29
Tajuk 1 : Pengenalan Konsep Dan Prinsip Menggambar Tahap 1 Dan 2 1. Apakah langkah-langkah yang perlu dilakukan oleh guru pendidikan seni visual untuk mempertingkatkan bidang kegiatan menggambar. Langkah-langkah yang perlu dilakukan oleh guru pendidikan seni visual untuk mempertingkatkan bidang kegiatan menggambar ialah haruslah memahami dan mengetahui alat, bahan dan teknik kerana ia adalah asas yang paling penting dalam kerja mengambar. Maklumat ini memudahkan proses mengekspresi diri dalam kerja menggambar. Maklumat ini memudahkan proses mengekspresi diri dalam penghasilan karya. Selain daripada itu guru haruslah , perlu membuat tinjauan, pemerhatian atau melihat kerja melukis oleh tokoh-tokoh kerana ia amat membantu dalam kerja menggambar . Seterusnya,alat dan bahan mengeksplorasi mengikut teknik yang berkaitan dengan jenis gambar yang bakal dibuat sebelum menggambar. Lebih-lebih lagi, perlu menguasai kefahaman dalam beberapa kriteria untuk mendapatkan sentuhan gambar yang amat menarik dan bermakna: Asas seni reka Perspektif Teknik memilih sudut pandangan Teknik mengukur objek mengikut kadar

seni 3106

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: seni 3106

Tajuk 1 : Pengenalan Konsep Dan Prinsip Menggambar Tahap 1 Dan 2

1. Apakah langkah-langkah yang perlu dilakukan oleh guru pendidikan seni

visual untuk mempertingkatkan bidang kegiatan menggambar.

Langkah-langkah yang perlu dilakukan oleh guru pendidikan seni visual untuk

mempertingkatkan bidang kegiatan menggambar ialah haruslah memahami dan

mengetahui alat, bahan dan teknik kerana ia adalah asas yang paling penting dalam

kerja mengambar. Maklumat ini memudahkan proses mengekspresi diri dalam kerja

menggambar. Maklumat ini memudahkan proses mengekspresi diri dalam penghasilan

karya.

Selain daripada itu guru haruslah , perlu membuat tinjauan, pemerhatian atau

melihat kerja melukis oleh tokoh-tokoh kerana ia amat membantu dalam kerja

menggambar .

Seterusnya,alat dan bahan mengeksplorasi mengikut teknik yang berkaitan dengan

jenis gambar yang bakal dibuat sebelum menggambar.

Lebih-lebih lagi, perlu menguasai kefahaman dalam beberapa kriteria untuk

mendapatkan sentuhan gambar yang amat menarik dan bermakna:

Asas seni reka

Perspektif 

Teknik memilih sudut pandangan

Teknik mengukur objek mengikut kadar 

Guru perlu menguasai dan mengaplikasikan kemahiran ilusi menggambar untuk

mempraktikkan penguasaan di atas dengan lebih mudah dan berkesan

Selain itu guru perlu memilih sudut pandangan serta aspek-aspek pecahan ruang

yang sesuai dalam kerja menggambar  dan perlu medapatkan ukuran yang tepat kerana ia

menjadi kriteria yang penting dan menarik dalam kerja menggambar.

Page 2: seni 3106

2. Seorang guru pendidikan seni visual telah bertukar ke sekolah

barunya.Beliau dapati tiada satu pun sudut khas untuk mata pelajaran

Pendidikan Seni Visual.Malah hasil-hasil seni hanya berkisar kepada seni

huruf dan corak-corak yang menghiasi dinding-dinding bangunan.Kegiatan

menggambar tiada langsung, menyebabkan suasana panorama di sekolah itu

kurang ceria dan membosankan.Gambaran yang terdapat seolah-olah budaya

menggambar disisihkan.Apabila diajukan soalan kepada guru dan murid ,

rata-rata berkata guru yang terdahulu mengajar mata pelajaran Pendidikan

Seni Visual tidak mengajar topik menggambar atas alasan tidak boleh

menghasilkan karya-karya berimej figura dan haiwan.

