30
©Membuat Keputusan Bisnes 1 Oleh Noraminah Omar www.noraminahomar.com Penulis Buku Cerita Kanak-kanak Pengamal Bisnes Pendidikan Awal Kanak-kanak Jurulatih Pengendalian Sesi Bercerita Interaktif untuk Kanak-kanak “You don’t just have to know the business you’re in; you have to know business.” – Bill McBean 1 . 1 Sumber Laman Web: Bill McBean, 9 Julai 2013, http://fr.slideshare.net/FSBAssociates/fobslideshow Membuat Keputusan Bisnes Satu Pengalaman Pengusaha Bisnes Pendidikan Kanak-kanak

Satu Pengalaman Pengusaha Bisnes Pendidikan Kanak-kanak · menguruskan tadika atau pusat pendidikan yang dipilih untuk anak mereka. Pertukaran guru atau mana-mana kakitangan dengan

  • Upload
    vonhi

  • View
    217

  • Download
    0

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Satu Pengalaman Pengusaha Bisnes Pendidikan Kanak-kanak · menguruskan tadika atau pusat pendidikan yang dipilih untuk anak mereka. Pertukaran guru atau mana-mana kakitangan dengan

©Membuat  Keputusan  Bisnes   1  

Oleh Noraminah Omar www.noraminahomar.com

Penulis Buku Cerita Kanak-kanak

Pengamal Bisnes Pendidikan Awal Kanak-kanak

Jurulatih Pengendalian Sesi Bercerita Interaktif untuk Kanak-kanak

“You don’t just have to know the business you’re in; you have to know business.”

– Bill McBean1.

                                                                                                               1  Sumber  Laman  Web:  Bill  McBean,  9  Julai  2013,  http://fr.slideshare.net/FSBAssociates/fob-­‐slideshow    

Membuat Keputusan Bisnes

Satu Pengalaman Pengusaha Bisnes

Pendidikan Kanak-kanak

Page 2: Satu Pengalaman Pengusaha Bisnes Pendidikan Kanak-kanak · menguruskan tadika atau pusat pendidikan yang dipilih untuk anak mereka. Pertukaran guru atau mana-mana kakitangan dengan

©Membuat  Keputusan  Bisnes   2  

Kandungan di dalam buku ini merupakan pengalaman peribadi dan juga hasil

pembacaan penulis.

Para pembaca DIBENARKAN berkongsi kandungan dan cerita dalam

manuskrip ini untuk sesi pembelajaran dan perkongsian bisnes dengan

menyebutkan sumber dan nama Penulis.

Para pembaca juga DIBENARKAN berkongsi manuskrip ini dengan mereka

yang berminat untuk membaca kandungannya.

Tidak ada mana-mana bahagian dalam manuskrip ini yang boleh diterbit,

dicetak atau direkodkan dalam sebarang bentuk tanpa mendapat keizinan

bertulis dari Penulis.

Pembaca digalakkan untuk merujuk kepada pakar dan menjalankan kajian

serta membuat bacaan lanjut sebelum membuat sebarang keputusan untuk

mengaplikasikan mana-mana bahagian teknikal dalam manuskrip ini.

Kandungan ini adalah benar dalam masa ia diterbitkan.

Page 3: Satu Pengalaman Pengusaha Bisnes Pendidikan Kanak-kanak · menguruskan tadika atau pusat pendidikan yang dipilih untuk anak mereka. Pertukaran guru atau mana-mana kakitangan dengan

©Membuat  Keputusan  Bisnes   3  

KANDUNGAN

Bahagian 1 : Dari Penulis 4

Bahagian 2 : Pengenalan 5

Bahagian 3 : Membuat Keputusan 7

Bahagian 4 : Langkah Pertama 9

Bahagian 6 : 10 Mitos dan Kebenaran 12

Bahagian 6 : Kisah Saya 24

Page 4: Satu Pengalaman Pengusaha Bisnes Pendidikan Kanak-kanak · menguruskan tadika atau pusat pendidikan yang dipilih untuk anak mereka. Pertukaran guru atau mana-mana kakitangan dengan

©Membuat  Keputusan  Bisnes   4  

DARI PENULIS

Pengalaman saya dalam bisnes tidak seindah yang disangka. Pengalaman

mengambil keputusan menukar kerjaya yang berbeza daripada apa yang dipelajari

di Universiti juga, merupakan satu peristiwa besar.

Ada banyak perkara yang menggembirakan dalam menjalani hidup sebagai seorang

pengusaha bisnes pendidikan. Melihat anak-anak kecil mencapai kejayaan dalam

menguasai kemahiran, menerima ucapan terima kasih dan jabat tangan para ibu

semasa hari penutupan sekolah dan konvokesyan serta senyuman guru dan rakan

sekerja adalah antara perkara paling indah yang berlaku dalam hidup saya.

Namun, perjalan bisnes itu tetap mempunyai objektifnya sendiri. Meskipun tujuan

dan keperluan peribadi itu nampak sudah tercapai, tugas memimpin sebuah syarikat

menuntut banyak keperluan lain.

Manuskrip ini, tidak membawa kandungan yang “sekadar indah khabar dari rupa”.

Kandungannya, mungkin tidak diterima dan disukai oleh mereka yang hanya mahu

mendengar dan membaca cerita indah sahaja.

Saya doakan, agar kisah yang sedikit ini dapat memberi gambaran dan idea baru

tentang bisnes pendidikan kanak-kanak.

