17
Untuk Pelaporan Penyelidikan Tindakan PISMP Penulisan Sumber dalam Teks dan Format American Psychological Association (APA) Plagiarisme Plagiarisme berlaku apabila idea-idea atau perkataan- perkataan dari karya orang lain yang telah diterbitkan digunakan tanpa mencatatkan penghargaan kepada penulis. Dalam penggunaan idea atau perkataan orang lain, penghargaan mesti dibuat mengikut kebiasaan yang dinyatakan di bawah ini: Penggunaan idea atau perkataan orang lain mesti diakui secara perseorangan dalam teks. Tambahan pula, setiap karya yang dirujuk perlu dicatat di dalam Bibliografi. Telah ditegaskan bahawa penulisan tugasan atau manna-mana laporan/projek Ilmiah/akademik yang diserahkan mestilah penghasilan asal pelajar sendiri. LARANGAN TERHADAP PLAGIARISME 1. Seseorang pelajar tidak boleh memplagiat apa-apa idea, penulisan, data atau ciptaan orang lain. 2. Plagiarisme termasuklah: (a) perbuatan mengambil sesuatu idea, penulisan, data atau ciptaan orang lain dan mendakwa bahawa idea, penulisan, data atau ciptaan itu adalah hasil ciptaan atau ciptaannya sendiri; atau (b) suatu cubaan untuk menonjolkan atau perbuatan menonjolkan, dalam apa-apa cara, bahawa dia ialah sumber asal atau pencipta sesuatu idea, penulisan, data atau ciptaan yang adalah sebenarnya diambil daripada beberapa sumber lain. 3. Tanpa menjejaskan keluasan makna perkara (2), seseorang pelajar memplagiat apabila dia: (a) menerbitkan, dengan dirinya sebagai pengarang, suatu ringkasan, artikel, kertas saintifik atau akademik, atau buku yang adalah keseluruhannya atau sebahagiannya ditulis oleh beberapa orang lain; Disediakan oleh Dr Hu Laey Nee, Jabatan Matematik, IPG Kampus Sarawak, 2011 1

rujukan format APA.doc

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: rujukan format APA.doc

Untuk Pelaporan Penyelidikan Tindakan PISMP

Penulisan Sumber dalam Teks dan Format American Psychological Association (APA)

Plagiarisme

Plagiarisme berlaku apabila idea-idea atau perkataan-perkataan dari karya orang lain yang telah diterbitkan digunakan tanpa mencatatkan penghargaan kepada penulis. Dalam penggunaan idea atau perkataan orang lain, penghargaan mesti dibuat mengikut kebiasaan yang dinyatakan di bawah ini:

Penggunaan idea atau perkataan orang lain mesti diakui secara perseorangan dalam teks. Tambahan pula, setiap karya yang dirujuk perlu dicatat di dalam Bibliografi.

Telah ditegaskan bahawa penulisan tugasan atau manna-mana laporan/projek Ilmiah/akademik yang diserahkan mestilah penghasilan asal pelajar sendiri.

  LARANGAN TERHADAP PLAGIARISME

1. Seseorang pelajar tidak boleh memplagiat apa-apa idea, penulisan, data atau ciptaan orang lain.

2. Plagiarisme termasuklah:(a) perbuatan mengambil sesuatu idea, penulisan, data atau ciptaan orang lain dan

mendakwa bahawa idea, penulisan, data atau ciptaan itu adalah hasil ciptaan atau ciptaannya sendiri; atau

(b) suatu cubaan untuk menonjolkan atau perbuatan menonjolkan, dalam apa-apa cara, bahawa dia ialah sumber asal atau pencipta sesuatu idea, penulisan, data atau ciptaan yang adalah sebenarnya diambil daripada beberapa sumber lain.

3. Tanpa menjejaskan keluasan makna perkara (2), seseorang pelajar memplagiat apabila dia:(a) menerbitkan, dengan dirinya sebagai pengarang, suatu ringkasan, artikel,

kertas saintifik atau akademik, atau buku yang adalah keseluruhannya atau sebahagiannya ditulis oleh beberapa orang lain;

(b) menggabungkan dirinya atau membenarkan dirinya digabungkan sebagai pengarang bersama sesuatu ringkasan, artikel, kertas saintifik atau akademik, atau buku, apabila dia tidak langsung membuat apa-apa sumbangan bertulis kepada ringkasan artikel, kertas saintifik atau akademik, atau buku;

(c) memaksa orang lain untuk memasukkan namanya dalam senarai penyelidik bersama bagi sesuatu projek penyelidikan tertentu atau dalam senarai penyelidikan bersama bagi penerbitan apabila dia tidak membuat apa-apa sumbangan yang boleh melayakkan dirinya sebagai penyelidik bersama atau pengarang bersama.

