Upload
trankiet
View
257
Download
1
Embed Size (px)
Citation preview
Cetakan Pertama Disember 2013
Hak Cipta Terpelihara
Jabatan Perkhidmatan Pengurusan
Jabatan Perdana Menteri
Negara Brunei Darussalam
Tiada bahagian daripada terbitan ini boleh diterbitkan semula, disimpan untukpengeluaran atau ditukarkan ke dalam sebarang bentuk atau dengan sebarang alatjuga pun, sama ada dengan cara elektronik, gambar serta rakaman dan sebagainyatanpa kebenaran bertulis daripada Pengarah Perkhidmatan Pengurusan terlebihdahulu.
Firman ALLAH S.W.T
Firman ALLAH S.W.T yang bermaksud:
“Sesungguhnya Allah tidak mengubah sesuatu kaum sehingga kaum itu mengubah apayang ada dalam diri mereka”.
Surah Ar-Ra’d, ayat 11
Petikan Titah
“Beralih kepada perkara yang kurang utamanya, iaitu Perkhidmatan Awam. Ia memerlukan peningkatan, baik disegi produktiviti mahu pun etika kerjanya. Beta
mahu Perkhidmatan Awam itu, secara berterusan akan menilai kekuatan dan kelemahannya berasakan Key performance Indicators yang ditetapkan.
Dengan cara ini, dapatlah kita meyukat setakat mana Perkhidmatan Awam itu dapat melaksanakan tangggungjawabnya pada memenuhi harapan negara dan orang
ramai’’.
(Petikan Titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal BolkiahMu'izzaddin Waddaulah Ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi
Waddien, Sultan Dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Sempena Hari Keputeraan Baginda Yang Ke-64 pada 15 Julai 2010)
MukaSurat
Prakata
Penubuhan 1
Mandat 2
Peranan MSD 3
Pihak Berkepentingan 4
Senario Perubahan Persekitaran 5
Agenda Perubahan 9
Visi, Misi & Moto 10
Nilai Utama 11
Teras Strategik 12
Peta Strategik 17
Pelan Tindakan 18
Rakan Strategik 34
Elemen Penentu Kejayaan 35
Penutup
Alhamdulilah, segala puji dan syukur kepada Allah Subhanahu Wata’ala kerana izin serta limpah
rahmatNya jua Jabatan Perkhidmatan Pengurusan (MSD) telah dapat menghasilkan buku
Perancangan Strategik Jabatan Perkhidmatan Pengurusan 2013-2017 pada tahun ini selaras
dengan dua daripada tema strategik Jabatan Perdana Menteri iaitu Memodenkan Perkhidmatan
Awam dan Mempromosikan Imej Kerajaan Efektif dan Prihatin. Selawat dan salam junjungan
kita, Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam, kaum kerabat , para sahabat dan umat
Baginda yang jujur lagi setia hingga ke ahir zaman.
Perancangan Strategik 2013-2017 ini akan membawa agenda perubahan bagi MSD dengan
menggunakan pendekatan-pendekatan yang telah direncanakan iaitu memperkenalkan
pembaharuan visi dan misi, pengemaskinian skop kerja, penstrukturan semula organisasi,
peralihan peranan dari segi memberi khidmat nasihat dalam memodenkan dan meningkatkan
pengurusan Perkhidmatan Awam supaya dapat menghasilkan kecemerlangan. Sasaran agenda
perubahan yang sedang dilaksanakan ini berorientasikan keputusan dan strategi, didorong oleh
misi dan tumpuan pelanggan.
Dalam usaha untuk meningkatkan mutu penyampaian Perkhidmatan Awam, MSD
mencadangkan beberapa inisiatif seperti: memperluaskan program pengiktirafan dan
penganugerahan yang memfokuskan kepada pengukuran tahap prestasi organisasi melalui
Audit Pengurusan; Penggredan Prestasi Sektor Awam melalui Penarafan Bintang (Star Rating);
melaksanakan Pelan Pengukuhan Integriti dan Etika Kerja; memperkenalkan alat kaedah
pengurusan iaitu Perekayasaan Proses dan Prosedur (Business Process Reengineering – BPR) dan
melaksanakan PBD ISO 9001:2008 Sistem Pengurusan Kualiti bagi agensi-agensi kerajaan
tertentu. Usaha-usaha ini diharap mengubah Perkhidmatan Awam supaya lebih baik dalam
mencapai kualiti dan espektasi pelanggan selaras dengan Wawasan Perkhidmatan Awam Abad
Ke-21 dan Wawasan Brunei 2035.
Insya-Allah, MSD akan sentiasa berusaha untuk memantau dan meneliti Perancangan Strategik
ini bagi memastikan ianya terus relevan kepada organisasi umumnya dan seluruh warga MSD
khususnya.
