6
NAMA PROGRAM PENAMBAHBAIKAN : PROGRAM KEBERSIHAN DIJAGA, SAHSIAH DIPELIHARA 1.0 PENGENALAN Iklim dan persekitaran sekolah membawa pengaruh yang penting terhadap pembentukan tingkah laku, emosi, aspirasi dan interaksi sosial murid-murid, guru, staf sekolah dan ibubapa. Tiga faktor utama yang perlu diambilkira untuk mewujudkan satu persekitaran yang kondusif untuk pengajaran dan pembelajaran di sekolah iaitu faktor keselamatan, kesihatan dan keceriaan (3K). Selaku Penolong Kanan Hal Ehwal Murid (HEM), SJK (C) Pei Chun 1, saya telah mengendalikan satu program penambahbaikan iaitu Program Kebersihan Dijaga, Sahsiah Dipelihara (KDSD) di sekolah saya. Program ini telah dijalankan dari awal tahun bermula bulan Januari 2015 sehinggalah bulan November 2015 dan untuk semua kelas dari darjah 1 hingga 6 melalui aktiviti pertandingan kebersihan bilik darjah. Selain daripada barisan pentadbir sekolah, semua guru dan PIBG turut terlibat dalam program ini. Mereka memainkan peranan masing-masing dalam menjayakan Program penambahbaikan ini. 2.0 JUSTIFIKASI DAN RASIONAL Rasional program ini dilaksanakan adalah untuk memupuk budaya cintakan kebersihan. Apabila murid berjaya menerapkan nilai dan disiplin menjaga kebersihan dalam diri mereka, secara tidak langsung akhlak mereka akan turut terbentuk. Melalui pemerhatian, didapati murid-murid mempunyai tabiat yang tidak baik dalam aspek penjagaan kebersihan kelas. Murid-murid suka membuang sampah merata-rata di samping tidak bermotivasi untuk bertugas membersihkan kelas. Oleh itu, program berbentuk pertandingan kelas terbersih ini mampu mewujudkan persaingan yang sihat antara setiap kelas untuk menjadi pemenang pada setiap minggu. Ia juga selaras dengan 6 Aspirasi Murid iaitu membentuk murid yang beretika dan berkeperibadian unggul.

SEEportfolio Pemilihan Gurubesar (EDITED)

Embed Size (px)

DESCRIPTION

huhu

Citation preview

NAMA PROGRAM PENAMBAHBAIKAN :

PROGRAM KEBERSIHAN DIJAGA, SAHSIAH DIPELIHARA

1.0 PENGENALAN

Iklim dan persekitaran sekolah membawa pengaruh yang penting terhadap pembentukan

tingkah laku, emosi, aspirasi dan interaksi sosial murid-murid, guru, staf sekolah dan ibubapa. Tiga

faktor utama yang perlu diambilkira untuk mewujudkan satu persekitaran yang kondusif untuk

pengajaran dan pembelajaran di sekolah iaitu faktor keselamatan, kesihatan dan keceriaan (3K). Selaku

Penolong Kanan Hal Ehwal Murid (HEM), SJK (C) Pei Chun 1, saya telah mengendalikan satu

program penambahbaikan iaitu Program Kebersihan Dijaga, Sahsiah Dipelihara (KDSD) di sekolah

saya. Program ini telah dijalankan dari awal tahun bermula bulan Januari 2015 sehinggalah bulan

November 2015 dan untuk semua kelas dari darjah 1 hingga 6 melalui aktiviti pertandingan kebersihan

bilik darjah. Selain daripada barisan pentadbir sekolah, semua guru dan PIBG turut terlibat dalam

program ini. Mereka memainkan peranan masing-masing dalam menjayakan Program penambahbaikan

ini.

2.0 JUSTIFIKASI DAN RASIONAL

Rasional program ini dilaksanakan adalah untuk memupuk budaya cintakan kebersihan.

Apabila murid berjaya menerapkan nilai dan disiplin menjaga kebersihan dalam diri mereka, secara

tidak langsung akhlak mereka akan turut terbentuk. Melalui pemerhatian, didapati murid-murid

mempunyai tabiat yang tidak baik dalam aspek penjagaan kebersihan kelas. Murid-murid suka

membuang sampah merata-rata di samping tidak bermotivasi untuk bertugas membersihkan kelas. Oleh

itu, program berbentuk pertandingan kelas terbersih ini mampu mewujudkan persaingan yang sihat

antara setiap kelas untuk menjadi pemenang pada setiap minggu. Ia juga selaras dengan 6 Aspirasi

Murid iaitu membentuk murid yang beretika dan berkeperibadian unggul.

