sejarah semekar cintaku

Embed Size (px)

DESCRIPTION

soalan2 sejarah

Citation preview

Tema 2: Pemerintahan dan PentadbiranSoalan: Huraikan peralihan sistem pemerintahan beraja mutlak kepada raja berperlembagaan di England. Pemerintahan beraja mutlak di England bermula sejak penghujung abad ke-15. Sistem ini diasaskan oleh oleh Raja Henry VII iaitu pemerintah Dinasti Tudor. Sistem pemerintahan raja mutlak berpegang kepada prinsip dan kepercayaan bahawa raja dilantik oleh Tuhan. Raja berkuasa dalam segala hal mengatasi undang-undang.

Selepas Perang Bunga Ros berakhir, majoriti masyarakat England bersetuju sistem pemerintahan raja berkuasa mutlak sebagai penyelesai keadaan huru-hara. Pemerintahan raja berkuasa mutlak yang diamalkan semasa Zaman Dinasti Tudor [1485 1603] mendapat sokongan rakyat. Hal ini kerana raja-raja Tudor menghormati prinsip perbatasan pemerintah yang terkandung dalam Magna Carta. Parlimen England ketika itu terdiri daripada House of Lord dan House of Commons. House of Lord yang dianggotai oleh tuan tanah yg kaya, bishop dan kerabat diraja lebih berkuasa berbanding House of Commons yang dianggotai oleh golongan knight, orang kaya dan peguam.

Menjelang abad ke-17, berlaku perubahan dalam masyarakat England. Di luar Bandar, muncul golongan gentry yang memiliki tanah dan kekayaan melebihi golongan bangsawan. Di Bandar pula, muncul golongan bourjois iaitu saudagar yang kaya ber pendidikan dan berpengetahuan dalam bidang ekonomi. Golongan gentry dan bourjois yang banyak menganggotai House of Commons berani mempertikaikan House of Lord yang didominasi oleh golongan aristokrat. Pada masa yang sama berlaku pergeseran mahzab gereja. Penganut mahzab Protestan marah dengan tindakan gereja kebangsaan England iaitu Anglican yg masih mengamalkan sifat gereja Katolik . Golongan puritan ini bermatlamat membersihkan amalan gereja di England daripada pengaruh gereja Katolik Rom.

Kemangkatan Ratu Elizabeth I menandakan berakhirnya pemerintahan Dinasti Tudor di England. Sepupu Ratu Elizabeth I iaitu Raja James I dari Scotland telah ditabalkan menjadi raja England. Perlantikan ini menandakan bermulanya pemerintahan Dinasti Stuart. Raja James I berpegang teguh kepada doktrin kuasa suci raja yang menganggap kedudukan raja mengatasi segala undang-undang. Hal ini tidak disenangi oleh golongan gentry dan bourjois yang ingin memisahkan gereja dari pemerintahan. Sikap pilih kasih dalam urusan perdagangan dan tindakan raja membelakangkan parlimen dalam isu cukai menyebabkan golongan saudagar marah.

Keadaan bertambah celaru bila Raja Charles I menggantikan ayahandanya sehingga parlimen mengeluarkan Petition of Right. Petisyen ini bertujuan mengutuk raja yang bersikap autokratik. Golongan puritan semakin marah bila Bishop Besar William Laud yang dilantik oleh Raja Charles I melarang golongan puritan melakukan aktiviti keagamaan mereka. Pada tahun 1645, berlaku perang dan tentera parlimen yang dipimpin Oliver Cromwell berjaya mengalahkan tentera Raja Charles I. Oliver Cromwell juga menyingkirkan ahli parlimen yang proraja. Beliau kemudian mengisytiharkan England sebagai negara republik dan dia sendiri sebagai ketua.

Walaupun berjaya menubuhkan pemerintahan raja berperlembagaan, Oliver Cromwell tetap menerima tentangan daripada golongan levelers dan golongan diggers menuntut setiap rakyat England berhak mengundi dan persamaan hak dalam pemilikan harta. Oliver Cromwell telah membubarkan parlimen dan membentuk kerajaan baru iaitu Protectorate dan melantik dirinya sebagai Lord Protectorate. Walaupun memerintah mengikut perlembagaan, tetapi beliau pemerintahan bercorak diktaktor ketenteraan.

Soalan: Huraikan peralihan sistem pemerintahan beraja mutlak kepada raja berperlembagaan di Perancis. Perancis merupakan antara negara di Eropah yang mengamalkan sistem pemerintahan beraja mutlak. Walau bagaimanapun, kepincangan dan ketidakstabilan politik serta kebangkitan rakyat menyebabkan sistem ini dihapuskan dan digantik dengan sistem pemerintahan raja berperlembagaan.

