Upload
ibnu-zahari
View
2.186
Download
33
Embed Size (px)
DESCRIPTION
RPH IBADAH TAHUN 5
Citation preview
Nama : Mohamad Idad Bin Zahari
No. Kad Pengenalan : 920510-03-5409
Mata Pelajaran : Pendidikan Islam
Kelas : 4 Kreatif
Bil. Murid : 35 Orang
Tarikh : 5 Jun 2013
Masa : 8.45-9.45 Pagi
Bidang : Sirah
Tajuk : Hijrah Nabi ke Madinah
Pengetahuan Sedia Ada :
1. Murid sudah mengetahui Nabi Muhammad berhijrah ke Madinah
Standard Pembelajaran :
1. Menyatakan tempat persinggahan nabi sepanjang perjalanan
2. Menyebut orang-orang yang terlibat dalam hijrah nabi.
3. Menjelaskan pengertian hijrah.
Kemahiran Berfikir :
1. Menyatakan kesan yang dihadapi oleh Rasulullah.
2. Menyatakan maksud hijrah secara lisan.
Penyerapan Nilai :
Sabar dan rajin.
Penerapan Nilai :
1. Mengambil iktibar dari kisah nabi>
2. Mengambil iktibar dari halangan yang ditempuhi oleh nabi.
1
Bahan Bantu Mengajar :
1. Kertas Lembaran Kerja
2. LCD
Langkah/Masa Isi Pelajaran Aktiviti Pengajaran dan
Pembelajaran
Catatan
Pendahuluan
(4 Minit)
-Guru meminta murid –murid
membaca doa belajar
-Murid membaca doa belajar
dengan betul
Pengetahuan
sedia ada
(PSA)
Set Induksi
(6 Minit)
Nyanyian lagu
Satu Muharam
-Guru memainkan lagu 1
Muharam di papan layar
menggunakan LCD
-Murid-murid mendengar dan
menyanyikan lagu mengikut lirik
yang dipaparkan dengan betul
-Guru menyoal murid-murid
tentang kaitan pembelajaran
dengan lagu yang mereka
nyanyikan.
-Guru menerangkan selepas
mendengar jawapan dari murid
Bahan bantu
mengajar :
LCD,
Komputer
Kaedah :
Soal Jawab
Langkah 1
(15 Minit)
Peristiwa hijrah
Nabi :
1- Nabi
menerima
Wahyu untuk
berhijrah
2- Nabi pergi
berhijrah
kerana
mendapat
perintah Allah
-Guru menerangkan dan
menceritakan perjalanan
peristiwa nabi.
-Guru membahagikan kumpulan
dan meminta murid melukis
suasana sepanjang perjalanan
hijrah nabi.
-Guru tunjuk contoh guna
kaedah montage,mosaic,colage
-Murid melukis dan wakil
kumpulan menceritakan di
hadapan murid
Bahan Bantu
Mengajar :
Tayangan
video
perjalanan
hijrah nabi
Kaedah :
Penerangan
2
Langkah 2
(12 Minit)
Kesan Hijrah -Guru menrangkan kesan hijrah
kepada pelajar.
-Guru meneyangkan Power
Point berkaitan tajuk
-Guru membahagi kumpulan
dan berbincang
-Guru menyuruh wakil setiap
kumpulan untuk datang ke
depan menulis kesan hijrah di
papan putih
-Wakil murid yang banyak betul
akan diberi bintang kepada
kumpulan.
Bahan Bantu
Mengajar :
Power Point
Kaedah :
Syarahan,
perbincangan
Langkah 3
(13 Minit)
Halangan
Hijrah Nabi
-Guru menulis kesan dan
halangan yang dihadapi oleh
Rasulullah sepanjang hijrah
beliau ke Madinah.
- Guru menyoal murid secara
individu, kumpulan dan kelas.
-Guru membahagi lembaran
kerja sebagai latihan di rumah
kepada setiap murid.
Bahan Bantu
Mengajar :
Lembaran
Kerja.
Kaedah :
Soal jawab
Penutup
(10 minit)
Nabi menerima
wahyu yang
pertama di Gua
Hira’
Kognitif :
-Guru menjelaskan kembali
peristiwa hijrah nabi
-Guru menjelaskan kesan
hijrah.
