4
Sang Semut dan Sang Merpati Pada suatu hari, seekor semut sedang minum air di tebing sungai. Tiba-tiba angin bertiup kencang. Semut itu terjatuh ke dalam sungai. Semut yang malang itu terkapai-kapai di dalam air. Dia rasa tentunya akan mati lemas. Seekor burung merpati berehat di pokok berdekatan dan ternampak apa yang berlaku. Dengan pantas, dia memetik sehelai daun dan menjatuhkannya ke permukaan air berhampiran semut. Semut memanjat ke atas daun itu. Akhirnya, dia hanyut ke tebing sungai dengan selamat. Semut berkata, "Terima kasih, sahabatku. Saya akan menolongmu suatu hari nanti." Beberapa hari kemudian, seorang pemburu datang ke tempat itu untuk memburu burung. Dia ternampak merpati itu berehat di atas pokok. Dia mengeluarkan busur dan anak panahnya. Pemburu mengarahkan busur dan anaknya ke arah burung merpati itu.Semut ternampak segalanya. Dia teringat burung merpati itu pernah menolongnya. Dengan pantas, semut mengingit kaki pemburu. Dia melompat kesakitan dan anak panahnya terlepas sasaran. Apabila terdengar jeritan kesakitan pemburu itu, burung merpati pun terbang pergi. "Terima kasih, semut," kata burung merpati itu.

Sang Semut Dan Sang Merpati

  • Upload
    anne-ng

  • View
    32

  • Download
    2

Embed Size (px)

DESCRIPTION

Cerita kanak-kanak

Citation preview

Sang Semut dan Sang Merpati

Pada suatu hari, seekor semut sedang minum air di tebing sungai. Tiba-tiba angin bertiup kencang. Semut itu terjatuh ke dalam sungai. Semut yang malang itu terkapai-kapai di dalam air. Dia rasa tentunya akan mati lemas. Seekor burung merpati berehat di pokok berdekatan dan ternampak apa yang berlaku. Dengan pantas, dia memetik sehelai daun dan menjatuhkannya ke permukaan air berhampiran semut. Semut memanjat ke atas daun itu.

Akhirnya, dia hanyut ke tebing sungai dengan selamat.

Semut berkata,"Terima kasih, sahabatku.Saya akan menolongmu suatu hari nanti."

Beberapa hari kemudian, seorang pemburu datang ke tempat itu untuk memburu burung. Dia ternampak merpati itu berehat di atas pokok. Dia mengeluarkan busur dan anak panahnya. Pemburu mengarahkan busur dan anaknya ke arah burung merpati itu.Semut ternampak segalanya. Dia teringat burung merpati itu pernah menolongnya. Dengan pantas, semut mengingit kaki pemburu. Dia melompat kesakitan dan anak panahnya terlepas sasaran. Apabila terdengar jeritan kesakitan pemburu itu, burung merpati pun terbang pergi.

"Terima kasih, semut," kata burung merpati itu."Kali ini, kamu telah menolong saya."

Angsa dan Telur Emas Dahulu kala, ada seorang petani yang memiliki seekor angsa yang sangatlah cantik, dimana setiap hari ketika petani tersebut mendatangi kandang angsa, sang Angsa telah menelurkan sebuah telur emas yang berkilauan.Petani tersebut mengambil dan membawa telur-telur emas tersebut ke pasar dan menjualnya sehingga dalam waktu yang singkat petani tersebut mulai menjadi kaya. Tetapi tidak lama kemudian keserakahan dan ketidak-sabaran petani itu terhadap sang Angsa muncul karena sang Angsa hanya memberikan sebuah telur setiap hari. Sang Petani merasa dia tidak akan cepat menjadi kaya dengan cara begitu.Suatu hari, setelah menghitung uangnya, sebuah gagasan muncul di kepala petani, gagasan bahwa dia akan mendapatkan semua telur emas sang Angsa sekaligus dengan cara memotong sang Angsa. Tetapi ketika gagasan tersebut dilaksanakan, tidak ada sebuah telur yang dapat dia temukan, dan angsanya yang sangat berharga terlanjur mati dipotong.Mereka yang tamak akan kehilangan semua yang ingin dimilikinya.

Kura-kura Dengan MonyetPada zaman dahulu, bersahabatlah seekor kura-kura dengan seekor monyet. Kura-kura suka bercucuk tanam sedang kawannya pula asyik merayau dari pokok ke pokok kerana mencari makanan.

Setelah lama menunggu, buah pisang tanaman kura-kura masak dan berusahalah kura-kura untuk memetiknya tetapi gagal.

Lalu ia meminta tolong pada monyet. Apalagi, kesukaan sangatlah monyet mendapat makanan kegemarannya sehingga tidak menghiraukan kura-kura yang asyik menungggu di bawah pokok bersama kulit-kulit pisang yang dibuang oleh monyet.

Hilang sabar menyebabkan kura-kura menanam-menanam duri-duri di bawah pokok pisang untuk mengajar kawannya yang mementingkan diri itu.

Sebaik melompat turun dengan kekenyangan, kaki monyet tertusuk duri tajam dan mengaduh kesakitanlah ia. Dihempaskan kura-kura ke atas tanah, namun kura-kura tidak merasa sakit.

Apabila kura-kura memberitahu bahawa dia hanya boleh mati kerana air, maka monyet pun memikul kura-kura ke tepi sungai lalu dicampakkan kura-kura ke dalam air.

Hatinya begitu puas melihat badan kura-kura tenggelam. Beberapa ketika kemudian, kura-kura timbul semula di hadapannya lalu mengucapkan terima kasih kerana dihantar ke tempat kegemarannya, iaitu air.