Di bawah sistem raja berkuasa mutlak yang diamalkan di Perancis, pemerintahan Perancis terletak di tangan Raja, Majlis Diraja dan intendant. Kuasa raja mengatasi semua undang-undang. Raja berkuasa memenjarakan individu yang ingkar atau menyakiti hati golongan berpengaruh. Tindakan ini dipanggil lettre de cachet. Majlis Diraja dianggotai kerabat diraja yg berpengaruh. Mereka berperanan membuat keputusan penting dalam semua bidang. Di peringkat wilayah, intendant diamanahkan untuk menguruskan hal pentadbiran dan cukai sekaligus mengurangkan kuasa politik golongan bangsawan. Golongan paderi atasan dan golongan bangsawan turut diberi keistimewaan. Golongan bourjois iaitu golongan kelas menengah seperti professional, guru, peguam dan pedagang turut diberikan keistimewaan seperti pengecualian cukai. Walau bagaimanapun, golongan ini tidak berpuas hati kerana tidak berpeluang naik pangkat dalam pegawai tentera dan berkhidmat dalam pentadbiran. Golongan petani pula terbeban dengan pelbagai cukai seperti cukai tanah, garam, harta dan cukai feudal.

Parlimen Perancis pula terbahagi kepada tiga estet iaitu estet pertama yang terdiri daripada golongan paderi, estet kedua dianggotai oleh golongan bangsawan dan estet ketiga pula terdiri daripada golongan borjouis dan petani. Estet pertama dan kedua diberi keistimewaan manakala estet ketiga seolah-olah terpinggir. Estet ketiga tidak mempunyai hak untuk membuat sebarang keputusan penting. Tuntutan estet ketiga untuk mendapatkan persamaan hak tidak diendahkan oleh Raja Loui XVI. Estet ketiga akhirnya mengisytiharkan diri sebagai Perhimpunan Kebangsaan atau Parlimen Negara. Tindakan estet ketiga ini menandakan bermulanya Revolusi Perancis. Perjuangan Estet Ketiga mendapat sokongan golongan miskin.

Perjuangan estet ketiga membuahkan hasil apabila mereka berjaya menawan bangunan Bastille. Kemuncak perjuangan estet ketiga ialah apabila berlakunya peristiwa yang dipanggi Hari Ogos: Peristiwa ini menandakan penghapusan sistem feudal. Ahli parlimen dan golongan feudal menyerahkan hak feudal mereka manakala golongan paderi menyerahkan hak gereja. Pada 26 Ogos 1789 , parlimen meluluskan Perisytiharan Hak-Hak Manusia dan Warganegara. Pentadbiran Perancis dibahagikan kepada 83 kawasan [department] dan setiap department ini dibahagi kepada daerah [cantons] dan commune. Kerajaan tempatan dipilih oleh rakyat tempatan dan berkuasa di kawasan masing. Menjelang tahun 1791 Majlis Perhimpunan Kebangsaan menyiapkan perlembagaan baru. Dengan mengambil idea berdasarkan teori pengasingan kuasa Montesquieu, kerajaan Perancis dibahagikan kepada badan legislative, badan eksekutif dan badan judisiari. Bermulalah era pemerintahan raja berperlembagaan di Perancis. Walau bagaimanapun, pemerintahan raja berperlembagaan berlangsung selama setahun sebelum bertukar kepada republik. Akibat pergeseran antara golongan revolusi dengan golongan menyokong raja, Raja Louis XVI dan isterinya Marie Antoinnette telah dihukum pancung dengan gilotin.

Perubahan sistem pemerintahan beraja mutlak kepada raja berperlembagaan menyaksikan pergolakkan politik di Perancis. Kacau-bilau yang berlakunya di Perancis hanya tamat bila Napoleon Bobaparte mengambil alih pemerintahan [1799].

Soalan: Huraikan / Jelaskan sistem pembesar yang diamalkan di China abad ke-16 hingga ke-20.

Pembesar merujuk kepada pegawai kerajaan yang dilantik oleh raja untuk membantu melicinkan perjalanan pentadbiran sesebuah negara. Di China, pegawai yang terdiri daripada golongan cerdik pandai merupakan orang kedua terpenting selepas maharaja. Pembesar China boleh dibahagikan kepada dua iaitu pembesar di peringkat pusat dan pembesar di peringkat wilayah.

Pentadbiran China dibahagikan kepada tiga unit utama iaitu Majlis Tertinggi, Sekretariat Agung dan Lembaga Penapis [Censorate]. Majlis Tertinggi terdiri daripada enam kementerian yang setiap satunya diketuai oleh pegawai yang dipanggil Shangschu. Majlis Tertinggi berperanan menasihati maharaja dalam hal pemerintahan. Sekretariat Agung berperanan menyelia, menyelaras dan melaporkan perjalanan enam kementerian yang terdapat dalam pentadbiran kerajaan pusat. Lembaga Penapis pula berperanan menjadi mata dan telinga maharaja yang melaporkan setiap tindakan pembesar.

Dalam sistem pembesar China terdapat dua kelompok pembesar iaitu golongan sarjana dan bukan sarjana. Golongan sarjana menduduki darjat paling tinggi dalam sistem pembesar China. Golongan ini merupakan lulusan peperiksaan awam yang menjadi syarat lantikan atau kenaikan pangkat. Golongan sarjana biasanya menjawat jawatan yang penting terutama dalam hal yang melibatkan penggubalan dasar. Dasar yang telah digubal ini akan dilaksanakan oleh pembesar bawahan di peringkat wilayah dengan bantuan pembesar tempatan iaitu gentry.

