Upload
aina-sofieyah
View
604
Download
25
Embed Size (px)
Citation preview
1
1.1 PENDAHULUAN
Islam adalah agama yang suci dan mulia yang diredhai oleh Allah s.w.t. Ia merupakan
sebesar-besar nikmat Allah kepada manusia yang membawa ke arah kebahagiaan
hidup di dunia dan akhirat. Namun begitu, masih ramai orang yang menolak dan
berpaling daripada ajaran-Nya. Mereka menolak kebenaran tetapi menerima kebatilan,
menolak cahaya dan menerima kegelapan. Al-Quran telah mengingatkan kita tentang
bentuk kesesatan dari pelbagai sudut. Antaranya kesesatan disebabkan oleh kejahilan,
hawa nafsu, pujuk rayu syaitan dan pengaruh persekitaran, teman, perubahan masa
dan juga keadaan.
Ajaran sesat muncul dalam masyarakat Islam hasil daripada perancangan rapi
yang ditaja oleh musuh-musuh Islam dengan tujuan untuk merosakkan agama Islam
dan mewujudkan perpecahan dalam kalangan umat Islam menerusi perbezaan dan
percanggahan fahaman. Sebahagian besar daripada ajaran sesat ini jelas
menampakkan fahaman-fahaman atau amalan-amalan yang bertentangan dan
menyeleweng dari syariat Islam sebenar.
Di Malaysia, ia merupakan suatu fenomena yang kian mengancam
keharmonian masyarakat Islam kerana penyebaran ajaran-ajaran sesat di kalangan
umat Islam yang terus berjalan dari masa ke semasa. Menurut Imam al-Ghazali
masalah ini timbul berpunca daripada usaha individu dalam mencari kebenaran
menurut cara mereka sendiri. Masing-masing menyatakan bahawa merekalah yang
benar di sisi Allah. Tetapi sebenarnya, sebahagian besar daripada mereka telah
tersalah memilih kepercayaan dan falsafah itu. Oleh sebab itu, hanya sedikit sahaja
yang terselamat dan berada di jalan yang benar. Gejala ajaran sesat ini bukan hanya
berlaku di negara Malaysia bahkan turut menyelusuri ke negara-negara lain
termasuklah negara bukan Islam.
Kemunculan ajaran sesat juga menjadi suatu isu yang sangat besar dan
menjadi salah satu penyakit masyarakat yang wujud hampir di seluruh dunia sejak
zaman-berzaman. Ajaran sesat juga tidak mengenal agama dan bangsa mahupun
2
negara. Hal ini menunjukkan bahawa ajaran ini menjadi ajaran yang memberi impak
negatif kepada seluruh kehidupan masyarakat terutamanya umat Islam.
Oleh itu, dalam perbincangan kali ini, kumpulan kami akan mengupas dengan
lebih mendalam tentang ajaran sesat dan menekankan kepada aspek sejarah
kemunculan serta sebab dan akibat ajaran sesat kepada individu sehinggalah kesannya
kepada negara.
1.2 DEFINISI AJARAN SESAT
Istilah ajaran sesat mempunyai banyak takrifan dan definisi. Menurut Kamus Dewan,
ajaran ditakrifkan sebagai segala sesuatu yang diajarkan, nasihat, petunjuk, teori dan
mazhab. Sesat pula ditakrifkan sebagai tidak mengikuti jalan yang betul, tersalah
jalan, terkeliru dan menyimpang dari jalan yang benar. Berdasarkan kepada makna di
atas ia boleh disimpulkan sebagai suatu ilmu yang diajar dan disebarkan secara rahsia
mahupun secara meluas kepada orang lain yang didapati menyimpang daripada
kebenaran yang asal. Ajaran salah atau sesat ini boleh juga ditafsirkan dengan makna
sesuatu ajaran, fahaman atau amalan yang didakwa sebagai ajaran Islam tetapi bukan
dari ajaran Islam. Bahkan bertentangan dengan ajaran Islam. Contohnya seperti ajaran
Taslim, Qadyani, Bahai, Ahmad Laksamana, Hasan Anak Rimau dan lain-lain (Engku
Ahmad Zaki Engku Alwi 2013: 32).
Manakala menurut Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), iaitu sebuah
badan kerajaan yang bertanggungjawab dalam hal ehwal Islam di Malaysia telah
merumuskan definisi ajaran sesat ini yang bermaksud “sebarang ajaran atau amalan
yang dibawa oleh orang-orang Islam atau bukan Islam yang mendakwa bahawa ajaran
dan amalan tersebut adalah ajaran Islam. Sedangkan hakikatnya ajaran dan amalan
yang dibawa itu bertentangan daripada Islam yang berdasarkan al-Qur'an dan as-
Sunnah serta juga bertentangan dengan ajaran ahli Sunnah wal Jamaah”. Secara
kesimpulannya, ajaran sesat dapat ditakrifkan sebagai sebarang ajaran dan amalan
yang didukung oleh orang-orang Islam dan juga orang-orang bukan Islam yang
mendakwa ajaran dan amalan tersebut berdasarkan kepada ajaran Islam sedangkan ia
3
bertentangan dengan al-Quran dan Sunnah, bercanggah dengan akidah Islam, dan
berlawanan dengan mazhab Ahli Sunah (Engku Ahmad Zaki Engku Alwi 2007: 25).
Prof Dr Abdul Fatah Haron turut mendefinisikan ajaran sesat sebagai ajaran
dan amalan yang bertentangan dengan Islam. Selain itu, beliau turut mengaitkan
antara ajaran sesat dengan tasawuf (tarekat). Ini kerana masyarakat Islam tidak
meletakkannya di tempat yang sebenar yang kemudiannya bertukar menjadi ajaran
sesat. Berdasarkan definisi ini, segala ajaran sama ada daripada aspek akidah, ibadat,
dan tasawuf yang terjelma dalam anutan dan pegangan hidup yang diresapi oleh
unsur-unsur yang bertentangan dengan syariat Islam seperti Batiniyyah, Hinduisme,
pentafsiran menyeleweng terhadap al-Quran, hadis dan juga penggunaan hadis palsu.
Hasil kesemua ini bercampur lalu menjadi sepertimana yang diungkapkan sebagai
ajaran sesat (Engku Ahmad Zaki Engku Alwi 2007: 26-27).
Dalam bahasa Inggeris, ajaran sesat dikenali dengan istilah cult yang mana
merujuk kepada satu kumpulan agama yang patuh kepada seorang pemimpin yang
dihormati yang membawa ajaran baru atau kerohanian yang luar biasa. Selain itu turut
dikenali dengan istilah new religion movement. Manakala ajaran sesat dalam bahasa
Arab pula diterjemah ke dalam beberapa istilah. Antaranya ialah istilah al-Ta’alim al-
Dallah, al-Dalalat al-‘I’tiqadiyyah dan al-Firaq al-Dallah, Firaq al-Ahwa’ al-Dallah
dan lain-lain. Jelas di sini bahawa perkataan sesat dalam bahasa Arab diterjemahkan
kepada dalla yadillu dalalan yang merujuk kepada kehilangan sesuatu, jauh daripada
kebenaran, menyimpang, terkeluar dan menyeleweng dari jalan yang lurus. Pendek
kata, orang yang sesat adalah orang yang menyeleweng daripada jalan agama Allah
s.w.t (Engku Ahmad Zaki Engku Alwi 2013: 34).
Definisi ajaran sesat ini agak luas dari segi skopnya dan terdapat banyak ciri
utama yang dapat dirumuskan. Salah satu ciri ialah ajaran sesat dibawa oleh satu
individu, atau kumpulan, mempunyai ketua atau tidak mempunyai ketua. Selain itu,
ciri yang lain adalah pembawa ajaran tersebut boleh jadi orang Islam atau bukan
Islam. Ajaran atau amalan yang dibawa adalah bukan ajaran Islam atau ajaran-ajaran
dan amalan-amalan campuran daripada agama-agama lain. Ciri seterusnya ialah ajaran
atau amalan itu bertentangan dengan ajaran Islam sebagaimana termaktub dalam al-
4
Quran, sunnah, dan usul-usul ajaran Ahli Sunnah Wal Jamaah, tetapi mendakwa
ajaran dan amalan tersebut datang dari sumber-sumber di atas.
1.3 PERSPEKTIF AJARAN SESAT
1.3.1 Perspektif al-Quran
Al-Quran al-Karim merupakan kitab suci panduan Ilahi yang telah diturunkan kepada
Rasulullah s.a.w sebagai panduan kepada manusia dalam menelusuri kehidupan yang
penuh pancaroba. Maka adalah wajar al-Quran ini dijadikan rujukan utama dalam
mencari pengertian yang tepat tentang kesesatan yang telah mencemar kesucian
akidah Islam dan juga telah mengeruhkan keharmonian masyarakat Islam (Engku
Ahmad Zaki Engku Alwi 2007: 37-38).
