Upload
rohaya-che-ismail
View
440
Download
6
Embed Size (px)
Citation preview
SEJARAH PEPERANGAN UHUD
Bukit uhud sangat sinonim dengan umat Islam.sesiapa yang pernah membaca sejarahnya
pasti hati nuraninya akan terpaut dengan kehebatannya, kerana Rasulullah s.a.w pernah
bersabda” sesungguhnya uhud adalah gunung yang sangat mencintai kita,dan kitapun
mencintainya- (Shahih Muslim).Riwayat lain, ketika Nabi,Abu Bakar,Umar dan Usman mendaki
Uhud dan menggongcangkan mereka.Nabi berkata “Diam kamu Uhud, sesungguhnya di atasmu
terdapat Nabi,Shaqid,(Sebutan Rasulullah kepada Abu Bakar)dan dua orang Shahid”(Shahih
Bukhari).
Uhud terletak kira-kira 4 kilometer dari Masjid Nabawi,Madinah. Melihat bukit Uhud
yang berwarna ungu, terbentang memanjang dengan, latar belakanglangit biru,seolah-olah
bergembira menyambut kedatangan ribuan para penziarah setiap hari, terutama di musim Haji.
Mengigatkan kami bahawa lokasi inilah Rasulullah s.a.w pernah menyusun strategi yang sangat
mengagumkan. Lereng Uhud dijadikan sebagai benteng pertahanan dari belakang. Sayap kanan
dikendalikan Oleh Munzir bin Umar, manakala sayap kiri dipimpin oleh Zubair bin Awwam.
Untuk menghindari serangan musuh dari arah yang berlawana, baginda menempatkan sekitar
lima puluh orang pasukan pemanah yang dipimpin oleh Abdullah bin Zubair. Di atas bukit
Rumat, yang jaraknya sekitar 150 kilometer dari pasukan kaum muslimin yang berada di garis
depan.
Bukit Rumat tidaklah setinggi mana. Menurut kajian, para jemaah haji yang terdiri dari
orang turki memenuhi segenap ruang di puncak bukit. Kelihatan mereka nampak sangat
berbangga dapat menjejak kaki di bukit yang bersejarah itu. Sementara jemaah haji yang datang
dari malaysia hanya memerhatikan dari bawah sahaja. Pada hari tersebut, cuaca kelihatan sangat
sejuk, walaupun matahari terang benderang. Kami tidak pasti musim apa Rasulullah s.a.w
berperang. Ketika Iklim sejuk atau Panas, dan sekiranya di musim panas kami dapat bayangkan
betapa peritnya tentera muslimin mengharungi peperangan dalam cuaca kering dan berdebu.
Sebelum itu, Rasulullah s.a.w mengigatkan pasukan pemanah yang mengambil kedudukan di
Bukit Rumat,agar tidak meninggalkan tempat tersebut, biar dalam situasi dan kondisi apa
sekalipun.
Peperangan bermula secara kecilan di sekitar bendera pasukan quraisy, kemudian
pertempuran menjadi bertambah sengit. Para Sahabat Rasulullah s.a.w terus mengasak
pertahanan musuh. Mayat-mayat pasukan Quraisy jatuh bergelimpangan. Kaum muslimin
hampir memenangi peperangan.
Sayangnya, pasukan pemanah yang ditempatkan di atas Bukit Rumat lupa pesanan nabi.
Saat musuh tunggang langgang,mereka melihat rampasan peperangan dalam jumlah yang sangat
besar. Tanpa disedari mereka turun dari bukit dengan tujuan mahu memungut harta rampasan
yang berselerakan.
Dengan tak dapat menahan air liur melihat rampasan perang itu, sesama satu sama lain mereka
berkata:
"Kenapa kita masih tinggal disini juga dengan tidak ada apa-apa. Tuhan telah menghancurkan
musuh kita. Mereka, saudara-saudara kita itu, sudah merebut markas musuh. Kesanalah juga
kita, ikut mengambil rampasan itu."