Pembesar peringkat wilayah yang bukan golongan sarjana pula memiliki angkatan tentera sendiri. Mereka berperanan menyediakan bantuan ketenteraan kepada pemerintah pusat terutama ketika diperlukan. Selain itu, mereka juga bertanggungjawab menjaga keamanan dan kestabilan wilayah sendiri. Kedudukan pembesar ini lebih rendah berbanding pembesar golongan sarjana.Semasa pemerintahan Dinsati Ching, gabenor dilantik sebagai pentadbir daerah yang menguruskan pentadbiran, keamanan dan ketenteraan, serta kutipan cukai. Gabenor ini berhubung langsung dengan pemerintahan pusat. Kesetiaan gabenor kepada pemerintah pusat dipaterikan dalam dikri diraja. Gabenor akan mentadbir dan dibantu oleh pegawai daerah yang dilantik oleh maharaja.

Sistem pembesar di China yang menekankan ajaran klasik Confucius menyaksikan China bangkit sebagai sebuah kuasa yang besar sekitar abad ke-16 hingga ke-20. Walau bagaimanapun, sikap pemerintah Dinasti Ching yang tidak lagi menekankan ajaran Confucius menyebabkan kemerosotan nilai dan etika para pembesar yang lebih mementingkan kebendaan. Sistem pembesar di China berakhir apabila pemerintahan Dinsati Ching tamat.

Perbandingan Sistem Feudal Eropah dengan JepunPengenalanEngland dan Jepun merupakan dua buah negara yang mengamalkan sistem feudal dalam masyarakatnya. Walaupun mempunyai beberapa persamaan, namun perbezaan dalam beberapa aspek begitu ketara.

Persamaan Sistem Feudal Eropah dengan JepunPersamaan 1: Konsep Feudalisme- Satu gabungan yg istimewa antara konsep pemusatan undang-undang diraja dan tradisi semulajadi sesebuah organisasi dengan ikatan peribadi kesetiaan

Persamaan 2: Peperangan- Kedua-dua negara sering dilanda peperangan. Di Eropah, pahlawan dipanggil knight dan di Jepun ia dipanggil samurai

Persamaan 3: Peralatan Perang- Knight dan samurai sama-sama menggunakan kuda, pedang dan baju perisai

Persamaan 4: Mobiliti Sosial- Kurangnya perubahan status atau kurangnya mobiliti sosial.

Persamaan 5: Pembinaan Masyarakat- Berdasarkan keturunan atau sistem kelas

Perbezaan Sistem Feudal Eropah dengan JepunPerbezaan 1: Pembinaan IstanaEropah: Istana diperbuat daripada batuJepun: Istana diperbuat daripada kayu

Perbezaan 2: Konsep Undang-UndangEropah: Feudalisme Eropah menekankan hak, undang2 dan kewajipan [pengaruh Rom].Jepun: Feudalisme jepun menekankan aspek moral yang dipengaruhi etika China

Perbezaan 3: Pemilikan TanahEropah: Gol knight mendapat tanah sebagai bayaran memberi pekhdimatan ketenteraan.Knight juga berkuasa mengawal petani [serf] yg berkerja di tanah merekaJepun: Golongan samurai tidak mempunyai tanah.

Perbezaan 4: Perkongsian KuasaEropah: Berkongsi kuasa dengan badan perwakilanJepun: Kekuasaan dan kesetiaan menjadi sesuatu yg mutlak.

Perbezaan 5: Penyatuan NegaraEropah: England disatukan oleh RajaJepun: Disatukan oleh Jeneral Tentera

Masyarakat Agraria di BelandaPengenalan

Pada abad ke-16, kawasan utara Belanda terkenal sebagai kawasan pertanian dan perikanan. Pertanian dijalankan secara kecil-kecilan. Hasil pertanian ini dijual di pasar tempatan dan bandar2 lain. Mereka mengamalkan sistem pertanian padang terbuka. Dalam sistem ini tanah dibahagikan kepada 3 bidang. Setiap bidang terdapat lajur-lajur yg dibahagi secara memanjang. Setiap musim pula, petani hanya mengusahakan 2/3 bidang tanah. Sebidang lagi dibiarkan sebagai tanah rang utk memulihkan kesuburan tanah. Najis binatang pula dijadikan sebagai baja.

Pada abad ke-17, berlaku Revolusi Pertanian di desa. Jumlah tanah pertanian, jumlah petani dan jumlah penggunaan kuda bertambah mendadak.

Ciri-Ciri Masyarakat Agraria di Belanda: Pertanian1. Hasil pertanian bertambah.2. Pengeluaran makanan turut bertambah sekaligus meningkatkan jumlah simpanan makanan bertambah. Peningkatan hasil pertanian ini menguntungkan petani.3. Teknologi kincir air digunakan bagi memudahkan pengairan kawasan pertanian.4. Guna kaedah tanaman bergilir bagi mengekalkan kesuburan tanah [tanam sengkuang & kekacang bergilir dengan bijirin].5. Tanaman utama ialah bijirin [gandum, barli, oat]. Selain itu, kobis, kekacang, bunga dan jagung turut diusahakan.6. Petani di Belanda turut menternak binatang seperti lembu [tenusu dan daging bagi tujuan eksport ke selatan Belanda.7. Industri tekstil turut berkembang. Masyarakat desa mengeluarkan pakaian bersasakan kain linen & bulu manakala masyarakat bandar mengguna mesin untuk warnakan kain tersebut. Hasil industri tekstil ini kemudiannya dieksport ke Mediterranean. Industri tekstil semakin berkembang sehingga Leiden muncul sebagai pusat industri kain berasaskan kain woolen, says, fustians dan camlets. Haarlem pula muncul sebagai bandar utama pengeluar industri linen.

