerjaan dan 90 peratus daripadanya mempunyai faktor kebolehpasaran mendapat

pekerjaan.

“Kerajaan sentiasa berusaha untuk memperkasa Jabatan Belia dan Sukan Negeri

serta memantapkan sistem penyampaian.

“Semua pihak dan agensi perlu terlibat dan bekerjasama berpandukan dasar

kerajaan yang digubal bagi menjadikan institusi yang berkaitan dengan

pembangunan belia dapat diperkasa,” katanya. – PAHANGMEDIA

Disediakan oleh Unit Komunikasi dan Media Pahang (UKOMP) #MajuTerusPahang #Pahang1st #KerajaanNegeriPahang #PahangGo Oleh : Fansurina Abdullah Foto : Putera Falliq Hakim Suhairi

Page 21: SIDANG DEWAN NEGERI PAHANG: PEMBATALAN HUTAN …19_HB)_S… · Katanya, MUIP telah mengadakan pelbagai program dan skim bantuan sebagai kemudahan kepada golongan asnaf bagi mendapatkan

(LIPUTAN BERGAMBAR)

Page 22: SIDANG DEWAN NEGERI PAHANG: PEMBATALAN HUTAN …19_HB)_S… · Katanya, MUIP telah mengadakan pelbagai program dan skim bantuan sebagai kemudahan kepada golongan asnaf bagi mendapatkan

SIDANG DEWAN NEGERI PAHANG: RM13 JUTA BANGUNKAN PROJEK LUAR

BANDAR PADA 2019

KUANTAN, 19 NOVEMBER 2020: Kerajaan Pahang memperuntukkan sejumlah

RM13 juta bagi melaksanakan sebanyak 223 projek kecil luar bandar pada tahun

2019 manakala RM24.4 juta pula diberikan bagi pelaksanaan 85 projek pada tahun

2018.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar dan Hal Ehwal Orang Asli, YB.

Dato’ Abd Aziz Haji Mat Kiram berkata, kesemua projek tersebut dilaksanakan oleh

Pejabat Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) Negeri (PKN) Pahang

dengan melaksanakan projek-projek kecil di kawasan luar bandar melalui beberapa

program yang dapat memberi manfaat kepada masyarakat luar bandar.

“Program itu ialah Jalan Perhubungan Desa (JPD), Jalan Luar Bandar (JALB),

Program Ameniti Sosial (PAMS), Jalan Ladang, Bekalan Air Luar Bandar (BALB)

dan premis KEMAS,” katanya.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan daripada Ahli Dewan Negeri

Teruntum, YB. Encik Sim Chon Siang (PKR), berhubung projek pembangunan luar

bandar pada Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Pahang Ke-14 di

Wisma Sri Pahang, di sini, hari ini.

Daripada program pada 2019 tersebut, JPD menerima peruntukan sejumlah RM6.95

juta, RM3.94 juta bagi program PAMS, RM600,000 bagi projek sambungan JALB,

BALB dengan RM446,967.50 dan KEMAS menerima RM809,415 jumlah

peruntukan. – PAHANGMEDIA

Disediakan oleh Unit Komunikasi dan Media Pahang (UKOMP) #MajuTerusPahang #Pahang1st #KerajaanNegeriPahang #PahangGo Oleh : Fansurina Abdullah Foto : Putera Falliq Hakim Suhairi

Page 23: SIDANG DEWAN NEGERI PAHANG: PEMBATALAN HUTAN …19_HB)_S… · Katanya, MUIP telah mengadakan pelbagai program dan skim bantuan sebagai kemudahan kepada golongan asnaf bagi mendapatkan

(LIPUTAN BERGAMBAR)

Page 24: SIDANG DEWAN NEGERI PAHANG: PEMBATALAN HUTAN …19_HB)_S… · Katanya, MUIP telah mengadakan pelbagai program dan skim bantuan sebagai kemudahan kepada golongan asnaf bagi mendapatkan

SIDANG DEWAN NEGERI PAHANG: TUBUH PASUKAN KHAS KEMBALIKAN

REPUTASI FELDA

KUANTAN, 19 NOVEMBER 2020 : Kerajaan Pahang menubuhkan Pasukan Khas

bagi menangani isu Felda untuk merangka strategi mengembalikan reputasi FELDA

serta memastikan pembangunan sosio-ekonomi para peneroka.

Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal FELDA, Koperasi, Usahawan dan Hal Ehwal

Pengguna Negeri Pahang, YB. Dato’ Haji Nazri Ngah berkata, strategi pertama ialah

FELDA berhasrat untuk menamatkan perjanjian dengan FELDA Global Ventures

(FGV) Holdings Berhad tuntutan 350,000 ekar tanah bersama dengan kilang-kilang

dengan impak kewangan berjumlah RM4.1 billion.

“Ini bermaksud, FELDA akan ambil semula tanah-tanah FELDA Plantation dulu yang

telah digadai kepada FELDA Global Ventures (FGV) Holdings Berhad.

“Nombor dua, kita merangka untuk pendapatan RM5,000 sebulan kepada peneroka-

peneroka dalam jangkaan 2025 dengan menukar unit baru kelapa sawit bagi

menghasilkan kuantiti keluaran yang lebih tinggi,” katanya.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan daripada Ahli Dewan Negeri Sungai

Lembing, YB. Dato’ Haji Md Sohaimi Haji Mohamed Shah (BN), berhubung

pendekatan baru FELDA pada Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri

Pahang Ke-14 di Wisma Sri Pahang, di sini, hari ini.

Manakala rangka ketiga pula berkaitan pinjaman peneroka FELDA yang akan

diturunkan daripada 96 kepada 48 bulan dengan potongan 6.25 peratus keuntungan.

FELDA juga merangka satu strategi baru iaitu tanaman alternatif dengan memberi

pinjaman atau pun geran melalui Agro Bank untuk peneroka generasi pertama dan

Page 25: SIDANG DEWAN NEGERI PAHANG: PEMBATALAN HUTAN …19_HB)_S… · Katanya, MUIP telah mengadakan pelbagai program dan skim bantuan sebagai kemudahan kepada golongan asnaf bagi mendapatkan

kedua untuk penanaman nenas, kelapa, ruminan, cili, kunyit hitam, halia muda dan

ternakan ikan air tawar.

“Nombor lima, pasukan khas juga merangka untuk mewujudkan seramai 1,000

usahawan jutawan yang terdiri daripada anak-anak muda FELDA melibatkan

generasi kedua, ketiga dan keempat,” katanya.

Kesemua matlamat ini ditetapkan untuk dicapai secara berperingkat mengikut

keutamaan dalam tempoh satu hingga lima tahun bagi memastikan kelestarian

FELDA dan menjamin kesejahteraan warga peneroka. – PAHANGMEDIA

Disediakan oleh Unit Komunikasi dan Media Pahang (UKOMP) #MajuTerusPahang #Pahang1st #KerajaanNegeriPahang #PahangGo Oleh : Fansurina Abdullah Foto : Putera Falliq Hakim Suhairi

Page 26: SIDANG DEWAN NEGERI PAHANG: PEMBATALAN HUTAN …19_HB)_S… · Katanya, MUIP telah mengadakan pelbagai program dan skim bantuan sebagai kemudahan kepada golongan asnaf bagi mendapatkan

(LIPUTAN BERGAMBAR)

Page 27: SIDANG DEWAN NEGERI PAHANG: PEMBATALAN HUTAN …19_HB)_S… · Katanya, MUIP telah mengadakan pelbagai program dan skim bantuan sebagai kemudahan kepada golongan asnaf bagi mendapatkan

PEMUDA PAS PAHANG SIFATKAN BELANJAWAN 2021 BERI MANFAAT

UNTUK SEMUA

KUANTAN, 19 NOVEMBER 2020: Dewan Pemuda PAS Negeri Pahang (DPPNP)

mengucapkan setinggi-tinggi tahniah dan penghargaan kepada Menteri Besar

Pahang, YAB. Dato’ Seri Haji Wan Rosdy Wan Ismail di atas pembentangan

Belanjawan 2021 bertemakan ‘Kemakmuran Negeri, Manfaat Bersama’ yang sangat

bermakna dan saksama untuk semua lapisan dan golongan rakyat di negeri ini.

Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Pahang, YB. Ustaz Mohd Zakhwan Ahmad

Badarddin berkata, DPPNP melihat belanjawan ini yang mempunyai lebihan

RM5.332 juta sebagai satu belanjawan yang sangat seimbang dengan mengambil

kira situasi semasa ekonomi global, domestik dan juga kesejahteraan semasa rakyat

yang memerlukan sokongan serta suntikan bagi meneruskan kelangsungan

kehidupan dalam situasi pandemik COVID-19 ini.

Beliau yang juga Ahli Dewan Negeri Tahan berkata, bagi mewakili golongan belia,

DPPNP ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih di atas

keprihatinan kerajaan negeri yang menyaksikan sekurang-kurang tiga peruntukan

khusus untuk golongan belia negeri ini termasuklah RM10 juta untuk golongan belia

memulakan perniagaan; RM470,000 untuk pembangunan belia negeri dan juga

insentif one-off kepada pasangan muda yang melangsungkan perkahwinan.

Selain itu menurutnya, pelbagai peruntukan dan insentif lain seperti Rumah PR1MA,

Rumah Makmur dan Rumah Rakyat Pahang serta bantuan untuk anak-anak yang

bakal memasuki tahun satu pada tahun hadapan sudah pasti akan memberi sedikit

kelegaan untuk beban golongan muda di negeri ini.

“Dengan jangkaan peningkatan hasil sebanyak 7.6 peratus pada tahun 2021, kami

yakin kerajaan Muafakat Nasional Negeri Pahang adalah sebuah kerajaan yang

Page 28: SIDANG DEWAN NEGERI PAHANG: PEMBATALAN HUTAN …19_HB)_S… · Katanya, MUIP telah mengadakan pelbagai program dan skim bantuan sebagai kemudahan kepada golongan asnaf bagi mendapatkan

stabil dan kukuh bagi terus menjaga kesejahteraan dan keharmonian rakyat negeri

ini.

“DPPNP juga sangat menghargai kepercayaan dan pengiktirafan kerajaan negeri

dengan turut melibatkan PAS sebagai salah satu kompenen kerajaan negeri dengan

penglibatan diperingkat Jawatankuasa Kemajuan dan Kesejateraan Kampung

(JKKK) dan juga peruntukan terus kepada semua Ahli Dewan Negeri PAS bagi

menguruskan projek-projek kecil dalam Dewan Negeri yang diwakili. Satu

kepercayaan dan pengiktirafan besar buat kami yang akan kami jalankan dengan

penuh tanggungjawab dan amanah,” katanya menerusi kenyataan media hari ini.

Dalam pada itu DPPNP turut mendoakan semoga kesejahteraan bumi Pahang terus

berpanjangan di bawah pentadbiran Kerajaan Muafakat Nasional negeri ini dengan

panduan dan suluhan wahyu daripada Ilahi.

“DPPNP juga menyatakan tekad untuk terus bersama mempertahankan kerajaan ini

bagi memastikan agenda perpaduan ummah terus diperkasa bagi memberi manfaat

buat semua rakyat di negara ini khususnya di Negeri Pahang Darul Makmur. –

PAHANGMEDIA

Disediakan oleh Unit Komunikasi dan Media Pahang (UKOMP) #MajuTerusPahang #Pahang1st #KerajaanNegeriPahang #PahangGo

Page 29: SIDANG DEWAN NEGERI PAHANG: PEMBATALAN HUTAN …19_HB)_S… · Katanya, MUIP telah mengadakan pelbagai program dan skim bantuan sebagai kemudahan kepada golongan asnaf bagi mendapatkan

(LIPUTAN BERGAMBAR)

Page 30: SIDANG DEWAN NEGERI PAHANG: PEMBATALAN HUTAN …19_HB)_S… · Katanya, MUIP telah mengadakan pelbagai program dan skim bantuan sebagai kemudahan kepada golongan asnaf bagi mendapatkan

SIDANG DEWAN NEGERI PAHANG: LANTIK KONTRAKTOR BAHARU

SIAPKAN PPRM KUALA TAHAN

KUANTAN, 19 NOVEMBER 2020: Kerajaan Negeri akan berusaha menghubungi

Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) bagi melantik kontraktor

baharu bagi menyiapkan Projek Program Perumahan Rakyat Malaysia (PPRM)

Kuala Tahan di Jerantut yang sudah lama terbengkalai.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan dan Perumahan Negeri Pahang, YB.

Dato’ Abd Rahim Muda berkata, Projek PPRM di Kuala Tahan merupakan projek di

bawah Jabatan Perumahan Negara (JPN) di bawah Kementerian Perumahan dan

Kerajaan Tempatan (KPKT).

Katanya, JPN masih belum menyerahkan projek yang masih dalam pembinaan

tersebut kepada Pejabat Setiausaha Kerajaan Pahang untuk diambil alih sebelum

dapat diteruskan oleh Kerajaan Negeri.

“Saya difahamkan kontraktor terdahulu tidak berupaya untuk melakukan kerja-kerja

perumahan ini dan saya akan berhubung dengan pihak KPKT bagi memastikan

kontraktor baru akan dilantik bagi meneruskan kerja-kerja pembinaan,” katanya.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan daripada Ahli Dewan Negeri Tahan,

YB. Encik Mohd Zakhwan Ahmad Badarddin (PAS), berhubung pembinaan PPRM

Kuala Tahan pada Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Pahang Ke-14

di Wisma Sri Pahang, di sini, hari ini. – PAHANGMEDIA

Disediakan oleh Unit Komunikasi dan Media Pahang (UKOMP) #MajuTerusPahang #Pahang1st #KerajaanNegeriPahang #PahangGo Oleh: Fansurina Abdullah Foto: Putera Falliq Hakim Suhairi

Page 31: SIDANG DEWAN NEGERI PAHANG: PEMBATALAN HUTAN …19_HB)_S… · Katanya, MUIP telah mengadakan pelbagai program dan skim bantuan sebagai kemudahan kepada golongan asnaf bagi mendapatkan

(LIPUTAN BERGAMBAR)

Page 32: SIDANG DEWAN NEGERI PAHANG: PEMBATALAN HUTAN …19_HB)_S… · Katanya, MUIP telah mengadakan pelbagai program dan skim bantuan sebagai kemudahan kepada golongan asnaf bagi mendapatkan

SIDANG DEWAN NEGERI PAHANG: LAKSANA PELBAGAI INISIATIF BANTU

RAKYAT HILANG PEKERJAAN

KUANTAN, 19 NOVEMBER 2020: Kerajaan negeri melalui Pertubuhan

Keselamatan Sosial (PERKESO) telah melaksanakan pelbagai inisiatif dalam

membantu rakyat Pahang yang terjejas dan kehilangan pekerjaan.

Pengerusi Jawatankuasa Sumber Manusia, Belia, Sukan dan Badan-Badan Bukan

Kerajaan Pahang, YB. Dato’ Sri Haji Mohd Johari Haji Hussain berkata, antara

usaha ialah menaik taraf portal kerajaan atau MYFutureJobs, Hiring Incentive

Programme, karnival pekerjaan dan temuduga terbuka, Program Subsidi Upah dan

juga Sistem Insurans Pekerjaan.