Dalam kesempatan ini, saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih
kepada Ketua-Ketua Bahagian serta semua pegawai dan kakitangan MSD yang terlibat secara
langsung dan tidak langsung dalam menyediakan dan menghasilkan Perancangan Strategik
MSD 2013-2017. Semoga apa yang telah dirancang di dalam Perancangan Strategik MSD 2013-
2017 ini akan dapat direalisasikan dengan sempurna dan mencapai matlamat yang dihasratkan.
PENGARAH PERKHIDMATAN PENGURUSAN
JABATAN PERKHIDMATAN PENGURUSAN
Prakata
Unit Perkhidmatan Pengurusan atau Management Services Unit (MSU) ditubuhkan dibawah Pejabat Perjawatan pada 1 Januari 1982. Bermula 1 Ogos 1993, MSU dikenalisebagai Jabatan Perkhidmatan Pengurusan (Management Service Department – MSD).Sejak penubuhannya, beberapa program / projek utama ke arah pembaharuan danpenambahbaikan yang telah dirancang dan dilaksanakan di antaranya Sistem PenilaianPrestasi Pegawai dan Kakitangan Perkhidmatan Awam, Rancangan Penelitian SemulaKe Atas Perkhidmatan Awam atau (Civil Service Review Programme – CSR), penubuhanJawatankuasa Pembaharuan Perkhidmatan Awam (JPPA), penubuhan TabungAmanah Pekerja, Anugerah Cemerlang Perkhidmatan Awam, Hari Perkhidmatan Awamdan Tekad Pemedulian Orang Ramai (TPOR).
Ekspektasi orang ramai terhadap kualiti penyampaian perkhidmatan agensi-agensikerajaan semakin meningkat dan sofistikated. Oleh itu, peranan MSD juga turutbertambah dan memfokus kepada pengenalan inisiatif-inisiatif yang menekankanperkhidmatan yang berorientasikan pelanggan termasuklah pengemaskinian danpemantapan sistem / prosedur melalui Perekayasaan Proses dan Prosedur (BusinessProcess Reengineering – BPR) dan menggalakkan koordinasi antara agensi-agensikerajaan dalam mencapai Wawasan Perkhidmatan Awam Abad Ke-21 dan WawasanBrunei 2035.
MSD juga telah menerima pengiktirafan dan pensijilan PBD ISO 9001:2008 SistemPengurusan Kualiti pada 20 Mac 2012. Dengan pensijilan tersebut, MSD terus berusahauntuk meningkatkan tahap penyampaian perkhidmatan setanding piawaianantarabangsa, disamping memberi lebih keyakinan kepada pihak-pihak yangberkepentingan (stakeholders) terhadap perkhidmatan yang dipertanggungjawabkan.
Bagi memastikan warga MSD sentiasa bersedia berhadapan dengan pelbagai cabaran,keutamaan untuk memberikan peningkatan, pemantapan keupayaan dan kemahiranpegawai-pegawai melalui program pembangunan kapasiti seperti CertificateManagement Consulting Essential (CMCE), menghadiri kursus / latihan jangka pendekatau panjang sama ada dalam atau luar negeri.
Penubuhan
1
Mandat
SURAT KELILING JPMBIL: 15/1991 (16 November 1991)
SURAT KELILING JPMBIL: 7/1998 (5 Mac 1998)
MEMORANDUM JPM BIL(10)JPM/J/MSD/16 (21 Julai 1998)
MEMORANDUM JPM BIL: (10)JPM/J/MSD/16 (06 Ogos 1998)
SURAT PEMBERITAHUAN JPABIL: JPA/1.4/MPK/20 Pt.1(20 April 2000)
SURAT PEMBERITAHUAN JPABIL: JPA/1.4/MPK/20 Pt.1 (20 April 2000)
SURAT PEMBERITAHUAN JPM BIL: 1/2003 (20 Mei 2003)
MEMORANDUM JPMBIL: (28)JPM/J/MSD/1 Pt.2 (22 Julai 2003)
SURAT KELILING JPMBIL: 2/2006 (03 Januari 2006)
SURAT KELILING JPMBIL: 9/2006 (21 Februari 2006)
SURAT PEMBERITAHUAN JPMBIL: 1/2007 (30 Disember 2006)
MSD memperkenalkan Rancangan PenelitianSemula Ke Atas Perkhidmatan Awam Negara Brunei Darussalam
Menggalakkan agensi kerajaan untukmendapatkan khidmat nasihat MSD selakupakar runding
MSD sebagai ‘Focal Point’ bagi orang ramaiuntuk menghadapkan aduan mengenaiperkhidmatan kerajaan
MSD bebas untuk membuat lawatan keagensi untuk memeriksa agensi yang diadu
Makluman kepada kementerian / jabatanuntuk menyediakan MPK masing-masing
Makluman kepada kementerian / jabatanuntuk menyediakan Laporan Tahunansetiap tahun
MSD untuk membuat pemeriksaanterhadap pelaksanaan TPOR agensikerajaan secara pengauditan TPOR danMPK
Makluman kepada kementerian / jabatan, MSD dan IPA mengadakan SimposiumPerancangan Strategik
Hari Pelanggan Kementerian dan JabatanKerajaan
Penggunaan Tanda Nama bagi pegawaidan kakitangan kerajaan yang berurusanterus dengan orang ramai
Penemuan Pengauditan TPOR: kepentingan penubuhan JawatankuasaTPOR
2
PENYELIDIKANDAN PERKEMBANGAN
Mengendalikan aduan orang ramai
dan melaksanakan pengauditan
pengurusan untuk mengukur tahap
prestasi organisasi dan memberi
pengiktirafan rasmi.
