Rumus Ragut

Embed Size (px)

Citation preview

  • 7/30/2019 Rumus Ragut

    1/12

    Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang cara terbaik

    membendung jenayah ragut dan impaknya jika masalah ini tidak diselesaikan .

    Panjangnya rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.

    Jenayah ragut yang semakin berleluasa kebimbangan orang ramai. Kejadian ragut

    yang berlaku tidak kira tempat di bandar atau kampung, sukar ditangani jika kita hanyamengharapkan kepada pihak berkuasa yang mempunyai bebanan tugas banyak untuk

    mengatasinya. Tidak ada cara untuk kita mengetahui atau meramal bila kejadian itu

    bakal berlaku dan siapa pula yang menjadi mangsa? Oleh itu, penting bagi anggota

    masyarakat sentiasa mengamalkan siap berhati-hati dan berwaspada apabila berada di

    bandar , perhentian bas, pasar malam, sedang menaiki motosikal atau berjalan kaki.

    Kejadian ragut membabitkan seorang warga emas, Lim See Nya, yang meninggal dunia

    kerana digilis treler apabila terjatuh selepas dua lelaki bermotosikal meragut beg

    tanagnnya di Bukit Mertajam, adalah antara kejadian terbaru jenayah ragut yang

    menyebabkan kematian. Kejadian malang itu memberikan gambaran bahawa jenayah

    ragut semakin serius dan menular dalam kalangan masyarakat. Bukan orang awam

    saja yang menjadi mangsa, pihak berkuasa juga turut menjadi mangsa peragut.

    Peragut ialah manusia kejam dan langsung tidak berhati perut. Bagi penjenayah,

    meragut ialah jalan mudah untuk memperoleh sumber kewangan, tanpa mengira

    mangsa.. Wang tunai dan barang berharga seperti telefon bimbit atau barang kemas

    yang diragut dilihat sebagai sumber mudah untuk menyara kehidupan mereka. Bagi

    peragut, disebabkan sering melakukan jenayah ini, maka aktiviti yang dijalankan

    sebagai satu keseronokan melihat kesusahan orang lain. Apabila kejadian ragut

    dipaparkan di media, golongan ini berasa megah kerana aktiviti yang dilakukan

    mendapat perhatian masyarakat. Tidak dinafikan usaha membanteras jenayah ragut

    yang semakin menjadi-jadi terus dijalankan. Namun begitu, teras kepada usaha itu

    terletak pada bahu masyarakat. Masyarakat perlu sedar jenayah ragut boleh berlaku

    kepada sesiapa sahaja.

    Antara tindakan yang boleh diambil untuk mengatasi masalah ini ialah orang

    ramai tidak meletakkan beg tangan atau barang berharga di dalam raga motosikal.

    Sebaliknya, simpan beg tangan dan barang berharga di dalam bekas barang bertutup

    yang boleh dipasang di bahagian belakang motosikal. Orang ramai juga perlu

    berwaspada terhadap motosikal yang ditunggang secara berdua dan pergerakan

    motosikal itu pula mencurigakan. Kita bukannya hendak menaruh syak wasangka yang

    tidak bertempat. Oleh itu, kita perlu berwaspada terhadap motosikal yang menghampiri

    kita dan penunggangnya pula asyik memberikan perhatian atau memerhati kita. Bagi

    pejalan kaki dinasihatkan melalui jalan menentang arus untuk memudahkan

    mengelakkan diri jika berlaku sesuatu yang tidak diingini.