“Melalui portal MYFutureJobs dan juga Job Fair Malaysia, sehingga 16 November

2020 terdapat sebanyak 1,527 majikan yang berdaftar dengan menawarkan 18,408

pelbagai jawatan kosong.

“Seramai 2,491 calon pekerja yang telah berdaftar dan 2,980 jawatan telah diisi.

Semua pendekatan ini diharap dapat memberi lebih manfaat kepada rakyat Pahang

dalam menguruskan ekonomi dalam mendepani kehidupan serba mencabar kini,”

katanya.

Beliau berkata demikian ketika sesi penggulungan pada Mesyuarat Ketiga Penggal

Ketiga Dewan Negeri (DN) Pahang Ke-14 di Wisma Sri Pahang di sini, hari ini.

Dalam pada itu, beliau berkata melalui inisiatif pelaburan kerajaan negeri, sebanyak

9,045 ruang pekerjaan berjaya menampung kadar pengangguran di negeri ini

sebanyak 2.8 peratus sehingga pada suku ketiga tahun ini.

Menjawab pertanyaan Ahli Dewan Negeri Mentakab, YB. Encik Woo Chee Wan

berkenaan penyediaan latihan kepada penganggur berpengalaman, Dato’ Sri Haji

Mohd Johari berkata di bawah Sistem Insuran Pekerjaan sebanyak RM220,600 telah

dibelanjakan untuk latihan dan telah membayar elaun sebanyak RM10,500.

Sementara itu, bagi tahun 2021 kerajaan negeri akan melaksanakan karnival

pekerjaan dan tiga temuduga terbuka secara bulanan di tiga buah PERKESO iaitu di

Kuantan, Temerloh dan Bentong.

Page 33: SIDANG DEWAN NEGERI PAHANG: PEMBATALAN HUTAN …19_HB)_S… · Katanya, MUIP telah mengadakan pelbagai program dan skim bantuan sebagai kemudahan kepada golongan asnaf bagi mendapatkan

“Secara keseluruhan bagi tahun 2021 dijangka sebanyak 37 program temuduga

terbuka akan diadakan termasuk Mini Job Fair,” katanya.

Ia menjawab soalan Ahli Dewan Negeri (ADN) Ketari, YB. Puan Young Syefura

Othman yang bertanyakan berkenaan perancangan Pahang Job Fair pada tahun

akan datang.

Sementara itu, menyentuh berkenaan pembangunan sukan negeri pula, beliau

berterima kasih kepada YAB. Menteri Besar Pahang yang telah meluluskan

peruntukan tambahan sebanyak RM2.8 juta yang merangkumi perbelanjaan

mengurus dan pembangunan Majlis Sukan Pahang bagi kerja-kerja kawalan

keselamatan, pembaikan bagi meningkatkan perkhidmatan infrastruktur dan

pengurusan.

“Pada masa ini pembangunan atlit tertumpu di beberapa daerah sahaja iaitu di

Pekan, Kuantan, Rompin dan Temerloh.

“Kita akan terus menghasilkan atlit berpotensi dalam sukan badminton, hoki,

badminton, bola jaring, golf, olahraga dan sebagainya,” katanya.

Tambahnya, kerajaan negeri juga dalam perancangan untuk menubuhkan Akademi

Badminton, Akademi Golf dan Akademi e-Sport Negeri Pahang. -PAHANGMEDIA

Disediakan oleh Unit Komunikasi dan Media Pahang (UKOMP) #MajuTerusPahang #Pahang1st #KerajaanNegeriPahang #PahangGo Oleh: Fairus Mohd Foto: Muhammad Muslimi Abd Rahim

Page 34: SIDANG DEWAN NEGERI PAHANG: PEMBATALAN HUTAN …19_HB)_S… · Katanya, MUIP telah mengadakan pelbagai program dan skim bantuan sebagai kemudahan kepada golongan asnaf bagi mendapatkan

(LIPUTAN BERGAMBAR)

Page 35: SIDANG DEWAN NEGERI PAHANG: PEMBATALAN HUTAN …19_HB)_S… · Katanya, MUIP telah mengadakan pelbagai program dan skim bantuan sebagai kemudahan kepada golongan asnaf bagi mendapatkan

60 PERATUS PPS PAHANG TELAH DIJALANKAN SANITASI AWAM

KUANTAN, 19 NOVEMBER 2020: Pihak bomba telah melakukan proses sanitasi

awam terhadap hampir 60 peratus Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di negeri ini

sebagai langkah awal menghadapi kejadian banjir akibat musim tengkujuh.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, YH. Ir. Haji

Wan Mohammad Zaidi Wan Isa berkata proses sanitasi ini telah bermula sejak

minggu lepas dan dijangka selesai pada minggu hadapan.

“Jabatan Bomba bermula pada minggu lepas lagi iaitu bermula selepas mesyuarat

Jawatankuasa Bencana Negeri, kita diminta untuk menjalankan sanitasi awam di

647 PPS di negeri ini.

“Jadi Jabatan Bomba dah menggerakkan sehingga hari ini hampir 60 peratus PPS

banjir ini di buat sanitasi awam dan kita akan terus jalankan sehingga selesai,”

katanya ketika sidang media berkaitan Persiapan dan Kesiapsiagaan JBPM Pahang

Sempena Menghadapi Musim Tengkujuh hari ini di Ibu Pejabat JBPM Pahang.

Beliau berkata proses sanitasi awam ini akan tetap diteruskan selepas pusat-pusat

PPS ini diaktifkan namun ia akan dilakukan oleh petugas di tempat tersebut.

“Cuma setelah diaktifkan PPS itu, proses sanitasi ini akan dilaksanakan oleh

petugas PPS yang ada namun di bawah bimbingan Jabatan Bomba.

“Sebab pada masa itu Jabatan Bomba mungkin tidak mempunyai kesempatan untuk

melakukan proses ini (sanitasi) kerana akan lebih memberikan tumpuan kepada

kerja menyelamat dan memindahkan mangsa banjir,” katanya.

Beliau berkata pihak bomba juga telah membekukan cuti 953 anggota bomba di

negeri ini sebagai langkah menghadapi banjir.

“Kita telah bekukan cuti anggota kita yang terlibat dengan operasi berkaitan banjir

sebagai langkah untuk menyiapkan para petugas menghadapi banjir norma baharu

ini.

Page 36: SIDANG DEWAN NEGERI PAHANG: PEMBATALAN HUTAN …19_HB)_S… · Katanya, MUIP telah mengadakan pelbagai program dan skim bantuan sebagai kemudahan kepada golongan asnaf bagi mendapatkan

“Kita telah mengeluarkan surat kepada anggota terlibat di mana cuti mereka

dibekukan bermula daripada bulan ini sehingga satu tarikh yang akan diberitahu

selain akan dibantu oleh 129 bomba bantuan,” katanya.

Tambah beliau lagi, anggota yang terlibat juga telah dimaklumkan untuk membuat

rondaan terutamanya di kawasan-kawasan yang sering dinaiki air supaya bantuan

dapat diberikan secepat mungkin.

“Macam balai di kawasan Pekan, Temerloh kita telah minta mereka buat rondaan

secara kerap terutamanya bila hujan tak berhenti sehari dua kerana kita nak bantuan

diberikan tanpa menunggu panggilan daripada mangsa terlibat.

“Semua balai di negeri ini juga telah melakukan latihan berkaitan penggunaan

peralatan dan kerja-kerja menyelamat bagi menyesuaikan diri mereka dengan

prosedur operasi standard (SOP) berkaitan Covid-19,” katanya.

Menurut beliau, pasukan bomba juga akan dibantu oleh anggota Kementerian

Kesihatan Malaysia (KKM) sebagai langkah awal terutamanya melibatkan

pemindahan pesakit Covid-19 atau mereka yang dikuarantinkan.

“Dalam Mesyuarat Bencana Negeri kita telah dimaklumkan bahawa KKM akan turut

serta di dalam operasi yang akan dijalankan.

