5
CONTOH-CONTOH APRESIASI KARYA Karya 1 : Pelukis : Syed Ahmad Jamal Tajuk : Gunung Ledang Tahun : 1978 Media : Cat Minyak Atas Kanvas Saiz : 88 x84 Imej Lagenda Dan Mitos(Tradisi Agung) Selalu diperkatakan bahawa manusia sering mencontohi Alam tetapi Alam tidak mencontohi manusia.Dalam usaha memahami alam,manusia menggunakan pemikirannya termasuk imaginasinya.Dalam beberapa keadaan manusia menterjemahkan kejadian alam mengikut latar-latar yang dikenali,makna-makna ini diperkuatkan pula dengan mitos,dongeng atau lagenda dari sekitar masyarakat tersebut.Terdapat sesetengah pelukis yang menggunakan pendekatan ini termasuklah Syed Ahmad Jamal dan Anuar Rashid(sekadar menyebut beberapa nama).Syed Ahmad Jamal memilih mitos dan lagenda Gunung Ledang dalam penghasilan karya beliau di mana imej kuasa ditekankan.Tema yang beliau garapkan ini boleh dikategorikan dalam tradisi agung di mana ia berkisar tentang kisah kewujudan kesultanan Melayu Melaka yang diselitkan dengan unsur lagenda.Beliau cuba menggubah mitos sastra menjadi karya seni rupa. Karya Syed Ahmad Jamal telah berubah dari sapuan garis lengkok tahun enam puluhan(seperti Aingin Dingin,Daun Nipah) kepada ketenteraman struktur gambaran lewat tahun tujuh puluhan seperti karya di atas iaitu siri Gunung Ledangnya.Ia berasaskan motif asas segitiga persegi yang disusun berulang.Ruang yang dibiasanya dibiarkan kosong seperti yang terdapat pada karya-karyanya dalam pertengahan 1960-an,kini telah terisi.

Seni Visual

Embed Size (px)

DESCRIPTION

Seni

Citation preview

CONTOH-CONTOH APRESIASI KARYA

Karya 1 :

Pelukis : Syed Ahmad JamalTajuk : Gunung LedangTahun : 1978Media : Cat Minyak Atas KanvasSaiz : 88x84

Imej Lagenda Dan Mitos(Tradisi Agung)