Ciri-Ciri Masyarakat Agraria di Belanda: Perikanan Perairan Holland dan Zeeland kaya dengan ikan. Hampir 1/5 penduduk terlibat dalam perikanan sehingga berjaya merebut pasaran Baltik dari Jerman. Belanda mengeksport ikan herring, garam, arak dan pakaian untuk dapatkan bijirin dari Baltik.

Nelayan-nelayan Belanda menggunakan kapal besar turun menangkap ikan. Mereka akan berada di laut untuk beberapa minggu. Ikan yang ditangkap akan digaram supaya tahan lama. Ikan herring merupakan tangkapan utama kerana berkualiti tinggi dan harga pasaran yang mahal. Orang Belanda mahir dalam membina kapal. Kapal buatan mereka dikatakan berkualiti tinggi, tahan lasak dan mampu membawa muatan yang banyak. Kapal mereka juga dianggap terbaik di Eropah sehingga turut diguna oleh pedagang England, Perancis dan Sepanyol untuk membawa gandum dan galian ke Eropah.

Sistem Pemerintahan Beraja di RusiaPengenalanTempoh sistem pemerintahan beraja diamalkan di Rusiaialah 1547 - 1917. Sistem pemerintahan Rusia adalah diwarisi daripada sistem pemerintahan Byzantine [melalui perkahwinan Ivan III dengan cucu maharaja Byzantine yang terakhir iaitu Sophia pada tahun 1469]. Oleh itu pemerintah Rusia dianggap pewaris mutlak empayar Byzantine.

Sistem beraja di Rusia di bawah Dinasti Ramanov selama 304 tahun berakhir semasa pemerintahan Tsar Nikolai II apabila berlaku Revolusi Russia 1917.

Kedudukan Raja / Maharaja

1. Kedudukan TertinggiRaja menduduki tempat tertinggi dalam hierarki masyarakat Rusia. Raja bertanggungjawab mengetuai bidang pemerintahan. Tsar berkuasa membuat keputusan. Oleh yang demikian, rakyat harus taat setia kepada raja. Rakyat tidak boleh ingkar arahan Tsar.

2. Berkuasa Mutlak [autokratik]Semasa era pemerintahan Ivan IV Ivan Yg Ganas pemerintah Rusia mula mengguna -kan gelaran Tsar. Gelaran Tsar diambil sempena gelaran caesar yg digunakan oleh pemerintah Byzantine. Konsep caesaropapism ialah gabungan untuk keagamaan dan politik dalam sistem pemerintahan. Tsar memerintah secara mutlak dengan;i. Isytihar kanun undang2 baru.ii. Tubuhkan badan perwakilan feudal pertama di Rusia.iii. Menguasai Kazan & Astrakhan untuk melemahkan kedudukan orang Tartar.

Peranan Raja / Mahajara 1. Ketua Negara Tsar berkuasa mutlak dalam pentadbiran. Tsar brperanan mengetuai setiap bidang pemerintahan termasuk politik, ekonomi dan sosial.

2. PerundanganDari segi perundangan, kata-kata / arahan Tsar dianggap sebagai undang2. Arahan Tsar tidak boleh diingkari. Tsar juga kebal dari segi undang2.

3. Dasar luar Tsar Rusia berkuasa menentukan hubungan diplomatik Rusia. Rusia telah menjalin hubungan baik dengan Jerman untuk tujuan latihan ketenteraan.

4. Ketua Tentera Rusia seringkali berasa terancam oleh musuh-musuhnya termasuk kerajaan Mongol. Oleh itu, Tsar Peter The Great berusaha memperkukuhkan kekuatan tentera Rusia dengan menambahkan jumlah peruntukan. Ini bagi memastikan Rusia terus aman.

5. Berkuasa melantik menteriTsar juga berkuasa melantik menteri yg benar2 dipercayai. Pemilihan menteri yang benar2 boleh dipercayai bertujuan mengukuhkan kedudukannya. Menteri2 yg dianggap menentang Tsar akan dipecat.

6. Ketua Bidang EkonomiPeter The Great berusaha memajukan industri kilang senjata, pembuatan makanan dan tekstil. Tsar Alexander II telah membangunkan sistem pengangkutan iaitu kereta api untuk memacu perkembangan sektor industri.

KesimpulanSebagai seorang pemerintah yang berkuasa mutlak dan mempunyai kedudukan tertinggi, Tsar mempunyai kelebih untuk terus mengukuhkan kuasanya. Tsar bukan sahaja berhak memilih menteri yang dipercayainya tetapi juga berkuasa menentukan hala tuju negara.