“Kita juga akan memastikan anggota memakai PPE ketika operasi menyelamat

selain memastikan penjarakan dan mengehadkan bilangan orang di dalam bot dan

trak penyelamat,” katanya. -PAHANGMEDIA

Disediakan oleh Unit Komunikasi dan Media Pahang (UKOMP) #MajuTerusPahang #Pahang1st #KerajaanNegeriPahang #PahangGo Oleh: Ain Nadhirah Basha

Page 37: SIDANG DEWAN NEGERI PAHANG: PEMBATALAN HUTAN …19_HB)_S… · Katanya, MUIP telah mengadakan pelbagai program dan skim bantuan sebagai kemudahan kepada golongan asnaf bagi mendapatkan

(LIPUTAN BERGAMBAR)

Page 38: SIDANG DEWAN NEGERI PAHANG: PEMBATALAN HUTAN …19_HB)_S… · Katanya, MUIP telah mengadakan pelbagai program dan skim bantuan sebagai kemudahan kepada golongan asnaf bagi mendapatkan
Page 39: SIDANG DEWAN NEGERI PAHANG: PEMBATALAN HUTAN …19_HB)_S… · Katanya, MUIP telah mengadakan pelbagai program dan skim bantuan sebagai kemudahan kepada golongan asnaf bagi mendapatkan

SIDANG DEWAN NEGERI PAHANG: TIGA STRATEGI PERKASA SEKTOR

PERTANIAN DI PAHANG

KUANTAN, 19 NOVEMBER 2020: Jabatan Pertanian Pahang telah menyusun tiga

strategi bagi memperkemaskan lagi pelaksanaan program di peringkat lapangan.

Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Bioteknologi Negeri, YB.

Dato’ Sri Ir. Haji Mohd. Soffi Tan Sri Abd. Razak berkata, strategi pertama ialah

pembangunan agromakanan berorientasikan eksport dengan teknologi moden.

“Strategi pertama ini mengenal pasti beberapa tanaman yang akan diberi tumpuan

kerana faktor nilai tinggi seperti seperti durian D197 (Musang King) dan nangka

madu J33 dan lain-lain.

“Strategi lain ialah memperkasa modal insan dalam pembangunan agromakanan

serta amalan pertanian baik dan persijilan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika sesi penggulungan pada Mesyuarat Ketiga Penggal

Ketiga Dewan Negeri (DN) Pahang Ke-14 di Wisma Sri Pahang di sini, hari ini.

Dalam pada itu, beliau berterima kasih kepada YAB. Menteri Besar di atas

peruntukan sebanyak RM5.5 juta kepada Jabatan Pertanian bagi memantapkan

sektor agromakanan terutamanya bagi peningkatan pengeluaran bahan makanan

seperti buah-buahan, sayur-sayuran, tanaman kontan, herba dan juga tanaman lain.

“Bagi meningkatkan lagi pengeluaran hasil bahan makanan di negeri Pahang, pihak

Pertanian menyediakan peruntukan pembangunan sebanyak RM3.15 juta bagi

tahun 2021.

“Kita anggarkan 200 orang petani akan dapat dibantu bagi pembangunan tanaman

buah-buahan, sayur-sayuran, tanaman kontan, herba, rempah ratus, kelapa serta

pemeliharaan lebah kelulut,” katanya.

Sementara itu, beliau berkata pembangunan produk hiliran hasil tanaman industri

hasil tani akan digerakkan mengikut kluster agar hasil dapat ditambah nilai untuk

meningkatkan sumber pendapatan yang lebih tinggi kepada pengusaha.

Page 40: SIDANG DEWAN NEGERI PAHANG: PEMBATALAN HUTAN …19_HB)_S… · Katanya, MUIP telah mengadakan pelbagai program dan skim bantuan sebagai kemudahan kepada golongan asnaf bagi mendapatkan

“Peruntukan sebanyak RM450,000 disediakan tahun depan bagi membimbing

pengusaha produk hiliran,” katanya.

YB. Dato’ Sri Ir. Haji Mohd. Soffi dalam ucapannya berkata, pihak Agrobank

menyediakan pembiayaan bagi membantu perniagaan dan isi rumah yang terjejas

akibat COVID-19.

“Sehingga 31 Oktober lalu, Agrobank Wilayah Pahang telah meluluskan pembiayaan

kepada 127 orang pelanggan dengan nilai RM22.81 juta, manakala di bawah

PENJANA sebanyak RM1.61 juta telah diluluskan kepada 177 peminjam

agromakanan.

“Pembiayaan bagi agromakanan ini masih dibuka dan boleh dipohon di mana-mana

cawangan Agrobank yang terdekat. Belia yang berminat untuk melibatkan diri juga

boleh memohon kepada bank serta Jabatan Pertanian, Veterinar dan Perikanan di

daerah masing-masing,” katanya.

Dalam pada itu, beliau turut menerima aduan daripada 24 orang pengusaha melibat

397 petak sangkar ikan yang terjejas setakat ini melalui Pejabat Daerah.

“Mesyuarat telah diadakan dengan pengusaha serta Jabatan Perikanan supaya

dapat menimbang untuk beri saguhati atau pampasan kepada penternak berkaitan.

“Rundingan masih dilakukan dan saya juga berharap agar nasib penternak terlibat

mendapat pembelaan sewajarnya,” katanya. -PAHANGMEDIA

Disediakan oleh Unit Komunikasi dan Media Pahang (UKOMP) #MajuTerusPahang #Pahang1st #KerajaanNegeriPahang #PahangGo Oleh: Fairus Mohd Foto: Muhammad Muslimi Abd Rahim

Page 41: SIDANG DEWAN NEGERI PAHANG: PEMBATALAN HUTAN …19_HB)_S… · Katanya, MUIP telah mengadakan pelbagai program dan skim bantuan sebagai kemudahan kepada golongan asnaf bagi mendapatkan

(LIPUTAN BERGAMBAR)

Page 42: SIDANG DEWAN NEGERI PAHANG: PEMBATALAN HUTAN …19_HB)_S… · Katanya, MUIP telah mengadakan pelbagai program dan skim bantuan sebagai kemudahan kepada golongan asnaf bagi mendapatkan

SIDANG DEWAN NEGERI PAHANG: LAKSANA LANGKAH STRATEGIK GALAK

PERTUMBUHAN EKONOMI

KUANTAN, 19 NOVEMBER 2020 : Kerajaan Pahang melaksanakan langkah

strategik bagi jangka sederhana dan jangka panjang bagi merangsang pertumbuhan

ekonomi berdaya tahan dan kompetetif.

Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal FELDA, Koperasi, Usahawan dan Hal Ehwal

Pengguna Negeri Pahang, YB. Dato’ Haji Nazri Ngah berkata, Kerajaan

Persekutuan bersama kerajaan negeri telah pun mengumumkan beberapa inisiatif

untuk merangsang memantapkan sektor ekonomi negara dan negeri.

Katanya, bagi memperkukuhkan langkah-langkah ini serta menjamin asas ekonomi

yang lebih teguh, kerajaan negeri berusaha mengambil inisiatif untuk melaksanakan

langkah-langkah strategik pertumbuhan ekonomi untuk rakyat Pahang terutama

pengusaha Industri Kecil dan Sederhana (IKS).

“Antara langkah-langkah yang telah dan sedang dilaksanakan adalah membenarkan

penjaja kecil mikro berniaga di kawasan perumahan tanpa perlu mengambil lesen.

“Kerajaan negeri lebih terkedepan berbanding Wilayah Persekutuan dalam memberi

kebenaran kepada peniaga berniaga tanpa lesen di kawasan perumahan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika membuat penggulungan pada Mesyuarat Ketiga

Penggal Ketiga Dewan Negeri Pahang Ke-14 di Wisma Sri Pahang, di sini, hari ini.

