17
8/14/2019 Sayyidina Hassan Jaguh Seks!? http://slidepdf.com/reader/full/sayyidina-hassan-jaguh-seks 1/17 Sayyidina Hassan Jaguh Seks ?  Dipetik dari web: www.darulkautsar.net Sebenarnya cerita Sayyidina Hassan berkahwin dan menceraikan isteri- isterinya seramai lebih dari 200 orang telah lama diketahui penulis kerana ia terdapat di dalam sesetengah buku sejarah. Cerita ini dari masa ke semasa disebarkan melalui tulisan-tulisan, ceramah-ceramah dan kuliah-kuliah dan ianya tersebar dengan meluas di kalangan masyarakat. Walaupun begitu penyebar- penyebar cerita ini berbeza pendapat tentang bilangan isteri Sayyidina Hassan. Ada yang mengatakan isteri Sayyidina Hassan hanya 80 orang kesemuanya, ada yang mengatakan 50 orang sahaja, ada yang mengatakan 100 orang, ada 200 orang, 300 orang bahkan ada juga yang mengatakan sampai 400 orang. Masyarakat kita yang sudah biasa dengan penyebaran cerita-cerita palsu sebegini menganggapnya suatu perkara yang remeh dan tidak perlu diperbesar-besarkan atau pun tidak perlu bersusah payah untuk mengkaji samada ianya cerita benar ataupun rekaan. Apa yang mendorong penulis menulis artikel ini dengan menggunakan tajuk ini ialah kerana terkejut apabila mendengar satu kaset ceramah ugama seorang ustaz yang agak terkenal di sebelah utara negara kita di mana beliau semasa mengajar sebuah kitab bernama “Muhimmah” pada ilmu hadis Nabi s.a.w. (membicarakan adab berkeluarga) telah menyebutkan bahawa Sayyidina Hassan telah berkahwin dengan lebih dari 200 orang !  Sememangnya terdapat kenyataan ini dalam kitab tersebut tetapi yang menariknya, untuk menambahkan lagi serinya, kaset ini diterbitkan dengan nama ‘JAGUH’!  Apa yang menghairankan ialah pembawa-pembawa cerita ini dan orang-orang yang mengajar kitab-kitab yang memuatkan cerita ini langsung tidak menggunakan fikiran mereka dan berhakimkan hati nurani dalam menerima dan seterusnya menyebarkannya di khalayak ramai. Dengan kedudukan mereka sebagai seorang ustaz, guru-guru agama, tok-tok guru, pensyarah dan lain-lain akan mempercepatkan lagi penyebaran cerita-cerita yang karut seperti ini.  

Sayyidina Hassan Jaguh Seks!?

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Sayyidina Hassan Jaguh Seks!?

8/14/2019 Sayyidina Hassan Jaguh Seks!?

http://slidepdf.com/reader/full/sayyidina-hassan-jaguh-seks 1/17

Sayyidina Hassan Jaguh Seks ? 

Dipetik dari web: www.darulkautsar.net 

Sebenarnya cerita Sayyidina Hassan berkahwin dan menceraikan isteri-

isterinya seramai lebih dari 200 orang telah lama diketahui penulis kerana ia

terdapat di dalam sesetengah buku sejarah. Cerita ini dari masa ke semasa

disebarkan melalui tulisan-tulisan, ceramah-ceramah dan kuliah-kuliah dan ianya

tersebar dengan meluas di kalangan masyarakat. Walaupun begitu penyebar-

penyebar cerita ini berbeza pendapat tentang bilangan isteri Sayyidina Hassan. Ada

yang mengatakan isteri Sayyidina Hassan hanya 80 orang kesemuanya, ada yang

mengatakan 50 orang sahaja, ada yang mengatakan 100 orang, ada 200 orang, 300

orang bahkan ada juga yang mengatakan sampai 400 orang. Masyarakat kita yang

sudah biasa dengan penyebaran cerita-cerita palsu sebegini menganggapnya suatu

perkara yang remeh dan tidak perlu diperbesar-besarkan atau pun tidak perlu

bersusah payah untuk mengkaji samada ianya cerita benar ataupun rekaan.

Apa yang mendorong penulis menulis artikel ini dengan menggunakan tajuk ini

ialah kerana terkejut apabila mendengar satu kaset ceramah ugama seorang ustaz

yang agak terkenal di sebelah utara negara kita di mana beliau semasa mengajar

sebuah kitab bernama “Muhimmah” pada ilmu hadis Nabi s.a.w. (membicarakan

adab berkeluarga) telah menyebutkan bahawa Sayyidina Hassan telah berkahwin

dengan lebih dari 200 orang !

 

Sememangnya terdapat kenyataan ini dalam kitab tersebut tetapi yang

menariknya, untuk menambahkan lagi serinya, kaset ini diterbitkan dengan nama

‘JAGUH’!

 

Apa yang menghairankan ialah pembawa-pembawa cerita ini dan orang-orang

yang mengajar kitab-kitab yang memuatkan cerita ini langsung tidak menggunakan

fikiran mereka dan berhakimkan hati nurani dalam menerima dan seterusnya

menyebarkannya di khalayak ramai. Dengan kedudukan mereka sebagai seorang

ustaz, guru-guru agama, tok-tok guru, pensyarah dan lain-lain akan mempercepatkan

lagi penyebaran cerita-cerita yang karut seperti ini.

 

Page 2: Sayyidina Hassan Jaguh Seks!?

8/14/2019 Sayyidina Hassan Jaguh Seks!?

http://slidepdf.com/reader/full/sayyidina-hassan-jaguh-seks 2/17

Cerita ini memang berpunca daripada kitab-kitab yang popular dan menjadi

pegangan kepada masyarakat umum hasil tulisan “orang-orang besar” pula. Tentu

sekali masyarakat yang berjiwa “pak turut” akan menerimanya tanpa soal selidik

lagi, kononnya siapalah kita untuk mempersoalkan cerita-cerita yang disebarkan

ulama-ulama ini!. 

