Sejarah Perkembangan Bm

Embed Size (px)

DESCRIPTION

BMM3112 sejarah perkembangan Bahasa Melayu

Citation preview

  • 5/28/2018 Sejarah Perkembangan Bm

    1/19

    1.0 SEJARAH DAN PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU

    1.0 SEJARAH DAN PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU

    1.1 ASAL USUL BAHASA MELAYU

    Pengenalan

    Asal usul Bahasa Melayu agak kabur. Hal ini disebabkan kurangnya bukti-bukti konkrittentang istilah Melayu pada zaman Prasejarah.

    Bukti-bukti ditemui melalui penemuan beliung segi panjang di Sungai Hwang Ho, Sungai

    Mekong, Sungai Salween, Sungai Irrawaddy dan Sungai Brahmaputea, selain penemuan

    beliung di Utara Tanah Melayu. Bahan artifak ini menjadi asas kajian manusia prasejarah,

    perhubungan dan perjalanan di serata dunia.

    Tarikh awal penggunaan perkataan "Melayu"tidak dapat dipastikan. Kata "Melayu" merujuk

    kepada orang dan bahasa, iaitu rata-rata penduduk yang beragama Islam dan mendiami

    hampir keseluruhan Kawasan Asia Tenggara. Para penyelidik juga mendapati bahawa

    terdapat bukti-bukti penggunaan perkataan "Melayu"pada kurun ketujuh Masihi.

    Definisi Dari Segi EtimologiEtimologi ialah kajian tentang asal usul perkataan.

    Perkataan "melayu" dikatakan daripada perkataanMo-lo-yeu.

    Bukti penemuan; Catatan pengembara Cina sekitar tahun 644 - 645 M.

    Catatan Rahib Buddha bernama I-Tsing yang singgah di Srivijaya pada 672 M.

    Catatannya mengatakan bahawa Bahasa Melayu digunakan di Palembang.

    Pengembara Portogis, Godinho de Erachia, mengatakan Bahasa Melayu digunakan

    sebagai Lingua Franca di Kepulauan Melayu.

    Kerajaan Melaka menggunakan Bahasa Melayu dalam perhubungan di Kepulauan

    Melayu dengan pedagang-pedagang dari Asia, Eropah, Asia Barat, India dan China.

    Perkataan Melayu pada Kerajaan Mo-lo-yue di Jambi, Sumatera, sempena sebatang

    sungai dipanggil "Sungai Melayu"

    Salasilah Bahasa Melayu

    Dalam kajian rumpun dan Keluarga Bahasa Melayu, kita perlu memahami istilah yang

    penting. Antara istilah-istilah yang perlu difahami ialah:

    Filum Kelompok bahasa seusia 5000 tahun.

    Rumpun Kelompok bahasa 2500 - 5000 tahun. Keluarga Kelompok bahasa seusia kurang daripada 2500 tahun.

    Bahasa keluarga mempunyai persamaan dalam pembentukan kata, bunyi dan golongan kata.

    Setiap keluarga bahasa terdiri daripada bahasa subkeluarga atau subkelompok mengikut

    faktor geografi dan nama bahasa tertentu.

    sebagai contoh;

    Golongan Bahasa

    Sumatera Acheh, Batak, Minangkabau, Lampung,

    Melayu, Nias, Orang Laut

    Jawa Sunda, Madura,Jawa.

    Filipina Tagalog, Sulu, Pulau, Bisaya, Iloko,

  • 5/28/2018 Sejarah Perkembangan Bm

    2/19

    Tombulu

    Bahasa Asonesia ialah rumpun bahasa yang tergolong dalam satu filum Bahasa Austris.

    Bahasa Austris terdiri dari, Austronesia

    Austroasia

    Tibet

    China

    1.2 BAHASA MELAYU KUNO

    Perkembangan Aksara JawiAmalan penganut Hindu sebelum Islam mementingkan kasta dan strafikasi sosial.

    Masyarakat bawahan tidak berpeluang menguasai sistem tulisan. Pengaruh Islam mewajibkan

    penganutnya menbaca ayat-ayat al-Quran.

    Tulisan Jawi digunakan oleh orang-orang Jawa dan Melayu setelah kedatangan Islam yang

    dibawa oleh Orang Arab dengan menggunakan Bahasa Melayu.

    Empat tahap PerkembanganTahap 1

    Tulisan Jawi mengikut tulisan Arab. Ada tanda tanda baris.

    Tahap 2

    Tanpa tanda baris.

    Tahap 3

    Terdapat pengaruh Melayu dengan huruf alif, wau dan ya.

    Tahap 4

    Menggunakan huruf-huruf saksi pada suku kata kedua.

    Bahan Bukti PenggunaanBerpandukan surat-surat awal, karya sastera dan batu bersurat yang ditemui.

    1, Batu bersurat di Pagar Ruyong (1356 M)

    2, Batu Nisan di Minye Tujuh, Acheh (1380 M)

    3, Batu Bersurat di Sungai Tersat, Kuala Berang, Terengganu

    sekitar 1303/1397 M.

    Karya Sastera Melayu - Sulatin (Sejarah Melayu), Undang- undang Melaka, Undang-

    undang Laut Melaka, Hikayat Amir Hamzah.

    Daftar kata Melayu - Itali pertama - Kapten Kapal Victoria - Antonio Pigafetta.

    Daftar kata cina - Melayu - Dalam tulisan cina.

    Penulisan sastera tasawuf, syair dan ilmu mistik. Contoh; Hamzah Fansuri,

    Syamsuddin Al-Sumaterani.Perkembangan Bahasa Melayu

    PengenalanTerbahagi kepada 3 tahap iaitu Bahasa Melayu Kuno, Bahasa Melayu Klasik dan Bahasa

    Melayu Moden.

    Bahasa Melayu Kuno1, Dianggarkan Berkembang melalui Kerajaan Melayu di Jambi.

    2, Catatan China, Kerajaan Melayu Mengadakan hubungan diplomasi dengan penghantaran

    utusan sejak 644 Masihi.

