25
BMP 3073 KESUSASTERAAN DALAM PENGAJARAN BAHASA MELAYU TAJUK : TUGASAN INDIVIDU ( SENI BAHASA DALAM CERPEN UDA DAN DARA) KUMPULAN C NAMA PENSYARAH : PROF MADYA DR. ADENAN BIN AYOB NAMA JUNAIDI BIN MANJA NOMBOR MATRIKS D20171078698 KOD/NAMA PROGRAM AT32 ISMP SEJARAH

second-cdn.f-static.com · Web viewal-adabi iaitu sastera yang terbina daripada jiwa yang halus. Fungsinya adalah mendidik dan mengasuh hati nurani dengan nilai-nilai murni supaya

  • Upload
    others

  • View
    4

  • Download
    0

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: second-cdn.f-static.com · Web viewal-adabi iaitu sastera yang terbina daripada jiwa yang halus. Fungsinya adalah mendidik dan mengasuh hati nurani dengan nilai-nilai murni supaya

BMP 3073

KESUSASTERAAN DALAM PENGAJARAN BAHASA MELAYU

TAJUK :

TUGASAN INDIVIDU

( SENI BAHASA DALAM CERPEN UDA DAN DARA)

KUMPULAN C

NAMA PENSYARAH : PROF MADYA DR. ADENAN BIN AYOB

NAMA JUNAIDI BIN MANJA

NOMBOR MATRIKS D20171078698

KOD/NAMA PROGRAM AT32 ISMP SEJARAH

SEMESTER 6

Page 2: second-cdn.f-static.com · Web viewal-adabi iaitu sastera yang terbina daripada jiwa yang halus. Fungsinya adalah mendidik dan mengasuh hati nurani dengan nilai-nilai murni supaya

1.0 PENGENALAN

Sastera umunya terkait dengan seni dalam berbahasa. Bahasanya indah, elok dan molek

apabila didengar khalayak. Sastera mempunyai sifat yang istimewa, nilainya seni dan

penciptaan bahasanya pula berbeza daripada bahasa yang digunakan dalam perbualan

seharian. Dalam Islam, sastera dikenali sebagai al-adabi iaitu sastera yang terbina daripada

jiwa yang halus. Fungsinya adalah mendidik dan mengasuh hati nurani dengan nilai-nilai

murni supaya hati tadi lembut sifatnya. Secara umum, sastera bolehlah diertikan sebagai

pengucapan masyarakat. Ia diantarakan oleh pengarang dalam bentuk lisan dan

kemudiaannya berkembang menjadi bentuk karya penulisan dan penerbitan. Kandungan

karya-karya dalam sastera khususnya dalam karya-karya sastera dalam masyarakat Melayu

tradisional terbina atas nilai, norma dan gaya hidup orang Melayu itu sendiri ( Samsuddin,

2001 ). Pernyataan ini sememangnya benar. Tidak dinafikan, masyarakat melayu tradisional

sememangnya kaya dengan keindahan bahasanya dan mereka sangat mementingkan seni

dalam kehidupan.

Unsur yang difokuskan oleh pengkaji dalam penulisan ini menyentuh tentang

penerapan jenis-jenis gaya bahasa dalam sesuatu teks sastera. Teks sastera yang dipilih dalam

kajian ialah cerpen yang bertajuk Uda dan Dara hasil karangan sasterawan negara iaitu

Usman Awang. Beliau lahir pada 12 Julai 1929 di Kampung Tanjung Lembu, Kuala selidi,

Kota Tinggi, Johor. Beliau menerima pendidikan di Sekolah Melayu di Kuala Selidi ( 1936 ),

Mersing (1937) dan Bandar Maharani Muar ( 1940 ) hingga lulus Darjah VI. Usman Awang

cukup terkenal sebagai seorang penulis sastera. Beliau banyak menghasilkan karya sastera

yang bermutu dan pernah berkhidmat anggota sidang pengarang majalah Dewan Bahasa,

Dewan Masyarakat, Dewan Sastera dan Dewan Budaya. Beliau juga dikenal ramai sebagai

ahli dalam dunia persajakan. Sejak-sajaknya sentiasa segar, indah serta akrab dengan norma

dan budi orang Melayu. Elemen gaya bahasa yang menjadi fokus dalam kajian ini terdiri

daripada bahasa figuratif, bahasa emotif, bahasa sensori, analisis peribahasa dan juga akan

menyentuh berkaitan kesesuaian cerpen yang dikaji untuk diterapkan pembelajarannya di

sekolah. Setiap elemen akan dianalisis disertakan contoh yang terdapat dalam teks cerpen.

Page 3: second-cdn.f-static.com · Web viewal-adabi iaitu sastera yang terbina daripada jiwa yang halus. Fungsinya adalah mendidik dan mengasuh hati nurani dengan nilai-nilai murni supaya

2.0 SINOPSIS

Cerpen ini mengisahkan perjuangan cinta antara dua insan. Kumbangnya bernama Uda dan

bunganya bernama Dara. Dara merupakan wanita terpandang. Ia datang daripada keluarga

berada. Memiliki rupa dan hidupnya pula bersayapkan kesenangan. Sementara, Uda pula

berkeadaan sebaliknya. Tegak hidupnya hanya bersandarkan pada tiang kesederhanaan

semata. Namun, cinta tidaklah memandang perbezaan. Rasa sayang dan cinta antara mereka

berdua begitu kuat terbuhul di dalam hati. Masing-masing pun memasanglah hasrat dan

impian supaya kelak disatukan di kemudian hari.

Di suatu hari berikhtiarlah si Uda menghantar perwakilan menyampaikan hajat buat

memperisterikan si Dara. Namun, tiada siapa yang mampu menghalang kehendak takdir.

Ternyata, ibu Dara terlalu memandang darjat dan harta. Mereka orang terpandang. Keturunan

mereka darah berdarjat dan duduk mereka pula duduk bertempat. Ia merasakan tidaklah layak

si Uda memperisterikan anaknya itu. Sebagai akibat, terhalanglah hubungan mereka berdua.

Impian buat membina rumah tangga bersama terkandas jalannya di pertengahan. Uda merasa

sangat kecewa dengan keputusan itu. Dia mulai sedar bahawa dirinya tidak sedikitpun

berharga di mata orang terpandang lantaran keadaan dirinya yang miskin.

Akibat merasakan begitu hina ditanggapi sedemikian, dia pun mulai berubah. Uda

berhasrat merantau ke kota buat mencari ringgit dan harta. Dia berjanji bahawa pulangnya

nanti kelak membawa perbekalan buat mencapai maksudnya yang pertama tadi. Impiannya

terlalu besar dan dan hasrat itu pun dikhabarkannya kepada ibunya dan Dara. Pada awalnya,

ibunya tidak begitu setuju dengan hasrat anaknya itu. Dia tahu niat sebenar anaknya itu yang

terlalu mengikutkan kehendak hati. Apakan daya, hati Uda hati lelaki. Hidupnya perlu

berjuang untuk membela harga dirinya. Lalu dia pun diizinkan untuk pergi.

Uda menjalani hidupnya di kota. Dia kuat membanting tulang empat keratnya mencari

sumber penghidupan. Semata untuk menggapai impiannya yang besar itu, dia pun tidak lagi

memikirkan soal kesihatan dan keadaan dirinya. Beliau tekun bekerja siang dan malam.

Tenaga yang ada tidak disisahkan untuk merehatkan badan yang semakin penat. Berbulan

keadaan itu berlanjutan lalu dia pun jatuh sakit dan kembali ke kampungnya semula.

Keadaannya dirinya semakin hari semakin lemah. Ajal telah menjemputnya tanpa sempat

membelai kekasihnya yang tercinta itu. Dara berduka sepanjang pemergian Uda. Tidak lama

setelah itu, akibat terlalu berduka Dara pun menyusul kepergian kekasihnya yang tercinta itu.

Pusara keduanya disemadikan bersama dengan semangat cinta yang tetap mengalir bersama.

Page 4: second-cdn.f-static.com · Web viewal-adabi iaitu sastera yang terbina daripada jiwa yang halus. Fungsinya adalah mendidik dan mengasuh hati nurani dengan nilai-nilai murni supaya

3.0 ANALISIS BAHASA FIGURATIF

Menurut Kamus Melayu-Inggeris Dewan Edisi Pertama 2012, figuratif berfungsi

menunjukkan makna perkataan, rangkai kata dan sebagainya yang lebih abstrak daripada

makna biasanya. Dengan erti kata yang mudah, bahasa figuratif merujuk kepada bahasa yang

menggunakan kata-kata kiasan atau bahasa kiasan. Menurut Za’ba dalam bukunya Ilmu

Mengarang Melayu ( 1965:190 ), bahasa kiasan didefinisikan sebagai bahasa yang

mencakapkan sesuatu perkara dengan mengkiaskannya dengan perkara yang lain, sama ada

dengan menyebutkan bandingan lain di antaranya atau dengan tiada menyebutkan bandingan

lagi. Bahasa figuratif bernada indah apabila didengar. Cara dan maksud penyampaiannya

pula mengandung maksud yang tersurat dan yang tersirat. Antara jenis gaya bahasa figuraif

kesusasteraan Melayu termasuklah personifikasi, metafora, simile dan hiperbola.