Pernakah anda mengalami situasi seperti di atas semasa mengajar di

sekolah?

Tidak

Adakah kerana guru itu tidak faham sistem atau kurikulum Pendidikan Seni

Visual?

Kemungkinan guru itu tidak beropsyen pendidikan seni visual ataupun tidak

mempunyai pengalaman mengajar dalam matapelajaran pendidikan seni visual.

Atau tindakan guru sebelum beliau mendapat persetujuan daripada guru

besar sekolah tersebut?

Apakah langkah-langkah yang perlu anda lakukan untuk memperbaiki situasi

ini?

Catatkan refleksi anda:

Sebagai seorang guru yang mengajar mata pelajaran Pendidikan Seni Visual

haruslah seorang guru yang berpengalaman, beropsyen ataupun mengetahui

sedikit tentang pendidikan seni visual dari segi 4 bidang supaya dapat memperbaiki

situasi yang telah diberikan diatas.

Selain itu guru Pendidikan Seni Visual haruslah mengetahui sistem

kurikulum pendidikan seni visual terdahulu supaya dapat mengatasi masalah

menggambar yang dikatakan guru yang terdahulu tidak mengajar topik

Page 3: seni 3106

menggambar atas alasan tidak boleh menghasilkan karya-karya berimej figura dan

haiwan.

Page 4: seni 3106

3. Dengan menggunakan teknik tiupan dan teknik gosokan ,anda dikehendaki

menghasilkan sebuah karya menggambar yang bertemakan alam semulajadi

di atas kertas lukisan yang bersaiz A3.

Sudah Siap

Page 5: seni 3106

4. Dengan menggunakan perisisan komputer yang sesuai , cuba anda hasilkan

satu gambar bertemakan tumbuhan.Anda digalakkan mengaplikasikan

gabungan perisian seperti paint atau Adobe Photoshop.Untuk menghasilkan

karya ciptaan anda ,gunakan kertas saiz A4 atau A3 untuk mencetak hasil

karya anda.

Page 6: seni 3106

Tajuk 2: Pengenalan Konsep Dan Prinsip Membuat Corak Dan Rekaan Tahap 1

Dan 2

1. Rekacorak merupakan aktiviti untuk meningkatkan daya kreativiti yang dapat

memenuhi keperluan domain kognitif psikomoto dan afektif

i. Apakah yang anda faham tentang mencorak?

Corak ialah susunan motif sama ada secara teratur , terancang atau

secara bebas.ianya didefinasikan sebagai suatu bentuk kreativiti artistic yang

dapat memenuhi keperluan domain kognitif , psikomotor , dan afektif.Reka

corak terancang dan tidak terancang mewujudkan kesan tampak yang

berbeza tetapi memerlukan kemahiran, kesedaran dan pengetahuan seni

bagi menghasilkannya.ianya melibatkan proses latihan berfikir yang

berhubung dengan asas rekaan dan prinsip rekaan.terdapat dalam

senibina,hiasan dalaman,lanskap,kraf dan sebagainya.

ii. Apakah yang anda faham tentang susunan motif dan mengapa motif

penting dalam mengahsilkan corak?

Susunan motif adalah sama ada rupa atau bentuk asas dalam rekaan

atau gubahan.Motif boleh didapati daripada alam flora,fauna,geometric atau

organik.Motif penting dalam menghasilkan corak kerana membuat corak

merupakan aktiviti yang sangat menarik dan menyeronokkan apabila

seorang guru dapat melaksanakan aktiviti ini secara tersusun dan

kreatif.Aktiviti ini dapat member kesan keindahan sesuatu bahagian atau

permukaan sesuatu objek.Corak ini juga dijadikan sebagai elemen hiasan

dan nilai estetik.

iii. Senaraikan lima (5) teknik yang dapat menghasilkan Corak Tidak

Terancang

1. Resis

2. Ikatan dan Celupan

3. Pualaman

4. Tiupan

5. Titisan

Page 7: seni 3106

2. Sebagai seorang guru yang kreatif, anda dikehendaki mengahsilkan tiga

corak Tidak Terancang & Corak Terancang dengan menggunakan perisian

komputer yang sesuai.