Katanya, sehingga September 2020, seramai 1.67 juta pemohon bantuan di Negeri

Pahang telah menerima bantuan Penjana, Prihatin dan Prihatin TKS dengan nilai

bantuan sebanyak RM2.015 bilion bagi negeri Pahang.

Page 43: SIDANG DEWAN NEGERI PAHANG: PEMBATALAN HUTAN …19_HB)_S… · Katanya, MUIP telah mengadakan pelbagai program dan skim bantuan sebagai kemudahan kepada golongan asnaf bagi mendapatkan

Kerajaan juga melakukan pelbagai usaha bagi memastikan harga barang stabil dan

mencukupi bagi memenuhi keperluan penduduk negeri ini.

Berdasarkan rekod Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal

Pengguna (KPDNHEP) Negeri Pahang, bekalan makanan adalah mencukupi bagi

memenuhi keperluan pengguna meskipun ketika negara dilanda wabak COVID-19.

Kerajaan negeri juga memberi tumpuan terhadap dua fokus utama pemerkasaan

ekonomi bagi menjayakan Projek Transformasi Ekonomi agar selaras dengan

agenda nasional.

“Fokus pertama adalah pembangunan modal insan dengan menitikberatkan

pembangunan kemahiran keusahawanan dan fokus kedua adalah memperhebatkan

program kemahiran usahawan,” katanya.

Malah pembangunan usahawan juga turut memberi fokus kepada generasi kedua

hingga keempat FELDA dan golongan Orang Kelainan Upaya (OKU). –

PAHANGMEDIA

Disediakan oleh Unit Komunikasi dan Media Pahang (UKOMP) #MajuTerusPahang #Pahang1st #KerajaanNegeriPahang #PahangGo Oleh : Fansurina Abdullah Foto : Putera Falliq Hakim Suhairi

Page 44: SIDANG DEWAN NEGERI PAHANG: PEMBATALAN HUTAN …19_HB)_S… · Katanya, MUIP telah mengadakan pelbagai program dan skim bantuan sebagai kemudahan kepada golongan asnaf bagi mendapatkan

(LIPUTAN BERGAMBAR)

Page 45: SIDANG DEWAN NEGERI PAHANG: PEMBATALAN HUTAN …19_HB)_S… · Katanya, MUIP telah mengadakan pelbagai program dan skim bantuan sebagai kemudahan kepada golongan asnaf bagi mendapatkan

SIDANG DEWAN NEGERI PAHANG: PERUNTUKAN MANTAPKAN LAGI

PENGURUSAN AGAMA

KUANTAN, 19 NOVEMBER 2020: Peruntukan yang disalurkan Kerajaan Pahang

dan Pusat pada setiap tahun dapat meningkatkan segala usaha yang dilakukan

dalam memantapkan lagi syiar Islam di negeri ini.

Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam dan Pendidikan Negeri, YB. Dato’

Sri Syed Ibrahim Syed Ahmad berkata, peruntukan sebanyak RM128.35 juta

disalurkan pada tahun ini bagi perbelanjaan mengurus dan pembangunan Jabatan

Agama Islam Pahang (JAIP).

“Selain itu, kita turut menerima peruntukan dari Kerajaan Persekutuan melalui

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) sebanyak RM39.59 juta bagi bayaran

elaun kepada 2628 orang guru KAFA, 3795 orang pegawai kariah masjid dan 405

orang guru tahmid,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika sesi penggulungan pada Mesyuarat Ketiga Penggal

Ketiga Dewan Negeri (DN) Pahang Ke-14 di Wisma Sri Pahang di sini, hari ini.

Dalam pada itu, YB. Dato’ Sri Syed Ibrahim berkata, pihak JAKIM juga telah

menyalurkan peruntukan pembangunan sebanyak RM743,200 bagi pembaikan dan

penyelenggaraan 18 buah SMAT.

“Selain itu, JAIP telah diluluskan peruntukan sebanyak RM7 juta oleh Pejabat

Pembangunan Persekutuan bagi pembinaan dua buah masjid, RM3.85 juta bagi

pembinaan lima buah surau serta RM2.75 juta oleh ECER bagi penyelenggaraan

dan naiktaraf SMAT yang terletak di daerah Pekan, Rompin, Jerantut, Maran

Temerloh dan Bera,” katanya.

Menurutnya lagi, bagi tahun 2021 pula, kerajaan negeri akan memperuntukkan

sebanyak RM129.26 juta bagi kedua-dua perbelanjaan mengurus dan

pembangunan JAIP.

“Ia merangkumi gaji, emolumen, bekalan dan perkhidmatan serta naik taraf dan

penyelenggaraan bangunan-bangunan JAIP termasuk Pejabat Agama Daerah dan

Sekolah-sekolah Agama Negeri.

Page 46: SIDANG DEWAN NEGERI PAHANG: PEMBATALAN HUTAN …19_HB)_S… · Katanya, MUIP telah mengadakan pelbagai program dan skim bantuan sebagai kemudahan kepada golongan asnaf bagi mendapatkan

“Kerajaan negeri juga akan terus melaksanakan inisiatif-inisiatif bagi meningkatkan

syiar Islam melalui Bantuan Prihatin Pahang 2021,” katanya.

Menurutnya, antaranya ialah bayaran one-off sebanyak RM750 kepada 1032 orang

imam kariah, RM250 kepada 888 orang bilal dan 888 orang siak dan RM300 kepada

2628 orang guru KAFA di negeri ini.

“Turut tersenarai ialah bayaran RM300 kepada guru Al-Quran dan Fardhu Ain

asrama dan juga tambahan elaun sebanyak RM200 kepada 350 orang guru terlibat.

“Perolehan bantuan 16 buah kenderaan juga adalah bukti usaha murni daripada

YAB. Menteri Besar Pahang yang sentiasa memikirkan kebajikan dan kepentingan

urusan agama di negeri ini,” katanya. –PAHANGMEDIA

Disediakan oleh Unit Komunikasi dan Media Pahang (UKOMP) #MajuTerusPahang #Pahang1st #KerajaanNegeriPahang #PahangGo Oleh: Fairus Mohd Foto: Muhammad Muslimi Abd Rahim

Page 47: SIDANG DEWAN NEGERI PAHANG: PEMBATALAN HUTAN …19_HB)_S… · Katanya, MUIP telah mengadakan pelbagai program dan skim bantuan sebagai kemudahan kepada golongan asnaf bagi mendapatkan

(LIPUTAN BERGAMBAR)

Page 48: SIDANG DEWAN NEGERI PAHANG: PEMBATALAN HUTAN …19_HB)_S… · Katanya, MUIP telah mengadakan pelbagai program dan skim bantuan sebagai kemudahan kepada golongan asnaf bagi mendapatkan

SIDANG DEWAN NEGERI PAHANG: KERAJAAN PAHANG KOMITED ATASI ISU

PERUMAHAN RAKYAT

KUANTAN, 19 NOVEMBER 2020 : Kerajaan Pahang komited dalam membantu

rakyat negeri ini bagi mengatasi isu perumahan menerusi pelbagai program

perumahan bersesuaian dengan kemampuan rakyat.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan dan Perumahan Negeri Pahang, YB.

Dato’ Abd Rahim Muda berkata, kerajaan telah menyediakan Perumahan Rakyat

1Malaysia (PR1MA) Pahang, Rumah Makmur dan Rumah Rakyat Pahang (RRP)

berdasarkan kelayakan dan kemampuan penduduk.

Jelasnya, kepada rakyat yang berkemampuan boleh membuat permohonan PR1MA

Pahang berharga RM150,000, manakala Rumah Makmur pula berharga RM80,000.

