30
Sejarah Renang SEJARAH RENANG DUNIA Setelah manusia mengenalalam persekitarannya, manusia dapat belajar dengan banyaknya tentang erti kehidupan. Setelah kita mencerap pelbagai gelagat haiwan maka timbullah keinginan untuk kita meniru gelagat - gelagat haiwan itu. Di antara pelbagai gelagat haiwan itu ialah bergayut, melompat, berenang dan terbang. Justeru itu, manusia akan mencari daya usaha untuk mencubanya seperti mana ikan berenang di dalam air Pengkaji sejarah mendapat bukti bahawa manusia boleh berenang kira-kira 4,000 tahun yang lampau. Bukti-bukti itu terdapat dalam simbol hiroglif, seni arca purba orang Assyria, lagenda Yunani dan kitab Injil. Renang juga menjadi sebahagian daripada latihan tentera pada zaman dahulu terutama tentera Rom dan Yunani. Pada Zaman Kelam Eropah, sukan air termasuk renang dihentikan kerana boleh dikatakan kebanyakan penyakit menular melalui air. Kolam renang pertama dibuka di Liverpool, England pada tahun 1828. London pula merupakan kota pertama memperkenalkan sukan renang untuk dipertandingkan. Pada tahun 1837,kota London mempunyai enam buah kolam renang. Pada zaman silam, sukan renang dihargai sebagai satu pertandingan untuk daya tahan dan bukan sebagai satu perlumbaan kecepatan (races against time). Cabaran pada zaman itu ialah untuk menguji kebolehan dan daya tahan diri dengan berenang menyeberangi Selat Inggeris.

Sejarah Renang

Embed Size (px)

DESCRIPTION

History

Citation preview

Page 1: Sejarah Renang

Sejarah Renang

SEJARAH RENANG DUNIA

Setelah manusia mengenalalam persekitarannya, manusia dapat belajar dengan banyaknya

tentang erti kehidupan. Setelah kita mencerap pelbagai gelagat haiwan maka timbullah

keinginan untuk kita meniru gelagat - gelagat haiwan itu. Di antara pelbagai gelagat haiwan itu

ialah bergayut, melompat, berenang dan terbang. Justeru itu, manusia akan mencari daya

usaha untuk mencubanya seperti mana ikan berenang di dalam air Pengkaji sejarah mendapat

bukti bahawa manusia boleh berenang kira-kira 4,000 tahun yang lampau. Bukti-bukti itu

terdapat dalam simbol hiroglif, seni arca purba orang Assyria, lagenda Yunani dan kitab Injil. 

Renang juga menjadi sebahagian daripada latihan tentera pada zaman dahulu terutama tentera

Rom dan Yunani. Pada Zaman Kelam Eropah, sukan air termasuk renang dihentikan kerana

boleh dikatakan kebanyakan penyakit menular melalui air. Kolam renang pertama dibuka di

Liverpool, England pada tahun 1828. London pula merupakan kota pertama memperkenalkan

sukan renang untuk dipertandingkan. Pada tahun 1837,kota London mempunyai enam buah

kolam renang. Pada zaman silam, sukan renang dihargai sebagai satu pertandingan untuk daya

tahan dan bukan sebagai satu perlumbaan kecepatan (races against time). Cabaran pada

zaman itu ialah untuk menguji kebolehan dan daya tahan diri dengan berenang menyeberangi

Selat Inggeris.

Pada tahun 1875, Captain Matthew Webb dari Shropshire, England menjadi orang pertama

berenang di Selat Inggeris. Beliau berenang dari Dover, Englang ke Calais, Perancis dalam

jangka masa 21 jam 45 minit. Pada tahun 1956, rekodnya dipecahkan oleh seorang

Mesir,bernama Hassan Abdul Rahim yang berenang menyeberangi Selat Inggeris dalam jangka

masa 10 jam 50 minit. Pada tahun 1844, dua orang asli Amerika Utara, bernama Flying Gull

dan Tobacco dijemput untuk menyertai pertandingan renang di London. Mereka menggunakan

gaya sendiri yang lebih kurang sama dengan gaya rangkak yang digunakan pada hari ini. Gaya

renang Flying Gull dan Tobacco ini belum pernah digunakan oleh para perenang Eropah.

Sebenarnya gaya renang mereka ini telah biasa digunakan oleh penduduk Amerika, Afrika

Barat dan Kepulauan Pasifik sejak turun - temurun. Pada hari ini gaya renang itu disebut the

Page 2: Sejarah Renang

crawl. Kemudian dari itu, perenang Frederick Cavill telah memperkenalkan renang

gaya rangkak ini dari kota London ke benua Australia. Cavill memperbaiki gaya ini

dan menamakannya the Australian Crawl. Pada 1902, anak Cavill, Richard pula menggunakan

gaya the Australian Crawl ini untuk berenang 100 ela dalam jangka masa 58.6 saat. Seorang

lagi anak Cavill, Sidney telah menunjuk ajar dan melatih para perenang di San Francisco,

Amerika Syarikat dengan menggunakan teknik gaya ini. Salah seorang daripada anak

didikannya, J. Scott Leary telah berjaya menjadi perenang pertama Amerika Utara yang

melakukan renang 100 ela dalam jangka masa 60 saat. Gaya renang Cavill menjadi semakin

popular. Seorang perenang bernama Charles Daniels memperbaiki lagi gaya Cavill ini. Dia

menamakannya the American Crawl. Pada 1910, Charles Daniels, dengan menggunakan gaya

the American Crawl berjaya mencipta rekod baru dengan berenang 100 ela dalam jangka masa

54.8 saat.

Gaya rangkak juga digunakan oleh penghuni Pulau Hawaii. Duke Kahananoku dari Hawaii

menggunakan gaya ini untuk memenangi acara renang 100 meter di Sukan Olimpik pada tahun

1912 dan 1920. Johnny Weismuller dari Amerika Syarikat yang berumur 21 tahun memenangi

acara renang 100 meter dalam jangka masa 59 saat pada Sukan Olimpik 1924. Weismuller

mencipta rekod baru dalam 67 acara renang sebelum dia bersara daripada

renang pertandingan untuk menjadi bintang filem. Dia berlakon sebagai Tarzan di Hollywood.

Pada 1986, hanya acara gaya bebas (free style) ditandingkan di Sukan Olimpik. Ini bermakna,

para perenang dibenarkan menggunakan pelbagai gaya dan interpretasi untuk berenang. Pada

tahun 1900, tiga acara renang ditetapkan, iaitu acara gaya kuak lentang (backstroke), acara

gaya rangkak (the crawl) dan acara gaya kuak dada (breast-stroke). Pada tahun 1912,

perenang wanita diberi peluang untuk bertanding dalam acara renang gaya bebas sahaja.

Kini, berbagai-bagai acara renang termasuklah acara gaya bebas, acara gaya kuak lentang,

acara gaya kuak dada, acara gaya kuak kupu-kupu, acara gaya medley individu, acara gaya

medley berganti-ganti, acara gaya bebas berganti-ganti, acara junam dan acara renang segerak

dipertandingkan dalam Sukan Olimpik dan juga sukan-sukan lain seperti Sukan Komanwel,

Sukan Asia, Sukan SEA dan SUKMA.