  • 5/28/2018 Sejarah Perkembangan Bm

    3/19

    3, Bahasa Melayu Kuno mengalami perkembangan yang pesat kerana bersifat serdahana,

    mudah menerima pengaruh dan tidak terikat dengan susun lapis masyarakat.

    4, Sejak kurun ke-7 Masihi, kerajaan Sriwijaya di Palembang menjadi pusat ilmu

    pengatahuan. Bahasa Melayu Kuno, menurut pengembara China I-Tsing, dijadikan Dahasa

    Penghantar untuk mengajar Bahasa Sanskrit dan falsafah Buddha. Bahasa Melayu Kuno -

    Koon`un Lan, digunakan dengan Meluas

    Ciri-ciri Bahasa Melayu Kuno1. Pinjaman daripada Sanskrit

    contoh: Sukhashitta = Sukacita

    Laghu = Lagu

    2. Pada batu bersurat

    contoh: Upasarga, ayer, prakata.

    3. Persamaan kesejajaran bunyi

    contoh: Wunuh = Bunuh

    Wuah = Buah

    Bukti Bahan Penggunaan1. Bahan bukti dari batu bersurat, daun lontar dan kulit kayu.

    2. Contoh batu bersurat di Tanjung Periuk bertarikh 450 M.

    3. Ada kata pinjaman Bahasa Sanskrit dan tulisan huruf Palava (Huruf Kawi dan Ngiri

    daripada Bahasa Dravida, India Selatan)

    1.3 BAHASA MELAYU KLASIK

    Bahasa Melayu KlasikAbad ke-12 dan abad ke-13 merupakan zaman peralihan daripada pengaruh agama Hindu -

    Buddha kepada pengaruh Islam. Zaman kedatangan pengaruh Islam dikaitkan dengan

    kedatangan pedagang India dan Arab. Teori lain mengatakan bahawa Islam dibawa dari

    China. Marco Polo mengatakan yang masyarakat di situ telah memeluk Islam.

    Ciri-ciri Bahasa Melayu Klasik1. Ayat yang digunakan panjang dan meleret-leret kerana penyampaian seperti bercerita

    dalam penglipur lara.

    2. Subjek dan predikat dalam ayat meleret-leret dan sukar difahami oleh pembaca. Contohnya,

    "Hatta beberapa lamanya antara itu maka istana baginda pun sudahlah, sebuah mahligai

    terlalu indah rupanya dan sangatlah ajaib perbuatannya, sesiapa tidak pernah melihat yang

    demikian itu.3. Ayat-ayat Bahasa Klasik sering ditandai dan diulang dengan kata-kata adapun, kalakian,

    arakian, syahdan, hatta dan sebagainya.

    4. Banyak pengulangan kata tunjuk, Kata penegas, dan kata hubung.

    contoh, itu, sana, - lah, yang, dan, atau.

    1.4 BAHASA MELAYU MODEN

    A. Konsep Bahasa Melayu Moden

    1. Bermula abad ke-19 dan ke-20.2. Berasaskan kepada pembaharuan oleh Abdulah bin Abdul Kadir Munsyi (abdulah Munsyi).

  • 5/28/2018 Sejarah Perkembangan Bm

    4/19

    3. Melalui karya Kitab Adat Segala Raja-raja Melayu dalam Segala Negeri (1837), Hikayat

    Abdulah (1838), Kisah Pelayaran Abdullah ke Kelantan (1838), dan Kisah Pelayaran

    Abdulah ke Jeddah (1854)

    B. Tahap Perkembangan Bahasa Melayu1. Bahasa Melayu menjadi bahasa penghantar sebelum British.

    2. Pada zaman British, Bahasa Melayu digunakan secara rasmi di lima buah Negeri Melayu

    Tidak Bersekutu (Johor, Terengganu, Kelantan, Kedah, dan Perlis) dan Negeri Melayu

    Bersekutu (Perak, Pahang, Selangor, dan Negeri Sembilan).

    3. Pegawai British yang berminat dan menulis sarjana Bahasa Melayu ialah R.O.Winstedt,

    R.J.Wikinson, C.C.Brown, W.E.Maxwell, W.Marseden, O.T.Dussek, A.M.Skinner,

    J.Crawfod dan W.G.Shellabear.

    Bahasa Melayu Moden

    1. sebelum merdeka, Bahasa Inggeris diutamakan.

    2. Muncul pergerakan secara persorangan dan pertubuhan memperjuangkan BahasaMelayu.

    3. Pergarakan individu oleh Ishak Hj. Muhammad (Pak Sako),

    Shamsudin Saleh dan A. Rahim Kajai.

    4. Perjuangan secara pertubuhan seperti Pakatan Belajar Mengajar Pengetahuan

    Bahasa Pena, Asas 50 (Angkatan Sasterawan 50).

    Bahasa Melayu Moden Pascamerdeka

    1. Para nasionalalis yang menuntut kemerdekaan mahu menjadikan Bahasa Melayu

    sebagai Bahasa Kebangsaan.

    2. Usul ini membawa kepada Suruhanjaya Reid dalam membentuk Perlembagaan

    Persekutuan Tanah Melayu.

    3. Setelah merdeka, Perlembagaan Persekutuan Perkara 152 (bahasa Kebangsaan)

    menyatakan "Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan bagi negara merdeka".

    4. Akta Bahasa Kebangsaan 1957 menyatakan yang Bahasa Melayu digunakan dalam

    semua urusan rasmi negara.

    5. Akta Pendidikan 1961 membantu perkambangan sistem pelajaran yang bahasa

    penghantarnya ialah Bahasa Melayu.

    6. Perlaksanaan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Rasmi dikuatkuasakan melalui Akta

    Bahasa Kebangsaan 1957.

    7. Akta Pendidikan 1961 membantu perkembangan sistem pelajaran yang bahasa

    penghantarnya ialah bahasa kebangsaan.

    C. Fungsi Bahasa Melayu Moden1. Sebagai bahasa rasmi, bahasa pentadbiran, bahasa perhubungan umum dan bahasa

    penghantar serta ilmiah di sekolah-sekolah dan institusi-institusi pendidikan tinggi.

