4
Sejarah atau asal usul Lot 524, Kampung Tebing Tinggi, 16100 Kota Bharu, Kelantan Darul Naim dimiliki oleh Wee Chong Hooi (seperti didaftarkan di Pejabat Tanah Daerah). Rumah ini didiami sehingga kini oleh bapa beliau Wee Guan Hong dan ibunya Chua Hu Lien. Rumah ini dibina pada sekitar tahun 1895 dan berusia hampir 119 tahun pada tahun 2014. Menurut Wee Guan Hong, tukang bina rumah ini tidak dapat dikesan atas faktor lanjut usia dan telah meninggal dunia. Tiada dikhususkan siapakah yang membina rumah ini tetapi kata beliau lagi, rumah ini dibina oleh penduduk kampung secara bergotong royong. Sejarah Pemilikan Rumah Wee Guan Hong atau lebih mesra dikenali sebagai Pak Lah merupakan generasi keempat didalam keluarga Cina Peranakan beliau. Rumah ini dibina oleh moyang beliau iaitu Wee Chun Chai dari generasi kedua. Atas urusan hitam putih secara rasmi, rumah ini dimiliki oleh Wee Chong Hooi, anak bongsu kepada Wee Guan Hong dan merupakan generasi kelima. Menurut Wee Guan Hong, rumah ini dibina oleh Wee Chun Chai pada sekitar 1895 dan siap sepenuhnya pada tahun 1919. Rumah ini dibina diatas tapak yang telah ditanda oleh generasi pertama (tidak dapat dikesan namanya) lagi. Katanya lagi, Wee Chun Chai pernah menceritakan tentang penandaan tapak rumah itu. Pada zaman dahulu, sesampainya orang Cina ke Tanah Melayu, mereka membuat keputusan untuk membina petempatan sendiri di Tanah Melayu dan menandakan tapak masing-masing dengan menebang pokok yang ada. Rumah keluarga ini diwarisi tidak berdasarkan kepada anak lelaki sahaja. Menurut Wee Guan Hong, sesiapa sahaja dikalangan keluarga boleh duduk di rumah itu tetapi atas faktor bekerja diluar kawasan, maka ahli keluarga yang lain berpindah ke kawasa baru dan terus menetap di sana. Maka Wee Guan Hong dengan rela hati tinggal dan menjaga rumah pusaka itu.

sejarah rumah cina peranakan kelantan

Embed Size (px)

DESCRIPTION

sejarah tentang kedatangan cina peranakan kelantan, budaya, kepercayaan, senireka bentuk rumah cina peranakan kampung serta prinsip-prinsip senibina yang telah diaplikasikan terhadap rumah tersebut

Citation preview

Page 1: sejarah rumah cina peranakan kelantan

Sejarah atau asal usul

Lot 524, Kampung Tebing Tinggi, 16100 Kota Bharu, Kelantan Darul Naim dimiliki oleh Wee Chong Hooi (seperti didaftarkan di Pejabat Tanah Daerah). Rumah ini didiami sehingga kini oleh bapa beliau Wee Guan Hong dan ibunya Chua Hu Lien. Rumah ini dibina pada sekitar tahun 1895 dan berusia hampir 119 tahun pada tahun 2014. Menurut Wee Guan Hong, tukang bina rumah ini tidak dapat dikesan atas faktor lanjut usia dan telah meninggal dunia. Tiada dikhususkan siapakah yang membina rumah ini tetapi kata beliau lagi, rumah ini dibina oleh penduduk kampung secara bergotong royong.

Sejarah Pemilikan Rumah

Wee Guan Hong atau lebih mesra dikenali sebagai Pak Lah merupakan generasi keempat didalam keluarga Cina Peranakan beliau. Rumah ini dibina oleh moyang beliau iaitu Wee Chun Chai dari generasi kedua. Atas urusan hitam putih secara rasmi, rumah ini dimiliki oleh Wee Chong Hooi, anak bongsu kepada Wee Guan Hong dan merupakan generasi kelima. Menurut Wee Guan Hong, rumah ini dibina oleh Wee Chun Chai pada sekitar 1895 dan siap sepenuhnya pada tahun 1919.

Rumah ini dibina diatas tapak yang telah ditanda oleh generasi pertama (tidak dapat dikesan namanya) lagi. Katanya lagi, Wee Chun Chai pernah menceritakan tentang penandaan tapak rumah itu. Pada zaman dahulu, sesampainya orang Cina ke Tanah Melayu, mereka membuat keputusan untuk membina petempatan sendiri di Tanah Melayu dan menandakan tapak masing-masing dengan menebang pokok yang ada. Rumah keluarga ini diwarisi tidak berdasarkan kepada anak lelaki sahaja. Menurut Wee Guan Hong, sesiapa sahaja dikalangan keluarga boleh duduk di rumah itu tetapi atas faktor bekerja diluar kawasan, maka ahli keluarga yang lain berpindah ke kawasa baru dan terus menetap di sana. Maka Wee Guan Hong dengan rela hati tinggal dan menjaga rumah pusaka itu.

5.1 Rupa Bentuk Rumah

Rumah Wee Guan Hong merupakan rekabentuk Nusantara dan vernakular yang dipengaruhi oleh senibina puak Hokkien dari Cina yang istimewa dan cantik.