Ahli ilmu yang bertanggungjawab tetap berpendapat bahawa dengan ‘semata-

mata’ wujudnya cerita-cerita seperti ini di dalam kitab-kitab ulama-ulama tertentu

tidak akan menaikkannya ke tahap sahih. Kesahihan sesuatu cerita hanya ditentukan

melalui nilai-nilai yang diterima pakai oleh ulama jarh dan ta’dil (Jarhu wal Ta’dil)

serta kaedah Riwayat dan Dirayah. Jalaluddin As-Suyuuti dalam kitabnya Taarikh Al-

Khulafa’ (m.s. 178) menyebutkan bahawa Ibnu Saad mengemukakan satu riwayat Ali

bin Husain katanya : “Hassan adalah seorang yang suka menceraikan isterinya. Dia

tidak menceraikan seseorang isterinya melainkan dalam keadaan isterinya itu cukup

sayang kepadanya. Dia telah mengahwini seramai 90 orang perempuan”. Hafidz Ibnu

Hajar juga menyebutkan riwayat daripada Ali bin Al-Husain ini tetapi tidak pula ia

menyebutkan bilangan isterinya sampai 90 orang. Beliau menulis, “ Abdullah bin Al-

Hassan berkata, “Sayyidina Hassan jarang sekali tidak beristeri empat serentak dan

beliau adalah seorang yang mempunyai ramai isteri”. (Tahzibu Tahzib jilid 2 m.s.

259).

 

Imam al-Ghazali pula pergi lebih jauh dari itu apabila beliau menulis bahawa,

“Dikatakan Hassan bin Ali seorang yang suka berkahwin sehingga beliau telah

mangahwini lebih 200 orang perempuan. Kadang-kadang beliau mengadakan akad

perkahwinan dengan empat orang perempuan serentak dan kadang-kadang beliau

menceraikan empat orang isterinya serentak lalu menukarkan mereka dengan isteri-

isteri yang lain. Nabi saw. bersabda kepada Hassan, “Engkau menyerupai rupaku dan

perangaiku.” Baginda saw bersabda lagi, “Hassan sebahagian dariku sedangkan

Husain sebahagian daripada Ali”. Dikatakan banyaknya berkahwin Hassan itu adalah

salah satu perangainya yang menyerupai Rasulullah s.a.w.” ( Ihya’ Ulumuddin jilid 2

m.s. 30)

 

Apabila kita merujuk sumber-sumber Syiah, kita akan dapati di dalam riwayat

Ibnu Syahr Aasyub disebutkan bahawa, “Sayyidina Hassan telah berkahwin dengan

250 orang perempuan”, sedangkan dalam riwayat yang lain disebutkan sampai 300

orang perempuan. (Mulla Baqir Al Majlisi Jila u Aluyun jilid 1 m.s. 438)

 

Page 3: Sayyidina Hassan Jaguh Seks!?

8/14/2019 Sayyidina Hassan Jaguh Seks!?

http://slidepdf.com/reader/full/sayyidina-hassan-jaguh-seks 3/17

Penjelasan yang diberikan oleh pihak Ahlus Sunnah dan Syiah adalah berbeza.

Kalangan Ahlus Sunnah mengatakan bahawa tidak harus seseorang itu berkahwin

dengan lebih daripada empat orang perempuan dalam satu masa. Jadi bagaimana

Sayyidina Hassan boleh mengahwini seramai 200 atau 300 orang perempuan?.

Sudah tentu dengan cara beliau mengahwini empat orang dalam satu masakemudian menceraikannya serentak lalu berkahwin dengan empat yang lain pula

serentak. Dan begitulah seterusnya sebagaimana disebutkan dalam riwayat-riwayat

tadi bahawa Sayyidina Hassan adalah seorang yang suka berkahwin dan bercerai.

 

 Tetapi bukankah Allah tidak suka kepada orang-orang yang suka menukar-

nukar selera dalam soal seks dan bukankah perkara halal yang paling dibenci oleh

Allah s.w.t. ialah perceraian sebagaimana yang kita dapati dalam hadis baik dari

kalangan Ahlus Sunnah atau pun Syiah?

 

Hadis-hadis dari kalangan ahlus Sunnah adalah sebagaimana berikut;

 

1)-Bermaksud :

 

“Sesungguhnya Allah s.w.t. tidak suka lelaki dan perempuan yang suka

menukar-nukar selera (seks)”. (Riwayat Al-Bazzar dan At-Tobrani di dalam Al-Kabir)

 

2)-Bermaksud :

 

“Perkara halal yang paling dibenci oleh Allah ialah talak (cerai). (Ibnu Majah

dan Abu Daud)

 

Manakala ‘hadis-hadis’ dari golongan Syiah adalah seperti berikut;

 

1)-Bermaksud :

 

“Sesungguhnya Allah benci setiap orang yang suka menceraikan isteri dan

suka menukar-nukar selera (seks)” (Al-Kaafi jilid 6 ms 55).

 

2)-Bermaksud :

 

Page 4: Sayyidina Hassan Jaguh Seks!?

8/14/2019 Sayyidina Hassan Jaguh Seks!?

http://slidepdf.com/reader/full/sayyidina-hassan-jaguh-seks 4/17

“Jaafar As-Sadiq berkata : Perkara halal yang paling dibenci oleh Allah ialah

talak dan Allah s.w.t. membenci orang yang suka menceraikan isteri dan menukar-

nukar selera seks”. (Al-Kaafi jilid 6 m.s. 54).

 

Apakah Sayyidina Hassan tidak mengetahui semua ini atau beliau sengajamelanggarnya dan tidak mematuhi arahannya?

Alasan yang diberikan oleh golongan yang menerima cerita sebagai cerita yang

benar ialah: “Oleh kerana masyarakat terlalu inginkan pertalian dan perhubungan

keluarga dengan Rasulullah s.a.w., mereka sendiri yang mahu mengahwinkan anak-

anak mereka dengan Sayyidina Hassan dan bukan Sayyidina Hassan yang

sebenarnya beria-ia mahu berkahwin”. Sebagai bukti mereka mengemukakan

bahawa apabila Sayyidina Ali melarang orang ramai daripada mengahwinkan anak-

anak mereka dengan Sayyidina Hassan kerana beliau suka menceraikan isteri lantasbangun seorang lelaki daripada Hamdan seraya berkata: “Demi Allah wahai Amirul

Mukminin kami pasti akan mengahwinkannya dengan sesiapa yang dia mahu. Jika

dia mahu mengekalkan terus sebagai isterinya terserah kepadanya dan jika dia

mahu menceraikannya juga terserah kepadanya”. Mendengar kata-kata itu Sayyidina

Ali amat gembira lantas beliau mengungkapkan satu syair bermaksud :

“Andaikata aku penjaga pintu Syurga nescaya akan kukatakan kepada penduduk

Hamdan, “masuklah kamu ke dalamnya (Syurga) dengan selamat sejahtera”. (Ihya’

Ulumuddin jilid 2 m.s. 54 dan Al-Kaafi jilid 6 m.s. 56) 

Sementara golongan Syiah pula memberi alasan dengan mengatakan apa

salahnya kalau Sayyidina Hhassan berkahwin sampai 300 orang sebagaimana

menurut riwayat mereka itu. Bukankah perkahwinan mut’ah mengharuskan seorang

lelaki berkahwin sampai seribu orang? (Lihat Al-Istibsor jilid 3 m.s. 147 dan Tahzibul

Ahkam jilid 7 m.s. 259)

Jadi apa yang dikatakan Sayyidina Hassan berkahwin sampai lebih daripada

200 orang atau 300 orang itu adalah perkahwinan secara mut’ah bukan perkahwinanbiasa.