3.0 OBJEKTIF

Bilik darjah merupakan tempat atau ruang bagi murid-murid di sekolah. Bilik darjah yang

kondusif dapat menarik minat murid untuk belajar di samping mereka merasa teruja untuk

menerima ilmu yang baru. Program penambahbaikan ini dijalankan memandangkan keadaan bilik

darjah yang kurang bersih dan murid kurang mengamalkan nilai bertanggungjawab menjaga

kebersihan bilik darjah. Objektif program ini ialah :

a) Memantapkan pengurusan bilik darjah yang berkesan dan konsisten.

b) Meningkatkan tahap kesedaran murid-murid untuk menjaga kebersihan.

c) Mewujudkan bilik darjah yang lebih kondusif

4.0 VISI DAN MISI

Visi : Kebersihan Asas Pembentukan Sahsiah Cemerlang

Misi : Sahsiah yang cemerlang mampu dibentuk melalui penjagaan kebersihan yang

dimulakan sejak di bangku sekolah.

5.0 SASARAN

Semua murid tahun 1 hingga tahun 6 SJK (C) Pei Chun 1, Pontian seramai 169 orang murid.

6.0 PELAKSANAAN

6.1 PERANAN

- Guru Besar

Sebagai penasihat, Guru Besar berperanan untuk memantau pelaksanaan program secara

keseluruhan. Guru Besar perlu menjadi orang tengah dalam urusan sekolah dengan pihak PIBG.

- PIBG

PIBG berperanan sebagai penasihat luar yang akan bekerjasama menasihati murid tentang

aspek kebersihan. Selain itu, PIBG akan memberikan dana yang diperlukan oleh pihak sekolah.

- GPK HEM

- Guru Penyelaras

- Guru Darjah

- Guru Bertugas

- Murid

6.2 KAEDAH PELAKSANAAN

Menurut Sonia Blanford (2009), kepimpinan pengurus pertengahan merupakan kumpulan

pengurus peringkat kedua dalam hieraki sesebuah organisasi. Peranan mereka penting sebagai

penghubung di antara pengurus atasan dengan guru-guru dan barisan staf sokongan untuk

mencapai misi dan visi program. Program kebersihan dan keceriaan adalah di bawah penyeliaan

dan tanggungjawab GPK HEM. Oleh hal yang demikian, saya selaku GPK HEM perlu membuat

perancangan yang rapi supaya objektif program tercapai.

Program pertandingan kebersihan bilik darjah antara darjah 1 hingga 6 dijalankan sepanjang tahun.

Perancangan pelaksanaan program telah dilakukan oleh GPK HEM dengan terperinci. Pihak

sekolah telah memaklumkan kepentingan program ini kepada ibubapa melalui Mesyuarat Agung

PIBG atau Hari Terbuka Sekolah. Murid-murid sentiasa diingatkan tentang kepentingan menjaga

kebersihan semasa perhimpunan. Dengan kefahaman dan kesedaran yang tinggi dalam kalangan

murid dan ibubapa dapat mewujudkan budaya kebersihan dalam diri masing-masing. dan

seterusnya berjaya mencapai objektif, visi dan misi sekolah.

Sebelum pelaksanaan program, pihak PIBG telah menyediakan alatan pembersihan yang

mencukupi kepada setiap kelas. Semua guru bersama-sama melaksanakan program ini dengan

kerjasama semua murid. Program ini dijalankan berperingkat mengikut darjah. Bagi darjah 1 yang

mempunyai 8 kelas, guru penyelaras darjah 1 ditugaskan untuk memantau dan menilai kebersihan

8 buah bilik darjah. Hadiah akan diberi kepada kelas terbersih setiap minggu semasa perhimpunan

sebagai pengikhtirafan kepada murid-murid. Cara pelaksanaan yang sama dilakukan untuk darjah

2 hingga darjah 6, ini dapat mengurangkan beban guru bertugas mingguan.