Page 3: Sejarah Renang

SUKAN RENANG DI MALAYSIA

Pada awal abad dua puluh, ramai rakyat di Semenanjung Malaya menunjukkan minat dalam

aktiviti-aktiviti sukan renang terancang (organised swimming activities). Oleh sebab minat rakyat

terhadap renang terancang amat mendalam, maka beberapa buah kelab renang telah

ditubuhkan tidak lama kemudian itu, dan di antaranya ialah Penang Swimming Club pada tahun

1903, Penang Chinese Swimming Club pada tahun 1928, European Swimming Club pada

tahun-tahun 1930an di Ipoh, Taiping dan Kuala Lumpur dan juga Kinta Swimming Club di Ipoh

pada1936.

Kelab-kelab renang ini sangat aktif. Taraf sukan renang dinaikkan pada tahun 1931 dengan

pengelolaan the Malayan Chinese Olympiad. Sukan ini diteruskan setiap tahun hingga 1937,

dengan penyertaan kelab-kelab renang dari Pulau Pinang, Perak, Johor dan Melaka. Selepas

Perang Dunia Kedua, minat sukan renang giat dipulihkan. Banyak pertandingan renang

dikelolakan di antara kelab-kelab renang orang Asia dari Singapura, Pulau Pinang, Ipoh dan

Kuala Lumpur. Pada tahun 1955, the Malayan Amateur Swimming Union ditubuhkan.

Dengan pertubuhan persatuan ini, pertandingan antara kelab renang digantikan

dengan pertandingan antara negeri.

Pada tahun 1956, Malaya buat kali pertama menyertai Sukan Olimpik di Melbourne, Australia.

Malaya menyertai dalam lima jenis acara sukan,iaitu olahraga, angkat berat, renang,

menembak dan hoki. Pada masa ini, persatuan renang di Malaysia dinamai Amateur Swimming

Union, Malaysia (ASUM). Kini ASUM adalah ahli gabungan badan renang dunia, Federation

Internationale de Nation Amateur (FINA). Mulai tahun 1956, Malaya ikut serta dalam beberapa

pertandingan renang antarabangsa, termasuk Sukan Olimpik, Sukan Komanwel, Sukan Asia,

Sukan SEAP/SEA dan Kejohanan Asia.

Page 4: Sejarah Renang

sejrah renang di Malaysia by mohd nor izwan sulaiman

PENDAHULUAN

Kita di Malaysia amat bernasib baik kerana Negara kita sebuah semenanjung kecil yang

dikelilingi laut. Kabanyakan kampung kita terbina di tepi sungai-sungai. Di Bandar-bandar pula

banyak kolam renang dibina untuk kegunaan rakyat. Banyak sekolah juga mempunyai kolam

renang sendiri. Oleh itu, rakyat Malaysia tidak mempunyai alasan tidak boleh berenang.

Peluang untuk belajar berenang terbuka dengan luasnya dan kita harus menggunakan peluang

ini sepenuhnya.

Hampir setiap hari kita membaca dalam surat khabar atau mendegar berita di radio dan

televisyen tentang kanak-kanak dan orang dewasa yang mati lemas. Mereka lemas samada

semasa mandi-manda di laut , disungai,di tasik,dilombong,dikolam ataupun dikolam renang

atau semasa banjir atau ketika menyeberangi sungai dengan sebuah sampan atau feri ke

sekolah atau ke tempat bekerja. Jadi , kebolehan dan kemahiran berenang akan membolehkan

kita menyelamatkan nyawa sendiri atau menyelamatkan nyuawa orang lain.

Berenang menyeronokkan. Kita dapat melihat suasana yang menyeronokan ini ketika orang

berenang dan berkelah di pantai, disungai atau di kolam renang, renang boleh membukakan

pintu kepada banyak aktiviti reaksi akuatik seperti berkeno,berperahu, bermain ski air, belayar,

selam skuba, luncur angin, bermain buih ombak, sukan polo air, berenang segerat dan

sebagainya.

Renang juga merupakan salah satu jenis sukan yang murah. Apa yang diperlukan untuk

mengambil bahagian dalam aktiviti renang ialah pakaian renang dan topi renang (jikalau

berenang di kolam renang) . renang baik untuk membina da mengembangkan kecerdasan

fizikal secara menyeluruh misalnya kekuatan otot, ketahanan kardiovaskular, ketahanan otot

dan kelenturan. Renang boleh disertai oleh semua dari peringkat bayi hingga peringkat dewasa

atau tua. Mereka yang cacat juga boleh melibatkan diri dalam aktiviti renang dan tidak

ketinggalan juga mereka yang menghidap penyakit sistem saraf, penyakit lumpuh , penyakit

Page 5: Sejarah Renang

lelah/ asma dan sebagainya. Renang juga digalakkan untuk pesakit yang belum benar-benar

sembuh selepas patah tulang atau cedera tisu atau otot.

Renang telah dikenal sejak masa prasejarah. Lukisan dari zaman Batu telah ditemukan di

dalam “gua para perenang” dekat Wadi Sora (atau Sura) dibagian barat-daya Mesir. Referensi

tulisan yang berasal dari 2000 tahun sebelum masehi, termasuk Gilgamesh, Iliad, dan Odyssey,

Injil (Ezekiel 47:5, Perjanjian 27:42, Isaiah 25:11, Beowulf, dan hikayat lainnya).

Pada tahun 1538 Nicolas Wynman, Profesor bahasa berkebangsaan Jerman, menulis buku

renang pertama kali, “Colymbetes”. Kompetisi renang di Eropa dimulai sekitar tahun 1800,

sebagian besar menggunakan gaya dada.

Gaya bebas, yang kemudian disebut the trudgen, diperkenalkan pada tahun 1973 oleh John

Arthur Trudgen, menirunya dari Orang Amerika asli. Renang menjadi bagian dari pertandingan

Olympiade modern yang pertama tahun 1896 di Atena. Pada tahun 1902 the trudgen

diperbaharui oleh Richard Cavill, menggunakan sentakan mengibas.

Pada tahun 1908, asosiasi renang sedunia, Federasi Renang Amatir International (FINA/

Federation Internationale de Natation de Amateur) dibentuk. Gaya kupu-kupu pertama kali

merupakan variasi dari gaya dada, sampai akhirnya ia diterima sebagai gaya yang terpisah

pada tahun 1952.

Zaman Kuno

Lukisan dari Zaman Batu telah ditemukan didalam “gua para perenang” dekat Wadi Sora (atau

Sura) dibagian Barat-Daya Mesir dekat Libya. Gambar-gambar ini nampak menunjukkan gaya

dada atau gaya anjing mengayuh, meskipun bisa jadi ia mungkin menunjukkan gerakan yang

berkaitan dengan prosesi ritual yang artinya tidak ada kaitannya dengan renang. Gua ini juga

digambarkan pada film English Patient.

Stempel lilin Mesir yang bertanggal antara 4000 dan 9000 tahun sebelum masehi menunjukkan

empat perenang yang diyakini berenang dengan variasi dari gaya bebas. Referensi lain

mengenai renang juga ditemukan pada gambar timbul Babylonia dalam lukisan dinding Assyria

yangmenunjukkan variasi dari gaya dada. Lukisan yang paling terkenal telah ditemukan di

padang pasir Kebir dan diperkirakan berasal dari sekitar 4000 tahun sebelum masehi.

Gambar timbul Nagoda juga menunjukkan perenang yang berasal dari 3000 tahun sebelum

masehi. Istana Indian Mohenjo Daro dari 2800 tahun sebelum masehi memiliki kolam renang

Page 6: Sejarah Renang

berukuran 30 m x 60 m. Istana Minoan Minos of Knossos di Kreta juga dilengkapi dengan bak

mandi. Makam kuno Mesir dari 2000 tahun sebelum masehi menunjukkan variasi dari gaya

bebas.