3.1 Personifikasi

Personifikasi merujuk kepada gaya bahasa penginsanan. Dalam erti kata yang lain,

kita memberikan sifat manusia sama ada dari segi perasaan, perwatakan atau tindak

tanduk kepada benda-benda yang mati, idea ataupun hal-hal yang lebih abstrak.

Berikut adalah contoh gaya bahasa personikasi yang dikaji dalam cerpen ini.

Contoh :

1) Angin bernyanyi dengan lagu sunyinya ( ms 7 )

2) Malah bertambah indah apabila cahaya perak menyapu sekeliling bulan ( ms 7)

3) Awan larat tiada lagi menabiri bulan yang sedang tersenyum ( ms 9 )

Penerangan :

Berdasarkan petikan di atas, jelas menunjukkan pengarang menggunakan bahasa

personifikasi dalam cerpen yang dikaji. Unsur-unsur alam seperti angin, cahaya dan

juga bulan diberikan perwatakan seperti manusia. Pada petikan yang pertama,

pengarang mengandaikan bahawa angin itu seakan menyanyi dengan lagu sunyinya.

Erti sebenar ungkapan ini bukanlah maksudnya angin itu benar-benar menyanyi

seperti manusia. Maksudnya ialah angin itu berhembus dan mengeluarkan bunyi yang

sunyi. Jadi, keadaan ini disamakan dengan perbuatan menyanyi seperti manusia.

Penulis bertujuan untuk memberikan bayangan keadaan latar tempat kepada pembaca.

Page 5: second-cdn.f-static.com · Web viewal-adabi iaitu sastera yang terbina daripada jiwa yang halus. Fungsinya adalah mendidik dan mengasuh hati nurani dengan nilai-nilai murni supaya

Begitu juga pada petikan kedua dan juga ketiga pada contoh ayat di atas. Cahaya

perak menyapu sekeliling bulan membawa makna bahawa cahaya bulan itu terang

sehingga cahayanya menebar ke sekililing. Begitu juga pada ayat yang ketiga itu

bulan yang sedang tersenyum membawa erti bahawa bulan itu tetap pada terangnya.

3.2 Hiperbola

Hiperbola merujuk kepada bahasa kiasan yang menyatakan sesuatu secara berlebih-

lebihan daripada keadaan yang sepatutnya. Tujuan penggunaanya adalah untuk

meluahkan perasaan mahupun tanggapan secara melampau. Ia juga berfungsi untuk

menyampaikan maksud pengarang secara mendalam kepada pembaca. Berikut ialah

contohnya:

Contoh :

1) Lalu tawa pun pecahlah berderai sedangkan Dara diam sahaja, hanya tangannya

yang bermain padi di dalam ambung. ( ms 12 )

2) Seminggu lamanya Uda bermuram durja, pedih benar hatinya disindir orang

orang yang memandangnya rendah tidak sebanding dengan Dara. ( ms 16 )

3) Dara mengeringkan air matanya, matanya merah seperti saga, hatinya marah

bernyala-nyala dia pun berkata ( ms 24 )

Penerangan :

Pada ayat yang pertama, pengarang menggambarkan kepada pembaca kemeriahan

suasana latar masyarakat kampung dalam cerpen ini. Uda dan Dara hidup dalam

suasana masyarakat yang saling membantu dalam mengerjakan sesuatu tujuan. Untuk

menyampaikan keakraban hubungan ini, maka pengarang menggunakan gaya bahasa

hiperbola untuk memberikan kefahaman secara kuat kepada pembaca. Begitu juga

pada ayat kedua yang berunsur hiperbola. Perasaan Uda sangat kecewa setelah

mendapat tahu niatnya terhalang untuk memperisterikan Dara angkara berbezanya

letak darjat antara dua insan. Situasi yang sama juga berlaku pada ayat yang ketiga.

Page 6: second-cdn.f-static.com · Web viewal-adabi iaitu sastera yang terbina daripada jiwa yang halus. Fungsinya adalah mendidik dan mengasuh hati nurani dengan nilai-nilai murni supaya

3.3 Simile

Gaya bahasa Simile merujuk kepada bahasa kiasan yang membandingkan sesuatu

benda, keadaan ataupun suasana dengan jelas. Syaratnya, ia perlu mempunyai sifat

persamaan dengan benda, keadaan ataupun suasana yang hendak dibandingkan tadi.