Selalu diperkatakan bahawa manusia sering mencontohi Alam tetapi Alam tidak mencontohi manusia.Dalam usaha memahami alam,manusia menggunakan pemikirannya termasuk imaginasinya.Dalam beberapa keadaan manusia menterjemahkan kejadian alam mengikut latar-latar yang dikenali,makna-makna ini diperkuatkan pula dengan mitos,dongeng atau lagenda dari sekitar masyarakat tersebut.Terdapat sesetengah pelukis yang menggunakan pendekatan ini termasuklah Syed Ahmad Jamal dan Anuar Rashid(sekadar menyebut beberapa nama).Syed Ahmad Jamal memilih mitos dan lagenda Gunung Ledang dalam penghasilan karya beliau di mana imej kuasa ditekankan.Tema yang beliau garapkan ini boleh dikategorikan dalam tradisi agung di mana ia berkisar tentang kisah kewujudan kesultanan Melayu Melaka yang diselitkan dengan unsur lagenda.Beliau cuba menggubah mitos sastra menjadi karya seni rupa.Karya Syed Ahmad Jamal telah berubah dari sapuan garis lengkok tahun enam puluhan(seperti Aingin Dingin,Daun Nipah) kepada ketenteraman struktur gambaran lewat tahun tujuh puluhan seperti karya di atas iaitu siri Gunung Ledangnya.Ia berasaskan motif asas segitiga persegi yang disusun berulang.Ruang yang dibiasanya dibiarkan kosong seperti yang terdapat pada karya-karyanya dalam pertengahan 1960-an,kini telah terisi.Satu cara untuk memastikan peranan dan pengaruh mitos dan lagenda asli ke atas beberapa pelukis Melayu adalah melalui karya-karya mereka yang menggunakan motif lanskap.Syed Ahmad Jamal dengan karyanya Gunung Ledang( 1978 )adalah menggunakan unsur lanskap iaitu gunung.Ilham untuk karya ini adalah Gunung Ledang seperti tercatat dalam Hikayat Hang Tuah.Gunung ajaib ini dikatakan dikawal oleh seorang puteri Melayu yang boleh menjadi muda dan tua.Hang Tuah kononnya menerima kuasa sakti daripada puteri ini semasa bertapa di gunung itu.Gunung Ledang merupakan simbol kuasa dan imej ini jelas tergambar dalam karya.Syed Ahmad Jamal cuba membangkitkan kuasa-kuasa ajaib gunung ini.Satu segitiga besar(iaitu gunung) muncul dari bumi dan memuncak ke arah langit.Di muka langit kelihatan beberapa segitiga kecil terapung-apung.Bumi juga diwakili oleh warna hijau.Bentuk tiga segi atau dalam seni tradisi lebih dikenali sebagai motif pucuk rebung tumpal jelas menggambarkan simbol Gunung Ledang.Gunung Ledang pula merupakan tempat atau simbol singgahsana Sang Puteri( mengikut cerita mitos tradisi ) dan juga raja.Syed Ahmad Jamal mempamerkan satu pendekatan modenis.Segitiga yang dilukis itu mungkin mempunyai pertalian dengan pengaruh karya Kasemir Malevich dan Vassily Kandinsky.Namun demikian pengaruh dari unsur tradisi Melayu juga tidak dapat diketepikan di sini.Imej segitiga atau tumpal merupakan imajan yang agak sinonim dalam motif kesenian tradisi Melayu seperti motif pada kain songket atau tembikar dan yang menariknya beliau juga ada menghasilkan tenunan moden yang bertajuk Tumpal.Ciri-ciri tumpal ini muncul dalam kebanyakan karya beliau.Tujuh garis mendatar berfungsi sebagai lapisan-lapisan yang menunjukkan ketinggian gunung.Bilangan tujuh ( lapisan gunung ) juga merupakan simbol yang penting.Beliau menyedari konsep bilangan dalam lingkungan budaya Tradisi Agung.Penggunaan bilangan angka ganjil merupakan simbol semangat,kekuasaan dan keberanian.Dalam karya ini terdapat tujuh tindihan garis warna yang membentuk gunung.Bilangan atau angka tujuh juga simbol tertinggi seperti keris berlok tujuh untuk raja.Satu bentuk hijau rupa (shape) bendera timbul dari atas gunung itu mungkin menggambarkan wujudnya satu alam di atas sana.Selain mendeskripsi karya ini dalam konteks lagenda dan sejarah yang melatarinya ia juga boleh ditafsirkan sebagai karya yang menekankan kewujudan Tuhan dan kejadian alam.Imej tumpal (segitiga) itu sendiri mempunyai pengertian sendiri dalam Islam.Bentuk simbolik tiga segi ini merupakan peralihan dan hubungan antara dunia dan akhirat.Imej segitiga tersebut semuanya mengarah ke atas.Mungkin itulah arah yang harus ditujui oleh manusia.Permukaan langit dan gunung yang berlapis-lapis mungkin menunjukkan betapa jauhnya tempat itu(syurga) dan ia harus dicapai dengan sabar walaupun banyak godaan.Setinggi mana pun darjat manusia tak akan dapat mengatasi kekuasaan tuhan yang mencipta alam.Gunung Ledang adalah salah satu karya Syed Ahmad Jamal yang memperlihatkan kepekaan dan kecintaannya terhadap tuhan dan kejadian alam.Secara keseluruhannya karya ini memang dihasilkan dengan menggunakan aturan formalistik yang terancang.Karya ini kelihatan sepi dan tenteram disebabkan oleh penyusunan objek dan warna yang agak teratur.Ketenteraman sengaja diutarakan dalam karya ini mungkin untuk menjelaskan lagi mesej.Kelembutan jelas kelihatan terutama diakibatkan oleh penggunaan warna lembut iaitu warna biru monokromatik.Warna hijau menimbulkan kontra dalam karya ini.Penggunaan warna hijau di dasar catan diimbangi oleh warna hijau di bahagian atas.Jadi karya kelihatan seimbang dari segi warna.Warna biru hampir meliputi keseluruhan karya tapi masih kelihatan seimbang sebab ada warna biru yang