25
AMALAN KEMAHIRAN BELAJAR DI KALANGAN PELAJAR BUMIPUTERA. SATU KAJIAN KES DI SEKOLAH MENENGAH TEKNIK PENGKALAN CHEPA, KELANTAN. SALIHA BINTI SAID UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA 2004

SALIHA BINTI SAID - fp.utm.my · Di antara syor-syor Laporan Rahman Talib yang menjadi Akta Pendidikan 1961 adalah mewujudkan Sekolah Menengah Pertukangan dan Sekolah Menengah Teknik

  • Upload
    others

  • View
    36

  • Download
    0

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: SALIHA BINTI SAID - fp.utm.my · Di antara syor-syor Laporan Rahman Talib yang menjadi Akta Pendidikan 1961 adalah mewujudkan Sekolah Menengah Pertukangan dan Sekolah Menengah Teknik

AMALAN KEMAHIRAN BELAJAR DI KALANGAN PELAJAR

BUMIPUTERA. SATU KAJIAN KES DI SEKOLAH MENENGAH TEKNIK

PENGKALAN CHEPA, KELANTAN.

SALIHA BINTI SAID

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA 2004

Page 2: SALIHA BINTI SAID - fp.utm.my · Di antara syor-syor Laporan Rahman Talib yang menjadi Akta Pendidikan 1961 adalah mewujudkan Sekolah Menengah Pertukangan dan Sekolah Menengah Teknik
Page 3: SALIHA BINTI SAID - fp.utm.my · Di antara syor-syor Laporan Rahman Talib yang menjadi Akta Pendidikan 1961 adalah mewujudkan Sekolah Menengah Pertukangan dan Sekolah Menengah Teknik
Page 4: SALIHA BINTI SAID - fp.utm.my · Di antara syor-syor Laporan Rahman Talib yang menjadi Akta Pendidikan 1961 adalah mewujudkan Sekolah Menengah Pertukangan dan Sekolah Menengah Teknik

AMALAN KEMAHIRAN BELAJAR DI KALANGAN PELAJAR

BUMIPUTERA. SATU KAJIAN KES DI SEKOLAH MENENGAH TEKNIK

PENGKALAN CHEPA, KELANTAN.

SALIHA BINTI SAID

LAPORAN PROJEK INI DIKEMUKAKAN SEBAGAI MEMENUHI SEBAHAGIAN DARIPADA SYARAT PENGANUGERAHAN IJAZAH

SARJANA MUDA TEKNOLOGI SERTA PENDIDIKAN (KEJURUTERAAN ELEKTRIK)

FAKULTI PENDIDIKAN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

MAC 2004

Page 5: SALIHA BINTI SAID - fp.utm.my · Di antara syor-syor Laporan Rahman Talib yang menjadi Akta Pendidikan 1961 adalah mewujudkan Sekolah Menengah Pertukangan dan Sekolah Menengah Teknik
Page 6: SALIHA BINTI SAID - fp.utm.my · Di antara syor-syor Laporan Rahman Talib yang menjadi Akta Pendidikan 1961 adalah mewujudkan Sekolah Menengah Pertukangan dan Sekolah Menengah Teknik

Selaut kasih, segunung sayang kupersembahkan...... Teristimewa buat bonda tersayang

Che Mariam binti Che Omar Pengorbanan, kasih sayang serta doamu

Semoga Allah s.w.t memelihara dan merahmati kehidupanmu

Khas untuk Abg Yie, Kak Nah, Kak Mah, Kak Ton, Abg Li, Abg Lik, Kak Nora, Kak Ti, Abg Adi, Abg Man dan adikku yang manja Din dan Yah

Terima Kasih di atas dorongan, sokongan dan kesudian untuk berkongsi kasih sayang yang tidak ternilai harganya............................

Serta Anak-anak buah Cikli yang comel

Along, Angah, Afiq, Afiqah, Aishah, Aliff, Anis, Aleya, Asyraf dan Aiman kerana....... sentiasa Buat Aku Tersenyum

Buat Insan Teristimewa...... Iskandar Chan Abdullah Terima Kasih kerana sudi menyayangi diri ini.....

Engkaulah yang satu............ Sesungguhnya kau ku jadikan sumber inspirasi

Buat Pensyarah khususnya En Mohsin dan En Asnul. Berkat kesabaran melayan karenahku. Nasihat dan tunjuk ajar darimu ku jadikan panduan untuk menghadapi hari yang mendatang.

Terima kasih atas segalanya

Buat teman-teman yang dirindui Nor, Eza, Dila, Sharp, Gee, Jamil, Mama, Reen, Jannah dan Emma

Terima kasih atas kerjasama yang diberikan..... As we go on, we’ll remember all the time we had together, as our life change, come whatever, we’ll

still be friends forever..... Sesungguhnya kenangan manis bersamamu teman terukir indah di sanubariku

Tak lupa buat Duwe, Nakata, Na, Jaha, Rif, Linda dan Dahlia

Buat Insan-insan tersayang Tuhan lebih menyayangi dirimu...........