(d) memetik data akademik yang adalah hasil penyelidikan yang dijalankan oleh beberapa orang lain, seperti dapatan makmal atau dapatan kerja lapangan, atau data yang diperolehi melalui penyelidikan perpustakaan, sama ada diterbitkan atau tidak diterbitkan, dan menggabungkan data tersebut sebagai sebahagian daripada penyelidikan akademiknya tanpa memberi pengiktirafan sewajarnya kepada sumber asal;

(e) menggunakan data penyelidikan yang diperoleh melalui kerja usaha sama dengan beberapa orang lain, sama ada atau tidak orang lain itu anggota

Disediakan oleh Dr Hu Laey Nee, Jabatan Matematik, IPG Kampus Sarawak, 2011 1

Page 2: rujukan format APA.doc

Untuk Pelaporan Penyelidikan Tindakan PISMP

kakitangan atau pelajar Universiti sebagai sebahagian daripada penyelidikan akademik yang berbeza yang lain, atau bagi penerbitan atas namanya sendiri sebagai pengarang tunggal, tanpa memperoleh keizinan penyelidik bersamanya sebelum memulakan penyelidikan peribadinya atau sebelum menerbitkan data;

(f) menyalin idea atau ciptaan orang lain yang disimpan dalam apa-apa jua bentuk, sama ada bertulis, tercetak atau tersedia dalam bentuk elektronik, atau dalam bentuk slaid, atau dalam apa-apa juga bentuk pengajaran atau perkakas penyelidikan atau dalam apa-apa bentuk lain dan mengaku sama ada secara langsung atau tidak langsung bahawa dia ialah pencipta idea atau ciptaan itu;

(g) menterjemahkan tulisan atau ciptaan orang lain daripada satu bahasa kepada bahasa lain sama ada atau tidak secara keseluruhan atau sebahagian, dan kemudian mengemukakan terjemahan itu dalam apa-apa jua bentuk atau cara sebagai penulisnya atau ciptaannya sendiri;

(h) memetik idea daripada penulisan atau ciptaan orang lain dan membuat beberapa ubahsuaian tanpa rujukan sewajarnya kepada sumber asal dan menyusun idea itu semula dalam apa-apa cara yang seolah-olah dia ialah pencipta idea-idea itu. …”

Apendiks

Apendiks mengandungi bahagian ilustrasi tambahan, data asal dan petikan yang terlalu panjang hingga tidak dapat dimuatkan ke dalam teks. Bahagian ini dapat menghindarkan pembaca melencong dari perbincangan utama. Ia boleh dibahagikan kepada Apendiks A, B, C dan sebagainya. Tiap-tiap apendiks serta tajuknya, jika ada, hendaklah disenaraikan secara berasingan di dalam Isi Kandungan. Semua jadual dan rajah di dalam Apendiks hendaklah bernombor dan bertajuk.

Jadual Dalam Tugasan/LaporanJadual memang lazim dimuatkan di dalam teks. Jadual-jadual ini mestilah dimuatkan

betul-betul di tengah muka surat di dalam birai yang telah ditetapkan. Setiap jadual mestilah mengandungi satu nombor rujukan dan keterangan. Nombor ini mestilah diberi nombor secara berturutan. Dan seterusnya, Perkataan 'Jadual', nombor dan keterangannya dicetak pada sebelah atas jadual itu. Jika sesuatu jadual bersambungan pada muka-muka surat berikutnya, baris atas mukasurat baru hendaklah berbunyi (sebagai contoh: "Jadual 2, sambungan"). Keterangan tidak perlu diulangkan. Jika sesuatu jadual merupakan petikan, rujukannya mestilah dicatat di bahagian bawah sebelah kanan jadual. Contoh:

Table 1:  The numerical and analytical result for example.