Peranan MSD
MEMPERKENALKAN INOVASI / PEMBAHARUAN / PEMBAIKAN PENGURUSAN
Memperkenalkan dan
mempromosikan program-program
pembaharuan dan penambahbaikan
yang melibatkan bidang pengurusan
dan pentadbiran bagi memastikan
Perkhidmatan Awam yang cekap,
berkesan dan responsif
KONSULTANDAN PEMUDAHCARA
Memberi khidmat nasihat / pakar
runding kepada agensi-agensi kerajaan
dalam bidang pengurusan dan
pentadbiran bagi memantapkan dan
meningkatkan tahap penyampaian
perkhidmatanINSPEKTORAT DAN
PENGIKTIRAFAN
Mengendalikan aduan orang ramai
dan melaksanakan pengauditan
pengurusan untuk mengukur
tahap prestasi organisasi dan
memberi pengiktirafan rasmi.
2
1
3
4
3
Pih
ak
Berk
ep
en
tin
gan
4
Secara umumnya, cabaran-cabaranpersekitaran yang timbul dari faktor luardan dalaman negara telah memberiimpak signifikan terhadap ekspektasiorang ramai khususnya berkaitan kualitipengurusan dan penyampaianperkhidmatan Sektor Awam. Justeru itu,peranan dan fungsi JabatanPerkhidmatan Pengurusan khususnyasebagai pemangkin perubahan (changecatalyst) demi kemajuan PerkhidmatanAwam Negara Brunei Darussalam adalahamat penting dan kritikal. Untuk kekalrelevan memainkan peranan dan fungsiMSD sebagai pakar runding dalaman (in-house consultant) di bidang pengurusandan pentadbiran awam dan dalammemastikan kejayaannya untukmencapai visi dan misinya, MSD perlubijak merangka program, projek danaktiviti yang telah, sedang dan akandikendalikannya dalam menggerak danmembawa Perkhidmatan Awam NegaraBrunei Darussalam ke arahkecemerlangan.
Kebawah Duli Yang Maha Mulia PadukaSeri Baginda Sultan dan Yang Di-PertuanNegara Brunei Darussalam juga dalamtitah Baginda seringkali menekankantentang perlunya Perkhidmatan Awammeningkatkan kualiti pentadbiran,pengurusan dan penyampaianperkhidmatan masing-masing. Bagimenjunjung titah Baginda, agensi-agensikerajaan perlu sentiasa berusahamelaksanakan program pembaharuandan penambahbaikan bagi meningkatkankecekapan, keberkesanan, produktivitidan kualiti penyampaian perkhidmatanmasing-masing dan seterusnya bagi
mengekalkan kepercayaan pelanggan/orang
ramai (customer loyalty) terhadap
perkhidmatan yang diberikan. Untuk itu,
setiap agensi kerajaan perlu lebih kreatif,
inovatif dan proaktif untuk mereviu semula
apa jua rancangan, dasar, undang-undang,
peraturan, sistem dan proses berkaitan
pentadbiran dan pengurusan masing-masing
serta membuat susulan dengan
memperkenalkan pembaharuan dan
penambahbaikan bagi menyesuaikan
dengan kehendak dan tuntutan semasa
yang kian kompleks dan mencabar. Diantara
cabaran-cabaran masakini yang dikenalpasti
adalah seperti berikut:
Arus Globalisasi
Kesan dari globalisasi bilamana keperluandan kehendak dunia masa kini dan akandatang yang tidak mempunyai sempadan,serba canggih, moden dan pantas telahmempengaruhi cara kita berfikir, berkerja,berurus atau berinteraksi diantara satusama lain. Keadaan ini juga menghendakiPerkhidmatan Awam dan anggotanyauntuk sentiasa peka dan responsif denganmempertingkatkan danmemperlengkapkan diri denganpengetahuan, keupayaan, kemahiran,kemampuan bagi memenuhi keperluansemasa.
Senario Perubahan Persekitaran
5
Warga Perkhidmatan Awam juga perlu
mempunyai keyakinan dalam
mengendalikan program dan projek
strategik yang menjurus kearah
kecemerlangan Perkhidmatan Awam.
Keyakinan dan kemampuan berkenaan
seterusnya diharap akan dapat
membentuk kemampuan Perkhidmatan
Awam dan warganya untuk bersaing
diantara satu dengan yang lain samada di
dalam atau di luar negara.
Ekspektasi Semakin Meningkat
Keadaan negara yang semakin pesat
membangun dan bertambahnya bilangan
penduduk serta rakyat yang berpendidikan
memberi kesan terhadap harapan orang
ramai mengenai tahap kehidupan yang
meningkat. Harapan sedemikian
menghendaki warga Perkhidmatan Awam
untuk sentiasa memperbaiki dan
mempertingkatkan lagi kualiti
penyampaian perkhidmatan kepada orang
ramai. Justeru itu, peralihan paradigma dan
perubahan minda perlu wujud dan
dipertingkatkan dalam Perkhidmatan
Awam bagi memperbaiki lagi mutu
perkhidmatan ke arah memenuhi kepuasan
hati pelanggan melalui keberkesanan
pentadbiran dan pengurusan serta
kecekapan organisasi dan warganya.
Fakta Ekonomi Dan Cabaran Sosial
Sumber minyak dan gas telah banyak
menyumbang kepada kemakmuran negara
dan rakyat Negara Brunei Darussalam, akan
tetapi secara keseluruhannya, kadar
pertumbuhan ekonomi negara tidak dapat
mengimbangi kadar pertumbuhan
penduduk. Dalam masa yang sama, Sektor
Awam bertindak sebagai majikan utama
dimana sejumlah besar rakyat dan
penduduk negara bergantung kerja dalam
menampung kehidupan seharian.
Memandangkan perkembangan senario
pada masa ini, agensi kerajaan tidak lagi
dapat menyediakan peluang-peluang
pekerjaan yang mencukupi bagi
menampung bilangan belia yang semakin
bertambah setiap tahun.
6
Senario Perubahan Persekitaran
Dalam keadaan tersebut, terdapat
jurang yang semakin besar diantara
harapan dan keupayaan rakyat
khususnya belia negara dengan peluang
pekerjaan yang diwujudkan dalam
Sektor Awam masakini. Atas dasar ini
juga akan menjadikan Perkhidmatan
Awam perlu efisien dan proaktif dalam
memperkenalkan dan meneliti dasar
proses dan prosedur yang berkaitan
bagi menggalakkan kemajuan Sektor
Awam khususnya untuk memudahkan
perniagaan dan pelaburan (ease of
doing business) serta meningkatkan
posisi Negara dalam indeks kompetitif.
Kemajuan Dan Kepesatan Teknologi
Info-Komunikasi (ICT)
Kemajuan dan kepesatan teknologi
maklumat telah membawa perubahan
kepada cara bekerja dan juga cara
perniagaan seharian dikendalikan.
Perubahan berkenaan menghendaki
rombakan besar dan penelitian semula
yang menyeluruh ke atas sistem,
proses dan prosedur. Agenda
transformasi dan Perekayasaan
(Business Proses Reengineering- BPR)
merupakan bidang tumpuan uatama
yang perlu diambil serious terutama
kepada proses kerja
7
Senario Perubahan Persekitaran
Kemajuan teknologi juga memerlukan
perubahan cara dan budaya kerja (work
culture) yang baru dengan kemahiran
baru, perubahan minda, dasar ekonomi,
sosial dan seumpamanya, bagi
menyesuaikan dengan perubahan
kemajuan teknologi maklumat dan
komunikasi. Disamping itu, pelanggan
dan orang ramai juga sering mendesak
bagi diwujud dan disediakan dengan
kemudahan canggih dan maklumat yang
pantas. Untuk itu, Perkhidmatan yang
berangkaian (connected and integrated)
adalah relevan bagi memudahkan
pelanggan dan orang ramai disamping,
menyediakan perkhidmatan secara on-
line bagi permohonan-permohonan
tertentu perlu sentiasa difikirkan dan
dilaksanakan secara berterusan dalam
Perkhidmatan Awam.