Di dalam al-Quran, istilah sesat telah diungkapkan Allah s.w.t. dalam beberapa
perkataan Arab yang berlainan tetapi ia merujuk kepada makna yang sama iaitu sesat,
salah dan menyimpang daripada kebenaran. Hal ini diperkuatkan lagi dengan adanya
lebih daripada 150 ayat al-Quran yang membicarakan tentang isu kesesatan ini. Antara
lafaz yang menunjukkan kepada makna kesesatan ialah yang pertama lafaz dalla
yadillu dalalan dalalatan dan beberapa perkataan lain yang berasal dari akar kata
dalla. Lafaz ini disebut berulang kali di dalam al-Quran sebanyak 191 kali. Yang
mana ianya menyingkap makna berpaling dari jalan yang lurus dan lawan kepada
perkataan hidayah. Secara umumnya, lafaz dalal merujuk kepada setiap
penyelewengan daripada landasan yang benar sama ada secara sengaja atau terlupa,
sedikit mahupun banyak.
Terdapat beberapa contoh ayat al-Quran yang menggunakan lafaz ini.
Sepertimana firman Allah s.w.t. yang disebut dalam surah az-Zumar ayat 41 yang
bermaksud “Sesungguhnya Kami telah menurunkan kepadamu (wahai Muhammad)
Kitab Suci al-Quran yang menyatakan segala kebenaran (untuk menjadi panduan
hidup) kepada umat manusia seluruhnya. Oleh itu, sesiapa yang mendapat hidayah
petunjuk (beramal menurutnya), maka faedahnya terpulang kepada dirinya sendiri dan
barang siapa yang sesat (tidak berpandukan kepadanya) maka bahaya kesesatannya
akan tertimpa ke atas dirinya.” (Engku Ahmad Zaki Engku Alwi 2007: 38).
5
Abu al-Su’ud menjelaskan bahawa Allah s.w.t. menurunkan kitab al-Quran
untuk umat manusia melalui Rasulullah s.a.w. Al-Quran merupakan sebuah kitab
pedoman untuk maslahah umat manusia dalam kehidupan duniawi dan ukhrawi.
Sesiapa yang berpandukan kepada hidayah dan petunjuk al-Quran dengan
mengamalkannya dalam kehidupannya, maka dia akan beroleh kesejahteraan dalam
hidupnya. Namun, sebaliknya sesiapa yang tersesat dengan beramal tetapi tidak
bersandarkan kepada petunjuk al-Quran yang sebenarnya, maka kesesatan itu hanya
menimpa dirinya sahaja. Rasulullah s.a.w. tidak dapat memaksa umat manusia untuk
menerima petunjuk al-Quran kerana baginda hanya penyampai berita dan peringatan
kepada umat manusia (Engku Ahmad Zaki Engku Alwi 2013: 44-45).
Lafaz kedua ialah lafaz ghawa, yaghwi, ghayyan dan ghawayatan turut disebut
berulang kali di dalam al-Quran sebanyak 22 kali. Kesemua lafaz ini ditafsirkan dalam
al-Quran dengan makna kejahilan yang berpunca dari iktikad yang batil. Selain itu,
kejahilan juga berlaku apabila seseorang itu tidak berpegang dengan iktikad yang
betul dan iktikad yang batil. Allah menyebut dalam surah al-Najm ayat 2 yang
bermaksud, “Rakan kamu (Nabi Muhammad yang kamu tuduh dengan berbagai-bagai
tuduhan itu), tidaklah dia menyeleweng (dari jalan yang benar) dan dia pula tidak
sesat (dengan kepercayaan yang salah).” (Engku Ahmad Zaki Engku Alwi 2007: 41).
Menurut Ibn Kathir, ayat di atas ini adalah kesaksian bahawa Rasulullah s.a.w.
adalah seorang yang waras yang berada di atas landasan yang benar. Baginda
bukanlah seorang yang disifatkan sebagai al-Dall iaitu orang jahil yang berada di atas
jalan tidak lurus tanpa berdasarkan ilmu yang benar. Rasulullah s.a.w. juga bukan al-
Ghawi iaitu orang yang mengetahui kebenaran tetapi sengaja menyeleweng daripada
kebenaran. Oleh itu, Allah s.w.t. menyucikan pesuruhnya dan syariatnya daripada
menyamai sifat-sifat golongan sesat. Secara ringkasnya, Rasulullah s.a.w. dan syariat
Islam yang dibawanya bersama daripada Allah s.w.t. itu bersifat seimbang, adil dan
tepat (Engku Ahmad Zaki Engku Alwi 2013: 49).
Seterusnya, lafaz batala, yabtulu, butlan, butlanan dan batilun membawa
kepada pengertian kehilangan sesuatu, rosak, batil, dan salah. Lafaz-lafaz ini diulang
sebanyak 36 kali di dalam al-Quran. Lafaz batilun diterjemahkan sebagai perkataan
6
lawan kepada al-haqq. Manakala perkataan mubtilun pula merujuk kepada orang yang
sesat dan berpegang kepada perkara-perkara yang salah. Antara pernyataan Allah
dalam surah Saba’ ayat 49 yang bermaksud, “Katakanlah lagi, ‘Telah datang
kebenaran (al-Quran yang memberi segala kebaikan), dan perkara yang salah tidak
memberi sebarang kebaikan di dunia usahkan hendak mengulanginya di akhirat.”
Abu Hayyan berpendapat bahawa kebenaran hanya akan diperoleh melalui
wahyu al-Quran, manakala segala ajaran dan agama selain Islam adalah batil. Hanya
Islam sahaja yang akan kekal dan ajaran atau agama yang lain akan lenyap di samping
tidak memberi apa-apa kebaikan kepada umat manusia (Engku Ahmad Zaki Engku
Alwi 2007: 43-44). Turut dinyatakan di dalam surah al-Ghafir ayat 78, yang mana di
dalam ayat tersebut, Allah menjelaskan bahawa Allah s.w.t. telah mengutuskan ramai
nabi dan rasul sebelum kedatangan Rasulullah s.a.w. bersama kaum masing-masing.
Ada di antara mereka yang disebut penceritaannya dan ada di antara mereka yang
ridak disebut. Setiap rasul yang diutuskan kepada kaum masing-masing dikurnia
mukjizat yang membuktikan kebenaran kerasulan dan apa yang dibawa oleh mereka
daripada Allah s.w.t. Oleh itu, jangan diingkari apa yang dibawa oleh rasul kerana
pada akhirnya, apabila tiba masanya Allah s.w.t akan timpakan azab kepada mereka
sama ada di dunia atau di akhirat. Allah s.w.t Maha Adil menyelamatkan para rasul
dan hambaNya yang beriman dan membinasakan orang-orang kafir yang berpegang
kepada kebatilan (Engku Ahmad Zaki Engku Alwi 2007: 46).
Akhir sekali lafaz zagha, yazighu, zayghan, zayghanan dan za’ighun turut
diterjemahkan sebagai sesat dan menyimpang dari jalan yang benar. Dalam al-Quran,
lafaz-lafaz ini telah diulang sebanyak 8 kali untuk membawa pengertian terpesong dan
menyeleweng dari jalan yang lurus. Berkaitan dengan ini, Allah telah menjelaskan
dalam surah al-‘Imran ayat 7. Di mana al-Syawkani menegaskan bahawa ayat tersebut
ditujukan secara umum kepada setiap kumpulan atau ajaran yang menyeleweng
ataupun terkeluar daripada kebenaran. Golongan yang sesat ini memainkan isu ayat-
ayat mutasyabihat sehingga menimbulkan kekeliruan di kalangan umat Islam.
Perbuatan ini menunjukkan dan mendedahkan kedudukan mereka yang jelas
terpesong daripada ajaran Islam yang sebenarnya di samping menyingkap niat jahat
golongan sesat ini yang mempermainkan ayat al-Quran. Pegangan dan pandangan
7
mereka yang sesat itu hanyalah sekadar untuk melariskan ajaran mereka menerusi
penafsiran ayat-ayat al-Quran sesuai dengan kehendak nafsu mereka sedangkan ia
amat bertentangan dengan akidah Islam (Engku Ahmad Zaki Engku Alwi 2013: 57).
Merujuk kepada kitab-kitab tafsir muktabar, para ulama tafsir telah bersepakat
menyatakan bahawa golongan yang sesat ialah golongan Nasrani. Ini kerana orang
Nasrani ini tidak berilmu dengan ilmu yang benar dan orang Yahudi pula tidak
beramal dengan ilmunya seperti mana yang dijelaskan oleh Ibnu Kathir dalam kitab
tafsirnya. Oleh itu, orang Yahudi ditimpa kemurkaan Ilahi dan orang Nasrani berada
dalam kesesatan yang nyata. Barangsiapa yang beramal dengan tidak bersandarkan
kepada ilmu yang benar maka mereka akan tersesat dan jauh daripada kebenaran.
Walau bagaimanapun, golongan yang sesat ini bukan sahaja merujuk kepada
golongan Nasrani. Malah kepada setiap orang yang akidah kepercayaannya
menyimpang, tidak benar dan pembawaan yang tidak sesuai serta bertentangan
dengan Islam, maka dia turut termasuk dalam golongan yang sesat. Walaupun ulama
tafsir sepakat mengatakan golongan yang sesat ialah golongan Nasrani, namun oleh
sebab melihat kepada lafaz al-Dallin itu merupakan lafaz umum, maka pengertiannya
meliputi setiap orang yang tersesat dan jauh daripada kebenaran Islam (Engku Ahmad
Zaki Engku Alwi 2007: 48-49).