Feudalisme di EnglandPengenalanPerang Seratus Tahun antara England dengan Perancis dan perang saudara [Perang Bunga Mawar] di England memaksa masyarakat England menerima sistem pemerintahan beraja mutlak sebagai alternatif menamatkan huru-hara. Secara tidak langsung masyarakat England menerima sistem feudal iaitu adanya golongan pemerintah dan diperintah.Raja Raja berkuasa mutlakRaja menjadi pusat kekuasaan. Rakyat pula tidak berhak untuk membantah. Selain itu, rakyat tidak mempunyai hak dan suara kerana kuasa raja adalah anugerah suci Tuhan.Rakyat perlu taat setia kepada raja.

Raja berhak memajak tanah kepada gol yang dipercayai [vassal]. Raja juga boleh memberi tanah kepada golonganbangsawan [baron dan knight] sebagai ganjaran terhadap perkhidmatan yg diberikan [golongan ini terikat kepada raja]. Pemberian tanah kepada pembesar untuk diusahakan oleh golongan petani membolehkan raja mengutip cukai.

Golongan BangsawanGolongan bangsawan berkuasa memerintah di tanahnya. Mereka berhak mengawal penggunaan tanah, mengadakan undang2 sendiri untuk mengawal petani / serf dan mengenakan cukai. Tanah yg diberikan oleh raja akan diwarisi. Antara gelaran yg diberikan kepada golongan bangsawan ialah Duke, baron [Lord] dan Vassal.

Golongan SerfKehidupan golongan petani berubah ekoran perkembangan ekonomi di England pada abad ke-16. Banyak tanah dibuka dan pertanian komersial mula dijalankan. Perkembangan pertanian dagangan, kemunculan bandar baru dan kemajuan sektor perusahaan menyebabkan ramai golongan serf berpindah atau berhijrah. Terdapat juga golongan serf yang dibebaskan. Keadaan ini menyebabkan ikatan antara tuan tanah dan serf makin longgar.

Raja Henry VII, Raja Henry VIII, Raja James I dan Raja Charles I adalah antara tokoh terkenal di zaman feudalisme England.

KesimpulanKeadaan huru-hara mengakibatkan masyarakat England berusaha mencari penyelesaian. Langkah terbaik ialah melantik seorang raja untuk mengetuai sebuah sistem pemerintahan yang teratur. Kewujudan sistem pemerintahan telah melahirkan golongan pemerintah dan rakyat pula menjadi golongan diperintah. Ini menjadi titik tolak bermulanya sistem feudal di England.

Sistem Maharaja di ChinaPengenalanInstitusi merujuk kepada pola yg tertubuh untuk memenuhi pelbagai keperluan manusia sekaligus mengatur perlakuan manusia. Institusi berperanan;i. Menegakkan keamananii. Menegakkan undang2iii. Mewujudkan perdamaianPemerintahan bermaksud badan yg dianggotai oleh sebilangan individu yg dilantik / dipilih mengikut prosedur undang2 bagi menjawat jawatan tertentu bagi mentadbir atau mengurus sesebuah negara.Pentadbiran pula merujuk kepada sistem yg melaksanakan dasar atau arahan ketua pemerintah untuk membangunkan negara [politik, ekonomi dan sosial] dengan bantuan pembesar dan menteri2.Sistem Raja & Maharaja ChinaKonsep Beraja di Chinai. Raja & Maharaja menduduki status tertinggi dalam hierarki sosial. Raja / maharaja mempunyai kuasa penentu dan pemutus.

ii. Raja & Maharaja merupakan perlambangan kedudukan kerajaan. Jika Raja / Maharaja bijak, berkebolehan dan berdaulat tinggi, kerajaannya cemerlang dan rakyatnya aman makmur. Sebaliknya,kerajaan tidak akan kekal lama manakala rakyatsusah dan miskin.

Walau bagamanapun, berlaku perubahan mendadak dalam sistem Raja dan Maharaja di China pada abad ke-19 akibat kedatangan kuasa Eropah.

Kedudukan & Peranan Raja / Maharaja.Kedudukan maharaja China dilegistimasikan berdasarkan konsep mandat dari syurga. Menurut konsep ini, maharaja dianggap sebagai wakil dari syurga ataupun anak syurga. Maharaja;i. Diberi kuasa spiritual yg tidak terhingga [individu paling berkuasa].ii. Menduduki hierarki teratas.iii. Akan menjamin kemakmuran dan keamanan rakyat.iv. Mendapat penghormatan tertinggi drp masyarakat China.

Berdasarkan konsep mandat dari syurga, maharaja atau raja dianggap gagal mendapat mandat dari syurga dan perlu diganti jika berlaku malapetaka seperti banjir, kemarau dan kebuluran. Pemerintah yang baik menjamin kerajaan yang aman dan makmur.

Maharaja turut mengamalkan ajaran Confucianisme yang menekankan prinsip;i. Setiap pihak mempunyai tanggungjawab terhadap pihak lain bagi mewujudkan masyarakat harmoni.ii. Mengutamakan kesetiaan sebagai puncak kebahagiaan.