Bagaimanapun yang menjadi persoalan ialah di dalam perkahwinan mut’ah

tidak ada talak dan cerai. Tidak ada maknanya dikatakan Sayyidina Hassan suka

mencerai isteri-isterinya jika perkahwinan dengan mereka adalah perkahwinan

Page 5: Sayyidina Hassan Jaguh Seks!?

8/14/2019 Sayyidina Hassan Jaguh Seks!?

http://slidepdf.com/reader/full/sayyidina-hassan-jaguh-seks 5/17

mut’ah. Perceraian bagi Syiah juga adalah khusus untuk perkahwinan biasa yang

tidak boleh melebihi empat orang. Jadi alasan ini sebenarnya lemah.

 

Alasan lain yang dikemukakan oleh seorang tokoh Syiah bernama Zuhurul

Hassan Brailwi di dalam komentarnya terhadap Jalaul-Uyun pula ialah, “SebabnyaSayyidina Hassan selalu berkahwin dan bercerai ialah boleh dikatakan isteri-isteri

yang diceraikannya itu telah mengadakan pakatan jahat dengan Mu’awiah untuk

meracuninya. Apabila Sayyidina Hassan mengesyaki salah seeorang isterinya

bersubahat dengan Mu’awiah untuk membunuhnya, beliau lantas menceraikannya,

seolah-olah semua isterinya itu boleh dibeli oleh Mu’awiah”. Dan jika begitulah

keadaannya, di manakah kebenaran dakwaan dan keinginan untuk mengadakan

hubungan dengan keluarga Rasulullah s.a.w. yang selalu ditonjol-tonjolkan itu

sebagaimana dikemukakan di dalam Jilaul Al-Uyun, “Bahawa isteri-isteri Hassan

(termasuk yang telah diceraikannya) keluar menangisi dan meratapi Hasan apabila

mereka mendapat tahu tentang kematian beliau dalam keadaan tidak berkasut” ?

Semuanya ini menampakkan mereka sangat kasih kepada Sayyidina Hassan.

Bagaimana pula mereka tergamak untuk meracuninya?” (Jilaul Al- Uyun jilid 1 ms

439)

 

Satu kemusykilan timbul apabila kita mengatakan Sayyidina Hassan

menceraikan isteri-isterinya kerana mereka bersubahat dengan Mu’awiah dan diupah

oleh Mu’awiah untuk meracuni Hassan iaitu: Kenapakah Sayyidina Hassan tidak

menceraikan isterinya yang bernama Ja’adah binti Al-As’ath yang sememangnya

diketahui akan meracuninya? Kerana mengikut ajaran Syiah, seseorang Imam

mengetahui bila dan bagaimana dia akan mati. Bukankah dengan tidak menceraikan

  Ja’dah itu seolah-olah Sayyidina Hasan mahu membunuh dirinya? Apabila beliau

telah mengetahui berdasarkan wahyu bahawa beliau tidak akan mati di tangan isteri-

isterinya yang lain, kenapa pula beliau menceraikan mereka sedangkan Ja’dah yang

sememangnya akan meracuninya tidak diceraikannya?

 

Sesungguhnya riwayat dan cerita seperti ini tidak dapat bertahan apabila diuji

dengan penguji ilmu riwayat dan dirayah. Kepalsuannya akan terbongkar apabila kita

menilainya dengan neraca ilmu ini kerana tidak ada satupun cerita ini sampai kepada

kita dalam bentuk ‘muttasil’ (bersambung-sambung mata rantai periwayat).

 

Suyuuti menyebutkan riwayat ini terdapat di dalam Tabaqat Ibnu Saad. Beliau

tidak mengemukakan sanad cerita ini dengan lengkap. Apabila diselidiki Tabaqat

Page 6: Sayyidina Hassan Jaguh Seks!?

8/14/2019 Sayyidina Hassan Jaguh Seks!?

http://slidepdf.com/reader/full/sayyidina-hassan-jaguh-seks 6/17

Ibnu Saad yang ada pada hari ini kita tidak menjumpai cerita ini. Kalau diandaikan

cerita ini memang ada di dalam Tabaqat sekalipun, apalah gunanya (atau setakat

mana nilainya) kerana boleh dikatakan lapan puluh peratus (80%) daripada

kandungannya diambil oleh Ibnu Saad daripada Waqidi yang terkenal sebagai

seorang pendusta mengikut ahli-ahli ilmu Rijal. 

Perawi-perawi lain juga terdiri daripada orang-orang yang kebanyakannya

lemah. Lagipun di manakah ada kebenaran rujukan Suyuuti ini sekiranya di dalam

kitab yang dirujuknya tidak terdapat cerita itu? Imam Al-Ghazali juga langsung tidak

menyebutkan sanad dan punca dalam mengemukakan cerita ini. Tentu sekali Imam

Ghazali tidak menyaksikan sendiri peristiwa Sayyidina Hassan berkahwin dengan

sekian ramai perempuan kerana Imam Ghazali wafat pada tahun 505 H sedangkan

Sayyidina Hassan telah wafat pada tahun 50 H. Hanya ada satu cara untuk Imam

Ghazali mengetahuinya iaitu melalui rantaian sanad tetapi telah terbukti bahawa

tiada sanadnya.