Lazimnya, gaya bahasa ini menggunakan ungkapan kata tertentu iaitu seperti,

umpama, bak, bagai, ibarat dan semisal dengannya.

Contoh :

1) Dara mengeringkan air matanya, matanya merah seperti saga, hatinya marah

bernyala-nyala dia pun berkata ( ms 24 )

2) Si Uda dan si Dara sama cantik sama padan ibarat pinang dibelah dua ( ms 14 )

3) Uda bukan seorang lelaki yang menyimpan kasih sayang, tetapi dia anak lelaki,

keras hatinya seperti besi. ( ms 17 )

Penerangan :

Penggunaan kata seperti dan ibarat pada contoh ayat di atas merupakan unsur bahasa

simile yang diketangahkan pengarang dalam cerpen. Ia bertujuan untuk

menggambarkan keadaan perwatakan antara Uda dan Dara yang sepadan sifanya.

Pengarang juga menggunakan unsur simile untuk menggambarkan perasaan sedih dan

kedukaan yang dihadapi antara kedua watak ini.

Page 7: second-cdn.f-static.com · Web viewal-adabi iaitu sastera yang terbina daripada jiwa yang halus. Fungsinya adalah mendidik dan mengasuh hati nurani dengan nilai-nilai murni supaya

4.0 ANALISIS BAHASA EMOTIF

Bahasa emotif merujuk kepada gaya bahasa yang melibatkan unsur emosi. Apabila dibaca,

ayat ini akan menimbulkan unsur emosi kepada pembaca sama ada sedih, gembira, marah,

ketawa dan yang semisal dengannya. Dalam cerpen yang dikaji, pengarang banyak

menerapkan bahasa emotif yang berunsur sedih terutama pada jalan pertengahan dan akhir

cerita cerpen. Timbul juga unsur emosi yang lain tetapi tidak ditinjau secara kerap oleh

pengarang. Berikut adalah contohnya.

a) Dara tunduk tidak menyahut. Perasaannya terharu, dadanya sebak dan

matanya digenangi air. ( ms 10 )

Bahasa emotif yang ditekankan pengarang dalam ayat ini berunsurkan kegembiraan.

Dara berasa sangat gembira apabila Uda mengkhabarkan kepada dirinya bahawa dia

akan meminangnya dalam waktu yang terdekat. Dara tidak dapat menahan perasaan

gembiranya sampai dia tertunduk dan diam. Impian yang dinanti-nanti selama ini

akhirnya sampai kepada tujuan. Tinggal menunggu hari dan waktu sahaja lagi buat

merealisasikannya.

b) Seminggu lamannya Uda bermuram durja, pedih benar hatinya disindir

orang, orang yang memandangnya rendah dan tidak sebanding dengan Dara.

( ms 16)

Pengarang cuba menerapkan unsur sedih dalam ayat ini. Uda sangat sedih dan kecewa

apabila hajatnya buat memperisterikan di Dara tidak kesampaian. Angkara perbezaan

darjat, cinta yang selama ini diperjuangkan terhalang dan terkandas di pertengahan

jalan. Ibu Dara terlalu memandang harta dan ringgit sehingga buta dalam menilai

kemurniaan hubungan anaknya bersama Uda.

c) Dara menangis tersedu-sedu. Hatinya benar-benar tersayat, tersayat oleh

kekecewaanya. ( ms 18 )

Dara tidak dapat menahan kesedihannya setelah mendapat khabar bahawa Uda akan

meninggalkannya untuk satu jangka masa yang lama. Dia berusaha menghalang niat

kekasihnya itu kerana pada firasat hatinya, sesuatu yang buruk bakal menimpa. Dia

risau sekali tidak sempat bertemu di kemudian hari seandainya kekasihnya itu pergi

meninggalkannya. Usahanya gagal, hanya linangan air mata yang mengiringi

pemergian itu.

Page 8: second-cdn.f-static.com · Web viewal-adabi iaitu sastera yang terbina daripada jiwa yang halus. Fungsinya adalah mendidik dan mengasuh hati nurani dengan nilai-nilai murni supaya

d) Kami miskin tuan haji. Jika bahagian ini tak dibahagikan apakah yang akan

kami makan? Kasihanilah hamba yang tua ini tuan haji. ( ms 20 )

Dalam ayat ini, bahasa emotif yang ditekankan lebih kepada unsur memujuk. Setelah

kepergian Uda, tinggallah bersendirian ibunya di kampung. Maka, usaha buat

meneruskan hidup terpaksa dilakukan sendiri. Di suatu waktu, ibu Uda mengalami

kesusahan. Hasil padi yang diusahakan tidak mencukupi buat menyara hidup. Dia

cuba meminta bantuan daripada tuan haji, namun gagal. Setelah merayu beberapa

kali, baru sampai niat dan tujuannya itu.