sengaja dikaburkan di bahagian tengah karya.Penyusunan objek dalam karya ini menggunakan imbangan simetri.Penyusunan objek di bahagian atas karya kelihatan agar beterabur namun agak kemas di bahagian dasar.Ini untuk menimbulkan kepelbagaian dalam karya dan menggelakkan kebosanan mata memandang.Walaupun warna yang digunakan dalam karya ini terhad namun tetap kelihatan kepelbagaian warna.Pengkarya berjaya mengolah warna yang terhad ini dengan bijak dengan melakukan pembahagian warna yang sama di posisi yang berlainan.Prinsip berlawanan digunakan dalam karya ini kelihatan agak jelas iaitu dengan penggunaan unsure garisan yang diagonal dan horizontal.Walaupun terdapat terlalu banyak garisan horizontal namun ia diimbangi oleh arah segitiga yang mengarah ke atas.Terdapat garisan yang nipis,tebal dan berlaun.Terdapat dua jenis ruang yang digunakan iaitu ruang konvensional seni moden dan ruang menegak seni Islam.Ruang konvensional agak jelas dalam karya ini di mana ruang depan,tengah dan belakang diolah dengan baik samada melalui kaedah tindihan objek atau warna.Garisan horizontal yang tebal berada di ruang paling depan sekali diikuti oleh segitiga dan kemudian langit.Rupa hijau yang terkeluar dari awan menunjukkan satu lagi ruang di belakang.Ruang bertingkat-tingkat atau menegak juga terdapat dalam karya ini.Ruang ini biasa terdapat dalam karya catan miniatur Parsi.Syed Ahmad Jamal menggambarkan ruang langit secara berlapis-lapis dan menegak untuk menunjukkan konsep ketuhanan.Begitu juga lapisan pada gunung yang dibuat secara berlapis-lapis juga.Rupa-rupa yang digunakan dalam karya ini adalah rupa segitiga atau rupa geometrik.Penggunaan rupa geometri segitiga ini sebenarnya menimbulkan pergerakan dalam karya ini.Terdapat seolah berlaku pergerakan ke atas di mana segitiga tersebut adalah bermuncung ke atas.Garisan beralun pada langit turut menimbulkan ilusi pergerakan.Penyusunan aspek formal ini telah membantu memantapkan lagi karya Gunung Ledang ini.Warna-warna yang digunakan sesuai dengan konsep alam yang dirujuk.Memang kalau dibandingkan dengan karya awal Syed Ahmad Jamal agak jauh berbeza terutama dari segi sapuan berusnya.Dalam karya ini sapuan berusnya agak lembut dibanding dengan karya seperti Angin Dingin.Secara keseluruhannya karya Syed Ahmad Jamal ini boleh dikatakan sebagai sebuah karya yang beridentitikan Malaysia.Memang sejak dari awal pembabitan beliau dalam seni tampak karyanya tidak pernah lari dari menjelmakan jati diri beliau sebagai anak timur walaupun beliau mendapat pendidikan formal seninya di barat.Menggunakan idiom barat dalam pengkaryaan iaitu catan atau arca tetapi perisian adalah berlandaskan unsure ketimuran.Tema-tema yang beliau garapkan adalah berkisah tentang Islam dan budaya tempatan.Mengapa hal ini boleh berlaku?Syed Ahmad Jamal sendiri adalah orang Melayu yang berpegang kuat pada agama dan sudah tentu ini sedikit sebanyak mempengaruhi pengkaryaan beliau.Sesungguhnya faktor persekitaran itu banyak mempengaruhi penghasilan sesuatu karya itu.Ini terbukti dalam karya awal beliau iaitu pada era 60-an adalah banyak berkisar tentang unsur-unsur Islam dan kerohanian/dalaman disamping elemen lanskap yang dimujaradkan.Mujarad itu sendiri sudah sinonim dengan karya seni Islam.Satu lagi faktor yang tidak boleh diabaikan dalam mempengaruhi karya beliau ialah dasar yang diamalkan oleh kerajaan Kongres Kebudayaan Kebangsaan merupakan salah satunya.Ia diadakan pada tahun 1971.Kongres ini membawa gagasan bagaimana identiti Malaysia harus ditampilkan.Ia menekankan bahawa penghasilan hasil kesenian Malayisa harus merujuk kepada sebarang elemen yang bercirikan budaya setempat tidak kira dalam apa bidang seni sekalipun.Tidak hairanlah mengapa dalam tahun 70-an karya Syed Ahmad Jamal banyak menyentuh aspek lagenda atau mitos seperti Gunung Ledang.Pendekatan yang beliau gunakan juga turut menggunakan media tradisi seperti tenunan ( contoh : Jambatan Emas dan Perak,tumpal dan sebagainya )selain medium catan.Karya Gunung Ledang merupakan salah satu karya beliau yang menyentuh tentang aspek mitos atau lagenda di mana ia adalah merujuk kepada kebudayaan dan sastra setempat.Melalui karya-karya beliau kita boleh mengatakan bahawa Syed Ahmad Jamal merupakan seorang budayawan yang mantap.Ini boleh diukur melalui penampilan dalam karya-karyanya samada dalam tahun 60-an atau 70-an.Beliau berpegang kuat pada akar kebudayaan tempatan dan Islam.Sesungguhnya makna sesuatu karya itu agak sukar ditafsirkan jika pentafsir tidak mempunyai pengetahuan berkenaan dengan apa yang dibawa oleh pengkarya.Contoh karya Gunung Ledang mungkin orang yang tidak punyai pengetahuan sastra akan mentafsir karya ini dalam konteks lain.Mungkin tidak ada langsung tafsiran tentang lagenda atau sejarah.Mungkin dia akan melihat dari segi geografi dan kedudukan Gunung Ledang sebagai sebuah gunung saja.

Latihan 1. Huraikan empat strategi kritikan seni visual2. Bincangkan tiga kebaikan kritikan seni visual3. Jelaskan maksud pendekatak ilmiah dalam kritikan seni visual