Semoga rohmu dicucuri rahmat Al-fatihah

Page 7: SALIHA BINTI SAID - fp.utm.my · Di antara syor-syor Laporan Rahman Talib yang menjadi Akta Pendidikan 1961 adalah mewujudkan Sekolah Menengah Pertukangan dan Sekolah Menengah Teknik

PENGHARGAAN

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani

Syukur alhamdulillah ke hadrat Ilahi kerana limpah dan kurnia-Nya dapat saya

menyiapkan penyelidikan ini dengan sempurna bagi memenuhi syarat penganugerahan

Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan.

Setinggi penghargaan dan ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada

penyelia saya iaitu Encik Asnul Dahar Bin Minghat yang banyak memberikan

bimbingan, tunjuk ajar dan panduan sepanjang saya menjalankan kajian ini. Tidak lupa

juga kepada Encik Mohsin Bin Uzir dan En Kandar Bin Selamat di atas segala nasihat

dan pandangan yang diberikan. Juga kepada pihak Sekolah Menengah Teknik Pengkalan

Chepa, kerana memberikan kerjasama sepanjang saya menjalankan penyelidikan ini.

Jutaan terima kasih juga diucapkan kepada ibu dan ahli keluarga kerana banyak

memberikan galakan dan semangat yang berterusan sepanjang penyelidikan ini

dijalankan. Ucapan terima kasih juga diucapkan kepada pensyarah-pensyarah dan rakan-

rakan seperjuangan di atas bantuan dan idea yang telah diberikan.

Akhir sekali, penghargaan ini ditujukan kepada semua pihak yang terlibat secara

langsung mahupun tidak langsung dalam menjayakan penyelidikan ini.

Sesungguhnya yang baik itu datangnya daripada Allah SWT jua dan yang serba

kekurangan adalah kelemahan saya sendiri.

Page 8: SALIHA BINTI SAID - fp.utm.my · Di antara syor-syor Laporan Rahman Talib yang menjadi Akta Pendidikan 1961 adalah mewujudkan Sekolah Menengah Pertukangan dan Sekolah Menengah Teknik

ABSTRAK

Kajian deskriptif ini bertujuan untuk mengenal pasti kemahiran belajar yang

diamalkan oleh pelajar bumiputera aliran Teknik di Sekolah Menengah Teknik

Pengkalan Chepa. Kajian ini melibatkan 202 orang pelajar. Instrumen kajian yang telah

digunakan adalah set soal selidik yang dibahagikan kepada 2 bahagian. Bahagian A

digunakan untuk melihat latar belakang responden. Bahagian B pula untuk menjawab

persoalan kajian yang dikemukakan iaitu melibatkan aspek kemahiran membaca,

kemahiran mendengar, kemahiran mencatat nota, kemahiran mengurus masa dan

kemahiran membuat rujukan. Data yang diperoleh telah diproses menggunakan perisian

SPSS versi 11.0 (Statistical Package For Social Science). Dapatan kajian

dipersembahkan ke dalam bentuk peratusan, kekerapan dan min. Kajian menunjukkan

kemahiran belajar yang diamalkan adalah di peringkat sederhana dengan nilai min

purata 3.43. Ia adalah kemahiran mencatat nota dengan nilai min purata 3.72 diikuti

kemahiran membuat rujukan dengan nilai min purata 3.70 kemahiran mendengar dengan

nilai min purata 3.48, kemahiran mengurus masa dengan nilai min purata 3.43 dan

seterusnya kemahiran membaca dengan nilai min purata 3.03. Berdasarkan hasil

dapatan, dicadangkan agar gaya pembelajaran yang sesuai dikenal pasti pada setiap

orang pelajar. Di akhir kajian, penyelidik telah mengemukakan beberapa cadangan yang

boleh diteliti oleh pihak-pihak tertentu untuk meningkatkan lagi keberkesanan

penggunaan kemahiran belajar di kalangan pelajar bumiputera khususnya. Kajian yang

sama diharapkan dapat diteruskan dengan meluaskan skopnya agar keberkesanan

pengamalan kemahiran belajar dapat dilihat dengan lebih menyeluruh.

Page 9: SALIHA BINTI SAID - fp.utm.my · Di antara syor-syor Laporan Rahman Talib yang menjadi Akta Pendidikan 1961 adalah mewujudkan Sekolah Menengah Pertukangan dan Sekolah Menengah Teknik

ABSTRACT

The purpose of descriptive research is to identify the learning skills among

Bumiputera student of Technical student, Sekolah Menengah Teknik Pengkalan Chepa.