e) Mengapa begini benar kau nak? Kau pergi melangkah muda, kau kembali

melangkah tua. ( ms 21 )

Unsur emosi dalam ayat ini ialah terkejut. Ibu Uda sangat terkejut melihat perubahan

anaknya setelah kembali ke kampung. Kepergiannya selama ini untuk merantau ke

kota, pada jangkaan ibunya baik sahaja, ternyata tidak. Uda sudah berubah

penampilannya. Tubunya yang dahulu gagah melangkah kini kurus dan tinggal

berangka. Maka, pengarang cuba menerapkan unsur suspen di sini apabila Ibu Dara

terkejut melihat perubahan anaknya itu.

f) Di tanah yang masih basah dan merah itu, menyembahlah dia menangis

tersedu-sedu menggoncang bahu. ( ms 23 )

Dara berasa sangat kecewa. Kekasih yang dicintainya selam ini telah pergi

meninggalkan buat selama-lamanya. Kesedihannya tidak tertahan lagi, Lalu secara

bersembunyi, dia pun datang ke pusara kekasihnya itu melepaskan kesedihan yang

jauh terpendam di dalam hati.

g) Ketika angin sepoi membelai, Dara pun menutupkan matanya, pejam untuk

selama-lamanya pergi menurutkan kekasihnya, Uda. ( ms 25 )

Pada ayat ini, pengarang benar-benar berjaya menerapkan bahasa emotif yang

berunsurkan kesedihan kepada pembaca. Kejadian ini pastinya tidak dijangkakan oleh

pembaca. Tetapi rentak cerita dalam cerpen ini benar-benar menimbulkan rasa sedih.

Kedukaan Dara yang selama ini mengenang kepergian kekasihnya itu ternyata

memakan dirinyan juga. Dia ditimpa sakit lalu ajal pun telah menjemputnya pergi

buat selama-lamanya.

Page 9: second-cdn.f-static.com · Web viewal-adabi iaitu sastera yang terbina daripada jiwa yang halus. Fungsinya adalah mendidik dan mengasuh hati nurani dengan nilai-nilai murni supaya

5.0 ANALISIS BAHASA SENSORI

Sensori ertinya deria. Deria manusia terdiri daripada lima bahagian iaitu deria sentuhan,

penglihatan, pendengaran, menghidu dan merasa. Bahasa sensori dalam kesusasteraan terkait

dengan penggunaan kelima-lima unsur deria tersebut. Dalam cerpen dikaji, pengarang turut

menerapkan penggunaan bahasa sensori supaya kandungan penceritaan novel menjadi

menarik. Berikut contohnya :

a) Penglihatan

Pengungkapan Penerangan

1) Ratapan seorang gadis yang kehilangan

tempat mencurahkan kasih sayang yang

sejati. ( ms 22)

Ungkapan ini adalah bahasa sensori

yang melibatkan deria penglihatan.

Ratapan seorang gadis di sini merujuk

ratapan Dara yang berduka akibat

kehilangan kekasihnya yang tercinta

iaitu Uda.

2) Menangis ibunya melihat keadaan

puteranya yang dulunya segar bugar,

dalam dalam silat, gagah dalam gerak kini

hanya sebagai rangka ( ms 21)

Unsur sensori dalam ayat ialah melihat.

Ibu Uda terkejut melihat anaknya yang

sekelip berubah setelah kembali ke

kampung yang sebelum ini pergi jauh

merantau ke kota mengubah nasib diri.

3) Uda tersenyum dan melihat-lihat

keliling Dara. ( ms 13 )

Ungkapan ini melibatkan deria

penglihatan iaitu Uda yang melihat

sekeliling kekasihnya dalam satu

perjumpaan antara mereka berdua

4) Uda merenung jauh memandang sawah

yang kering oleh musim kemarau.( ms 18 )

Bahasa sensori di sini dapat

dikenalpasti melalui perkataan

memandang yang melibatkan unsur

penglihatan

5) Ketika itu, setangkai kembang kemboja

kelihatan gugur perlahan . ( ms 23 )

Bahasa sensori di sini dapat

dikenalpasti melalui perktaan kelihatan

yang merujuk kepada deria penglihatan

6) Dipandangnya nisan kayu yang tegak

itu, dilihatnya pohon puding yang

Bahasa sensori dalam ungkapan ini

dikenalpasti melalui perkataan

Page 10: second-cdn.f-static.com · Web viewal-adabi iaitu sastera yang terbina daripada jiwa yang halus. Fungsinya adalah mendidik dan mengasuh hati nurani dengan nilai-nilai murni supaya

dicacakkan orang dilihatnya mewakili deria penglihatan

7) Dara tunduk memandang bumi, bumi

tanah air yang dikasihi. ( ms 19 )

Bahasa sensori dalam ungkapan ini

dikenalpasti melalui perkataan

memandang mewakili deria

penglihatan dalam bahasa sensori

b) Pendengaran

Pengungkapan Penerangan

1) Tetapi, baru sahaja dia akan,

terdengarlah suara kecil halus ketawa.