Sistem pemerintahan China ibarat Autokrasi yg diletakkan di atas demokrasi. Hal ini dapat dilihat dalam raha berikut;

Sistem Pentadbiran China1. Pentadbiran PusatPentadbiran pusat di China terbahagi kepada 3 unit iaitu;

Pegawai yg setia diberi anugerah / yang ingkar dihukum.

2. Pentadbiran Wilayah1. Zaman Dinasti MingSemasa era Dinasti Ming, empayar China dibahagikan kepada 15 wilayah. Seorang pesuruhjaya dilantik mengetuai setiap wilayah. 2. Zaman Dinasti ChingSemasa pemerintahan Dinasti Ching, terdapat 18 wilayah di China. Seorang gabenor dilantik mengetuai setiap wilayah.

Peranan MaharajaBidang KetenteraanRaja berperanan sebagai ketua tentera.Di awal pemerintah Dinasti Ming, maharaja berusaha menyatukan semua empayar China. Usaha pemerintah Dinasti Ming membolehkan mereka berjaya menguasai sebahagian besar Manchuria dan menaungi Korea dan RyukyuSemasa pemerintahan Dinasti Ching, Maharaja Chien Lung muncul sebagai maharaja ketenteraan [meluaskan empayar China].

Bidang EkonomiDalam bidang ekonomi, tanah sebagai hak maharaja.Tanah merupakan satu kurniaan / anguerah maharaja kepada pembesar dan tuan tanah. Tanah menjadi lambang status sosial dalam masyarakat China. Rakyat bercucuk tanam di atas tanah yg dimiliki oleh pembesar atau tuan tanah.Peningkatan hasil pertanian turut menyumbang kepada pendapatan pembesar atau tuan tanah. Hal ini membolehkan maharaja mengumpul pendapatan melalui kutipan cukai.

Urusan Luar NegaraPada era pemerintahan Dinasti Ming, maharaja2nya mengamalkan Dasar Buka Pintu. Dasar ini memberi kesan kepada China iaitu;i. Perdagangan berkembangii. Penyerapan ilmu & teknologi baratiii. Penyebaran agama KristianWalau bagaimanapun, semasa pemerintahan maharaja Dinasti Ching, berlaku perubahan dasar luar China. Dinasti Ching mengamalkan Dasar Tutup Pintu [pemencilan / isolasi/ pengasingan]. Hal ini berpunca daripada perasaan curiga dengan kehadiran orang barat.

Bidang PerundanganDalam bidang perundangan, Maharaja berkuasa mutlak menggubal undang2. Ciri-ciri sistem perundangan China ialah;i. Hukuman secara kolektifii. Seseorang dianggap bersalah sehingga berjaya membuktikan dia tidak bersalah [Barat: hukuman bersifat individu].

KesimpulanSistem beraja yang diamalkan oleh China memperlihatkan China memiliki sistem pentadbiran yang teratur. Setiap dinasti yang memerintah China membawa dasar yang berbeza dan dasar ini memberi kesan kepada kestabilan dan kemakmuran negara China.

Sistem Pembesar di ChinaPengenalanPembesar merupakan golongan pegawai kerajaan yg dilantik oleh raja / maharaja. Digelar golongan pemerintah untuk melaksanakan urusan pemerintahan & pentadbiran atas arahan maharaja. Merupakan golongan yg berpangkat tinggi. Dalam sistem pembesar di China, wujud kebergantungan raja / maharaja kepada pembesar. Ini menyebabkan raja / maharaja sentiasa mempercayai nasihat pembesar.Pembesar dilantik secara rasmi oleh maharaja / raja. Syarat utama perlantikan ialah mesti lulus peperiksaan awam [teks klasik Confucius]

Golongan sarjana @ terpelajar mempunyai darjat tertinggi dalam kalangan pembesar China. Golongan sarjana akan ditempatkan di kementerian2 yg penting seperti;Imperial CanseloryImperial SecretariatTerdapat 3 peringkat pentadbiran di China iaitu; i. Peringkat Awam / Pusat ii. Peringkat Tempatan / Wilayah iii. Ketenteraan [diwujudkan juga Jabatan Perang]

i. Pentadbiran & Pemerintahan Pusat [Awam]Pentadbiran & Pemerintahan pusat dipecahkan kepada beberapa unit iaitu a. Sekretariat Agung b. Majlis Tertinggic. Censorate / Lembagai Penapis

ii. Pentadbiran & Pemerintahan Peringkat Wilayah a. Semasa era Dinasti Ming, China dibahagikan kepada 15 wilayah [diperintah oleh Pesuruhjaya Tinggi] b. Semasa era Dinasti Ching @ Qing, China dibahagikan kepada 18 wilayah [dipimpin oleh Gabenor]

iii. Ketenteraan Ditubuhkan juga Jabatan Perang

Pembesar di Zaman Dinasti ChingBerlakunya kemerosotan tanggungjawab pembesar. Hal ini disebabkan oleh beberapa faktor iaitu;i. Kemerosotan nilai etika dan moral ajaran Confucius.ii. Konsep taat setia diganti dengan material.iii. Perbendaharaan negara China merosot.iv. Rasuah dalam kalangan pegawai kerajaan.v. Pembesar yg dilantik tidak melalui proses saringan yg ketat.vi. Kandungan sistem peperiksaan awam yg berteraskan ajaran Confucius sudah tidak releven dengan dunia realiti.

