12
o Previous o Stop o Next ILKAP NATIONAL LAW CONFERENCE 2014 – LAW & SOCIAL ORDER: CURRENT CHALLENGES IN MALAYSIA, 11 - 12 November 2014 Carian Murid / Pelajar Orang Awam Warga KPM Maklumat Korporat Dasar Pekeliling Takwim Lain-lain MURID / PELAJAR Kembali || Home » Murid / Pelajar » Sekolah Menengah » Asrama penuh CARIAN

senarai sekolah berasrama penuh.docx

Embed Size (px)

Citation preview

Previous Stop NextILKAP NATIONAL LAW CONFERENCE 2014 LAW & SOCIAL ORDER: CURRENT CHALLENGES IN MALAYSIA, 11 - 12 November 2014

Top of FormCarianBottom of Form Murid / Pelajar Orang Awam Warga KPM Maklumat Korporat Dasar Pekeliling Takwim Lain-lain

Murid / Pelajar

Kembali|| Home Murid / Pelajar Sekolah Menengah Asrama penuh Sekolah Rendah Sekolah Menengah Harian Sekolah Kluster Asrama penuh Pelajaran Menengah Teknik & Vokasional SABK & SMKA Sekolah Seni Malaysia Sekolah Sukan Malaysia Tingkatan Enam Matrikulasi Program Matrikulasi Sektor Pengajian Tinggi Kemasukan Pelajar Pelajar Tempatan Program Pembangunan Sahsiah Pelajar Pengesahan Sijil Pelajar Malaysia Luar Negara Panduan Belajar di Luar Negara Surat Tiada Halangan Permohonan Mengikuti Pengajian di Institusi Pengajian Tinggi di Timur Tengah Bagi Sesi 2013/2014 Education Malaysia Status Akreditasi Program Pembangunan Sukan Biasiswa Sukan Program Keusahawanan Kajian Pengesanan Graduan Institusi Pengajian Tinggi IPTA Institusi Pendidikan Tinggi Swasta (IPTS) Politeknik Kolej Komuniti HICoE Status Akreditasi MyMohes Antarabangsa Pelajar Antarabangsa Peraturan yang Perlu Dipatuhi (versi Bahasa Inggeris) Garis Panduan Pemeriksaan Kesihatan dan Insurans Peperiksaan Bantuan Pembelajaran Skim Pinjaman Buku Teks Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin (KWAPM) Skim Bantuan Tuisyen Rancangan Makanan Tambahan (RMT) Program Susu Sekolah (PSS) Program 3k Penajaan Pengajian Tinggi Penajaan KPM SKIM LATIHAN AKADEMIK BUMIPUTRA (SLAB) /SKIM LATIHAN AKADEMIK IPTA (SLAI) Sub Kepakaran / Post Doktoral HLP Dengan Kemudahan CBBP Bagi PPPT HLP SB Bagi PPPT Postgraduate Diploma In Enterprenuership HLP Bagi Kakitangan Bukan Akademik IPTA Skim Latihan Tenaga Pengajar SLTP Bantuan Kewangan Asasi Bantuan Kewangan Pelajar Kolej Komuniti (BKPKK) Tabung Pinjaman Pelajaran (TPP) Modular - KK Program Pendidikan Khas (PPK) Bantuan Kewangan OKU Malaysian International Scholarship (MIS) Malaysia Technical and Cooperation Programme Commonwealth Scholarship and Fellowship Plan (CSFP) MyPhD MyMaster MyPhD Industri MyBrainSc Penajaan Agensi Lain Bayaran Balik KAEDAH/ SALURAN BAYARAN BALIK TABUNG PINJAMAN PELAJARAN (TPP) Semakan Penyata Kokurikulum dan Kesenian Takwim Pautan PendidikanASRAMA PENUHPENGENALAN Pendidikan di Sekolah Berasrama Penuh (SBP) adalah untuk menyediakan suasana persekolahan dan pembelajaran yang terancang, terkawal dan sempurna bagi memupuk serta mengembangkan potensi murid yang cemerlang sebagai warganegara yang seimbang dan bertanggungjawab terhadap agama, bangsa dan negara. SBP juga ialah wadah terbaik dalam menjana insan yang mempunyai kecemerlangan ilmu, kemapanan sahsiah, kesejagatan kepemimpinan dan kejituan patriotisme bagi melahirkan ahli sains, teknokrat dan profesional yang dapat memenuhi aspirasi negara.SEJARAH SBP Sejarah penubuhan SBP bermula pada tahun 1890, ketika R.O. Winsted menjadi Timbalan dan kemudiannya menjadi Pengarah Pelajaran Tanah Melayu. Pada tahun tersebut The Selangor Raja School ditubuhkan sebagai memulakan langkah melahirkan elit Melayu dari kalangan istana dan anak-anak pembesar negeri, menerusi pendidikan aliran Inggeris. Pada tahun 1894, sekolah ini telah ditutup untuk tujuan pengubahsuaian dan dilahirkan semula dalam bentuknya yang baru pada tahun 1905 di Kuala Kangsar, yang sehingga hari ini dikenali sebagai The Malay College Kuala Kangsar (MCKK). Sultan Perak (Sultan Idris) dalam Persidangan Raja-Raja (DURBAR) pada tahun 1903 yang mengkritik dasar pentadbiran Inggeris, khususnya dalam hal pendidikan orang Melayu dengan mengatakan ianya sekadar to producing better Malay farmers or fisherman only. Sultan Perak sendiri telah menawarkan lokasi penubuhan MCKK di tapak sekarang ini, dengan maksud for the education of the Malays of good family and for the training of Malay boys for admission to certain branches of the government service. Pada tahun 1947, Malay Girl College ditubuhkan di Kuala Lumpur, kemudiannya berpindah ke Seremban, Negeri Sembilan dan dikenali sebagai Kolej Tunku Kurshiah sehingga sekarang, mengambil sempena nama DYMM Raja Permaisuri Agong yang pertama. Pada bulan September 1955, sebuah Jawatankuasa Pelajaran telah ditubuhkan yang akhirnya melahirkan Penyata Razak pada tahun 1956. Laporan Penyata Razak kemudiannya diluluskan dan menghasilkan Ordinan Pelajaran 1957. Penyata Razak telah memperakukan penubuhan 6 buah Sekolah Berasrama Penuh (SBP), iaitu:

1. Sekolah Tuanku Abdul Rahman Ipoh (S.T.A.R. Ipoh) - 19562. Sekolah Dato Abdul Razak (SDAR) - 19563. Sekolah Tun Fatimah (STF) - 19564. Sekolah Menengah Sultan Abdul Halim (SMSAH) - 19635. Sekolah Alam Shah (SAS) - 19636. Sekolah Seri Puteri (SSP) - 1968

Pada tahun 1955, Kolej Islam Malaya telah ditubuhkan di atas tapak bekas istana, yang diwakafkan oleh Almarhum Sultan Hishamuddin ibni Sultan Sulaiman di Klang, Selangor. Pada tahun 1966, kolej ini berpindah ke Jalan Universiti di Petaling Jaya, Selangor. Pada tahun 1967, setelah kerja-kerja pengubahsuaian selesai, kolej ini berpindah semula ke Klang dan diberi nama Kolej Islam Klang. Pada tahun 1972, pentadbiran kolej ini diambil alih sepenuhnya oleh Kementerian Pendidikan Malaysia dan dinamakan sebagai Kolej Islam Sultan Alam Shah (KISAS). Kemajuan pendidikan di kalangan murid-murid luar bandar, khususnya dalam bidang sains mendapat perhatian daripada para pemimpin negara. Kerana itu, antara projek penting yang perlu dilaksanakan dalam Rancangan Malaysia Kedua dinyatakan sebagai: "an important project in the plan is the establishment of ten pilot residential secondary science schools to provide added educational opportunities for pupils from rural areas to pursue their education in science subjects.

Justeru 10 buah SBP berikut telah dibina di dalam Rancangan Malaysia Kedua iaitu:-

1. SMS Sultan Mohamad Jiwa (1973)2. SMS Tun Syed Sheh Shahabudin (1973)3. SMS Selangor (1973)4. SMS Muzaffar Syah (1973)5. SMS Sultan Haji Ahmad Shah (1973)6. SMS Sultan Mahmud (1973)7. SMS Tengku Muhammad Faris Petra (1973)8. SMS Tuanku Syed Putra (1974)9. SMS Tuanku Jaafar (1974)10. SMS Johor (1975)

Sehingga akhir tahun 2000, jumlah SBP telah menjangkau ke angka 39 buah dengan kapasiti murid seramai kira-kira 25,000 orang dan jumlah guru seramai kira-kira 2,500 orang. Pada tahun 2002, SM Sains Seremban mula beroperasi sebagai SBP ke 40 di premis lama Sekolah Dato Abdul Razak, Seremban yang berpindah ke bangunan barunya di Sungai Gadut, Seremban. Manakala 4 buah SMKA yang dinaik taraf sebagai SBP mula beroperasi. Sekolah-sekolah ini dinamakan sebagai Sekolah Berasrama Penuh Integrasi (SBPI). Konsep integrasi menggabungkan 3 aliran iaitu Aliran Sains Tulen, Aliran Sains Tulen Agama dan Aliran SainsTeknikal. Pada tahun 2003, SMS Seri Puteri dan SMS Alam Shah ditubuhkan mengambil alih premis lama Sekolah Seri Puteri yang berpindah ke Cyberjaya dan Sekolah Sultan Alam Shah ke Putrajaya. Sehingga April 2013 bilangan SBP di seluruh negara adalah 68 buah.

MOTO SBP

KECEMERLANGAN UNTUK SEMUASENARAI SEKOLAH BERASRAMA PENUHBILNEGERISEKOLAH

1PERLIS (1)Sekolah Menengah Sains Tuanku Syed Putra, Kangar, Perlis

2KEDAH (5)Sekolah Menengah Sultan Abdul Halim, Jitra, Kedah

3Sekolah Menengah Sains Sultan Mohamad Jiwa, Sungai Petani, Kedah

4Sekolah Menengah Sains Pokok Sena, Pokok Sena, Kedah

5Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Kubang Pasu, Bukit Kayu Hitam, Kedah

6Sekolah Menengah Sains Kubang Pasu, Jitra, Kedah

7PULAU PINANG (2)Sekolah Menengah Sains Tun Syed Sheh Shahabudin, Bukit Mertajam, Pulau Pinang

8Sekolah Menengah Sains Kepala Batas, Kepala Batas, Pulau Pinang

9PERAK (7)The Malay College Kuala Kangsar, Kuala Kangsar, Perak

10Sekolah Tuanku Abdul Rahman, Ipoh, Perak

11Sekolah Menengah Sains Raja Tun Azlan Shah, Taiping, Perak

12Sekolah Menengah Sains Teluk Intan, Teluk Intan, Perak

13Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Gopeng, Gopeng, Perak

14Sekolah Menengah Sains, Bagan Datoh, Bagan Datoh Perak

15Sekolah Menengah Sains Tapah,Tapah, Perak

16W.P. K. LUMPUR (3)Sekolah Menengah Sains Selangor, Jalan Yaacob Latif, Kuala Lumpur

17Sekolah Menengah Sains Seri Puteri, Jalan Kolam Air, Kuala Lumpur

18Sekolah Menengah Sains Alam Shah, Jalan Yaacob Latif, Kuala Lumpur

19W.P. PUTRAJAYA (1)Sekolah Sultan Alam Shah, Presint 1,Putrajaya

20SELANGOR (9)Kolej Islam Sultan Alam Shah, Klang, Selangor

21Sekolah Seri Puteri, Cyberjaya, Selangor

22Sekolah Menengah Agama Persekutuan Kajang, Kajang, Selangor

23Sekolah Menengah Sains Kuala Selangor, Kuala Selangor, Selangor

24Sekolah Menengah Sains Hulu Selangor, Ulu Yam, Selangor

25Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Rawang, Rawang Selangor

26Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Sabak Bernam, Sabak Bernam Selangor

27Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Gombak, Gombak Kuala Lumpur

28Sekolah Menengah Sains Banting, BantingSelangor

29NEGERI SEMBILAN (8)Sekolah Dato' Abdul Razak, Seremban, Negeri Sembilan

30Kolej Tunku Kurshiah, Bandar Enstek, Negeri Sembilan

31Sekolah Menengah Sains Tuanku Jaafar, Kuala Pilah, Negeri Sembilan

32Sekolah Menengah Agama Persekutuan Labu, Labu, Negeri Sembilan

33Sekolah Menengah Sains Tuanku Munawir, Seremban, Negeri Sembilan

34Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Jempol, Batu Kikir, Negeri Sembilan

35Sekolah Menengah Sains Rembau, Rembau, Negeri Sembilan

36SMS Perempuan Seremban, Seremban,Negeri Sembilan (Dijangka buka pada Januari 2014)

37MELAKA (2)Sekolah Menengah Sains Muzaffar Shah, Air Keroh, Melaka

38Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Selandar, Selandar, Melaka

39JOHOR (7)Sekolah Tun Fatimah, Johor Bahru, Johor

40Sekolah Menengah Sains Johor, Kluang Johor

41Sekolah Menengah Sains Muar, Ledang, Johor

42Sekolah Menengah Sains Kota Tinggi, Kota Tinggi, Johor

43Sekolah Menengah Sains Sultan Iskandar, Mersing, Johor

44Sekolah Menengah Sains Sembrong, Kluang, Johor

45Sekolah Menengah Sains Batu Pahat, Batu Pahat, Johor

46PAHANG (7)Sekolah Menengah Sains Sultan Haji Ahmad Shah, Kuantan, Pahang

47Sekolah Menengah Sains Tengku Abdullah,Raub, Pahang

48Sekolah Sains Sultan Haji Ahmad Shah, Pekan, Pahang

49Sekolah Berasrama Penuh Integrasi, Temerloh, Temerloh, Pahang

50Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Tun Abdul Razak, Pekan, Pahang

51Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Kuantan, Kuantan, Pahang

52Sekolah Menengah Agama Persekutuan Bentong, Karak, Pahang

53TERENGGANU (6)Sekolah Menengah Sains Sultan Mahmud, Kuala Terengganu, Terengganu

54Sekolah Menengah Sains Dungun, Dungun, Terengganu

55Sekolah Menengah Sains Kuala Terengganu, Kuala Terengganu, Terengganu

56Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Batu Rakit, Kuala Terengganu, Terengganu

57Sekolah Menengah Sains Hulu Terengganu, Kuala Berang, Terengganu

58Sekolah Menengah Sains Setiu, SetiuTerengganu

59KELANTAN (5)Sekolah Menengah Sains Tengku Muhammad Faris Petra, Pengkalan Chepa, Kelantan

60Sekolah Menengah Sains Machang, Machang, Kelantan

61Sekolah Menengah Sains Pasir Puteh, Pasir Puteh, Kelantan

62Sekolah Menengah Sains Jeli, Jeli, Kelantan

63Sekolah Menengah Sains Gua Musang, Gua Musang, Kelantan (Sedang dalam pembinaan)