Menurut Wee Guang Hong, rumah ini dibina dengan bantuan dan pertolongan orang-orang kampung yang terdiri daripada orang Melayu. Katanya, orang-orang kampung di sini datang diwaktu lapang untuk membantu seperti memotong kayu, memasang struktur rumah sehinggalah siap. Walaupun rumah ini dibina oleh orang Melayu, namun rupabentuk rumah tersebut masih lagi

Page 2: sejarah rumah cina peranakan kelantan

menunjukkan pengaruh senibina dari Cina. Ini kemungkinan berlaku kerana telah adanya beberapa lagi jenis rumah Cina Kampung yang telah dibina sebelum rumah yang dibina oleh mendiang atuk Wee Guan Hong, maka prototaip rumah Cina Kampung tersebut di ambil untuk membina rumah ini.

Elemen-elemen yang menunjukkan berlakunya asimilasi dalam senibina rumah ini dapat dilihat dari segi pembinaan struktur utama rumah seperti sistem tiang dan alang serta penyambungan tanggam. Sistem ini diaplikasikan oleh kedua-dua budaya iaitu Melayu dan Cina. Selain itu, kedua-dua budaya turut menunjukkan gaya anyaman buluh yang digunakan untuk membuat dinding. Begitu juga dengan dinding utama ataupun “grand wall” yang di aplikasikan di negeri Cina dan dipanggil tien pin ataupun dipanggil sebagai janda berhias di Malaysia.

Walaubagaimanapun keseluruhan rumah kebanyakannya dipengaruhi oleh senibina Cina namun terdapat juga elemen seperti gaya rekabentuk bumbung yang berbentuk V terbalik, cerun dan melengkung.

Rumah ini ditinggikan daripada tanah untuk mengelakkan lantai rumah dari serangan banjir yang melanda setiap hujung tahun di kampung tersebut. Setiap tahun, angin monsun serta hujan akan menyebabkan paras air sungai meningkat lantas melimpah keluar dari tebing sungai. Air yang melimpah ini memendapkan tanah di bawah rumah menyebabkan alas tiang rumah tersebut turut termasuk ke dalam tanah sedikit demi sedikit.

Tambahan pula, seperti rumah tradisional melayu, lantai rumah ditinggikan dan papannya dipasang jarang-jarang untuk meninggalkan ruang untuk mendapatkan pengaliran udara yang baik dan menyejukkan isi rumah. Selain itu, rumah itu juga ditinggikan untuk mengelak dari serangan binatang buas yang datang dari hutan berdekatan.

Orientasi ruang dalaman rumah ini pula adalah mengikut rekabentuk rumah Cina di mana terdapat sebuah ruang sembahyang yang terletak selari dengan pintu utama rumah tersebut. Ruang ini merupakan ruang peribadi dan ruang yang suci kepada keluarga Wee Guan Hong. Tambahan pula, terdapat elemen-elemen dekorasi di dalam rumah tersebut yang melambangkan ciri-ciri budaya Cina yang mendalam seperti tulisan kaligrafi cina di lian, mui bak iaitu mata pintu dan corak naga serta burung phoenix. Hanya bahagian jemuran sahaja yang dilihat dipengaruhi oleh budaya Melayu kerana ruangnya yang luas terbuka supaya boleh digunakan untuk lebih dari satu fungsi.

Prinsip-prinsip senibina Cina turut diterapkan di dalam rekabentuk rumah tersebut seperti prinsip simetri, keseimbangan, keharmonian bangunan dan tapak serta kaitan ruang luaran dan dalaman.dapat dilihat dalam lukisan pelan akan simetrinya ruang utama iaitu bahagian jemuran,

Page 3: sejarah rumah cina peranakan kelantan

ruang penyembahan dan bilik. Kemudian dapur sentiasa ditambah di bahagian kanan dan kesinambungan yang kuat antara sekitar tapak dengan rumah serta cara hidup penghuni rumah.

5.2 Gayareka Tampak

Gayareka tampak bagi rumah ini sangat istimewa dan menarik kerana rekabentuknya terjadi hasil daripada asimilasi tiga unsur senibina tradisional yang berbeza iaitu antara budaya Cina, Melayu, dan Siam. Unsur-unsur senibina ketiga-tiga budaya ini dapat dilihat dari perancangan ruang, kerangka, bahan binaan serta bentuk bumbung rumah tersebut.

Secara amnya, olahan dan susunan ruang rumah tersebut direka mengikut prinsip senibina Cina. Setelah dikaji, sememangnya ruang rumah ini menunjukkan bentuk yang simetri, hierarki dalam susunan ruang, penggunaan ruang tertutup iaitu di ruang penyembahan dan bilik tidur, serta pintu gerbang sebagai pintu utama. Beberapa ukiran yang terdapat di dalam rumah tersebut jelas pengaruhnya dari Cina seperti bentuk bulat, bentuk organik dan bentuk haiwan suci bagi kepercayaan Cina.

Pengaruh senibina tempatan turut menyumbang dalam gayareka rumah ini, iaitu pada bahagian dinding utama yang menggunakan gaya dinding panel janda berhias di fasad hadapan dan belakang serta dinding dalam ruang penyembahan. Turut menyumbang kepada rumah ini adalah bahan tempatan sendiri yang digunakan untuk membina seluruh rumah iaitu kayu kerangka, dinding kelarai buluh, dinding berpanel, atap nipah dan lain-lain.