“Early childhood education business is a lucrative business. But, the margin of

human error could be higher than the profit margin itself.”

Noraminah Omar

Disember 2014

…………………………………………………………..

LANGGAN artikel tulisan Puan Noraminah di : www.noraminahomar.com

Page 5: Satu Pengalaman Pengusaha Bisnes Pendidikan Kanak-kanak · menguruskan tadika atau pusat pendidikan yang dipilih untuk anak mereka. Pertukaran guru atau mana-mana kakitangan dengan

©Membuat  Keputusan  Bisnes   5  

Pengenalan

Pendidikan merupakan satu keperluan untuk semua orang. Tetapi pendidikan

berkualiti adalah kehendak dan keperluan ramai ibu bapa. Hari ini, kita dapat

melihat dengan jelas tentang perkambangan industri pendidikan kanak-

kanak. Ibu bapa adalah antara mereka yang sangat memilih apabila ia

menyentuh tentang pendidikan anak-anak.

Apabila ditanya, majoriti ibu bapa akan mementingkan guru dan siapa yang

menguruskan tadika atau pusat pendidikan yang dipilih untuk anak mereka.

Pertukaran guru atau mana-mana kakitangan dengan kerap merupakan

sesuatu yang tidak menyenangkan ibu bapa.

Pengurusan bisnes pendidikan merupakan satu pengalaman yang saya

pelajari dan lalui sejak tahun 2000. Sebaik sahaja menamatkan pelajaran

ijazah pertama, perkara pokok yang diutamakan pada masa itu ialah

pendapatan yang masuk ke dalam poket. Bukan status atau taraf pekerjaan.

Cabaran dalam bisnes pengurusan pendidikan tidak sama seperti industri

yang lain. Mentaliti serta persepsi terhadap bisnes pendidikan kanak-kanak

tidak seperti hari ini. Pada waktu saya bermula, ia masih dilihat sebagai satu

profesion yang ‘murahan’. Saya sendiri tidak melihatnya dengan kaca mata

bisnes.

Semangat dan keinginan yang tinggi untuk menjadi usahawan dan

pengusaha pusat pendidikan menjadi modal utama kebanyakan orang. Inilah

yang mengakibatkan adanya dua perkara utama yang saya lihat tentang

Page 6: Satu Pengalaman Pengusaha Bisnes Pendidikan Kanak-kanak · menguruskan tadika atau pusat pendidikan yang dipilih untuk anak mereka. Pertukaran guru atau mana-mana kakitangan dengan

©Membuat  Keputusan  Bisnes   6  

kekeliruan antara menjadi pakar dalam pendidikan kanak-kanak dan pakar

dalam pengurusan bisnes.

Saya sendiri melalui fasa kekeliruan yang panjang. Kekeliruan ini

menyebabkan wujudnya isu-isu sampingan dalam pengurusan bisnes yang

memberikan kesan jangka masa panjang kepada survival bisnes itu sendiri.

Antara perkara penting yang perlu ada untuk bersedia memasuki bisnes

pendidikan kanak-kanak adalah termasuk langkah-langkah mempersiapkan

diri.

Semangat dan kesungguhan TIDAK menjamin kejayaan

dalam bisnes.

Page 7: Satu Pengalaman Pengusaha Bisnes Pendidikan Kanak-kanak · menguruskan tadika atau pusat pendidikan yang dipilih untuk anak mereka. Pertukaran guru atau mana-mana kakitangan dengan

©Membuat  Keputusan  Bisnes   7  

MEMBUAT KEPUTUSAN

Rakan sekerja saya Sheila pernah berkata, “Saya membuat keputusan untuk

berhenti kerja lama dan bekerja di sini. Di pejabat lama, saya bekerja sebagai

kerani akaun.”

Saya melihat wajahnya yang agak suram. “Sebenarnya ada sebab saya

berhenti.”

Beliau berhenti dan memandang saya semula. “Saya pernah buat kesilapan

besar. Saya tidak dapat meneruskan kerja di sana. Jadi, saya ambil keputusan

berhenti dengan notis 24 jam.”

“Oh….”, itu sahaja yang terkeluar dari mulut saya.

“Awak tahu, saya bekerja di sini pun dengan persetujuan pihak pengurusan.”

katanya lagi.

“Persetujuan apa?” soal saya semula.

“Saya tidak boleh bekerja pada hari Ahad. Saya perlu pergi ke gereja.”

Saya faham. Antara sebab mengapa saya diterima bekerja ialah saya

mempunyai fleksibiliti untuk bekerja pada hari Ahad. Waktu itu, saya tidak

mempunyai apa-apa komitmen lain dan masa bekerja Selasa hingga Ahad itu

tidak menjadi masalah.

Saya melihat Sheila telah membuat keputusan drastik untuk berhenti kerja

dari semua firma yang ternama dan hanya bekerja di sebuah pejabat kecil

bersama saya. Pekerja yang ada hanyalah kami berdua.

Saya yakin, beliau mempunyai asas yang kuat untuk membuat keputusan itu.

Bahkan, saya lihat Sheila sudah merancang semua keperluan kewangan

Page 8: Satu Pengalaman Pengusaha Bisnes Pendidikan Kanak-kanak · menguruskan tadika atau pusat pendidikan yang dipilih untuk anak mereka. Pertukaran guru atau mana-mana kakitangan dengan

©Membuat  Keputusan  Bisnes   8  

keluarga dan dirinya sendiri sebelum menerima tawaran untuk bekerja di

tempat baru.