i. Corak Terancang

Corak Turun Separa

Page 8: seni 3106

ii. Corak Terancang

Corak Berselang Seli

Page 9: seni 3106

iii. Corak Terancang

\

Corak Sisik Ikan

Page 10: seni 3106

i. Corak Tidak Terancang

percikan

Page 11: seni 3106

ii. Corak Tidak terancang

Page 12: seni 3106

i. Corak Tidak terancang

Page 13: seni 3106

ii. Hasilkan dua Corak Tidak Terancang dengan menggunakan teknik

Renjisan dan Percikan

Sudah siap

Page 14: seni 3106

Tajuk 3 : Merancang Pengajaran Dan Pembelajaran Bidang Menggambar

1. Mengapakah guru Pendidikan Seni Visual perlu membuat perancangan

pengajaran dan pembelajaran sebelum melaksanakan pengajaran di bilik

darjah?

Sebagai seorang guru Pendidikan Seni Visual perlu membuat perancangan

pengajaran dan pembelajaran sebelum melaksanakan pengajaran di bilik

darjah.Tujuannya ialah supaya guru dapat membuat persediaan yang rapi agar

dapat meningkatkan pengajaran dan pembelajaran dengan memberi tumpuan

kepada aspek seperti:-

Perkembangan pengajaran yang berperingkat mengikut urutan

Kesinambungan rancangan pengajaran

Kesinambungan jenis bidang dan aktiviti

Perkembangan daya kreatif murid

Kepelbagaian dan kesesuaian alat dan bahan

Pelaksanaan aktiviti individu dan kumpulan

Pelaksanaan aktiviti di dalam dan di luar bilik darjah

Selain daripada itu, pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran pendidikan

seni visual (PSV)bperlu berpusatkan murid dengan menjalankan aktiviti-aktiviti

interaksi lisan yang dapat merangsangkan pemikiran daya imaginasi murid serta

dapat membina keyakinan diri untuk berkomunikasi secara rasional dan

logic.Aktiviti pembelajaran PSV yang dirancang mestilah sesuai dengan minat,

keperluan dan kebolehan murid untuk mengembangkan daya kreatif dan

menajamkan persepsi serta ekspresi.Perancangan merupakan panduan kepada

guru pendidikan seni visual juga merupakan panduan kepada guru-guru PSV untuk

mengambil perhatian kepada aspek-aspek yang berikut:

a. Rancangan pengajaran

b. Persediaan guru dan murid

c. Kaedah pengajaran

d. Pengelolaan pengajaran

e. Teknik penyoalan

f. Penyertaan murid

g. Penerapan nilai estetik dan etika

Page 15: seni 3106

h. Penerapan nilai murni dan kemahiran berfikir

i. Penilaian kemajuan murid

Page 16: seni 3106

2. Semasa menjadi guru pelatih anda telah menjalani satu sesi praktikum

( amalan professional ).Pelbagai persiapan dan perancangan yang telah anda

lakukan demi untuk menjadikan diri anda seorang guru pelatih yang

cemerlang.Pernakah anda membuat refleksi setelah anda menjadi guru

terlatih tentang persediaan dan perancangan yang telah anda lakukan semasa

menjalani praktikum.Sila catatkan refleksi anda.

Semasa menjalani praktikum ini, pelbagai pengalamant elah saya tempuhi

dan alami dan pengalaman ini banyak membantu saya menjadiseorang guru yang

lebih baik dan banyak memperbaiki kelemahan diri saya sekaligus menyediakan

saya untuk menjadi guru yang baik.

Sebelum saya pergi lebih jauh lagi, saya rasa lebih baik jika terlebih dahulu

saya sentuh serba sedikit tentang tugas seorang guru. Sedar atau tidak sebenarnya

tugas yang dilakukan oleh warga guru adalah tugas yang amat berat iaitu usaha

untuk memanusiakan manusia, untuk membentuk insan bersahsiah dan bermoral

tinggi serta sentiasa menyeru murid-muridnya ke arah kebaikan.