( ms 9 )

Perkataan terdengarlah mewakili unsur

pendengaran dalam ayat tersebut

2) Sedu sedannya terdengar perlahan

keuar daripada pecahan-pecahan dinding

pondok usangnya. ( ms 22

Ibu Uda menangis tersedu-sedu setelah anak

yang disayangi olehnya selama ini telah

meninggalkannya buat selama-lamanya.

3) Suara jengkerik sahut bersahut,

sedang pungguk merayu mendayu. ( ms

13 )

Perkataan suara mewakili unsur

pendengaran dalam ayat tersebut

4) Kemudian bunyi antan saling

bertingkah diselang bunyi padi

membertih melanting-lanting digoreng.

( ms 13)

Perkataan bunyi mewakili unsur

pendengaran dalam ayat ini

5) Jauh di sana, terdengar suara

pungguk. Suara yang berhiba-hiba

menimbulkan kesayuan. ( ms 11 )

Perkataan terdengar mewakili unsur

pendengaran dalam ayat ini.

c) Penghiduan

Pengungkapan Penerangan

katanya lama sudah dia melihat bunga

melati di rumah ini, bunga melati yang

harum baunya ke mana-mana, gah ke

seluruh kampung, tiada tara dan

bandingannya. ( ms 15 )

Perkataan harum baunya mewakili unsur

penghiduan dalam ayat ini.

Page 11: second-cdn.f-static.com · Web viewal-adabi iaitu sastera yang terbina daripada jiwa yang halus. Fungsinya adalah mendidik dan mengasuh hati nurani dengan nilai-nilai murni supaya

6.0 ANALISIS PERIBAHASA

Peribahasa merupakan ungkapan pendek, terdiri daripada kata-kata tertentu disertai dengan

makna yang tertentu. Lazimnya, peribahasa bentuknya berkias, berlapik dan tersirat

maksudnya. Menurut Za;’ba ( 1934 ), peribahasa ialah susunan kata yang pendek dengan

makna yang luas, mengandungi kebenaran, sedap didengar dan bijak perkataannya.

Menurutnya lagi, peribahasa juga boleh dimaksudkan sebagai segala susunan cakap pendek

yang melekat di mulut orang ramai sejak beberapa lama oleh sebab sedap dan bijak apabila

didengar. Peribahasa terdiri daripada beberapa jenis iaitu simpulan bahasa, perumpamaan.,

bidalan dan pepatah. Dalam cerpen yang dikaji, pengarang ada juga menyelitkan beberapa

unsur peribahasa sebagai jalan buat menyedapkan lagi bahasa dan jalan cerita dalam cerpen.

Berikut ialah contohnya:

a) Perumpamaan

Pengungkapan Penerangan

1) Seperti aur dengan tebing ( ms 12 ) Kumpulan atau masyarakat yang hidup

saling membantu antara satu sama lain.

2) Ibarat pinang dibelah dua ( ms 14 ) Pasangan yang sama cantik sama padan.

Uda dan Dara diumpamakan pengarang

dalam cerpen seperti pinang dibelah dua.

b) Pepatah

Pengungkapan Penerangan

Orang hendak seribu daya, jika tak

mahu seribu upaya. ( ms 14 )

Jika kita hendak melakukan sesuatu, kita

akan menyempurnakannya dengan

sedaya upaya kita. Begitu juga

sebaliknya.

Page 12: second-cdn.f-static.com · Web viewal-adabi iaitu sastera yang terbina daripada jiwa yang halus. Fungsinya adalah mendidik dan mengasuh hati nurani dengan nilai-nilai murni supaya

7.0 ANALISIS GAYA BAHASA

Dalam cerpen yang dikaji, saya mendapati terdapat beberapa unsur gaya bahasa yang

diterapkan oleh pengarang dalam cerpen ini. Berikut adalah contohnya:

a) Anafora

Pengulangan kata atau ungkapan pada awal baris

Pengungkapan Penerangan

1) Kalau pakat sudah bulat, kalau

kata sudah seia ( ms 10 )

Pengulangan kata kalau dan ini merujuk

kepada gaya bahasa anafora yang

diketengahkan pengarang dalam cerpen.