Sehubungan itu, bagi menghadapi cabaran-
cabaran di atas memerlukan warga
Perkhidmatan Awam supaya sentiasa
mempunyai ketahanan dan keupayaan
untuk berdaya saing dalam bidang-bidang
yang mendatangkan manfaat dan hasil
positif kepada Perkhidmatan Awam dan
negara. Manfaat yang signifikan
terutamanya melibatkan usaha-usaha
kemajuan yang dapat mengekalkan tahap
pertumbuhan ekonomi yang tinggi dan
maju serta menempatkan Negara Brunei
Darussalam selaras dengan kalangan
sepuluh (10) negara teratas dunia iaitu
sejajar dengan matlamat Wawasan Brunei
2035.
Untuk itu, Negara Brunei Darussalam bukan
saja perlu mefokuskan kepada program
pembangunan malahan perlu
meningkatkan tahap kesempurnaan hidup
seluruh rakyat dan penduduk. Dalam hal ini
juga, kerjasama yang padu diantara Sektor
Awam dan Sektor Swasta hendaklah
diperluas dan dipertingkatkan lagi bagi
sama-sama membangun negara dimana
Perkhidmatan Awam berperanan selaku
pemudahcara bagi Sektor Swasta dalam
usaha meningkatkan ekonomi dan
menyediakan peluang-peluang pekerjaan
yang diperlukan negara.
Pencapaian Agensi Awam Sejajar Dengan
Wawasan Brunei 2035
Wawasan Brunei 2035 yang mula
diperkenalkan pada tahun 2007 telah juga
menggariskan dasar, strategi dan halatuju
pembangunan negara bagi tempoh lebih
kurang dua puluh tahun mendatang
sepertimana Titah Kebawah Duli Yang
Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan
dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei
Darussalam sempena menyambut Tahun
Baru Masihi 2009 yang menekankan
pentingnya Wawasan Negara 2035 bagi
memandu ke arah kemajuan negara.
Antara lain Titah Baginda:
“…Oleh sebab itulah kita merencanakan
Wawasan Brunei yang munasabah sebagai
warisan kewujudan bangsa.
Wawasan telah mencarta hala tuju masa
depan negara, memandu perancangan yang
lebih sistematik bagi menuju kepada sebuah
negara dan mempunyai rakyat
berpendidikan dan berkemahiran tinggi lagi
berjaya, berkualiti dan mempunyai ekonomi
yang dinamik lagi berdaya tahan…”
Bagi mencapai wawasan tersebut, strategi,
kaedah dan mekanisme pengurusan perlu
dirangka oleh Kementerian dan Jabatan
Kerajaan selaras serta sejajar dengan tugas
dan tanggungjawab yang telah
diamanahkan kepada agensi masing-
masing.
8
Senario Perubahan Persekitaran
AGENDA PERUBAHAN
Matlamat NegaraRakyat yang berpendidikan,
berkemahiran tinggi danberjaya
Kehidupan rakyat yang berkualiti tinggi
Ekonomi yang dinamik danberdaya tahan
Haluan StrategiPembangunan
Strategi Keselamatan (Good Governance) Strategi Pembangunan Institusi
MatlamatPerkhidmatan
Awam
WAWASAN PERKHIDMATAN AWAM ABAD KE-21Untuk menjadikan Perkhidmatan Awam yang sentiasa membangun dan berusaha dengan
gayanya tersendiri menurut calak Islam dalam persekitaran yang sihat dan selamat di bawahinayah dan petunjuk Allah SWT
Matlamat : Mewujudkan Perkhidmatan Awam yang beriltizam, khidmat bakti, berkualiti, berkesan, cemerlang, berakhlak dan beretika
Objektif
MembinaPerkhidmatan
Awam Yang Moden dan
Berkesan Yang Mendokong
Pembangunan Negara
MemberkesankanProsedur dan
Peraturan (Dasar) Kerajaan Bagi
MempercepatkanPembuatanKeputusan
(Decision Making), Berkualiti Tinggi
danMengurangkan
Red-tape
MemastikanDasar-dasar
PerkhidmatanAwam
BerperancanganBagi
Dilaksanakan Di Kalangan Agensi
Awam
MeningkatkanMutu
PenyampaianPerkhidmatanKe Tahap Yang
LebihCemerlang
MeningkatkanKualiti Dan Produktiviti
Yang MelebihiEkspektasiPelanggan
Teras Strategik
Reformasi HolistikDalam
PerkhidmatanAwam
Pemantapan SistemPemantauan,
Inspektorat danPengiktirafan
PemantapanKhidmat Konsultasi
dan Penyelidikan
Promosi danPenyebaranMaklumatReformasi
PerkhidmatanAwam
Nilai Utama Professional Cemerlang Integriti Strategik
Pemboleh(Enabler)
Sumber Tenaga Manusia Peruntukan Teknologi Maklumat
9
Menjadi Sebuah Agensi Pakar Runding Pengurusan Yang Dinamik dan Kompeten
A Dynamic And Competent Management Consultant Agency
Memberi Khidmat Rundingan, Penyelidikan dan PengauditanPengurusan Bagi Mencapai Kecemerlangan Perkhidmatan Awam
Provide Consultancy, Research And Management Audit Towards Civil Service Exellence
Inovasi . Implementasi . Transformasi
Innovation . Implementation . Transformation
10
VISI . MISI . MOTO
Memberikan perkhidmatan dengan peka dan prihatin serta
melebihi ekspektasi pelanggan dan
stakeholders melalui pembelajaran
berterusan, inovasi dan pengurusan sumber
tenaga manusia yang berkesan.