 

Bagaimanapun beliau agak bertanggungjawab dalam mengemukakan cerita ini

apabila beliau mengemukakannya dengan lafaz “ Yuqaalu” dan “Qiila” yang memberi

makna “kata orang” atau “dikatakan”. Sighah tamridh seperti ini di dalam ilmu

riwayat hadis menunjukkan cerita ini tidak berasas hanya ia merupakan khabar-

khabar angin atau kalau adapun sandarannya maka sandarannya itu bukanlah boleh

dipertanggungjawabkan kerana kelemahannya. Namum tetap mendukacitakan

kerana Imam Ghazali kemudiannya terus menjadikan kisah Sayyidina Hassan suka

menceraikan isterinya sebagai dalil bagi keharusan menceraikan isteri dan sunnah

menggantikannya dengan yang lain sekiranya hatinya belum tenang dengan si

isterinya itu. Padahal sepatutnya setelah cerita ini dikemukakan dengan ‘sighah

tamridh’ oleh beliau sendiri, beliau tidak lagi menjadikannya sebagai dalil untuk

sebarang hukum.( Ihya’ Ulumuddin jilid 2 m.s. 30)

 

Bagaimanapun mujurlah Imam Ghazali tidak dianggap seorang yang Muktabar

dalam ilmu hadis kerana itulah banyak sekali hadis-hadis dan atsar yang

dikemukakan oleh beliau di dalam Ihya’ Ulumuddin itu dipertikaikan malah dikatakan

palsu oleh sebahagian besar tokoh-tokoh ulama hadis. (Lihat ‘At-Ta’liqul Haafilah ‘alal

ajwibatil faadhilah’ ms 118, Abdul Fattah Abu ‘Ghuddah).

 

Daripada sedikit sebanyak perawi yang disebutkan, seperti diriwayatkan

daripada Ali bin Al-Husain dan Abdullah bin Hasan bin Hasan, dapat dikesan bahawa

Page 7: Sayyidina Hassan Jaguh Seks!?

8/14/2019 Sayyidina Hassan Jaguh Seks!?

http://slidepdf.com/reader/full/sayyidina-hassan-jaguh-seks 7/17

cerita ini berpunca daripada golongan yang mendakwa cintakan Ahlul Bait (Syiah)

kerana nama-nama ini, adalah nama-nama orang yang dianggap mereka sebagai

imam di dalam kitab-kitab mereka sendiri sebagaimana disebutkan tadi. Ertinya

kisah ini langsung tidak ada nilainya di sisi Ahlus Sunnah Wal jamaah yang

berpegang kepada prinsip-prinsip percaya kepada Al-Quran dan As-Sunnah yangbenar. Cerita ini kalaupun tersebar di kalangan mereka hanyalah kerana terpesona

dan terpedaya dengan fitnah dan kekarutan yang disebarkan oleh Syiah. Jelasnya

kita tidak dapat mengesan cerita ini dalam kitab-kitab Ahlus Sunnah Wal Jamaah

yang muktabar. Hafidz Ibnu Hajar juga dalam Tahzibut Tahzib ketika membawa

riwayat ini tidak mengemukakan sanad-sanadnya. Jadi kesahihannya tidak boleh

dibuktikan.

 

Implilkasi daripada menerima riwayat ini.

 

Kita melihat persepsi dan implikasi yang berbeza kepada mereka yang

menerima cerita ini:

 

1)  Ada di antara mereka menganggap cerita ini hanya khusus untuk Sayyidina

Hassan sebagai cucu Rasulullah s.a.w. sahaja dan tidak boleh dijadikan

sebagai contoh dan ikutan. Sayyidina Hasan sebagai seorang pemimpin Islam

yang istimewa di zaman permulaan Islam, tentu sekali telah melakukan

keadilan walaupun telah menceraikan 300 orang isterinya dan kita tidak layak

mengharungi perbicaraan untuk menentukan wajar atau tidak wajarnya

perbuatan Sayyidina Hassan itu.

 

2)  Golongan yang kedua pula memang telah menjadikan Sayyidina Hassan itu

sebagai contoh yang patut diikuti. Tidak lama dahulu satu kumpulan yang

kemudiannya disahkan sesat dan menyeleweng daripada aqidah Islam telah

menjadikan perbuatan Sayyidina Hassan mengahwini lebih 200 orang

perempuan kemudian menceraikan mereka sebagai alasan untuk

mempraktikkannya dalam kehidupan kekeluargaan mereka dengan menanam

fahaman bahawa isteri-isteri yang sudah agak tua sewajarnya menarik diri

dan mempelawakan kepada suami supaya diceraikan untuk memberi laluan

kepadanya berkahwin dengan perempuan-perempuan lain. Kenyataan-

kenyataan ini boleh dilihat dalam tulisan-tulisan dan pengajaran-pengajaran

kumpulan ini kerana kononnya perempuan yang ideal dan calon ahli syurga

pada anggapan mereka ialah perempuan yang bersedia mengorbankan

Page 8: Sayyidina Hassan Jaguh Seks!?

8/14/2019 Sayyidina Hassan Jaguh Seks!?

http://slidepdf.com/reader/full/sayyidina-hassan-jaguh-seks 8/17

dirinya dengan diceraikan oleh suami. Walaupun begitu mereka juga

mengaitkan golongan mereka dengan golongan Ahli Sunnah Wal Jamaah yang

tidak membenarkan perkahwinan dengan lebih daripada empat orang

perempuan dalam satu masa. Jadi satu-satunya cara untuk mencontohi

Sayyidina Hassan adalah dengan mengahwini empat orang perempuan dalamsatu masa dan kemudian menceraikan mana-mana satu daripada mereka

untuk digantikan dengan yang lain.

 

3)  Golongan Syiah pula menganggap perbuatan Sayyidina Hassan sebagai satu

bukti yang kuat membenarkan perkahwinan mut’ah kerana perkahwinan

biasa mesti tidak lebih dari empat orang dalam satu masa tetapi jika

perkahwinan itu berlaku secara mut’ah lebih daripada itupun boleh. Bahkan

mereka mendakwa selain daripada Sayyidina Hassan, Sayyidina Ali dan

Rasulullah s.a.w. sendiripun telah berkahwin secara mut’ah. Perempuan yang

telah berkahwin secara mut’ah pada mereka sama seperti hamba sahaya

yang tidak terikat dengan bilangan empat sahaja untuk dikahwini.

 

4)  Golongan yang keempat pula ialah golongan orientalis yang menjadikan cerita

Sayyidina Hassan sebagai bahan ejekan terhadap Sayyidina Hassan sendiri

dan terhadap ajaran agama Islam yang nampaknya terlalu tidak

bertanggungjawab dan memperhambakan jenis perempuan sehingga

sebegitu rupa.

 

Adakah ajaran Islam yang membenarkan perkahwinan yang kosong daripada

tanggungjawab dan sepi daripada belas kasihan seperti itu boleh diterima oleh

manusia sebagai ajaran yang datang daripada Allah s.w.t? Mereka menyimpulkan

Sayyidina Hasan sebagai seorang yang suka berfoya-foya dan tidak mahu memikul

tanggungjawab. Apatah lagi apabila didapati juga di dalam buku sejarah bahawa

Sayyidina Hasan berjanji dengan Mu'awiah, sebagai satu syarat beliau menyerah

kuasa, Mu'awiah hendaklah memberikan hasil mahsul Daarul Irbahd di Iraq

sepanjang hayatnya dan 5 juta dirham untuk dirinya pada tiap -tiap tahun disamping

dua juta dirham untuk saudaranya Husain – (Ensaiklopedia Islam jld 7, ms 401-402

edisi Arab).