2) Ke sawah tak biasa, ke ladang

hanya bersuka-suka

Ungkapan ini jelas menunjukkan gaya bahasa

anafora iaitu berlaku pengulangan kata ke

pada awal baris ayat.

3) Entahkan untuk menampal

permatang yang runtuh, entahkan

untuk mengemudi kerbau di sawah. (

ms 16 )

Berlaku pengulangan kata entahkan pada

awal baris ayat

4) Anak ibu hanya seorang, anak

bujang memang bertualang, anak

dara menyimpan sayang. ( ms 17 )

Berlaku pengulangan kata anak pada awal

baris ayat

5) Ada yang mengerjakan sendiri,

ada yang bantu-membantu. ( ms 19 )

Berlaku pengulangan kata ada dalam awal

baris ayat

b) Anadiplosis

Pengulangan kata akhir dalam sesuatu klausa pada permulaan klausa yang berikutnya.

Pengungkapan Penerangan

1) Hatinya benar-benar tersayat,

tersayat oleh kekecewaannya. ( ms 18)

Berlaku pengulangan kata tersayat pada

klausa yang berikutnya.

2) Ah, jika hati mencari bimbang,

bimbanglah datangnya. ( ms 18 )

Berlaku pengulangan perkataan bimbang

pada klausa yang berikutnya

3) Dara tunduk memandang bumi, bumi

tanah air yang dikasihi. ( ms 19 )

Berlaku pengulangan kata bumi pada

klausa yang berikutnya

Page 13: second-cdn.f-static.com · Web viewal-adabi iaitu sastera yang terbina daripada jiwa yang halus. Fungsinya adalah mendidik dan mengasuh hati nurani dengan nilai-nilai murni supaya

4) Kak Long datang membawa pesan,

pesan orang harus disampaikan, pesan

daripada ibu si Uda. ( ms 15 )

Berlaku pengulangan kata pesan pada

klausa yang berikutnya

c) Sinkope

Gaya bahasa singkatan

Pengungkapan Penerangan

1) Apa boleh buat, lawan tak hendak

diajak damai. ( ms 8 )

Berlaku penyingkatan kata tidak kepada

tak

2) Kalaulah boleh kutemani, Uda, ke

langit biru kita bersama. ( ms 9 )

Berlaku penyingkatan kata aku kepada ku

3) Mengapa begini benar kau, nak? Terdapat dua penyingkatan kata yang

berlaku dalam ayat iaitu kata engkau

kepada kau dan kata nak kepada anak.

4) Kau menyiksa dirimu, kau mensia-

siakan hidumpmu nak. ( ms 21 )

Penyingkatan kata kamu kepada mu

8.0 KESESUAIAN KARYA DALAM PENGAJARAN BAHASA MELAYU

Page 14: second-cdn.f-static.com · Web viewal-adabi iaitu sastera yang terbina daripada jiwa yang halus. Fungsinya adalah mendidik dan mengasuh hati nurani dengan nilai-nilai murni supaya

Cerpen ini amat sesuai dibaca dan digunakan oleh guru dan murid dalam pembelajaran

bahasa melayu di sekolah kerana mengandungi nilai-nilai yang boleh diteladani bersama.

Antara nilai tersebut termasuklah sikap membantu antara satu sama lain. Latar masyarakat

yang digambarkan oleh pengarang dalam cerpen terdiri daripada masyarakat kampung.

Kegiatan ekonomi dan hidup mereka bergantung sepenuhnya kepada aktiviti pertanian

semata-mata. Setiap kali musim menuai tiba, mereka akan bekerjasama antara satu sama lain

termasuklah watak utama iaitu Uda. Di sinilah nilai semangat bekerjasama dipaparkan oleh

penulis dalam cerpen. Sikap saling membantu antara satu sama lain perlu dicontohi oleh

setiap murid di sekolah. Sedaya upaya, guru-guru perlulah menyemai sikap ini kepada para

pelajar mereka kerana terbinanya insan yang cemerlang dan bersahsiah tinggi bersandar

sepenuhnya kepada akhak yang mulia. Syarat untuk mencapai tujuan itu tidak lain tidak

bukan adalah dengan cara penyemaian sikap saling membantu antara satu sama lain.