Saya juga telah membuat pelbagai persiapan dan perancangan yang telah

saya lakukan demi untuk menjadikan diri saya sebagai seorang guru pelatih yang

cemerlang.Semasa menjalani praktikum saya juga telah membuat beberapa

persediaan dan perancangan.Antaranya ialah

a. Membuat rancangan semester, mingguan dan harian dalam buku persediaan

mengajar.

b. Membuat persediaan mengajar yang lengkap sebelum melaksanakan pengajaran

mengikut bilangan waktu mengajar yang telah ditetapkan.

c. Merancangan pengajaran bersama-sama guru pembimbing.

d. Melaksanakan pengajaran secara berpasangan dan individu dengan

mempelbagaikan strategi pengajaran pembelajaran.

e. Mengamalkan penulisan jurnal sepanjang praktikum berdasarkan garis panduan

penulisan jurnal

f. Melibatkan diri dalam membantu pengendalian sekurang-kurangnya satu aktiviti

kokurikulum.

Page 17: seni 3106

3. i) Berikan pendapat anda mengapakah perlunya seorang guru Pendidikan

Seni Visual membuat perancangan sebelum melaksanakan aktiviti

pengajaran dan pembelajaran.

Pada pendapat saya sebagai seorang guru Pendidikan Seni Visual perlulah

membuat perancangan sebelum melaksanakan aktiviti pengajaran dan

pembelajaran. Untuk melaksanakan sesuatu kurikulum dengan berjaya, guru

hendaklah terlebih dahulu memahami dan menghayati falsafah dan matlamat

kurikulum , struktur dan organisasi kurikulum serta sukatan pelajarannya. Di

samping itu guru harus mempunyai pengetahuan tentang mata pelajaran

pengkhususannya serta mempunyai kemahiranmengajar termasuk

menghubungkan pengetahuan, kemahiran dan nilai di antara satu sama lain

mengendalikan pengajaran bagi pelajar-pelajar pelbagai kebolehan, dan

mempunyai ciri-ciri keguruan yang positif dan kreatif untuk melaksanakan dan

menjayakan kurikulum yang terbentuk.

Disamping merancang dan melaksanakan pengajaran di bilik darjah, guru

juga boleh memilih bahan-bahan tambahan seperti buku kerja yang sesuai untuk

muridnya, melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti kokurikulum serta menyediakan

alat bantu mengajar yang sesuai.

Guru perlu merancang dan menyediakan persediaan mengajar sebelum

memulakan sesuatu pengajaran. Persediaan mengajar melibatkan tiga peringkat.

Iaitu perancangan mengajar, perancangan penyampaian pengajaran dan

perancangan penilaian.

Guru perlu merancang permulaan pengajaran yang baik yang dapat menarik

perhatian dan minat murid kepada pengajaran yang hendak disampaikan dan dapat

menggalakkan pembelajaran. Set induksi juga digunakan bagi mengaitkan

pelajaran yang lepas atau dengan pengetahuan sedia ada murid. Jangka masa

yang baik bagi set induksi adalah antara tiga hingga lima minit.

Guru perlu merancang beberapa langkah yang berurutan, disusun dengan

baik dan mencatat anggaran masa yang sesuai. Langkah-langkah yang dirancang

ada kaitannya dengan objektif khusus yang sudah dicatatkan.

Page 18: seni 3106

Dalam bahagian penutup, guru membantu murid menyimpul dan

menegaskan kembali isi-isi penting serta memberi latihan atau aktiviti pengukuhan

kepada pelajar.

Penilaian kendiri dibuat selepas guru selesai melaksanakan pengajaran

sebagai refleksi atau munasabah berkenaan pengajaran guru. Kekurangan dan

kelemahan di dalam pengajaran tersebut perlu dibaiki dalam pelajaran akan

datang. Antara perkara yang boleh dibuat refleksi ialah pencapaian objektif, disiplin

kelas dan penglibatan murid serta keazaman guru bagi membaiki pengajarannya.