The samples comprised of 202. The research instruments that are used questionnaire

that involve 2 sections. Section A was used to collect data on respondents background,

whereas section B was used to answer to research question encompasses the aspect of

reading skill, learning skill, taking note skill, time management skill and doing

reference skill. The findings were analyzed using the SPSS (Statistical Package For

Social Science) software version 11.0. The result were tabulated on percentages,

frequencies and mean. The findings showed the Bumiputera student of technical have

the medium average mean level of learning skills (3.43). That is taking note skill (3.72),

followed by doing reference skill (3.70), listening skill (3.48), time management skill

(3.43) and reading skills (3.03). Based on the result, it was suggested that suitable

learning style should be identified for each student. Through the end of this study, a few

recommendations were suggested for conscientious to improve the usage of learning

skills among the student. It is hoped that there will other research on the same topic with

a wider scope in order to see the effective usage of learning skills among Bumiputera

student.

Page 10: SALIHA BINTI SAID - fp.utm.my · Di antara syor-syor Laporan Rahman Talib yang menjadi Akta Pendidikan 1961 adalah mewujudkan Sekolah Menengah Pertukangan dan Sekolah Menengah Teknik

viii

KANDUNGAN BAB PERKARA MUKA SURAT JUDUL i

PENGESAHAN PENYELIA ii

PENGAKUAN iii

DEDIKASI iv

PENGHARGAAN v

ABSTRAK vi

ABSTRACT vii

HALAMAN KANDUNGAN viii

BIBLIOGRAFI xii

SENARAI LAMPIRAN xii

SENARAI JADUAL xiii

SENARAI SINGKATAN xv

BAHAGIAN SATU

BAB 1 PENGENALAN

1.1 Pengenalan 1

1.2 Latar Belakang Masalah 3

1.3 Pernyataan Masalah 7

Page 11: SALIHA BINTI SAID - fp.utm.my · Di antara syor-syor Laporan Rahman Talib yang menjadi Akta Pendidikan 1961 adalah mewujudkan Sekolah Menengah Pertukangan dan Sekolah Menengah Teknik

ix

1.4 Objektif Kajian 7

1.5 Persoalan Kajian 7

1.6 Kepentingan Kajian 8

1.7 Batasan Kajian 8

1.8 Definisi Istilah 9

1.8.1 Amalan 9

1.8.2 Kemahiran Belajar 9

1.8.3 Pelajar 9

1.8.4 Bumiputera 10

BAHAGIAN DUA

KAJIAN LITERATUR

BAB II SOROTAN KAJIAN

2.0 Pengenalan 11

2.1 Kemahiran Belajar 12

2.2 Kemahiran Membaca 15

2.3 Kemahiran Mendengar 17

2.4 Kemahiran Mencatat Nota 19

2.5 Kemahiran Pengurusan Masa 22

2.6 Kemahiran Membuat Rujukan 24

BAHAGIAN TIGA

Page 12: SALIHA BINTI SAID - fp.utm.my · Di antara syor-syor Laporan Rahman Talib yang menjadi Akta Pendidikan 1961 adalah mewujudkan Sekolah Menengah Pertukangan dan Sekolah Menengah Teknik

x

OBJEKTIF PENYELIDIKAN

BAB III METODOLOGI KAJIAN

3.1 Pengenalan 26

3.2 Reka Bentuk Kajian 26

3.3 Populasi Kajian 27

3.4 Lokasi Kajian 27

3.5 Instrumen Kajian 28

3.6 Kajian Rintis 30

3.7 Prosedur Kajian 31

3.8 Analisis Data 32

BAHAGIAN EMPAT

PENGUMPULAN DATA

BAB IV ANALISIS DATA 4.1 Pengenalan 33

4.2 Analisis Latar Belakang Responden 33

4.2.1 Jantina 34

4.2.2 Umur 34

4.2.3 Pendapat Responden Mengenai Kepentingan

Kemahiran Belajar 35

4.2.4 Penglibata RespondenDalam Ceramah Atau

Seminar Mengenai Kemahiran Belajar 35

4.2.5 Pendapat Responden Mengenai Keberkesanan

Page 13: SALIHA BINTI SAID - fp.utm.my · Di antara syor-syor Laporan Rahman Talib yang menjadi Akta Pendidikan 1961 adalah mewujudkan Sekolah Menengah Pertukangan dan Sekolah Menengah Teknik