1.3.2 Perspektif Sunnah
Selain daripada al-Quran, terdapat lagi satu sumber perundangan Islam yang utama
iaitu al-Sunnah yang menjadi sumber perundangan yang kedua. Terdapat beberapa
ayat al-Quran yang memerintahkan manusia untuk mentaati apa yang diperintahkan
dan dilarang oleh Rasulullah s.a.w (Engku Ahmad Zaki Engku Alwi 2007: 53-54).
Menurut ulama hadis, Sunnah bermaksud setiap sesuatu yang disandarkan atau
yang datang daripada Nabi Muhammad s.a.w dalam bentuk perkataan, perbuatan,
persetujuan, akhlak, sifat kejadian, sirah perjalanan Nabi s.a.w sama ada sebelum atau
selepas baginda diutus menjadi Rasul. Salah satu aspek yang menjadi perhatian
baginda ialah mengenai akidah yang benar. Oleh itu, Rasulullah menyuruh supaya
8
umatnya sentiasa berpegang kepada al-Quran dan al-Sunnah dalam menghadapi apa-
apa cabaran dan permasalahan (Engku Ahmad Zaki. 2013. 70).
Di samping itu, Rasulullah s.a.w. turut menjelaskan punca-punca kesesatan
umat Islam antaranya kerana mereka tidak berpegang kepada sunnah Rasulullah s.a.w.
serta sunnah Khulafa’ al-Rasyidin. Kesannya, tercetuslah perselisihan pendapat di
kalangan umat Islam seterusnya membawa kepada perpecahan ummah dan
melahirkan pelbagai aliran iaitu sebanyak 73 aliran. Rasulullah turut mendedahkan
beberapa ciri atau punca yang menyebabkan sesuatu umat itu tersesat dan
menyeleweng. Antaranya ialah tidak melaksanakan apa yang diperintahkan Allah
s.w.t sebagaimana kisah yang berlaku kepada wanita dari Bani Makhzum yang
didapati mencuri. Kemudian kaum Quraisy memohon keringanan ke atas hukuman
mencuri wanita tersebut. Namun, Rasulullah s.a.w. memberi peringatan berkenaan
akibat tidak melaksanakan hukum Allah s.w.t. Seterusnya membiarkan kezaliman
berlaku tanpa sebarang langkah pencegahan dan ramai umat yang mengikuti jejak
langkah kaum Yahudi bani Israil dan Nasrani serta berpaling daripada kitab Allah dan
apa yang dibawa oleh Rasulullah s.a.w.
Begitulah ciri-ciri atau punca berlakunya ajaran sesat yang terdapat dalam
hadis Rasulullah. Walaupun Rasulullah s.a.w. tidak mengkhususkan ajaran sesat
tersebut, namun ia dapat difahami secara tersurat dan tersirat melalui pendedahan
baginda mengenai ciri-ciri kesesatan yang pernah melanda umat silam agar ia menjadi
pengajaran kepada umat Islam selepasnya.
1.4 SEJARAH KEMUNCULAN DAN PERKEMBANGAN AJARAN SESAT
Ajaran sesat telah muncul sejak dari zaman nabi Muhammad s.a.w lagi, tetapi umat
Islam mula mengenali ajaran sesat selepas kewafatan Rasulullah s.a.w. Pada zaman
tersebut, terdapat beberapa kumpulan ajaran sesat yang mengisytiharkan diri mereka
keluar daripada ajaran Islam. Menurut Abu al-Su’ud, terdapat 11 kumpulan ajaran
sesat dikesan dan tercatat dalam lipatan sejarah Islam.
9
1.4.1 Zaman Rasulullah s.a.w
Terdapat tiga buah kumpulan ajaran sesat yang muncul pada zaman Rasulullah s.a.w.
Kumpulan yang pertama diketuai oleh al-Aswad al-‘Unsi (w. 11H) daripada Bani
Madlaj. Beliau adalah ahli nujum yang mendakwa dirinya nabi di Yaman dan
menguasai kerajaan negerinya serta menghalau keluar kesemua utusan Rasulullah
s.a.w. Rasulullah s.a.w kemudian mengirimkan utusannya Mu’az bin Jabal (w. 18H)
kepada pemerintah Yaman. Al-Aswad al-Unsi dibunuh oleh Fairuz al-Dailami (w.
53H).
Kumpulan kedua pula diketuai oleh Musailamah al-Kadzab (w. 11H) daripada
Bani Hanifah yang juga mendakwa dirinya menjadi nabi. Musailamah menulis surat
kepada nabi Muhammad s.a.w menyatakan bumi ini dibahagikan kepada dua. Separuh
adalah miliknya dan separuh yang lain adalah milik nabi Muhammad s.a.w. Nabi
Muhammad s.a.w membalas surat itu dan memberitahu bahawa bumi ini adalah milik
Allah s.w.t yang diamanahkan kepada sesiapa sahaja yang Allah s.w.t kehendaki
daripada kalangan hamba-hamba-Nya, dan kesudahan yang baik itu adalah bagi
orang-orang yang bertaqwa. Khalifah Abu Bakar al-Siddiq (w. 13H) memutuskan bala
tentera Islam memerangi Musailamah dan akhirnya dibunuh oleh Wahsyi (w. 25H).
Kumpulan yang ketiga pula diketuai oleh Tulaihah bin Khuwailid (w. 21H)
daripada Bani Asad. Dia juga mendakwa dirinya adalah nabi. Namun begitu, dia
ditundukkan oleh tentera Islam yang diketuai oleh Khalid bin al-Walid (w. 21H) pada
zaman Khalifah Abu Bakar al-Siddiq. Selepas itu, dia kembali semula memeluk Islam.
Berdasarkan kumpulan-kumpulan ajaran sesat pada zaman nabi Muhammad
s.a.w tersebut, dapat disimpulkan bahawa, kebanyakan daripada ketua kumpulan
ajaran sesat tersebut mendakwa bahawa diri mereka adalah nabi. Hal ini jelas ternyata
bahawa mereka adalah dalam kalangan orang yang sesat (Engku Ahmad Zaki Engku
Alwi 2007: 29-30).
10
1.4.2 Zaman Para Sahabat
Pada zaman Abu Bakar al-Siddiq, terdapat tujuh buah kumpulan yang menyeleweng
daripada ajaran Islam dan sampai ke tahap murtad. Antaranya adalah ‘Uyainah bin
Hasan daripada kabilah Fazarah, Qurrah bin Salamah al-Qusyairi daripada kabilah
Ghatafan, al-Fuja’ah bin ‘Abdul Yalil (w. 11H) daripada kabilah Bani Sulaym, Malik
bin Nuwairah (w. 12H) daripada kabilah Bani Yarbu’, Sajah binti al-Mundhir (w.
55H) daripada kabilah Bani Tamim yang mendakwa bahawa dirinya nabi dan
akhirnya berkahwin dengan Musailamah, al-Asy’ath bin Qais (w. 40H) daripada
kabilah Kindah dan al-Hatam bin Zaid daripada kabilah Bani Bakr bin Wa’il.
Ketujuh-tujuh buah kumpulan yang sesat ini telah berjaya dihapuskan oleh Abu Bakar
al-Siddiq. Pada zaman Khalifah ‘Umar al-Khattab (w. 23H) pula, terdapat satu
kumpulan yang sesat dan menyeleweng daripada Islam iaitu kumpulan yang diketuai
oleh Jabalah bin al-Ayham (w. 20H) daripada kabilah Ghasan (Engku Ahmad Zaki
Engku Alwi 2007: 30).
Apabila diamati daripada kitab-kitab hadis yang muktabar, terdapat himpunan
hadis Rasulullah s.a.w yang membicarakan isu perpecahan umat Islam, persoalan
ajaran sesat dan penyelewengan daripada ajaran yang sebenar. Golongan yang
berpegang dengan al-Quran dan Sunnah Rasulullah s.a.w adalah golongan yang
terselamat. Manakala golongan yang tidak berpegang kepada al-Quran dan Sunnah
Rasulullah s.a.w, mereka ini dianggap sebagai golongan yang sesat dan jauh
menyimpang daripada ajaran yang benar (Engku Ahmad Zaki Engku Alwi 2007: 31).
Peringatan nabi Muhammad s.a.w berkenaan isu perpecahan umat Islam itu
adalah merupakan suatu kebenaran dan Sunnah Allah ke atas makhluknya menjadi
kenyataan. Umat Islam mula berpecah setelah kewafatan Rasulullah s.a.w. Hal ini
demikian kerana sikap dengki sesama mereka dan terlalu mengikut kehendak nafsu,
mereka juga saling berselisih faham dan disebabkan masalah inilah timbulnya
pelbagai mazhab, kelompok, bid’ah dan aliran-aliran fahaman yang berbeza. Umat
Islam meninggalkan kitab Allah dan Sunnah Rasulullah s.a.w yang telah dikurniakan
oleh Allah s.w.t. Oleh sebab yang demikian, mereka tersesat daripada jalan yang
11
benar, hanyut tanpa pedoman, meninggalkan perintah Allah s.w.t dan Rasulullah s.a.w
(Engku Ahmad Zaki Engku Alwi 2007: 31).