    2. Berkembang sebagai media komunikasi yang lengkap dan sempurna.

    Fungsi Bahasa Melayu.

    - Bahasa Perpaduan

    - Bahasa Ilmu

    - Bahasa Komunikasi

    D. Perancangan Bahasa Melayu

  • 5/28/2018 Sejarah Perkembangan Bm

    5/19

    Membawa maksud usaha-usaha memupuk dan mengembangkan bahasa ke taraf yang lebih

    maju.

    setu rang undang-undang digubal dan diluluskan pada tahun 1959 iaitu Undang-undang

    Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP).

    Peranan DBP- Menyelaraskan sistem ejaan Bahasa Melayu.

    - Mencetak bahan dalam Bahasa Melayu.

    - Memperkasa Bahasa Melayu.

    - Mencipta istilah pelbagai bidang.

    - Menerbitkan kamus.

    E. Perancangan Bahasa1. Membuat dasar:

    - Perkara 152 dalam Perlembagaan Persekutuan

    - Akta Bahasa Kebangsaan 1963/67

    - Laporan Razak (1956)- Penyata Rahman Talib (1960)

    - Akta Pendidikan 1961

    2. Kodifikasi/pengekodan peristilahan - Penubuhan Jawatankuasa Istilah, pengekodan kamus,

    ejaan.

    3. Pelaksanaan dasar:

    - Minggu bahasa

    - Bulan Bahasa

    - Bulan Bahasa

    - Kempen "Cintailah Bahasa Kita".

    1.5 UNSUR ASING DALAM BAHASA MELAYU

    Unsur Asing Dalam Bahasa Melayu

    PengenalanBahasa Melayu dipengaruhi oleh bahasa asing kerana pertembungan budaya iaitu dari

    perdagangan, penyebaran agama dan ilmu, diplomatik dan penjajahan.

    Definisi Peminjaman BahasaDefinisi "Peminjaman Bahasa" ialah proses meminjam kata-kata atau istilah daripada satu

    bahasa oleh bahasa yang lain atas matlamat tertentu.

    Jenis-jenis Peminjaman1. Peminjaman Dialek

    - Ikut dialek Kedah, Perak Kelantan dan lain-lain.

    - Ini digunakan dalam bahasa baku.

    - Contoh : Kemarin, emalam, jenuh, beria.

    2. Peminjaman Kuno- Peminjman Bahasa Kuno yang tidak digunakan lagi.

    - Proses ini menghidupkan kata-kata lama.

    - Comntoh : Purnama, suria, mentari, dermaga, limbungan,Tun.

    3. Peminjaman Tulen- Dipinjam terus dan tiada istilah yang sesuai.

  • 5/28/2018 Sejarah Perkembangan Bm

    6/19

    - Contoh : Bahasa Inggeris - Bas, beg, bateri, polis, doktor

    Bahasa Arab - ustaz, ustazah, sabar, azab

    Bahasa Sanskrit

    1. Pengaruh BAhasa Sanskrit dikesan seawal abad ke-7 pada catatan batu bersurat.

    2. Dalam Bahasa Melayu, terdapat 677 perkataan yang berasal daripada Bahasa Sanskrit. inimeliputi agama, falsafah, alam semula jadi, flora, fauna, kekeluargaan dan banyak lagi.

    Bahasa Jawa

    1. Dalam Bahasa Melayu, terdapat 1977 perkataan Bahasa Jawa.

    2. Meliputi kata konsep, makanan dan kata panggilan.

    3. Contohnya : Lakonan, wayang, gadis, gerbok , tamu dan lain-lain.

    Bahasa Arab

    1. Sejak abad ke-13, kitab-kitab agama menjadi alat penyebaran agama dan sastera Islam.

    2. Pada abad ke-14, batu bersurat ditemui di Kuala Berang, Terengganu yang menggunakan

    tulisan jawi.

    Bahasa Tamil, Hindi dan Parsi

    1. Tidak meluas dan berlaku dalam hubungan perdagangan.

    2. Bahasa Tamil - Kapal, Katil, jodoh, sami, mahligai dll.

    3. Bahasa Hindi - boria, basi, dunia, dian, roti dll.

    4. bahasa Parsi - nobat, nafiri, piala, serban dll.

    Bahasa Cina

    1. Kesemua berasal dari Hokkien, kerana mereka yang mula-mula datang dan bermastautin di

    Tanah Melayu.

    2. Kata-kata berkaitan makanan, pakaian, alat-alat untuk berjudi dan kata-kata yang tidak

    terdapat dalam Bahasa Melayu.

    3. Contoh;

    - Permainan - Pakau, congkak, cuki.

    - Makanan dan buah-buahan - mi, cincau, bihun, taucu, kuih, bepang.

    - Pakaian dan barangan - gincu, koyok, toncang, kekwa.

    - Rumah dan perkakas - jong, tongkang, loceng, cawan.

    - Manusia dan hal-ehwal manusia - tauke, lu, gua, apek, nyonya.

    Bahasa Portogis dan Belanda

    1. Mempegaruhi aspek kosa kata, nahu, bunyi dan imbuhan.2. Kedatangan Kuasa Barat Portogis dan Belanda mempengaruhi dan memperkayakan kata-

    kata pinjaman dalam Bahasa Melayu.

    3. Contoh Bahasa Portogis

    - baldi, bangku, meja, bola, bomba, garpu, kemeja, lelong, armada, sekolah, roda.

    contoh Bahasa Belanda

    - Snapang, duti, kurang, bagasi, rokok, pelekat, dam, tolok.

    Bahasa Inggeris

    1. Pengaruh barat yang terakhir. Konsonan Bahasa Inggeris yang dipinjamkan hanyalah /V/

    dan menjadikan bunyi-bunyi pinjaman menjadi 14 konsonan.

    2. Contoh- bom, polis, stesen, audit, wisel, dll.

  • 5/28/2018 Sejarah Perkembangan Bm

    7/19

  • 5/28/2018 Sejarah Perkembangan Bm

    8/19

    pengajaran mata pelajaran Sains dan Teknikal di pusat pengajian tinggi awam. Hal yang sama

    dilaksanakan di peringkat sekolah apabila diperkenalkan program Pengajaran dan Pembelajaran

    Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) mulai 2003.