“Sekiranya pembeli tersenarai dengan E-Kasih, tidak mempunyai slip gaji dan tidak

berkemampuan untuk membeli rumah yang telah ditawarkan, mereka layak

menerima RRP yang diberikan secara percuma berjumlah 98 unit di seluruh negeri.

“Kaedah pemilihan dilaksanakan oleh pemimpin setempat dengan menilai penerima

yang benar-benar layak,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika membuat penggulungan pada Mesyuarat Ketiga

Penggal Ketiga Dewan Negeri Pahang Ke-14 di Wisma Sri Pahang, di sini, hari ini.

Dalam pada itu, kerajaan turut memperuntukkan sejumlah RM290,000 bagi kerja

memperbaiki rumah daif dan rosak dengan bantuan maksimum RM10,000 bagi

sebuah rumah.

YB. Dato’ Abd. Rahim turut mengharapkan kerjasama orang ramai dalam usaha

memperkasakan kesejahteraan dan kelestarian di semua bandar di negeri ini.

Beliau turut berkongsi pencapaian Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) dan Majlis

Perbandaran Bentong (MPB) yang diisytiharkan antara 10 bandar paling bahagia di

Malaysia.

Page 49: SIDANG DEWAN NEGERI PAHANG: PEMBATALAN HUTAN …19_HB)_S… · Katanya, MUIP telah mengadakan pelbagai program dan skim bantuan sebagai kemudahan kepada golongan asnaf bagi mendapatkan

MPK juga diiktiraf sebagai bandar mampan 2020 selepas Majlis Perbandaran Klang.

“Insya-Allah, pada tahun hadapan, MPK akan jadi Majlis Bandaraya Kuantan dan

bagi tujuan itu, kita sangat mengharapkan kerjasama daripada penduduk Kuantan

untuk sama-sama memberi sokongan dalam usaha mencapai sasaran itu,” katanya.

Kerajaan Negeri juga turut memperuntukkan sejumlah RM3.2 juta menerusi

pengurangan bayaran sewa Perumahan Awam Kos Rendah (PAKR) bagi bulan April

hingga Mei 2020 dalam membantu rakyat yang terkesan ekoran Perintah Kawalan

Pergerakan (PKP) baru-baru ini.

Kerajaan Negeri turut memberikan bantuan one-off kepada 1,108 petugas PBT yang

terlibat sepanjang PKP sebanyak RM200 seorang melibatkan peruntukan berjumlah

RM221,600.

Selain itu, bagi meneruskan kelangsungan sektor perniagaan ketika PKP

dilaksanakan, kerajaan negeri menerusi PBT turut menggalakkan sistem

penghantaran ke rumah / pejabat dijalankan oleh peniaga-peniaga makanan.

“Saya juga bersyukur kerana kerajaan telah menyalurkan peruntukan pembangunan

PBT berjumlah RM92 juta bagi melahirkan bandar sejahtera dan lestari,” katanya. –

PAHANGMEDIA

Disediakan oleh Unit Komunikasi dan Media Pahang (UKOMP) #MajuTerusPahang #Pahang1st #KerajaanNegeriPahang #PahangGo Oleh : Fansurina Abdullah Foto : Putera Falliq Hakim Suhairi

Page 50: SIDANG DEWAN NEGERI PAHANG: PEMBATALAN HUTAN …19_HB)_S… · Katanya, MUIP telah mengadakan pelbagai program dan skim bantuan sebagai kemudahan kepada golongan asnaf bagi mendapatkan

(LIPUTAN BERGAMBAR)

Page 51: SIDANG DEWAN NEGERI PAHANG: PEMBATALAN HUTAN …19_HB)_S… · Katanya, MUIP telah mengadakan pelbagai program dan skim bantuan sebagai kemudahan kepada golongan asnaf bagi mendapatkan

SIDANG DEWAN NEGERI PAHANG: PERUNTUKAN LEBIH RM2 JUTA TANDA

PENGHARGAAN KEPADA WANITA

KUANTAN, 19 NOVEMBER 2020: Kerajaan Negeri sentiasa memberi perhatian

kepada golongan wanita di mana lebih RM2 juta disalurkan dalam pembentangan

Bajet Negeri Pahang 2021.

Pengerusi Jawatankuasa Kebudayaan, Perpaduan, Kebajikan Masyarakat,

Pembangunan Wanita dan Keluarga Negeri Pahang, YB. Dato’ Sri Hajah Shahaniza

Shamsuddin berkata, sebanyak RM772,000 disalurkan bagi pembangunan wanita

dan RM1.5 juta melalui program Cakna Suri iaitu ujian mammogram secara percuma

yang akan melibatkan 6,000 orang wanita di negeri ini.

“Ini membuktikan keprihatinan kerajaan negeri terhadap kaum wanita sejajar dengan

dasar wanita negara adalah untuk membangunkan potensi dan mendayaupayakan

wanita daripada pelbagai lapisan masyarakat dalam semua sektor sebagai agen

perubahan kepada masyarakat.

“Ini kerana wanita juga bertindak sebagai penyumbang kepada penyumbang

ekonomi dan sosial negara dan negeri khususnya,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika sesi penggulungan pada Mesyuarat Ketiga Penggal

Ketiga Dewan Negeri (DN) Pahang Ke-14 di Wisma Sri Pahang di sini, hari ini.

Sementara itu, menyentuh berkenaan kebajikan di negeri ini, YB. Dato’ Sri Hajah

Shahaniza berkata, semua golongan yang memerlukan telah diberi ‘sentuhan’ di

dalam bajet kali ini.

“Kerajaan negeri telah menyalurkan sebanyak RM3 juta kepada Kumpulan Wang

Amanah Jawatankuasa Malapetaka Negeri Pahang di bawah kawalan Jabatan

Kebajikan Masyarakat (JKM) Pahang melalui tahun 2021 iaitu peningkatan

sebanyak RM1 juta berbanding tahun lalu.

Kerajaan negeri juga telah selesai menyalurkan bantuan barangan ke 118 buah

pangkalan hadapan di seluruh negeri Pahang sebagai persediaan menghadapi

Monsun Timur Laut kali ini.

Page 52: SIDANG DEWAN NEGERI PAHANG: PEMBATALAN HUTAN …19_HB)_S… · Katanya, MUIP telah mengadakan pelbagai program dan skim bantuan sebagai kemudahan kepada golongan asnaf bagi mendapatkan

Penghargaan terus diberikan di atas keprihatinan YAB. Menteri Besar Pahang yang

turut menyalurkan Bantuan Prihatin Pahang sebanyak RM250 kepada seramai 2054

orang warga emas berusia 80 tahun ke atas dengan jumlah keseluruhan

RM513,500.

“Bantuan one-off turut diberikan kepada golongan Orang Kurang Upaya (OKU)

melibatkan seramai 33973 orang dengan jumlah keseluruhan RM8,493,250.

Berdasarkan rekod JKM seramai 34,081 OKU telah berdaftar di negeri Pahang

sehingga 16 November 2020, manakala jumlah OKU yang menerima bantuan

bulanan adalah seramai 12,207 orang iaitu penerima elaun pekerja cacat (5,371

orang), bantuan penjagaan OKU sakit terlantar (2,103 orang) dan penerima bantuan

OKU tidak upaya bekerja (4,733 orang).

Menurutnya, JKM juga memberi saguhati sebanyak RM150 sebulan kepada 1,362

orang pelatih OKU yang mengikuti latihan pemulihan di PPDK.