Oleh itu, dapat disimpulkan bahawa kebanyakan ketua daripada kumpulan-
kumpulan ajaran sesat pada zaman Rasulullah dan para Sahabat adalah bertunjangkan
kepada pengakuan sebagai seorang nabi. Hal ini jelas menunjukkan bahawa mereka
adalah dalam kalangan orang yang sesat kerana tiada lagi nabi selepas kewafatan
Rasulullah s.a.w.
1.4.3 Zaman Masa Kini
Kemunculan ajaran sesat ini mempunyai hubung kait dengan negara Indonesia iaitu di
Pasai, Aceh, dan Jawa. Walau bagaimanapun, masih belum wujud satu dokumentasi
yang lengkap mengenainya. Sehingga kini, pihak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
(JAKIM) telah menyenaraikan sebanyak 125 buah kumpulan ajaran sesat yang
bertapak di Malaysia. Kitab Bahr al-Lahut merupakan kitab tasawuf paling awal di
Nusantara yang mengandungi ajaran Nur Muhammad dan Syiah.
Pada abad yang ke-18, dikatakan bahawa wujudnya ajaran yang berasaskan
Martabat Tujuh di Mengkarak. Ianya dihubung kaitkan dengan seseorang yang
dikenali sebagai Datuk Mengkarak yang dikatakan bukan nama sebenarnya.
Pengajarannya ini merupakan ajaran yang benar-benar sesat. Oleh itu, ajarannya
didedahkan oleh Tuk Shihabuddin bin Zainal Abidin. Beliau telah menyatakan
melalui Syair Rejamnya bahawa ajaran Datuk Mengkarak ini adalah ajaran yang sesat.
Pada abad ke-20, sejarah ajaran sesat di Malaysia ialah ajaran Taslim yang
dibawa oleh Mohamad bin Shafie atau dikenali dengan nama Mohamad Matahari.
Beliau berasal dari Madura, Jawa Timur. Ajaran ini bermula di Kampung Seronok,
Bayan Lepas, Pulau Pinang sekitar tahun 1900. Setelah ia mati, ajarannya diteruskan
oleh anaknya iaitu Syed Ghazali dan seterusnya diteruskan pula oleh Syed Ahmad.
Setelah itu, ajaran ini mula berkembang ke negeri-negeri lain iaitu Kedah, Perak,
Negeri Sembilan, Johor, Sabah dan Sarawak.
12
Pada tahun 1950-an, tersebar pula ajaran yang dinamakan dengan ajaran
Subud di negeri Kelantan yang juga berasal dari Indonesia di samping ajaran Martabat
Tujuh. Menurut Bahagian Hal Ehwal Islam (BAHEIS) Jabatan Perdana Menteri,
seperti yang disiarkan dalam Berita Harian bertarikh 3 Oktober 1990, terdapat
sebanyak empat puluh empat kumpulan yang dikenalpasti sebagai mengamalkan
ajaran salah dengan bilangan pengikut sekitar 330 orang hingga 450 orang setiap
kumpulan.
Pada tahun 1997 pula, Bahagian Penyelidikan Jabatan Kemajuan Islam
Malaysia (JAKIM) melaporkan ajaran sesat yang terkumpul sehingga tahun 1997
ialah 60 ajaran, yang meliputi berbagai-bagai bentuk iaitu amalan tasawuf. Ajaran
sesat ini juga menyerap masuk melalui penggabungan dengan aktiviti persilatan dan
penggabungan dengan amalan perbomohan serta amalan khurafat yang lain. Jumlah
ajaran sesat yang dapat di kesan sehingga tahun 1999 ialah sebanyak 98 ajaran.
Daripada jumlah tersebut, Cawangan Akidah, Bahagian Penyelidikan JAKIM telah
menyiarkan lima puluh enam kumpulan yang diwartakan sebagai ajaran sesat.
Pada 18 Julai 2000, Encik Mustafa Abdul Rahman, Pengarah Bahagian
Penyelidikan JAKIM telah menjelaskan bahawa pihak JAKIM, sehingga tarikh
tersebut telah mengesan sebanyak 125 kumpulan yang menjalankan kegiatan ajaran
sesat di seluruh negara. Berdasarkan maklumat-maklumat tersebut, jelaslah bahawa
kegiatan penyebaran ajaran sesat semakin berkembang dari semasa ke semasa.
Pertambahan tersebut memberikan suatu gambaran yang kurang menyenangkan
kerana masyarakat Islam kelihatannya semakin terdedah dengan kegiatan-kegiatan
berunsur negatif seperti ini.
1.5 KATEGORI AJARAN SESAT
Berdasarkan kepada penyelidikan yang telah dijalankan oleh pihak JAKIM di
Bahagian Penyelidikan, terdapat pelbagai bentuk ajaran sesat yang tersebar luas di
Malaysia dan dikenal pasti. Secara umumnya, ajaran sesat dapat dibahagikan kepada
tiga kategori utama iaitu bentuk ajaran baru, bentuk ajaran tarekat dan bentuk ajaran
13
melalui kepercayaan dan amalan tradisi yang berhubung kait dengan perkara-perkara
mistik dan budaya hidup.
1.5.1 Bentuk Ajaran Baru
Ajaran yang selalunya lahir dari pelbagai ajaran yang baru direka dan diciptakan oleh
seorang guru atau pengajur ajaran sesat menggunakan pelbagai nama. Sebagai contoh
ialah ajaran Syed al-Masyor, ajaran Taslim dan ajaran Crypto (Zakaria Stapa
1996:76). Menurut Muhammad Uthman el-Muhammady, ajaran baru yang
mengancam kemurnian akidah umat Islam terbahagi kepada dua bentuk, iaitu
ancaman fahaman dan kepercayaan yang berbentuk tradisi dan fahaman dan
kepercayaan moden (Engku Ahmad Zaki Engku Alwi 2007: 61-62).
Antara ancaman fahaman dan kepercayaan yang berbentuk tradisi ialah
fahaman zindik. Istilah zindik merujuk kepada orang yang menyembunyikan
kekufuran dan menzahirkan keislamannya yang mempunyai ajaran Tuhan dalam diri
atau tubuh manusia. Seterusnya ialah fahaman Jabariyyah. Jabariyyah diasaskan oleh
al-Ja’d b. Darham pada permulaan zaman pemerintahan Umayyah yang mengajar
manusia agar tidak perlu berusaha atau melakukan apa-apa. Terdapat juga fahaman
muktazilah. Fahaman ini merupakan satu aliran mazhab terkenal dalam akidah Islam
yang diasaskan oleh Wasil b. Ata’ pada awal kurun ke-2H yang mendukung pegangan
bahawa manusia berkuasa sepenuhnya di atas segala perbuatannya. Selain itu juga,
terdapat fahaman Wahdah al-Wujud yang menyalahi konsep keesaan Allah s.w.t.
Wahdah al-Wujud ditafsirkan sebagai kesatuan di antara Tuhan, alam dan manusia
serta segala sesuatu yang terdapat di dalam alam ini ataupun ia merupakan golongan
yang menyatukan di antara manusia, alam dan Tuhan. Lebih jelas lagi, aliran falsafah
ini memperakui ada satu sahaja iaitu Allah, selain daripada Allah hanya ‘Arad, maka
itulah alam. Keseluruhan benda adalah manifestasi daripada Ilmu dan Kehendak Allah
s.w.t. Proses emanation (limpahan) terhasil daripada Tuhan sama ada secara langsung
atau melalui perantaraan yang kewujudannya adalah proses pengembangan daripada
Tuhan (Engku Ahmad Zaki Engku Alwi 2007: 62).
14
Manakala ancaman fahaman dan kepercayaan moden pula kebanyakannya
dicipta oleh manusia sendiri, seperti fahaman sekularisme yang memisahkan urusan
keagamaan daripada kehidupan dunia, materialisme, saintisme, komunisme,
sosialisme, kapitalisme dan liberalisme. Rata-rata umat Islam di Malaysia kurang
menyedari betapa ajaran baru yang berbentuk moden juga boleh mengeruhkan
kemurniaan akidah umat Islam sehingga ajaran tersebut menjadi pegangan hidup
sebahagian besar umat Islam. Padahal ajaran tersebut pada hakikatnya bukanlah
daripada Islam, bahkan bertentangan dengan konsep akidah Islam yang sebenarnya.
Termasuk dalam senarai ancaman fahaman dan kepercayaan berbentuk moden ialah
ajaran agama baru yang direka dan diciptakan oleh seorang guru atau pengasas ajaran
sesat menggunakan pelbagai nama. Sebagai contohnya, ajaran Bahai yang di asaskan
oleh Mirza Husain Ali bin Mirza ‘Abbas Buzurq al-Mazandarani al-Nuri (w. 1892M)
yang mengisytiharkan dirinya sebagai Mazharullah yang bermaksud limpahan Tuhan.