  • 7/30/2019 Rumus Ragut

    2/12

    Orang ramai diingatkan tidak menunjuk-nunjuk apabila membuat pengeluaran

    wang di bank. Peragut sentiasa mencari peluang atas kealpaan kita. Pada waktu yang

    sama, jadikan amalan nasihat-menasihati sebagai budaya seharian. Sebagai

    contohnya, suami menasihati isteri atau anak-anak agar berwaspada apabila keluar

    membeli-belah. Kita juga hendaklah mengurangkan penggunaan beg tangan yang

    disangkut pada bahu, dipegang atau diletakkan di dalam raga motosikal. Apabila sudah

    diragut,kita perlu mengecam nombor pendaftaran motosikal peragut untuk

    memudahkan pihak polis mengambil tindakan agar jenayah yang sama dapat

    dibendung. Jenayah ini memang tidak dapat dipastikan. Oleh itu, kita dinasihatkan

    jangan melalui jalan atau lorong yang sunyi secara bersendirian. Adalah tindakan bijak

    untuk menghalang jenayah ragut sebelum kejadian yang kita tidak ingini berlaku

    terhadap diri kita atau keluarga yang kita sayangi.

    (Dipetik dan diubahsuaikan daripada surat pembacaAncaman Peragut Semakin

    Parah, oleh Dr. Shaiful Annuar kalid, Berita Harian, 3 Januari 2009)

    i. Berikan maksud rangkai kata memperoleh sumber kewangan. 2m

    ii. Apakah faktor utama seseorang itu melakukan jenayah ragut? 3m

    iii. Pada pendapat anda, mengapakah peragut berani melakukan jenayah ragut di

    tempat awam? 4m

  • 7/30/2019 Rumus Ragut

    3/12

    SKEMA

    P: Petikan membincangkan/memperkatakan/mendiskusikan langkah-langkah yang

    perlu diambil untuk mengatasi jenayah ragut.

    S1: Masyarakat sentiada mengamalkan sikap berhati-hati dan berwaspada

    S2: Tidak meletakkan beg tangan atau barang berharga di dalam raga motosikal.

    S3: Masyarakat berwaspada terhadap motosikal yang ditunggang secara berdua dan

    pergerakan motosikal itu mencurigakan.

    S4: Berwaspada terhadap motosikal yang menghampiri kita dan penungganya pul asyik

    memberikan perhatian

    S5. Pejalan kaki dinasihatkan melalui jalan menentang arus.

    S6: Masyarakat diingatkan tidak menunjuk-nunjuk apabila membuat pengeluaran wangdi bank.

    S7: Jadikan amalan nasihat-menasihat sebagai budaya seharian.

    S8: Mengurangkan penggunaan beg tangan yang disangkut pada bahu.

    S9: Apabila sudah diragut, kita perlu mengecam nombor pendaftaran motosikal

    peragut.

    S10: Jangan melalui jalan atau lorong yang sunyi secara bersendirian.

    T1: masyarakat semakin takut untuk keluar rumah

    T2: pelancong asing tidak berani berkunjung ke Malaysia.

    T3: Akan wujud jenayah yang lebih besar kerana keinginan membalas dendam.

    T4: Keyakinan masyarakat terhadap polis akan merosot.

  • 7/30/2019 Rumus Ragut

    4/12

    Soalan pemahaman:

    i. mendapat punca pendapatan

    ii. kerana jalan mudah untuk memperoleh sumber kewangan, tanpa mengira

    mangsa.peragut memperoleh satu keseronokan melihat kesusahan oranglainperagut berasa megah kerana aktiviti yang dilakukan mendapat perhatian

    masyarakat.

    iii. kerana mereka mengetahui masyarakat tidak akan bertindak balas untuk

    mengelakkan diri dicederakanmereka mempunyai kumpulan yang saling

    membantu untuk meloloskan diri daripada tindakan orang awamdi tempat

    awam, mudah untuk meloloskan diri kerana orang terlalu ramairasa terdesak

    kerana di tempat awam peluang meragut lebih terbuka luas.

  • 7/30/2019 Rumus Ragut

    5/12

    Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang cara terbaik

    membendung jenayah ragut dan impaknya jika masalah ini tidak diselesaikan .

    Panjangnya rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.

    Jenayah yang melibatkan kes ragut kini dikategorikan sebagai jenayah rompak

    dan mereka yang didapati bersalah boleh dikenakan hukuman penjara 14 tahun dansebatan. Polis juga sudah mengambil beberapa langkah dengan memudahkan mangsa

    ragut membuat laporan di semua balai polis, pondok polis, dan polis peronda dengan

    tujuan untuk mengatasi masalah kesukaran membuat aduan tentang kejadian

    berkenaan. Namun, yang membimbangkan kita ialah peragut kini sanggup melakukan

    kekerasan sehingga menyebabkan kecederaan dan kehilangan nyawa. Contoh yang

    terbaru, kes yang membabitkan pelajar di Wangsa Maju baru-baru ini bukan lagi

    dianggap kes ragut, tetapi kes bunuh. Kejadian yang bermula dengan rompakan harta

    benda sudah bertukar menjadi kes jenayah kekerasan hingga menyebabkan

    kecederaan dan kematian.

    Apakah dalam kemelut sebegini, kita selaku anggota masyarakat hanya

    mampu melihat perkara ini berlaku tanpa mengambil sebarang tindakan? Walaupun kita

    tidak boleh bertindak bersendirian, kita masih boleh menjadi mata dan telinga pihak

    berkuasa bagi membantu pihak berkuasa untuk menangani kes yang semakin menjadi-

    jadi ini. Masyarakat boleh membuat aduan di balai polis yang terdekat atau

    menghubungi pihak polis dengan segera jika mereka melihat ada kelakuan orang

    tertentu yang boleh menimbulkan syak.

    Bagi kita, adalah lebih baik menghalang sesuatu

    perbuatan jenayah itu sebelum jenayah itu berlaku. Kita bersetuju dengan pendapat

    yang mengatakan bahawa tanggungjawab membanteras jenayah termasuk curi danragut tidak seharusnya diserahkan kepada pihak polis semata-mata. Pihak polis tidak

    mungkin dapat mengatasi masalah jenayah ini sepenuhnya memandangkan wujudnya

    jurang atau nisbah yang begitu besar antara jumlah anggota polis dengan bilangan

    penduduk. Justeru, semua pihak perlulah memainkan peranan untuk

    mencegah kejadian jenayah seperti kes ragut, rompakan, pecah rumah, dan pecah

    kereta dengan memberikan maklumat kepada pihak berkuasa. Tanpa kerjasama

    daripada semua pihak dalam masyarakat sudah tentu usaha untuk menangani kes

    ragut menjadi semakin sukar. Oleh hal yang demikian, marilah kita menjadikan angka

    kes ragut yang begitu tinggi itu sebagai satu kejutan untuk kita memerangi jenayah ini

    bersama-sama. Semoga masalah ini akan dapat ditangani dengan berkesan dalamusaha menjamin keselamatan dan kesejahteraan masyarakat negara ini.

    (Dipetik dan diubahsuaikan daripada Rakyat Kena Bantu Polis perangi Kes Jenayah

    Ragut, Berita Harian, 7 Ogos 2006)

  • 7/30/2019 Rumus Ragut

    6/12

    i. Apakah maksud frasa menjadi mata dan telinga? 2m

    ii. Berdasarkan petikan, nyatakan satu pihak yang perlu memainkan peranan

    dalam memerangi jenayah ragut. Nyatakan satu tindakan yang boleh dilakukan

    oleh mereka. 3m

    iii. Pada pendapat anda, apakah kesannya jika masalah ragut ini tidak diatasi?

    3m

  • 7/30/2019 Rumus Ragut

    7/12

    SKEMA:

    P: Petikan membincangkan langkah-langkah untuk menangani jenayah ragut yang

    berlaku di negara kita.

    S1: Mereka yang didapati bersalah boleh dikenakan hukuman penjara 14 tahun dansebatan

    S2: polis memudahkan mangsa ragut membuat laporan di semua balai polis.

    S3: Kita masih boleh menjadi mata dan telinga pihak berkuasa bagi membantu pihak

    berkuasa bagi membantu pihak berkuasa untuk menangani kes yang semakin

    menjadi-jadi ini.

    S4: masyarakat boleh membuat aduan kepada balai polis yang terdekat.

    S5: Masyarakat boleh menghubungi pihak polis dengan segera jika mereka melihat ada

    kelakuan orang tertentu yang boleh menimbulkan syak.

    S6: Lebih baik menghalang sesuatu perbuatan jenayah itu sebelum jenayah itu berlaku.

    S7: Tanggungjawab membanteras jenayah termasuk curi dan ragut tidak seharusnya

    diserahkan kepada pihak polis semata-mata

    S8: Semua pihak perlulah memainkan peranan untuk mencegah kejadian jenayah.

    T1: Kesan buruk masalah ini iaitu menjejaskan keamanan dan kesejahteraan anggota

    masyarakat

    T2: masalah ini boleh menimbulkan kecederaan kepada mangsa.

    T3: Ada juga kes yang melibatkan mangsa ragut kehilangan nyawa.

    T4: Jenayah ragut boleh mencemarkan imej negara kepada pelancong.

    K: Jenayah ragut perlu ditangani segera agar masyarakat hidup dalam keadaan aman

    dan sejahtera.

  • 7/30/2019 Rumus Ragut

    8/12

    Soalan Pemahaman:

    i. memberikan maklumat

    ii. masyarakatmembuat aduan kepada balai polis yang terdekatmenghubungi

    polis dengan segera jika mereka melihat ada kelakuan orang tertentu yang bolehmenimbulkan syak

    iii. banyak orang yang akan menjadi mangsa ragutmenyebabkan rasa takut dalam

    kalangan wanitaboleh menyebabkan kecederaan kepada mangsamenjejaskan

    nama baik negara dalam kalangan pelancong.

  • 7/30/2019 Rumus Ragut

    9/12

    Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang langkah-

    langkah membendung kejadian ragut dan sikap negatif masyarakat. Panjangnya

    rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.

    Satu ketika dahulu, media massa sering melaporkan kejadian jenayah yang

    melibatkan kes ragut. Ekoran kejadian yang meningkat telah menimbulkankebimbangan dalam kalangan ahli masyarakat. Peningkatan kejadian ragut akhirnya

    membuka mata pihak berwajib untuk menangani masalah ini dengan lebih tegas.

    Sasaran utama peragut ialah wanita. Golongan wanita menjadi pilihan kerana mereka

    biasanya tidak mampu melawan, mudah ditakutkan, dan akan menyerah apa-apa

    sahaja yang diminta oleh peragut.

    Harus diingat, sebahagian besar golongan yang menjadi peragut ini terdiri dari

    kalangan mereka yang menganggur.Disebabkan tiada pekerjaan tetapi kehidupan perlu

    diteruskan, mereka mencari jalan mudah mendapatkan wang dengan cara meragut.

    Golongan penagih dadah juga antara mereka yang terlibat dalam kes ragut. Umummengetahui, penagih dadah ini rata-rata tidak bekerja tetapi wang amat perlu untuk

    membeli dadah. Selain mencuri harta benda orang ramai, meragut wang aktiviti yang

    dirasakan amat mudah. Selain itu, golongan peragut terdiri daripada orang yang

    terdesak kerana mahukan sejumlah wang dalam kadar segera. Oleh itu, beberapa

    langkah yang perlu patut diambil supaya masyarakat akan berasa selamat apabila

    berada di tempat awam.

    Oleh itu, golongan wanita dinasihatkan agar tidak membawa barang kemas

    berlebihan apabila keluar dari rumah. Barang kemas seperti gelang dan rantai leher

    yang dapat dilihat dari jauh bakal mendorong peragut untuk dijadikan mangsa. Hal iniperlu diberi perhatian kerana kebanyakan kes yang dilaporkan kepada pihak berkuasa

    melibatkan kes ragut barang kemas. Selain itu, orang ramai jika hendak

    berjalan,elakkan berjalan di tempat-tempat yang sunyi, seperti lorong belakang kedai.

    Di tempat yang sunyi, tiada sesiapa yang akan menolong apabila diri menjadi mangsa

    ragut. Selain itu, elakkan berjalan pada awal waktu pagi atau pada waktu malam kerana

    dalam suasana yang samar, peluang peragut mencari mangsa semakin mudah. Malah,

    jika perlu, apabila keluar dari rumah atau berjalan, hendaklah berteman. Perkara ini

    perlu diingatkan kerana mangsa yang gemar keluar rumah tanpa ditemani sesiapa

    mempunyai kebarangkalian yang tinggi untuk diragut. Peragut biasanya mempunyai

    modus operandi yang tersendiri, berdasarkan keadaan semasa.

  • 7/30/2019 Rumus Ragut

    10/12

    Usaha untuk membendung masalah ini perlu diambil. Oleh itu, masyarakat

    digalakkanberjalan melawan arus. Cara ini akan menyukarkan peragut yang

    menggunakan kenderaan untuk meragut. Sebaik-baiknya jangan membawa beg

    tangan. Membawa beg tangan sebenarnya memudahkan peragut meragut beg

    tersebut., kemudian dicampakkan ke arah rakannya yang sudah menanti. Jika terpaksa

    juga membawa beg tangan, beg tangan itu hendaklah diletakkan di dada dengan

    kedua-dua tangan menutupi beg tersebut. Dalam waktu yang sama, ketika berjalan,

    mata hendak memandang kiri dan kanan untuk memastikan jalan yang dilalui

    selamat.Pendek kata, diri hendaklah sentiasa berwaspada dengan tidak memberi

    peluang kepada peragut meragut beg kita. Ketika berjalan juga, jangan mudah

    terpedaya lelaki yang buat-buat helah bertanya arah jalan. Biarlah dikatakan sombong

    asal sahaja diri kita selamat.

    i. Terangkan maksud rangkai kata kebarangkalian yang tinggiseperti terdapat dalampetikan. 2m

    ii. Siapakah yang sering melakukan perbuatan meragut? 3m

    iii. Pada pandangan anda, jika masalah jenayah ragut tidak diatasi, apakah imej

    Malaysia pada pandangan orang luar? 4m

  • 7/30/2019 Rumus Ragut

    11/12

    SKEMA:

    P: Petikan membincangkan usaha-usaha yang perlu dijalankan untuk mengatasi

    masalah jenayah ragut daripada terus berleluasa.

    S1: Wanita dinasihatkan agar tidak membawa barang kemas berlebihan apabila keluardari rumah.

    S2: Elakkan berjalan di tempat-tempat yang sunyi.

    S3: Elakkan berjalan pada awal pagi atau pada waktu malam.

    S4: Apabila berjalan hendaklah berteman.

    S5: Digalakkan berjalan melawan arus.

    S6: Jangan membawa beg tangan.

    S7: Beg tangan diletakkan di dada.

    S8: memandang kiri dan kanan untuk memastikan jalan yang dilalui selamat.

    S9: Sentiasa berwaspada dengan tidak memberi peluang kepada peragut meragut.

    S10: Jangan mudah terpedaya dengan lelaki yang buat-buat helah bertanya arah jalan.

    T1: Masyarakat tidak mahu membantu apabila mendengar mangsa meminta

    pertolongan.

    T2: Masyarakat masih gemar melalui jalan yang sunyi.

    T3: Masyarakat masih membawa wang yang banyak ketika keluar dari rumah.

    T4: Masyarakat masih melayan orang yang tidak dikenali untuk bertanya jalan.

    K: Pasukan polis peronda hendaklah mengawasi jalan-jalan yang sunyi agar jenayah

    kes ragut dapat dibendung.

  • 7/30/2019 Rumus Ragut

    12/12

    Soalan:

    i. kemungkinan untuk berlaku amat banyak, atau maksud lain risiko yang dilalui

    masih tinggi.

    ii. kebanyakan jenayah ragut dilakukan oleh penganggur dilakukan oleh penagihdadahdilakukan oleh mereka yang terdesak mahu memperoleh wang dalam kadar

    segera..

    iii. pelancong tidak berani ke Malaysia kerana mereka merasakan Malaysia tidak

    selamat. Imej Malaysia akan jatuh di mata pelancong sebagai sebuah negara yang

    tidak selamat. pelabur asing tidak berani melabur di negara ini.untuk jangka

    masa panjang, warga asing tidak berani datang ke Malaysia.