Ini semuanya bagi mereka adalah untuk melepaskan diri daripada tanggung

  jawab pemerintahan dan untuk berfoya-foya dengan sepuas-puas hatinya tanpa

sebarang ikatan terhadap tugas pemerintahan. Perkara ini boleh dilihat dalam

Page 9: Sayyidina Hassan Jaguh Seks!?

8/14/2019 Sayyidina Hassan Jaguh Seks!?

http://slidepdf.com/reader/full/sayyidina-hassan-jaguh-seks 9/17

Ensiklopedia Islam tulisan orientalis H. Lammens di bawah tajuk '' Biografi Hasan bin

Ali ''.

Ringkasnya kita melihat tidak ada satu pun kesan baik daripada menerima

cerita ini malah ia menimbulkan pelbagai kekeliruan dan dilema di kalanganmasyarakat yang menerimanya di samping kecelaruan dan haru-birunya

rumahtangga orang-orang yang cuba mencontohi Sayyidina Hasan (kononnya)

dalam soal ini .

Kepalsuan cerita ini jika ditinjau dari sudut dirayat (aqliah) dapat dilihat dari

beberapa sudut berikut:

1) Sayyidina Hasan dikatakan telah berkahwin dengan 300 orang perempuan

tetapi berdasarkan sumber-sumber rujukan yang ada menunjukkan beliau hanya

mendapat lapan orang anak lelaki sahaja sebagaimana yang disebutkan oleh Ya'qubi

iaitu:

i. Hasan - anaknya dari Khaulah bt Manzu

ii. Zaid - dari isterinya Ummu Basyir bt Abi Mas'ud Al Ansari

iii. Umar

iv. Qassim

v. Abu Bakar

vi. Abdul Rahman

vii.  Talhah

viii. Ubaidullah

ix. Enam orang anak beliau yang terakhir adalah anak -anak daripada hamba

sahayanya Taarikh (Ya'qubi - jld 2 ms 137)

 Tetapi menurut Ibnu Qutaibah , anak-anak beliau tujuh orang semuanya iaitu:

i. Hasan - Ibunya ialah Khaulah bt Manzur

ii. Zaid - Ibunya ialah Bintul Uqbah bin Mas'ud

iii. Ummul Hasan - Ibunya juga ialah Bintul Uqbah bin Mas'ud.

Page 10: Sayyidina Hassan Jaguh Seks!?

8/14/2019 Sayyidina Hassan Jaguh Seks!?

http://slidepdf.com/reader/full/sayyidina-hassan-jaguh-seks 10/17

iv. Umar - Ibunya ialah perempuan Tsaqafiah

v. Husain Al Athram - anak dari seorang hamba sahayanya

vi.  Talhah - Ibunya ialah Ummu Ishaq bt Talhah bin Ubaidullah

vii. Ummu Abdillah - anaknya dari seorang hamba sahayanya

(Lihat Al - Ma'arif m.s 92)

Adakah seorang yang berkahwin dengan 300 orang perempuan hanya

mempunyai 7 orang atau 8 orang anak sahaja? Adakah Sayyidina Hasan tidak

mengetahui hadis-hadis yang mengutuk perceraian dan orang-orang yang suka

menukar-nukar selera seks?

Adalah mustahil untuk diterima bahawa Sayyidina Hasan tidak mengetahui

hadis -hadis ini apalagi untuk melanggarnya setelah mengetahuinya.

Alasan yang mengatakan orang ramai mahu menjalin hubungan dengan

Rasulullah s.a.w melalui cucu Baginda Hasan dengan memberikan anak-anak mereka

kepada beliau walaupun semalaman sahaja juga tidak boleh diterima kerana

kenapakah sikap seperti ini ditunjukkan kepada Sayyidina Hasan sahaja? Bukankah

Rasulullah s.a.w mempunyai cucu-cucu yang lain juga seperti Sayyidina Husain?

Adakah pelawaan sebegitu rupa juga pernah terjadi untuk Sayyidina Husain

umpamanya? Bukankah mereka juga dapat menjalinkan hubungan itu melalui

perkahwinan dengan cucu -cucu Rasulullah s.a.w yang lain? Yang jelasnya tidak

terdapat pula cerita-cerita seumpama itu yang dikaitkan dengan mereka.

Di satu pihak kita nampak masyarakat pada masa itu ditonjolkan sebagai suka

dengan tindakan Sayyidina Hasan berkahwin lalu bercerai dengan anak-anak mereka

sedangkan di pihak yang lain pula masyarakat digambarkan tidak suka dengan

sikapnya yang seperti itu. Bahkan Sayyidina Ali sendiri melarang orang ramai

daripada mengahwinkan anak-anak mereka dengan Sayyidina Hasan dengan alasanbeliau suka menceraikan isteri.

Selain dari itu ada juga yang menggangap Sayyidina Hasan tidak layak

memerintah kerana hidupnya yang sibuk dengan soal-soal perkahwinan dan

perceraian. Ini bermakna perbuatan Sayyidina Hasan itu tidak disenangi mereka.

Page 11: Sayyidina Hassan Jaguh Seks!?

8/14/2019 Sayyidina Hassan Jaguh Seks!?

http://slidepdf.com/reader/full/sayyidina-hassan-jaguh-seks 11/17

Kisah Sayyidina Hasan menunjukkan dengan jelas kekosongan jiwanya dari

sifat belas kasihan dan kasih sayang. Beliau jelas ditonjolkan sebagai seorang yang

mementingkan diri sendiri . Perkahwinannya dengan perempuan-perempuan

tersebut adalah semata-mata untuk memuaskan nafsu liarnya. Ini jelas dapat dilihatdalam kitab Ihya Ulumiddin.

Bahawa Sayyidina Hasan pernah menghantar utusan membawa talaknya

kepada dua orang isterinya. Katanya kepada utusan itu, ''Engkau katakan kepada

mereka berdua supaya beriddah dan kepada masing-masing dikirimkan wang

sebanyak 100,000 dirham. Bila utusan itu pulang dari tugasnya, Sayyidina Hasan

bertanya, ''Apa reaksi mereka berdua?'' Kata utusannya, '' Salah seorang darinya

menekur dan menundukkan kepalanya sementara yang seorang lagi menangis

tersedu-sedu.'' Aku mendengar dia berkata, ''Apalah ertinya pemberian yang kecil ini

dari seorang kekasih yang akan berpisah!''