Selain itu, nilai dan teladan yang seterusnya ialah kita janganlah memandang rendah

terhadap kedudukan dan darjat orang lain sehingga buta dalam menilai mana yang benar dan

mana salah. Manusia itu terpecah kepada dua. Pertama, manusia yang tergolong dalam

kalangan yang kaya. Kedua pula ialah mereka yang hidup miskin. Perbezaan antara kedua

darjat ini janganlah sampai memisahkan perhubungan kita sebagai manusia. Misalnya, dalam

watak ibu Dara, beliau sangat memandang darjat dan harta sehingga buta dalam menilai

kesetiaan perhubungan anaknya bersama Uda. Nilai ini sangat sesuai diterapkan dalam diri

murid sekolah. Sikap memandang rendah kepada yang lemah buanglah jauh-jauh. Yang

renggang itu kita rapatkan dan yang jauh itu kita dekatkan. Bak kata pepatah, buang yang

keruh, ambil yang jernih.

Di samping itu, cerpen ini juga dapat menyemai sikap berani dan bersabar dalam diri

seseorang khusunya kepada para pelajar di sekolah. Hal ini jelas dipaparkan melalui watak

Uda sebagai seorang yang berani dan tangkas dalam menghadapi lawan dalam latihan ilmu

persilatannya. Sikap sabar pula ditunjukkan Dara sebagai wanita yang tabah dalam

menghadapi ujian kehidupannya. Dia begitu sayang terhadap Dara. Kesetiaannya tidak

berbelah bahagi. Namun, kehendak takdir mengatakan yang lain sehinggalah mereka berdua

berpisah. Ini tidak samalah sekali menggoncang kesetiannya dan dia hadapai dengan

kesabaran yang sangat tinggi. Sikap berani dan setia perlulah dicontohi murid di sekolah.

PENUTUP

Page 15: second-cdn.f-static.com · Web viewal-adabi iaitu sastera yang terbina daripada jiwa yang halus. Fungsinya adalah mendidik dan mengasuh hati nurani dengan nilai-nilai murni supaya

Secara keseluruhannya, cerpen ini sangat menarik untuk dibaca dan dikaji. Selain

mengandungi nilai dan pengajaran, pengarang banyak menerapkan pelbagai jenis gaya

bahasa yang bertujuan untuk memberikan kesan mendalam terhadap pembacaan dan

penghayatan pembaca. Cerpen ini terbina daripada beberapa jenis bahasa figuratif, bahasa

emotif, penggunaan bahasa sensori dan juga unsur peribahasa. Saya amat tertarik dengan

penggunaan unsur peribahasa yang diketengahkan penulis dalam cerpen ini. Nada bahasa

yang sedap didengar sangat memberikan kesan mendalam terhadap pembaca tentang mesej

yang hendak disampaikan penulis kepada pembaca. Penggunaan pelbagai jenis gaya bahasa

dalam cerpen ini sekaligus dapat memudahkan pembaca memahami mesej dan maksud yang

terkandang dalam jalan cerita. Hal ini juga turut membuktikan bahawa penulis cerpen ini

benar-benar menguasai ilmu gaya bahasa dalam penulisan novel.

RUJUKAN

Page 16: second-cdn.f-static.com · Web viewal-adabi iaitu sastera yang terbina daripada jiwa yang halus. Fungsinya adalah mendidik dan mengasuh hati nurani dengan nilai-nilai murni supaya

Usman Awang. ( 2019 ). Kami yang Terlibat. Dewan Bahasa dan Pustaka. Kuala

Lumpur. Percetakan Mesbah Sdn. Bhd.

Ariff Mohamad. (2018). Kesusateraan dalam pengajaran bahasa melayu. Tanjung

Malim, Perak: Muhibbah Publication.d

Dr Abu Hassan Abdul. ( 2019 ). Ketrampilan Menulis. Jabatan Bahasa dan

Kesusasteraan Melayu. Universiti Pendidikan Sultan Idris, Perak.

Kamus Dewan Melayu-Inggeris Edisi Keempat. (2012). Dewan Bahasa dan Pustaka.

Kuala Lumpur.

Samsudin A. Rahim. ( 2001 ). Media dan identiti budaya: membangunkan industri

kandungan tempatan yang berdaya tahan. Jurnal Komunikasi: Malaysian Journal of

Communication 17: 67-80.

Za’ba. ( 1965 ). Ilmu Mengarang Melayu. Dewan Bahasa dan Pustaka. Kuala

Lumpur.

LAMPIRAN

Page 17: second-cdn.f-static.com · Web viewal-adabi iaitu sastera yang terbina daripada jiwa yang halus. Fungsinya adalah mendidik dan mengasuh hati nurani dengan nilai-nilai murni supaya