Kaedah :
Ulangan
Rumusan :
…………………………………………………………………………………………………
……………………………………………………………………………………………... ….
3
'War is when the government tells you who the enemy is. Revolution is when you figure it out
yourself'.
REFLEKSI RPH
Refleksi sering digunakan secara intensif di dalam proses pengajaran. Refleksi
dianggap sebagai komponen yang penting di dalam meningkatkan profesionalisme guru
pelatih mahupun guru di dalam perkhidmatan. Dewey (1983) merupakan pemikir pertama
yang memperluaskan konsep refleksi di dalam pendidikan. Kini refleksi telah digunakan
sebagai satu komponen utama di dalam pendidikan guru.
Refleksi adalah penting di dalam proses pengajaran dan pembelajaran (Kolb, 1984).
Kepentingan menyediakan refleksi terbentuk hasil daripada sesetengah tingkahlaku guru
yang hanya menyendiri di dalam konteks pembelajaran murid. Keadaan apabila berhadapan
dengan bilangan pelajar-pelajar yang ramai (kadang-kala sehingga lebih daripada 30 orang)
menyebabkan kadang-kala guru hampir tidak dapat berfikir tentang apa yang telah dilakukan
di dalam proses pengajaran mereka. Namun, kini guru-guru sedar tentang kepentingan
membuat refleksi iaitu menganalisa semula apa yang telah dilakukan di dalam proses
pengajaran mereka. Guru-guru tidak boleh hanya bergantung kepada tugas rutin yang
dilaksanakan di dalam sekolah seperti merekodkan markah, mengendalikan kes disiplin
pelajar-pelajar ataumenulis rancangan menajar untuk kelas hari berikutnya. Guru perlu
memikirkan tentang cara-cara yang lebih kritikal untuk memperbaiki amalan pengajaran
mereka. Cara produktif menulis refleksi dengan mengimbau kembali apa yang telah
dilakukan di dalam proses pengajaran jarang dilakukan (Dewey, 1933).
Menurut Gibbs (1988) berpendapat bahawa tindakan membuat refleksi adalah peri
laku membuat peta minda terhadap apa yang telah dilakukan di dalam kelas. Proses refleksi
akan membolehkan seseorang guru belajar tentang asas pembelajaran. Menurut Schon
(1983), proses refleksi yang dilakukan oleh ahli professional akan membolehkan beliau
terlibat di dalam perkembangan profesionalisme yang berterusan. Refleksi akan
membolehkan guru untuk mengenalpasti pelbagai kaedah baru yang berguna untuk
memperbaiki amalan pengajaran. Beberapa model refleksi yang digunakan di dalam proses
pengajaran dan pembelajaran ialah Model Gibbs dan Model Kitaran Pembelajaran Kolb.
4
Pengajaran dan pembelajaran adalah dua elemen penting dalam sesuatu proses
penyampaian ilmu di antara guru dan murid. Bagi mencapai objektif sesuatu pengajaran dan
pembelajaran ,guru dan murid memainkan peranan yang sama penting . Ini bukan sekadar
guru sebagai penyampai maklumat dan murid sebagai penerima maklumat yang pasif tetapi
kerjasama antara keduanya yang menentukan sesuatu proses pengajaran dan
pembelajaran berjalan dengan lancar dan berkesan.
Guru perlulah melaksanakan pengajaran mengikut model reka bentuk pengajaran
tertentu agar objektif pengajaran dan pembelajaran tercapai. Antara model yang boleh
digunapakai di dalam pengajaran dan pembelajaran adalah MODEL ASSURE.Model ini
mengandungi 6 langkah iaitu` Analyse learner, State Objective, Select
Method,Media,Materials, Utilise media and materials, Require learner participation dan
Evaluate and revise’ .
Setiap murid di dalam sesebuah bilik darjah berbeza kebolehan diri antara satu sama
lain. Guru perlulah membuat analisa terhadap keperluan seseorang murid di dalam proses
pengajaran dan pembelajaran.
Dari segi ciri-ciri umum pelajar iaitu latar belakang akademik (kepintaran), murid ini
tidak mencapai % kelulusan yang memuaskan. Mereka kebanyakannya mendapat gred C
dalam 5 matapelajaran penting iaitu Bahasa Melayu pemahaman ,Bahasa Melayu
penulisan, Matematik, Sains dan Bahasa Inggeris pada Penilaian Kurikulum Sekolah
Rendah (PKSR) I yang baru dijalankan dan agak sukar untuk mendapatkan gred B dan A.