Sayyidina Hasan pun menundukkan kepalanya dan menampakkan kasihan

kepada perempuan itu tetapi ia kemudiannya berkata, ''Andaikata aku akan merujuk

seseorang isteriku setelah aku menceraikannya , nescaya aku akan merujuk isteriku

ini '' (Ihya Ulumiddin ms 53)

Alkisah Sayyidina Hasan masuk ke dalam rumah Abdul Rahman yang cukup

memuliakannya dan menghormatinya. Dia berkata kepada Sayyidina Hasan dengan

penuh hormat. ''Kenapa tuan tidak menghantar sahaja utusan kepadaku agar aku

dapat pergi menemuimu?" Sayyidina Hasan menjawab, ''Oleh kerana ini hajat saya,

biarlah saya yang datang", Abdul Rahman bertanya ''Apa hajatmu itu ?. Sayyidina

Hasan menjawab, ''Aku datang untuk meminang anakmu.'' Abdul Rahman

menundukkan kepalanya sejenak lalu berkata, ''Demi Allah, tiada siapa pun di atas

muka bumi ini yang lebih aku muliakan daripadamu. Tetapi seperti yang tuan telah

sedia maklum akan menyakitiku apa yang menyakiti anak perempuanku dan akan

mengembirakanku apa yang mengembirakannya, sedangkan tuan (dimaklumi

sebagai) seorang yang suka menceraikan isteri. Aku bimbang tuan akan

menceraikannya pula. Jika itulah berlaku, aku risau hatiku berubah terhadapmu

kerana tuan adalah sebahagian daripada Rasulullah s.a.w. Jika tuan menerima syarat

untuk tidak menceraikannya, nescaya aku akan mengahwinkan tuan dengannya.

Sayyidina Hasan diam lantas bangun dan terus beredar lalu pergi sambil merungut,

''Abdul Rahman hanya mahu memakaikan belenggu di tengkokku'' (Ibid, ms 53, 54)

Page 12: Sayyidina Hassan Jaguh Seks!?

8/14/2019 Sayyidina Hassan Jaguh Seks!?

http://slidepdf.com/reader/full/sayyidina-hassan-jaguh-seks 12/17

Adakah kita boleh menerima gambaran peribadi Sayyidina Hasan yang

sedemikian? Bukankah kelihatan pada sikap Sayyidina Hasan seperti yang tergambar

pada cerita-cerita diatas sifat seorang lelaki yang terlalu mementingkan diri sendiri,

tidak ada langsung belas kasihan dan hanya tahu memuaskan nafsunya semata-mata? Adakah orang yang disebut-sebut oleh Nabi s.a.w. sebagai penghulu atau

ketua pemuda ahli syurga boleh diterima berperangai sedemikian?

Kita hendaklah memilih samaada untuk menerima perangai Sayyidina Hasan

yang seperti itu sebagai pekerti yang baik dan disenangi atau kita menolak terus

cerita-cerita seumpama ini. Andaikata kita menerimanya, kenapa pula kita tidak

mencontohinya dengan mengahwini perempuan seramai mungkin? Barangkali

Sayyidina Hasan telah layak mendapat gelaran ''Ketua Pemuda Ahli Syurga'' ini

kerana sikapnya yang tersebut?

Bukan kita sahaja yang tidak dapat menerima orang yang berperibadi demikian

bahkan orientalis barat dan sesiapapun tidak dapat menerima kelakuan seperti ini

kerana kalau mereka dapat menerimanya, kenapa pula Sayyidina Hasan menjadi

bahan olok-olok dan ejekan mereka?

Sebenarnya tiada siapa yang dapat mengatakan dengan pasti bahawa semua

orientalis yang mengkaji Islam itu tidak ikhlas dalam kajiannya. Mungkin sekali ada

di antara mereka yang bersikap terbuka dan memang ikhlas dalam mengkaji agama

Islam tetapi dengan adanya cerita-cerita yang seperti ini dalam kitab-kitab ulamak-

ulamak Islam yang menjadi ikutan ummat, mereka menjadi jijik dengan Islam

menyebabkan bukan semakin hampir dengan Islam, tetapi mereka akan lari

sejauh-jauhnya dari Islam sambil mengecam dan mengutuknya setelah mengkaji

Islam sekian lama.

Siapakah yang sebenarnya bersalah dalam soal ini? Siapakah yang boleh

dipertanggungjawabkan terhadap butanya mata hati golongan orientalis yang terus

meraba-raba dalam kajiannya? Kalau ulamak-ulamak Islam termasuk juga umatnya

buta sejarah mereka sendiri, bagaimana mungkin kita dapat mencelikkan mereka?

Sebab itu penulis berasa amat dukacita apabila Syeikh Ahmad Muhammad Shakir

dalam komentarnya terhadap Ensiklopedia Islam yang mengumpulkan rencana-

rencana orientalis, tidak menafikan dan menolak terus kisah yang dikaitkan dengan

Sayyidina Hasan ini. Kegagalan seumpama ini telah menyebabkan penulis artikel

Page 13: Sayyidina Hassan Jaguh Seks!?

8/14/2019 Sayyidina Hassan Jaguh Seks!?

http://slidepdf.com/reader/full/sayyidina-hassan-jaguh-seks 13/17

Biografi Sayyidina Hasan telah membuat kesimpulan bahawa Sayyidina Hasan

memang sebenarnya seorang yang suka berfoya-foya dengan perempuan. Di

samping itu riwayat-riwayat tersebut sememangnya terdapat di dalam kitab-kitab

kita. Malah Syeikh Ahmad Muhammad Syakir sebaliknya menempelak oreintalis H.

Lammens dengan mengatakan bahawa nilai kesucian diri di kalangan umat Islamberbeza dengan nilai-nilai yang diterima oleh orang-orang barat, maksud beliau,

dengan berhujah bahawa walaupun Sayyidina Hasan mengadakan hubungan dengan

sekian ramai wanita tetapi semuanya melalui perkahwinan dan berbeza dengan

masyarakat barat yang berkahwin secara legal hanya dengan seorang perempuan

tetapi di samping itu mereka mengadakan hubungan di luar perkahwinan dengan

seberapa ramai wanita yang mereka sukai.