Melaksanakan tugas dan tanggungjawab dengan penuh
komitmen, dedikasi dan keterbukaan, menggunakan kompetensi dan kepakaran
yang diperolehi bagi menghasilkan perkhidmatan
yang cemerlang.
Melaksanakan tugas dan tanggungjawab secara
terancang dalam merangka, menggubal, mewujudkan
program-program dan memahami isu-isu senario
semasa dalam mendapatkan penyelesaian yang terbaik.
STRATEGIK
INTEGRITI
PROFESSIONAL
CEMERLANG
Melaksanakan tugas dan tanggungjawab
dengan jujur, amanah dan mengamalkan etika kerja cemerlang untuk menghasilkan kualiti
kerja yang tinggi.
11
Nilai Utama
Reformasi Perkhidmatan AwamMenetapkan halatuju reformasi Perkhidmatan Awam ke arah memenuhi arus globalisasi dan tuntutan persekitaran yang semakin kompleks dan mencabar.
Pemantapan Sistem Pemantauan, Inspektorat dan PengiktirafanMemperkukuh sistem pemantauan dan pengiktirafan dengan melaksanakan program-program bagi meningkatkan kualiti penyampaian perkhidmatan agensi-agensi kerajaan.
Pemantapan Khidmat Konsultasi dan PenyelidikanMemantapkan kemahiran, keupayaan dan kapasiti warga MSD dalam memberikan perkhidmatan konsultasi dan penyelidikan berkualiti tinggi melalui penerapan nilai teras dan kompetensi diri dari membantyu agensi-agensi kerajaan meningkatkan keberkesanan perlaksanaan program / projek yang berkualiti, inovatif, efisien, kos efektif dan bersistematik.
Promosi dan Penyebaran Maklumat Reformasi Perkhidmatan AwamMempergiatkan aktiviti promosi dan penyebarluasan maklumat mengenai perkhidmatan yang telah dilaksanakan serta usaha pembaharuan dan penambahbaikan dalam Perkhidmatan Awam melalui pelbagai saluran media.
12
Teras Strategik
Reformasi
Perkhidmatan
Awam
Pemantapan
Khidmat Konsultasi
dan Penyelidikan
Pemantapan Sistem
Pemantauan,
Inspektorat dan
Pengiktirafan
Promosi dan
Penyebaran
Maklumat Reformasi
Perkhidmatan Awam
TERAS
STRATEGIK
Reformasi Perkhidmatan Awam mempunyai signifikan yang perlu diberikan keutamaan
sebagai salah satu agenda pembaharuan ke arah memenuhi arus globalisasi dan
tuntutan persekitaran yang semakin kompleks dan mencabar. Kepesatan
pembangunan negara, perubahan demografik serta kemajuan teknologi maklumat
juga merupakan elemen penting dalam meneraju reformasi Perkhidmata Awam
dengan melihat kepada meningkatnya ekspektasi atau jangkaan orang ramai terhadap
perkhidmatan yang disediakan oleh pihak kerajaan. Selaras dengan peranan MSD
sebagai pemangkin kepada agenda perubahan dan pakar runding dalam reformasi
Pentadbiran Awam, beberapa usaha pembaharuan dan penambahbaikan perlu
diungkayahkan.
STRATEGI
Memantapkan Pengurusan Organisasi
Meningkatkan Penyampaian Perkhidmatan
Memastikan kecemerlangan Perkhidmatan
Awam melalui pembangunan program / projek
pembaharuan / penambahbaikan
Reformasi Perkhidmatan Awam
13
TERAS
STRATEGIK
Menilai dan mengukur prestasi agensi kerajaan ke arah memastikan penyampaian
perkhidmatan agensi-agensi kerajaan berada di tahap yang cemerlang. Memberi
penghargaan dan pengiktirafan secara formal kepada agensi kerajaan yang telah
menunjukkan tahap tadbir urus yang terbaik (good governance) serta sentiasa
meningkatkan kualiti perkhidmatan yang unggul. Selain daripada itu, perkara ini dapat
membantu dalam memberkesankan usaha-usaha penambahbaikan yang
diungkayahkan dalam Perkhidmatan Awam Negara Brunei Darussalam.