Beliau juga menghasilkan kitab suci bagi agamanya yang dikenali al-Bayan dan
seterusnya mendakwa dirinya sebagai Baha’ullah yang bermakna Tuhan wujud dalam
dirinya paling sempurna dan dirinya adalah Tuhan yang mesti diyakini dan disembah.
Semenjak itu, ajarannya dikenali sebagai ajaran Bahai (Engku Ahmad Zaki Engku
Alwi 2007: 62-63).
1.5.2 Bentuk Ajaran Tarekat
Hampir keseluruhan ajaran sesat berselindung di sebalik ajaran tarekat dan tasawuf
sehingga menyalahgunakan nama-nama tarekat yang terkenal dengan cara yang tidak
sepatutnya dan bertentangan dengan hukum syarak (Abdulfatah Haron 1993:1).
Ajaran bentuk tarekat ini biasanya menggunakan nama-nama tarekat yang termasyhur
di kalangan umat Islam kerana tarekat tersebut telahpun diamalkan oleh ulama-ulama
dan mereka mengamalkan amalan-amalan tarekat itu dengan berpandukan kepada al-
Quran dan sunnah. Melalui bentuk ini mereka menggunakan nama-nama tarekat
seperti tarekat Ahmadiyah, Naqsyabandiyah, Sazaliyah, Samaniyah dan Qadariyyah.
Kadang-kadang nama tarekat ini diciptakan mengikut ajaran tarekat itu (Zakaria Stapa
1996: 76).
15
Walaupun terdapat nama-nama yang bersamaan di antara tarekat yang direka
dengan yang asal, tetapi ternyata daripada ajaran-ajaran yang diamalkan oleh mereka
dan konsep-konsep yang terdapat dalam ajaran tarekat rekaan itu ada mengandungi
unsur-unsur ataupun bahan-bahan yang boleh membawa kepada penyelewengan
akidah Islamiyah dan membawa pengikut-pengikut terpesong daripada ajaran Islam
yang sebenar.
1.5.3 Bentuk Ajaran Melalui Kepercayaan dan Amalan Tradisi
Ajaran sesat juga dapat dikesan melalui amalan tradisi dan kepercayaan kepada yang
karut, khurafat, bidaah dan syirik (Engku Ahmad Zaki Engku Alwi 2007:64). Menurut
Zakaria Stapa dalam bukunya yang berjudul “Islam Akidah dan Kerohanian”
menyatakan bahawa bentuk ini memang menjadi lumrah di kalangan orang-orang
Melayu Islam di negara kita kerana ia bersifat pemujaan terhadap tempat-tempat yang
dianggap keramat dan pemujaan terhadap orang-orang yang dianggap wali dan
mempunyai kelebihan. Selain itu, kepercayaan kepada kuasa-kuasa kesaktian melalui
amalan-amalan seni mempertahankan diri seperti persilatan dan sebagainya. Malah
kepercayaan terhadap dukun-dukun ataupun bomoh-bomoh yang mendakwa
mendapat ilmu kedukunan daripada mimpi-mimpi ataupun orang halus seperti bunian
ataupun orang sampingan (Zakaria Stapa 1996:76-77).
Perbuatan mempercayai ini banyak terhasil daripada pengaruh amalan agama
lain seperti Hindu, Buddha, animisme dan dinamisme. Di Malaysia, amalan ini
dicampuradukkan dengan ajaran Islam seperti yang berlaku kepada amalan
perbomohan, pemujaan dan kesaktian (Ismail Ahmad 1988: 46-55).
Kesimpulan yang dapat dibuat adalah bentuk-bentuk yang disebutkan di atas
menunjukkan bahawa orang Islam kita masih mencampuradukkan antara pola-pola
kepercayaan tradisi mereka dengan unsur-unsur agama Islam. Hal ini memberi ruang
dan peluang kepada pembawa-pembawa ajaran sesat memperkembangkan ajaran
mereka, apatah lagi dengan pertambahan amalan-amalan khurafat di kalangan
masyarakat kini.
16
1.6 FAKTOR-FAKTOR BERLAKU DAN BERKEMBANGNYA AJARAN
SESAT
Jika dikaji masyarakat Islam di negara ini dapat dikatakan bahawa punca yang
membawa kepada lahirnya pelbagai jenis ajaran dan amalan sesat pada umumnya
adalah berpunca dari dua faktor utama iaitu faktor individu dan faktor luaran.
1.6.1 Faktor Individu
Terdapat banyak sekali faktor individu yang telah dikenalpasti menjadi punca kepada
perkembangan ajaran sesat. Contohnya seperti kejahilan individu, kecetekan atau
kurangnya maklumat berkaitan agama, mudah percaya, selalu bergantung sepenuhnya
kepada akal fikiran dan banyak lagi.
a. Jahil Ilmu Agama
Zaman ini adalah satu zaman yang memanifestasikan kejahilan manusia. Ilmu dicabut
dengan kematian para ulama yang benar lagi warak. Sebahagian besar umat Islam
selesa dengan cara hidup mereka. Budaya hedonistik semakin menjadi-jadi.
Akibatnya, tanggungjawab memahami agama dilupakan. Ilmu asas fardhu ain seperti
aqidah, syariah dan akhlak dipinggirkan. Manakala ilmu keduniaan materialistik
diutamakan. Kemuncaknya, muncullah masyarakat yang jahil tentang agama tetapi
sensitif berkaitan dengan isu-isu agama sehingga banyak membuat tafsiran-tafsiran
dan kesimpulan-kesimpulan yang bebas dalam agama (Zamihan Hj. Mat Zin al-Ghari
2008:16). Fenomena ini secara tidak langsung menjadi faktor kepada kemunculan
ajaran sesat dan salah, ajaran yang terpesong atau menyeleweng. Kejahilan terhadap
sumber utama ajaran Islam juga telah mendorong seseorang itu mempelajari Islam
dari sumber yang tidak wajar. Sehingga ia membuat kesimpulan dan membina
kefahaman yang salah tentang Islam. Hasil dari kesilapan itu diajarkan pula kepada
orang lain membuatkan ianya semakin berkembang dan tersebar (Noarfan Hj Zainal
2007: 82-83).
17
b. Aqidah Yang Rapuh
Apabila kejahilan menguasai hidup, manusia sanggup menjadi musuh terhadap apa
sahaja yang tidak diketahuinya. Ilmu aqidah kurang mendapat perhatian. Tetapi isu
berkaitan dengannya pula diberi tumpuan. Akhirnya, penguasaan ilmu aqidah tidak
sampai ke mana. Jika kita membuat pemerhatian, hanya beberapa orang sahaja yang
benar-benar memahami aqidah Islam. Faktor inilah yang menyebabkan pegangan
aqidah menjadi longgar dan rapuh sehingga pada akhirnya menjerumuskan seseorang
itu ke dalam suatu ajaran sesat atau menyeleweng (Zamihan Hj. Mat Zin al-Ghari
2008: 17).
c. Lemah Spiritual
Selain itu, tenaga spiritual yang lemah juga turut menjadi faktor keterlibatan seseorang
dengan ajaran sesat. Sebahagian besar umat Islam kini kurang mengambil berat isu
berkaitan spiritual. Bacaan surah tertentu, hizb, zikir, wirid, doa selamat kurang
diamalkan. Manakala solat-solat sunat diketepikan begitu sahaja. Amalan-amalan
sunat pula dipandang sebelah mata. Akhirnya hati menjadi kering dan jiwa menjadi
kosong dan hidup dalam ketandusan. Justeru, tidak hairanlah jika mereka yang
berjiwa lemah mudah terpengaruh dengan ajaran sesat (Zamihan Hj. Mat Zin al-Ghari
2008 : 17).
d. Mengambil Jalan Mudah
Kebanyakan manusia hari ini suka mengambil jalan mudah dalam memahami agama.
Mereka sengaja memilih pendapat yang paling ringan lagi syaz dalam menegakkan
pendapat dan amalan mereka. Sebenarnya, metode seperti ini adalah sesuatu yang
terlarang dalam disiplin ilmu agama kerana manusia hanya memilih sesuatu pendapat
yang dirasakan sesuai dengan hawa nafsu mereka sahaja. Situasi ini menjadikan hawa
nafsu sebagai tunggangan hidup. Akhirnya turut menjadi faktor kemunculan ajaran
sesat (Zamihan Hj. Mat Zin al-Ghari 2008: 18).