Penggambaran perenang juga ditemukan pada Hittites, Minoans, dan masyarakat Timur

Tengah lainnya, orang Inca dalam Rumah Tepantitla di Teotihuacan, dan dalam mosaik di

Pompeii. Referensi tulisan yang berasal dari 2000 tahun sebelum masehi, termasuk Gilgamesh,

the Iliad, the Odyssey, Injil (Ezekiel 47:5, Perjanjian 27:42, Isaiah 25:11), Beowulf, dan hikayat

lainnya, meskipun gayanya tidak pernah dijelaskan. Ada juga beberapa yang menyinggung

para perenang dalam naskah kuno Vatikan, Borgian dan Bourbon.

Orang-orang Yunani tidak mengikut sertakan renang pada Pertandingan Olympiade kuno,

namun mempraktikkan olah raga tersebut, sering kali membangun kolam renang sebagai

bagian dari bak mandi mereka.

Satu pernyataan yang biasanya menyinggung di Yunani adalah dengan mengatakan tentang

seseorang bahwa dia tidak tahu bagaimana caranya berlari ataupun berenang. Orang-orang

Etruscan di Tarquinia (Italia) menunjukkan gambar para perenang dalam 600 tahun sebelum

masehi, dan makam kuno di Yunani menunjukkan gambar perenang-perenang 500 tahun

sebelum masehi.

Orang Yunani Sisilia telah dijadikan tawanan pada sebuah kapal Persia king Xerxes I pada 480

tahun sebelum masehi. Setelah mengetahui serangan yang akan datang untuk angkatan laut

Yunani, ia mencuri pisau dan lompat keluar kapal.

Sepanjang malam dan dengan menggunakan alat bantu pernapasan (snorkel) yang terbuat dari

buluh, ia berenang kembali kearah kapal dan memotong talinya. Juga dinyatakan bahwa

ketrampilan berenang telah menyelamatkan bangsa Yunani pada perang Salamis, ketika

bangsa Persia semuanya tenggelam ketika kapal mereka dihancurkan. Julius Caesar juga

dikenal sebagai perenang yang baik.

Sejumlah relif dari 850 tahun sebelum masehi di Galeri Nimrud dari Musium Inggris

menunjukkan para perenang, yang sebagian besar dalam konteks militer, sering menggunakan

alat bantu renang.

DiJepun renang merupakan salah satu keahlian terhormat Samurai, dan catatan sejarah

menjelaskan kompetisi renang pada tahun 36 sebelum masehi, diadakan oleh kaisar Suigui

(ejaannya tidak jelas), yang pertama kali dikenal sebagai perlumbaan renang. Cerita rakyat

Jerman menjelaskan tentang renang, yang dengan sukses digunakan dalam perang melawan

bangsa Roma. Kompetisi renang juga dikenal sejak saat itu.

Page 7: Sejarah Renang

Abad Pertengahan hingga tahun 1800

Renang awalnya merupakan salah satu dari tujuh ketangkasan yang dimiliki oleh para kesatria

dalam Abad Pertengahan, termasuk berenang dengan memakai baju zirah. Akan tetapi, sejak

renang dilakukan dalam keadaan tanpa pakaian, ia menjadi kurang populer karena masyarakat

menjadi semakin konservatif, dan ia telah ditentang oleh gereja pada akhir abad pertengahan.

Sebagai contoh, pada abad ke 16, pengadilan Jerman mencatatkan dalam Vechta larangan

tempat renang umum tanpa busana bagi anak-anak. Leonardo da Vinci membuat sketsa awal

tentang pelampung.

Pada tahun 1538 Nicolas Wynman, Profesor bahasa berkebangsaan Jerman, menulis pertama

kali buku renang “Colymbetes”. Tujuannya bukan untuk olah raga, tapi lebih untuk mengurangi

bahaya tenggelam. Meskipun demikian, buku tersebut berisi pendekatan yang sangat bagus

dan metodis untuk belajar belajar gaya dada, termasuk alat bantu renang seperti kantung berisi

tekanan udara, ikatan buluh, atau sabuk pelampung. Sekitar waktu yang hampir bersamaan, E.

Digby dari Inggris juga menulis buku tentang renang, menyatakan bahwa manusia dapat

berenang lebih baik dari ikan.

Pada tahun 1603 organisasi renang pertama dibentuk di Jepang. Kaisar Go-Yozei dari Jepang

menyatakan bahawa murid sekolah harus dapat berenang. Pada tahun 1696, penulis Perancis

Thevenot menulis “Seni Berenang”, menjelaskan bahwa gaya dada sangat mirip dengan gaya

dada modern.

Pada tahun 1708, kelompok penyelamat pertama yang dikenal “Asosiasi Chinkiang untuk

Menyelamatkan Hidup” dibentuk di Cina. Pada tahun 1796 klub renang (yang masih ada) telah

ditemukan di Upsala, Swedia. Benjamin Franklin diakui sebagai pencipta sirip karet renang

pada usia sepuluh, tahun 1716.

Pada tahun 1739 Guts Muts (juga dieja dengan Guts Muth) dari Schnepfenthal, Jerman,

menulis “Gymnastik für die Jugend” (Olah raga untuk kaum muda), termasuk didalamnya bagi

khusus tentang renang.

Pada tahun 1974 Kanonikus Oronzio de Bernardi of Italy menulis dua volume buku tentang

renang, termasuk latihan mengambang sebagai prasyarat untuk belajar renang. Pada tahun

1798 Guts Muts menulis buku lain “Kleines Lehrbuch der Schwimmkunst zum Selbstunterricht”

(Buku pelajaran kecil tentang seni renang untuk belajar sendiri), merekomendasikan

penggunaan alat “pancing” untuk membantu dalam belajar berenang.

Buku beliau menjelaskan tiga langkah pendekatan untuk belajar berenang yang masih

dipergunakan hingga saat ini. Pertama, buatlah murid terbiasa dengan air, kedua, latih gerakan

Page 8: Sejarah Renang

renang di luar air, ketiga, latih gerakan renang di dalam air. Beliau yakin bahwa renang adalah

bagian penting dari setiap pendidikan.

Kelompok penyelamat lainnya didirikan tahun 1767 (1768?) di Amsterdam oleh orang Belanda,

1772 di Kopenhagen, dan tahun 1774 oleh Inggris Raya. Pada tahun 1768 kelompok

kemanusiaan dibentuk di Amerika Serikat.The Haloren, kelompok pembuat garam di Halle,

Jerman, sangat mahir berenang melalui pemberian contoh yang baik pada yang lainnya dengan

cara mengajar anak-anak mereka berenang pada usia yang masih sangat muda.

Era Olimpiade modern setelah tahun 1896

Pertandingan Olimpiade dilangsungkan pada tahun 1896 di Athena. Kompetisi khusus kaum

pria (lihat juga renang pada olimpiade musim panas 1896). Enam pertandingan telah

direncanakan, namun hanya empat yang betul-betul diselenggarakan: 100 m, 500 m, dan 1200

m gaya bebas dan 100 m untuk pelaut. Medali emas pertama dimenangkan oleh Alfred Hajos

dari Hungaria dengan catatan waktu 1:22.20 untuk 100 m gaya bebas.

Hajos juga memenangi pertandingan 1200 m, dan tidak mampu memenangkannya pada 500 m,

dimana dimenangkan oleh Paul Neumann dari Australia. Kompetisi renang lainnya dari 100 m

untuk para pelaut termasuk tiga pelaut Yunani di Teluk Zea dekat Piraeus, dimulai dengan

perahu dayung. Pemenangnya adalah Ioannis Malokinis dengan catatan waktu dua menit dan

20 detik. Perlombaan 1500 m juga diadakan.

Pada tahun 1897 Kapten Henry Sheffield membuat kaleng penyelamat atau silinder

penyelamat, yang sekarang dikenal sebagai alat bantu penyelamat di Baywatch. Bagian

ujungnya membuatnya meluncur lebih cepat dipermukaan air, meskipun itu dapat

menyebabkan cidera. Pertandingan Olimpiade kedua dilaksanakan di Paris tahun 1900

menampilkan 200 m, 1000 m, dan 4000 m gaya bebas, 200 m gaya punggung, dan 200 m

perlombaan beregu (lihat juga Renang pada Olimpiade musim panas tahun 1900).

Ada dua tambahan pertandingan renang yang tidak biasa (meskipun cukup umum pada waktu

itu), hambatan pelaksanaan renang di sungai Seine (berenang bersama arus), dan perlombaan

renang didalam air. 4000 m gaya apa saja dimenangkan oleh John Arthur Jarvis dengan

catatan waktu dibawah satu jam, perlombangan renang Olimpiade terpanjang yang pernah

diadakan.

Gaya punggung juga diperkenalkan pada pertandingan Olimpiade di Paris, demikian juga

halnya dengan polo air. Klub Renang Osborne dari Manchester mengalahkan team klub dari

Belgia, Perancis dan Jerman dengan sangat mudah.

Gaya Trudgen dikembangkan oleh guru renang dan perenang Australia keturunan Inggris

Page 9: Sejarah Renang

bernama Richard (Fred, Frederick) Cabill. Seperti Trudgen, dia memperhatikan penduduk asli

dari kepulauan Solomon, menggunakan gaya bebas. Namun berbeda dengan Trudgen, dia

melihat tendangan mengibas, dan mempelajarinya dengan seksama. Dia menggunakan

sentakan mengibas yang baru ini dari pada gaya dada atau tendangan menggunting dari

Trudgen.

Beliau menggunakan gerakan ini pada tahun 1902 di Kejuaraan Internasional di Inggris untuk

menciptakan rekor dunia yang baru dengan berenang di luar gaya yang dilakukan oleh semua

perenang Trudgen pada 100 yard dengan catatan waktu 0:58.4 (beberapa sumber mengatakan

bahwa itu adalah anaknya dalam catatan waktu 0:58.8). dia mengajarkan gaya ini kepada

keenam anaknya, masing-masing nantinya menjadi perenang kejuaraan.

Teknik menjadi dikenal sebagai gaya bebas Australia hingga tahun 1950, ketika ia diperpendek

menjadi gaya bebas saja, secara teknik dikenal sebagai front crawl. Olimpiade tahun 1904 di St.

Louis meliputi perlombaan 50 yard, 100 yard, 220 yard, 440 yard, 880 yard dan satu mil gaya

bebas, 100 yard gaya punggung dan 440 yard gaya dada, dan 4*50 yard gaya bebas beranting

(lihat juga renang olimpiade musim panas tahun 1904).

Perlumbaan ini membedakan antara gaya dada dengan gaya bebas, sehingga sekarang ada

dua gaya yang ditetapkan (gaya dada dan gaya punggung) dan gaya bebas, dimana sebagian

besar orang berenang dengan gaya Trudgen. Perlombaan ini juga menggambarkan kompetisi

untuk lompat jauh, dimana jarak tanpa berenang, setelah melompat kedalam kolam renang

diukur.

Pada tahun 1907 perenang Annette Kellerman dari Australia mengunjungi Amerika Serikat

sebagai “penari balet dalam air”, versi lain dari penyelarasan renang, menyelam kedalam tangki

gelas. Dia ditangkap karena mempertontonkan hal yang tidak sopan, dimana baju renangnya

menampakkan lengan, kaki dan leher.

Kellerman mengubah baju renangnya menjadi berlengan panjang, celana yang lebih panjang,

serta kerah, namun tetap mempertahankan pakaian ketatnya yang menampakkan bentuk tubuh

di bawahnya. Dia kemudian membintangi beberapa film, salah satunya tentang kehidupan

pribadinya. Pada tahun 1908, asosiasi renang dunia Federasi Renang Amatir Internasional

(FINA/Federation Internationale de Natation de Amateur) dibentuk.

Terdapat bukti bahawa manusia mula berenang kira-kira 4000 tahun yang lalu. Bukti-bukti ini

terdapat dalam simbol hiroglif, seni arca purba orang Assyiria, lagenda yunani dan kitab injil.

Renang juga menjadi sebahagian daripada latihan tentera pada zaman dahulu terutama tentera

Rom dan Yunani. Pada zaman kelam Eropah sukan air termasuk renang dihentikan kerana

Page 10: Sejarah Renang

dikatakan melalui air banyak penyakit menular.

Kolam renang pertama dibuka di Liverpool,England pada tahun 1828. London pula merupakan

Bandar pertama memperkenalkan sukan renang yang diperandingkan pada tahun 1837 London

sendiri mempunyai enam kolam renang

Pada zaman dahulu, sukan renang dihargai sebagai satu untuk gaya tahan dan bukan sebagai

satu perlumbaan kecepatan (Races Against Time ) . cabaran pada zaman itu ialah untuk

menguji kebolehan dan daya tahan diri dengan perenang menyeberangi Selat Inggeris.

Pada tahun 1875, Captain Matthew Webb dari Shropshire, England menjadi orang pertama

berenang di Selat Inggeris. Beliau berenang dari Dover ke Calais, perancis dalam masa 21 jam

45 minit. Pada tahun 1956, rekodnya dipecahkan oleh orang Mesir, Hassan Abdul Rahim yang

berenang menyeberangi Selat Inggeris dalam masa 10 jam 50 minit.

Renang indah (bahasa Inggris: synchronized swimming) atau renang sinkronisasi adalah

olahraga yang memadukan unsur-unsur renang, senam, dan tari. Olahraga ini dipertandingkan

secara beregu, tunggal, duet, atau trio. Renang indah memadukan kekuatan dan ketahanan

fisik dengan keluwesan, keanggunan, nilai artistik, dan kemampuan menahan nafas sewaktu

berada di dalam air. Berkembang awal tahun 1900-an di Kanada, renang indah adalah olahraga

yang didominasi wanita.

Renang indah sudah menjadi salah satu cabang eksibisi sejak Olimpiade Helsinki 1952, tapi

baru mulai dipertandingkan sejak Olimpiade Los Angeles 1984. Pertandingan renang indah di

olimpiade dan kejuaraan dunia renang indah tidak terbuka untuk pria. USA Synchro dan

Synchro Canada adalah kejuaraan nasional di AS dan Kanada yang menerima peserta pria.

Atlet renang indah dituntut memiliki kekuatan fisik, kelenturan tubuh, dan kemampuan aerobik

yang tinggi dalam melakukan gerakan yang tersinkronisasi. Di hadapan juri, perenang indah

melakukan dua set gerakan wajib yang terdiri dari gerakan teknis dan gerakan bebas.

Renang indah diatur Federasi Renang Internasional (FINA). Di Indonesia, renang indah berada

di bawah naungan Persatuan Renang Seluruh Indonesia (PRSI), dan dipertandingkan di

Kejuaraan Nasional Renang Indah Kelompok Umur serta Pekan Olahraga Nasional. Renang

indah antara lain juga dipertandingkan dalam Kejuaraan Renang Asia.

Sejarah renang indah sebagai olahraga yang dipertandingkan dan memiliki organisasi dimulai

sejak awal abad ke-20, walaupun ditemukan bukti-bukti bahwa orang di zaman kuno sudah

melakukan gerakan-gerakan seperti balet di dalam air. Pertandingan renang indah pertama kali

dilakukan tahun 1890 dan 1891 di Berlin, serta tahun 1892 di London. Pada waktu itu,

pertandingan renang indah hanya boleh diikuti peserta pria.

Page 11: Sejarah Renang

Wanita pertama kali mengikuti pertandingan renang indah pada tahun 1907. Pada awalnya,

renang indah (synchronized swimming) disebut sebagai artistic swimming, ornamental

swimming, figure swimming, pattern swimming, atau scientific swimming. Sekelompok wanita

Kanada pimpinan atlet polo air sekaligus penyelam bernama Margaret Sellers mengembangkan

olahraga ornamental swimming yang teknik dasar renang dengan teknik untuk menyelamatkan

orang tenggelam.

Pada tahun 1907, pebalet Annette Kellerman dari Australia menari balet di dalam akuarium di

New York Hippodrome dan mendapat perhatian luas dari publik Amerika Serikat. Selanjutnya

pada tahun 1915, mahasiswa Universitas Wisconsin, Katherine Curtis mengembangkan renang

indah dengan mencampur gerakan sulit di dalam air dengan gerakan selam. Pada tahun 1923,

Katherine Curtis mendirikan klub balet air bernama Modern Mermaids di Universitas Chicago,

dan menjadikan balet air sebagai salah satu atraksi dalam pameran dagang Century of

Progress World’s Fair tahun 1934 di Chicago.

Pebalet air Annette Kellerman menjadi inspirasi bagi film Million Dollar Mermaid. Film tersebut

dibintangi Esther Williams yang juga juara AS renang gaya bebas dan atlet renang olimpiade

mewakili AS. Gadis muda mulai menggemari renang indah setelah MGM membuat serangkaian

film musikal bertemakan olahraga renang sepanjang tahun 1940-an dan 1950-an. Pada tahun

1970-an dan 1980-an, juara renang asal Ft. Lauderdale, Charkie Phillips menghidupkan

kembali “balet air” di televisi dalam acara “The Brady Bunch Variety Hour”, “The Big Show”, dan

bersama Miss Piggy dalam film The Great Muppet Caper.

Setelah melakukan pertunjukan keliling dunia, perenang AS yang mempertontonkan eksibisi

renang indah di Olimpiade Roma 1960. Namun baru pada Olimpiade Los Angeles 1984, renang

indah dijadikan salah satu cabang pertandingan di olimpiade. Pada waktu itu, cabang renang

indah di olimpiade memiliki dua jenis pertandingan, duet dan tunggal.

Sekarang, cabang renang indah di olimpiade hanya mempertandingkan kategori duet (2

perenang) dan beregu (satu regu 8 perenang). Kejuaraan nasional renang indah di Amerika

Serikat merupakan satu-satunya kejuaraan di dunia yang mempertandingkan kategori trio (3

perenang).

Pada abad ini , ramai rakyat di semenanjung Malaysia menunjukkan minat dalam aktinviti-

aktiviti sukan renang terancang ( organized swimming activities ) . oleh kerana minat rakyat

terhadap renang terancang begitu besar maka beberapa buah kelab renang ditubuhkan tidak

lama kemudian, antaranya Penang Swimming Club pada tahun 1903, Penang Chinese

Swimming Club pada tahun 1928, European Swimming Club pada tahun-tahun 1930-an di

Page 12: Sejarah Renang

Ipoh ,Taiping dan Kuala Lumpur dan Kinta Swimming Club di Ipoh pada tahun 1936.

Kelab-kelab renang ini sangat aktif. Taraf sukan renang dinaikkan pada tahun 1931 dengan

pengelolaan The Malayan Chinese Olympiad. Sukan ini diteruskan setiap tahun sehingga 1937,

dengan penyertaan kelab-kelab renang dari Pulau Pinang, Perak, Johor dan Melaka.

Selepas perang dunia kedua minat sukan renang giat dipulihkan. Banyak pertandingan renang

dikelolakan di antara kelab –kelab renang orang Asia dari Singapura, Pualu Pinang , Ipoh dan

Kuala Lumpur.

Pada tahun 1955, The Malayan Amateur Swimming Union ditubuhkan. Dengan pertubuhan

persatiuan ini, pertandingan antara kelab renang digantikan dengan pertandingan antara negeri.

Pada tahun 1956, Malaya menyertai dalam 5 jenis acara sukan, iaitu olahraga,angkat berat,

renang, menembak dan hoki. Untuk sukan renang hanya dua perenang lelaki dihantar. Mereka

ialah Fong Seow Hor dan Lim Heng Chek.

Sekarang persatuan renang di Malaysia dinamai Amateur Swimming Union, Malaysia (ASUM) .

presidennya Ghazali Bujang dan setiausaha Kehormat Allan Hoh. Alamat ASUM ialah 1049,

jalan 17/42, 46400 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan.

ASUM sekarang adalah ahli gabungan badan renang dunia , Federation Internationale de

Nation Amateur (FINA). Mulai tahun 1956 Malaysia ikut serta dalam beberapa pertandingan

renang antarabangsa, termasuklah sukan Olimpik , sukan komanwel, sukan asia , sukan

SEAP/SEA dan kejohanan Asia.

Dalam sukan SEA XV di Kuala Lumpur, pada tahun 1989, Nurul Huda Abdullah , perenang

Malaysia memungut lapan pingat emas dan mencipta empat rekod renang sukan SEA untuk

acara 200 meter gaya bebas (4;21.98), acara 200 meter Medley individu (4;59.61). Nurul huda

juga dihadiahkan “ The Coca-cola Outstanding Female Athlete Of The 15th SEA games”.

Seorang lagi perenang kita yang cemerlang ialah Jeffrey Ong. Jeffrey Ong yang dikenali

sebagai “King Of Malaysian Pools” memungut dua pingat emas untuk acara 400 meter dan

1500 meter gaya bebas (lelaki) dalam empat skan SEA berturut-turut iaitu pada tahun 1987

dijakarta, 1989 di Kuala Lumpur , 1991 di Manila dan 1993 di singapura. Beliau memungut dua

pingat perak untuk acara-acara yang sama di Kejohanan Renang Asia pada tahun 1988 di

Beijing dan di sukan Asia,1990 di Beijing juga. Di World Student Games, Sheffield, 1991 beliau

memungut satu pingat perak untuk acara 1500 meter gaya bebas.

Beliau jiga mewakili Malaysia di sukan olimpik pada tahun 1988 di Seoul dan 1992 di

Barcelona. Beliau telah bersara daripada pertandingan . seorang pemegang biasiswa

Kementeria Sukan, Jeffrey Ong telah menerima Sarjana Muda Penyiaran (Bachelor Of

Page 13: Sejarah Renang

Broadcasting) dari University of Southern California. Cita-cita Jeffrey Ong adalah menjadi

penyiar sukan.

Perenang Anthony Ang dari Perak yang berumur 16 tahun diramalkan mengambil tempat

Jeffrey Ong. Anthony telah mendapat biasiswa dari International Olyimpic Committee (I.O.C)

untuk berlatih di Bolles School di Florida dan akan mewakili Malaysia di sukan SEA di

Chiangmai pada Disember, 1995 dengan harapan memungut pingat emas untuk acara 100

meter kupu-kupu.

Sejak sebelum kemerdekaan, di negara kita telah ada beberapa kolom renang yang indah dan

baik. Akan tetapi pada waktu itu, kesempatan bagi orang-orang Indonesia untuk belajar

berenang tidak mungkin. Hal ini disebabkan setiap kolam renang yang dibangun hanyalah

diperuntukkan bagi para bangsawan dan penjajah saja.

Memang waktu itu ada juga kolam renang yang dibuka bagi masyarakat banyak, akan tetapi

harga tiket masuk sedemikian tingginya, sehinggara para pengunjung tertentu tidak bisa

membayar tiket masuk untuk berenang.

Salah satu dari sekian banyak kolam renang yang dibangun setelah tahun 1900 adalah kolam

renang Cihampelas di Bandung yang didirikan pada tahun 1904. Sesuai dengan tempat

kelahiran kolam renang Cihampelas, maka awal dari kegiatan olahraga renang di Indonesia

dapat dikatakan mulai dari Bandung.

Pertama-tama berdiri perserikatan berenang diberi nama Bandungse Zwembond atau

Perserikatan Berenang Bandung, didirikan pada tahun 1917, perserikatan ini membawahi 7

perkumpulan yang diantaranya adalah perkumpulan renang di lingkungan sekolah seperti

halnya OSVIA, MULO dan KWEEKSCHOOL.

Selain Bandung, Jakarta dan Surabaya juga mendirikan perkumpulan-perkumpulan berenang

dalam tahun yang sama. Kemudian barulah di tahun 1918 berdiri West Java Zwembond atau

Perserikatan Berenang Jawa barat dan pada tahun 1927 berdiri pula Oost Java Zwembond

atau Perserikatan Berenang Jawa Timur yang beranggotakan kota-kota seperti : Malang,

Surabaya, Pasuruan, Blitar dan Lumajang. Sejak saat itu pula mulai diadakan pertandingan

maupun antar daerah. Bahkan kejuaraan-kejuaraan itu, rekor-rekornya juga menjadi rekor di

negeri Belanda.

Page 14: Sejarah Renang

Dalam tahun 1934, peloncat indah masing-masing Haasman dan Van de Groen, berhasil keluar

sebagai juara pertama dan kedua dalam nomor-nomor papan 3 meter dan menara. Pada Far

Eastern Games di Manila, Philipina (kini kegiatan itu berkembang menjadi Asian Games sejak

tahun 1951). Kedua peloncat itu juga menjadi utusan Hindi Belanda.

Di tahun 1936, Pet Stam seorang Hindia Belanda berdasarkan rekornya 0:59.9 untuk 100 meter

gaya bebas yang dicatat di kolam renang Chiampelas Bandung, berhasil dikirim untuk ambil

bagian dalam Olimpiade Berlin atas nama negeri Belanda. Dua orang peloncat indah masing-

masing Haasman di bagian putera dan Kiki Heckle turut pula ambil bagian dalam Olimpiade

Berlin, dimana peloncat putri menduduki urutan ke 8.

Hingga tahun 1940, Nederlands Indishce Zwembond atau NIZB telah beranggotakan 12.00

perenang. Pada zaman pendudukan Jepang tahun 1943 – 1945, kesempatan untuk bisa

berenang bagi bangsa Indonesia semakin besar. Oleh karena pemerintahan pendudukan

Jepang, membuka seluruh kolam renang di tanah air untuk masyarakat umum. Periode tahun

1945, perkembangan olahraga renang di tanah air praktis menurun, karena saat itu bangsa

Indonesia dalam kancah perjuangan melawan penjajah.

Hingga tanggal 20 March 1951, dunia renang Indonesia praktis berada di bawah pimpinan

Zwembond Voor Indonesia (ZBVI) dan kemudian sejak tanggal 21 Maret 1951 lahirlah

Persatuan Berenang Seluruh Indonesia yang kemudian disingkat PBSI. Kongresnya yang

pertama di Jakarta, berhasil mengukuhkan Ketua yang pertama, Prof. dr. Poerwo Soedarmo,

dibantu oleh wakil ketua, sekretaris, bendahara dan komisi teknik.

Sejak saat itu, olahraga renang Indonesia setahap demi setahap maju dan berkembang serta

selanjutnya dalam tahun 1952, PBSI menjadi anggota resmi dari Federasi Renang Dunia –

FINA (singkatan dari Federation Internationale de Nation). dan International Olympic Committee

(IOC).

Hingga tahun 1952 telah terdaftar sebanyak 29 perkumpulan, tergabung dalam PBSI. Oleh

karena itu kemudian didirikan top-top organisasi olahraga berenang di tingkat daerah.

Perkembangan olahraga berenang di Indonesia kian hari kian berkembang, hal ini ditandai

dengan penyelenggaraan perlombaan renang hampir setiap tahun di tingkat nasional. Begitu

pula halnya dalam setiap pelaksanaan Pekan Olahraga Nasional (PON), cabang olahraga

renang menjadi nomor-nomor utama.

Page 15: Sejarah Renang

Dengan makin berkembangnya prestasi olahraga renang di Indonesia pada tahun 1952,

Indonesia mengirimkan duta-duta renangnya ke arena Olympiade di Helsinki, kemudian tahun

1953 kembali Indonesia ambil bagian dalam Youth Festival di Bukarest. Pada tahun 1954 regu

polo air Indonesia dikirim untuk mengikuti Asian Games ke II di Manila, Philipina.

Pada tahun 1954, berlangsung kongres PBSI ke II, diselenggarakan di Bandung dengna

menghasilkan susunan pengurus yang diketuai oleh D. Seoprajogi, ditambah satu sekretaris,

bendahara dan 3 komisi teknik. Kongres PBSI yang ke III diselenggarakan di Cirebon, dimana

dalam kongres ini memilih kembali kepengurusan baru yang ketuanya masih tetap di jabat D.

Soeprajogi, ditambah 3 pengurus lainnya.

Untuk ke IV kalinya PBSI menyelenggarakan kongres pada tahun 1957 di Makasar (sekarang

Ujung Pandang) Kongres ini menghasilkan beberapa keputusan, diantaranya memilih susunan

kepengurusan yang baru dengan ketua D. Soeprajogi. Kemudian atas permintaan peserta

kongres istilah persatuan dalam singkatan PBSI, diganti menjadi Perserikatan. Dengan

demikian PBSI dalam hal ini menjadi singkatan dari Perserikatan Berenang Seluruh Indonesia.

Di tahun 1959 diadakan Kejuaraan Nasional Renang. Kejuaraan ini untuk pertama kalinya

mengadakan pemisahan antara Senior dan Junior di Malang, Jawa Timur. Berlangsung pula

kongres PBSI ke V, dimana pada kongres itu disamping memilih kepengurusan baru yang

ketuanya masih tetap dipercayakan kepada D. Soeprajogi, juga kongres ini merubah nama

Perserikatan Berenang Seluruh Indonesia (PBSI) menjadi Perserikatan Renang Seluruh

Indonesia (PRSI).