    Bahasa Melayu Moden

    Bermula pada abad ke-19. Hasil karangan Munsyi Abdullah dianggap sebagai permulaan zaman bahasa Melayu

    moden.

    Sebelum penjajahan Beritish, bahasa Melayu mencapai kedudukan yang tinggi, berfungsi sebagai bahasa

    perantaraan, pentadbiran, kesusasteraan, dan bahasa pengantar di pusat pendidikan Islam.

    Selepas Perang Dunia Kedua, British merubah dasar menjadikan bahasa Inggeris sebagai pengantar dalam

    sistem pendidikan.

    Semasa Malaysia mencapai kemerdekaan, Perlembagaan Persekutuan Perkara 152 menetapkan bahasa Melayu

    sebagai bahasa kebangsaan.

    Akta Bahasa Kebangsaan 1963/1967 menetapkan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi negara. Laporan Razak

    1956 mencadangkan bahasa Melayu sebagai pengantar dalam sistem pendidikan negara.

    Perkembangan Bahasa Melayu Pra Merdeka

    Perjuangan Mendaulatkan Bahasa Melayu oleh Pertubuhan

    MABBIM

    1. MABBIM ialah sebuah badan kebahasaan serantau yang dianggotai oleh tiga negara, iaitu NegaraBrunei Darussalam, Indonesia dan Malaysia. Asalnya badan ini dinamai Majlis Bahasa Indonesia -Malaysia (MBIM), yang ditubuhkan pada 29 Disember 1972, setelah satu Pernyataan Bersama

    ditandatangani oleh Allahyarham Tun Hussein Onn, Menteri Pendidikan Malaysia, dan BapakMashuri Saleh S.H. Menteri Pendidikan dan Kebudayaan Republik Indonesia, pada 23 Mei 1972 diJakarta.

    2. MBIM menjadi MABBIM apabila negara Brunei Darussalam menganggotai Majlis ini pada 4November 1985. Manakala, Singapura masih menjadi negara pemerhati Majlis sehingga kini.

    3. Wadah kerjasama kebahasaan MABBIM ini, pada hakikatnya mempunyai misi untuk membina danmengembangkan bahasa rasmi atau bahasa kebangsaan iaitu bahasa Melayu/Indonesia di ketiga-

    tiga buah negara anggota MABBIM menjadi bahasa peradaban tinggi, bahasa ilmu, bahasa sains,bahasa teknologi moden, bahasa perusahaan, dan bahasa ekonomi.

  • 5/28/2018 Sejarah Perkembangan Bm

    9/19

    TOKOH-TOKOH BAHASA MELAYU MODEN ZAMAN

    PRAMERDEKA

    ABDULLAH BIN ABDUL KADIR MUNSYI

    Buku-Buku Tulisan Beliau

    Syair Singapura Terbakar

    Hikayat Kalilah dan Daminah

    Kisah Perlayaran Abdullah

    Hikayat Abdullah

    Kisah Perlayaran Abdullah ke Jeddah

    RAJA ALI HAJI

    http://1.bp.blogspot.com/_5rxPo5mzGhk/THko66PaUnI/AAAAAAAAFhE/oKgAMnwj64E/s1600/raja_ali_haji.jpghttp://2.bp.blogspot.com/_5rxPo5mzGhk/THko7O7SxyI/AAAAAAAAFhM/LfBgrMDzJ-s/s1600/munshi.jpghttp://1.bp.blogspot.com/_5rxPo5mzGhk/THko66PaUnI/AAAAAAAAFhE/oKgAMnwj64E/s1600/raja_ali_haji.jpghttp://2.bp.blogspot.com/_5rxPo5mzGhk/THko7O7SxyI/AAAAAAAAFhM/LfBgrMDzJ-s/s1600/munshi.jpg
  • 5/28/2018 Sejarah Perkembangan Bm

    10/19

    Buku-Buku Tulisan Beliau

    Kitab Bustanul Katibin

    Kitab Pengetahuan Bahasa

    Kitab Salasilah Melayu dan Bugis

    Tuhfat al-Nafis

    Mejar Dato' Haji Mohd. Said bin Haji Sulaiman

    Buku -Buku Tulisan Beliau

    Hikayat Queen Victoria

    Manual of the Malay Language

    http://2.bp.blogspot.com/_5rxPo5mzGhk/THko6QWx_pI/AAAAAAAAFg8/ZSuQYo97FHc/s1600/untitled.bmp
  • 5/28/2018 Sejarah Perkembangan Bm

    11/19

    ZAINAL ABIDIN AHMAD

    Buku-Buku Tulisan Belian

    Pelita Bahasa Melayu

    Rahsia Ejaan Rumi

    Daftar Ejaan Melayu

    http://4.bp.blogspot.com/_5rxPo5mzGhk/THko5y5VhXI/AAAAAAAAFg0/aJH8GJSF3cM/s1600/edited.jpg
  • 5/28/2018 Sejarah Perkembangan Bm

    12/19

    BM MODEN DAN BM PASCAMERDEKABAHASA MELAYU MODEN PASCAMERDEKA

    NAMA: HALIMAH BINTI MOHD SIRI ( 6 ATAS BESTARI )

    GURU : EN. RAMLI BIN YAHYA

    1.0 PENDAHULUAN

    BM moden pascamerdeka mengutamakan perancangan bahasa iaitu usaha memupuk

    bahasa ke arah taraf yang lebih maju. Perancangan bahasa telah dilaksanakan oleh Dewan

    Bahasa dan Pustaka (DBP) setelah ditubuhkan pada 22 Jun 1956. DBP berperanan untuk

    memajukan bahasa kebangsaann dan kesusasteraan, mencetak dan menerbitkan buku,

    menyusun dan menerbitkan kamus dan menyeragamkan sebutan,ejaan dan istilah.

    1.1 PERANCANGAN BAHASA MELAYU

    Perancangan BM terbahagi 2:

    Perancangan taraf

    Perancangan korpus bahasa

    PERANCANGAN TARAF

    Selepas kemerdekaan perlembagaan persekutuan perkara 152 menetapkan BM sebagai

    bahasa kebangsaan.