18
1.6.2 Faktor Luaran
Selain itu, faktor luaran yang menjadi penyebab kepada perkembangan ajaran sesat di
negara kita juga banyak terutamanya melalui amalan perbomohan, pengaruh
orientalisme, buku-buku atau media-media dan sebagainya.
a. Mudah Terpengaruh
Tidak dinafikan bahawa pengaruh orang terdekat seperti saudara-mara dan rakan-
rakan juga turut menjadi faktor keterlibatan seseorang dengan ajaran sesat (Noarfan
Hj Zainal 2007: 89-90). Imam al-Tirmizi ada meriwayatkan bahawa Nabi s.a.w.
bersabda yang bermaksud: “Agama seseorang itu berada di bawah pengaruh
temannya. Maka hendaklah dilihat siapa yang menjadi temannya”. Dengan kata lain,
jika kita bersahabat atau berkawan dengan orang yang kotor, kekotoran seseorang itu
turut terpalit kepada kita. Dan jika kita bersahabat dengan penjual minyak wangi,
maka kewangian itu juga turut mewangikan kita. Justeru, perhatikanlah golongan
mereka yang mendampingi kita. Ambillah kebaikan darinya dan jangan sesekali
terpengaruh dengan keburukan yang terhasil dari kefahaman dan tingkah laku mereka
(Zamihan Hj. Mat Zin al-Ghari 2008: 17).
b. Penguatkuasaan yang Lemah
Tiba masanya untuk kita menambahbaik sistem perundangan Islam di negara kita ke
arah memantapkan lagi pengurusan Islam di Malaysia. Khususnya dalam kes yang
berkaitan dengan isu ajaran sesat dan penyelewengan aqidah. Ternyata hukuman
RM3000, 5 tahun penjara atau 6 kali sebatan sudah tidak relevan lagi dan perlu
ditambah baik. Hal ini penting supaya bidang penguatkuasaan bukan hanya bertindak
sebagai penghukum, tetapi dilihat sebagai badan yang mendidik masyarakat
khususnya berkaitan dengan ajaran sesat (Zamihan Hj. Mat Zin al-Ghari 2008: 18).
19
c. Tidak Prihatin
Sesetengah dari masyarakat kita tidak prihatin dengan apa yang berlaku. Mereka tidak
peka dengan pendedahan yang dilakukan pihak autoriti agama ataupun media tentang
sesuatu ajaran sesat atau menyeleweng. Hasilnya, mereka masih lagi terlibat dengan
ajaran sesat yang sama walaupun telah berkali-kali diambil tindakan oleh pihak
berkuasa dan dipaparkan melalui media (Zamihan Hj. Mat Zin al-Ghari 2008: 19).
d. Pengaruh Luar
Perlu diingatkan bahawa musuh-musuh Islam seperti Yahudi, Kristian, Hindu dan
lain-lain sentiasa bekerja keras mencari jalan untuk memusnahkan umat Islam sama
ada secara zahir mahupun tersembunyi. Mereka melancarkan beberapa propaganda,
mencipta idea, aliran pemikiran dan mencetus budaya semasa untuk mengikis jati diri
umat Islam. Hal ini perlu dititikberatkan oleh pemerintah supaya identiti dan jati diri
umat Islam dapat dipelihara sebagaimana yang diwarisi dari Baginda Rasulullah s.a.w
(Zamihan Hj. Mat Zin al-Ghari 2008: 20).
1.7 CONTOH-CONTOH AJARAN SESAT
Ajaran sesat merupakan ajaran yang sangat merbahaya dalam kehidupan kita sebagai
seorang muslim. Oleh itu, kita mestilah mengenali jenis-jenis ajaran sesat yang
muncul dari semasa ke semasa. Terdapat 125 ajaran sesat yang dapat diwartakan sejak
tahun 1997 hingga tahun 2000. Antara ajaran sesat yang diwartakan tersebut adalah
Ajaran Syiah, Ajaran Ahmadiah atau Qadiani, Ajaran Bahai, Ajaran Martabat Tujuh,
Ajaran Wali Suci, Ajaran Tok Ayah, Ajaran Haqqullah Syahadah, Ajaran Sesat Ayah
Pin dan banyak lagi.
1.7.1 Ajaran Syiah
Ajaran Syiah merupakan salah satu firqah terbesar selain daripada Ahli Sunnah Wa al-
Jama’ah. Ajaran ini muncul pada tahun 1979 dan berkembang di negeri Selangor,
20
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Kelantan, Johor, Perak dan Melaka (Engku
Ahmad Zaki Engku Alwi 2007: 160-162).
Ajaran Syiah merupakan ajaran yang menyeleweng termasuklah dari sudut
akidah, syariat dan sebagainya. Dikatakan bahawa, pengasas utama ajaran ini ialah
Abdullah bin Saba’. Mereka mengaku imam mereka adalah maksum dan
mempercayai tentang kemunculan semua Imam Mahdi dan kumpulan orang yang
sudah mati untuk memberi keadilan. Syiah juga mengagung-agungkan Saidina Ali
setelah kewafatan Rasulullah s.a.w dengan menyama tarafkan Saidina Ali dengan
Allah s.w.t (Husain Al-Musawi 2011).
Dalam ajaran ini juga, mereka menghalalkan nikah mut’ah dan mereka
mengkafirkan para sahabat serta menolak hadis yang dilaporkan oleh Ahli Sunnah wa
al-Jama’ah sekalipun hadis mutawatir. Di samping itu, mereka juga menolak ijmak
ulama dan menolak qiyas. Mereka juga menyambut peristiwa Karbala pada 10
Muharram dengan menyeksa tubuh badan (Engku Ahmad Zaki Engku Alwi 2007:
160-162).
Kesimpulannya, kita sebagai umat Islam perlu berhati-hati dengan ajaran
Syiah ini kerana ajaran ini semakin berleluasa hinggalah ke hari ini. Kita juga perlu
memastikan bahawa iman kita sentiasa kuat supaya kita tidak mudah untuk mengikuti
ajaran yang jelas-jelas terpesong.
1.7.2 Ajaran Ahmadiah atau Qadiani
Ajaran Ahmadiah atau Qadiani diasaskan dan disebarkan oleh Mirza Ghulam Ahmad
Qadiani. Ajaran ini muncul pada 1885 di India dan berkembang di Malaysia di
Kampung Nakhoda, Batu Caves, Selangor dan Serdang, di Kota Kinabalu dan
Sandakan, Sabah, di Jasin, Melaka dan di Kedah.
Mirza Ghulam Ahmad mendakwa dirinya sebagai nabi yang menerima wahyu,
Imam Mahdi dan sebagai Isa al-Masih yang mempunyai mukjizat. Beliau menafikan
jihad serta mengubah ayat-ayat al-Quran. Kumpulan ini juga telah menerbitkan
21
beberapa buah buku yang diharamkan oleh Kementerian Dalam Negeri iaitu Invitation
to Ahmadiah karya Hazrat Hj. Mirza Bashir-ud-din Ahmad, Penawar Racun Fitnah
Terhadap Ahmadiyah karya Pengurus Besar Jemaat Ahmad, Alam Sebagai Saksi
karya Mohamad Zain bin Hassan, The Holy Quran with English Translation and
Commentary karya M. Mas’ud Ahmad dan ajaran ini mendakwa masih ada nabi dan
rasul selepas nabi Muhammad s.a.w (Engku Ahmad Zaki Engku Alwi 2007: 155-157).
1.7.3 Ajaran Sesat Ayah Pin
Ajaran Ayah Pin merupakan ajaran yang turut berkembang dengan luasnya. Oleh
sebab ajaran ini begitu cepat tersebar, Jawatankuasa Fatwa Majlis Agama Islam dan
Adat Melayu Terengganu membuat dan mengeluarkan fatwa berkaitan dengan ajaran
ini iaitu bahawasanya ajaran dan pegangan Ayah Pin adalah palsu, sesat,
menyeleweng dan boleh membawa ancaman kepada ketenteraman orang awam serta
merosakkan akidah umat Islam (Engku Ahmad Zaki Engku Alwi 2007: 153).
Selain itu, orang ramai juga diminta untuk menghindarkan diri daripada
terlibat dengan pegangan dan ajaran Ayah Pin tersebut kerana beliau mengaku tidak
belajar agama. Beliau berpegang kepada ajaran yang salah serta bertentangan dengan
syarak. Beliau juga pernah menyatakan bahawa tidak ada orang lain selain dia dan
nabi Muhammad s.a.w yang berguru dengan Jibrail. Dakwaan beliau ini salah dan
palsu serta bertentangan dengan ajaran Islam dan menghina syarak (Engku Ahmad
Zaki Engku Alwi 2007: 153-155).
Di samping itu, beliau juga mengaku mengajar ajaran serta pegangannya
adalah sesat dan bertentangan dengan hukum syarak dan mesti berjumpa dengan Allah
dan Rasulullah dahulu barulah boleh percaya tentang kewujudan Allah dan
Rasulullah. Dalam ajaran Ayah Pin juga, mereka mestilah beriktikad bahawa Ayah
Pin berada di hadapan (Engku Ahmad Zaki Engku Alwi 2007: 153-155).
Ajaran ini mempunyai pelbagai lagi ajaran yang perlu diikuti yang benar-benar
menyesatkan manusia. Oleh itu, kita mestilah berhati-hati dalam mempercayai sesuatu
ajaran yang boleh membawa kepada murtad.
22
1.7.4 Ajaran Martabat Tujuh
Ajaran Wahdah al-Wujud atau wujudiyyah telah lama muncul di Kesultanan Buton.
Ajaran tersebut muncul semenjak zaman Kekuasaan Sultan Dayyan Ihsan al-Din pada
awal abad ke -17. Terdapat beberapa naskah yang memuatkan ajaran ini telah
dipelajari di daerah tersebut sebelum abad ke-19 dan pada abad ke 19, ajaran ini tetap
berlanjut menjadi ajaran yang dianuti oleh penghuni zaman tersebut (Abdulfatah
Haron 1999: 15-21).