Saya? Apakah keputusan yang saya buat untuk bekerja dengan sebuah

syarikat kecil itu betul?

Apakah yang membuatkan kita membuat keputusan untuk apa yang kita

lakukan?

www.noraminahimar.com

Kekurangan boleh menjadi ruang untuk mencipta peluang.

Page 9: Satu Pengalaman Pengusaha Bisnes Pendidikan Kanak-kanak · menguruskan tadika atau pusat pendidikan yang dipilih untuk anak mereka. Pertukaran guru atau mana-mana kakitangan dengan

©Membuat  Keputusan  Bisnes   9  

LANGKAH PERTAMA

Mengambil langkah masuk ke alam bisnes juga merupakan satu keputusan

besar. Sudah tentu ada beberapa perkara berlaku dan dilakukan sebelum

satu-satu keputusan itu diambil.

Dalam konteks bisnes pendidikan kanak-kanak, ada banyak sebab dan

tindakan yang membolehkan seseorang mengambil keputusan untuk

menceburkan diri dalam bidang ini.

Secara amnya, sudah tentu ada tujuan yang berbentuk peribadi. Mari kita

lihat beberapa perkara yang biasanya berlaku dan dialami apabila satu

keputusan dibuat untuk menceburi bisnes pendidikan kanak-kanak.

Sumber yang paling penting dalam fasa awal pendidikan kanak-kanak ialah

diri pengusaha itu sendiri. Sumber ini melibatkan semua faktor luaran dan

dalaman individu yang berkenaan.

Persediaan seseorang itu meliputi dua perkara seperti berikut:

1. Ahli Keluarga

Ramai yang menyangka bahawa bisnes pendidikan kanak-kanak akan

memberi peluang kepada pengusaha untuk mempunyai lebih banyak

masa bersama keluarga.

Ini adalah antara perkara yang menentukan sama ada seorang

pengusaha tadika itu berkembang dalam bisnes secara profecisonal

Page 10: Satu Pengalaman Pengusaha Bisnes Pendidikan Kanak-kanak · menguruskan tadika atau pusat pendidikan yang dipilih untuk anak mereka. Pertukaran guru atau mana-mana kakitangan dengan

©Membuat  Keputusan  Bisnes   10  

atau sebaliknya. Persefahaman antara ahli keluarga juga menjadi

penting dalam mempersiapkan diri untuk menjadi usahawan dalam

bidang pendidikan kanak-kanak.

2. Rekod Peribadi

Rekod peribadi merupakan salah satu modal sosial yang besar untuk

menceburi apa juga jenis bisnes. Bukan hanya siapa yang kita kenal,

malah siapa yang mengenali kita juga akan membantu perjalanan serta

perkembangan bisnes itu secara tidak langsung.

Terdapat salah faham tentang modal sosial dengan isu kronisma yang

selau disebut-sebut orang. Walaubagaimanapun, mempunyai jaringan

dalam bisnes adalah satu proses.

Memperuntukkan masa yang khas untuk berkenalan dan berbual-bual

bersama orang bisnes adalah salah satu cara untuk mengukuhkan

jaringan dalam bisnes.

Rekod peribadi yang saya amati secara amnya dapat dibahagikan

kepada dua bahagian:

a. Latar belakang pendidikan

Katakanlah, pengusaha sebuah pusat pendidikan itu

mempunyai kelulusan yang tinggi dalam bidang akademik,

institusi itu akan dilihat dengan perspektif yang berbeza apabila

dibandingkan dengan sebuah pusat pendidikan yang

Page 11: Satu Pengalaman Pengusaha Bisnes Pendidikan Kanak-kanak · menguruskan tadika atau pusat pendidikan yang dipilih untuk anak mereka. Pertukaran guru atau mana-mana kakitangan dengan

©Membuat  Keputusan  Bisnes   11  

pengurusnya itu hanya berkelulusan SPM sahaja.

Apabila pengusaha pusat pendidikan pula mempunyai

latarbelakang bisnes, persepsi bahawa pusat itu seolah

dikendalikan hanya untuk mengaut keuntungan tidak dapat

dielakkan.

Oleh itu pada kebanyakan masa, atas faktor rekod pendidikan

dan nama baik dalam bidang, ramai pengusaha akan mencari

rakan niaga untuk memberikan kestabilan serta mengurus

persepsi pelanggan sejak dari awal lagi.

b. Rekod Kewangan

Meskipun bisnes pendidikan dilihat sebagai ringkas, mudah dan

murah untuk dimulakan, ia masih memerlukan rekod kewangan

yang bersih. Apabila memulakan bisnes, syarikat perlu ditubuhkan.

Penubuhan syarikat memerlukan nama dan rekod individu yang

berkenaan untuk didedahkan. Maka, antara latar belakang yang

penting ialah rekod kewangan.

 

 

       

Page 12: Satu Pengalaman Pengusaha Bisnes Pendidikan Kanak-kanak · menguruskan tadika atau pusat pendidikan yang dipilih untuk anak mereka. Pertukaran guru atau mana-mana kakitangan dengan

©Membuat  Keputusan  Bisnes   12  

10 MITOS DAN KEBENARAN BISNES PENDIDIKAN

Pada masa yang sama, terdapat beberapa perkara menarik yang saya temui

sepanjang penglibatan saya dalam industri pendidikan kanak-kanak.

Rupanya, ada banyak ‘sangkaan’ yang dipercayai oleh mereka yang berada

di luar industri.

Tidak ramai yang mahu menceritakan kisah sebenar pahitnya sesuatu

perkara. Apa yang ditunjukkan ialah kejayaan. Cerita kejayaan mendapat

perhatian dan itulah yang mahu didengar orang.

Manakala cerita pahit dan kerugian pula jarang diceritakan terutama apabila

ia melibatkan nama baik dan maruah. Mempunyai jaringan bisnes yang kuat

serta ilmu melalui pembacaan, kita berpeluang mendapat maklumat yang

seimbang. Mari kita lihat 10 perkara biasa yang sebenarnya tidak seperti

yang disangka.

Pertama, ramai yang menyangka menjalankan bisnes tadika memberikan

kebebasan masa. Ini banyak diperkatakan oleh wanita bekerja yang mahu

berhenti dan menjalankan bisnes sendiri. Malah, ramai juga suami atau ibu

bapa yang menyokong keputusan ahli keluarga mereka untuk menjalankan

bisnes tadika dengan fahaman yang sama.

Ini menjadikan tujunan mereka menjalankan bisnes terpesong sama sekali.

Kebenarannya, semua jenis bisnes hanya akan memberikan kebebasan masa

kepada pengusaha untuk melakukan apa yang beliau mahu lakukan dengan

Page 13: Satu Pengalaman Pengusaha Bisnes Pendidikan Kanak-kanak · menguruskan tadika atau pusat pendidikan yang dipilih untuk anak mereka. Pertukaran guru atau mana-mana kakitangan dengan

©Membuat  Keputusan  Bisnes   13  

pengurusan bisnes yang terancang dengan menggunakan polisi dan sistem

yang betul.

Apabila menceburi bisnes pendidikan kanak-kanak, masa untuk keluarga

akan menjadi lebih berkurangan sehinggalah kita menemui formula

pengurusan terbaik dan dapat mengambil pekerja yang betul.

Ketika ini, sudah ada sistem asas dan SOP untuk menjalankan dan

menguruskan bisnes kita dengan lancar.

Apabila menjalankan bisnes sendiri, kita juga amat cenderung bekerja di luar

waktu pejabat dan hujung minggu. Malah, kita terdorong untuk membawa

banyak kerja untuk disiapkan di rumah.

Mempunyai bisnes, terutama yang baru sahaja dimulakan, memerlukan satu

sistem pengurusan yang baru. Ini juga mengambil masa. Banyak aktiviti

berkala dalam peringkat awal bisnes, yang memerlukan kehadiran fizikal

pengusaha.

Page 14: Satu Pengalaman Pengusaha Bisnes Pendidikan Kanak-kanak · menguruskan tadika atau pusat pendidikan yang dipilih untuk anak mereka. Pertukaran guru atau mana-mana kakitangan dengan

©Membuat  Keputusan  Bisnes   14  

Kedua, ramai yang menyangka kejayaan bisnes adalah dengan memasang

niat dan tujuan yang betul. Berbisnes mestilah dengan niat ikhlas.

Hakikatnya, ikhlas diperlukan dalam semua perkara, bukan sahaja bisnes.

Malah, niat yang dibuat secara khusus secara individu juga ada yang boleh

dilakukan dan dicapai tanpa menjalankan bisnes.

Sebagai contoh, sekiranya kita tidak menjalankan bisnes sekalipun, kita mesti

menunaikan tanggungjawab wajib dan yang rukun sebagai orang Islam.

Tidak perlu memjalankan bisnes untuk semua itu. Bekerja juga boleh. Duduk

di rumah juga boleh.

Bisnes yang berjaya ialah bisnes yang berstrategi dan mempunyai taktik yang

terancang. Antara objektif bisnes dan niat kita sebagai individu itu memang

berbeza.

Ketiga, ramai yang menyangka bahawa memasuki bidang bisnes pendidikan

kanak-kanak ini ialah satu perkara yang mulia. Maklumlah, mendidik anak-

Page 15: Satu Pengalaman Pengusaha Bisnes Pendidikan Kanak-kanak · menguruskan tadika atau pusat pendidikan yang dipilih untuk anak mereka. Pertukaran guru atau mana-mana kakitangan dengan

©Membuat  Keputusan  Bisnes   15  

anak kecil yang bersih dari dosa. Ilmu yang bermanfaat itu disampaikan

seawal usia anak-anak yang berumur 4 tahun. Bukankah pahala daripada ilmu

yang disampaikan dan diamalkan itu nanti akan lebih berpanjangan?

Hakikat ‘mulia’ ini sebenarnya ada dalam semua jenis bisnes. Asalkan ianya

dijalankan dengan cara yang baik, berlandaskan syariah tanpa ada unsur

penindasan kepada mana-mana pihak, pastilah ianya mulia dan memuliakan

mereka yang terlibat.

Lumrah kehidupan sudah menunjukkan kepada kita dengan jelas. Apa yang

ada di dunia ini pasti ada lawannya. Hidup lawannya mati. Kaya lawannya

miskin. Maka, mulia lawannya hina. Ini hukum alam.

Maka, sudah tentulah apa juga yang kita lakukan termasuk bisnes pendidikan

kanak-kanak, bukan sahaja boleh menjadikan kita mulia, malah boleh

menjadikan kita hina.

Page 16: Satu Pengalaman Pengusaha Bisnes Pendidikan Kanak-kanak · menguruskan tadika atau pusat pendidikan yang dipilih untuk anak mereka. Pertukaran guru atau mana-mana kakitangan dengan

©Membuat  Keputusan  Bisnes   16  

Keempat, ramai yang menyangka bahawa bisnes pendidikan kanak-kanak ini

menguntungkan. Memandangkan kepada logik akal yang mengatakan

bahawa mengajar a, b dan c kepada kanak-kanak tidaklah sesusah mengajar

fizik untuk tingkatan empat. Ianya jauh lebih mudah.

Malahan ramai yang menyangka bahawa anak-anak akan lebih mendengar

kata dan mudah diurus.

Bisnes yang menguntungkan ialah bisnes yang memberikan penyelesaian

kepada masalah dan menambah nilai dalam hidup pelanggan melalui produk

atau servis yang diberikan.

Selagi produk atau servis yang ditawarkan oleh bisnes itu memberi manfaat

kepada pelanggan, sudah tentu ia menguntungkan.

Page 17: Satu Pengalaman Pengusaha Bisnes Pendidikan Kanak-kanak · menguruskan tadika atau pusat pendidikan yang dipilih untuk anak mereka. Pertukaran guru atau mana-mana kakitangan dengan

©Membuat  Keputusan  Bisnes   17  

Kelima, ramai yang menyangka semua orang boleh menceburi bisnes

pendidikan terutamanya bisnes tadika. Dengan adanya pelbagai model

bisnes dan sistem pengurusan yang terkini, seseorang itu tidak perlu mahir

dalam semua bidang yang berkaitan dengan bisnes dan pendidikan kanak-

kanak.

Ya, semua orang boleh menceburi bidang bisnes pendidikan.

Tetapi, hanya mereka yang mempunyai ilmu bisnes yang betul akan berjaya

dalam bisnes yang sesuai dengan kemahiran yang dimiliki oleh orang-rang

didalam kumpulan bisnesnya itu.

Penyusunan pengurusan syarikat dan pemilihan model bisnes yang betul,

masih memerlukan kebijaksanaan yang tertentu daripada mereka yang

terlibat.

Bak kata pepatah, ”Usah diletak Sang Itik di padang pasir. Ia dijadikan untuk

hidup berdekatan air.”

Page 18: Satu Pengalaman Pengusaha Bisnes Pendidikan Kanak-kanak · menguruskan tadika atau pusat pendidikan yang dipilih untuk anak mereka. Pertukaran guru atau mana-mana kakitangan dengan

©Membuat  Keputusan  Bisnes   18  

Keenam, ramai yang menyangka, asalkan ada cukup wang sebagai modal,

bisnes akan berjalan dengan baik.

Kita juga selalu mendengar banyak rungutan menyatakan bahawa situasi

tidak mempunyai modal wang yang cukup untuk memulakan dan

mengembangkan bisnes menjadi punca kegagalan dalam bisnes.

Hakikatnya, bisnes boleh berjalan dengan baik apabila sistem yang baik

digunakan. Sistem dalam bisnes banyak kaitannya dengan kemahiran bisnes.

Hanya mereka yang mempunyai kemahiran yang betul sahaja yang mampu

menyusun dan menguruskan bisnes dengan lebih sistematik.

Modal? Ya, sudah tentu penting. Namun, kita juga mendengar berapa

banyak bisnes yang mempunyai modal dan biaya besar yang mengalami

kerugian. Banyak juga bisnes yang tutup meskipun mempunyai modal wang

yang mencukupi.

Dengan model bisnes dan sistem yang betul, wang modal boleh dijana

dengan pelbagai cara.

Page 19: Satu Pengalaman Pengusaha Bisnes Pendidikan Kanak-kanak · menguruskan tadika atau pusat pendidikan yang dipilih untuk anak mereka. Pertukaran guru atau mana-mana kakitangan dengan

©Membuat  Keputusan  Bisnes   19  

Ketujuh, ramai yang menyangka bahawa bisnes pendidikan terutamanya

tadika, boleh dimulakan denngan mudah. Antara tafsiran ‘mudah’ ialah kos

permulaan yang rendah.

Semua jenis bisnes mempunyai mempunyai cabaran. Sama ada mudah atau

sukar, cabaran ini sangat subjektif untuk dinilai. Secara amnya, cabaran dalam

sebuah bisnes itu boleh dilihat melalui bisnes model. Analisa ini boleh

dilakukan dengan adanya kemahiran menganalisa bisnes model.

Apabila kita faham dengan jelas akan bisnes modelnya, maka mudah untuk

kita menguruskannya. Apabila menghadapi kesukaran, kita akan dapat

mencari jalan penyelesaian.

Tidak ada bisnes yang mudah.

Page 20: Satu Pengalaman Pengusaha Bisnes Pendidikan Kanak-kanak · menguruskan tadika atau pusat pendidikan yang dipilih untuk anak mereka. Pertukaran guru atau mana-mana kakitangan dengan

©Membuat  Keputusan  Bisnes   20  

Kelapan, ramai yang menyangka bahawa wanita dapat menguruskan bisnes

tadika dengan lebih baik. Ciri-ciri dan naluri wanita yang keibuan dan dekat

dengan anak-anak, sering dikaitkan dengan kejayaan mereka dalam bisnes

pendidikan kanak-kanak dan tadika.

Individu yang berjaya dalam bisnes pendidikan terutamanya tadika ialah

mereka yang mempunyai mempunyai karisma kepimpinan serta mempunyai

ilmu bisnes, akan dapat mengurus dengan baik.

Wanita yang menguruskan seperti menguruskan dapur mereka dirumah

mempunyai risiko yang tinggi.

Kejayaan juga adalah subjektif. Sebahagian besar daripada kita melihat

kejayaan berdasarkan jumlah wang dalam syarikat yang dikutip secara

bulanan. Ada juga yang mentafsirkan kejayaan dengan adanya jumlah tadika

yang berjaya dibuka.

Apa juga bentuk kejayaan, jantina sebagai wanita bukanlah satu faktor utama

yang menyumbang kepada kejayaan itu.

Page 21: Satu Pengalaman Pengusaha Bisnes Pendidikan Kanak-kanak · menguruskan tadika atau pusat pendidikan yang dipilih untuk anak mereka. Pertukaran guru atau mana-mana kakitangan dengan

©Membuat  Keputusan  Bisnes   21  

Kesembilan, ramai yang menyangka bahawa cabaran utama dalam bisnes

tadika ialah isu pertukaran guru yang kerap. Ini memang terjadi dalam

industri bisnes pendidikan, terutamanya tadika.

Semua bisnes ada cabarannya yang tersendiri. Isu dan situasi yang

melibatkan sumber manusia merupakan situasi normal yang dihadapai oleh

semua jenis bisnes.

Meskipun ia agak jelas kelihatan dalam bisnes pendidikan terutama tadika

berbanding dengan bisnes lain, isu pekerja kerap berhenti dan bertukar ialah

isu sejagat yang bersifat ‘evergreen’.

Page 22: Satu Pengalaman Pengusaha Bisnes Pendidikan Kanak-kanak · menguruskan tadika atau pusat pendidikan yang dipilih untuk anak mereka. Pertukaran guru atau mana-mana kakitangan dengan

©Membuat  Keputusan  Bisnes   22  

Kesepuluh, ramai yang menyangka bahawa tadika adalah keperluan asas

pelanggan yang membolehkan bisnes ini melalui sebarang keadaan

ekonomi. Melihat kepada situasi semasa, semua ibu bapa mahu menghantar

anak mereka ke pusat pendidikan formal seawal 3 tahun lagi.

Ya, ‘pendidikan’ ialah keperluan asas. Namun, pendidikan yang betul-betul

memenuhi keperluan pelanggan sahaja yang akan berjaya melalui sebarang

keadaan ekonomi dengan baik.

Baik. Mari kita lihat di sekitar kawasan perumahan terdekat. Berapa buahkah

tadika dan pusat pendidikan kanak-kanak yang ada?

Bilangan tadika dan pusat pembelajaran tumbuh bagaikan cendawan selepas

hujan. Bermakna, ibu bapa mempunyai banyak pilihan. Pelbagai program

dan aktiviti menarik ditawarkan dengan pakej harga yang berbeza.

Ini jelas menunjukkan bahawa ibu bapa mempunyai kuasa memilih meskipun

menghantar anak ke tadika merupakan keperluan asas mereka.

Maka, pendidikan yang benar-benar memenuhi keperluan ibu bapa dan

masyarakat merupakan institusi yang menjadi pilihan mereka.

Kejayaan bisnes pendidikan terutama tadika banyak bergantung kepada

bagaimana mereka berubah dan memenuhi keperluan pembangunan insan

untuk masa hadapan.

Page 23: Satu Pengalaman Pengusaha Bisnes Pendidikan Kanak-kanak · menguruskan tadika atau pusat pendidikan yang dipilih untuk anak mereka. Pertukaran guru atau mana-mana kakitangan dengan

©Membuat  Keputusan  Bisnes   23  

Kepelbagaian persepsi masyarakat sekitar telah membentuk bagaimana

bisnes pendidikan kanak-kanak ini dijalankan. Perkembangan semasa melihat

pertumbuhan yang baik. Banyak institusi pendidikan tinggi mula memenuhi

keperluan industri dengan menawarkan program latihan professional.

Kelangsungan bisnes pendidikan kanak-kanak banyak bergantung kepada

faktor luaran yang tidak dalam kawalan pengusaha itu sendiri. Penggunaan

strategi terkini dapat membantu pengusaha meneruskan legasi bisnes secara

terancang.

Bersedia untuk bertanggungjawab atas setiap keputusan dan tindakan memerlukan kekuatan.

Page 24: Satu Pengalaman Pengusaha Bisnes Pendidikan Kanak-kanak · menguruskan tadika atau pusat pendidikan yang dipilih untuk anak mereka. Pertukaran guru atau mana-mana kakitangan dengan

©Membuat  Keputusan  Bisnes   24  

KISAH SAYA

Apa yang saya faham tentang bisnes?

Tidak banyak.

Asasnya, saya telah membuat keputusan untuk memiliki sebuah sekolah,

sejak tahun 2003 lagi. Tanpa sedar, pada waktu itu saya sebenarnya telah

membuat keputusan untuk menjadi orang berniaga.

Pada saya, berniaga membawa beberapa maksud seperti berikut:

• Berniaga, bermaksud anda orang yang terakhir untuk menerima gaji.

Itupun jika wang mencukupi.

• Berniaga, bermaksud seseorang itu perlu bertanggungjawab 24 jam

sehari dan 365 hari setahun.

• Berniaga, bermaksud bersedia dibenci dan disukai.

• Berniaga, bermaksud berani mengambil tanggungjawab tambahan

yang besar.

• Berniaga, bermaksud bersedia mengambil hutang!

Ketika itu, saya mengambil sedikit masa. Duduk, berbincang dan berhujah

untuk memastikan perancangan peribadi, keluarga dan bisnes selari. Saya

tidak mahu masalah yang bersifat sementara dan teknikal menjadi faktor

kegagalan kepada apa yang sudah dirancang.

Page 25: Satu Pengalaman Pengusaha Bisnes Pendidikan Kanak-kanak · menguruskan tadika atau pusat pendidikan yang dipilih untuk anak mereka. Pertukaran guru atau mana-mana kakitangan dengan

©Membuat  Keputusan  Bisnes   25  

Faktor keluarga dan peribadi.

Banyak perkara dan soalan yang kami bincangkan bersama bersama

keluarga. Antara lain yang dibincangkan adalah tentang kedudukan

kewangan keluarga, pengurusan rumah tangga, dan pendidikan anak-anak.

Sebenarnya, saya hanya dibenarkan oleh suami saya untuk menceburkan diri

sebagai pengusaha sekolah dengan satu syarat. "Saya hanya dibenarkan

berhenti kerja dan berniaga sendiri selepas 5 tahun bekerja di syarikat orang

lain."

Pada mulanya, saya agak hairan dengan syarat ini. Namun, saya akur sahaja.

Sekarang, saya faham. Latar belakang pengalaman bekerja dengan orang

bisnes yang lain, pendedahan tentang ilmu organisasi dan beberapa perkara

asas dalam pengurusan syarikat adalah penting.

Antara lain termasuklah kemahiran mengurus, memimpin, kebolehan

berkomunikasi di pelbagai peringkat serta asas pengurusan kewangan.

Kedudukan kewangan peribadi dan keluarga.

Selepas melalui tempoh 5 tahun bekerja dengan syarikat lain, saya menerima

lampu hijau untuk memulakan bisnes sendiri. Menguruskan pusat pandidikan

sendiri.

Seperti yang disebutkan sebelum ini, kedudukan kewangan keluarga dan

rekod kewangan peribadi amat penting untuk memulakan perniagaan.

Semua persetujuan juga dicapai atas beberapa perkara asas yang penting

Page 26: Satu Pengalaman Pengusaha Bisnes Pendidikan Kanak-kanak · menguruskan tadika atau pusat pendidikan yang dipilih untuk anak mereka. Pertukaran guru atau mana-mana kakitangan dengan

©Membuat  Keputusan  Bisnes   26  

dalam keluarga saya.

• Perbelanjaan keluarga mesti lebih terkawal dan bersederhana.

• Pembahagian tertentu ditetapkan masa harian, mingguan dan bulanan

untuk ahli keluarga termasuklah anak-anak, keluarga masing-masing

dan keluarga mertua.

• Pengurusan pendidikan anak memerlukan kerjasama antara ibu dan

ayah.

• Pembahagian hak dan tanggungjawab pengurusan bisnes bersama

yang dipersetujui.

Selepas itu, saya juga mengadakan pertemuan bersama anak-anak yang

sudah agak dewasa. Kami terangkan kepada semua tentang keadaan yang

bakal dihadapi. Bukan sahaja kepada anak-anak kami terangkan, malah

kepada ahli keluarga yang lain. Kami sekeluarga mengambil peluang untuk

balik kampung. Pada waktu itu kami terangkan tentang perancangan kami

sekeluarga.

Pelbagai reaksi yang kami terima. Apa yang pasti, saya sudah pasti dengan

keputusan yang diambil. Meskipun begitu, hasilnya mereka semua

faham apabila kami tidak balik ke kampung sekerap dahulu.

Cabaran 3 tahun pertama.

Pada peringkat awal, memang agak sukar untuk melalui fasa adaptasi

menjalankan bisnes pendidikan kanak-kanak. Apabila sudah melalui 3 tahun

fasa pertama, saya melihat akan keperluan sebagai seorang bisnes untuk

mempunyai kemahiran bisnes yang betul.

Page 27: Satu Pengalaman Pengusaha Bisnes Pendidikan Kanak-kanak · menguruskan tadika atau pusat pendidikan yang dipilih untuk anak mereka. Pertukaran guru atau mana-mana kakitangan dengan

©Membuat  Keputusan  Bisnes   27  

Pertama, saya perlu mahir mengawal emosi diri sendiri. Banyak kelas dan

kursus yang membolehkan kita belajar untuk menguruskan pekerja dan

pelanggan. Cara menjaga emosi dan keperluan pekerja dan pelanggan

banyak dibincangkan oleh semua tahap pengurusan di syarikat bisnes.

Waktu itu, tanpa sedar, saya dapati bahawa kekuatan diri sebagai pendiri

bisnes ini amat bergantung kepada kemahirannya mengawal emosi.

Terutama bagi kepimpinan wanita, ia menjadi semakin penting untuk

bekerjasama dengan pekerja dan rakan kongsi yang berlainan jantina.

Kedua, saya perlu mahir memimpin organisasi. Memimpin manusia banyak

diperkatakan. Banyak buku rujukan boleh dibaca, malah ramai juga konsultan

yang menawarkan diri dengan adanya sistem pengurusan yang canggih.

Namun, organisasi yang berbentuk syarikat ini tidak hanya tentang mengurus

dan memimpin manusia. Ia juga merupakan entiti yang hidup dengan

undang-undang setempat termasuklah akta-akta yang mempunyai status sah

dalam sesebuah negara.

Ketiga, saya perlu belajar selok belok kewangan. Setiap bulan, akan ada

urusan perbelanjaan yang mesti dijalankan dengan baik. Malah, laporan

Orang yang boleh mengawal emosinya akan dapat membuat keputusan dengan baik.

“Memimpin manusia tidak sama dengan memimpin syarikat.”

Page 28: Satu Pengalaman Pengusaha Bisnes Pendidikan Kanak-kanak · menguruskan tadika atau pusat pendidikan yang dipilih untuk anak mereka. Pertukaran guru atau mana-mana kakitangan dengan

©Membuat  Keputusan  Bisnes   28  

kewangan juga mesti disemak satu persatu untuk memastikan perjalanan

operasi syarikat sentiasa lancar.

Ketika itu, barulah saya mula mempelajari banyak terma dan perkara yang

berbentuk teknikal tentang pengurusan kewangan dalam bisnes.

Ia bukan sahaja tentang ‘income statement’, jauh daripada itu ia memerlukan

kemahiran ‘melihat’ nombor dan menganalisa secara ringkas untuk membuat

keputusan bisnes yang berisiko rendah.

Keempat, saya perlu belajar membangunkan syarikat dengan sumber

manusia yang meningkat. Apabila perjalanan bisnes bertambah maju, sudah

tentu kita akan memerlukan lebih ramai tenaga kerja mahir dan professional

dalam bahagian tertentu.

Maka, polisi-polisi wajar akan diubah dari masa ke semasa untuk memenuhi

keperluan pembangunan syarikat. Ia juga melibatkan perancangan untuk

mengembangkan bakat pekerja sedia ada dan pada masa yang sama

mencari bakat baru. Tugas ini tidak boleh lagi dijalankan oleh beberapa

orang kerani biasa.

Menyusun kerja dalam pasukan membolehkan sebuah syarikat pergi jauh.  

Orang bisnes mesti sentiasa belajar perkara baru.

Page 29: Satu Pengalaman Pengusaha Bisnes Pendidikan Kanak-kanak · menguruskan tadika atau pusat pendidikan yang dipilih untuk anak mereka. Pertukaran guru atau mana-mana kakitangan dengan

©Membuat  Keputusan  Bisnes   29  

Pada masa itu, barulah saya mula memahami akan kepentingan pelan

pembangunan bisnes. Ini hanya boleh dilakukan dalam suasana bisnes yang

modelnya jelas dan boleh dibangunkan.

Kelima, saya mesti tahu jalan keluar apabila masuk. Setelah melalui fasa 4

tahun berbisnes seorang diri dalam syarikat yang diuruskan dengan gaya

sendiri, barulah saya melihat akan kepentingannya bergaul dengan ramai

orang yang mempunyai bisnes berlainan industri.

Dengan mempunyai jaringan bisnes yang baik, banyak ilmu dan input bisnes

baru dapat dikumpulkan. Daripada maklumat dan hasil perkongsian itulah,

saya sedar bahawa saya tidak pernah memikirkan untuk keluar daripada apa

yang saya lakukan.

Sehinggakan, saya seolah menyangka bahawa saya akan hidup selamanya

dan mengurus bisnes itu selamanya. Aneh bukan?

Membuat keputusan besar

Seperti orang lain, saya juga banyak melalui kisah suka duka sepanjang

menguruskan bisnes. Hinggalah pada tahun 2013, saya mula melihat bahawa

masanya sudah tiba untuk saya meneruskan apa yang saya mahu lakukan

untuk masaha hadapan.

“Sesuatu yang sukar ditembus masuk akan sukar ditembus keluar.”

Page 30: Satu Pengalaman Pengusaha Bisnes Pendidikan Kanak-kanak · menguruskan tadika atau pusat pendidikan yang dipilih untuk anak mereka. Pertukaran guru atau mana-mana kakitangan dengan

©Membuat  Keputusan  Bisnes   30  

Ringkasnya, saya sudah lemas dengan ‘hutang bisnes’ yang berpanjangan.

Saya kira, dengan mengurus bisnes secara sendirian ini, semakin lama saya

semakin lemah dalam membuat keputusan yang betul.

Memasuki awal tahun 2014, saya sudah mula mengorak langkah dan

membuat keputusan besar dalam hidup dan perjalanan bisnes.

Memandangkan bisnes yang dijalankan sangat bersangkutan dengan

perjalanan kehidupan peribadi, maka keputusan untuk menceburi bidang

bisnes baru dan pelaburan baru memberi kesan besar kepada kehidupan

sedia ada.

Apakah keputusan saya itu betul?

Betul atau tidak, setiap keputusan sudah pasti akan ada kesan. Sebagai

seorang individu yang sudah terlatih dalam organiasi dan sistem bisnes, kita

dengan sendiri sudah jelas maklum.

Semua keputusan melibatkan risiko. Bertanggungjawab atas setiap keputusan.

Jalan terus!