    BM melambangkan identiti dan kedaulatan Negara. Akta Bahasa Kebangsaan 1963/1967menetapkan juga BM sebagai bahasa rasmi dalam urusan kerajaan.

    PERANCANGAN KORPUS BAHASA

    Perancangan korpus bahasa bermaksud pembinaan bahasa. Korpus bahasa terbahagi

    kepada pengekodan dan pemupukan bahasa.

    PENGEKODAN BAHASA

    Pengekodan bahasa bermaksud penyeragaman iaitu proses menghasilkan satu variasi

    bahasa standard dari aspek ejaan, tatabahasa, istilah dan perkamusan.

    EJAAN

    Penyatuan sistem ejaan rumi antara Malaysia dengan Indonesia telah menghasilkan system

    ejaan baharu.

    DBP telah menerbitkan risalah Sistem Ejaan Rumi Baharu Bahasa Melayu untuk rujukan

    masyarakat.

    MBIM dan kini MABBIM telah menghasilkan Daftar Ejaan Baharu:

    Terdapat 26 huruf iaitu melambangkan 6 huruf bunyi vokal dan 26 bunyi konsonan.

    Vokal a,i,e,o,u melambangkan 6 bunyi vokal yang mempunyai

    e-pepet dan e-taling.

    Terdapat huruf diftong iaitu gabungan 2 huruf vokal yang disebutkan sebagai satu bunyi.

  • 5/28/2018 Sejarah Perkembangan Bm

    13/19

    Huruf diftong

    sebutan

    contoh

    ai

    /ai/

    aidilfitri, ghairah, pantai

    au

    /au/

    aurat, saudara, harimau

    oi

    /oi/

    Boikot. sepoi

    TATABAHASA

    Melibatkan penyeragaman dari segi morfologi dan sintaksis.contohnya, dalam bidang morfologi

    imbuhan pen- + perkataan tolak = penolak

    Menerima imbuhan asing seperti maha-,pra-,anti-, -wan, dan man

    Contohnya maha- + perkataan siswa = mahasiswa

    Dalam bidang sintaksis

    Contohnya; akhbar itu dibaca oleh beliau. Ganti nama diri ketiga hadir selepas kata

    kerja pasif.

    ISTILAH

    1. Pembentukan istilah dilakukan oleh Jawatankuasa Istilah (JKI)2. Pembentukan istilah kemudiannya diletakkan di bawah Jawatankuasa Tetap Bahasa

    Melayu (JKTBM)

    3. JKTBM menghasilkan Pedoman Umum Pembentukan Istilah Bahasa Melayu dan dijadikan

    asas untuk menggubal istilah.

    4. Antara istilah yang dibentuk ialah bidang media, falsafah. sains sosial, sains asas dan

    kesusasteraan.

    Contohnya;

    ISTILAH

    BIDANG

    PsychologyIlmu jiwa

    Mathematic

    Ilmu hisab

    geomorphology

    Kaji bumi

    PERKAMUSAN

    Penyusunan kamus yang dilakukan oleh DBP melibatkan kamus ekabahasa, dwibahasa dan

    istilah.

    Bertujuan untuk merakamkan kosa kata BM Moden.

  • 5/28/2018 Sejarah Perkembangan Bm

    14/19

    PERKAMUSAN

    CONTOH

    Ekabahasa

    Kamus Dewan

    Dwibahasa

    Kamus dwibahasa Inggeris- BM

    Pelajar

    Kamus BM edisi pelajar

    Istilah

    Kamus istilah kimia KBSM

    PEMUPUKAN

    Pemupukan bermaksud usaha untuk mengembangkan bahasa agar saling menterjemah

    dengan beberapa bahasa moden lain. Dilaksanakan dengan pemupukan beberapa istilah

    dalam bidang teknikal.

    1.2 FUNGSI BM MODEN

    Secara umumnya BM Moden berfungsi sebagai bahasa kebangsaan, bahasa rasmi, bahasa

    perpaduan, dan bahasa ilmu.

    BAHASA KEBANGSAAN

    Bahasa melayu sebagai bahasa kebangsaan telah termaktub dalam PerlembagaanPersekutuan perkara 152. Bahasa yang digunakan untuk tujuan perpaduan kaum. Bahasa

    Kebangsaan melambangkan identiti yang sama bagi semua kaum.

    BAHASA RASMI

    Bahasa rasmi ialah bahasa yang digunakan untuk urusan rasmi Negara. BM digunakan dalam

    bidang pemerintahan dan pentadbiran, perundangan, pendidikan dan perusahaan.

    BAHASA ILMU

    Bahasa melayu sebagai bahasa pengantar dalam bidang pendidikan. Melalui Dasar

    Pendidikan Negara, bahasa kebangsaan telah digunakan sejak tahun 1981 di semua

    peringkat persekolahan. Bahasa melayu digunakan untuk mengungkapkan pelbagai ilmu.

    BAHASA PERPADUAN

    Bahasa perpaduan bertujuan untuk menyatukan dan memberikan identiti masyarakat

    Malaysia. Peranan bahasa melayu sebagai bahasa perpaduan disalurkan menerusi Dasar

    Pelajaran Kebangsaan.

