4
Anda kehendaki menggubal SATU rancangan pelajaran untuk pengajaran linguistik di sekolah berkaitan aspek tatabahasa. Berikan contoh-contoh ayat yang berkaitan dan bersesuaian dengan tajuk. RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN BAHASA MALAYSIA Tahun 4 Cerdik Tema Pertanian Dan Penternakan Unit Unit 16 : Kemajuan Pertanian Tajuk Produk Serai Masa 8.00 – 9.00 Pagi (60 Minit) Standard Pembelajaran 1.3.1 Mendengar, memahami dan memberikan respon yang sesuai secara lisan atau gerak laku terhadap arahan berdasarkan ayat perintah dengan betul. Objektif Pada akhir pengajaran, murid dapat : Memberikan respon secara lisan dan gerak laku terhadap arahan berdasarkan ayat perintah dengan betul. Pengetahuan sedia ada murid Murid mengenali pokok serai yang selalu digunakan oleh ibu murid-murid untuk memasak di rumah. Set Induksi Murid menghidu bau pokok serai dan meneka apakah yang dihidu oleh murid tersebut. Bahan bantu belajar (BBB) Video Youtube ‘Produk Serai’, Gambar Serai, Pokok Serai, Produk Serai, Kad Gambar Langkah PdP Set Induksi (5 minit)

RPH

Embed Size (px)

DESCRIPTION

contoh rph

Citation preview

Anda kehendaki menggubal SATU rancangan pelajaran untuk pengajaran linguistik di sekolah berkaitan aspek tatabahasa. Berikan contoh-contoh ayat yang berkaitan dan bersesuaian dengan tajuk.

RANCANGAN PENGAJARAN HARIANBAHASA MALAYSIA

Tahun4 Cerdik

TemaPertanian Dan Penternakan

UnitUnit 16 : Kemajuan Pertanian

TajukProduk Serai

Masa8.00 9.00 Pagi (60 Minit)

Standard Pembelajaran1.3.1 Mendengar, memahami dan memberikan respon yang sesuai secara lisan atau gerak laku terhadap arahan berdasarkan ayat perintah dengan betul.

ObjektifPada akhir pengajaran, murid dapat :Memberikan respon secara lisan dan gerak laku terhadap arahan berdasarkan ayat perintah dengan betul.

Pengetahuan sedia ada muridMurid mengenali pokok serai yang selalu digunakan oleh ibu murid-murid untuk memasak di rumah.

Set InduksiMurid menghidu bau pokok serai dan meneka apakah yang dihidu oleh murid tersebut.

Bahan bantu belajar (BBB)Video Youtube Produk Serai, Gambar Serai, Pokok Serai, Produk Serai, Kad Gambar

Langkah PdPSet Induksi (5 minit)Guru memilih dua orang murid dan menutup mata mereka.Murid diminta untuk menghidu bahan yang dibawa oleh guru dan menjawab apakah bahan tersebut.Soalan guru : Apakah yang kamu hidu?Respon murid : Bau Serai

Langkah PdPLangkah 1(10 minit)Murid menonton video Youtube tentang Produk Serai. RTM1 Agrotek-Serai Citralife di https://www.youtube.com/watch?v=9ky9B2olHyg

Langkah PdPLangkah 2 (10 minit)Murid berbincang dalam kumpulan kecil dan bersoal jawab bersama guru tentang video yang ditonton.Soalan : Apakah produk yang dihasilkan daripada pokok serai itu?Jawapan murid : Hasil produk serai yang ditayangkan oleh video tadi adalah ubatan herba untuk sakit kepala.

Langkah PdPLangkah 3 ( 10 minit)Murid menyenaraikan ayat perintah yang terdapat dalam video yang telah ditayangkan tadi.Contoh Ayat Perintah : 1. Siti, tolong bawa pokok serai ini ke pondok di bawah pokok besar itu. 2. Berikan cangkul ini kepada pak cik Samad untuk mencangkul pokok serai.

Langkah PdPLangkah 4 (10 minit)Murid aliran perdana bersama murid PROTIM berbincang dalam kumpulan bagi membina ayat perintah untuk melakonkannya dihadapan kelas. Setiap kumpulan diberikan sekeping gambar pokok serai.

Langkah PdPLangkah 5 (10 minit)Murid mempersembahkan lakonan ayat perintah secara berkumpulan.Contoh ayat perintah :1. Ahmad , sila ambil daun serai di atas meja itu.2. Tolong berikan pokok serai ini kepada ibu.

Langkah PdPPenutup (5 minit)Guru mempamerkan produk serai yang terdapat dipasaran dan meminta murid menyatakan produk lain yang terdapat di rumah mereka.Murid membuat kesimpulan pelajaran hari ini iaitu mempelajari ayat perintah dan hasil produk serai.

Pengisian KurikulumEMK : KeusahawananStrategi P&P : KB Menjanakan IdeaKonstruktivisme : Menghubungkaitkan

Penilaian dan PentaksiranMurid memberikan respons secara lisan dan gerak laku terhadap arahan berdasarkan ayat perintah.

Impak / Refleksi30 orang murid dapat menyatakan sekurang-kurangnya satu ayat perintah semasa lakonan di hadapan kelas.