Jawapan yang seperti ini sebenarnya bukan akan mencelikkan mata hati

golongan bukan Islam malah akan semakin mengusutkan mereka. Alangkah

baiknya jika Syeikh Ahmad Muhammad Syakir terus menyangkal cerita-cerita yang

dikaitkan dengan Sayyidina Hasan itu kerana ianya tidak terbukti berdasarkan ilmu

riwayat di samping ia bercanggah pula dengan aqliah umat Islam seperti yang telah

kita sebutkan tadi.

Jika dilihat dari sudut sumber dan punca cerita ini, disana ada dua golongan

yang mungkin menjadi punca penyebaran cerita ini.

I. Golongan Ahlus Sunnah

II. Golongan Syiah

Kemungkinan Ahlus Sunnah sendiri yang menjadi punca penyebar cerita ini

boleh dikesan di dalam sesetengah kitab Ahlus Sunnah tetapi kisah-kisah yang

terdapat di dalam kitab-kitab ini tidak ada satu pun yang boleh dipegangi dan

percayai kerana tidak lengkap sanadnya dan bercanggah dengan ajaran-ajaran dan

prinsip Ahlus Sunnah yang tidak membenarkan perkahwinan lebih daripada empat.

Ianya bertentangan dengan ajaran sunnah Nabi s.a.w yang dengan banyak sekali

melarang daripada bercerai dan daripada menukar-nukar selera seks.

Walaupun begitu, adalah lebih munasabah jika cerita-cerita seperti ini

dikatakan berpunca daripada Syiah kerana golongan Syiah mendakwa cintakan Ahlul

Bait dengan menjadikan mereka (termasuk Sayyidina Hasan) sebagai ikutan. Apakah

akibat yang diterima oleh Sayyidina Hasan bila berbai'ah dan menyerahkan

kuasanya kepada Sayyidina Mu'awiah? Ini semua dapat kita lihat di celah-celah

Page 14: Sayyidina Hassan Jaguh Seks!?

8/14/2019 Sayyidina Hassan Jaguh Seks!?

http://slidepdf.com/reader/full/sayyidina-hassan-jaguh-seks 14/17

lipatan sejarah yang menyaksikan bahawa ada di antara mereka yang mengatakan

kepada Sayyidina Hasan ''Wahai orang yang menghinakan orang-orang mukmin!''

Ada yang berkata kepadanya, ''wahai orang yang menghitamkan muka orang-orang

mukmin!'' (Rijaalul Kassyi m/s 103) Pada ketika itu ada yang bersikap biadap

terhadap Sayyidina Hasan dengan menarik sejadah tempat duduk Sayyidina Hasansehingga hampir rebah Sayyidina Hasan , malah ada yang bertindak lebih kejam dari

itu apabila dia menikam Sayyidina Hasan dengan lembingnya sampai hampir tembus

paha beliau (Kasyful Ghummah m/s 540. Al fusuulul Muhimmah m/s 162. Muruuju-

Azzahab jld 2 m/s 480). Akibat kecewa dengan keputusan Sayyidina Hasan itu

timbullah bibit-bibit kebencian di dalam hati mereka yang kemudiannya mendorong

golongan ini mereka bermacam-macam cerita berhubung Sayyidina Hasan yang

tidak layak dilakukan walaupun oleh orang biasa termasuklah kisah beliau

berkahwin 300 orang itu.

Lebih menyokong dakwaan ini (bahawa cerita ini bersumber dari Syiah) ialah

kerana cerita-cerita ini terdapat di dalam kitab-kitab Syiah dengan sanad yang

muktabar. Adalah munasabah untuk diterima cerita-cerita sebegini memandangkan

mereka memang menerima perkahwinan mu'tah (yang hanya mengambil kira

kepuasan nafsu dan tidak terikat pula dengan 4 orang isteri sahaja) (Al-furuu'u minal

Kaafi jld 5 m/s 452. Al-Istibsaar jld 3 m/s 147 & 242)

Cerita-cerita seperti ini direka oleh mereka untuk membuktikan Sayyidina

Hasan memang tidak layak memerintah kerana bagaimana beliau akan memerintah

 jika hanya asyik berkahwin dan bercerai yang tentu sekali menyebabakan kebencian

dan permusuhan dari pihak keluarga isteri-isteri yang diceraikannya itu? (Taarikhul

Khulafaa' 178)

Dan tidak ada yang lebih penting bagi Sayyidina Hasan selain dari memuaskan

nafsunya kerana itulah dia menyerahkan kuasanya kepada Mu'awiah walaupun

menyedari Mu'awiah seorang yang zalim malah kafir (pada pandangan Syiah).

(Rijaalul Kassyi m/s 103. Haqqul Yaqin m/s 167)

Golongan Syiah tidak dapat menerima ba'ah Sayyidina Hasan kepada

Sayyidina Muawaiyah kerana mereka menganggap Sayyidina Muawiyah adalah zalim

malah kafir. Keadaan ini membuntukan fikiran golongan Syiah ini lalu mereka

mengada-adakan cerita-cerita untuk memburukkan Sayyidina Hasan. Mereka telah

tersilap dalam mengangkat Sayyidina Hasan sebagai Imam kedua mereka padahal

Page 15: Sayyidina Hassan Jaguh Seks!?

8/14/2019 Sayyidina Hassan Jaguh Seks!?

http://slidepdf.com/reader/full/sayyidina-hassan-jaguh-seks 15/17

Imam ini telah melakukan kesalahan besar yang tidak dapat dimaafkan iaitu

menyerah kuasa dan berbaiah kepada Sayyidina Mu'awiah. Untuk menghapuskan

nama Sayyidina Hasan daripada senarai Imam duabelas adalah suatu yang mustahil

(kerana ia telah ditetapkan sebelum itu) tetapi demi dendam kesumat terhadap

Sayyidina Hassan mereka kemudiannya telah memutuskan salasilah Imamahdaripada keturunan Sayyidina Hasan dan memindahkan salasilah itu kepada

keturunan Sayyidina Husain.

Inilah hakikat sebenar di sebalik penyingkiran keturunan Sayyidina Hasan

daripada kedudukan Imamah. Tetapi apa yang ditonjolkan-tonjolkan sebagai

sebabnya ialah tidak layaknya Sayyidina Hasan dan keturunannya memegang

tampok Imamah atau pemerintahan adalah kerana perangainya yang suka berfoya-

foya dan akibatnya kebencian dan permusuhan dari pihak keluarga qabilah dan

masyarakat yang mana anak-anak perempuan mereka telah dipermain-mainkan oleh

Sayyidina Hasan.