STRATEGI
Memperluaskan Pengauditan dan Pemantauan
Memperluaskan dan Memantapkan Sistem Pengiktirafan
Mengendalikan Aduan Daripada Orang Ramai dan Stakeholders
Memantapkan Pengurusan Prestasi
Pemantapan Sistem Pemantauan, Inspektorat
Dan Pengiktirafan
14
TERAS
STRATEGIK
Profesional, Cemerlang, Integriti dan Strategik merupakan nilai utama yang sentiasa
diterapkan oleh warga MSD. Pendedahan melalui program pembangunan sama ada
dalam dan luar negeri untuk meningkatkan professionalisme yang terancang seperti
meningkatkan tahap akedemik, mendapatkan pengiktirafan dan pensijilan profesional.
Selain itu, program kepakaran juga dikendalikan bersama rakan startegik bagi
mendapatkan dan mengadaptasikan amalan terbaik (best practices) dalam
memberikan khidmat runding yang berkualiti.
STRATEGI
Memantapkan Pengurusan dan Pembangunan Sumber Tenaga Manusia
Mengukuhkan dan Mengekalkan Kepakaran Pegawai dan Kakitangan MSD
Mengukuhkan Kerjasama Strategik Dengan Agensi Awam, Agensi Swasta,
Badan-Badan Bukan Kerajaan (NGO), Institusi Pengajian Tinggi Di Dalam Dan
Luar Negeri
Mewujudkan Keupayaan dan Kapasiti Pegawai-Pegawai MSD Bagi
Meningkatkan Penyelidikan dan Pembangunan
Meningkatkan Kolaborasi dan Koordinasi Di Antara Agensi
Pemantapan Khidmat Konsultasi Dan Penyelidikan
15
TERAS
STRATEGIK
Usaha dalam menyebarluaskan kepada stakeholders mengenai program / projek /insiatif pembaharuan dan penambahbaikan perkhidmatan yang dilaksanakan dandiperkenalkan dalam Perkhidmatan Awam melalui pelbagai saluran media bagimerapatkan hubundan di antara kerajaan dengan stakeholders. Pendekatan ini amatberguna bagi memahami dan mengharagai segala usaha, kesungguhan dan komitmenkerajaan khususnya warga Perkhidmatan Awam dalam menyediakan perkhidmatanberkualiti yang telah dan sedang dinikmati selama ini.
STRATEGI
Memastikan promosi dan penyebarluasan maklumat mengenai program / projek / inisiatif pembaharuan dan penambahbaikan Perkhidmatan Awam melalui pelbagai saluran media cetak, massa dan elektronik.
Promosi dan Penyebaran Maklumat Reformasi
Perkhidmatan Awam
16
1"
Terbitan
Jabatan Perkhidmatan Pengurusan
Jabatan Perdana M enteri
Brunei Darussalam
PELAN TINDAKAN
Peta Strategik
17
MM
N–
Maj
lisM
esy
uar
atN
eg
ara
JPP
A–
Jaw
atan
kuas
aP
em
bah
aru
anP
erk
hid
mat
anA
wam
JK-P
AN
DU
–Ja
wat
anku
asa
Pan
du
Pe
mb
eri
anP
erk
hid
mat
anK
ep
ada
Ora
ng
Ram
aiO
leh
Ag
en
si-A
ge
nsi
Ke
raja
anJT
PA
–
Jaw
atan
kuas
aT
eka
dP
em
ed
ulia
nO
ran
g R
amai
dan
Pe
ng
adu
anA
wam
SU
T J
PM
–
Se
tiau
sah
aT
eta
pJa
bat
anP
erd
ana
Me
nte
riM
ES
YU
AR
AT
SU
T –
Me
syu
arat
Bu
lan
Se
tiau
sah
a-S
eti
ausa
ha
Te
tap
PE
TA
ST
RA
TE
GIK
MS
D 2
01
3-2
01
7
• BANK-BANK SWASTA
• BSP• DST• RB
• JPM (Dasar PerkhidmatanAwam secara menyeluruh)
• JPA (Perlaksanaan dasarpengurusan sumber tenagamanusia)
• IPA (Pembangunan sumbertenaga manusai)
• EGNC (pemangunan ICT)• Kementerian/Jabatan
(Reformasi sektoral)
• CSPS• ITB• UBD
(ILIA,IBM,FBEPS)
Rakan Strategik
INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI/ PENYELIDIKAN
AGENSI SWASTA/ BEST
PRACTICES
AGENSI LUAR NEGARA