YAB Menteri Besar Pahang juga telah memperuntukkan sebanyak RM10,000 setiap

52 buah Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) dengan tujuan memberi latihan

kepada Orang Kurang Upaya (OKU) dan ia menjadi jumlah tertinggi berbanding

RM1,000 bagi setiap PDK sebelum ini. -PAHANGMEDIA

Disediakan oleh Unit Komunikasi dan Media Pahang (UKOMP) #MajuTerusPahang #Pahang1st #KerajaanNegeriPahang #PahangGo Oleh: Fairus Mohd Foto: Muhammad Muslimi Abd Rahim

Page 53: SIDANG DEWAN NEGERI PAHANG: PEMBATALAN HUTAN …19_HB)_S… · Katanya, MUIP telah mengadakan pelbagai program dan skim bantuan sebagai kemudahan kepada golongan asnaf bagi mendapatkan

(LIPUTAN BERGAMBAR)

Page 54: SIDANG DEWAN NEGERI PAHANG: PEMBATALAN HUTAN …19_HB)_S… · Katanya, MUIP telah mengadakan pelbagai program dan skim bantuan sebagai kemudahan kepada golongan asnaf bagi mendapatkan

SIDANG DEWAN NEGERI PAHANG: PAHANG JADI DESTINASI PILIHAN

PERTAMA PELANCONG

KUANTAN, 19 NOVEMBER 2020: Keindahan dan keistimewaan alam semulajadi di

negeri ini menjadikannya destinasi pelancongan utama di kalangan pelancong.

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Alam Sekitar, Perladangan

dan Komoditi Negeri Pahang, YB. Dato’ Sri Haji Mohd Sharkar Haji Shamsudin

berkata, kenyataan tersebut disokong oleh kaji selidik yang telah dilakukan pada

tahun ini.

“Pahang adalah negeri pertama menjadi pilihan pelancong dari seluruh negeri di

Malaysia adalah sebanyak 30.2 peratus daripada 10,000 orang diikuti negeri

Melaka, Kuala Lumpur dan Selangor.

“Kesan COVID-19 telah menjejaskan jumlah kedatangan pelancong ke Pahang pada

tahun ini iaitu hanya 2.7 juta orang sahaja berbanding 6.3 juta orang dalam tempoh

sama tahun sebelumnya. Namun, selepas Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan

(PKPP) bermula Jun hingga Oktober lalu, Pahang telah mendapat satu lonjakan

ketibaan pelancong iaitu sebanyak 5.4 juta orang” katanya.

Beliau berkata demikian ketika sesi penggulungan pada Mesyuarat Ketiga Penggal

Ketiga Dewan Negeri Pahang Ke-14 di Wisma Sri Pahang di sini, hari ini.

Sementara itu YB Dato’ Sri Haji Mohd Sharkar berkata, pada tahun lalu sektor

pelancongan negeri menerima peruntukan sebanyak RM 1.5 juta bagi 16 buah

projek penyediaan infrastruktur dan pelancongan negeri.

“Terima kasih juga kepada Kerajaan Pusat yang telah menyalurkan sebahagian

daripada cukai pelancongan iaitu sebanyak RM7.8,” katanya.

Page 55: SIDANG DEWAN NEGERI PAHANG: PEMBATALAN HUTAN …19_HB)_S… · Katanya, MUIP telah mengadakan pelbagai program dan skim bantuan sebagai kemudahan kepada golongan asnaf bagi mendapatkan

Beliau berkata, penghargaan terima kasih kepada YAB Menteri Besar Pahang

kerana dalam bajet tahun ini telah memperuntukkan sebanyak RM5 juta kepada

Tourism Pahang bagi menggiatkan usaha mempromosi sektor pelancongan di

negeri Pahang bagi tahun 2021.

“Kerajaan negeri juga memperuntukkan sebanyak RM10 juta bagi mengurus dan

mentadbir Perbadanan Muzium Negeri Pahang termasuk menaik taraf muzium-

muzium dan kajian pembangunan artifak serta mewartakan beberapa kawasan

sebagai kawasan pelancongan negeri Pahang.

“Manakala sebanyak RM2 juta diberi sebagai peruntukan bagi membaik pulih

infrastruktur pelancongan yang dikenal pasti untuk memberi keselesaan kepada

pengunjung,” katanya. -PAHANGMEDIA

Disediakan oleh Unit Komunikasi dan Media Pahang (UKOMP) #MajuTerusPahang #Pahang1st #KerajaanNegeriPahang #PahangGo Oleh: Fairus Mohd Foto: Muhammad Muslimi Abd Rahim

Page 56: SIDANG DEWAN NEGERI PAHANG: PEMBATALAN HUTAN …19_HB)_S… · Katanya, MUIP telah mengadakan pelbagai program dan skim bantuan sebagai kemudahan kepada golongan asnaf bagi mendapatkan

(LIPUTAN BERGAMBAR)

Page 57: SIDANG DEWAN NEGERI PAHANG: PEMBATALAN HUTAN …19_HB)_S… · Katanya, MUIP telah mengadakan pelbagai program dan skim bantuan sebagai kemudahan kepada golongan asnaf bagi mendapatkan

SIDANG DEWAN NEGERI PAHANG: PAHANG KEMUKA PERMOHONAN BINA

BANGUNAN BAHARU, PROJEK JALAN RM16.09 BILION TAHUN HADAPAN

KUANTAN, 19 NOVEMBER 2020 : Kerajaan Pahang telah mengemukakan

permohonan berkaitan pembinaan bangunan baharu dan projek jalan bernilai

RM16.09 bilion kepada Kementerian Kerja Raya bagi tujuan pembangunan di negeri

ini pada tahun hadapan.

Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan dan Kesihatan Negeri Pahang,

YB. Dato' Sri Norolazali Sulaiman berkata Kerajaan Negeri juga turut memohon

peruntukan bernilai RM16.08 juta bagi tujuan sama kepada Kementerian

Pembangunan Luar Bandar.

"Bagi perancangan tahun 2021, sebanyak 24 cadangan projek baharu bangunan

serta 37 cadangan projek jalan telah dipohon kepada Kementerian Kerja Raya

dengan anggaran peruntukkan sebanyak RM16.09 bilion.

"Dan sebanyak 22 cadangan projek juga telah dipohon kepada Kementerian

Pembangunan Luar Bandar dengan anggaran sebanyak RM716.08 juta," katanya

ketika sesi penggulungan pada Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri

Pahang Ke-14 di Wisma Sri Pahang hari ini.

Beliau berkata sepanjang tahun 2019 dan tahun ini, pihak Jabatan Kerja Raya (JKR)

Pahang telah menerima dan melaksanakan 47 projek dengan peruntukan bernilai

RM1.04 bilion.

"Sepanjang tahun 2019 hingga tahun 2020, pihak JKR Negeri telah menerima dan

melaksanakan sejumlah 47 projek dengan peruntukan sebanyak RM1.04 billion.

Page 58: SIDANG DEWAN NEGERI PAHANG: PEMBATALAN HUTAN …19_HB)_S… · Katanya, MUIP telah mengadakan pelbagai program dan skim bantuan sebagai kemudahan kepada golongan asnaf bagi mendapatkan

"Ini melibatkan 45 projek persekutuan bernilai RM608.2 juta dan dua projek negeri

dengan nilai sebanyak RM433.07 juta," katanya.

Tambah beliau lagi, peruntukan sebanyak RM3.8 bilion daripada Kerajaan

Persekutuan bagi pembinaan dua projek di negeri ini mampu memberi manfaat dan

pemangkin kepada pembangunan ekonomi setempat di negeri ini.

"Dua projek sangat besar iaitu projek Central Spine Road (CSR) yang dijangkakan

jajaran yang diluluskan ini adalah pakej keenam iaitu daripada Bentong ke Simpang

Pelangai sebanyak 47.5 kilometer dan projek ini telah dimasukkan dalam

Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12) dengan anggaran kos sebanyak RM1.1 bilion.

Skop yang terlibat ialah membina baru dan menaik taraf jalan sedia ada berasaskan

empat lorong dua hala mengikut piawaian jalan JKR.

