16
‘MARA terus mara’ BIL : 13/09 ISSN 1823-9560 Januari - Mac 2009 EDARAN PERCUMA SAMBUTAN HARI MARA SEMPENA ULANG TAHUN YANG Ke M ARA menyambut Ulang Tahun yang ke-43 pada 1 Mac 2009 baru-baru ini. Beberapa acara telah diadakan pada sambutan kali ini dengan tujuan memperingati betapa inti pati perjuangan yang dibawa oleh MARA sejak lebih 4 dekad amat besar ertinya untuk survival kaum Bumiputera. Majlis Kesyukuran sempena ulang tahun MARA telah diadakan pada 6 Mac 2009, bertempat di Anjung Korporat, Tingkat 24 Bangunan Ibu Pejabat MARA. Y.Bhg. Datuk Nam bin Marthinin, Ketua Pengarah MARA dan Ahli-ahli Pengurusan MARA turut hadir dalam majlis yang dipimpin oleh Ustaz Mazlan bin Hashim, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pendidikan dan Latihan Menengah. Munajat dipanjatkan ke hadrat Ilahi agar MARA meneruskan kesinambungan perjuangan dalam melakar, mencanai, mencorak serta membentuk perjalanan bangsa dan negara. Pada 14 Mac 2009, Sambutan Hari MARA diadakan serentak dengan Majlis Perasmian Karnival Pendidikan MARA 2009 Peringkat Kebangsaan di PWTC. Majlis sambutan dan perasmian yang penuh bersejarah ini turut dihadiri oleh Y.B. Dato' Noh bin Haji Omar, Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Y.B. Dato' Saifuddin bin Abdullah, Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi dan Y.Bhg. Datuk Nam bin Marthinin, Ketua Pengarah MARA. Antara tetamu lain yang turut hadir dan meraikan sambutan ulang tahun MARA pada kali ini ialah Y.B. Senator Osman bin Bungsu, Wakil Orang Asli Ahli Dewan Negara Parlimen Malaysia. 43 tahun menggalas amanah, MARA seharusnya terus gagah mengorak langkah ke hadapan dalam mencarta dan memeta arah tuju untuk membangunkan kaum Bumiputera. Semoga sambutan ulang tahun ini akan menyuburkan roh serta menyuntik semangat perjuangan warga kerja MARA untuk terus komited membangunkan Masyarakat Perdagangan dan Perindustrian Bumiputera (MPPB). Warta MARA : Januari - Mac 2009 1

SAMBUTAN HARI MARA SEMPENA ULANG TAHUN … 2009.pdf · Pengambilan pertama Tingkatan 1 Program Ulul ... pembiayaan perniagaan, latihan keusahawanan, ... untuk membentuk jaringan perniagaan

  • Upload
    vananh

  • View
    279

  • Download
    6

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: SAMBUTAN HARI MARA SEMPENA ULANG TAHUN … 2009.pdf · Pengambilan pertama Tingkatan 1 Program Ulul ... pembiayaan perniagaan, latihan keusahawanan, ... untuk membentuk jaringan perniagaan

‘MARA terus mara’

BIL : 13/09 ISSN 1823-9560 Januari - Mac 2009 EDARAN PERCUMA

SAMBUTAN HARI MARA SEMPENAULANG TAHUN YANG Ke

MARA menyambut UlangTahun yang ke-43 pada

1 Mac 2009 baru-baru ini.Beberapa acara telah diadakanpada sambutan kali ini dengantujuan memperingati betapainti pati perjuangan yangdibawa oleh MARA sejak lebih4 dekad amat besar ertinya untuksurvival kaum Bumiputera. MajlisKesyukuran sempena ulang tahun MARA telah diadakan pada 6 Mac 2009,bertempat di Anjung Korporat, Tingkat 24 Bangunan Ibu Pejabat MARA. Y.Bhg.Datuk Nam bin Marthinin, Ketua Pengarah MARA dan Ahli-ahli Pengurusan MARAturut hadir dalam majlis yang dipimpin oleh Ustaz Mazlan bin Hashim, KetuaPenolong Pengarah Bahagian Pendidikan dan Latihan Menengah. Munajatdipanjatkan ke hadrat Ilahi agar MARA meneruskan kesinambungan perjuangandalam melakar, mencanai, mencorak serta membentuk perjalanan bangsa dannegara.

Pada 14 Mac 2009, Sambutan Hari MARA diadakan serentak dengan Majlis PerasmianKarnival Pendidikan MARA 2009 Peringkat Kebangsaan di PWTC. Majlis sambutandan perasmian yang penuh bersejarah ini turut dihadiri oleh Y.B. Dato' Noh bin HajiOmar, Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Y.B. Dato' Saifuddin bin Abdullah,Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi dan Y.Bhg. Datuk Nam binMarthinin, Ketua Pengarah MARA. Antara tetamu lain yang turut hadir dan meraikansambutan ulang tahun MARA pada kali ini ialah Y.B. Senator Osman bin Bungsu, WakilOrang Asli Ahli Dewan Negara Parlimen Malaysia.

43 tahun menggalas amanah, MARA seharusnya terus gagah mengorak langkah kehadapan dalam mencarta dan memeta arah tuju untuk membangunkan kaum Bumiputera.Semoga sambutan ulang tahun ini akan menyuburkan roh serta menyuntik semangatperjuangan warga kerja MARA untuk terus komited membangunkan MasyarakatPerdagangan dan Perindustrian Bumiputera (MPPB).

Warta MARA : Januari - Mac 2009 1

Page 2: SAMBUTAN HARI MARA SEMPENA ULANG TAHUN … 2009.pdf · Pengambilan pertama Tingkatan 1 Program Ulul ... pembiayaan perniagaan, latihan keusahawanan, ... untuk membentuk jaringan perniagaan

SIDANG PENGARANG

PenasihatY. Bhg. Datuk Nam binMarthininKetua Pengarah MARA

Ketua PengarangHasni binti Suleiman

Timbalan KetuaPengarangNor Zaini binti Abu Kassim

PenyelarasAhmad Sabri bin KassimAfniza binti Abu Bakar

Pereka GrafikErnie Yusnida bintiMohamed Yunus

Fotografi• Unit PenerbitanBhg. Hal Ehwal Korporat• Bhg. PembangunanSumber

Warta MARAditerbitkan olehBahagian Hal EhwalKorporat dan kami mengalu-alukan sebarang cadanganatau komentar, surat-menyurat, rencana danulasan.

Penerbit:Unit PenerbitanBhg. Hal Ehwal Korporat MARATingkat 24, Ibu Pejabat MARA21, Jalan Raja Laut,50609 Kuala LumpurTel:03-2690 3653Faks:03-2692 7386Emel:[email protected] web: http://www.mara.gov.my

Pencetak:WNS BUDI ENTERPRISE (001497077-P)

103-1A, Jalan Sultan Abdul Samad,Off Jalan Tun Sambanthan, 50470Kuala Lumpur.

2 Warta MARA : Januari - Mac 2009

10 TAHUN KARNIVAL PENDIDIKAN MARAJelajah Karnival Pendidikan MARA 2009 telah bermula. Lokasi pertama karnival

telah diadakan di Kuantan Parade, Pahang bermula dari 7 hingga 8 Mac 2009.Sebanyak 75 booth pameran daripada pelbagai institusi pendidikan telah menyertaikarnival selama dua hari ini.

Lokasi kedua Karnival Pendidikan 2009 adalah di Ruang Legar Utama PWTC yang diadakanselama tiga hari bermula 13 hingga 15 Mac 2009. Karnival Pendidikan MARA PeringkatKebangsaan ini mendapat sambutan hangat daripada pengunjung kerana ia diadakan duahari selepas keputusan SPM diumumkan. Seterusnya jelajah ini diteruskan ke Sabah,Sarawak, Melaka dan akan berakhir di Pulau Pinang.

Tahun 2009 merupakan tahun bersejarah Karnival Pendidikan MARA kerana genap 10 tahunpenganjuran karnival ini diadakan. Bermula secara kecil-kecilan pada tahun 2000, kiniKarnival Pendidikan MARA telah menjadi acara tetap dan program rasmi dalam kalendarMARA yang bertujuan menyediakan platform kepada para pelajar untuk mendapatkankhidmat nasihat, maklumat mengenai penajaan pengajian dan informasi terkini tentangpeluang pendidikan yang ditawarkan oleh institusi pendidikan MARA (IPMa) dan institusipendidikan lain di seluruh negara.

‘Semoga roh dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang-orangberiman’ - Amin

Hasliza binti EliasPembantu Makmal, MRSM Jeli, Kelantan

21 Januari 2009 (Rabu) bersamaan 24 Muharam 1430 H

Hasnah binti NawawiGuru Sains, MRSM Pengkalan Chepa, Kelantan

7 Februari 2009 (Sabtu) bersamaan 11 Safar 1430H

Haji Manaf bin SaadPenolong Pengarah, BPI MARA Kedah

7 Mac 2009 (Sabtu) bersamaan 10 Rabiulawal 1430 H

Norfazwany binti Hj. NordinPensyarah,KKTM Rembau, Negeri Sembilan

18 Mac 2009 (Rabu) bersamaan 21 Rabiulawal 1430 H

○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○

○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○

○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○

Page 3: SAMBUTAN HARI MARA SEMPENA ULANG TAHUN … 2009.pdf · Pengambilan pertama Tingkatan 1 Program Ulul ... pembiayaan perniagaan, latihan keusahawanan, ... untuk membentuk jaringan perniagaan

Warta MARA : Januari - Mac 2009 3

MRSM ULUL ALBAB MELAHIRKANCENDEKIAWAN QURANIK,ENSIKLOPEDIK, IJTIHADIK

Syabas dan tahniah diucapkan kepada MRSM Kota Putra ataspemilihan sebagai perintis Program Ulul Albab. Dengan pelancaran

ini, maka terealisasilah hasrat MARA untuk mengintegrasikan aliranSains Tulen MRSM dengan aliran agama termasuk Tahfiz al-Quran.

Program Ulul Albab diwujudkan bertujuan untuk melahirkan ahli profesionaldan teknokrat dalam pelbagai bidang yang mempunyai kefahaman berasaskanAl-Quran dan As-Sunnah. Perkataan Ulul Albab ini secara ringkasnya bolehditerjemahkan sebagai cendekiawan. Program ini ditunjangi tiga (3) prinsiputama iaitu Quranik, Ensiklopedik, dan Ijtihadik.

Quranik - Kebolehan menghafaz 30 juzuk al-Quran serta memahamituntutan al-Quran berdasarkan konsep baca, ingat, faham, fikir, amal dansebar (dakwah).Ensiklopedik - Berpengetahuan dan berkemahiran tinggi, bertindak sebagaipakar rujuk serta menguasai pelbagai bidang ilmu dan bahasa asing.Ijtihadik - Berkeupayaan memberi pandangan dalam penyelesaianmasalah umat, memaksimumkan keupayaan berfikir dan minda sertaberfikiran kreatif dan inovatif.

Pendekatan ini bukanlah satu perkara baru dalam sistem pendidikan MRSMkerana lebih sedekad yang lalu iaitu pada tahun 1998, MARA telah punmewujudkan MRSM yang menawarkan mata pelajaran elektif dalamPendidikan Islam seperti Pendidikan al-Quran dan as-Sunnah, SyariahIslamiah dan Bahasa Arab Tinggi di samping mengekalkan jurusan SainsTulen. Hingga kini jurusan dwi aliran ini masih lagi dilaksanakan di dua buahMRSM iaitu MRSM Jeli dan MRSM Kuala Berang.

Pengambilan pertama Tingkatan 1 Program Ulul Albab melibatkan seramai180 orang pelajar, di mana dalam tempoh lima tahun lagi generasi pertamaini diharap dapat mencipta kejayaan cemerlang dalam peperiksaan SijilPelajaran Malaysia di samping dapat menghafaz keseluruhan al-Quran.Seterusnya MARA akan membuka peluang kepada pelajar-pelajar ProgramUlul Albab untuk melanjutkan pelajaran di peringkat tinggi dalam pelbagaibidang profesional dan teknikal samada di Timur Tengah ataupun pusat-pusatpengajian terbaik di negara-negara maju.

Page 4: SAMBUTAN HARI MARA SEMPENA ULANG TAHUN … 2009.pdf · Pengambilan pertama Tingkatan 1 Program Ulul ... pembiayaan perniagaan, latihan keusahawanan, ... untuk membentuk jaringan perniagaan

INTERNATIONAL ROBOT OLYMPIAD (IRO) 2008

MARA dengan kerjasama Universiti Islam Antarabangsa Malaysia telah melakar sejarah denganmenganjurkan pertandingan International Robot Olympiad (IRO) 2008 peringkat antarabangsa. Penglibatan

MARA dalam penganjuran kali ini merupakan usaha berterusan MARA untuk menyuntik minat dalam diri pelajardan generasi muda terhadap teknologi robotik, artificial intelligence dan menyedarkan masyarakat betapa erarobotik adalah semakin hampir dengan kita.

Pertandingan pada kali ini melibatkan penyertaan peserta-peserta dari Brunei, China, Korea Selatan, Singapura, Thailand,Indonesia, Filipina dan Malaysia. Terdapat tiga kategori yang dipertandingkan iaitu Standard Category, Creativity Categorydan Exhibition Category, dan setiap kategori mempunyai disiplin dan kriteria tertentu yang perlu dipenuhi.

Y. B. Dato' Seri Idris bin Jusoh, Pengerusi MARA telah mewakili Y. B. Dato' Noh bin Haji Omar, Menteri PembangunanUsahawan Dan Koperasi pada majlis penutup pertandingan tersebut. Robot Olympiad ini telah berlangsung selama limahari bermula dari 17 hingga 21 Disember 2008 melibatkan lebih 1,000 orang peserta. Penyertaan dibahagikan mengikutkategori umur iaitu 12 tahun ke bawah, 13 hingga 18 tahun dan 19 tahun ke atas.

Dalam ucapannya, Y.B. Dato' Noh bin Haji Omar berharap penganjuran IRO pada tahun ini dapat menanam minat danmenyuburkan budaya merekacipta di kalangan generasi muda dalam bidang robotik yang masih luas untuk diterokai.Selain itu, ia juga diharapkan mampu menjadi platform perkongsian idea, kemahiran dan kreativiti di kalangan pesertaantarabangsa dan tempatan seterusnya menjadi medan persaingan bagi para peserta di seantero dunia.

4 Warta MARA : Januari - Mac 2009

PROGRAM GIATMARA DEKAT RAKYAT

Majlis Amanah Rakyat (MARA) melalui GIATMARA terus melaksanakantanggungjawab sosialnya dalam membantu rakyat mengecapi taraf hidup

yang lebih selesa melalui Program GIATMARA Dekat Rakyat. Baru-baru ini pada31 Mac 2009, Y.B. Dato’ Seri Idris bin Jusoh, Pengerusi MARA telah melakukanlawatan kerja ke Program GIATMARA Dekat Rakyat di Perkampungan NelayanSungai Lalang, Sungai Petani Kedah.

Melalui program ini, sebuah jambatan telah dibina sebagai laluan perhubungan pendudukdi perkampungan nelayan tersebut. Jambatan sebelum ini telah roboh disebabkan terlaluuzur, dan dengan pembinaan jambatan ini memudahkan urusan seharian pendudukkampung yang terletak di tepi Sungai Lalang ini. Rata-rata penduduk di perkampunganini menjadikan hasil sungai dan paya berdekatan sebagai sumber pendapatan utamamereka. Selain membina jambatan, GIATMARA juga merancang untuk melakukan kerja-kerja membaiki lantai rumah penduduk kampung terbabit dalam waktu terdekat.

Page 5: SAMBUTAN HARI MARA SEMPENA ULANG TAHUN … 2009.pdf · Pengambilan pertama Tingkatan 1 Program Ulul ... pembiayaan perniagaan, latihan keusahawanan, ... untuk membentuk jaringan perniagaan

SEMINAR PEMBANGUNAN USAHAWAN MARANEGERI TERENGGANU

Y. B. Dato' Noh bin Haji Omar telah merasmikan Seminar Pembangunan Usahawan MARA Negeri Terengganupada 6 Januari 2009 bertempat di Hotel Permai Inn, Kuala Terengganu jam 9.30 pagi. Seminar sehari yang

dihadiri lebih 500 orang usahawan ini diadakan untuk mendedahkan peserta dengan idea-idea dan teknik terkinidalam strategi perniagaan, pemasaran dan window dressing yang diharapkan dapat membantu mengukuhkanlagi perniagaan para usahawan.

Peserta seminar terdiri daripada usahawan dari seluruh Negeri Terengganu yang pernah mendapat kemudahan daripadaMARA sama ada dalam bentuk pembiayaan perniagaan, latihan keusahawanan, sewaan premis, khidmat nasihat, geranpromosi, skim khidmat pakar runding dan lain-lain lagi. Y. B. Menteri dalam ucapannya juga berharap agar programseumpama ini dapat dijadikan wadah untuk membentuk jaringan perniagaan dan menjadi medan perkongsian maklumatdi kalangan usahawan Bumiputera.

Turut hadir pada program ini ialah Y.B. Dato' Seri Idris bin Jusoh, Pengerusi MARA, Y.Bhg. Datuk Nam bin Marthinin,Ketua Pengarah MARA serta Ketua-Ketua Pegawai Eksekutif Agensi di bawah Kementerian Pembangunan Usahawandan Koperasi serta pemimpin-pemimpin tempatan.

MAJLIS PERASMIAN KEDAI KONSEPDAN PENJENAMAAN SEMULA CLEAR

OPTICAL SDN BHDPada 5 Februari 2009, Clear Optical Sdn Bhd telah mengadakan Majlis

Pelancaran Kedai Konsep dan penjenamaan semula syarikat tersebut diD’Healthcare Pusat Bandar Damansara. Clear Optical Sdn Bhd merupakan salah

sebuah syarikat yang telah dilantik sebagai mentor di bawah Program PeruncitanBumiputera MARA. Perasmian ini telah disempurnakan oleh Y. B. Dato’ Seri

Idris bin Jusoh. Seramai 300 orang tetamu telah hadir di majlistersebut terdiri daripada tetamu-tetamu kehormat daripada

pelbagai agensi kerajaan dan entitikorporat, juga para usahawan menteeyang telah terpilih untuk mengikutiProgram Peruncitan Bumiputera di bawahCOSB.

Perasmian ini membuktikan bahawausahawan Bumiputera mampu untuk terlibat dalam

bidang industri penjagaan kesihatan serta berupayamewujudkan pusat sehenti penjagaan mata yangmemerlukan kepakaran dan pengetahuan dalam bidangtersebut. Y. B. Dato’ Seri berharap agar COSB teruskonsisten serta berdaya saing untuk menerokai pasaranluar negara di masa akan datang. Sebagai mentordiharapkan kepada usahawan-usahawan baru, COSBdapat melaksanakan tanggungjawab dan amanahdalam memberi bimbingan kepada usahawan terlibat.

Warta MARA : Januari - Mac 2009 5

Page 6: SAMBUTAN HARI MARA SEMPENA ULANG TAHUN … 2009.pdf · Pengambilan pertama Tingkatan 1 Program Ulul ... pembiayaan perniagaan, latihan keusahawanan, ... untuk membentuk jaringan perniagaan

Bahagian Pembangunan Infrastruktur Perniagaan (BPI) berperanan menyediakan kemudahan ruang niaga /ruang kilang untuk di sewa bagi mewujud dan menambah bilangan usahawan Bumiputera serta

mempertingkatkan lagi tahap usaha niaga mereka.

OBJEKTIFMenambah bilangan serta mempertingkatkan tahap kemampuan Bumiputera ke arahpencapaian matlamat mewujudkan Masyarakat Perdagangan dan PerindustrianBumiputera (MPPB).

PEMBANGUNAN PREMISAktiviti Pembangunan Premis bertanggungjawab untuk merancang dan melaksana:• Pembinaan bangunan.• Pembelian bangunan.

PENYEWAANAktiviti Penyewaan dilaksanakan dengan cara-cara yang berikut:-• Menyewakan ruang niaga dan ruang kilang pada kadar yang berpatutan.• Menentukan kadar sewa yang kompetitif dengan mengambil kira kadar pasaran, kospengurusan bangunan, jenis perniagaan, dan kedudukan lot ruang sewa.• Memantau kutipan bayaran sewa.• Melaksanakan exit policy untuk memberi laluan kepada lebih ramai usahawan baru yangmasih belum mempunyai tapak untuk memulakan perniagaan.

PEMASARANAktiviti Pemasaran pula berfungsi untuk:• Membangun dan mempertingkatkan tahap keusahawanan penyewa• Pelaksanaan dan penentuan trade-mix serta susun atur ruang niaga mengikut jenisperniagaan untuk keselesaan, keperluan penyewa dan pelanggan.• Mewujudkan tarikan dan keceriaan premis melalui pengindahan bangunan, pencahayaan,seni taman, keceriaan, serta kebersihan dalaman dan luaran.• Mewujudkan jaringan antara semua penyewa ruang niaga dan industri MARA dan jugausahawan-usahawan lain.• Meningkatkan kecekapan pengurusan kompleks melalui khidmat Pengurus Bangunanswasta. Konsep ini telah diperkenalkan dan dilaksanakan di Plaza Larkin, Johor Bahru, Johor.

Aktiviti Pemasaran dilaksanakan menerusi program berikut:-•PEMBANGUNAN PENYEWAAktiviti Pembangunan Penyewa dilaksanakan melalui pengendalian kursus/ seminar dankhidmat rundingcara kepada penyewa-penyewa.

•PROMOSIProgram Promosi yang telah dilaksanakan adalah melalui aktiviti jualan mega/ berkala danpromosi satu produk yang merangkumi Karnival Usahawan, Ekspo Perdagangan, EkspoKraf & Hiasan, Busana Pengantin, Promosi Kembali Ke Sekolah, Bazar Ramadan, JualanAidil Fitri dan sebagai promosi lain mengikut keadaan semasa dan keperluan usahawan.

•ANUGERAH PENYEWA DAN PREMIS PERNIAGAAN MARA (APPM)APPM dilaksanakan setiap tahun pada peringkat negeri dan AURA dwi tahunan untukperingkat kebangsaan.

SENGGARAAN DAN PEMBAIKANAktiviti Senggaraan dan Pembaikan bertanggungjawab:• Menyediakan dan membekalkan khidmat senggaraan dan pembaikan bangunan. MARAtelah melantik Kontraktor Senggaraan Separa Komprehensif di seluruh Malaysia.• Menyediakan khidmat kawalan keselamatan untuk kompleks dan arked.• Menyediakan khidmat pencucian untuk kompleks dan arked.

INFO MARA : BAHAGIAN PEMBANGUNAN INFRASTRUKTUR PERNIAGAAN

6 Warta MARA : Januari - Mac 2009

Page 7: SAMBUTAN HARI MARA SEMPENA ULANG TAHUN … 2009.pdf · Pengambilan pertama Tingkatan 1 Program Ulul ... pembiayaan perniagaan, latihan keusahawanan, ... untuk membentuk jaringan perniagaan

PERASMIAN PLAZA KANGARY.B. Dato’ Noh bin Haji Omar, Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi telah merasmikan Plaza Kangar pada 4 Mac 2009 yang lalu. Plaza Kangarmerupakan salah satu projek terbaru MARA di negeri Perlis di mana plaza initelah beroperasi sepenuhnya pada April 2008. Terletak di Jalan Syed Alwi Kangar,ia mempunyai 53 unit lot kedai dan setakat ini telah pun disewakan kepada 18orang penyewa yang menjalankan pelbagai aktiviti perniagaan termasuk satuAnchor Tenant. Tujuan utama MARA membina lot-lot perniagaaan danmewujudkan ruang niaga seperti ini adalah untuk memastikan usahawanBumiputera dapat beroperasi di lokasi-lokasi strategik dengan kadar sewa yangrendah berbanding kadar pasaran.

Bersempena dengan majlis perasmian ini, MARA Negeri Perlis turut menganjurkan Mini Ekspo Usahawan yangdimeriahkan dengan pelbagai acara untuk masyarakat awam dan pengunjung seperti Pertandingan Mewarna Kanak-kanak, Gubahan Bunga Kering, Gubahan Kek Icing dan Pertandingan Mengikat Tudung Busana Muslim. Dengan programpromosi seperti ini, diharapkan dapat membantu usahawan yang baru berniaga di plaza ini untuk memperkenalkanperkhidmatan dan produk mereka kepada masyarakat umum dan seterusnya menjadikan plaza ini sebagai pusat membelibelah masyarakat setempat. Y.B. Dato’ Noh dalam ucapannya turut menegaskan bahawa perlunya usahawan yangmenyewa di ruang-ruang perniagaan MARA berusaha untuk membeli premis sendiri pada masa akan datang. Ini amatpenting untuk mengecilkan jurang ekuiti pemilikan premis-premis perniagaan berbanding kaum-kaum lain.

PELANCARAN DESIGNDEVELOPMENT CENTRE (DDEC)

Pusat Pembangunan Rekabentuk atau Design Development Centre(DDEC) yang merupakan anak syarikat MARA telah dilancarkan dengan

rasminya oleh Y.B. Dato’ Noh bin Haji Omar, Menteri PembangunanUsahawan dan Koperasi pada 23 Mac 2009. Majlis telah diadakan di DesignDevelopment Centre (DDEC), Jalan Kia Peng, Kuala Lumpur yang turutdihadiri oleh Y.B. Dato’ Seri Idris bin Jusoh, Pengerusi MARA, Y.Bhg. DatukMusa bin Muhammad, Ketua Setiausaha Kementerian PembangunanUsahawan dan Koperasi, Y.Bhg. Datuk Nam bin Marthinin, Ketua PengarahMARA serta tetamu kehormat dari pelbagai agensi kerajaan yang lain.

Majlis Pelancaran ini diadakan bertujuan untuk mempromosikan DDEC sebagaipusat pembangunan produk dan rekaan yang terunggul di Malaysia serta pusatuntuk meningkatkan imej dan pembungkusan usahawan-usahawan Bumiputera

yang berminat. Pusat ini juga ditugaskan untuk memainkanperanan utama dalam industri kreatif dengan mengambil kiraaplikasi rekaan yang baik dan kajian pasaran yang efektif.

Aspirasi penubuhan DDEC tidak hanya tertumpu pada aktivitirekaan bagi pelbagai sektor ekonomi domestik sahaja,malah ia juga turut mensasarkan penghasilanrekabentuk komersial sehingga dapat diterima olehpasaran antarabangsa. Selain itu, DDEC juga turutmemberi tumpuan khusus untuk pembangunanIndustri Kecil dan Sederhana (SMI), yang manakebanyakannya dipelopori oleh usahawan Bumiputera.

Warta MARA : Januari - Mac 2009 7

Page 8: SAMBUTAN HARI MARA SEMPENA ULANG TAHUN … 2009.pdf · Pengambilan pertama Tingkatan 1 Program Ulul ... pembiayaan perniagaan, latihan keusahawanan, ... untuk membentuk jaringan perniagaan

PERASMIAN BANGUNAN ASRAMA OREN 1KPTM KOTA BAHRU

Perasmian Bangunan Asrama Oren 1, Kolej Poly-Tech MARA Kampus Cawangan Kota Bharu yang diadakanbaru-baru ini merupakan salah satu usaha berterusan MARA untuk memperkasakan KPTM sebagai salah

sebuah IPTS terulung di negara kita. Majlis perasmian bangunan asrama tersebut telah disempurnakan oleh Y.B.Dato Noh bin Haji Omar, Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi pada 12 Februari 2009 jam 10.00 pagi.Turut hadir memeriahkan majlis tersebut ialah Y.Bhg. Datuk Nam bin Marthinim, Ketua Pengarah MARA danY.Bhg. Dato' Hashim bin Mohamad, Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Pembangunan Usahawan danKoperasi serta Ahli-ahli Lembaga Pengarah KPTM Sdn. Bhd.

Bangunan Asrama Oren 1 ini boleh menempatkan sehingga 400 orang pelajar dalam satu-satu masa dan turut dilengkapidengan pelbagai kemudahan seperti makmal kejururawatan, makmal anatomi, perpustakaan, kafetaria dan sebagainya.Kemudahan-kemudahan yang disediakan ini akan dipertingkat dan ditambahbaik dari semasa ke semasa bagi memastikankeselesaan para pelajar. Dengan perkembangan ini, jumlah keseluruhan pelajar di KPTM Kampus Cawangan KotaBharu, termasuk di Kampus Kemumin, Pengkalan Chepa ialah 2,618 orang pelajar.

Selepas 25 tahun penubuhannya, KPTM telah berkembang dengan pesat dan pada tahun 2008, KPTM mempunyai kira-kira 13,000 orang pelajar dan dijangka meningkat kepada 20,000 pelajar menjelang akhir tahun ini. Menurut Dato' DrMohd Razali Agus, Rektor KPTM lagi, tiga buah cawangan baru KPTM akan dibuka pada tahun ini iaitu di negeri Terengganu,Negeri Sembilan dan Sabah. Kampus KPTM Cawangan Terengganu yang akan beroperasi pada Julai tahun ini akanmenawarkan program-program pengajian dalam bidang perakaunan, pengurusan dan kewangan Islam.

MALAM JARINGAN MESRA BERSAMA MENTERIPEMBANGUNAN USAHAWAN DAN KOPERASI

Malam Jaringan Mesra Bersama Y.B. Dato' Noh bin Haji Omar, Menteri Pembangunan Usahawan danKoperasi telah diadakan pada 6 Februari 2009 bertempat di Pacific Ballroom, Hotel Seri Pacific, Kuala Lumpur

jam 8.30 malam.

Majlis yang diadakan sempena Gerak Usahawan Nasional ini bertujuan mengumpul serta mewujudkan business net-working di antara usahawan-usahawan MARA luar negara dan juga usahawan-usahawan tempatan yang berpotensimengembangkan perniagaan ke luar negara. Di samping itu, majlis ini juga berjaya mencapai matlamatnya dalam mendapatmaklum balas daripada para usahawan yang hadir mengenai keberkesanan dan kesesuaian program yang kita laksanakan.

Seramai 130 usahawan yang telah bertapak di luar negara seperti Amerika Syarikat, United Kingdom, Ireland, Syria,Qatar, Filipina, Pakistan, Mesir, Kemboja, Kazakhstan, Kanada, Jerman, Indonesia, Dubai, China, Bangladesh, ArabSaudi, Australia dan Afrika Selatan dan 48 usahawan tempatan telah menghadiri majlis ini. Pihak kerajaan akan sentiasaberusaha untuk mewujudkan lebih ramai usahawan Bumiputera yang berani menerokai pasaran luar negara. Trend masakini menunjukkan usahawan Bumiputera kini telah pun mula maju beberapa dekad kebelakangan ini dari segi daya kerjaserta ketahanan dan kerajaan akan memastikan perkara ini akan terus berkembang positif, ujar Y.B. Menteri di dalamucapannya.

8 Warta MARA : Januari - Mac 2009

Page 9: SAMBUTAN HARI MARA SEMPENA ULANG TAHUN … 2009.pdf · Pengambilan pertama Tingkatan 1 Program Ulul ... pembiayaan perniagaan, latihan keusahawanan, ... untuk membentuk jaringan perniagaan

CERAMAH EKSPLORASI KERJAYA

Bahagian Hal Ehwal Korporat telah mengadakan program CeramahEksplorasi Kerjaya yang melibatkan 104 orang pelajar pada 25 Februari 2009

yang lepas. Peserta program ini terdiri daripada pelajar-pelajar peringkat menengahdari 33 buah sekolah dari Wilayah Persekutuan. Turut hadir dalam program sehariini ialah guru-guru pembimbing dan kaunselor-kaunselor sekolah.

Antara pengisian sepanjang program ini ialah ceramah tentang kerjaya perubatan dankejuruteraan, tips-tips persediaan ke alam menara gading dan panduan penajaanpengajian dibawah MARA dan institusi lain.

Berdasarkan kepada sambutan menggalakkan daripada pelajar, program ini bakaldiadakan dengan lebih meluas lagi untuk memberi peluang kepada pelajar-pelajarmendapat panduan serta maklumat kerjaya dengan lebih tepat. Ini juga secara langsungdapat memotivasikan pelajar untuk terus gigih berusaha serta menyedarkan merekapentingnya perancangan kerjaya dibuat sejak awal lagi.

MARA BERSAMA KAUNSELOR-KAUNSELORSEKOLAH DAERAH KUALA SELANGOR

DAN SABAK BERNAM

MARA telah mengadakan program sehari bersama kaunselor-kaunselor sekolah Daerah Kuala Selangor danSabak Bernam pada 26 Februari 2009 bertempat di De Palma Resort Hotel, Kuala Selangor. Program yang

dihadiri oleh 98 orang kaunselor sekolah ini diadakan bertujuan untuk memberi maklumat dan pendedahansecara terperinci tentang peluang-peluang pendidikan bagi pelajar-pelajar sekolah yang berminat untukmeneruskan pengajian di Institusi-institusi Pendidikan MARA (IPMa).

Antara pengisian sepanjang seminar sehari ini ialah ceramah tentang Peranan MARA Dalam Membangunkan ModalInsan Untuk Memacu Pembangunan Negara dan forum yang membincangkan tentang peluang pendidikan IPMA sertapeluang pembiayaan pengajian.

Y.B. Dato’ Haji Shamsudin bin Haji Lias, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sg. Burung telah hadir pada majlispenutup program tersebut. Dalam ucapannya beliau menegaskan perlunya para kaunselor menyediakan pelajar-pelajardengan ilmu yang mencukupi agar mereka mampu bersaing dalam era globalisasi dan liberalisasi ini. Maka menjaditanggungjawab para kaunselor untuk menyediakan pelajar dengan laluan kerjaya, menanam minat dan membetulkanpersepsi mereka terhadap kehidupan sejak dari awal lagi.

Warta MARA : Januari - Mac 2009 9

Page 10: SAMBUTAN HARI MARA SEMPENA ULANG TAHUN … 2009.pdf · Pengambilan pertama Tingkatan 1 Program Ulul ... pembiayaan perniagaan, latihan keusahawanan, ... untuk membentuk jaringan perniagaan

10 Warta MARA : Januari - Mac 2009

IN-STORE PROMOTION PRODUKUSAHAWAN BUMIPUTERA

Pada 28 Februari sehingga 9 Mac 2009, MARA dengan kerjasama Carrefour Wangsa Maju telah mengadakan In-Store Promotion untuk produk usahawanBumiputera dan produk keluaran tempatan. Majlis Perasmian telah disempurnakanoleh Y.B. Dato’ Saifuddin bin Abdullah, Timbalan Menteri Pembangunan Usahawandan Koperasi. Antara lain yang turut hadir di majlis tersebut ialah Dato’ Othmanbin Haji Ahmad, Timbalan Ketua Pengarah Usahawan dan Tuan Haji Abd Rahimbin Abd Ghani, Timbalan Ketua Pengarah Khidmat Pengurusan, manakala wakilCarrefour pula ialah Mr. Eric Gracia, Central Region Director Carrefour.

Program In-Store Promotion pada kali ini telah melibatkan 15 orang usahawan dengan50 jenis produk. Beberapa syarikat juga turut mengadakan pelancaran produk padahari tersebut iaitu Superbest Power (M) Sdn Bhd (Kopi), Sameru Chemical IndustriesSdn Bhd (Detergent) dan Natures Own Brand (M) Sdn Bhd (Oats). Program promosipada kali ini melibatkan usahawan-usahawan dalam pelbagai industri seperti pengeluarmakanan dan minuman, kosmetik, makanan sejuk beku, bahan pencuci dan banyaklagi.

Melalui program ini, MARA berharap ia dapatmembantu usahawan-usahawan di bawah

bimbingan MARA untuk mengukuhkan jualandan pasaran di rangkaian pasaraya tersebut,dan seterusnya dapat mengukuhkan lagihubungan antara Carrefour sebagai Outletpasaran dan Usahawan sebagai pembekal.

Y.B. Timbalan Menteri meminta agarpasaraya-pasaraya besar di negara ini tidakhanya menumpukan kepada program-program Corporate Social Responsibilitysahaja tetapi turut melihat kepada aspeksocial entreprenuership. Ini keranakewujudan pasaraya besar banyak

memberikan implikasi negatif kepadalebih 400,000 peniaga kecil yangwujud di Malaysia. Justeru,pasaraya besar perlu mencarikaedah bagi membantu peniaga-peniaga kecil untuk terus berdayamaju dalam perniagaan mereka.

Page 11: SAMBUTAN HARI MARA SEMPENA ULANG TAHUN … 2009.pdf · Pengambilan pertama Tingkatan 1 Program Ulul ... pembiayaan perniagaan, latihan keusahawanan, ... untuk membentuk jaringan perniagaan

ANGKASAWAN NEGARA DI KARNIVALPENDIDIKAN MARA 2009 PWTC

Dato' Dr. Sheikh Muszafar Shukor, Angkasawan Negara telah meluangkan masa lebih sejambersama-sama dengan pelajar sempena dengan Karnival Pendidikan MARA 2009. Beliau

didatangkan khas untuk berkongsi pengalaman sepanjang beliau berada di angkasa lepas bersama-sama dengan pengunjung karnival pada kali ini.

Beliau merupakan bekas pelajar MRSM Muar dan kemudiannya telah menyambung pelajarandalam bidang kedoktoran sebelum menjadi angkasawan pertama negara. MARA turutberbangga atas kejayaan beliau menjadi Angkasawan Negara pertama yang telahmemberi inspirasi kepada rakyat Malaysia untuk melangkah jauh ke peringkat tertinggi.Diharapkan dengan kehadiran beliau di Karnival Pendidikan MARA pada tahun inidapat memotivasikan pelajar yang hadir untuk mencontohi jejak gemilang yang telahbeliau capai.

Warta MARA : Januari - Mac 2009 11

Kolej MARA Kulim (KMK) berjaya meraih gelaran Naib Johan Keseluruhanmelalui penyertaan di Minggu Kreativiti dan Inovasi Matrikulasi (MiKIM)

2009 anjuran Bahagian Matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia.Pertandingan yang berlangsung pada 19 hingga 22 Februari 2009 inimenyaksikan penglibatan 25 orang pelajar dan 15 pensyarah KMK dalamsembilan kategori. Pencapaian adalah seperti berikut:-

Kejayaan KMK menduduki gelaran naib johan keseluruhan daripada 11 penyertaanadalah rekod yang membanggakan dan telah menyumbang kepada rekodpencapaian dan kejayaan MARA secara keseluruhan. Adalah menjadi hasrat MARAmelalui pendedahan sebegini dapat melahirkan generasi yang berkualiti danseimbang dalam bidang akademik dan juga kokurikulum. Ia merupakan landasanbagi menggilap dan mengasah bakat dan kemahiran para pelajar InstitusiPendidikan MARA (IPMa).

Bil. Kategori Pencapaian1. Ritma Puisi (Lelaki) Johan2. Oratory (Storytelling) (Perempuan) Johan3. Pertandingan Inovasi dan Reka Cipta Sains Naib Johan4. Oratory (Storytelling) (Lelaki) Ketiga5. Pertandingan Inovasi Usahawan Muda Ketiga6. 60 Seconds Video Challenge 7 Pilihan Terbaik Juri

CATATAN KEJAYAAN KOLEJ MARAKULIM

Page 12: SAMBUTAN HARI MARA SEMPENA ULANG TAHUN … 2009.pdf · Pengambilan pertama Tingkatan 1 Program Ulul ... pembiayaan perniagaan, latihan keusahawanan, ... untuk membentuk jaringan perniagaan

PRODUK BUMIPUTERAMEWARNAI PASARAN LONDON

Perjanjian persefahaman yang dimeterai antara KOMITA dan PremiumQuality Products Ltd. (PQP) pada 16 Oktober 2008 membuka satu lagi

lembaran baru bagi penerokaan produk asas tani keluaran Bumiputera dipersada antarabangsa menerusi kewujudan KOMITA Malaysia TradingHouse London.

Susulan daripada itu, 12 orang usahawan Bumiputera telah diterbangkan keLondon untuk mengikuti pelbagai aktiviti di bawah program pemasaran dan promosi MARA. Ini termasuklah MajlisPerasmian KOMITA Malaysia Trading House London yang telah disempurnakan oleh Y. B. Dato’ Noh bin Haji Omar,Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi pada 31 Januari 2009.

KOMITA Malaysia Trading House London akan menempatkan 250 jenis produk Bumiputera daripada 65 buah syarikat.Projek yang bernaung di bawah Program Pemasaran dan Promosi MARA ini memberi insentif kepada usahawan yangberjaya untuk menikmati tajaan bagi penghantaran product sampel ke Trading House, penganjuran in store promotionserta tiket penerbangan. Selain itu, usahawan juga layak menerima pakej bantuan susulan berbentuk pembungkusandan pelabelan, pensijilan produk dan aktiviti promosi.

Bagi bertindak sebagai pusat pengumpulan dan pengedaran, Trading House ini dilengkapi dengan ruang pameran, kiosinformasi, pejabat urusan, bilik perbincangan dan restoran masakan Asia. Bangunan empat tingkat ini terletak di 64Borough High Street, London Bridge, London. Adalah menjadi harapan MARA melalui projek ini untuk membangunkanlagi potensi dan keupayaan usahawan Bumiputera untuk bersaing di peringkat antarabangsa dan seterusnya menyokongkepada perkembangan industri halal dunia.

Nota:Konsortium Usahawan Makanan dan Industri Asas Tani Sdn. Bhd. (KOMITA)merupakan konsortium pengilang makanan dan industri asas tani yangbernaung di bawah MECD dan MARA. Keanggotaan seramai 50 orang ahliini telah memperlihatkan keupayaan menembusi pasaran antarabangsamelalui jaringan perdagangan dengan usahawan luar negara.

PQP adalah pengedar makanan import yang mempunyai jaringan outletpemasaran yang luas di United Kingdom. Produk Muslim Best Sdn. Bhd.merupakan antara produk yang berjaya menembusi pasaran UK melaluisyarikat yang dimiliki oleh usahawan Islam UK, Dr. A.D. Sharif ini.

12 Warta MARA : Januari - Mac 2009

Page 13: SAMBUTAN HARI MARA SEMPENA ULANG TAHUN … 2009.pdf · Pengambilan pertama Tingkatan 1 Program Ulul ... pembiayaan perniagaan, latihan keusahawanan, ... untuk membentuk jaringan perniagaan

Warta MARA : Januari - Mac 2009 13

AGENDA PEMBANGUNAN MODALINSAN

Program Pembangunan Modal Insan mula dilaksanakan oleh MARA padatahun 2008 sebagai agenda untuk memperkasakan semangat dan

perjuangan bangsa. Program yang disasarkan kepada warga kerja MARA,pelajar Institusi Pendidikan MARA (IPMa) serta pelajar tajaan MARA inidiimplimentasikan melalui modul Jati Diri dan Dasar Ekonomi Baru (DEB).

Sehubungan dengan itu, seramai 198 orang pelajar tajaan MARA di universitisekitar Birmingham, United Kingdom telah terpilih mengikuti program ini yangdianjurkan pada 30 Januari hingga 1 Februari 2009 di Jurys Inn, Birmingham. Inimerupakan penganjuran pertama dari kumpulan pelajar tajaan MARA yang beradadi luar negara.

Y. B. Dato’ Noh bin Haji Omar, Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi,bersempena lawatan rasmi beliau ke United Kingdom, turut melapangkan masauntuk beramah mesra dan berdialog dengan para pelajar. Sesi dialog telahmembuka ruang interaksi yang lebih terbuka untuk para pelajar menyuarakanpandangan atau permasalahan bagi mendapatkan penyelesaian bersama.

Sebagai pembawa misi dan agenda negara, para pelajar MARA dari semasa kesemasa perlu disuntik dengan program pembangunan diri untuk memastikansurvival dan perjuangan dalam bidang pendidikan mencapai matlamat danseterusnya dapat menyumbang kepada pembangunan negara kelak. Terkini,seramai 833 orang pelajar tajaan MARA sedang mengikuti pengajian di UnitedKingdom.

Page 14: SAMBUTAN HARI MARA SEMPENA ULANG TAHUN … 2009.pdf · Pengambilan pertama Tingkatan 1 Program Ulul ... pembiayaan perniagaan, latihan keusahawanan, ... untuk membentuk jaringan perniagaan

14 Warta MARA : Januari - Mac 2009

Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) sekali lagi telah berjaya mengekalkan prestasi kecemerlangan dankeunggulannya dalam Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2008. Pada tahun ini seramai 7603 orang

pelajar Tingkatan Lima dari 34 buah MRSM telah menduduki peperiksaan tersebut. Kesemua 34 buah MRSMtelah dapat mengekalkan prestasi cemerlangnya dengan mencapai 100% lulus.

MRSM cemerlang mengikut pencapaianGred Purata Maktab (GPM)

MRSM masih dapat mengekalkankecemerlangannya dengan lima buah MRSMberjaya mendapat GPM kurang daripada 2.0.MRSM Langkawi merupakan MRSM terbaikdengan mencapai Gred Purata Maktab (GPM)1.4041. Empat buah MRSM lain turut mencapaikeputusan cemerlang dengan mendapat GPM dibawah 2.00 iaitu MRSM Taiping 1.5391, MRSMPengkalan Chepa 1.5439, MRSM Tun GhafarBaba 1.6865 dan MRSM Alor Gajah mendapatGPM 1.9326.

Pencapaian GPM keseluruhan MRSM dalampeperiksaan SPM 2008 ialah 2.2343 berbandingdengan 2.1578 pada tahun 2007 dengan nilaiGPM bertambah sebanyak 0.0765 Di sampingitu, pada tahun ini juga, 26 buah MRSM telahmencapai sasaran yang telah ditetapkan iaitumendapat GPM di bawah 2.50 menyamai pencapaian tahun lepas.

Dalam peperiksaan SPM 2008 ini juga, 12 buah MRSM telah menunjukkan peningkatan pencapaian berdasarkan nilaiGPM.

Pencapaian Cemerlang Mendapat 1APada tahun ini bilangan pelajar yang mencapai kecemerlangan mendapat gred 1A bagi semua subjek yang diambiladalah seramai 277 orang pelajar (3.64%) berbanding dengan 150 orang (2.21%) pada tahun lepas iaitu penambahansebanyak 1.43%.

Pencapaian Cemerlang Mendapat A (1A dan 2A)Bilangan pelajar yang mendapat A ( 1A dan 2A) bagi SEMUA subjek yang diambil dalam SPM 2008 adalah seramai 1079orang pelajar (14.19%) berbanding dengan 979 orang (14.44%) pada tahun lepas iaitu menurun sebanyak 0.25%.

Pencapaian subjek mengikut Gred A (1A dan 2A)Dalam peperiksaan SPM kali ini, 12 subjek telah mencatatkan peningkatan dalam pencapaian Gred Purata Subjek(GPS) dan beberapa buah MRSM memperoleh pencapaian 100% gred A dalam subjek seperti yang berikut:

Lebih membanggakan lagi apabila 3 buah MRSM iaitu Alor Gajah, Gemencheh dan Merbok yang pertama kali mendudukipeperiksaan SPM telah berjaya berada di tempat 10 terbaik.

Pada keseluruhannya, pihak MARA merasa bangga atas kecemerlangan yang ditunjukkan oleh semua pelajar MRSM.Semua 7603 orang pelajar MRSM dari 34 buah MRSM telah berjaya memperoleh Sijil Pelajaran Malaysia. Kejayaancemerlang MRSM dalam peperiksaan SPM 2008 merupakan kesinambungan kepada kejayaan-kejayaan yang lepasdalam mengangkat martabat MARA dalam bidang pendidikan. Sesungguhnya kejayaan ini merupakan hasil yang diperolehdaripada komitmen semua pihak dalam MARA bagi mengekalkan sistem pendidikan MRSM yang berkualiti.

SPM 2008: MRSM TERUS CEMERLANG

Bil. Subjek MRSM

1. Bahasa Melayu Beseri, Pengkalan Chepa, Langkawi, Pasir Salak, Pendang

2. Matematik Taiping, Alor Gajah, Pengkalan Chepa, Langkawi, Besut, Kuala Lipis

3. Pendidikan Agama Islam Pengkalan Chepa, Langkawi, Kuala Lipis

4. Prinsip Perakaunan Langkawi, Pengkalan Chepa, Tun Ghafar Baba, Taiping, Kuala Krai, Kuala Lipis,Batu Pahat, Kota Putra, Pasir Salak, Kuala Kubu Bharu

5. Reka Cipta Tun Ghafar Baba, Merbok, Taiping, Transkrian, Kuala Kubu Baharu, Jeli

6. Sejarah Langkawi

Page 15: SAMBUTAN HARI MARA SEMPENA ULANG TAHUN … 2009.pdf · Pengambilan pertama Tingkatan 1 Program Ulul ... pembiayaan perniagaan, latihan keusahawanan, ... untuk membentuk jaringan perniagaan

Warta MARA : Januari - Mac 2009 15

PERASMIAN MRSM KEPALA BATAS

Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Kepala Batas telah dirasmikan secara serentak dengan Projek-ProjekPersekutuan Kawasan Parlimen Kepala Batas oleh Y. A. B. Dato’ Seri Abdullah Bin Haji Ahmad Badawi,

Perdana Menteri Malaysia pada 29 Mac 2009 di Dewan Milenium Kepala Batas. Majlis anjuran Jabatan PerdanaMenteri (ICU) serta Jabatan Pembangunan Negeri Pulau Pinang ini melibatkan dua puluh lapan projek-projekpersekutuan daripada sepuluh agensi persekutuan.

MRSM Kepala Batas telah mula beroperasi pada 16 April 2007 dengan kos pembinaan sebanyak RM47.2 juta dengankeluasan tanah 35 ekar. Antara yang telah dibangunkan adalah blok pentadbiran dan pusat sumber, blok akademik, blokasrama pelajar, blok kuarters guru dan kakitangan, blok pusat pelajar serta kemudahan-kemudahan lain seperti surau,

kafeteria dan dewan serbaguna untuk manfaat warga maktab.

MRSM Kepala Batas memulakan pengambilan pertama pada April 2007, dan kini ia telahmenempatkan seramai 754 orang pelajar dari tingkatan satu hingga tingkatan lima dariseluruh pelusuk tanahair. Kewujudan MRSM ini bukan sahaja menambah bilangan institusipendidikan, malah dapat membantu mempertingkatkan taraf pendidikan negara sertamenyumbang ke arah pembangunan modal insan kelas pertama yang akan menerajuinegara di masa akan datang.

DELEGASI OISCA JEPUN KUNJUNGI MARA

Delegasi Organization for Industrial, Spiritual and Cultural Advancement (OISCA)dari Jepun telah mengadakan lawatan rasmi ke MARA pada 27 hingga 29 Januari

2009 yang lalu. Delegasi OISCA Jepun ini diketuai oleh Mr. Mandai Yasuo, DeputySecretary General OISCA Japan/Director Capacity Development Divison. Antara lainyang turut hadir ialah Mr. Yasuo Fujitsu, Principal OISCA Shinsuku dan Mr. HiroyukiMatsuno, Guru Bahasa Jepun (OISCA).

Satu sesi perbincangan telah diadakan antara MARA dan OISCA untuk meneliti danmendapatkan persetujuan bersama berkaitan program penghantaran pelajar yang menjalanlatihan sambil kerja di Jepun. Selain itu, delegasi OISCA ini turut berkesempatan melawatIKM Kuala Lumpur serta menyampaikan taklimat kepada para pelajar. Taklimat telahdisampaikan oleh Mr. Matsuno berkisar matlamat penubuhan dan program-program OISCAserta kejayaan yang telah dicapai oleh OISCA selama ini.

MARA dan OISCA telah bekerjasama sejak tahun 1997 lagi dalam melaksanakan ProgramPembangunan Sumber Manusia MARA-OISCA. Sejak program ini diperkenalkan, seramai70 orang pelatih telah berjaya mengikuti program sehingga tamat sepertimana yangdijadualkan. Peserta program terdiri daripada lepasan Institut Kemahiran MARA (IKM) atauGIATMARA di mana pelajar yang terpilih akan diberi peluang menjalani latihan industri diJepun selama tiga (3) tahun.

Program ini dijana untuk meningkatkan kualiti intelligent quotient, emotional quotient danspiritual quotient di kalangan para peserta. Ini kerana bukan sahaja pembelajaran ilmu teknologiJepun mampu dikuasai, tetapi pada masa yang sama penerapan budaya kerja masyarakatJepun juga dapat disemai oleh para peserta program. Sumbangan ilmu yang dipelajarisepanjang program ini dijalankan telah memberi manfaat kepada para peserta dalampeningkatan teknologi ke arah kemajuan indusri negara khususnya di bidang Research andDevelopment (R&D).

Page 16: SAMBUTAN HARI MARA SEMPENA ULANG TAHUN … 2009.pdf · Pengambilan pertama Tingkatan 1 Program Ulul ... pembiayaan perniagaan, latihan keusahawanan, ... untuk membentuk jaringan perniagaan

Nama : Che Amah binti AhmadJawatan : Pemb. Peng. Perdagangan E17Pusat : Bhg. Pemb. UsahawanTempoh Perkhidmatan : 30 ThnTarikh Persaraan : 1.3.2009

Nama : Zulkifli bin OmarJawatan : Pembantu Tadbir (K) N22Pusat : MRSM PDRM-KulimTempoh Perkhidmatan : 32 ThnTarikh Persaraan : 1.3.2009

Nama : Johariy bin HashimJawatan : Pen. Peg. Lat. Vokasional (K) J36Pusat : Bhg. Pend. & Lat. (Kemahiran)Tempoh Perkhidmatan : 32 ThnTarikh Persaraan : 5.3.2009

Nama : Noraihan binti Mohamed AsinJawatan : Pen. Peg. Tadbir (K) E32Pusat : MRSM SertingTempoh Perkhidmatan : 29 ThnTarikh Persaraan : 9.02.2009

Nama : Marthiah binti Mohd NadzriJawatan : Pen. Dapor N1Pusat : MRSM TaipingTempoh Perkhidmatan : 34 ThnTarikh Persaraan : 10.02.2009

Nama : Nordin bin SaifuddinJawatan : Penolong Pegawai Tadbir (K) N32Pusat : MRSM Tun Ghafar BabaTempoh Perkhidmatan : 35 ThnTarikh Persaraan : 11.03.2009

Nama : Alimah binti PainoJawatan : Pemb. Tadbir (Setiausaha) N17Pusat : Jabatan Ketua PengarahTempoh Perkhidmatan : 34 ThnTarikh Persaraan : 17.03.2009

Nama : Madon bin AhamadJawatan : Pen. Peg. Lat. Vokasional (K) J38Pusat : IKM TSYATempoh Perkhidmatan : 31 ThnTarikh Persaraan : 27.03.2009

MAC

FEBRUARI

Nama : Moven bin NoordinJawatan : Pemandu R3Pusat : MRSM JasinTempoh Perkhidmatan : 26 ThnTarikh Persaraan : 15.02.2009

Nama : Vanaja A/P ThambyappaJawatan : Guru Bahasa Inggeris DG48Pusat : KKTM Petaling JayaTempoh Perkhidmatan : 29 ThnTarikh Persaraan : 1.1.2009

Nama : Md Ali bin BadriJawatan : Pengetua DG48Pusat : MRSM PontianTempoh Perkhidmatan : 30 ThnTarikh Persaraan : 2.1.2009

Nama : Khairuddin bin HasanJawatan : Timbalan Pengarah 1 E52Pusat : Bhg. Pembangunan UsahawanTempoh Perkhidmatan : 34 ThnTarikh Persaraan : 2.1.2009

Nama : Salmiah binti ArshadJawatan : Ketua Jabatan Bahasa DG48Pusat : MRSM PDRM-KulimTempoh Perkhidmatan : 27 ThnTarikh Persaraan : 3.1.2009

Nama : Alias bin MudaJawatan : Ketua Pen. Pengarah DG48Pusat : Bhg. Pend. & Lat. (Menengah)Tempoh Perkhidmatan : 30 ThnTarikh Persaraan : 28.1.2009

JANUARI

PERSARAAN 2009PERSARAAN 2009

16 Warta MARA : Januari - Mac 2009