Fahaman ini muncul dalam dunia tasawuf adalah kerana adanya pengalaman
fana dan baqa’ yang terjadi bagi ahli sufi dalam “pengembaraan” tasawufnya.
Pemikiran tasawuf di Buton pada abad ke-19, mengikut alur pemikiran ini. Hal ini
diketahui melalui ajaran tasawuf Muhammad ‘Aidrus. Ia menerima fahaman tasawuf
wujudiyyah kerana ia terlebih dahulu mengakui terjadinya fana’ dan baqa’ dalam
pengembaraan tasawufnya. Oleh sebab beliau menerima fahaman wujudiyyah, ‘Aidrus
menerima pula konsep Martabat Tujuh yang menjadi pecahan ajaran wujudiyyah
dalam tasawuf teosofis (Abdulfatah Haron 1999: 15-21).
Konsep Martabat Tujuh adalah satu ajaran dalam tasawuf teosofis yang
berkonsepkan bahawa hanya Tuhan adalah satu-satunya yang wujud hakiki.
Kemudian, supaya Tuhan itu dikenali, maka Tuhan menampakkan diri-Nya (tajalli).
Penampakan diri Tuhan ini adalah melalui tujuh tingkatan. Tujuh tingkatan inilah
yang dikenali dalam kamus tasawuf Indonesia dengan Martabat Tujuh (Abdulfatah
Haron 1985: 82).
Martabat Tujuh atau tujuh tingkatan tajalli Tuhan yang dimuat dalam Undang-
Undang Kesultanan Buton menyerupai konsep tujuh tahap tajalli Tuhan yang ditulis
oleh Muhammad ibn Fadlullah al-Burhanpuri. Antara ajaran Martabat Tujuh tersebut
adalah:
23
a. Martabat Ahadiyyah
Yang disebut sebagai Ahadiyyah adalah zat Allah semata-mata, dan tidak diiktibarkan
dengan sifat. Itulah yang disebut oleh ahli tasawuf dengan La Ta`Ayyun, yang
bermaksud tiada nyata akan kenyataan Allah kerana tiada sekali-kali jalan bagi akal
untuk mengetahui Allah kerana zat Allah semata-mata tidak diberi sifat dan nama
(asma’).
b. Martabat Wahdah
Yang disebut demikian adalah sifat Allah dan itulah yang disebut oleh ahli tasawuf
dengan Ta’ayyun Awwal yang bermaksud kenyataan pertama. Ianya disebut
sedemikian kerana pada kenyataan pertama itulah permulaan akal yang boleh
mengetahui sifat-sifat Allah, sifat salbiyyah dan sifat wujudiyyah.
c. Martabat Wahidiyyah
Yang disebut demikian adalah Asma’ Allah dan ahli tasawuf menyebutnya dengan
Ta’ayyun Sani yang bermaksud kenyataan yang kedua. Ianya disebut sedemikian
kerana pada tingkatan ini Allah dapat dikenali oleh akal melalui asma’-Nya kerana
asma’ Allah itulah menunjukkan zat-Nya. Ketiga-tiga atau tingkatan tersebut di atas
adalah qadim iaitu tidak bermula dan baqa’ iaitu kekal selamanya. Urutan
keberadaannya bukanlah dari sisi zaman atau waktu, tetapi hanyalah dari sisi akal.
d. Martabat Alam Arwah
Martabat ini adalah pokok permulaan segala nyawa, baik manusia mahupun bagi
makhluk lain dan nyawa yang pertama dijadikan oleh Tuhan adalah nyawa nabi
Muhammad saw. Oleh sebab ia digelar Abu al-Arwah yang bermaksud bapa segala
nyawa, satu ratus dua puluh tujuh ribu tahun selepas itu barulah diciptakan roh yang
lain. Segala sesuatu yang diciptakan selepas itu adalah kerana roh Muhammad.
24
Sabda nabi Muhammad s.a.w yang bermaksud: Aku menciptakan sesuatu
kerana kamu, dan Aku menciptakanmu kerana Aku. Istilah roh yang disebut dalam
bahasa Arab bermaksud pergi pulang. Dalam bahasa Indonesia, roh disebut dengan
lipa yang juga bermaksud pergi pulang. Ianya disebut sedemikian kerana roh ini
datang dan pergi pada jasad. Jasad akan hidup jika didatangi oleh roh, dan mati jika
ditinggalkan roh.
e. Martabat Alam Misal
Iaitu perumpamaan segala keadaan, selain keadaaan Tuhan. Segala sesuatu selain
Tuhan ada perumpamaannya dalam alam misal ini. Hal ini demikian kerana ia
hanyalah sebagai perumpamaan, alam misal keadaannya halus dan tidak dapat dicapai
oleh pancaindera.
f. Martabat Alam Ajsam
Iaitu segala kenyataan yang nyata, seperti tanah, batu, awan, air, dan segala keadaan
yang dapat dibahagi dan disusun. Alam Ajsam ini dinamakan juga dengan alam
syahadah yang bermaksud alam yang nyata kerana ia dapat diselidiki oleh
pancaindera. Alam yang pertama dijadikan oleh Allah adalah ‘arasy dan kursi,
kemudian kalam dan luh mahfuz. Sesudah itu baru tujuh lapis bumi dan tujuh lapis
langit. ‘Arasy, kursi, dan tujuh lapis langit disebut sebagai Wujud Aba, sedangkan
bumi disebut Wujud Ummahat dan Ajsam yang ada dibawah langit ada tiga jenis, iaitu
beku, tidak berkembang biak, dan nabatat yang bermaksud tubuh segala tumbuh-
tumbuhan. Daripada semua ajsam tersebut, nabi Adamlah yang pertama diciptakan di
atas muka bumi. Oleh sebab itu, ia digelar Abu al-Basyr dan dan tubuh badan manusia
ini terbentuk dari empat unsur iaitu tanah, air, angin dan api.
g. Martabat Alam Insani
Iaitu yang disebut manusia. Alam ini disebut juga dengan Martabat Jam’iyyat yang
bermaksud tingkatan yang mengumpulkan segala dalil yang menunjukkan keadaan
Tuhan, iaitu sifat jalal dan jamal. Pada manusia itulah berkumpul dua perumpamaan,
25
iaitu roh atau al-Haq (Tuhan), dan badan atau tubuh adalah al-Khalq (ciptaan). Hal ini
disebut sedemikian kerana manusia memiliki sifat dua puluh yang wajib bagi Tuhan
dan kerana segala sesuatu sifat yang ada pada badan atau tubuh manusia itu terdapat
juga pada alam besar. Sebagai contoh, batu pada alam besar ditamsilkan dengan
tulang dan daging pada manusia, angin pada alam besar ditamsilkan nafas pada
manusia. Itulah sebabnya manusia disebut dengan alam kecil, dan alam yang diluar
manusia disebut alam besar. Hal ini bermaksud segala sesuatu yang ada di alam ini
ada tamsilannya pada manusia. Bahkan lebih daripada itu, pada manusia ada roh
sebagai tamsil Tuhan yang tidak ada pada alam besar (Abdulfatah Haron 1985: 82-
97).
1.7.5 Ajaran Taslim
Ajaran Taslim diasaskan oleh Mohamad bin Shafie atau dikenali dengan Mohamad
Matahari yang berasal dari Madura, Jawa Timur. Setelah beliau meninggal dunia,
digantikan pula oleh anaknya, Syed Ghazali Jamalullail@Syed Ali dan meneruskan
ajarannya di Balik Pulau. Setelah kematian Syed Ghazali, diganti pula oleh anaknya,
Syed Ahmad yang pernah menjadi Ketua Kampung, Seronok.
Ajaran ini bermula di Kampung Seronok, Bayan Lepas, Pulau Pinang sekitar
tahun 1900. Setelah itu, ajaran ini berkembang ke negeri Kedah, Perak, Johor, Negeri
Sembilan, Sabah dan Sarawak. Ajaran ini berkonsepkan rasul yang berterusan iaitu
Ulul Albab. Setiap diri zahir manusia itu adalah Muhammad dan menggunakan lafaz
ijab dan qabul seperti: “Aku terima diri engkau dan aku serahkan kepada engkau hak
nenek moyangku, dan engkau adalah seorang Islam yang sebenar kerana menerima
aagama Islam dari tuannya yang sebenar, dan engkau juga dari hari ini adalah saudara
seibu”. Kaedah ini dikenali juga dengan mubaya`ah dengan ijab dan qabul. Orang-
orang Islam yang tidak menyerah diri dan tidak bertemu dengan tuannya, yakni Ulul
Albab, maka Islamnya tidak sah.
26
1.8 KESAN DAN AKIBAT BERLAKUNYA AJARAN SESAT
Sememangnya ajaran sesat membawa kehancuran terhadap kadaulatan negara dan
juga menimbulkan pelbagai keganasan. Ajaran tersebut mengancam keselamatan
negara, disamping keselamatan akidah dan syariah umat Islam sendiri. Ajaran sesat
telah banyak memberi kesan yang buruk kepada individu, masyarakat dan juga
negara.
