16
Tajuk : Hakikat Tauhid & Fenomena Kemusyrikan ( التوحيدحقيقت) Karya : Al-Allamah Dr. Yusuf Al-Qardawi Terbitan: Robbani Press Tahun : 2005

(Rumusan) Hakikat Tauhid & Fenomena Kemusyrikan_Al-Allamah Dr. Yusuf Al-Qardawi

Embed Size (px)

DESCRIPTION

Mari melihat akhidah Dr. Yusuf Al-Qardawi

Citation preview

Page 1: (Rumusan) Hakikat Tauhid & Fenomena Kemusyrikan_Al-Allamah Dr. Yusuf Al-Qardawi

Tajuk : Hakikat Tauhid & Fenomena Kemusyrikan (حقيقت التوحيد)

Karya : Al-Allamah Dr. Yusuf Al-Qardawi

Terbitan: Robbani Press

Tahun : 2005

Page 2: (Rumusan) Hakikat Tauhid & Fenomena Kemusyrikan_Al-Allamah Dr. Yusuf Al-Qardawi

Lafaz Segala Puji Bagi Allah s.w.t akan segala nikmat yang Dia berikan. Nikmat iman

dan Islam ditambah lagi dengan nikmat akal fikiran dan nikmat usia muda, dapat

juga penulis selesaikan merumuskan buku ini. Buku ini bertajuk Hakikat Tauhid &

Fenomena Kemusyrikan ( .karya Al-Allamah Dr. Yusuf Al-Qardawi (حقيقت التوحيد

seorang ulama kontemporari yang paling dekat dengan hati penulis. Karya Al-

Allamah pertama yang penulis tatapi bertajuk „فقه األوالوياث’ (Fiqh Keutamaan) dan

yang paling penulis sayang bertajuk „ Bagaimana Berinteraksi) ’كيف وتعمل مع القرءان

Dengan Al-Quran). Buku ini sudah diterbitkan pada tahun 1989 oleh Maktabah

Wahbah Kairo, Mesir dan kini dialih bahasanya kepada Bahasa Indonesia.

Penterjemah buku ini, Musyaffa Lc. telah menjadi orang pemula kebaikan. Dengan

usaha beliau, buku ini siap diterjemahkan di dalam Bahasa Melayu. Bukan sedikit

yang membaca, menyebarkan, dan beramal dengan isi kandungan buku ini. Mereka

inilah yang menyumbangkan saham akhirat kepada diri mereka juga kepada

Musyaffa Lc.

Penulis sifatkan buku ini sebagai buku ‘bacaan ringan’. Saiz buku ini kecil,

mempunyai 166 muka surat menjelaskan hal-hal asas akhidah Islam yang patut dan

mesti diketahui oleh setiap yang bernama dengan nama Islam. Kerana ini adalah

perbahasan akhidah! Dan perbahasan akhidah itu mudah.

Penulis membuat rumusan dengan mengambil kembali kata-kata Al-Allamah Dr.

Yusuf Al-Qardawi dan ilmuwan-ilmuwan yang dinukilkan oleh Al-Allamah. Sesekali

penulis akan menuruti dengan pandangan penulis.

Sebenarnya penulis sudah lupa bilakah penulis habiskan bacaan buku ini dan

tidaklah penulis membuat rumusan ini kerana baru habis membaca. Penulis didesak

dengan kenyataan-kenyataan yang tidak enak penulis dengar. Dan pula kenyataan-

kenyataan ini semuanya penulis sifatkan sebagai mahu memecah belahkan umat,

jauh sekali daripada mahukan tajdid akhidah umat. Di sebelah sana berkata bahawa

di sinun tidak tulen akhidah kerana beriman kepada Tauhid Sifat 20. Kerana Tauhid

Sifat 20 adalah cedukan falsafah-falsafah Rom dan Greek. Di sinun pula berkata

bahawa di sana tidak tulen akhidah kerana beriman kepada Tauhid 3. Kerana

Tauhid 3 itu bukan asasnya daripada ulamak-ulamak 3 kurun awal terbaik. Kedua-

dua pihak melepaskan peluru hujah-hujah di antara satu sama lain dan pula peluru-

peluru ini berbagai warnanya. Semua warna mahu pula akan kemenangan.

Page 3: (Rumusan) Hakikat Tauhid & Fenomena Kemusyrikan_Al-Allamah Dr. Yusuf Al-Qardawi

Penulis membawakan tulisan Al-Allamah Dr. Yusuf Al-Qardawi. Tujuan penulis

adalah kerana keredhaan Allah s.w.t dan kepentingan alam akhirat dengan usaha

penyebaran ilmu. Dengan rumusan ini sedikit sebanyak dapat menguatkan akal dan

amalan penulis. Penulis harapkan dengan rumusan penulis yang serba kekurangan

ini (dengan kehendak Allah s.w.t jua) membuka hati penulis dan pembaca untuk

memahami dan beramal dengan kebaikan buku ini. Akhirnya penulis

mencadangkan agar pembaca membaca sendiri buku ini.

Terdapat 8 Bahagian Utama:

Bahagian 1: Kedudukan Tauhid Dalam Islam

Bahagian 2: Tauhid Yang Diperintah Oleh Islam

Bahagian 3: Ibadah

Bahagian 4: Kepentingan Tauhid Uluhiyyah

Bahagian 5: Bagaimana Merealisasikan Tauhid

Bahagian 6: Syirik

Bahagian 7: Islam Menutup Pintu-Pintu Kemusyikan

Bahagian 8: Kesan Tauhid Dan Syirik Dalam Kehidupan

Bahagian 1: Kedudukan Tauhid Dalam Islam

Al-Allamah mulakan dengan berkata: “Iman kepada Allah s.a.w adalah dasar

seluruh akhidah” dan Al-Allamah membawakan firman Allah s.a.w:

Page 4: (Rumusan) Hakikat Tauhid & Fenomena Kemusyrikan_Al-Allamah Dr. Yusuf Al-Qardawi

“Wahai orang-orang yang beriman, tetaplah beriman kepada Allah dan Rasul-Nya

dan kepada kitab yang Allah turunkan kepada Rasul-Nya serta kitab yang Allah

turunkan sebelumnya. Barangsiapa yang kafir kepada Allah, malaikat-malaikat-Nya,

kitab-kitab-Nya, rasul-rasul-Nya, dan hari kemudian, maka sesungguhnya orang itu

telah sesat sejauh-jauhnya”. (Surah An-Nisa: 136)

Al-Allamah menyambung:

“Beriman kepada Allah s.w.t mencakup: (1) Beriman kepada wujudullah. (2) Beriman

kepada keesaanNya dalam Rububiyyah dan Uluhiyyah-Nya”

Al-Allamah lagi berkata: “Beriman kepada Asmaul Husna yang dimiliki Allah, dan

kepada sifat-sifatNya yang tinggi, yang menunjukkan secara jelas bahawa Dia

memiliki segala sifat sempurna yang sesuai denganNya dan Dia disucikan dari

segala sifat yang mengandung kekurangan”. (m.s 4)

Penulis memahami daripada perkataan Al-Allamah, inilah Tauhid 3. Dan kini

penulis tertanya-tanya, adakah Al-Allamah Dr. Yusuf Al-Qardawi yang tidak bergelar

dengan gelaran „Habib‟ dan tidak pula berasal daripada „Yaman‟ dan tidak pula

popular dengan „Tarikat Al-Allamah Dr. Yusuf Al-Qardawi‟ pun akan dikafirkan dan

disesatkan kerana Tauhid 3. Sungguh pelik dan ganjil penegak-penegak gejala kafir

mengkafirkan dan sesat menyesatkan ini. Sungguhnya merekalah yang mereka kata.

Rasul datang dengan tugas yang sama iaitu menyeru manusia supaya beribadah

hanya kepada Allah dan menjauhi taghut (m.s 47). Telah dijelaskan oleh Al-Allamah

hanya beberapa kelompok yang masih mentauhidkan Allah sebelum kedatangan

Islam. Kelompok yang lainnya semuanya bergelumang dengan kesyirikan.

Page 5: (Rumusan) Hakikat Tauhid & Fenomena Kemusyrikan_Al-Allamah Dr. Yusuf Al-Qardawi

“Pada saat Islam datang, kemusyirikan sedang menancapkan kuku-kukunya

diseluruh penjuru dunia, tidak ada yang mengesakan Allah dalam peribadatan

kecuali:

1. Beberapa orang dari orang-orang hanif yang tinggal di Semenanjung Arab,

yang menyembah Allah sesuai sisa-sisa ajaran Nabi Ibrahim a.s yang masih murni.

2. Atau sisa-sisa dari Ahlul Kitab, yang selamat dari pengaruh pemalsuan

paganisme yang menghancurkan agama-agama kitabi (Yahudi dan Nasrani)” (m.s 6

dan 7)

Seterusnya Al-Allamah membawakan dalil-dalil tentang wahdaniyyah.

1. Dalil Fitrah

“Dialah Tuhan yang menjadikan kamu dapat berjalan di daratan, (berlayar) di

lautan. Sehingga apabila kamu berada di dalam bahtera, dan meluncurlah bahtera

itu membawa orang-orang yang ada di dalamnya dengan tiupan angin yang baik,

dan mereka bergembira karenanya, datanglah angin badai, dan (apabila) gelombang

dari segenap penjuru menimpanya, dan mereka yakin bahwa mereka telah

terkepung (bahaya), maka mereka berdoa kepada Allah dengan mengikhlaskan

ketaatan kepada-Nya semata-mata. (Mereka berkata): "Sesungguhnya jika Engkau

menyelamatkan kami dari bahaya ini, pastilah kami akan termasuk orang-orang

yang bersyukur.” (Surah Yunus: 22) (m.s 12)

Penulis membawakan, kata Al-Hafiz Ibn Kathir:

“...Akan tetapi tidak lama kemudian, setelah mereka selamat dan bahaya yang

mengancam itu sudah berlalu, lupalah mereka akan janjinya pada saat-saat yang

gawat itu dan tidak segan-segan melakukan kezaliman dan kemungkaran di atas

Page 6: (Rumusan) Hakikat Tauhid & Fenomena Kemusyrikan_Al-Allamah Dr. Yusuf Al-Qardawi

bumi ini, seakan-akan mereka tidak pernah berdoa meminta pertolongan”. (Ibn

Kathir, Jilid 4, Terjemahan Singkat Tafsir Ibnu Katsier, Victory Agencie, Kuala

Lumpur)

2. Dalil Aqli

“Akal juga membuktikan bahwa di balik alam semesta ini ada satu pembuat. Alam

semesta yang sangat luas ini, dengan beraneka ragam makhluk yang ada di

dalamnya, yang kecil dan yang besar, yang hidup dan yang mati, yang berbicara

dan yang diam, yang berakal dan yang tidak berakal, yang di atas dan yang di

bawah, semuanya diatur oleh satu tatanan. Ia berlaku pada atom (partikel terkecil),

dan berlaku juga pada galaksi (benda makro yang sangat besar)”. (m.s 13)

3. Dalil Naqli

“Apakah mereka mengambil tuhan-tuhan dari bumi, yang dapat menghidupkan

(orang-orang mati)? (21) Sekiranya ada di langit dan di bumi tuhan-tuhan selain

Allah, tentulah keduanya itu telah rusak binasa. Maka Maha Suci Allah yang

mempunyai 'Arsy daripada apa yang mereka sifatkan.”(22) (Surah Al-Anbiya: 21 dan

22) (m.s 20)

Al-Allamah kemudian melanjutkan kepada perbicaraan beberapa konsep tauhid

yang sesat.

1. Tauhid Filasof

Mereka berkata tauhid adalah: “Menetapkan adanya wujud mutlak yang terlepas

dari dzat dan sifat” dan juga berkata tauhid adalah: “Menetapkan wujud yang sama

sekali terlepas dari dzat dan sifat, akan tetapi merupakan wujud mutlak yang tidak

berkaitan dengan dzat, tidak bias diberi sifat dan tidak bias dikhususkan dengan

suatu karakter, namun seluruh sifatnya adalah Sulub dan Idhafat”. Dan Al-Allamah

menghuraikan. (m.s 25)

2. Tauhid Wihdatul Wujud

Page 7: (Rumusan) Hakikat Tauhid & Fenomena Kemusyrikan_Al-Allamah Dr. Yusuf Al-Qardawi

“Tauhid mereka adalah al-Haq (Allah) Yang Maha Suci tidak lain adalah

ciptaanNya, dan bahawasanya Allah s.w.t tidak lain adalah wujud dari segala

sesuatu yang ada, ia juga hakikatNya, jati diriNya, dan bahwasanya Dia adalah

tanda segala sesuatu, dan pada segala sesuatu itu terdapat tanda yang

menunjukkan bahwa tanda itu tidak lain adalah Dia”. Dan Al-Allamah juga

menghuraikan. (m.s 26)

3. Tauhid Muktazilah

Tauhid mereka: (1) Mengingkari qadar. (2) Mengingkari bahwa kehendak Allah

bersifat umum dan mencakup seluruh alam semesta. (3) Menginkari bahwa

kekuasaan Allah mencakup seluruh alam semesta. (m.s 29)

4. Tauhid Jabbariyyah

“Kebalikan dari tauhid pincang di atas, ada bentuk tauhid lain, yaitu „Tauhid

Jabbariyyah‟. (m.s 29)

5. Tauhid Nasrani

Tauhid itu trinity, trinity itu tauhid.

Bahagian 2: Tauhid Yang Diperintahkan Islam

Al-Allamah mulakan dengan berkata dua asas utama:

“Dua tauhid yang tidak dapat dipisah-pisahkan yaitu: (1) Tauhid fil ma‟rifah wal

itiqad (tauhid dalam pengetetahuan, penetapan, dan kayakinan). (2) Tauhid fit

thalab qasdi wal iradah (tauhid dalam mencari atau memohon, tujuan dan

kehendak)” (m.s 33)

Al-Allamah menyambung dengan dalil-dalil Al-Quran untuk tauhid yang pertama

(Al-Ikhlas, Awal surah Ali-Imran, Awal Surah Taha, dan beberapa dalil lain) dan

dalil-dalil untuk tauhid yang kedua (Al-Kafirun, Awal Surah Al-A‟raf, dan beberapa

dalil lain). Al-Allamah seterusnya meneruskan dengan menukilkan kata-kata Imam

Ibn Qayyim:

Page 8: (Rumusan) Hakikat Tauhid & Fenomena Kemusyrikan_Al-Allamah Dr. Yusuf Al-Qardawi

“Setiap surah Al-Quran memuatkan dua bentuk tauhid ini”. “Banyak para penulis

dahulu dan kini menamakan bentuk tauhid yang pertama dengan Tauhid

Rububiyyah dan yang kedua dengan Tauhid Ilahiyyah atau Uluhiyyah.” (m.s 35)

Dah huraian Al-Allamah berkenaan dengan Tauhid Rubiyyah dan Tauhid Uluhiyyah

terikat kemas dengan huraian-huraian dalil-dalil Al-Quran dan hujah-hujah sejarah.

Huraian-huraian tauhid Al-Allamah pula saling tidak tumpah seperti huraian-

huraian Syeikh Muhammad bin Abdul Wahab dalam Kasyfus Syubhat (Syeikh

Muhammad bin Abdul Wahab (Abdul Wahab bin Bustami), Kasyfus Syubhat:

Mengikis Segala Keraguan Dan Kesamaran, 2006, Pustaka Azhar, Johor Bahru).

Janganlah selepas ini dikatakan bahawa Al-Allamah „dibeli‟ oleh Wahabi!

Bahagian 3: Ibadah

Ibadah ialah: “…puncak ketundukan dibarengi dengan puncak cinta” (m.s 41)

Ibadah itu pula ada bermacam-macam jenisnya:

1. Doa

(وقال هدا حسه صحيح رواه الترمدي)الدعاء هو العبادة

“Doa adalah ibadah” (Riwayat Al-Tirmizi, beliau berkata hasan sahih)

2. Menegakkan Syi‟ar Islam

3. Tunduk Dan Patuh Kepada Syariat Allah. (m.s 42 dan 43)

Bahagian 4: Kepentingan Tauhid Uluhiyyah

Lambang Tauhid Uluhiyyah ‟ال اله اال اهلل„ .1

Kalimah ringkas yang dibawa semua rasul untuk menjelaskan hakikat tauhid.

Kalimah ini mengandungi „an-nafi‟ iaitu penafian tiada tuhan selain Allah dan „al-

isbat‟ iaitu penetapan akan ketuhanan Allah semata-mata,

Page 9: (Rumusan) Hakikat Tauhid & Fenomena Kemusyrikan_Al-Allamah Dr. Yusuf Al-Qardawi

2. Tauhid, Inti Iman Kepada Allah

3. Tauhid, Syiar Islam

4. Tauhid, Hak Allah Atas Hambanya

5. Tauhid, Risalah Dalam Kehidupam Muslim

6. Tauhid, Risalah Umat Islam Kepada Umat Lain

Bahagian 5: Bagaimana Merealisasikan Tauhid

Tauhid hanya akan dikukuhkan, ditegaskan, dan dijaga jika memenuhi unsure-

unsur berikut ini:

1. Memurnikan ibadah hanya kepada Allah.

2. Kufur dengan segala thagut dan berlepas diri daripada orang-orang yang

menyembahnya atau memberi wala‟ kepadanya.

3. Membentengi diri daripada syirik dengan segala warna dan tindakannya,

serta menutup calah-celah yang menuju kepadanya. (m.s 58)

Pertama: Memurnikan ibadah hanya kepada Allah ialah memberi hak uluhiyyah

hanya kepada Allah, berupa pengagungan hanya kepada Allah, berupa cinta hanya

kepada Allah, berupa ketundukan hanya kepada Allah. Semua perbuatan ini hanya

kepada Allah dan perbuatan ini mutlak sifatnya. 3 perkara lain yang melengkapkan

„ibadah hanya kepada Allah‟ adalah:

1. Tidak mencari tuhan yang lain untuk diagungkan sebagaimana

pengagungan kepada Allah.

(Surah Al-An‟am: 164) – (Surah Ali-Imran: 64)

2. Tidak menjadikan selain Allah sebagai kekasih sebagaimana cintanya

kepada Allah.

(Surah Al-An‟am: 14) – (Surah Al-Baqarah: 165 dan 167) – (Surah As-Syura: 9)

Page 10: (Rumusan) Hakikat Tauhid & Fenomena Kemusyrikan_Al-Allamah Dr. Yusuf Al-Qardawi

3. Tidak mencari hakim hanya untuk ditaati sebagaimana taaatnya

kepada Allah.

(Surah Al-Mulk: 14) – (Surah Yusuf: 40)

Kedua: Kufur dengan thaqut. “Secara bahasa thaqut berasal daripada perkataan

„thugyan‟ bererti „melampaui batas. Untuk erti secara istilah, Al-Allamah

membawakan beberapa erti perkataan „thaqut (m.s 67).

“Thaqut adalah syaitan” – Umar Al-Kattab r.a

“Thaqut adalah dukun-dukun tempat turunnya syaitan” – Jabir r.a

“Segala sesuatu yang disembah selain Allah” – Imam Malik rahimahullah

“Segala sesuatu yang disembah oleh seseorang yang melampaui batasnya, baik

berupa sembahan sesuatu yang diikuti atau sesuatu yang ditaati (dan ia rela

dengannya)” (m.s 68).

Dan Al-Allamah mengakhiri:

“Jadi thaqut setiap kaum adalah orang yang menjadi tempat berhukum selain Allah

dan RasulNya, atau yang disembah selain Allah, atau yang diikuti tanpa bashirah

dari Allah, atau yang ditaati dalam hal-hal yang diketahui bertentangan dengan

ketaatan kepada Allah”. (m.s 68)

Ketiga: Menghindari kemusyrikan dan berhati-hati daripadanya. Unsur ketiga untuk

merealisasikan tauhid kepada Allah. Unsur ini memerlukan iqtikad dan perbuatan

untuk menghindari segala bentuk syirik, samada yang besar atau kecil, dan

menutup pintu-pintu yang membawa kepadanya.

Bahagian 6: Syirik

Ini adalah bahagian yang paling panjang dibahaskan oleh Al-Allamah. Dihuraikan

segala bentuk syirik, yang kecil atau besar, yang jelas atau terang, iqtikad yang

Page 11: (Rumusan) Hakikat Tauhid & Fenomena Kemusyrikan_Al-Allamah Dr. Yusuf Al-Qardawi

membawa kepada mensyirikkan Allah, perkataan dan perbuatan yang membawa

kepada syirik. Semuanya diperincikan oleh Al-Allamah.

Penulis menyifatkan syirik adalah penyakit utama yang menghalang seseorang yang

bernama dengan nama Islam untuk sampai kepada benar-benar mentauhidkan

Allah. Dan penyakit ini menular jika seseorang yang bernama dengan nama Islam

itu tidak dinaungi oleh naungan ilmu. Hakikat pembawaannya tetap sama. di zaman

Rasulallah s.a.w dahulu, terkenal dalam masyarakat dengan istilah „kahin‟, salahan

kefahaman tafassul dan pengamalannya, terkenal juga dengan kepakaran „mushir‟

yang berjenis-jenis dan beragam-ragam bacaannya dan banyak lagi.

Dan kini perkara yang sama, berulang dan terus berulang - walaupun namanya

sahaja yang berlainan - menular dalam masyarakat. Hanya namanya sahaja yang

berlainan sedangkan hakikatnya tetap sama.

Al-Allamah memberi definisi: “Syirik adalah menjadikan sesuatu sebagai sekutu

Allah dalam hal-hal yang merupakan hak murni Allah seperti menjadikan tuhan

atau beberapa tuhan selain Allah yang disembah, ditaati, dimintai pertolongan,

dicintai atau lainnya.” (m.s 70)

Inilah yang disebut sebagai syirik akhbar (besar):

1. Akan tertolaknya segala amal solih yang dilakukan kerana amal

solih mewajibkan hamba betul-betul ikhlas hanya kepada Allah. (Surah Al-Kahf:

110)

2. Tidak akan diampun dosa-dosanya. (Surah An-Nisa: 48 dan 116)

3. Diharamkan syurga kepada orang yang mensyirikkan Allah.

(Surah Al-Maidah: 72) (m.s 70 dan 71)

Syirik asqar (kecil) pula adalah syirik yang tidak jelas dan tidak nyata bagi

kebanyakkan manusia. Antaranya syirik asqar adalah:

1. Berdoa kepada orang mati.

2. Meminta pertolongan dan hajat kepada ahli kubur.

3. Keyakinan bahawa ahli kuburlah yang memberi kebaikan dan

keburukan (m.s 74)

4. Bersumpah dengan selain nama Allah.

Page 12: (Rumusan) Hakikat Tauhid & Fenomena Kemusyrikan_Al-Allamah Dr. Yusuf Al-Qardawi

5. Memakai gelang dan benang penangkal.

6. Mengalungkan jimat (semacam rantai atau benang yang

dipakaikan kepada kanak-kanak untuk menolak mudharat). Adapun jimat yang

berasal dari ayat-ayat Al-Quran – Al-Allamah Dr Yusuf Al-Qardawi MELARANG

kerana menutup pintu-pintu syirik. (m.s 90)

7. Ruqyah (Mantera dan jampi). Adapun dibolehkan oleh ulama

jika mantera dan jampi yang berasal daripada Al-Quran atau sifat-sifat dan nama-

nama Allah, yang difahami maknanya, dan berkeyakinan bahawa mantera dan

jampi itu tidaklah membawa keburukan atau kebaikan melainkan Allahlah yang

memberi kebaikan dan keburukan. (m.s 95)

8. Sihir

9. Tanjim (Ramalan-ramalan karut berdasarkan bintang)

10. Tiwalah (Memakai kalungan yang tertulis kalimat tertentu

untuk tujuan tertentu)

11. Pendukunan dan Ramalan

12. Bernazar untuk selain Allah s.w.t

13. Menyembelih untuk selain Allah s.w.t

14. Thiyarah (Berperasan sial kerana melihat, mendengar, atau

bertemu sesuatu)

Bahagian 7: Islam Menutup Pintu-Pintu Kemusyrikan

Al-Allamah memulakan:

“Islam datang dengan membawa ajaran tauhid murni, memerangi berbagai bentuk

syirik, besar ataupun kecil…” (m.s 120)

Kefahaman yang jelas dengan perkara ini membawa seorang yang beriman dengan

Allah s.w.t benar-benar mentauhidkan Allah s.w.t. Maha Suci Allah! Tidak ada

pasangan yang mendampingi Allah s.w.t samada pada bahagian penciptaan,

Page 13: (Rumusan) Hakikat Tauhid & Fenomena Kemusyrikan_Al-Allamah Dr. Yusuf Al-Qardawi

pentadbiran, pemilikan, ataupun pada bahagian hak untuk peribadatan dan

penyembahan.

Dan Al-Allamah menyenaraikan beberapa pintu-pintu yang membawa hembusan-

hembusan angin mensyirikan Allah:

1. Ghuluw (Berlebihan) Dalam Mengagungkan Rasulallah s.a.w

Rasulallah s.a.w melarang umatnya mengagungkan baginda berlebih-lebihan

seperti umat-umat sebelum baginda belebih-lebihan mengagungkan Isa ibn

Maryam a.s. (m.s 121)

menyifatkan baginda hanya sebagai „Hamba Allah‟. (Surah Al-Isra‟: 1/Surah

An-Najm: 10)(m.s 122)

Rasulallah s.a.w melarang umatnya mengagung-agungkan baginda dengan

gelaran yang batil (Raiwayat Abu Daud)(m.s 122)

Baginda s.a.w melarang sahabat baginda berkata: „Maasya Allah Wa Syi‟ta‟.

Hanya cukup dengan berkata: „Maasya Allah‟ (Riwayat Ahmad)(m.s 124)

2. Ghuluw Terhadap Orang-Orang Solih

Puncanya kerosakan agama Nasrani adalah kerana „ghuluw‟. Sampai-sampai mereka

menjadikan Isa a.s sebagai anak Allah s.w.t! Kemudian „ghuluw‟ tehadap rahib,

menjadikan rahib sebagai „wakil-wakil‟ tuhan. (m.s 124 dan 125)

Dan umat pertama yang menjadi sebab diutuskan Nuh a.s adalah umat yang

„ghuluw‟ terhadap orang-orang solih. Menjadikan orang-orang solih sebagai ingatan

besar dengan mendirikan tugu-tugu dan patung-patung dan bersedih kepada orang-

orang solih – selepas kematian mereka (Riwayat Al-Bukhari)(m.s 126 dan 127)

3. Mengagungkan Kuburan

Islam mengharamkan mengagungkan kuburan:

Menjadikan kuburan sebagai masjid (Riwayat Muslim)

Solat menghadap kuburan (Riwayat Muslim)

Memberi penerangan dan lampu di kuburan (Riwayat Ahmad, Tirmizi, dan

lainnya)

Membangun, mengecat, dan menulisi kuburan (Riwayat Tirmizi, Nasai, dan

lainnya)

Meninggikan kuburan (Riwayat Muslim, Abu Daud, dan lainnya)

Page 14: (Rumusan) Hakikat Tauhid & Fenomena Kemusyrikan_Al-Allamah Dr. Yusuf Al-Qardawi

Menjadikan kuburan sebagai perayaan (Riwayat Abu Daud dan Ahmad)

4. Meminta Berkah Kepada Pepohonan, Bebatuannya Dan Semacam

Dengannya

5. Kata-Kata Yang Membuka Pintu-Pintu Syirik

Kata-kata: „Maasya Allah Wa Syaa Fulan‟(Apa yang dikehendaki Allah dan

fulan)

Kata-Kata: „Laula Allah Wa Fulan (Kalau bukan kerana Allah dan fulan) –

Inilah yang disebut oleh Ibn Abbas sebagai syirik andada yang tidak

kelihatan seakan-akan semut hitam di atas batu di tengah kegelapan malam.

Nama atau gelaran atau panggilan yang menjadi hak mutlak Allah (seperti Al-

Hakam – Pemberi Keputusan).

Nama manusia tidak Abdullah atau Abdurrahman atau lain-lain nama dan

sifat Allah tetapi Abdul Ka‟bah (Hamba Ka‟bah), atau Abdul Nabi (Hamba

Nabi) atau lain-lain selain nama-nama Allah dan sifat-sifatNya.

Mencela masa (Riwayat Bhukari) (m.s 120-145)

Bahagian 8: Kesan Tauhid Dan Syirik Dalam Kehidupan

Kesan Yang Baik

1. Kemerdekaan Manusia

Inilah maksud „merdeka‟ yang sebenar „merdeka daripada mensyirikkan Allah s.w.t‟.

Dengan itu, tertoloklah maksud merdeka yang dilaung-laungkan sebelum ini iaitu

„merdeka daripada penjajahan bangsa asing‟.