Perubahan ini timbul dengan pertimbangan bahwa terdapatnya dua induk organisasi olahraga

yang mempunyai singkatan sama PBSI. Selain cabang olahraga renang, singkatan ini juga

digunakan oleh Persatuan Bulutangkis Seluruh Indonesia. Pada Kongres di Malang Jawa Timur

Ketua PRSI, D. Soeprajogi di dampingi oleh 2 wakil ketua, dua sekretaris, bendahara,

pembantu umum ditambah komisi teknik dengan 2 orang anggota.

Kemajuan olahraga renang secara keseluruhan berkembang kian pesat dan dalam tahun 1962,

berhasil menampilkan nama-nama besar seperti Achmad Dimyati, Mohamad Sukri di bagian

putera, sementara Iris, Tobing, Lie Lan Hoa, Eny Nuraeni serta banyak lagi di bagian puteri.

Dalam tahun 1963 di Jakarta, kembali PRSI menyelenggarakan kongres dan berhasil

menyusun kepengurusan baru dengan ketua umum D. Soeprajogi.

Page 16: Sejarah Renang

Selanjutnya di dampingi 3 orang ketua, 2 orang renang, loncat indah dan polo air. Keputusan

lain yang diperoleh dalam kongres PRSI ke VI itu adalah merubah kembali istilah “Persatuan”.

Hingga sekarang PRSI merupakan singkatan dari Persatuan Renang Seluruh Indonesia.

Meskipun dalam falsafahnya bahwa olahraga itu tidak bisa dikaitkan dengan politik. Namun

dalam kenyatannya perkembangan politik di dalam negeri pada waktu itu membawa pengaruh

besar terhadap perkembangan olahraga.

Pada tahun 1963 Indonesia harus mengundurkan diri dari pesta olahraga GANEFO, dimana

pesertanya ada beberapa negara yang memang belum menjadi anggota FINA. Untuk

menghindarkan kemungkinan adanya skorsing, Indonesia dalam hal ini PRSI mengambil

langkah pengunduran diri sebagai anggota FINA. Pada tahun 1966, Indonesia kembali menjadi

anggota FINA. Pada tahun itu Indonesia mengambil bahagian dalam Asian Games ke V di

Bangkok.

Musyawarah PRSI ke VII berlangsung kembali di Jakarta pada tanggal 24 – 27 April 1968.

Salah satu keputusannya mengukuhkan kepengurusan baru PRSI dengan ketua umum tetap

dipercayakan kepada D. Soeprayogi, di tambah dengan 2 orang ketua, 2 sekretaris, bendahara

dan panitia teknik yang terdiri atas 3 orang masing-masing untuk renang, loncat indah dan polo

air.

Pada tahun 1844 dua orang asli Amerika Utara bernama Flying gull dan Tobacco dijemput

menyertai pertandingan renang di London. Mereka menggunakan gaya sendiri yang lebih

kurang sama dengan gaya rangkak yang digunakan hari ini. Gaya renang flying Gull dan

Tobacco ini belum pernah digunakan oleh para perenang Eropah. Sebenarnya gaya renang

mereka ini telah biasa digunakan oleh penduduk Amerika, Afrika Barat dan kepulauan pasifik

sejak turun-temurun.

Hari ini gaya renang disebutkan ‘The Crawl’. Perenang Frederick Cavill kemudian

memperkenalkan renang gaya rangkak ini dari London ke Australia Cavill memperbaiki gaya ini

dan menamakannya ‘The Australian crawl’.

Pada 1902, anak Cavill, Richard, menggunakan gaya The Australian Crawl ini untuk beenang

satu ela dalam masa 58.6 saat. Seorang lagi anak Cavill ,Sidney memberikan latihan gaya ini

kepada para perenang di San Francisco , Amerika Syarikat. Salah seorang pelatihnya, J.Scott

Leary berjaya menjadi perenang Amerika Utara yang melakukan renang 100 ela dalam masa

60 saat.

Gaya renang Cavill menjadi semakin popular, seorang perenang bernama Charles Daniels

Page 17: Sejarah Renang

memperbaiki lagi gaya Cavill ini. Dia menamakannya The American Crawl. Pada 1910, Charles

Daniels , dengan menggunakan gaya The American Crawl berjaya mencipta rekod baru dengan

berenang 100 ela dalam masa 54.8 saat.

Gaya rangkak juga digunakan oleh penghuni pulau Hawaii. Duke Kahananoku dari Hawaii

menggunakan gaya ini untuk memenangi acara renang 100 meter di sukan Olimpik pada tahun

1912 dan 1920. Johnny Weismuller, dari Amerika Syarikat, yang berumur 21 tahun memenangi

acara renang 100 meter dalam masa 59 saat

Pada sukan Olimpik 1924. Weismuller mencipta rekod baru dalam 67 acara renang sebelum

beliau bersara daripada renang pertandingan untuk menjadi bintang filem. Beliau berlakon

sebagai Tarzan di Hollywood .

Pada 1896 hanya acara gaya bebas (free style) dipertandingkan disukan Olimpik. Ini bermakna

para perenang dibenarkan menggunakan pelbagai gaya dan interpretasi untuk berenang. Pada

tahun 1900, 3 acara renang telah ditetapkan iaitu acara gaya kuak lentang ( backstroke ) .

Pada tahun 1912, perenang wanita diberi peluang bertanding dalam acara renang gaya bebas.

Kini , acara-acara renang termasuklah acara gaya bebas, acara gaya kuak lentang, acara gaya

kuak dada, acara gaya kupu-kupu, acara gaya Medley individu, acara gaya medley berganti-

ganti, acara gaya bebas berganti-ganti, acara junam dan acara 3 renang segerak.

MANCHESTER, England – Juara dunia Ryan Lochte dan pemenang pingat emas Olimpik,

Kirsty Coventry mengetuai cabaran kejohanan renang jarak dekat dunia, iaitu kejohanan

antarabangsa terakhir sebelum Olimpik Beijing.

Lochte dan Coventry, kedua-duanya jaguh dalam acara kuak lentang dan rampaian individu,

mengalih tumpuan seketika dari kolam renang 50 meter bersaiz Olimpik, ke kolam bersaiz 25

meter pada kejohanan di sini.

Kejohanan selama lima hari itu bermula hari ini.Perenang Amerika Syarikat, Lochte mempamer

kecemerlangan pada kejohanan renang jarak dekat dunia 2006 di Shanghai dengan mencipta

rekod baru dunia acara 200 meter kuak lentang individu, 200 meter rampaian individu dan 400

meter rampaian individu.

Perenang Zimbabwe, Coventry pula berdepan saingan Margaret Hoelzer dalam acara 200

meter kuak lentang, setelah hilang penguasaan dalam acara kegemarannya itu apabila tewas

kepada pemenang pingat perak acara 1,500 meter gaya bebas Olimpik Larsen Jensen, tahun

lalu.

Marleen Veldhuis, yang memecah rekod dunia acara 500 meter gaya bebas di kejohanan

Eropah di Eindhoven bulan lalu, mengetuai cabaran perenang Belanda. China yang baru

Page 18: Sejarah Renang

menamatkan kejohanan pemilihan Olimpik turut menghantar wakil.Afrika Selatan turut

menampilkan tiga daripada empat perenang terbaik mereka iaitu Roland Schoeman, Ryk

Neethling dan Lyndon Ferns yang menjalani latihan di Amerika Syarikat.

mereka antara kuartet emas acara gaya bebas berganti-ganti 4X100m Olimpik 2004.Schoeman

meraih gangsa dalam 100 meter gaya bebas dan perak dalam 50 meter gaya bebas pada

Olimpik lalu.