AGENSI KERAJAAN
• ACCSM• BPA• CAPAM• EROPA• IBC• PEMUDAH• MAMPU• KIPA • UNDP
ACCSM -ASEAN CONFERENCE ON CIVIL SERVICE MATTERS
BPA -BIRO PENGADUAN AWAM
BSP -BRUNEI SHELL PETROLEUM
CAPAM -COMMONWEALTH ASSOCIATION FOR PUBLIC ADMINISTRATION AND MANAGEMENT
CSPS -CENTRE FOR STRATEGIC AND POLICY STUDIES
EGNC -E-GOVERNMENT NATIONAL CENTRE
EROPA -EASTERN REGIONAL ORGANIZATION FOR PUBLIC ADMINISTRATION
IBC -INSTITUTE OF BUSINESS CONSULTING
IPA -INSTITUT PERKHIDMATAN AWAM
ITB -INSTITUT TEKNOLOGI BRUNEI
JPA -JABATAN PERKHIDMATAN AWAM
JPM -JABATAN PERDANA MENTERI
KIPA -KOREAN INSTITUTE OF PUBLIC ADMINISTRATION
RB -ROYAL BRUNEI
UBD -UNIVERSITI BRUNEI DARUSSALAM
UNDP -UNITED NATION DEVELOPMENT PROGRAMME
34
ELEMEN
Penentu Kejayaan
Tenaga Kerja Yang Mencukupi,
Berwawasan, Berkualiti,
Komited, Kompeten,
Profesional, Integriti dan
Kompetitif
Tenaga Kerja Yang
Berwawasan, Berwibawa,
Proaktif, Inovatif, Kreatif,
Dinamik dan Berfikiran Positif
Memupuk Semangat Kerja
Bersepasukan (Teamwork
Spirit)
SUMBER TENAGA MANUSIA
Peruntukan Kewangan Yang
Mencukupi
Pengurusan Kewangan Yang
Efisien dan Efektif
Peralatan dan Kemudahan
Pejabat Yang Mencukupi
KEWANGAN
Menyediakan Perancangan
Kerja Melalui Mekanisme Yang
Sistematik, Efektif dan
Relevan
Mengendalikan Jaringan Kerja
(Networking) Yang Strategik
dan Efektif
PROSES KERJA
Menyampaikan Perkhidmatan
Yang Berkualiti, Efisien dan
Efektif Serta Bernilai Tambah
(Value Added Services)
Mencapai Ekspektasi
Pelanggan
PELANGGAN
Peka Terhadap Perubahan
Arus Globalisasi dan Tuntutan
Persekitaran Semasa
Membentuk Mekanisme
Dalaman Bagi Membolehkan
Perlaksanaan Pembaharuan
dan Penambahbaikan
PEMBAHARUAN & PENAMBAHBAIKAN
Mewujudkan Persekitaran
Kerja Yang Kondusif, Selamat,
Harmoni Dan Efisien
PERSEKITARAN
35
Penutup
MSD selaku sebuah agensi pakar runding pengurusan yang dinamik dan kompeten perlu
mengatur strategi untuk meningkatkan lagi tahap keberkesanan inisiatif yang dirancang
dan dilaksana ke arah penyampaian Perkhidmatan Awam yang CEMERLANG. Perancangan
Strategik Jabatan Perkhidmatan Pengurusan 2013-2017 ini turut menyediakan Pelan
Tindakan sebagai mekanisme pemantauan kepada pihak pengurusan melalui sasaran
pencapaian yang telah ditetapkan dan petunjuk prestasi utama yang jelas dan boleh diukur
untuk mencapai aspirasi yang dihasratkan.
Dalam penerapan keseluruhan elemen penentu kejayaan yang telah digariskan, Insya Allah
MSD akan mampu melaksanakan program-program yang telah dirancang dan seterusnya
mencapai sasaran yang ditetapkan. Secara insklusifnya, MSD telahpun memperkenalkan
beberapa program strategik yang diperbaharui dan ditambahbaik sebagai langkah ke
hadapan dan usaha berserusan untuk memantapkan lagi jentera pentabdiran dan
pengurusan Perkhidmatan Awam.
Adalah diharapkan dengan penerbitan buku ini akan dapat memberikan manfaat dan
sebagai rujukan kepada pihak yang berkepentingan dalam mendokong ke arah
melaksanakan program uang diungkayahkan oleh MSD. Penghargaan dan tahniah kepada
warga MSD diatas kerjasama yang diberikan dalam menjayakan pembentukan buku
Perancangan Strategik MSD 2013-2017.