xi

Kemahiran Belajar Yang Diamalkan 36

4.2.6 Analisis Bahagian B 37

4.2.6.1 Persoalan Kajian Pertama 38

4.2.6.2 Persoalan Kajian Kedua 41

4.2.6.3 Persoalan Kajian Ketiga 44

4.2.6.4 Persoalan Kajian Keempat 47

4.2.6.5 Persoalan Kajian Kelima 50

4.2.6.6 Keputusan Skor Min bagi Setiap

Persoalan Kajian 53

BAHAGIAN LIMA

DAPATAN DAN PERBINCANGAN

BAB V RUMUSAN, PERBINCANGAN DAN CADANGAN

5.1 Pengenalan 54

5.2 Rumusan 55

5.3 Perbincangan Hasil Dapatan 57

5.3.1 Demografi Responden 57

5.3.2 Keseluruhan Persoalan Kajian 58

5.3.3 Persoalan Kajian Pertama 58

5.3.4 Persoalan Kajian Kedua 60

5.3.5 Persoalan Kajian.Ketiga 62

5.3.6 Persoalan Kajian Keempat 65

5.3.7 Persoalan Kajian Kelima 67

5.4 Cadangan 69

5.4.1 Kepada Guru 70

5.4.2 Kepada Pelajar 70

5.5 Cadangan Kajian Lanjutan 71

5.6 Penutup 71

Page 14: SALIHA BINTI SAID - fp.utm.my · Di antara syor-syor Laporan Rahman Talib yang menjadi Akta Pendidikan 1961 adalah mewujudkan Sekolah Menengah Pertukangan dan Sekolah Menengah Teknik

xii

BAHAGIAN ENAM SENARAI DOKUMEN RUJUKAN

SENARAI DOKUMEN RUJUKAN Senarai Dokumen Rujukan 72

BAHAGIAN TUJUH LAMPIRAN

LAMPIRAN Lampiran A Borang Soal Selidik 80

Lampiran B Kebolehpercayaan soal selidik 90

Lampiran C Surat Kebenaran Menjalankan Kajian 92

Page 15: SALIHA BINTI SAID - fp.utm.my · Di antara syor-syor Laporan Rahman Talib yang menjadi Akta Pendidikan 1961 adalah mewujudkan Sekolah Menengah Pertukangan dan Sekolah Menengah Teknik

xiii

SENARAI JADUAL

NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT 3.1 Bilangan Pelajar Melayu aliran Teknik di Sekolah

Menengah Teknik Pengkalan Chepa 27

3.2 Taburan item dalam soal selidik mengikut persoalan kajian 28

3.3 Pemeringkatan Skala Lima Mata 29

3.4 Klasifikasi penilaian persoalan kajian 29

3.5 Statistik yang digunakan dalam analisis data 32

3.6 Pengubahsuaian pemeringkatan Skala Lima Mata 32

4.1 Taburan kekerapan dan peratusan responden

mengikut jantina 34

4.2 Taburan kekerapan dan peratusan responden

mengikut umur 34

4.3 Taburan kekerapan dan peratusan responden mengikut

pendapat mengenai kepentingan kemahiran belajar 35

4.4 Taburan kekerapan dan peratusan responden mengikut

penglibatan dalam seminar atau ceramah mengenai

kemahiran belajar 35

4.5 Taburan kekerapan dan peratusan responden mengikut

pendapat mengenai keberkesanan kemahiran

belajar yang diamalkan 36

4.6 Taburan responden mengikut kekerapan, peratus dan min

bagi kemahiran membaca 38

4.7 Taburan responden mengikut kekerapan, peratus dan min

bagi kemahiran mendengar 41

4.8 Taburan responden mengikut kekerapan, peratus dan min

Page 16: SALIHA BINTI SAID - fp.utm.my · Di antara syor-syor Laporan Rahman Talib yang menjadi Akta Pendidikan 1961 adalah mewujudkan Sekolah Menengah Pertukangan dan Sekolah Menengah Teknik

xiv

bagi kemahiran mencatat nota 44

4.9 Taburan responden mengikut kekerapan, peratus dan min

bagi kemahiran mengurus masa 47

4.10 Taburan responden mengikut kekerapan, peratus dan min

bagi kemahiran membuat rujukan 50

4.11 Keputusan skor min bagi persoalan kajian 53

Page 17: SALIHA BINTI SAID - fp.utm.my · Di antara syor-syor Laporan Rahman Talib yang menjadi Akta Pendidikan 1961 adalah mewujudkan Sekolah Menengah Pertukangan dan Sekolah Menengah Teknik

xv

SENARAI SINGKATAN

SPSS - Statistical Package For The Social Sciences

TP - Tidak Pernah

JJ - Jarang-jarang

KK - Kadang-kadang

K - Kerap

SK - Sangat Kerap

SMTPC - Sekolah Menengah Teknik Pengkalan Chepa

SPM - Sijil Pelajaran Malaysia

PMR - Penilaian Menengah Rendah

KPM - Kementerian Pendidikan Malaysia

f - Kekerapan

% - Peratus

No. - Nombor

Page 18: SALIHA BINTI SAID - fp.utm.my · Di antara syor-syor Laporan Rahman Talib yang menjadi Akta Pendidikan 1961 adalah mewujudkan Sekolah Menengah Pertukangan dan Sekolah Menengah Teknik

BAB I

PENGENALAN 1.1 Pengenalan

Pembelajaran ialah satu bidang penting di dalam perkembangan psikologi

setiap pelajar. Gagne (1970) dalam bukunya The Condition of Learning

mendefinisikan pembelajaran sebagai perubahan tingkah laku atau kebolehan

seseorang yang dapat dikekalkan, tidak termasuk perubahan yang disebabkan oleh

proses pertumbuhan. Oleh itu, belajar adalah satu proses dan ia memerlukan

kemahiran untuk memilih kaedah yang tepat serta baik bagi membolehkan kita

mengendalikan proses tersebut. Tanpa kemahiran yang baik, belajar menjadi sesuatu

yang membosankan dan membebankan. Ini sudah tentu akan menghalang usaha

untuk mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan.

Kemahiran belajar boleh ditakrifkan sebagai keupayaan atau kecekapan yang

perlu dikuasai oleh setiap pelajar untuk membolehkannya mengumpul, memproses

dan merumus maklumat secara kendiri dan seterusnya menuju ke arah pembelajaran

seumur hidup. Cara belajar yang berkesan sebenarnya merupakan suatu kombinasi

berbagai-bagai kaedah dan kemahiran belajar. Tidak timbul soal bahawa sesuatu

cara itu lebih sempurna dan lebih baik daripada kaedah yang lain. Setiap cara dan

kemahiran adalah berguna dan sesuai dengan konteks, suasana dan masa tertentu.

Mengikut Siti Hawa (1989), teknik atau kaedah belajar bermaksud belajar dengan

cepat dengan menggunakan tenaga yang minimum untuk memperoleh hasil yang

maksimum. Kajian ini telah meninjau cara-cara atau kemahiran pembelajaran yang

diamalkan di kalangan pelajar bumiputera aliran teknik tingkatan empat Sekolah

Page 19: SALIHA BINTI SAID - fp.utm.my · Di antara syor-syor Laporan Rahman Talib yang menjadi Akta Pendidikan 1961 adalah mewujudkan Sekolah Menengah Pertukangan dan Sekolah Menengah Teknik

2Menengah Teknik Pengkalan Chepa, Kelantan. Kajian ini perlu dijalankan

memandangkan isu-isu seperti kelemahan pelajar dalam pembelajaran masih

diperkatakan atau masih lagi dipersoalkan.

Dalam hal ini, kemahiran belajar yang betul merupakan antara aspek yang

paling penting dalam proses pembelajaran. Ini adalah kerana jika pelajar belajar

dengan menggunakan teknik yang betul, pasti ia akan dapat membantu meningkatkan

prestasi akademiknya. Pencapaian yang rendah tidak bererti seseorang pelajar itu

lemah, kemungkinan dia tidak pernah diberi panduan atau tunjuk ajar serta

pendekatan mengenai cara belajar yang berkesan. Antara kemahiran belajar yang

akan dikaji di dalam kajian ini ialah kemahiran membaca, kemahiran mendengar,

kemahiran mencatat nota, kemahiran membuat rujukan dan kemahiran mengurus

masa.

Page 20: SALIHA BINTI SAID - fp.utm.my · Di antara syor-syor Laporan Rahman Talib yang menjadi Akta Pendidikan 1961 adalah mewujudkan Sekolah Menengah Pertukangan dan Sekolah Menengah Teknik

31.2 Latar Belakang Masalah

Di antara syor-syor Laporan Rahman Talib yang menjadi Akta Pendidikan

1961 adalah mewujudkan Sekolah Menengah Pertukangan dan Sekolah Menengah

Teknik. Berikutan dengan itu pada tahun 1968, kerajaan telah membina sekolah

menengah teknik dan sekolah menengah vokasional. Selepas tahun 1979 iaitu pada

tahun 1989, Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) turut menyenaraikan

Pendidikan Teknik Dan Vokasional. Mata pelajaran yang di tawarkan di bawah

rancangan KBSM terbahagi kepada dua iaitu kumpulan teras dan kumpulan elektif.

Bagi mata pelajaran teknikal, turut disenaraikan di bawah mata pelajaran elektif

kumpulan dua iaitu kumpulan vokasional dan teknologi. Antara mata pelajaran yang

ditawarkan adalah prinsip akaun, ekonomi asas, perdagangan, sains pertanian,

ekonomi rumah tangga, matematik tambahan, pengajian kejuruteraan jentera,

pengajian kejuruteraan awam, pengajian kejuruteraan elektrik dan elektronik, lukisan

kejuruteraan dan teknologi kejuruteraan.

Dalam tahun 1962, sekolah ini bertukar menjadi Sekolah Menengah Lanjutan

Kampung untuk menerima pelajar yang telah tamat darjah enam sekolah rendah.

Pembelajaran mengambil masa selama tiga tahun dan pelajar seterusnya akan

menjalani peperiksaan Sijil Rendah Pelajaran (SRP). Pada tahun 1968 sekali lagi

perubahan berlaku iaitu dari Sekolah Menengah Lanjutan Kampung menjadi Sekolah

Menengah Vokasional yang menerima pelajar lepasan SRP di mana pada akhir

kursus pelajar dikehendaki mengambil Peperiksaan Sijil Pelajaran Vokasional

Malaysia (SPVM) yang setaraf dengan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Berikutan

dengan perubahan sistem dan kurikulum yang dilaksanakan pada tahun 1987, pelajar

yang cemerlang dalam bidang akademik semasa peperiksaan akhir tingkatan empat

akan diserapkan ke tingkatan lima aliran vokasional dan menduduki Peperiksaan Sijil

Pelajaran Vokasional Malaysia (SPVM). Sebaliknya, pelajar yang lemah pula akan

diserapkan ke aliran kemahiran dan mengambil Peperiksaan Sijil Kemahiran

Malaysia (SKM) peringkat asas anjuran Majlis Latihan Vokasional Kebangsaan.

Penstrukturan semula sekolah vokasional seluruh negara pada tahun 1995

menyebabkan semua sekolah vokasional menjadi sekolah menengah teknik dalam

tiga fasa iaitu Aliran Teknik, Aliran Vokasional dan Aliran Kemahiran.

Page 21: SALIHA BINTI SAID - fp.utm.my · Di antara syor-syor Laporan Rahman Talib yang menjadi Akta Pendidikan 1961 adalah mewujudkan Sekolah Menengah Pertukangan dan Sekolah Menengah Teknik

4Untuk meningkatkan kemahiran dan prestasi akademik pelajar, guru-guru

telah dihantar untuk mengikuti kursus peningkatan profesionalisme perguruan di

institusi dalam negeri dan ke luar negara seperti Australia, Jepun, Korea, New

Zealand dan India. Namun begitu tugas untuk meningkatkan prestasi akademik

bukannya terletak di bahu pihak sekolah dan guru sahaja malah yang paling penting

ialah usaha dan tindakan yang dilakukan oleh pelajar tersebut di samping mendapat

bimbingan dari guru. Salah satu faktor yang mempengaruhinya ialah faktor

persekitaran.

Jadual 1.1 : Bilangan pelajar me ngikut gred bagi mata pelajaran teras SPM

2002

Cemerlang

Kepujian

Kepujian

Lulus

Mata

Pelajaran

Bilangan

Dan

Peratus

1A 2A 3B 4B 5B 6B 7D 8E

Bil 21 28 31 30 20 8 9 1 Bahasa

Melayu (%) 21.0 18.9 20.9 20.3 13.5 5.4 6.1 0.7

Bil 0 1 2 5 8 12 60 45 Bahasa

Inggeris (%) 0.0 0.7 1.4 3.4 5.4 8.2 40.8 30.6

Bil 9 28 48 33 22 6 0 1 Pendidikan

Islam (%) 9.0 18.9 32.4 22.3 14.9 4.1 0.0 0.0

Bil 3 11 14 25 41 28 17 9 Sejarah

(%) 3.0 7.4 9.5 16.9 27.7 18.9 11.5 6.1

Bil 51 12 13 11 8 14 25 13 Matematik

(%) 51.0 8.1 8.8 7.4 5.4 9.5 16.9 8.8

Sumber : Sekolah Menengah Teknik Pengkalan Chepa (2002)

Jadual 1.1 menunjukkan peratusan pelajar mengikut gred bagi mata pelajaran

teras Sijil Pelajaran Malaysia 2002. Seramai 148 orang pelajar aliran teknik dan 183

orang pelajar aliran vokasional menduduki Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia

(SPM) dan Sijil Pelajaran Vokasional Malaysia (SPVM) pada tahun 2002. Dalam

mata pelajaran Bahasa Melayu, pelajar yang berjaya mendapat gred cemerlang ialah

Page 22: SALIHA BINTI SAID - fp.utm.my · Di antara syor-syor Laporan Rahman Talib yang menjadi Akta Pendidikan 1961 adalah mewujudkan Sekolah Menengah Pertukangan dan Sekolah Menengah Teknik

5seramai 49 orang (39.9%). Bagi mata pelajaran Bahasa Inggeris jumlah pelajar yang

berjaya mendapat gred cemerlang ialah hanya seorang (0.7%). Mata pelajaran

Pendidikan Islam pula menunjukkan pelajar yang berjaya mendapat gred cemerlang

ialah seramai 37 orang (27.9%). Dalam mata pelajaran Sejarah, pelajar yang berjaya

mendapat gred cemerlang ialah seramai 14 orang (10.4%). Bagi mata pelajaran

Matematik, pelajar yang berjaya mendapat gred cemerlang ialah seramai 63 orang

(59.8%). Keseluruhan didapati peratusan pelajar yang mendapat gred cemerlang

adalah berada pada tahap sederhana sahaja iaitu 59.1%. Contoh analisis peperiksaan

yang ditunjukkan dalam jadual 1.1 sebelah menunjukkan bahawa setiap pelajar

mempunyai peluang sama ada untuk lulus atau gagal dalam peperiksaan. Terdapat

beberapa faktor yang mempengaruhi kecemerlangan atau kegagalan mereka. Salah

satu faktor yang mempengaruhinya ialah strategi pembelajaran yang mereka

amalkan.

Dalam Utusan Malaysia (2001), Tun Dr. Mahathir Mohamad pernah

mengutarakan pandangan seorang ahli sains yang bernama Gregor Johann Mendel di

dalam hujah beliau untuk menghubungkaitkan antara faktor keturunan dengan

pencapaian sesuatu kaum di dalam buku beliau The Malay Dilemma. Sungguh

radikal tetapi mengundang minda kita untuk berfikir dan begitu intelektual. Di

antara lain beliau menulis, “Hari ini, peluang seseorang manusia untuk mempelajari

sesuatu ilmu adalah begitu luas, tetapi kemampuan mereka berbeza-beza, bergantung

kepada had-had seseorang itu”. Katanya lagi, “Yang pastinya, terdapat mereka yang

dapat menyerap lebih banyak ilmu daripada orang lain. Perbezaan ini nampaknya

seperti karakter keturunan”. Oleh kerana faktor keturunan ini, beliau mengatakan

bahawa persekitaran seseorang itulah yang memainkan peranan sangat penting di

dalam membentuk diri, keluarga dan bangsanya. Ini adalah kerana, selain daripada

faktor keturunan, faktor persekitaran adalah satu faktor terpenting di dalam

perkembangan fizikal, mental dan psikologi manusia. Sungguhpun kenyataan Tun

Dr. Mahathir lebih menyeluruh, tetapi ia sangat relevan di dalam membincangkan isu

akademik pelajar Melayu hari ini.

Page 23: SALIHA BINTI SAID - fp.utm.my · Di antara syor-syor Laporan Rahman Talib yang menjadi Akta Pendidikan 1961 adalah mewujudkan Sekolah Menengah Pertukangan dan Sekolah Menengah Teknik

6Kajian yang dijalankan oleh Siti Hawa (1987) mendapati sebanyak 42.67%

pelajar telah mengenal pasti bahawa teknik belajar merupakan salah satu masalah

akademik yang mereka alami. Ini menunjukkan teknik belajar merupakan keperluan

asas pelajar. Sebenarnya, ilmu atau kajian mengenai kemahiran belajar berkesan

memang sudah lama wujud. Malangnya ramai pelajar menggunakan cara yang

diamalkan secara percubaan dan pengalaman, malahan pelajar berkebolehan amat

tinggi pun tidak menyedari dan mengetahui cara pembelajaran berkesan. Kemahiran

yang khusus diperlukan untuk memastikan kita mengumpul maklumat yang betul

serta setimpal dengan usaha dan masa yang digunakan. Kita hanya akan dapat

memanfaatkan sumber-sumber itu sekiranya kita tahu cara yang betul dan efektif

untuk mendapatkan maklumat. Pelajar-pelajar sekolah pada hari ini merupakan

generasi pelapis pada masa akan datang. Mereka bakal menjadi tonggak utama

kepada negara dalam memastikan negara kita agar terus kekal dan maju.

Memandangkan kemahiran belajar memainkan peranan yang penting dalam

menentukan keberkesanan sesuatu pembelajaran, maka ia sudah tentu mempengaruhi

keputusan peperiksaan seseorang pelajar. Menurut Rashid (1999), ramai pelajar

yang telah gagal mengakui kurang pengetahuan dalam kemahiran belajar sebagai

punca utama kegagalan dalam peperiksaan.

Permasalahan kecemerlangan akademik pelajar khususnya pelajar Melayu

telah lama dikenal pasti. Dalam Utusan Malaysia (2001), Tokoh Guru Kebangsaan

1998 iaitu Datuk Dr. Yahya Ibrahim menyatakan beberapa orang pelajar Cina dan

India mencapai kecemerlangan akademik bersepakat mengatakan bahawa faktor

kejayaan mereka dalam peperiksaan adalah mengamalkan kemahiran belajar yang

betul dan tahu membezakan keutamaan apabila berada di bangku persekolahan

hingga ke universiti. Pensyarah Fakulti Pendidikan Universiti Malaya, Datuk Dr.

Isahak Harun pula menyatakan di Universiti Malaya umpamanya, jumlah pelajar

Cina yang mendapat kelas pertama sekitar 150 orang setahun tetapi pelajar Melayu

cuma sepuluh peratus daripada bilangan itu. Ini jelas menunjukkan bahawa

kemahiran belajar itu memainkan peranan penting dalam menentukan kejayaan

seorang pelajar dalam pelajaran. Dengan kemahiran belajar, seseorang individu

dapat membaca, mendengar, mencatat nota, mengurus masa dan membuat rujukan

dengan baik (Esah, 2002).

Page 24: SALIHA BINTI SAID - fp.utm.my · Di antara syor-syor Laporan Rahman Talib yang menjadi Akta Pendidikan 1961 adalah mewujudkan Sekolah Menengah Pertukangan dan Sekolah Menengah Teknik

7Menurut Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Akademik) Universiti

Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof. Datuk Dr. Abdul Samad Hadi dalam Utusan

Malaysia, (2001) ketika membentangkan kertas kerja beliau yang bertajuk Senario

Semasa Pelajar Melayu Di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) semasa

Kolokium Kemajuan Akademik Pelajar Melayu Di Institusi Pengajian Tinggi di

Genting Highlands, Pahang baru-baru ini, katanya gaya berfikir pelajar Melayu dan

bukan Melayu berbeza. Menurut beliau lagi, satu kajian menunjukkan bahawa

pelajar Melayu lebih banyak menggunakan cara belajar pemerhatian dan renungan.

Sementara pelajar Cina pula lebih banyak menggunakan strategi belajar eksperimen

aktif dan pengalaman konkrit. Kebanyakan punca kelemahan pelajar Melayu ialah

tidak pandai untuk meletakkan keutamaan dalam melakukan sesuatu gerak kerja dan

aktiviti.

Prof. Datuk Awang Had Salleh pernah mengutarakan kajian beliau di dalam

buku Pemikir (Julai-September 1996). Beliau mengutarakan pencapaian graduan

bumiputera berbanding dengan bukan bumiputera pada tahun 1983 dan 1995. Jika

diteliti, kesimpulan-kesimpulan yang telah diberikan, hampir sama sahaja sejak dulu

lagi, begitu stereotaip dan terasa begitu normal di dalam mengklasifikasikan bangsa

Melayu itu sendiri. Kesimpulan yang stereotaip dan sama ini turut menimbulkan

persoalan iaitu apakah ketidakmampuan pelajar-pelajar Melayu ini merupakan satu

tradisi yang tidak mampu diubah oleh bangsa Melayu? Kenyataan ini dipetik dari

Utusan Malaysia (2000).

1.3 Pernyataan Masalah

Penyelidik telah menetapkan bahawa kajian yang dijalankan adalah untuk

mengenal pasti kemahiran belajar yang diamalkan oleh pelajar bumiputera

khususnya pelajar Melayu di Sekolah Menengah Teknik Pengkalan Chepa, Kelantan

dalam pembelajaran mereka. Aspek kemahiran belajar yang dikaji dalam kajian ini

ialah kemahiran membaca, kemahiran mendengar, kemahiran mencatat nota,

kemahiran mengurus masa dan kemahiran membuat rujukan

Page 25: SALIHA BINTI SAID - fp.utm.my · Di antara syor-syor Laporan Rahman Talib yang menjadi Akta Pendidikan 1961 adalah mewujudkan Sekolah Menengah Pertukangan dan Sekolah Menengah Teknik

81.4 Objektif Kajian

Objektif kajian yang telah dijalankan adalah ;

a. Mengenal pasti tahap kemahiran membaca yang diamalkan oleh pelajar

dalam aktiviti pembelajaran mereka.

b. Mengenal pasti tahap kemahiran mendengar yang diamalkan oleh pelajar

dalam aktiviti pembelajaran mereka.

c. Mengenal pasti tahap kemahiran mencatat nota yang diamalkan oleh pelajar

dalam aktiviti pembelajaran mereka.

d. Mengenal pasti tahap kemahiran mengurus masa yang diamalkan oleh pelajar

dalam aktiviti pembelajaran mereka.

e. Mengenal pasti tahap kemahiran membuat rujukan yang diamalkan oleh

pelajar dalam aktiviti pembelajaran mereka.

1.5 Persoalan Kajian

Persoalan kajian yang telah dijalankan adalah :

a. Apakah tahap kemahiran membaca yang diamalkan oleh pelajar dalam

aktiviti pembelajaran mereka?

b. Apakah tahap kemahiran mendengar yang diamalkan oleh pelajar dalam

aktiviti pembelajaran mereka?

c. Apakah tahap kemahiran mencatat nota yang diamalkan oleh pelajar dalam

aktiviti pembelajaran mereka?

d. Apakah tahap kemahiran mengurus masa yang diamalkan oleh pelajar dalam

aktiviti pembelajaran mereka?

e. Apakah tahap kemahiran membuat rujukan yang diamalkan oleh pelajar

dalam aktiviti pembelajaran mereka?