KesimpulanPerlantikan pembesar China melalui saringan yang sangat ketat. Hanya mereka yang benar-benar layak dapat menjadi pembesar. Hal ini memungkin China ditadbir oleh pembesar yang berkaliber sehingga mampu menjadi empayar yang kuat. Walau bagaimanapun, berlaku kemerosotan tanggungjawab pembesar semasa era DinastiChing.

Penyatuan Negara Bangsa JermanPengenalanPada tahun 1815, terdapat 39 negeri di Jerman. Prusia dan Austria merupakan 2 negeri yg paling berpengaruh dan saling bersaing untuk menjadi kuasa utama di Jerman. Persaingan antara kedua-dua negeri ini menjadikan usaha untuk menyatukan Jerman menjadi sukar. Kebimbangan golongan bangsawan mengenai status mereka jika Jerman bersatu juga menjadi faktor penghalang usaha menyatukan negara Jerman. Sehingga sekitar tahun 1850-an belum ada tanda-tanda negara Jerman akan terbentuk.Golongan nasionalis Jerman belum bersepakat mengenai penubuhan negara bangsa Jerman. Usaha Ke Arah Penyatuan JermanTerdapat beberapa usaha ataupun langkah yang telah dilakukan dalam usaha menyatukan negara Jerman iaitu;1. Kongres Vienna 1815Kongres ini menetapkan Persekutuan Jerman sebagai negeri penampan daripada penaklukan Perancis. Ketetapan kongres ini secara tidak langsung menjadi titik permulaan kepada kerjasama antara negeri2 di Jerman.

2. Peranan PrusiaPrusia merupakan negeri terbesar di Jerman. Kuasa politik Prusia dipegang oleh junkers iaitu golongan tuan tanah. Prusia memiliki kelebihan sebagai negeri yang boleh menyatukan negeri2 lain di Jerman. Kekuatan yang dimiliki oleh Prusia ialah;sistem pemerintahan yg cekapKedudukan ekonomi yg kukuh. Golongan junkers telah menubuhkan kesatuan ekonomi iaitu Zollverein. Perdagangan antara negeri di Jerman mulai rancak. Justeru, Prusia dilihat mampu memainkan peranan untuk menyatukan Jerman.

3. Peranan Raja William IRaja Prusia iaitu Raja William I telah melantik PM baru iaitu Otto Eduard Von Bismarck. Tindakan Taja William I dianggap keputusan yang bijak kerana Bismarck merupakan seorang pemimpin yang berkebolehan. Kewibawaan Bismarck banyak menyumbang ke arah penyatuan Jerman.Tugas utama Bismarck: menjinakkan ahli parlimen supaya patuh kepada kerajaan dan Raja.

4. Peranan BismarckTugas utama Bismarck ialah menjinakkan ahli parlimen supaya patuh kepada kerajaan dan Raja. Selain itu, beliau berusaha mengurang pengaruh Austria di negeri2 lain Jerman. Bagi melaksanakan dasar ini, beliau telah melibatkan Prusia dalam 3 siri peperangan iaitu;Perang Prusia Denmark [Prusia menang] 2. Perang Prusia Austria [Prusia menang]. Kemenangan ini membolehkan Prusia menubuhkan Kesatuan Jerman Utara [Austria dikecualikan] 3. Perang Prusia Perancis [Prusia menang atas tipu helah / putar belit Bismarck]Kemenangan dalam peperangan tersebut membuka peluang kepada Kesatuan Jerman Utara menggabungkan negeri2 di Jerman termasuk negeri2 di Selatan membentuk negara Jerman. Pada tahun 1871, Raja William I dilantik menjadi Kaisar [Maharaja Jerman]. Bismarck pula dilantik sebagai Chancellor [Perdana Menteri]

KesimpulanPada peringkat awalnya, usaha penyatuan Jerman mengalami beberapa halangan seperti tiadanya sokongan golongan bangsawan dan golongan nasionalis masih belum bersatu tetapi kewibawaan beberapa tokoh seperti Bismarck dan Raja Prusia mampu menggerakan usaha penyatuan ini ke arah kejayaan.

Penyatuan Negara Bangsa ItaliPengenalanSelama beberapa kurun, Itali terbahagi kepada negeri2 kecil yg menjadi rebutan negara2Eropah. Usaha penyatuan sukar dilaksanakan kerana negeri2 ini diperintah oleh orang yg berbeza dan tiadanya tradisi menyatukan pentadbiran di peringkat pusat.

Berikut ialah wilayah-wilayah di Itali dan pemerintahnya; Selatan Itali; i. Naples & Sicily: diperintah oleh Raja Ferdinand II dari Perancis. Utara Itali; i. Venice & Lombardy: diperintah oleh Maharaja Austria. ii. Tuscany, Parma, Madena, Lucca, Massa dan Carrara: diperintah oleh golongan bangsawan Austria. Barat Itali; i. Sardinia: diperintah oleh Raja Charles Albert [orang Itali]. Tengah Itali; i. Rom: dikuasai oleh Paus Pius IX [dibantu tentera Perancis]

Satu pertiga negara Itali dikuasai oleh Austria. Kuasa asing begitu dominan di Itali. Oleh itu, timbul keinginan dalam kalangan orang tempatan untuk mengusir orang asing.Keinginan inilah yang menjadi permulaan usaha menyatukan negara Itali.