Apabila manusia merdeka daripada mensyirikkan Allah s.w.t, akan bebaslah

akalnya daripada khurafat dan ilusi-ilusi yang batil, bebaslah jiwanya daripada

kehinaan, kerendahan, dan ketidakmampuan, dan bebaslah kehidupannya daripada

jelmaan-jelamaan Fir‟aun, jelmaan-jelmaan Namrud, dan lain-lain jelmaan yang

mengaku tuhan yang memperbudakkan sesama manusia. (m.s 147)

2. Pembentukan Pribadi Yang Harmonis

Inilah antara hadaf diutuskan rasul-rasul. Kata Al-Allamah:

Page 15: (Rumusan) Hakikat Tauhid & Fenomena Kemusyrikan_Al-Allamah Dr. Yusuf Al-Qardawi

“Tauhid membantu pembentukan keperibadian yang harmonis, sehingga arah

hidupnya jelas, satu tujuan, dan konkrit jalannya”. (m.s 148)

3. Tauhid Sumber Rasa Aman

4. Tauhid Sumber Kekuatan Jiwa

“Tauhid memberikan kekuatan jiwa kepada orang yang memilikinya sebab jiwanya

dipenuhi rasa optimism, percaya, tawakal, redha terhadap qadha Allah, sabar atas

ujuiannya, dan tidak membutuhkan makhluk”. (m.s 153)

5. Tauhid Landasan Persaudaraan Dan Persamaan

Inilah konsep persaudaraan dan musawah dalam Islam. Konsep persaudaraan dan

musawah yang diasakan di atas kalimah tauhid. Mukmin di benua Afrika

bersaudara dengan mukmin di benua Eropah. Begitu juga yang lain. Dan

persaudaraan ini bukanlah dibataskan kerana perbezaan warna kulit, perbezaan

bahasa, dan perbezaan jenis. Semuanya adalah sama di hadapan Allah s.w.t dan

Allah s.w.t hanya akan menilai takwa.

Kesan Yang Buruk

1. Penghinaan Martabat Manusia

Dijadikan manusia sebagai khalifah maka yang patut disembah manusia adalah

Allah s.w.t dan sudah tentulah alam sekalian dijadikan sebagai alat untuk

memudahkan manusia „berkhalifah‟ di atas muka bumi Allah. Adapun manusia

yang menjadikan alam ini sebagai „sembahan‟ telah menurunkan martabat manusia,

menjadikan alam yang asal alat khidmat kekhalifahan sebagai tuhan.

2. Syirik Adalah Sarang Khurafat

“Syirik merupakan sarang khurafat dan kebatilan, sebab orang yang mempercayai

adanya sumber pengaruh lain pada alam semester, selain Allah, berupa benda-

benda angkasa, jin, memedi, ruh, dan sebagainya, akalnya menjadi siap untuk

menerima segala khurafat dan membenarkan segala bentuk kebohongan”. (m.s

161)

3. Kezhaliman Yang Besar

4. Sumber Segala Kecemasan

Page 16: (Rumusan) Hakikat Tauhid & Fenomena Kemusyrikan_Al-Allamah Dr. Yusuf Al-Qardawi

5. Melemahkan Sisi Positif Manusia

6. Neraka Sebagai Balasan Di Akhirat

Dan dapatlah sekalian memahami bahawa syirik itu lebih besar dosanya, lebih besar

akibatnya, lebih besar segalanya daripada tidak menutup aurat. Ditengah-tengah

kesibukan para pendakwah menyeru supaya menutup aurat dengan berbagai-bagai

usaha - seperti „Kempen Bi‟ah Solehah‟ – para pendakwah juga sewajibnya menyeru

kepada pemurnian akhidah dengan

Jika tidak menutup aurat itu – sebagai contoh – adalah kesalahan berkaitan dengan

perilaku mukallaf, kesalahan syirik itu adalah lebih besar, kesalahan berkaitan

dengan iqtikad mukallaf. Pukulan Allah s.w.t untuk yang kedua tersangat keras

berbanding yang pertama.

Penutup

Al-Allamah memohon kepada Allah:

“Ya Allah, kami memohon perlindungan daripadaMu agar kami tidak

menyekutukanMu dengan sesuatu yang kami mengetahuinya, dan mohon ampunan

daripadaMu daripada yang kami tidak ketahui”.

Sekian.