"Dengan pelaksanaan projek ini dapat memberi impak yang sangat positif, di mana

ia akan melengkapkan semua pakej projek jalan dari Kuala Krai, Kelantan ke

Simpang Pelangai, Pahang yang bertujuan bagi mengurangkan kesesakan trafik ke

Pantai Timur daripada Lebuhraya Pantai Timur 1 ke Kelantan. Projek CSR ini pasti

akan memberikan impak kepada lima sektor utama membabitkan kawasan Pahang

Barat ini meliputi sektor pembuatan, perkhidmatan, pembinaan, pertanian dan

perlombongan, di samping sektor pelancongan sedia ada," katanya.

Menurut beliau lagi, bagi mengurangkan kesesakan di jalan alternatif ke Pantai

Barat, Kerajaan Negeri sedang mengkaji cara untuk bekerjasama dengan Kerajaan

Negeri yang bersempadanan dengan kawasan tersebut untuk membina satu lagi

laluan masuk yang baharu.

"Bagi laluan ke Pantai Barat, kita selama ini terlalu bergantung kepada Lebuhraya

Karak yang kita tahu saban hujung minggu mengalami kesesakan. Pada tahun

lepas,

Page 59: SIDANG DEWAN NEGERI PAHANG: PEMBATALAN HUTAN …19_HB)_S… · Katanya, MUIP telah mengadakan pelbagai program dan skim bantuan sebagai kemudahan kepada golongan asnaf bagi mendapatkan

jalan alternatif yang digunakan iaitu jalan lama daripada Gombak ke Bentong, yang

sering kita gunakan apabila berlaku kesesakan telah mengalami kerosakan dan

ditutup.

"Jadi pihak jawatankuasa Kerajaan Negeri sedang mengkaji cara-cara cadangan

bagaimanakah Kerajaan Negeri Pahang bekerjasama dengan Kerajaan Negeri-

negeri yang berjiran dengan kita untuk membina satu lagi laluan masuk," katanya. –

PAHANGMEDIA

Disediakan oleh Unit Komunikasi dan Media Pahang (UKOMP) #MajuTerusPahang #Pahang1st #KerajaanNegeriPahang #PahangGo Oleh: Ain Nadhirah Basha Foto: Muhammad Muslimi Abd Rahim

Page 60: SIDANG DEWAN NEGERI PAHANG: PEMBATALAN HUTAN …19_HB)_S… · Katanya, MUIP telah mengadakan pelbagai program dan skim bantuan sebagai kemudahan kepada golongan asnaf bagi mendapatkan

(LIPUTAN BERGAMBAR)

Page 61: SIDANG DEWAN NEGERI PAHANG: PEMBATALAN HUTAN …19_HB)_S… · Katanya, MUIP telah mengadakan pelbagai program dan skim bantuan sebagai kemudahan kepada golongan asnaf bagi mendapatkan

SIDANG DEWAN NEGERI PAHANG: KERAJAAN NEGERI PERTINGKAT AKSES

INTERNET LUAR BANDAR

KUANTAN, 19 NOVEMBER 2020 : Kerajaan Pahang memberi fokus utama

terhadap kebolehcapaian internet di kawasan luar bandar dengan melaksanakan

beberapa inisiatif bagi mempertingkatkan kelajuan jalur lebar mudah alih di kawasan

terbabit.

Pengerusi Jawatankuasa Sains, Teknologi, Inovasi, Komunikasi dan Multimedia

Negeri Pahang, YB. Dato’ Haji Mohammad Fakhruddin Mohd Ariff berkata, Kerajaan

Negeri dengan kerjasama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia

(SKMM) bakal menyediakan pusat internet komuniti di lokasi yang dikenal pasti

bersesuaian.

“Sehingga kini terdapat sebanyak 108 pusat internet telah disediakan oleh

Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia di seluruh Pahang.

“Inisiatif pusat internet komuniti ini disediakan untuk membantu para pelajar luar

bandar bagi mengikuti pembelajaran secara dalam talian dengan capaian internet

yang lebih tinggi,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika membuat penggulungan pada Mesyuarat Ketiga

Penggal Ketiga Dewan Negeri Pahang Ke-14 di Wisma Sri Pahang, di sini, hari ini.

Menerusi Pelan Jalinan Digital Negara (JENDELA), Kerajaan Negeri bakal

mewujudkan Jawatankuasa Pelaksana Projek JENDELA Negeri Pahang yang

dianggotai oleh anggota SKMM, Bahagian Perancang Ekonomi Negeri, Bahagian

Kerajaan Tempatan, Bahagian Teknologi Maklumat, PLANMalaysia, Pahang

Corporation Sdn. Bhd. dan beberapa agensi serta jabatan lain yang berkaitan.

Page 62: SIDANG DEWAN NEGERI PAHANG: PEMBATALAN HUTAN …19_HB)_S… · Katanya, MUIP telah mengadakan pelbagai program dan skim bantuan sebagai kemudahan kepada golongan asnaf bagi mendapatkan

Beliau berkata, jawatankuasa tersebut akan bertindak sebagai pemantau dan

pemudah cara bagi pembinaan infrastruktur telekomunikasi baharu.

Menyentuh aplikasi PahangGo, YB. Dato’ Haji Mohammad Fakhruddin berkata,

Kerajaan Negeri mensasarkan muat turun mencecah 500,000 menjelang 2022

dengan transaksi sebanyak RM2 juta setiap bulan.

Katanya, aplikasi PahangGo merupakan satu punca pendapatan baharu bagi

Kerajaan Negeri dan merupakan kejayaan kepada Pahang dalam usaha

mengukuhkan kedudukan aplikasi terbaik dengan pelbagai kemudahan digital

secara atas talian.

“Transaksi kini boleh dilakukan di hujung jari sahaja bagi pelbagai urusan seperti

pembayaran parkir, pembayaran kompaun, urusan kerajaan serta pembayaran

pelbagai cukai negeri,” katanya.

Sehingga kini katanya, seramai 134,000 telah memuat turun aplikasi PahangGo

sejak dilancarkan pada Oktober 2019 dengan transaksi mencecah RM800,000

sebulan.

Dalam perkembangan lain, beliau berkata, kerajaan memperuntukkan RM7.9 juta

bagi memastikan kelancaran sistem penyampaian perkhidmatan kerajaan supaya

dapat memastikan program teknologi dapat diteruskan dengan lebih berkesan.

Kerajaan Pahang turut memberi tumpuan kepada pembangunan infrastruktur

komunikasi bagi membolehkan rakyat menikmati akses kepada perkhidmatan jalur

lebar berkualiti tinggi yang lebih baik.

Terdapat sebanyak 1,827 struktur komunikasi yang telah beroperasi dengan 1,466

struktur di atas tanah manakala 361 struktur di atas bangunan.

Page 63: SIDANG DEWAN NEGERI PAHANG: PEMBATALAN HUTAN …19_HB)_S… · Katanya, MUIP telah mengadakan pelbagai program dan skim bantuan sebagai kemudahan kepada golongan asnaf bagi mendapatkan

Jelasnya, Kerajaan Negeri sentiasa menyokong aspirasi Kerajaan Pusat dalam

melaksanakan pelan pembangunan teknologi. - PAHANGMEDIA

Disediakan oleh Unit Komunikasi dan Media Pahang (UKOMP) #MajuTerusPahang #Pahang1st #KerajaanNegeriPahang #PahangGo Oleh: Fansurina Abdullah Foto: Putera Falliq Hakim Suhairi

Page 64: SIDANG DEWAN NEGERI PAHANG: PEMBATALAN HUTAN …19_HB)_S… · Katanya, MUIP telah mengadakan pelbagai program dan skim bantuan sebagai kemudahan kepada golongan asnaf bagi mendapatkan

(LIPUTAN BERGAMBAR)