Dalam kitab yang sama diceritakan bahawa pada suatu hari , Sayyidina Hasan

pergi menemui Abdul Rahman bin Al-Harits bin Hisyam seorang pemimpin dan faqih

di Madinah. Beliau adalah seorang yang tidak ada tolok bandingnya di Madinah

ketika itu sehingga Sayyiditina Aisyah membuat perbandingan dengannya apabila

dia berkata, ''Andaikata aku tidak keluar dalam peristiwa Jamal itu, nescaya lebih aku

sukai daripada mendapat 16 orang anak lelaki daripada Rasulullah s.a.w seperti

Abdul Rahman Bin Al-Harits Bin Hisyam ini''

Alkisah Sayyidina Hasan masuk ke dalam rumah Abdul Rahman yang cukup

memuliakannya dan menghormatinya. Dia berkata kepada Sayyidina Hasan dengan

penuh hormat. ''Kenapa tuan tidak menghantar sahaja utusan kepadaku agar aku

dapat pergi menemuimu?" Sayyidina Hasan menjawab, ''Oleh kerana ini hajat saya,

biarlah saya yang datang", Abdul Rahman bertanya ''Apa hajatmu itu?” Sayyidina

Hasan menjawab, ''Aku datang untuk meminang anakmu.'' Abdul Rahman

menundukkan kepalanya sejenak lalu berkata , ''Demi Allah, tiada siapa pun di atas

muka bumi ini yang lebih aku muliakan daripadamu. Tetapi seperti yang tuan telah

sedia maklum akan menyakitiku apa yang menyakiti anak perempuanku dan akan

mengembirakanku apa yang mengembirakannya, sedangkan tuan (dimaklumi

sebagai) seorang yang suka menceraikan isteri. Aku bimbang tuan akan

menceraikannya pula. Jika itulah berlaku, aku risau hatiku berubah terhadapmu

kerana tuan adalah sebahagian daripada Rasulullah s.a.w. Jika tuan menerima syarat

Page 16: Sayyidina Hassan Jaguh Seks!?

8/14/2019 Sayyidina Hassan Jaguh Seks!?

http://slidepdf.com/reader/full/sayyidina-hassan-jaguh-seks 16/17

untuk tidak menceraikannya, nescaya aku akan mengahwinkan tuan dengannya.

Sayyidina Hasan diam lantas bangun dan terus beredar lalu pergi sambil merungut,

''Abdul Rahman hanya mahu memakaikan belenggu di leherku'' (Ibid, ms 53, 54)

Adakah kita boleh menerima gambaran peribadi Sayyidina Hasan yangsedemikian? Bukankah kelihatan pada sikap Sayyidina Hasan seperti yang tergambar

pada cerita-cerita diatas sifat seorang lelaki yang terlalu mementingkan diri sendiri,

tidak ada langsung belas kasihan dan hanya tahu memuaskan nafsunya semata-

mata? Adakah orang yang disebut-sebut oleh Nabi s.a.w. sebagai penghulu atau

ketua pemuda ahli syurga boleh diterima berperangai sedemikian?

Kita hendaklah memilih samaada untuk menerima perangai Sayyidina Hasan

yang seperti itu sebagai pekerti yang baik dan disenangi atau kita menolak terus

cerita-cerita seumpama ini. Andaikata kita menerimanya, kenapa pula kita tidak

mencontohinya dengan mengahwini perempuan seramai mungkin? Barangkali

Sayyidina Hasan telah layak mendapat gelaran ''Ketua Pemuda Ahli Syurga'' ini

kerana sikapnya yang tersebut?

Sebenarnya tiada siapa yang dapat mengatakan dengan pasti bahawa semua

orientalis yang mengkaji Islam itu tidak ikhlas dalam kajiannya. Mungkin sekali ada

di antara mereka yang bersikap terbuka dan memang ikhlas dalam mengkaji agama

Islam tetapi dengan adanya cerita-cerita yang seperti ini dalam kitab-kitab ulamak-

ulamak Islam yang menjadi ikutan ummat, mereka menjadi jijik dengan Islam

menyebabkan bukan semakin hampir dengan Islam, tetapi mereka akan lari sejauh-

  jauhnya dari Islam sambil mengecam dan mengutuknya setelah mengkaji Islam

sekian lama.

Bukan kita sahaja yang tidak dapat menerima orang yang berperibadi demikian

bahkan orientalis barat dan sesiapapun tidak dapat menerima kelakuan seperti ini

kerana kalau mereka dapat menerimanya, kenapa pula Sayyidina Hasan menjadi

bahan olok-olok dan ejekan mereka.

Walaupun begitu, adalah lebih munasabah jika cerita-cerita seperti ini dikatakan

berpunca daripada Syiah kerana golongan Syiah mendakwa cintakan Ahlul Bait

dengan menjadikan mereka (termasuk Sayyidina Hasan) sebagai ikutan. Apakah

akibat yang diterima oleh Sayyidina Hasan bila berbai'ah dan menyerahkan

kuasanya kepada Sayyidina Mu'awiah? Ini semua dapat kita lihat di celah-celah

Page 17: Sayyidina Hassan Jaguh Seks!?

8/14/2019 Sayyidina Hassan Jaguh Seks!?

http://slidepdf.com/reader/full/sayyidina-hassan-jaguh-seks 17/17

lipatan sejarah yang menyaksikan bahawa ada di antara mereka yang mengatakan

kepada Sayyidina Hasan ''Wahai orang yang menghinakan orang-orang mukmin!''

Ada yang berkata kepadanya, ''wahai orang yang menghitamkan muka orang-orang

mukmin!'' (Rijaalul Kassyi m/s 103) Pada ketika itu ada yang bersikap biadap

terhadap Sayyidina Hasan dengan menarik sejadah tempat duduk Sayyidina Hasansehingga hampir rebah Sayyidina Hasan , malah ada yang bertindak lebih kejam dari

itu apabila dia menikam Sayyidina Hasan dengan lembingnya sampai hampir tembus

paha beliau (Kasyful Ghummah m/s 540. Al fusuulul Muhimmah m/s 162. Muruuju-

Azzahab jld 2 m/s 480). Akibat kecewa dengan keputusan Sayyidina Hasan itu

timbullah bibit-bibit kebencian di dalam hati mereka yang kemudiannya mendorong

golongan ini mereka bermacam-macam cerita berhubung Sayyidina Hasan yang

tidak layak dilakukan walaupun oleh orang biasa termasuklah kisah beliau

berkahwin 300 orang itu.

Saringan oleh www.darulkautsar.net dari artikel asal oleh Maulana Mohd Asri Yusoff