    Dicatat oleh RAMLI BIN YAHYA di4:52 PTG

    http://ramlibinyahya.blogspot.com/2009/06/bm-moden-dan-bm-pascamerdeka.htmlhttp://ramlibinyahya.blogspot.com/2009/06/bm-moden-dan-bm-pascamerdeka.htmlhttp://ramlibinyahya.blogspot.com/2009/06/bm-moden-dan-bm-pascamerdeka.htmlhttp://ramlibinyahya.blogspot.com/2009/06/bm-moden-dan-bm-pascamerdeka.html
  • 5/28/2018 Sejarah Perkembangan Bm

    15/19

    ASAL USUL BAHASA MELAYUUntuk mengetahui asal usul Bahasa Melayu kita perlu mengetahui asal-usul penuturaslinya terlebih dahulu, iaitu orang Melayu. Asal-usul bangsa Melayu sehingga kinimasih kabur. Akan tetapi beberapa sarjana Eropah seperti Hendrik Kern (Belanda) danRobert von Heine Geldern (Austria) telah melakukan penyelidikan secara kasar latarbelakang dan pergerakan masyarakat Melayu kuno.Teori mereka menyatakan bahawa bangsa Melayu berasal daripada kelompokAustronesia, iaitu kelompok manusia yang berasal dari daerah Yunan di China yangkemudiannya berhijrah dalam bentuk beberapa gelombang pergerakan manusia danakhirnya menduduki wilayah Asia Tenggara.Gelombang pertama dikenali sebagai Melayu-Proto dan berlaku kira-kira 2500 tahunSebelum MasehiKira-kira dalam tahun 1500 tahun Sebelum Masehi, datang pula gelombang kedua yangdikenali sebagai Melayu-Deutro. Mereka mendiami daerah-daerah yang subur di pinggirpantai dan tanah lembah Asia Tenggara. Kehadiran mereka ini menyebabkan orangorang

    Melayu-Proto seperti orang-orang Jakun, Mahmeri, Jahut, Temuan, Biduanda danbeberapa kelompok kecil yang lain berpindah ke kawasan pedalaman. Justeru itu,Melayu-Deutro ini merupakan masyarakat Melayu yang ada pada masa kini.Bahasa Melayu berasal daripada rumpun bahasa Austronesia, manakala bahasabahasaAustronesia ini berasal daripada keluarga bahasa Austris. Selain daripadarumpun bahasa Austronesia, rumpun bahasa Austro-Asia dan rumpun bahasa Tibet-Cina.Rumpun bahasa Austronesia ini pula terbahagi kepada empat kelompok yang lebih kecil:1. Bahasa-bahasa Kepulauan Melayu atau Bahasa Nusantara.Contoh : bahasa Melayu, Aceh, Jawa, Sunda, Dayak, Tagalog, Solo, Roto, Sika danlain-lain.

    2. Bahasa-bahasa PolinesiaContoh : bahasa Hawaii, Tonga, Maori, HaitiBAHASA BAHASAAUSTRISBAHASA-BAHASAAUSTRO-ASIABAHASA-BAHASATIBET-CINABAHASA-BAHASAAUSTRONESIAClick here to buyABBYY PDF Transformer 2.0www.ABBYY.comClick here to buy

    ABBYY PDF Transformer 2.0www.ABBYY.com

    3. Bahasa-bahasa MelanesiaContoh : bahasa-bahasa di Kepulauan Fiji, Irian and Kepulaun Caledonia4. Bahasa-bahasa MikronesiaContoh : bahasa-bahasa di Kepulauan Marianna, Marshall, Carolina dan Gilbert.Bahasa Melayu tergolong dalam cabang Bahasa-bahasa Nusantara yang mempunyaibahasa yang paling banyak, iaitu kira-kira 200 hingga 300 bahasa.Bentuk Bahasa Melayu yang dituturkan di Kepulauan Melayu pada zaman dahuludikenali sebagai Bahasa Melayu Kuno dan jauh berbeza dengan Bahasa Melayu yangmoden. Bentuk Bahasa Melayu Kuno hanya dapat dilihat melalui kesan tinggalansejarah seperti batu-batu bersurat. Batu-batu bersurat yang menggunakan BahasaMelayu dipercayai ditulis bermula pada akhir abad ke-7. Sebanyak empat batu bersurattelah dijumpai yang mempunyai tarikh tersebut :1. Batu Bersurat Kedukan Bukit (683 M) - Palembang

  • 5/28/2018 Sejarah Perkembangan Bm

    16/19

    2. Batu Bersurat Talang Tuwo (684 M)Palembang3. Batu Bersurat Kota Kapor (686 M)Pulau Bangka, Palembang4. Batu Bersurat Karang Brahi (686 M)PalembangBerpandukan isinya, penulisan di batu bersurat tersebut dibuat atas arahan rajaSrivijaya, sebuah kerajaan yang mempunyai empayar meliputi Sumatera, Jawa,Semenanjung Tanah Melayu, Segenting Kra dan Sri Lanka. Oleh itu, ini menunjukkanbahawa Bahasa Melayu telah digunakan sebagai bahasa rasmi dan bahasa pentadbirankerajaan Srivijaya, sekaligus meluaskan penyebaran Bahasa Melayu ke tanah jajahantakluknya . Walaupun bahasa pada batu bersurat itu masih berbahasa Sanskrit, akantetapi masih terdapat pengaruh Bahasa Melayu Kuno di dalamnya.Istilah Melayu timbul buat pertamakali dalam tulisan Cina pada tahun 644 dan 645Masehi. Tulisan ini menyebut mengenai orang Mo-Lo-Yue yang mengirimkan utusanke Negeri China untuk mempersembahkan hasil-hasil bumi keada Raja China.Letaknya kerajaan Mo-Lo-Yue ini tidak dapat dipastikan dengan tegas. Ada yangmencatatkan di Semenanjung Tanah Melayu dan di Jambi, Sumatera.Selain daripada empat batu bersurat yang disebutkan tadi, terdapat juga bahan-bahanlain yang dihasilkan dalam zaman kerajaan Srivijaya pada abad ke-7 hingga ke-13

    Masehi. :Bahasa-Bahasa AustronesiaBahasa-BahasaNusantaraBahasa-bahasaPolinesiaBahasa-BahasaMelanesiaBahasa-BahasaMikronesiaClick here to buyABBYY PDF Transformer 2.0www.ABBYY.comClick here to buyABBYY PDF Transformer 2.0

    www.ABBYY.com

    1. Batu Bersurat Gandasuli (832 M)Gandasuli, Jawa Tengah2. Sebuah batu bersurat yang dijumpai di Bangkahulu bertarikh 1000 Masehi.3. Sebuah patung gangsa yang dijumpai di Padang Lawas, Tapanuli bertarikh 1029 Mdengan tulisan pada kaki alasnya4. Sebuah patung di Padang Rocore, Batanghari bertarikh 1286 M dengan catatanperkataan Malaya atau Melayu pada bahagian belakangnya.Bahasa Melayu (Abad ke-13 hingga 18 Masehi)Pada zaman ini tiga buah batu bersurat yang menunjukkan perkembangan BahasaMelayu telah dijumpai :1. Batu Bersurat Pagar Ruyong, Minangkabau (1356 M)ditulis dalam tulisan Indiadan memperlihatkan pengaruh Bahasa Sanskrit.