1.8.1 Kesan Terhadap Individu
Dengan mengamalkan ajaran sesat akidah seseorang akan rosak. Orang Muslim yang
mempercayai atau beramal dengan ajaran sesat boleh merosakkan akidah. Mereka
wajib bertaubat dan kembali kepada ajaran Islam. Pengamal ajaran sesat akan banyak
membuang masa dengan aktiviti yang tidak sihat dan bertentangan dengan ajaran
Islam seperti memuja dan melakukan amalan-amalan syirik serta khurafat. Minda
penganut ajaran sesat juga akan tertutup dan pemikiran mereka sering dikongkong
oleh pemimpin yang mendakwa mendapat wahyu Allah s.w.t. Tindakan dan kelakuan
mereka menjadi tidak rasional dan sikap fanatik menjadikan kehidupan tidak stabil.
Penglibatan dengan ajaran sesat membawa kepada pengabaian tanggungjawab sebagai
pelajar, suami, isteri, ibu, atau bapa (Noarfan Hj Zainal 2007: 95).
1.8.2 Kesan Terhadap Masyarakat
Keruntuhan institusi kekeluargaan dan keretakan boleh berlaku di kalangan ahli
keluarga yang menganut ajaran sesat disebabkan perbezaan akidah dan rasa curiga
sesama mereka. Ajaran sesat boleh menggugat perpaduan dan menimbulkan sikap
fanatik penganut ajaran sesat terhadap kumpulan dan pemimpin mereka menyebabkan
mereka tidak menghormati masyarakat sekeliling. Ini menjejaskan perpaduan dan
keharmonian hidup dalam masyarakat. Ajaran sesat boleh mewujudkan keganasan di
mana kepatuhan taqlid kepada pemimpin ajaran sesat memudahkan pengikutnya
dipergunakan untuk melakukan keganasan dan sebagainya (Zamihan Hj. Mat Zin al-
Ghari 2008: 12).
27
1.8.3 Kesan Terhadap Negara
Negara akan menjadi mundur kerana penglibatan dalam ajaran sesat menjadikan diri
seseorang tidak proaktif dan membuang masa. Perkara itu akan menjejaskan prestasi
ekonomi negara yang bergantung kepada sumbangan dan produktiviti individu. Ajaran
sesat menyebabkan negara menjadi tidak stabil dan penglibatan dalam ajaran sesat
akan mengancam perpaduan dan keharmonian masyarakat. Ini boleh menggugat
kestabilan politik dan ekonomi negara. Akibatnya negara terpaksa menghabiskan
banyak masa dan perbelanjaan untuk mengekalkan kestabilan negara. Ekoran daripada
amalan ajaran sesat yang semakin berleluasa, beberapa peristiwa telah berlaku yang
menggugat ketenteraman dan keselamatan awam seperti peristiwa yang berlaku pada
19 Oktober 1974 di mana seorang ahli kumpulan ajaran sesat Empat Sahabat di
Kampung Kedap, Rantau Panjang, Kelantan telah ditembak mati dalam satu
pertempuran dengan pasukan keselamatan (Zakaria Stapa 1996: 80-81).
Berdasarkan kepada kupasan panjang lebar berkenaan kesan dan akibat ajaran
sesat dalam keterangan sebelum ini, dapat disimpulkan bahawa sesiapa yang terbabit
dalam ajaran sesat, akidahnya akan terjejas iaitu ia boleh menyebabkan seseorang itu
terjerumus dalam kesyirikan, kadang-kadang ia boleh menyebabkan seseorang itu
murtad iaitu terkeluar daripada Islam dan dia termasuk dalam kalangan orang yang
kafir.
1.9 KESIMPULAN
Sebagai kesimpulan, ajaran sesat bermaksud ajaran dan amalan yang bertentangan
dengan Islam iaitu bercanggah dengan syariat Islam dan akidah Ahli Sunnah wal
Jamaah. Ia juga merujuk kepada ajaran-ajaran dan amalan yang menghakis atau
menafikan doktrin akidah tauhid yang menjurus kepada murtad. Ajaran sesat ini
semakin menular di negara Malaysia dengan membawa beberapa ajaran yang
bercampur. Ajaran sesat ini turut disebut dalam al-Quran mahupun dalam Sunnah
dengan di bawa kisah-kisah dahulu untuk dijadikan contoh dan ciri-ciri yang
menyebabkan tergolong dalam ajaran sesat. Ianya juga menunjukkan bahawa ajaran
sesat ini merupakan suatu ajaran yang menyalahi Islam dan perlu untuk dielakkan.
28
Ajaran sesat mampu memberi impak negatif yang besar kepada masyarakat
terutamanya umat Islam kerana umat Islam telah diberi garis panduan iaitu panduan
al-Quran dan Sunnah Rassulullah s.a.w. Sekiranya kita tidak berpegang dengan dua
perkara tersebut, maka dengan mudahnya kita boleh terpesong daripada landasan yang
benar. Oleh itu, dapat disimpulkan disini bahawasanya kita perlu berpegang teguh
dengan al-Quran dan al-Sunnah, iaitu menggunakan disiplin dan metodologi yang
jelas dalam memahaminya. Sebarang pentafsiran al-Quran perlulah merujuk kepada
mufassirin. Manakala huraian hadith perlu merujuk kepada muhaddithin. Umat Islam
perlu menambah nilai iman dan taqwa pada setiap masa bagi menghadapi apa jua
bentuk cabaran yang mendatang.
Setiap individu sewajarnya menghindarkan diri daripada terlibat dengan ajaran
salah atau ajaran sesat yang sememangnya jelas terpesong daripada aqidah Islam yang
sebenar. Bahkan perlu bertindak sebagai mata dan telinga kepada pihak berkuasa
dalam usaha menanganinya kerana tanggungjawab agama adalah tanggungjawab
semua individu Muslim. Selain itu, kita juga perlu merujuk pihak berautoriti agama
bagi menentukan kesahihan sesuatu fahaman, amalan atau pegangan. Pendapat
individu bukanlah sesuatu yang muktamad, bahkan tidak boleh dijadikan mekanisme
pemutusan terhadap sesuatu ajaran. Makanya semua pihak perlu prihatin dan
mengambil sikap bertanggungjawab dengan isu fahaman atau ajaran yang
menyeleweng dari landasan Islam. Hal ini penting supaya isu-isu berkaitan dapat
ditangani dengan baik dan berhikmah demi kesucian agama, maruah bangsa dan
keperluan negara.
29
RUJUKAN
Abdulfatah Haron Ibrahim. 1985. Ajaran Sesat: Gerakan Sulit Wujudiah-Batiniah di
Malaysia. Kuala Lumpur: Bandar Tun Razak.
Abdulfatah Haron Ibrahim. 1993. Ajaran Sesat. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka.
Abdulfatah Haron Ibrahim. 1999. Pengaruh Kebatinan Dalam Masyarakat Islam di
Malaysia. Kuala Lumpur: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia.
Abdulfatah Haron Ibrahim. 2000. Sanggahan Ke Atas Kitab Kasyf al-Asrar. Kuala
Lumpur: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia.
Al-Ghazali, Abu Hamid Muhammad. 1984. Penyelamat dari Kesesatan. Abdulfatah
Haron Ibrahim (terj.). Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka.
Anon. 2009. Ajaran Sesat di negeri Terengganu. Terengganu: Universiti Darul Iman
Malaysia.
Engku Ahmad Zaki Engku Alwi. 2007. Ajaran Sesat: Mengenali Jalan Yang
Terpesong. Selangor: Batu Caves.
Engku Ahmad Zaki Engku Alwi. 2007. Ajaran Sesat: Mengenali Jalan Yang
Terpesong. Selangor: Batu Caves.
Engku Ahmad Zaki Engku Alwi. 2013. Ajaran Sesat: Di Sebalik Lipatan Sejarah
Islam. Selangor: Batu Caves.
H.O.K Rahmat SH. 1983. Pencemaran Akidah Di Nusantara. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka.
Husain Al-Musawi. 2011. Kenapa Aku Meninggalkan Syiah. Johor: Pustaka Salam.
Ismail Ahmad. 1988. Masyarakat dan Budaya Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa
dan Pustaka.
Noarfan bin Haji Zainal. 2007. Perkembangan Ajaran Sesat di Negara Brunei
Darussalam. Brunei: Pusat Dakwah Islamiah.
Shari Naim. 2012. Himpunan Ayat-ayat al-Quran & Hadits Mengenai Ajaran Sesat.
Brunei Darussalam: Pusat Dakwah Islamiah.
Talib Samat. 1987. Berjihad Menerusi Tulisan. Selangor: Marwilis Publisher Sdn.
Bhd.
Zakaria Stapa dan Mohamed Asin Dollah. 1996. Islam: Akidah dan Kerohanian.
Selangor: Universiti Kebangsaan Malaysia.
30
Zamihan Hj. Mat Zin al-Ghari. 2008. Ajaran Sesat dan Bahayanya Terhadap Agama
dan Negara. Selangor: Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM).