Upload
dotruc
View
237
Download
0
Embed Size (px)
Citation preview
Muka 1/4
MS ISO 9001:2015
PK.JUPEM.08 Penyelenggaraan Peralatan dan Perisisan Komputer
1. TUJUAN
Untuk memastikan penyelenggaraan peralatan dan perisian komputer dibuat
dengan teratur mengikut jadual dan keperluan yang ditetapkan.
2. SKOP
Prosedur ini digunapakai:
2.1 Oleh Bahagian Dasar dan Penyelarasan Pemetaan, Bahagian Pemetaan
Topografi Semenanjung/Sabah/Sarawak, Seksyen Pengurusan Korporat
(Bahagian Perancangan dan Korporat) serta Seksyen Percetakan
(Bahagian Kartografi dan GIS) dan JUPEM Negeri;
2.2 Bagi menguruskan penyelenggaraan komputer bermula dari komputer
diperolehi sehingga ia dilupuskan.
3. RUJUKAN
3.1 Profil Sistem Pengurusan Kualiti (SPK) JUPEM.
3.2 Arahan Perbendaharaan, Pekeliling Perbendaharaan dan Surat Pekeliling
Perbendaharaan yang berkuatkuasa.
4. DEFINISI
4.1 Komputer
Komputer ialah komputer peribadi, komputer
bimbit, pencetak, toughbook, workstation,
pemplot, pengimbas, server dan storan.
4.2 Penyelenggaraan
Komputer
Penyelenggaraan komputer secara
komprehensif iaitu melibatkan pencegahan
dan pemuliharaan.
4.3 Penyelenggaraan
Pencegahan
Kerja-kerja penyelenggaraan ke atas
komputer yang dibuat secara berjadual bagi
mengelakkan dari berlakunya kerosakan.
4.4 Penyelenggaraan
Pembaikan
Perkhidmatan yang diberikan sekiranya aduan
kerosakan dilaporkan oleh pengguna.
Muka 2/4
MS ISO 9001:2015
PK.JUPEM.08 Penyelenggaraan Peralatan dan Perisisan Komputer
5. SINGKATAN
5.1 PTM Pegawai Teknologi Maklumat
5.2 PPTM Penolong Pegawai Teknologi Maklumat
5.3 ICT Information and Communications Technology
5.4 PYB Pegawai Yang Bertanggungjawab
6. TANGGUNGJAWAB DAN TINDAKAN
TANGGUNGJAWAB TINDAKAN
PTM/PPTM/PYB
6.1. Perancangan Penyelenggaraan
a. Sediakan jadual penyelenggaraan peralatan
dan perisian ICT.
b. Selenggara peralatan dan perisian ICT seperti
jadual yang disediakan.
c. Jika berlaku kerosakan, ikuti langkah 6.2 dan
seterusnya.
d. Dapatkan pengesahan kerja daripada pegawai-
pegawai di Bahagian/Seksyen/JUPEM Negeri.
Pengguna
6.2. Penyelenggaraan Kerosakan
a. Kenalpasti kerosakan peralatan ICT.
b. Isi maklumat kerosakan dalam Borang Aduan
Kerosakan Peralatan ICT bagi
Bahagian/Seksyen yang menjalankan aktiviti
pemetaan topografi dan eSupport bagi JUPEM
Negeri.
c. Majukan Borang Aduan Kerosakan peralatan
ICT/eSupport kepada PTM/PPTM/PYB.
PTM/PPTM/PYB
d. Teliti maklumat kerosakan dan buat
pemeriksaan peralatan ICT serta sahkan jenis
kerosakan.
e. Pastikan peralatan ICT masih dalam tempoh
jaminan atau tidak.
Muka 3/4
MS ISO 9001:2015
PK.JUPEM.08 Penyelenggaraan Peralatan dan Perisisan Komputer
TANGGUNGJAWAB TINDAKAN
f. Peralatan ICT di luar jaminan:
i) Jika kerosakan melibatkan penggantian alat
ganti, rujuk ke Bahagian Khidmat
Pengurusan di Ibu Pejabat JUPEM atau
Seksyen Khidmat Pengurusan di JUPEM
Negeri bagi mendapatkan perkhidmatan
pembaikan daripada syarikat yang
berkelayakan melalui kaedah perolehan
yang ditetapkan.
ii) Jika kerosakan hanya melibatkan sistem
atau perisian komputer, jalankan
penyelenggaraan dalaman.
g. Jika peralatan ICT masih dalam tempoh
jaminan, minta syarikat pembekal untuk
membuat pembaikan.
h. Awasi dan periksa kerja-kerja yang dijalankan
oleh pembekal bagi memastikan peralatan
yang diganti atau kerosakan yang dibaiki
adalah mengikut spesifikasi yang betul.
i. Jalankan ujian ke atas peralatan ICT yang telah
dibaiki atau diganti bagi memastikan dapat
berfungsi dengan baik.
j. Jika tidak berpuas hati, minta syarikat
perkhidmatan/pembekal membaiki semula
kerosakan.
k. Jika berpuas hati, sahkan laporan kerosakan
yang dikemukakan oleh syarikat pembekal.
l. Terima inbois daripada syarikat pembekal dan
buat pengesahan.
Muka 4/4
MS ISO 9001:2015
PK.JUPEM.08 Penyelenggaraan Peralatan dan Perisisan Komputer
TANGGUNGJAWAB TINDAKAN
m. Kemukakan dokumen tuntutan kepada
Bahagian Khidmat Pengurusan, Ibu Pejabat
JUPEM atau Seksyen Khidmat Pengurusan,
JUPEM Negeri untuk pembayaran.
n. Kemaskini rekod penyenggaraan dalam Daftar
Harta Modal (KEW.PA-2).
o. Kemaskini Borang Penilaian Prestasi Pembekal
Perkhidmatan Pelbagai (Komputer) mengikut
prosedur seperti PK.JUPEM.03.
7. REKOD
Bil.
Jenis Rekod
Tempoh penyimpanan
Tempat simpanan
1.
Jadual Penyelenggaraan 2 tahun Bahagian
Berkenaan/
JUPEM Negeri
2. Daftar Harta Modal (KEW. PA-2) Jangka hayat
mesin/alat
Bahagian
Berkenaan/
JUPEM Negeri
3. Borang Penilaian Prestasi
Pembekal Perkhidmatan Pelbagai
(Komputer)
2 tahun
Bahagian
Berkenaan/
JUPEM Negeri
4. Service Report 2 tahun
Bahagian
Berkenaan/
JUPEM Negeri
5. eSupport 2 tahun
Bahagian
Berkenaan/
JUPEM Negeri
8. LAMPIRAN
Tiada.