Page 19: seni 3106

ii) Bincangkan bagaimanakah cara untuk meningkatkan pengajaran dan

pembelajaran anda dalam mata pelajaran Pendidikan Seni Visual.

1. Penggunaan ICT

Penggunaan Teknologi Komunikasi dan Maklumat atau ICT dalam Mata

Pelajaran Pendidikan Seni Visual adalah merentas kandungan kurikulum

Pendidikan Seni Visual itu sendiri. Penggunaan ICT mestilah dilihat sebagai satu

tambahan kepada alat Pengajaran dan Pembelajaran atau

Teknologi Pengajaran yang berkesan. Penggunaan ICT juga mampu

menghasilkan kerja seni yang diberi nilai tambah dan juga kerja seni digital bermutu

dalam komuniksai visual dan bukan dilihat sebagai alat untuk menggantikan

penggunaan media secara manual dalam Pendidikan Seni Visual.

Pendekatan ICT yang terbaik apabila ICT digunakan secara bijak dan

terancang mampu meningkatkan proses keberkesanan pengajaran dan

pembelajaran Pendidikan Seni Visual. Persoalan seperti kenapa, perisian apa dan

bila ICT perlu digunakan mestilah sesuai dengan keperluan sesuatu topik

pengajaran Pendidian Seni Visual supaya dapat membuahkan hasil kerja seni yang

dinamik dan memuaskan. ICT dalam Pendidikan Seni Visual lebih merujuk kepada

kemampuan teknologi itu sendiri, yang berfungsi sebagai satu alat kemahiran yang

memberi sokongan kepada murid, guru, panitia serta organisasi sekolah bagi

menyempurnakan tugas serta kewajipan yang ada kaitan dengan pengajaran dan

pembelajaran serta sebagai salah satu kaedah melaksanakan kegiatan Seni Visual

yang terancang dan menarik.

2. Pembelajaran Akses Kendiri

Pembelajaran akses kendiri merupakan satu pendekatan pembelajaran

yang membolehkan murid mengakses sumber pembelajaran dan memperolehi

pengetahuan dan kemahiran secara berdikari.

PAK adalah satu pendekatan dalam pengajaran dan pembelajaran yang

memusatkan kepada murid. Murid belajar sendiri dengan menggunakan akses di

baw ah pengaw asan dan bimbingan guru. Persekitaran pembelajaran yang sesuai

perlu disediakan kepada

murid untuk memenuhi keperluan, minat, cara dan gaya pembelajaran masing-

masing.

Page 20: seni 3106

PAK menghasilkan murid yang bertanggungjawab terhadap pembelajaran

mereka Pendekatan ini memberi kebebasan kepada murid memilih bahan yang

sesuai untuk pembelajaran mengikut keperluan, minat, tahap serta gaya masing-

masing. Proses pembelajaran ini dapat memotivasikan murid ke arah sikap kendiri.

PAK memberi latihan secara tidak langsung kepada murid untuk belajar

berdikari serta berfikir secara kritis dan kreatif. PAK bertujuan melahirkan pelajar

yang bertanggungjaw ab serta berautonomi.

3. Pembelajaran Masteri

Pembelajaran Masteri adalah pendekatan pengajaran dan pembelajaran

yang berfokus kepada penguasaan murid dalam sesuatu perkara yang dipelajari.

Melalui Pembelajaran Masteri murid diberi peluang untuk maju mengikut kebolehan

dan kadar pembelajaran mereka sendiri serta dapat mempertingkatkan tahap

penguasaan pembelajaran. Modul ini mengandungi penerangan tentang

Pembelajaran Masteri, cara melaksanakan Pembelajaran Masteri bagi beberapa

tajuk mata pelajaran Pendidikan Seni Visual.

Menyatakan konsep Pembelajaran Masteri.

