Upload
juradi-durjari
View
8.998
Download
8
Embed Size (px)
Citation preview
KAEDAH MENGHIAS AKUARIUM
SEKOLAH RENDAH
Bahan-bahan yang diperlukan untuk
memasang sebuah akuarium
Lampu akuarium
Tangki akuarium
Kabinet atau kaki akuarium
Bahan-bahan yang diperlukan untuk
memasang sebuah akuarium
Tunggul kayu, Batu, pasir sungai, pasir halus dan pelbagai tumbuhan akuatik
LANGKAH-LANGKAH MENGHIAS AKUARIUM
Bubuh satu lapisan pasir sungai atau pasir untuk akuarium (substrat)
dengan ketebalan lebih kurang 1 hingga 1½ inci. Pasir yang berwarna
gelap adalah lebih sesuai kerana ikan akan selesa dengan persekitaran yang gelap.
Tanam tumbuhan akuatik yang berdaun panjang (Vallisneria sp) dengan membenamkan bahagian akarnya ke dalam substrat pada
bahagian belakang akuarium.
Hiaskan dengan beberapa ketul batu yang dikutip dari sungai atau dibeli dari kedai
akuarium pada bahagian tengah akuarium atau bahagian lain supaya menghasilkan
sususan yang menarik.
Letakkan beberapa ketul tunggul kayu yang telah dibersihkan. Tunggul kayu
boleh dikutip dari kawasan tanah gambut atau dibeli terus dari kedai akuarium.
Tunggul kayu perlu direndam selama 2 hingga 3 minggu sebelum digunakan.
Sebagai tambahan letakkan pula tunggul kayu yang mengandungi tumbuhan akuatik di atasnya. Tambahkan juga dengan hiasan tumbuhan akuatik lain untuk menghasilkan
satu hiasan yang menarik
LANGKAH-LANGKAH MENYEDIAKAN
TUNGGUL KAYU DENGAN TUMBUHAN
AKUATIK
Tunggul kayu adalah satu media penanaman tumbuhan akuatik yang baik untuk tumbuhan akuatik. Sediakan tumggul kayu dan beberapa tumbuhan akuatik. Jenis tumbuhan yang sesuai ialah
seperti paku pakis yang dikenali sebagai Java fern.
Lekatkan tumbuhan itu pada tunggul kayu dan ikat menggunakan benang kapas yang berwarna hijau.
Tunggul yang telah siap dilekatkan tumbuhan akuatik boleh terus diletakkan di dalam akuarium. Tumbuhan ini akan berakar dan
melekat terus pada tunggul kayu selepas sebulan.
Selepas seminggu dan semua sistem dalam akuarium setabil barulah ikan-ikan yang telah dikenal pasti sesuai di masukkan di dalam akuarium
Danio makan di bahagian permukaan air
White cloud mountain - makan di bahagian tengah
akuarium
Golden barb makan di bahagian tengah dan bawah
akuarium
Corydoras makan di bahagian bawah
akuarium
Akuarium yang telah lengkap dipasang sangat cantik dan sesuai diletakkan di pelbagai sudut sebagai hiasan dalaman di rumah kita.
GAMBAR-GAMBAR HIASAN TUMBUHAN AKUATIK DI DALAM AKUARIUM DIAMBIL SEMASA PERTANDINGAN MENGHIAS AKUARIUM OLEH SEKOLAH-SEKOLAH MENENGAH ANJURAN KERAJAAN NEGERI
SELANGOR DAN JABATAN PERIKANAN.