    2. Batu Nisan di Minye Tujuh, Acheh (1380 M)juga ditulis dalam tulisan India denganbeberapa perkataan Arab3. Batu Bersurat Terengganudijumpai di Sungai Teresat, Kuala Berang Terengganu.Tarikh sebenar tidak dapat dipastikan, tetapi ia dipercayai ditulis antara tahun 1303M hingga 1387 M. Ia ditulis dalam tulisan Jawi.Abad ke13 adalah waktu bermulanya zaman peralihan di Kepulauan Melayu denganberkembangnya agama Islam ke rantau ini. Ini telah mempengaruhi bangsa dan bahasadi sini, terutamanya bangsa dan bahasa Melayu. Pengaruh India sedikit demi sedikitmula digantikan dengan pengaruh Islam dan Arab.Zaman penting bagi Bahasa Melayu ialah pada zaman Kerajaan Melayu Melaka.Kerajaan Melayu Melaka yang telah menerima Islam dan berjaya membina empayaryang luas telah dapat meningkatkan kemajuan dan perkembangan Bahasa Melayu dirantau ini. Bahasa Melayu telah digunakan dalam pentadbiran dan aktiviti perdaganganserta menjadi lingua franca para pedagang. Bahasa Melayu juga telah menjadi alat

  • 5/28/2018 Sejarah Perkembangan Bm

    17/19

    penyebaran agama Islam ke seluruh Kepulauan Melayu. Bahasa Melayu telahmendapat bentuk tulisan baru iaitu tulisan Jawi. Perbendaharaan kata juga telahbertambah dengan wujudnya keperluan untuk mengungkapkan idea-idea yang dibawaoleh peradaban Islam. Keagungan Kesultanan Melaka jelas tergambar di dalamSejarah Melayu oleh Tun Seri Lanang, sebuahkarya dalam Bahasa Melayu yangsangat tinggi nilainya.Kedatangan orang-orang Eropah dan kejatuhan Kesultanan Melaka ke tangan Portugispada tahun1511 masehi tidak menamatkan pengaruh Bahasa Melayu. Ramai di antaramereka yang menjalankan penyelidikan dan menyimpan catatan mengenai bahasa dankesusasteraan Melayu. Beberapa contoh usaha mereka ialah :1. Pigafetta, seorang ketua kelasi berbangsa Itali dalam pelayarannya bersamaMagellan, telah menyusun kamus Melayu-Itali semasa singgah di Pulau Tidore padatahun 1521. Ia merupakan daftar kata daripada bahasa yang dituturkan oleh orangorangdi pelabuhan itu dengan lebih 400 patah perkataan dan adalah daftar kataMelayu-Eropah yang tertua. Kedudukan Pulau Tidore yang terletak jauh daripadatempat asal Bahasa Melayu menggambarkan betapa luasnya Bahasa Melayutersebar.Click here to buy

    ABBYY PDF Transformer 2.0www.ABBYY.comClick here to buyABBYY PDF Transformer 2.0www.ABBYY.com

    2. Jan Hugen Van Linschotten, seorang bangsa Belanda pernah tinggal di Indonesiaantara tahun 1586 hingga 1592 dan berkhidmat sebagai pegawai kepadapemerintah Portugis. Beliau ada mencatatkan dalam bukunya bahawa BahasaMelayu dianggap sebagai bahasa yang paling dihormati antara bahasa-bahasanegeri timur.3. Pada awal abad ke-18, Francios Valentijn, seorang pendeta dan ahli sejarah bangsaBelanda yang banyak menulis menganai wilayah Kepulauan Melayu, telahmenggambarkan kepentingan Bahasa Melayu seperti berikut :Bahasa mereka, Bahasa Melayu, bukan sahaja dituturkan di daerah pinggir laut,

    tetapi juga digunakan di seluruh Kepulauan Melayu dan di segala negeri-negeriTimur, sebagai suatu bahasa yang difahami di mana-mana sahaja oleh setiaporang.Satu bukti tentang tingginya martabat Bahasa Melayu dan luas penggunaanya diwilayah ini adalah pada surat-menyurat antara pentadbir dan raja-rja di KepulauanMelayu. Antaranya ialah :1. Surat Sultan Acheh kepada Kapitan Inggeris, James Lancester (1601)2. Surat Sultan Alauddin Shah dari Acheh kepada Harry Middleton (1602)3. Surat Sultan Acheh kepada raja Inggeris, King James (1612)Ketiga-tiga surat ini tersimpan di perpustakaan Bodelein, LondonDalam abad ke-17, terdapat banyak usaha oleh sarjana-sarjana Eropah untukmenyusun kamus dan daftar kata, yang kemudiannya diteruskan kepada bidang

    morfologi, sintaksis dan fonologi.Tokoh-tokoh tempatan juga tidak ketinggalan memberikan sumbangan. Kebanyakanusaha mereka berkisar tentang agama dan sastera. Palembang dan Acheh telahmenggantikan telah menggantikan Melaka sebagai pust keintelektualan Melayu. Antaratokoh-tokoh di Acheh ialah :1. Sheikh Nuruddin Al-Raniri (Bustanul Salatin)2. Shamsuddin Al-Sumaterani (Mirat Al-Mukmin)3. Abdul Rauf Singkel (Mirat Al-Tullab)4. Hamzah Fansuri (Syair Perahu)Di Palembang pula terdapat Abdul Samad Al-Falambani dengan kitab Hikayat Al-Salakin.Selain daripada Acheh dan Palembang, beberapa tokoh juga timbul di tempat-tempatlain. Di Brunei, Pengiran Syahbandar Muhammad Salleh (Pengiran Indera Muda) telahmenghasilkan Syair Rakis, manakala di Banjarmasin pula terkenal dengan Arshad Al-