Faktor Menggerakkan Penyatuan ItaliTerdapat berberapa faktor yang mendorong usaha ke arah penyatuan Itali. Antaranya ialah;

1. Pendudukan Perancis di Itali [oleh Napoleon Bonaparte].Pendudukan Perancis di Itali telah membolehkan Napoleon Bonaparte membentuk sistem pentadbiran yg sistematik. Napoleon turut temperbetulkan semua undang2 supaya adil kepada semua golongan. Oleh itu, orang Itali percaya regim luar dapat digantikan oleh pemerintah Itali sendiri.2. Kepentingan golongan saudagaraGolongan saudara berpendapat penyatuan Itali akan memberi faedah ekonomi kepada mereka. Hal ini kerana, penyatuan Itali;Menjadikan pasaran lebih luasPembinaan jalan pengangkutan lebih baik.Prasarana pelabuhan dapat dipertingkatkan bagi menggalakkan perdagangan di Laut Mediterranean.Golongan saudagar juga percaya bahawa penyatuan Itali membolehkan negara tersebut menjadi penghubung antara England-India bila Terusan Suez dibuka.3. Sentimen anti-AustriaFaktor lain yang menggerakkan penyatuan Itali ialah sentimen anti-Austria. Austria telah bertindak menempatkan tenteranya di;i. Verona ii. Mantua iii. Peschiera iv. Legnano Tindakan Austria ini memalukan orang Itali yg tidak berusaha menyingkirkan orang asing. Oleh yang demikian, usaha mengusir kuasa asing seperti Austria semakin hebat.

Gerakkan Penyatuan ItaliUsaha penyatuan Itali digerakkan oleh;

1. Gerakan kongsi gelap carboni.Pada mulanya, usaha menentang Austria agak sukar sehingga penduduk Itai terpaksa bergerak secara senyap dengan menubuhkan kongsi gelab carboni. Walau bagaimanapun, gerakan ini gagal kerana ejen polis Austria berjaya menyusup ke dalam carbonari.

2. Peranan Mazzini [1805 1872]Mazizini telah menubuhkan gerakan Itali Muda [Young Italy]. Gerakan ini cuba bersifat nasional dengan membuka keahliannya. Mereka cuba mempengaruhi golongan pertengahan, pekerja, buruh, petani, pegawai tentera dan pensyarah. Pada tahun 1833, Mazzini memimpin gerakan ini melancarkan serangan ke atas Raja Charles Albert tetapi gagal. Beliau kemudiannya dibuang negeri ke Swizerland.3. Peranan Count Camillo Benso Count Camillo Benso merupakan golongan bangsawan dari Piedmont. Semasa menjadi perdana menteri, beliau cuba memajukan Piedmont dengan mencontohi England. Beliau bercita-cita ingin menyatukan negeri-negeri Itali dalam kerajaan Piedmont.

Antara langkah yang beliau laksanakan ialah;Mengutuk tindakan Austria menguasai Itali dalam Kongres di Paris [1856].Membuat persetiaan dengan Perancis bertujuan membebaskan Itali dari Austria.Menyerang negeri2 yang berada di bawah kuasa Paus dan berjaya menguasai bahagian utara dan tengah Itali.

4. Giuseppe GaribaldiGiuseppe Garibaldi pernah menyertai gerakan Itali Muda yang diasaskan oleh Mazzini. Beliau berjaya menguasai Sicily dan Naples serta menyertai kerajaan Sardinia. Pada tahun 1861, semua negeri berada di bawah kerajaan Sardinia kecuali Rom dan Venetia. Parlimen Sardinia akhirnya bertukar kepada parlimen Itali. Raja Victor Emmanuel II memakai gelaran Raja Itali.

Gerakan penyatuan Itali semakin hebat dengan terbinanya jalan raya [menghubungkan seluruh Itali dengan negara2 Eropah]. Itali meminta bantuan Prusia untuk mengusir Austria. Prusia akhirnya berjaya memberikan Venetia kepada Itali.

Pada tahun 1870, meletus perang antara Perancis dengan Prusia. Perancis mengarahkan tenteranya yg berada di Rom [Vatican City] keluar bagi menghadapi serangan Prusia. Kesempatan ini digunakan oleh tentera Itali untuk memasuki Rom dan menguasai wilayah2 Paus.Dalam tahun 1871, Raja Emmanuel II memindahkan Ibu kota Itali dari Florence ke Rom. Seluruh Itali telah berjaya disatukan.KesimpulanKebangkitan semangat nasionalisme, kemunculan tokoh yang berwibawa dan sentimen anti- orang asing telah memperhebatkan usaha penyatuan negeri2 di Itali. Kejayaan menyatukan negeri2 pada akhirnya membawa kepada pembentukan negara bangsa Itali.