Menerangkan dan melaksanakan langkah Pembelajaran

Masteri dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Seni Visual

Pembelajaran Masteri merupakan suatu pendekatan pengajaran dan pembelajaran

bagi memastikan semua murid menguasai hasil pembelajaran yang dihasratkan

dalam suatu unit pembelajaran sebelum ke unit pembelajaran seterusnya.

Pendekatan ini memerlukan proses pengajaran dan pembelajaran yang terancang

dan berkualiti serta berpandukan tahap penguasaan murid. Model Pembelajaran

Masteri dimulakan dengan Penentuan Hasil Pembelajaran, dan diikuti dengan

Pengajaran dan Pembelajaran.

Tujuan menentukan hasil pembelajaran murid adalah untuk memastikan

murid semua berjaya menguasai pengetahuan dan kemahiran yang diberikan

dengan kadar kemampuan biasa seseorang murid di tahap tersebut. Setelah dibuat

penilaian, murid yang telah menguasai akan diteruskan dengan aktiviti pengayaan

dan bagi murid yang belum menguasai akan diteruskan dengan aktiviti pemulihan.

Page 21: seni 3106

4. Cuba anda fikirkan bagaimanakah cara untuk memperkasakan bidang

Membuat Corak dan Rekaan di sekolah anda.

Membuat corak dan rekkan merupakan sebuah bidang dalam pendidikan

seni visual ini membolehkan murid mengenali dan mengkaji pelbagai corak dalam

alam dan kehidupan seharian. Bahagian ini menegaskan kegiatan mengenal motif

dan olahannya untuk menghasilkan rekaan corak tertentu. Kegiatan ini memberi

peluang kepada murid membuat rekaan corak tidak terancang, corak terancang

dan juga corak tradisional dengan teknik tertentu.

Bidang ini memberi peluang kepada murid memahami pelbagaicara untuk

menghasilkan corak dan mengaplikasikannya menjadisuatu rekaan yang lain.Corak

dan rekaan tersebut boleh juga dipadankan kepada mana-mana hasil daripada

bidang kegiatan lain seperti binaan, kraf dan sebagainya.

Corak terhasil daripada pelbagai teknik dan cara .Antaranya melalui kegiatan

seperti :-

Corak tidak terancang

Pualaman 

Tiupan 

Titisan

Ikatan

Celupan

Renjisan dan percikan

Corak terancang

Lukisan

Catan

Cetakan

Capan

Lipatan

Guntingan

Resis

Kolaj

Page 22: seni 3106

Kaligrafi

Apresiasi Membuat Corak dan Rekaan

Bidang ini membolehkan murid mengenali dan mengkaji pelbagaicorak dalam alam

dan kehidupan seharian.

Bahagian ini menegaskan kegiatan mengenal motif dan olahannyauntuk

menghasilkan rekaan corak tertentu

Kegiatan ini memberi peluang kepada murid membuat rekaancorak tidak

terancang, corak terancang dan juga corak tradisionaldengan teknik tertentu

Aspek apresiasi hasil kerja diadakan sebagai satu prosespembelajaran

Kegiatan ini boleh dilakukan dalam pelbagai cara sepertipergerakan, peragaan dan

lakonan

Page 23: seni 3106

Bibliografi

Jeff Low ,Syindia Low & H.Heater,2011, Panduan Pendidikan Seni Visual

Tingkatan 2 KBSM,Cerdik Publications.

Marhanim A.Razak,Mohd Sharizal Hj.Dolah,2012,ACE AHEAD Teks STPM Seni

Visual,Oxford fajar Sdn.Bhd.

Modul PGSR Mod Kursus Dalam cuti,2011,IPG Kementerian Pendidikan Malaysia

Zailani Yaacob & Azimah A.Samah,2010, Pendidikan Seni Visual KBSM

tingkatan 4&5,oxford fajar Sdn.Bhd.

http://visualandart.blogspot.com/2012/01/corak-terancang.html

http://blogsenivisual.blogspot.com/p/membuat-corak-rekaan.html

http://sunshinevisualart.blogspot.com/2012/01/bidang-2-membuat-corak-dan-

rekaan.html

http://susurdenai.blogspot.com/2011/09/menggambar.html