Neethling mencatat emas treble di kejohanan renang jarak dekat dunia 2006 dalam acara 100m

dan 200m gaya bebas serta rampaian individu.“Kami mempunyai harapan pingat dalam

beberapa acara, juga berharap memecah beberapa rekod dunia,’’ kata ketua jurulatih Afrika

Selatan dari Jerman, Dirk Lange.Afrika Selatan turut menampilkan juara dunia 50 meter kuak

lentang, Gerhard Zandberg.

REFLEKSI KAJIAN

Alhamdulillah bersyukur kami kehadrat Illahi kerana dengan izin dan limpah kurnianya dapat

juga kami menyiapkan kerja kursus renang bagi matapelajaran Pendidikan Jasmani ini dengan

jayanya walaupun terpaksa menghadapi beberapa masalah dalam menyiapkan kerja kursus ini

seperti kekurangan bahan rujukan, komputer yang digunakan rosak dengan tiba-tiba dan tiada

elektrik semasa ingin menyiapkan kerja kursus ini.

Namun dengan berkat kesungguhan dan azam yang tinggi untuk menyiapkannya kami dapat

menyiapkan juga kerja kursus renang bagi matapelajaran Pendidikan Jasmani ini pada masa

yang ditetapkan walaupun terpaksa melalui banyak masalah dalam menyiapkannya.

Dalam menyiapkan tugasan ini, kami telah mempelajari banyak perkara mengenai renang iaitu

sejarah perkembangan renang di Malaysia dan dunia. Kami telah mengetahui banyak perkara

berkaitan perkembangan renang di malaysia seperti kelab-kelab renang yang di tubuhkan pada

awal pembabitan negara ini dalam sukan renang dan jaguh-jaguh sukan renang yang pernah

mengharumkan nama negara ini. Kami juga telah mengetahui tentang perkembangan sejarah

renang dunia seperti penciptaan gaya renang yang baru dan tokoh renang yang berjaya

mencipta rekod dunia.

Sepertimana yang diketahui, banyak dugaan atau rintangan yang terpaksa ditempuhi dalam

usaha menyiapkan tugasan ini. Masalah masa, tidak memahami konteks soalan, wang dan

sebagainya terus menghantui kami. Hal ini menjadi lebih rumit berikutan semester ini

Page 19: Sejarah Renang

merupakan semester pendek yang memerlukan kami membuat kerja yang banyak dalam masa

yang singkat.

Banyak kerja kursus dan aktiviti yang bertembung pada suatu masa sehingga melemahkan

semangat kami namun sebagai seorang pendidik kami telah melihatnya sebagai suatu cabaran

yang harus ditempuhi dan kami perlu berfikiran positif untuk menanganinya. Kami telah

berusaha sedaya upaya untuk menyiapkannya pada masa yang ditetapkan.

Kami berusaha dengan selalu menemui pensyarah pembimbing matapelajaran ini untuk

berbincang dengannya tentang kemuskilan yang dihadapi oleh kami dalam menyiapkan kerja

kursus ini. Selain itu, kami juga kerap mengunjungi perpustakaan untuk mencari bahan-bahan

yang diperlukan bagi menyiapkan kerja kursus ini sebagai rujukan.

Bagaimanapun berkat tunjuk ajar pensyarah matapelajaran ini serta pensyarah- pensyarah lain

dari Jabatan Pendidikan Jasmani dan Kesihatan Institut Perguruan Kota Bharu (IPKB) akhirnya

kami dapat mengatasi masalah yang dihadapi tadi dan seterusnya kami dapat menyiapkan

kerja kursus Renang bagi matapelajaran Pendidikan Jasmani ini dengan jayanya pada masa

yang ditetapkan.

Kesimpulannya, kami berpuas hati dengan kerja yang dilakukan oleh kami dalam menyiapkan

kerja kursus ini dan dari kerja kursus ini kami telah mempelajari banyak perkara berkaitan

renang iaitu perkembangan renang di Malaysia dan Dunia seperti kelab-kelab renang yang di

tubuhkan, jaguh-jaguh sukan renang yang pernah mengharumkan nama Malaysia,

perkembangan sejarah renang dunia seperti penciptaan gaya renang yang baru, tokoh renang

yang berjaya mencipta rekod dunia

dan banyak lagi yang boleh di gunakan oleh kami apabila menjadi guru kelak.

\

BIBLIOGRAFI

1) HELEN TEN, (1995) .RENANG. PENERBIT FAJAR BAKTI SDN. BHD . SHAH

ALAM ,SELANGOR.

2) TAM & LYE. (1994) .ASAS DAN TEKNIK RENANG,PERSATUAN PERENANG AMATEUR,

UTUSAN PUBLICATIONS AND DISTRIBUTORSDN.BHD. KUALALUMPUR.

Page 20: Sejarah Renang

3) MARY ANN HURLEY AND AZOO DESIGN.(2001). TEACHING SWIMMING AND WATER

SAFETY. AUSTRALIA:HUMAN KINETIC,SOUTH AUSTRALIA.

4) BARTELS,R.,1969. SWIMMING FUNDAMENTALS.CHARLES. OHIO ; E,MERRILL

PUB .CO. COLUMBUS

5) KATZ,J.,1993, SWIMMING FOR TOTAL FITNESS, NEW YORK ; MAIN STREET

BOOKS,DOUBLE DAY

6) SIRI GLOSARI SUKAN. RENANG.,1998. DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA,KUALA

LUMPUR

7) WWW.WIKIPEDIA.COM.SWIMMING//.COM

8) http ://WWW.YAHOO.COM

9) http://www.ayorenang.com

BIL

PERKARA YANG DIBINCANGKAN

DENGAN SIAPA

TANDATANGAN DAN CATATAN TAMBAHAN

KAMARUL AZROL BIN KAMARUZAMAN

MOHD BULIAMI BIN DOLLAH

PENGHARGAAN

Bersyukur kehadrat illahi dengan limpah kurnia dan izinnya dapat juga kami menyiapkan kerja

kursus Renang bagi matapelajaran Pendidikan Jasmani ini walaupun telah banyak cabaran

yang di hadapi semasa menyiapkan tugasan ini. Di sini kami ingin mengucapkan berbanyak-

banyak terima kasih kepada pensyarah kami kerana tidak jemu – jemu memberi tunjuk ajar dan

membimbing kami dalam menyiapkan kerja kursus ini.

Kami juga turut berterima kasih dan memberikan setinggi-tinggi penghargaan kepada

pensyarah- pensyarah lain di Institut Perguruan Kota Bharu yang telah memberi tunjuk ajar dan

menyumbang idea kepada kami dalam menyiapkan kerja kursus ini dengan jayanya.

Page 21: Sejarah Renang

Kami juga ingin mengucapkan berbanyak – banyak terima kasih kepada semua yang terlibat

dalam menyiapkan kerja kursus ini terutama dikalangan guru pelatih PISMP Pendidikan

Jasmani 1 kerana sentiasa tolong-menolong dan bekerjasama antara satu sama lain serta

bersemangat tinggi dalam usaha untuk menyiapkan kerja kursus Renang bagi matapelajaran

Pendidikan Jasmani yang telah diberikan oleh pensyarah.

Diharap segala maklumat yang telah kami perolehi semasa menyiapkan tugasan ini dapat kami

gunakan sebaik-baiknya untuk menghadapi cabaran semasa menjadi guru pelatih atau selepas

kami menjadi guru kelak. Sekian.