2
Sejarah Olahraga Sejak bertahun-tahun dahulu lagi kekuatan dan keupayaan manusia dinilai menerusi perlakuan berlari, melompat dan melontar. Seseorang yang mempunyai ketiga-tiga kemahiran asas ini dianggap sebagai seorang yang berkedudukan tinggi pada mata masyarakat dan pemerintah. Kekuatan menjadi sesuatu yang dikejar dan diimpikan oleh setiap individu khususnya kaum lelaki. Kemahiran-kemahiran ini diperkembangkan lalu diperbaiki dari semasa ke semasa sehingga menjadi sukan yang kemudiannya dipertandingkan. Tujuan diadakan pertandingan hanya semata-mata untuk mencari siapa yang lebih pantas, melompat lebih tinggi atau melontar lebih jauh daripada yang lain. Untuk mencapai hasrat ini, setiap individu akan berusaha menandingi yang lain dan akhirnya wujud ciri-ciri ingin berjaya, ingin menumpaskan lawan dan mewujudkan sifat berlumba sesame individu. Mereka yang menang akan berusaha mengekalkan kemenangan itu atau berusaha untuk meningkatkan keupayaan supaya kejayaan dapat dikekalkan. Bagi mereka yang gagal pula sudah tentu akan berusaha dengan lebih gigih lagi untuk menumpaskan lawan dan muncul sebagai pemenang pula. Di sini mula wujud suatu pertandingan yang sudah tentu menarik dan mendapat perhatian orang ramai.

Sejarah Olahraga

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Sejarah Olahraga

Sejarah Olahraga

Sejak bertahun-tahun dahulu lagi kekuatan dan keupayaan manusia

dinilai menerusi perlakuan berlari, melompat dan melontar. Seseorang

yang mempunyai ketiga-tiga kemahiran asas ini dianggap sebagai

seorang yang berkedudukan tinggi pada mata masyarakat dan

pemerintah. Kekuatan menjadi sesuatu yang dikejar dan diimpikan oleh

setiap individu khususnya kaum lelaki. Kemahiran-kemahiran ini

diperkembangkan lalu diperbaiki dari semasa ke semasa sehingga

menjadi sukan yang kemudiannya dipertandingkan.

Tujuan diadakan pertandingan hanya semata-mata untuk mencari

siapa yang lebih pantas, melompat lebih tinggi atau melontar lebih jauh

daripada yang lain. Untuk mencapai hasrat ini, setiap individu akan

berusaha menandingi yang lain dan akhirnya wujud ciri-ciri ingin berjaya,

ingin menumpaskan lawan dan mewujudkan sifat berlumba sesame

individu. Mereka yang menang akan berusaha mengekalkan kemenangan

itu atau berusaha untuk meningkatkan keupayaan supaya kejayaan dapat

dikekalkan. Bagi mereka yang gagal pula sudah tentu akan berusaha

dengan lebih gigih lagi untuk menumpaskan lawan dan muncul sebagai

pemenang pula. Di sini mula wujud suatu pertandingan yang sudah tentu

menarik dan mendapat perhatian orang ramai.

Pertandingan seperti ini diteruskan dari semasa ke semasa dan

semakin ramai pula individu yang mahu mengambil bahagian untuk

menguji kebolehan. Lama kelamaan lebih ramai yang mengambil

bahagian bagi menguji keupayaan masing-masing. Untuk mencapai

kemenangan sudah tentu mereka akan berlatih

bersungguh-sungguh dan akan mempamerkan kebolehan sebenar

semasa pertandingan. Ini menjadikan pertandingan untuk menguji

kebolehan itu lebih menarik dan berjaya pula menarik minat orang ramai

Page 2: Sejarah Olahraga

di merata dunia. Walaupun ada kalanya bentuk pertandingan agak

berbeza-beza, namun matlamat dan tujuannya sama.

Hari ini kita dapat melihat di merata tempat di dunia, pelbagai

bentuk pertandingan diadakan untuk menguji kebolehan dan kekuatan

manusia, malah terdapat juga pertandingan di kalangan wanita. Inilah

yang mewujudkan pertandingan ‘olahraga’ atau ‘athletics’. Sejak zaman

sebelum masihi lagi sudah terdapat pertandingan olahraga ini, khususnya

di kalangan penduduk Greek Kuno.