Yang seorang lagi tentu menjawab:
"Bukankah Rasulullah s.a.w sudah berpesan jangan meninggalkan tempat kita ini? Sekalipun
kami diserang janganlah kami dibantu."
Yang pertama berkata lagi:
" Rasulullah s.a.w tidak menghendaki kita tinggal disini terus-menerus, setelah Tuhan
menghancurkan kaum musyrik itu."
Lalu mereka berselisih. Ketika itu juga tampil Abdullah bin Jubair berpidato agar jangan
mereka itu melanggar perintah Rasulullah s.a.w. Tetapi mereka sebahagian besar tidak patuh.
Mereka berangkat juga. Yang masih tinggal hanya beberapa orang saja, tidak sampai sepuluh
orang. Seperti kesibukan Muslimin yang lain, mereka yang ikut bergegas itu pun sibuk pula
dengan harta rampasan. Kesempatan itu tidak disia-siakan oleh musuh. Pasukan Quraisy yang
dipimpin oleh Khalid bin’ I-Walid yang bertugas sebagai komandan kavaleri Mekah pasukannya
dikerahkan ke tempat pasukan pemanah, dan mereka inipun berhasil dikeluarkan dari sana.
Khalid bin’ I-Walid mengambil kesempatan yang sememangnya bersiap-siap untuk melarikan
diri, telah berpatah balik, lalu telah berhasil menghancurkan pasukan pemanah, kemudian dengan
pantas menyerbu lembah Uhud, menyerang pasukan infanterikaum muslimin.
Tindakan ini tidak disedari oleh pihak Muslimin. Mereka sangat sibuk untuk
memperhatikan soal itu atau soal apapun, kerana sedang menghadapi harta rampasan perang
yang mereka rampas habis-habisan itu, sehingga tiada seorangpun yang membiarkan apa saja
yang dapat mereka ambil. Sementara mereka sedang dalam keadaan serupa itu, tiba-tiba Khalid
bin'l-Walid berseru sekuat-kuatnya, dan sekaligus pihak Quraisypun mengerti, bahawa ia telah
dapat membalikkan anak buahnya ke belakang tentara Muslimin.
Mereka yang tadinya sudah terpukul mundur sekarang kembali lagi maju dan mendera
Muslimin dengan pukulan maut yang hebat sekali. Di sinilah giliran bencana itu berbalik. Setiap
Muslim telah melemparkan kembali hasil renggutan yang sudah ada di tangan itu, dan kembali
pula mereka mencabut pedang hendak bertempur lagi. Padahal perkara sebegini tidak harus
terjadi sekiranya pasukan pemanah tidak mengingkari arahan Nabi, keadaan seperti berikut tidak
akan terjadi.
Di medan Perang Uhud, kaum muslimin mengalami kerugian yang besar. Beberapa
Pahlawan Islam seperti Hamzah bin Abdul Muthalib, Haszahalah,Mushb bin Umair dan
beberapa sahabat lainnyagugur sebagai syuhadah.Bahkan Rasulullah s.a.w sendiri mengalami
luka di beberapa bahagian tubuhnya.
Syaidina Hamzah bin Abdul Muthalib, yang juga merupakan bapa saudara Nabi,di
makamkam di Uhud. Perkuburan Beliau tidak pernah sunyi daripada dikunjungi oleh umat Islam
daripada seluruh belahan dunia, terutamanya pada musim haji.
Ketika peperangan Uhud, terdapat sejumlah nama sahabat yang belum mendapat hidayah
Allah SWT. Di antaranya, Abu Sufyan bin harb, Khalid bin’ I-Walid,Ikrimah bin Abu Jahal,
Hindun binti Utbah, serta wahsyi.
Wahsyi, merupakan seorang hamba dan beliaulah yang membunuh Hamzah bin Abdul
muthalib. Ketika mana cahaya Allah menyinari hati mereka,susuk-susuk tersebut telah
mempersembahkan pengorbanan yang cemerlang dan gemilangbagi menegakkan agama Allah.
Khalid bin’ I-Walid dan Ikrimah bin Abu Jahal akhirnya menjadi panglima perang Islam yang
tersohor dan disegani.Jasa-jasa beliau terhadap perkembangan Islam sangat besar.
Sementara Wahsyi, mula dibenci Rasulullah s.a.w lantaran membunuh bapa saudara
kesayangannya. Dia memeluk Islam ketika perang Taif, kemudian dia berusaha menebus
kesalahan masa lampaunya dendan membunuh Musailamah Al-Kadzab, seorang nabi palsu dari
Yaman. Wahsyi menyertai peperangan tanpa kepentingan apa-apa selain daripada ingin merdeka
dari tuannya.Beliau dijanjikan, seandainya beliau berjaya membunuh Hamzah bin Abdul
Muthalib akan dimerdekakan.Selepas peristiwa itu beliau dimerdekakan oleh tuannya,Jubair bin
muthm.
Blog Sejarah Nabi Muhammad SAW ditujukan untuk menyebarluaskan buku “Sejarah Hidup
Muhammad”, karya Dr. Muhammad Husain Haekal
Keempat, mereka yang yang dahulunya memusuhi umat islam, setelah bertaubat hendaklah
diberi peluang kepadanya membetulkan kembali kesilapan masa lalu.
Dalam sejarah pertarungan antara kebenaran melawan kebatilan, orang-orang seperti
Wahsyi itu ramai sekali. Demi kemerdekaan diri, demi ringgit, bahkan demi sehelai kain
pelikatatau sarung, mereka boleh di cucuk hidung. Boleh diarah melakukan itu dan ini. Akan
tetapi lebih teruk lagi kelemahan itu dijual dengan harga yang murah kepada segelintir orang
yang diketahuinya memusuhi agamanya sendiri yakni agama Islam.
Selain Wahsyi nama seperti Abu Amir Al-Fasiq, iaitu seorang agen atau pengkianat. Ia
merupakan pemimpin kaum Aus pada masa jahiliah. Ketika Islam datang, ia terdesak lalu
mengaku keislamannya. Saat menjelang perang uhud meletus, ia menjadi orang pertama
mendatangi kaum muslimin. Dia berseru kepada kaumnya dan memperkenalkan diri kepada
mereka serayau berkata Wahai kaunm Aus, saya adalah Abu Amir Kaumnya menjawab
“Semoga Allah tidak member kesenangan kepadamu wahai fasik”. Mendengar jawapan itu ia
berkata” setelah ku tinggalkan kaummu ditimpa keburukan”.
Abu Amir Al- fasiq memang tidak berhasil kecundangkan kaum muslimin, tetapi orang
seperti ini berpeluang.mengkucir kacirkan kaum muslimin.Terutama bila ia melibatkan wang
yang banyak.
Selebihnya adalah wanita. Hadirnya indun dalam medan Uhud member impak yang lebih
terutamanya di kalangan wanita. Peranannya luar biasa. Sambil mengelilingi pasukan Musyrikin
dengan gendang dipalu bertalu-talu. Suara mereka riuh rendah, membangkitkan semangat perang
kaum lelaki. Yang tidak dapat dilupakan ialah wanita yang bernama Hindun itu mencungkil hati
Syaidina Hamzah, lalu dikunyah dan di muntahkannya.
Kehancuran kadang-kadang datang dari hati yang lemah. Kerana itulah harus di
perhatikan.
LAMPIRAN
Bukit Uhud Sekarang
Bukit Uhud dahulu
Dari kisah tersebut, ada Pemandangan makam Saidina Hamzah dan para sahabat yang
gugur syahid ketika Perang Uhud diambil dari kemuncak Bukit Rumat.