64SABAH (2)Sekolah Menengah Sains Sabah, Kota Kinabalu, Sabah

65Sekolah Menengah Sains Lahad Datu, Lahad Datu, Sabah

66W.P. LABUAN (1)Sekolah Menengah Sains Labuan, W.P. Labuan

67SARAWAK (3)Sekolah Menengah Sains Miri, Miri, Sarawak

68Sekolah Menengah Sains Kuching, Kuching, Sarawak

69Sekolah Menengah Sains Kuching Utara,Kuching, Sarawak

PANDUAN PERMOHONAN KEMASUKAN MURID KE SEKOLAH BERASRAMA PENUH (SBP) KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA1. Permohonan hanya secara online melalui laman web KPM http://www.moe.gov.mySYARAT PEMILIHAN TINGKATAN SATU (1)1. Murid mestilah warganegara Malaysia;2. Murid Sekolah Kebangsaan;3. Murid mencapai 5A dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR). Kriteria berikut boleh dipertimbangkan ke SBP iaitu :i. murid mencapai sekurang-kurangnya 4A 1B serta aktif sukan atau permainan sekurang-kurangnya mewakili negeri ke peringkat kebangsaan.ii. murid dari keluarga miskin berpendapatan di bawah Paras Garis Kemiskinan (Kumpulan Miskin Tegar) mendapat sekurang-kurangnya 3A 2B dalam UPSR dan1. Aktif dalam kokurikulum.SYARAT PEMILIHAN TINGKATAN EMPAT (4)1. Murid mestilah warganegara Malaysia;2. Bersekolah di Sekolah Kerajaan atau Sekolah Bantuan Kerajaan ; dan3. Kelayakan akademik keputusan PMR seperti berikut :- Memperoleh Gred A bagi sekurang-kurangnya Enam (6) mata pelajaran tidak termasuk mata pelajaran Bahasa Antarabangsa / Bahasa Ketiga Memperoleh Gred A bagi mata pelajaran Sains dan Matematik Memperoleh sekurang-kurangnya Gred B bagi mata pelajaran lain Permohonan ke Aliran Sains Tulen Agama dan Aliran Agama Ikhtisas, calon perlu memperoleh Gred A bagi mata pelajaran Pendidikan Islam dan sekurang-kurangnya Gred B bagi mata pelajaran Bahasa Arab; dan1. Aktif dalam kokurikulumTAWARAN INI HANYA SAH SEKIRANYA MURID MEMENUHI SYARAT-SYARAT SEPERTI BERIKUT:i. Murid mestilah warganegara Malaysia.ii. Lulus pemeriksaan kesihatan oleh doktor yang bertauliah, sihat tubuh badan dan bebas daripada sebarang penyakit kronik, lelah (asthma) atau penyakit berjangkit.iii. Bersetuju menerima Sekolah Berasrama Penuh yang ditawarkan dan menerima aliran yang ditetapkan.iv. Bersetuju mematuhi sepenuhnya semua peraturan dan arahan Sekolah Berasrama Penuh yang berkaitan.KEPUTUSAN PEMILIHAN DAN PENEMPATAN MURIDSemakan keputusan akan diumumkan selewat-lewatnya dalam tempoh 27 hari setelah keputusan UPSR diumumkan. Ianya boleh dibuat melalui ketetapan berikut : Laman Web Kementerian Pendidikan Malaysia; www.moe.gov.my

Kaunter BPSBPSK

Talian BPSBPSK : 03-83217400

Kaunter JPN / PPD yang berhampiran

Makluman melalui SMS

Kiosk BPSBPSK

PAKEJ ALIRAN DAN MATA PELAJARAN TINGKATAN SATU (1) YANG DITAWARKAN DI SBPJENIS ALIRANSAINSAGAMA

Pakej Mata Pelajaran Bahasa Melayu Bahasa Inggeris Matematik Sains Sejarah Geografi Kemahiran Hidup Pendidikan Islam / Moral Bahasa Antarabangsa(*Satu Bahasa Pilihan; Bahasa Arab / Bahasa Jepun / Bahasa Perancis / Bahasa Jerman / Bahasa Mandarin) Bahasa Melayu Bahasa Inggeris Bahasa Arab Komunikasi Matematik Sains Sejarah Geografi Kemahiran Hidup Pendidikan Islam / Moral Bahasa Antarabangsa(*Satu Bahasa Pilihan; Bahasa Arab / Bahasa Jepun / Bahasa Perancis / Bahasa Jerman / Bahasa Mandarin)

Jenis SBP yang ditawarkan SBP Terawal (Premier) Sekolah Menengah Sains (SMS) Sekolah Menengah Agama Persekutuan (SMAP) Sekolah Berasrama Penuh Integrasi (SBPI)