6.3 KORELASI ( PERKAITAN )

6.4 KAEDAH PEMANTAUAN

6.5 JAWATANKUASA

7.0 KEWANGAN

8.0 IMPLIKASI

9.0 REFLEKSI

Selaku GPK HEM, proses pemantauan program ini dilakukan sepanjang tahun dengan pemerhatian

visual di mana saya meronda kelas setiap hari, ini selaras dengan prinsip “management by walking

around”. Selain daripada itu, pemantauan melalui jadual pemarkahan kebersihan bilik darjah yang

diisi oleh guru bertugas setiap minggu. Sekiranya guru mata pelajaran dan guru bertugas memberi

maklum balas tentang masalah tahap kebersihan kelas, saya akan mengambil tindakan yang

sewajarnya untuk menyelesaikan masalah yang timbul. Bagi memastikan program dapat

dilaksanakan, pihak pengurusan sekolah sentiasa mengadakan pemantauan, pelaporan, penilaian

dan kajian dengan berpandukan konsep Perancangan, Pengurusan, Memimpin dan Mengawal

(POLC).

Semua program yang dilaksanakan memerlukan peruntukan kewangan. Bagi menjalankan

pertandingan kebersihan bilik darjah, sumber kewangan adalah dari pihak PIBG. Setiap tahun

pihak sekolah memperolehi RM 800 untuk program petandingan kebersihan bilik darjah.

Peruntukan kewangan ini digunakan untuk menyediakan alat pembersihan bagi setiap kelas,

pembelian plak pusingan pertandingan kebersihan dan hadiah individu kepada kelas yang terbersih

mingguan.

4.0 IMPLIKASI PROGRAM

Program pertandingan kebersihan antara kelas darjah 1 hingga 6 telah memberi implikasi terhadap

peningkatan tahap kebersihan bilik darjah dan memupuk nilai-nilai murni seperti sikap

bertanggungjawab, amanah dan rajin dalam melaksanakan tugas. Perubahan sikap positif pada

murid memang dapat diperhatikan oleh pihak pengurusan, guru-guru, dan ibubapa.

Melalui program pertandingan kebersihan bilik darjah, guru-guru lebih cekap dalam pengurusan

bilik darjah dari segi kebersihan, di samping itu tugas pemantauan dijalankan dengan lebih

menyeluruh. Kerjasama dan komitmen guru yang tinggi dapat meningkatkan semangat kerja

berpasukan untuk menjayakan program pertandingan kebersihan bilik darjah dan seterusnya

membawa kejayaan kepada sekolah dalam pertandingan peringkat zon. Program pertandingan

kebersihan bilik darjah ini telah membangunkan kapasiti murid dan guru dalam organisasi sekolah.

5.0 RUMUSAN

Pemimpin sekolah harus menentukan matlamat yang jelas dan memotivisikan orang bawahan

bekerjasama ke arah pencapaian matlamat. Sebagai GPK HEM saya memainkan peranan

memimpin dan mempengaruhi guru dan murid dengan gigih dalam mencapai matlamat yang

ditetapkan. Program pertandingan kebersihan bilik darjah telah berjaya mengubah sikap

bertanggungjawab murid dan meningkatkan tahap kebersihan bilik darjah serta persekitaran

sekolah. Ini juga mewujudkan bilik darjah yang kondusif bagi menggalakkan proses pengajaran

dan pembelajaran, seterusnya dapat meningkatkan pencapaian akademik dan sahsiah murid.

Program ini masih ada ruang untuk penambahbaikan, cadangan penambahbaikan saya ialah

meningkatkan kesedaran murid tentang nilai menyayangi dan menghargai alam sekitar melalui

penerapan nilai merentasi kurikulum. Selain daripada itu, cadangan untuk mengadakan lawatan

murid ke pusat pelupusan sampah bagi mewujudkan kesedaran murid tentang amalan 3R. Konsep

kebersihan dan amalan 3R boleh juga diterapkan dalam proses pengajaran dan pembelajaran

melalui pelbagai teknik seperti kuiz, main peranan, permainan, lakonan dan sebagai dalam

pelbagai mata pelajaran. Diharapakan dengan ini, Program Pembentukan Sahsiah Murid Melalui

Amalan Kebersihan Bilik darjah lebih mendatangkan kesan dan berjaya melahirkan murid yang

seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara.