3
Level 2, Block A, Wisma Sri Pahang, 25503 Kuantan, Pahang, Malaysia. • Telefon : 09-5162253 09-5126601 • Fax: 09-5156106 SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI PAHANG STATE SECRETARY OF PAHANG SUK.PHG/PSM.001/2.162 (SEM) (3) Tingkat 2. B10k A, r> Wisma Sri Pahang, 25503 Kuantan, Pahang, Malaysia. SURAT PEKELILING SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI PAHANG BILANGAN 1 TAHUN 2012 PROSEDURPERMOHONAN KEBENARAN KE LUAR NEGARA TUJUAN 1. Surat Pekeliling Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang ini dikeluarkan bagi menjelaskan prosedur mengenai permohonan kebenaran ke luar negara bagi semua pegawai Perkhidmatan Awam Negeri. LAT AR BELAKANG 2. Pada masa sekarang, prosedur permohonan kebenaran ke luar negara telah diperjelas di dalam Surat Pekeliling Pejabat Setiausaha Kerajaan Pahang Bilangan 1 Tahun 1994 dan Surat Pekeliling Pejabat Setiausaha Kerajaan Pahang Bilangan 2 Tahun 1984. Walau bagaimanapun, selaras dengan tuntutan transformasi Perkhidmatan Awam masa kini, prosedur sedia ada telah disemak semula dan ditambahbaik dalam usaha untuk meningkatkan penyampaian perkhidmatan awam.

SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI PAHANG STATE SECRETARY …forestry.pahang.gov.my/download/Pekeliling/suk-1-2012.pdf · Surat Pekeliling Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang ini dikeluarkan

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI PAHANG STATE SECRETARY …forestry.pahang.gov.my/download/Pekeliling/suk-1-2012.pdf · Surat Pekeliling Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang ini dikeluarkan

Level 2, Block A,Wisma Sri Pahang,25503 Kuantan,Pahang, Malaysia.

• Telefon : 09-516225309-5126601

• Fax: 09-5156106SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI PAHANG

STATE SECRETARY OF PAHANGSUK.PHG/PSM.001/2.162 (SEM) (3)

Tingkat 2. B10k A,r>Wisma Sri Pahang,

25503 Kuantan,Pahang, Malaysia.

SURAT PEKELILING SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI PAHANGBILANGAN 1 TAHUN 2012

PROSEDURPERMOHONANKEBENARAN KE LUAR NEGARA

TUJUAN

1. Surat Pekeliling Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang ini dikeluarkan bagi

menjelaskan prosedur mengenai permohonan kebenaran ke luar negara bagi

semua pegawai Perkhidmatan Awam Negeri.

LAT AR BELAKANG

2. Pada masa sekarang, prosedur permohonan kebenaran ke luar negara

telah diperjelas di dalam Surat Pekeliling Pejabat Setiausaha Kerajaan Pahang

Bilangan 1 Tahun 1994 dan Surat Pekeliling Pejabat Setiausaha Kerajaan Pahang

Bilangan 2 Tahun 1984. Walau bagaimanapun, selaras dengan tuntutan

transformasi Perkhidmatan Awam masa kini, prosedur sedia ada telah disemak

semula dan ditambahbaik dalam usaha untuk meningkatkan penyampaian

perkhidmatan awam.

Page 2: SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI PAHANG STATE SECRETARY …forestry.pahang.gov.my/download/Pekeliling/suk-1-2012.pdf · Surat Pekeliling Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang ini dikeluarkan

PELAKSANAAN

3. Berdasarkan prosedur terbaru, permohonan kebenaran ke luar negara

boleh dibahagikan kepada dua (2) kategori iaitu;

3.1 Permohonan kebenaran ke luar negara atas urusan rasmi, dan

3.2 Permohonan kebenaran ke luar negara atas urusan persendirian

seperti mengerjakan haji dan melancong termasuklah hadiah lawatan

daripada Kerajaan Negeri. Untuk tujuan ini, pegawai adalah tidak

layak menuntut semua jenis elaun, kemudahan atau bayaran yang

diperuntukkan kepada pegawai yang menjalankan tugas rasmi.

4. Semua permohonan kebenaran ke luar negara atas urusan rasmi

hendaklah menggunakan borang seperti di Lampiran A manakala semua

permohonan kebenaran ke luar negara atas urusan persendirian hendaklah

menggunakan borang seperti di Lampiran B.

5. Semua permohonan hendaklah sampai kepada urus setia selewat-

lewatnya tujuh (7) hari sebelum tarikh ke luar negara.

PIHAK BERKUASA MELULUS

6. Pihak berkuasa melulus bagi permohonan seperti di para 3.1 dan 3.2 bagi

semua Ketua Jabatan Negeri, Pegawai Daerah dan Ketua Bahagian/Unit di

Pejabat Setiausaha Kerajaan Pahang adalah Yang Berhormat Setiausaha

Kerajaan Pahang.

7. Pihak berkuasa melulus bagi permohonan seperti di para 3.1 dan 3.2 bagi

pegawai-pegawai selain daripada Ketua Sahagian/Unit di Pejabat Setiausaha

Kerajaan Pahang adalah Timbalan Setiausaha Kerajaan Pahang (Pengurusan).

8. Ketua Jabatan masing-masing adalah pihak berkuasa melulus permohonan

seperti di para 3.1 dan 3.2 bagi semua pegawai di Jabatannya.

Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang, Tingkat 2, Blok A, Wisma Sri Pahang, 25503 Kuantan.Tel: 09-5162253,09-5126601 Fax: 09-5156106

Page 3: SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI PAHANG STATE SECRETARY …forestry.pahang.gov.my/download/Pekeliling/suk-1-2012.pdf · Surat Pekeliling Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang ini dikeluarkan

r: PEMAKAIAN

9. Semua Jabatan Negeri dan Pejabat-pejabat Daerah dan Tanah adalah

tertakluk di bawah peruntukan Surat Pekeliling ini.

PEMBATALAN

10. Surat Pekeliling ini hendaklah dibaca bersama Pekeliling Perkhidmatan

Bilangan 8 Tahun 2004 yang telah diterimapakai di peringkat Kerajaan Negeri

Pahang. Dengan berkuatkuasanya Surat Pekeliling ini, Surat Pekeliling Pejabat

Setiausaha Kerajaan Pahang Bilangan 1 Tahun 1994 dan Pekeliling Setiausaha

Kerajaan Negeri Pahang Bilangan 2 Tahun 1984 adalah dibatalkan.

TARIKH BERKUAT KUASA

11. Surat Pekeliling ini berkuatkuasa mulai tarikh ianya dikeluarkan.

UBER DMAT UNTUK NEGARA"

(0 TO' S~ MUHAMMAD SAFIAN BIN ISMAIL,SAP., SIN\P., DSAP., DIMP., AAP., AMP.)S IAU HA KERAJAAN PAHANG

Tarikh: erP Januari 2012

Salinan kepada: -

Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Pengurusan)

Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Pembangunan)

Semua Ketua Jabatan Negeri Pahang.

Semua Pegawai Daerah Negeri Pahang

Semua Setiausaha Bahagian/Ketua Unit, Pejabat SUK Pahang

Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang, Tingkat 2, Blok A, Wisma Sri Pahang, 25503 Kuantan.Tel: 09-5162253,09-5126601 Fax: 09-5156106