Analytical Lam Method

Suggested way

Node 9, 1.8037 1.5031 1.5031

Node 10, 0.5248 0.4720 0.4720Node 11, 0.4320 0.3851 0.3851Node 12, 1.1870 1.0683 1.0683

Disediakan oleh Dr Hu Laey Nee, Jabatan Matematik, IPG Kampus Sarawak, 2011 2

Page 3: rujukan format APA.doc

Untuk Pelaporan Penyelidikan Tindakan PISMP

RajahRajah mungkin merupakan gambar foto yang dilekatkan pada mukasurat, ilustrasi

atau graf, rajah sebenarnya ialah apa sahaja yang tidak merupakan teks atau jadual. Perkataan ‘Rajah’, nombor rajah dan keterangannya diletakkan di bawah rajah itu. Lazimnya sesuatu rajah tidak melebihi satu muka surat. Jika rajah itu bersambung pada muka surat yang berikutnya, peraturan yang sama dengan peraturan menulis jadual hendaklah diikuti. Seperti jadual, rajah juga dapat dikumpulkan dan diberi nombor mengikut turutan. Gambar foto yang lebih kecil daripada ukuran satu muka surat hendaklah dilekatkan dengan teguh. Gambar foto boleh juga dicetak sebesar kertas A4. Garis pada rajah hendaklah dibuat dengan kemas. Contoh: 

Fig. 1:   If the caption is less than one line then it needs to be centered.

Petikan atau Rujukan Dalam Teks

Rujukan dalam teks hendaklah ditulis menggunakan nama utama pengarang sahaja (tanpa nama ringkasannya) seperti berikut:

(a) Meletakkan tahun penerbitan dalam kurungan selepas nama pengarang yang dirujuk. Contoh:

Menurut Paredis (1993), sebilangan besar masalah utama penjadualan dalam pelbagai bidang seperti ekonomi dan kejuruteraan tergolong ke dalam kelas masalah pengoptimuman kekangan.

Shaifol (2004) menyatakan proses literasi akan membolehkan pengamalnya memperolehi maklumat yang tersusun dan seterusnya menguasai sesuatu tajuk.

Chua (2002), ciri-ciri mesra pengguna termasuklah keterangan yang ditulis dalam bahasa yang mudah difahami ...

Muhamad (2000), audio merupakan alat komunikasi yang digunakan ...

Jensen (1996), mendapati pencapaian pelajar yang ...

Disediakan oleh Dr Hu Laey Nee, Jabatan Matematik, IPG Kampus Sarawak, 2011 3

Page 4: rujukan format APA.doc

Untuk Pelaporan Penyelidikan Tindakan PISMP

(b) Jika nama pengarang tidak perlu ditulis dalam ayat, maka tuliskan nama dan tahun dalam kurungan. Contoh:

Oleh itu, penyelidikan terhadap kaedah penyelesaian yang berkesan bagi masalah pengoptimuman kekangan ini menjadi suatu bidang kajian yang popular dewasa ini (Paredis, 1993).

Animasi adalah aplikasi media yang terdiri daripada gerakan objek dalam bentuk 3-D atau 2-D yang dapat menarik minat pengguna (Szuprowicz, 1992).

(c) Sekiranya bahan sumber yang dirujuk dihasilkan oleh dua pengarang, tuliskan nama kedua-dua pengarang. Contoh:

Penjadualan senggaraan telah lama dikaji, contohnya dalam penghasilan kuasa oleh Kralj dan Petrovic (1995) . . . .

Menurut Alessi dan Trollip (1991), tutorial dibina untuk mempersembahkan bahan pengajaran.

Grafik terdiri daripada pelbagai bentuk tulisan, lukisan, lakaran dan gambar. Media grafik digunakan sebagai alat untuk memberi arahan dan penerangan (Wittich dan Schuller, 1979).

Bagi tiga pengarang atau lebih, tuliskan et al. selepas nama pengarang pertama. Contoh:

Safaai Deris et al. (1997), menggunakan pendekatan tersebut ke atas jadual waktu Universiti.

Menurut Merrill et al. (1996), dalam kaedah tutorial, perisian boleh menggantikan peranan guru sebagai tutor.

Perisian multimedia yang sempurna dan sesuai digunakan sebagai alat untuk mendidik hendaklah dilaksanakan mengikut landasan teori-teori pembelajaran (Wan Salihin et al., 1998).

(d) Gunakan huruf kecil (a,b,c), untuk mengenalpasti dua atau lebih penerbitan oleh pengarang yang sama dan dikeluarkan pada tahun yang sama. Contoh:

Contoh perisian yang menggunakan bahasa pengaturcaraan kekangan ialah ILOG Solver oleh Puget dan Albert (1994a, p.89).Penggunaan objek amat meluas, terutama dalam pengaturcaraan kepintaran buatan (Puget dan Albert, 1994b, p.35).

(e) Rujuk silang (cross reference) dalam penulisan. Iaitu sekiranya anda tidak memperoleh sumber asal bagi sesuatu petikan tetapi mendapati ia dirujuk di dalam karya orang lain, anda harus memberi sumber asal (penulis yang anda petik itu patut peroleh) dan rujukan yang anda dapati. Contohnya,Contoh:

Skinner (1968, p.21), quoted by Conant (1972, p.8), was...

Disediakan oleh Dr Hu Laey Nee, Jabatan Matematik, IPG Kampus Sarawak, 2011 4

Page 5: rujukan format APA.doc

Untuk Pelaporan Penyelidikan Tindakan PISMP

(f) Sebarang penggunaan perkataan sebenar dari orang lain perlu diakui dengan menggunakan tanda petik serta dengan menyatakan sumbernya di dalam teks. Contohnya, “Civic education turned away from concentrating on the founding to concentrating on openness based on history and social sciences” (Bloom, 1987, p.29).

(g) Petikan lima barisan atau lebih apabila ditaip harus dimulakan lebih jauh dari garis tepi dan tanda petik tidak perlu digunakan. Contohnya,

”The general theory of relativity, on its own, cannot explain these features or answer these questions because of its prediction that the universe started off with infinite density at the big bang singularity. At the singularity, general relativity and all other physical laws break down: one couldn’t predict what will come out of the singularity.”

(Hawking, 1988, p. 122)

(h) Sekiranya hanya sebahagian satu karangan dari sebuah buku digunakan, maka ia harus dinyatakan dengan menggantikan perkataan yang tidak digunakan dengan tiga titik. Contohnya, “There must be give-and-take, with the teacher being a participant as well as leader and ... a source of answers”. (Sizer, 1984, p.118).

(i) Sebarang perkataan sendiri yang ditambah untuk melengkapkan sesuatu petikan perlu dimasukkan dalam tanda kurungan empat segi. Contohnya, “This principle [sanctity of contracts] is closely associated with that of freedom of contract...” (Peden, 1982, p.9).

(j) Tanpa PengarangBagi rujukan tanpa pengarang hendak ditulis seperti berikut:Contoh:

Menurut Pusat Perkembangan Kurikulum (2001), secara umumnya setiap perisian pendidikan (tutorial) mengandungi satu atau ...

(k) Multi RujukanDalam menulis berbagai rujukan teks yang memberi pengertian maksud yang sama, semua rujukan itu ditulis bersama dan dipisahkan bersama tanda semi kolon;Contoh:

Hiperteks mempunyai keistimewaan, iaitu memberi peluang kepada pelajar untuk membuat penjelajahan serta mencari dan menggabungkan maklumat yang diperolehi [Reader dan Hammond (1994); Jones dan Berger (1995); Rivlin et al. (1994); Kirsh (1997)].

Panduan Menulis Nama Pengarang Dalam Senarai Rujukan

Walaupun pada umumnya nama pengarang ditulis mengikut sistem nama keluarga diikuti oleh singkatan nama lain, bagi sistem nama yang tidak mempunyai nama keluarga boleh ditulis mengikut kelaziman kelompok berkenaan.

(i) Nama BaratTuliskan nama keluarganya dan diikuti oleh singkatan nama lain.Contoh:nama : John Neville Pavlovicditulis : Pavlovic, J. N.

Disediakan oleh Dr Hu Laey Nee, Jabatan Matematik, IPG Kampus Sarawak, 2011 5

Page 6: rujukan format APA.doc

Untuk Pelaporan Penyelidikan Tindakan PISMP

(ii) Nama MelayuGunakan nama pengarangnya.Contoh:nama : Mohd Noor Abdullahditulis : Mohd Noor Abdullah

(iii) Nama Arab atau Berunsur ArabGunakan nama keluarganya atau nama pengarang jika tiada nama keluarganya.Contoh (guna nama keluarga):nama : Syed Muhammad Naquib Al-Attasditulis : Al-Attas, Syed Muhammad NaquibContoh (tiada nama keluarga):nama : Malik ibn Anasditulis : Malik ibn Anas

(iv) Nama ChinaMulakan dengan nama keluarganya. Nama keluarga bagi nama Cina terletak di hadapan.Contoh:nama : Tan Beng Keatditulis : Tan, Beng KeatNama keluarga dipisahkan dari nama lain dengan koma.

(v) Nama India(a) Gunakan nama pengarangnya.

Contoh:nama : Srinivasan Venkataramanditulis : Srinivasan Venkataraman

(b) Ditulis terbalik sekiranya nama mempunyai singkatan.Contoh:nama : S. N. Guptaditulis : Gupta, S. N.

(vi) Nama PunjabiGunakan nama penulisnya.Contoh:nama : Pretam Singhditulis : Pretam Singh

Rujukan APA (Format Penulisan Bahan Rujukan)

Dalam penulisan tugasan/laporan/projek/tesis, pelajar akan merujuk berbagai jenis bahan sumber. Contoh berikut adalah sebagai panduan untuk menulis bahan rujukan mengikut jenisnya ke dalam senarai rujukan.

1. Buku(a) Satu Pengarang

Nama penulis (Tahun). Judul Buku. Tempat terbit: Penerbit.Contoh:Theusen, G. J. (1984). Engineering economy. Englewood Cliffs, N. J.: Prentice-Hall.

Disediakan oleh Dr Hu Laey Nee, Jabatan Matematik, IPG Kampus Sarawak, 2011 6

Page 7: rujukan format APA.doc

Untuk Pelaporan Penyelidikan Tindakan PISMP

(b) Dua atau tiga PengarangContoh:Puget, J. F. and Albert, P. (1994a). SOLVER: constraints–objects descriptions. Technical Report. ILOG S. A.

Pergantis, S. A., Cullen, W. R. and Elgendor, G. K. (1997). One-to-one web-marketing. New York: John Wiley.

(c) Melebihi tiga PengarangNama penulis pertama et al. (Tahun). Judul Buku. Edisi. Tempat terbit: Penerbit.Contoh:Amrine, H. et al. (1984). Engineering economy. Englewood Cliffs, N. J.: Prentice-Hall.

(d) Penyunting/Penyusun (Edited books = ed ) (penyusun = pnys, penyunting = pnyt)Contoh:Martin, A. M. (ed). (1991). Peat as an agent in biological degradation of waste. London: Elsevier.

Lees, R. H. and Thomas T. R. (ed). (1974). Chemical nomenclature usage. Chischester: Ellis Horwood.

Hasnul Faizal. (pnys). (2002). Etika dan displin dalam sukan. Kumpalan Kertas Kerja 3. Shah Alam: Penerbitan Universiti Teknologi Mara.

(e) Penulis/Penyunting Korporat Contoh:Engineers Joint Council. (1969). Thesaurus of engineering and scientific terms. New York: Engineers Joint Council.

American Chemical Society. (ed). (1978). Handbook for authors of american chemical society publications. Washington, D. C.: American Chemical Society.

(f) Selangaraan (penyelenggara = pngr)Contoh:Nor Azahan Mustfar. (pngr). (2007). Peristilahan sukan dan PJK. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

(g) Berbilangan Jilid (Jilid = jld)Contoh:Abdulah Abo Baka. (2006). Matematik Algebra. jld. 2. Kuala Lumpur: Penerbitan Sinar Bakti.

(h) Terjemahan (terjemahan = terj.)Contoh:Thomas, D. (2007). Renang meniti tangga kejayaan. Terj.. Asma Saad. Kuala Lumpur: Utusan Publication & Distributors Sdn Bhd.

Disediakan oleh Dr Hu Laey Nee, Jabatan Matematik, IPG Kampus Sarawak, 2011 7

Page 8: rujukan format APA.doc

Untuk Pelaporan Penyelidikan Tindakan PISMP

(i) Edisi Ulang CetakContoh:Theusen, G. J. (1984). Engineering economy. 6th ed. Englewood Cliffs, N. J.: Prentice-Hall.

Theusen, G. J. (1984). Engineering economy. 6th edition. Englewood Cliffs, N. J.: Prentice-Hall.

Othman Mohamad. (2008). Penulisan tesis dalam bidang Sains Sosial Terapan. Ed. ke-4. Serdang: Penerbitan Universiti Putera Malaysia.

2. Buku Elektronik (E-book)Contoh:Yager, J. (1999). Creative time management for the new millennium. (2nd Ed.). Stamford: Hannacroix Creek. In Books 24X7 (OUM Digital Collection).

3. Artikel dalam bukuNama pengarang artikel (Tahun). Judul Artikel. Dlm. Nama pengarang buku. Judul Buku. Tempat terbit: Penerbit. hlm.Contoh:Sukiman Sarmani. (1987). Pencemaran radioaktif. Dlm. Ahmad Badri Mohamad. Perspektif persekitaran. Petaling Jaya: Fajar Bakti. 71 - 87.

4. Chapter Spesifik dalam buku (Bab dalam Buku)Nama pengarang chapter. (tahun). Judul chapter: nombor chapter Dlm pengarah buku, Judul buku. edisi, halaman pertama-halaman akhir. Tempat terbit: Penerbit.Contoh: Roslina Ismail. (2002). Faedah yang diperolehi dari menceburkan diri dalam aktiviti sukan. Dlm Mohd Sofian Omar Fauzee, Psikologi sukan. Hlm 55-64. Kuala Lumpur: Utusan Publication & Distributors Sdn Bhd.

5. Artikel dalam jurnalNama penulis. (Tahun). Judul Artikel. Judul Jurnal. Jilid (nombor): hlm.Contoh:Billings. S. A. (1980). Identification of nonlinear systems: A survey. Proc. Instn Electr. Engrs, Part D. 127(6): 272-284.

Iskandar Zakaria. (2005) Keberkesanan Perisian Multimedia Bestari kepada pelajar Pendidikan Khas. Jurnal Pendidikan 12(2): 152-163.

Rusdina Abdul Rahim. (1993). Ke arah pengkomputeran pengajaran bahasa: Cereka atau fakta. Majalah Dewan, Jan: 16-30.

6. Artikel daripada persidangan/Makalah dalam Pasca SidangNama penulis. (Tahun). Judul Artikel. Tajuk Persidangan. Tarikh Persidangan. Tempat diterbit: Nama Penerbit. hlm.Contoh:Sheta, A. F. and De Jong, K.(1996). Parameter estimation of nonlinear systems in noisy environments using Genetic Algorithms. Proceedings of the 1966 IEEE International Symposium on Intelligent Control. September 15-18. Dearborn, Michigan: IEEE, 360-365.

Disediakan oleh Dr Hu Laey Nee, Jabatan Matematik, IPG Kampus Sarawak, 2011 8

Page 9: rujukan format APA.doc

Untuk Pelaporan Penyelidikan Tindakan PISMP

Azlin Norhani Mansor. (2004). Amalan pengurusan pengetua: Satu kajian kes. Prosiding Seminar Nasional Pengurusan dan Kepimpinan Pendidikan ke-1. 13-15 Disember. Johor: Universiti Teknologi Malaysia. 255-265.

7. Artikel daripada DatabaseNama penulis. (Tahun). Judul Artikel. Judul Jurnal. Jilid (nombor). Dlm databaseContoh:Billings. S. A. (1980). Identification of nonlinear systems: A survey. Proc. Instn Electr. Engrs, Part D. 127(6): In Ebsco (OUM Digital Collection).

8. Artikel daripada InternetNama penulis. (Tahun). Judul Artikel. Judul Jurnal. Jilid (nombor). Diperoleh dari alamat web. Contoh:Billings. S. A. (1980). Identification of nonlinear systems: A survey. Proc. Instn

Electr. Engrs, Part D. 127. Retrieved from http://www.cac.psu.edu/jbe.html.

Supyan Hussin. (2010). Pembangunan perisian pembelajaran bahasa berbantukan computer. Jurnal Bahasa. Diperoleh dari http://www.dbp.gov.my/ dbp98/ majalah/ bahasa20/mac/j03ajar1.htm

Arakji, R. Y., & Lang, K. R. (2008). Avatar business value analysis: A method for the evaluation of business value creation in virtual commerce. Journal of Electronic Commerce Research, 9, 207-218. Retrieved from http://www.csulb.edu/journals/jecr/

9. InternetNama penulis. (tahun). Tajuk dokumen elektronik. Diperoleh dari Alamat website. Contoh:Jones, D. (1999). The de grummond children’s literature collection. Retrieved from

http://avatar.lib.usm.edu/~degrum/.

10. Dokumen Awan(a) Parlimen dan Dewan Undangan Negeri

Dewan Rakyat Malaysia. (2003). Perbahasan rang undang-undang multimedia. Penyata Rasmi Dewan Rakyat. 3(09): 1932-2314 Parlimen Keempat belas Penggal Kedua.

(b) Laporan dan DokumenDewan Rakyat Malaysia. (2006). Memelihara keselamatan negara. Kertas Perintah 35, tahun 2006.

(c) Penerbitan KerajaanMalaysia. (1996). Akta Tanah (Rezab Melayu) (pindaan) 1996. Warta Kerajaan

25(8).

(d) Warta Kerajaan NegeriJohor. (1990). Akta Perbandaran 1988: Peraturan tempat letak kereta. Warta Kerajaan Negeri Johor 45(1).

Disediakan oleh Dr Hu Laey Nee, Jabatan Matematik, IPG Kampus Sarawak, 2011 9

Page 10: rujukan format APA.doc

Untuk Pelaporan Penyelidikan Tindakan PISMP

(e) Laporan Kerajaan PersekutuanKementerian Pelajaran Malaysia. (2005). Huraian Sukatan Pelajaran Tahun 4: Pendidikan Jasmani dan Kesihatan.

(f) Laporan JawatankuasaJawatankuasa Pengistilahan Sains. (2005). Ed. Ke-7. Istilah Sains mengikut Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

(g) Dokumen Pertubuhan AntarabangsaUNESCO. (2004). Education trend. Report. Bangkok: UNESCO.

11. PerundanganNama negara (Tahun). Judul Perundangan. : Nombor perundangan.Contoh:Malaysia (1983). Perintah monumen lama dan tapak tanah bersejarah.: P.U.(A)41 1983.

12. PiawaiNama institusi (Tahun). Judul Piawai. Tempat terbit, Nombor piawai.Contoh:British Standards Institution (1987). Tongued and Grooved Software Flooring. London, BS 1297.

13. PatenNama pemunya (Tahun). Judul Paten. (Nombor paten).Contoh:Lindgren, E. A. (1960). Screen room air inlet and wave guard. (U.S. Patent 2, 925, 457).

14. Katalog dagangNama pengeluar (Tahun). Judul. Tempat terbit: Nota. Contoh:Howick Partitioning Ltd. (1984). Howick: partitioning in business. Redhill (U.K.): Trade Brochure.

15. Lukisan Terukur dan TeknikNama pengeluar (Tahun). Judul. Tempat terbit: Nota.Contoh:Zairul Azidin Badri (1980). Rumah kutai Haji Sahak, Kampung Tanjung,Kampung Gajah, Perak. UTM: Lukisan Terukur.

Salim Man (1989). Pengisi sekam ke dalam kontena penyimpan: pandangan isometrik. UTM: Lukisan Teknik.

16. Bahan Sumber Yang Tidak Diterbitkan(a) Kertas kerja abstrak dan sebagainya

Contoh:Sim Ah Hock dan Siti Ropiah Abu Bakar. (2000). Kemahiran teknologi

maklumat dan sikap terhadap komputer selepas Kursus Latihan Guru Sekolah Bestari. Kertas Kerja Seminar Teknologi Pendidikan, Alor Star Kedah, 25-28 Jun.

Disediakan oleh Dr Hu Laey Nee, Jabatan Matematik, IPG Kampus Sarawak, 2011 10

Page 11: rujukan format APA.doc

Untuk Pelaporan Penyelidikan Tindakan PISMP

(b) AbstrakContoh:Mohd Haikal Sazuwan, Mohd Amirul Abdullah dan Siti Nor Amira Ahmad

(2007). Kesan kenaikan harga minyak di Pulau Pinang. Abstrak Kertas Kerja, Persidangan Sains Sosial UiTM, 25-28 Jun.

(c) Minit MesyuaratContoh:Minit Mesyuarat Pengetua-Pengetua Negeri Johor Kali Kelapan. (2007). Rompin, Pahang 4-7 Jun.

(d) Kertas KerjaContoh:Jabatan Pendidikan Negeri Johor. (2007). Cabaran dan tanggungjawab Pengetua

dalam zaman globalisasi. Kertas Kerja Mesyuarat Pengetua-Pengetua Negeri Johor Kali Kelapan. Rompin, Pahang 4-7 Jun.

(e) LaporanContoh:Laporan Belanjawan Mengurus Sekolah. (2007). Mesyuarat Pengetua-Pengetua Negeri Johor Kali Kelapan. Rompin, Pahang 4-7 Jun.

(f) Temu bualContoh:Mohamad Kasim Basir. (2010). Penilaian perisian multimedia. Institut Pendidikan Guru Kampus Sarawak. Temu bual. 9 Julai.

(g) Tesis / Latihan IlmiahNama Penulis. (Tahun). Judul. Tesis. Nama Institusi.Contoh:Ahmad Zaki Abu Bakar. (1989). Pemprosesan teks Bahasa Melayu untuk pemahaman komputer. Tesis Doktor Falsafah. Universiti Teknologi Malaysia.

17. Artikel/makalah dalam suratkahbar, (a) tiada pengarang

Contoh:New drug appears to sharply cut risk od death from heart failure. (1993). The Washington Post, 20 March: 13.

Umat Islam perlu mempunyai cirri mulia kekuatan iman. (2008). Berita Harian, 20 Mac: 13.

(b) Artikel suratkahbar, seorang pengarangSchwartz, J. (1993). New drug appears to sharply cut risk od death from heart failure. The Washington Post, 20 March: 13.

Mohd Razalan Salleh. (2008). Anak yatim terokai Dunia Sains. Harian Metro, 3 Jun: V8.

Becker, E. (2001, August 27). Prairie farmers reap conservation's rewards. The New York Times. Retrieved from http://www.nytimes.com

Disediakan oleh Dr Hu Laey Nee, Jabatan Matematik, IPG Kampus Sarawak, 2011 11

Page 12: rujukan format APA.doc

Untuk Pelaporan Penyelidikan Tindakan PISMP

(c) Surat kepada EditorPenjual Ayam. (2008). Jangan salahkan penjual sahaja lihat sekali apa pemborong buat. Berita Harian, 4 Jun: 10.

(d) FilemAnak Ku Shazali. (1965). Filem cereka. Singapura: Shaw Brother.

18. Encyclopaedia ArticleBergman, P. G. (1993). Relativity. In The New Encyclopedia Britannica (Vol. 26, p. 501-508). Chicago: Encyclopedia Britannica.

19. Karya yang dikenali menurut JudulKamus Dewan Bahasa. (2002). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Merriam-Webster's collegiate dictionary. 10th edition. (1993). Springfield, MA: Merriam-Webster.

20. Blog post: Lincoln, D. S. (2009, January 23). The likeness and sameness of the ones in the

middle. [Web log post]. Retrieved from http://www.blogspace.com/ lincolnworld/2009/1/23.php

21. Website with no author or date of publication: Census data revisited. (n.d.). Retrieved March 9, 2009, from Harvard, Psychology

of Population website, http://harvard.edu/data/index.php

22. Online Video & AudioYouTube-type Video Blog Post (Note that titles are not italicized)Goyen, A. (2007, February 22). Downtown Marquette dog sled races [Video file].

Retrieved from http://www.youtube.com/watch?v=gW3CNCGGgTY

University of Chicago. (2007, December 12). European cartographers and the Ottoman world, 1500-1750 [Video file]. Retrieved from http://www.youtube. com/watch?v=Xax5d4IKqrQ

Video Webcast from Television Series Single EpisodeABC News (Producer). (2007, September 21). Dying professor's lecture of a

lifetime [Video webcast] [Television series episode]. In Good Morning America. Person of the Week. Retrieved from http://abcnews.go.com/ GMA/PersonOfWeek /Story?id=3633945&page=1

 Audio PodcastCharney, T. (Producer). (2007). Ashes to hope: Overcoming the Detroit riots. U.P. Family Still Struggles to Deal With Pressure of '67 Riot [Audio podcast]. Retrieved from http://www.michiganradio.org/

Disediakan oleh Dr Hu Laey Nee, Jabatan Matematik, IPG Kampus Sarawak, 2011 12