  • 5/28/2018 Sejarah Perkembangan Bm

    18/19

    Banjari dengan kitab Sabil Al-Muhtadin. Sheikh Mohd Ismail Daud Al-Fatani di Pattanipula menghasilkan Matlaal Badrain dan Furu Al-Masail.Click here to buyABBYY PDF Transformer 2.0www.ABBYY.comClick here to buyABBYY PDF Transformer 2.0www.ABBYY.com

    Bahasa Melayu (Abad ke-19 dan 20 Masehi)

    Kemuncak kegiatan alam persuratan Melayu melalui Bahasa Melayu dan tulisan Jawiadalah di Penyengat, sebuah pulau di Kepulauan Riau yang menjadi sebahagiandaripada Kerajaan Johor-Riau. Di sinilah dari abad ke 19 hingga awal abad ke 20,tertumpunya kegiatan keintelektualan Melayu-Islam dan perkembangan Bahasa Melayuselanjutnya.Banyak karya serta kitab diterbitkan di pulau ini, seperti kitab Al-Hakim oleh TajuddinAbdul Fadzil Ahmad ibn Abdul Karim (1863 M) dan Sabil Al-Hidayat oleh Sayyed AluwiBaaluwi (1899 M)Tetapi hasil penulisan yang terkenal dan terpenting dalam dunia persuratan Melayuialah karya Raja Ali Haji, iaitu Bustan Al-Katibin (1857 M), Pengetahuan Bahasa(1859 M), Salasilah Melayu dan Bugis (1865 M) dan Tuhfat Al -Nafis (1865 M). Padamasa itu juga di Johor terdapat beberapa hasil penulisan seperti Hikayat Negeri Johordan Kitab Pemimpin Johor.Kerajaan Melayu Johor-Riau terus menjadi pusat pengembangan Bahasa Melayusehingga ia menjadi bahasa persatuan di seluruh Nusantara.Sebelum Inggeris bertapak di Semenanjung Tanah Melayu, Bahasa Melayu menjadisatu-satunya bahasa perantaraan bagi penduduk negara ini. Ia digunakan sebagaibahasa pentadbiran di semua pusat pemerintahan dan menjadi bahasa pengantar diinstitusi pendidikan yang ada pada ketika itu seperti pusat pengajian Islam dan kelasagama. Perhubungan antara rakyat juga menggunakan Bahasa Melayu, termasuk dipusat-pusat perniagaan seperti Melaka, Pulau Pinang dan Singapura yang sebahagianbesar penduduknya terdiri daripada orang Melayu.Pada zaman penjajahan Inggeris di Tanah Melayu, khususnya ketika sebelum berlaku

    Perang Dunia Kedua, Bahasa Melayu terus digunakan untuk tujuan urusan rasmi diNegeri-Negeri Melayu Bersekutu dan Negeri-Negeri Melayu Tidak Bersekutu.PegawaipegawaiInggeris yang bertugas di Negeri-Negeri Melayu sebelum Perang Dunia Keduadikehendaki mempelajari Bahasa Melayu dan mesti lulus dalam peperiksaan BahasaMelayu sebelum disahkan dalam jawatan.Sebahagian daripada pegawai-pegawai itu terus menaruh minat yang tinggi terhadapBahasa Melayu, sehingga dikenali sebagai sarjana Bahasa Melayu. Antaranya ialahR.O. Winstedt, J.R. Wilkinson, C.C. Brown, W.E. Maxwell, W. Marsden, W.G. Shellabeardan J. Crawford.Hanya selepas Perang Dunia Kedua kedudukan serta peranan Bahasa Melayu mulaterancam. Pegawai-pegawai Inggeris baru yang jahil terhadap Bahasa Melayu

    membawa tekanan kepada kehidupan rakyat di negara ini, menerusi nilai-nilai baru yangdiperkenalkan. Orang-orang Inggeris menjadi tuan dan segala yang bersangkutandengan cara hidup mereka diberi nilaian yang tinggi termasuk bahasa mereka.Ini diperkukuhkan dengan dasar menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasapengantar dalam sistem persekolahan. Dalam keadaan Bahasa Melayu menerimatekanan, kesusasteraan Melayu terus dihasilkan, bukan oleh cendiakawanberpendidikan barat tetapi cerdik pandai lulusan sekolah Melayu atau Arab.Click here to buyABBYY PDF Transformer 2.0www.ABBYY.comClick here to buyABBYY PDF Transformer 2.0www.ABBYY.com

    Kemerosotan Bahasa Melayu tidak berterusan. Pada awal abad ke-20, semangatkebangsaan bergema dan orang-orang Melayu mula mengorak langkah untuk

    memperjuangkan bahasa ibunda mereka. Wartawan, sasterawan, budayawan, guruguruMelayu dan ahli-ahli politik berganding bahu memperjuangkan cita-cita ini. Akhbar

  • 5/28/2018 Sejarah Perkembangan Bm

    19/19

    dan majalah menjadi saluran utama untuk menyuarakan hasrat ini. Perjuangan BahasaMelayu digerakkan serentak dengan perjuangan politik membebaskan tanah airdaripada penjajahan.Akhirnya kejayaan tercapai dengan termaktubnya Artikel 152 dalam PerlembagaanPersekutuan Tanah Melayu, yang menyebut bahawa Bahasa Kebangsaan negara iniadalah Bahasa Melayu dan hendaklah ditulis dalam apa-apa tulisan sebagaimana yangdiperuntukan dengan undang-undang Parlimen. Dengan perakuan ini, maka bermulalahera baru bagi Bahasa Melayu, satu bahasa yang pernah menjadi lingua franca bagiseluruh Kepulauan Melayu.Laman Asal :http://faculty.unitarklj1.edu.my/ALD0063/week/ASAL%20USUL%20BAHASA%20MELAYU.docClick here to buyABBYY PDF Transformer 2.0www.ABBYY.comClick here to buyABBYY PDF Transformer 2.0www.ABBYY.com