Bagi rancangan pengajaran yang saya pilih ini, iaitu mata pelajaran Sirah tahun 5
pada kali ini tema yang saya pilih adalah bertemakan Hijrah Nabi ke Madinah. Beberapa
objektif telah saya pilih untuk dicapai dalam proses pengajaran dan pembelajaran ini. Antara
objektifnya ialah di akhir pengajaran murid dapat menyenaraikan kesan hijrah dan maksud
dan sebab hijrah disamping menerapkan nilai seni seperti pergerakan dan nyanyian dalam
pembelajaran. Pemilihan objektif saya pada kali ini berasaskan beberapa elemen penting
menggunakan format ABCD iaitu,
5
A- audience (pelajar sasaran)
B- behavior ( tingkah laku- keupayaan murid )
C- conditions ( keadaan-pencapaian murid)
D- degree (darjah-tahap yang ingin dicapai)
Domain psikomotor pula yang berkaitan dengan mengintegrasikan kemahiran
intelektual dan fizikal untuk pembelajaran.(Simpson,1972).Objektif bagi domain psikomotor
pula adalah pada akhir pengajaran dan pembelajaran murid boleh memilih dan
menampalkan kad perkataan jawapan di papan putih kelas (langkah 4 ) . Objektif ini amat
sesuai untuk pelajar yang aktif di dalam bilik darjah.
Objektif bagi domain afektif pula berkaitan dengan membentuk sikap bekerjasama
antara ahli kumpulan dalam melaksanakan setiap tugasan . Di akhir pengajaran dan
pembelajaran murid boleh berbincang dan menulis perkataan dalam kumpulan, membaca
dan menulis nama-nama bahan yang sesuai untuk diisikan di dalam jadul perbezaan sifat
bahan dengan betul dan bersepakat melakukan tugasan dalam kumpulan.
Guru harus bijak dalam memilih kaedah pengajaran agar proses pengajaran dan
pembelajaran dapat berjalan dengan lancar dan menarik minat murid untuk belajar dan
kesannya objektif boleh dicapai. Terdapat banyak kaedah pengajaran yang boleh diguna
pakai oleh guru dalam pengajaran bilik darjah, antaranya kaedah kuliah, kaedah
perbincangan, kaedah demonstrasi, sumbangsaran,main peranan, simulasi,
mengeksperimen dan banyak lagi.
Pemilihan media yang betul, menarik dan sesuai amat memainkan peranan yang
penting dalam mewujudkan suasana pengajaran dan pembelajaran yang baik. Jika
pengajaran dan pembelajaran dapat berjalan dengan baik, objektif yang hendak dicapai
akan menjadi lebih mudah. Di dalam pengajaran dan pembelajaran saya pada kali ini saya
telah memilih beberapa media pengajaran yang dianggap sesuai untuk murid dan juga isi
6
pelajaran yang saya rancangkan. Penjelasan mengenai jenis media yang dipilih, cara
penggunaannya dan tujuan penggunaannya bolehlah dijelaskan.
Dalam rancangan pengajaran dan pembalajaran,aktiviti yang dijalankan haruslah
menarik minat murid. Antara aktiviti yang dianggap sesuai untuk menarik minat murid ialah
aktiviti yang memberi peluang kepada murid untuk menyertainya. Dorongan penglibatan
murid sangat penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah.
Bagi saya terdapat beberapa langkah dalam rancangan pengajaran yang saya buat
adalah melibatkan murid untuk menyertainya . Antara aktiviti yang berkaitan dengan ujikaji
dan membuat amali pada langkah 3, langkah 4 dan penutup. Bagi ketiga-tiga langkah ini
(Langkah 3, 4 dan penutup) saya mendorong penglibatan murid secara total. Gerak kerja
berkumpulan dan aktiviti nyanyian sangat baik untuk melihat murid bertindak aktif dalam
proses pengajaran dan pembelajaran.
Kaedah yang saya gunakan pula adalah berbentuk main peranan (peranan murid
dalam kumpulan) ,kaedah permainan (game), dan kaedah mengeksperimen. Ketiga-tiga
kaedah ini amat menarik minat murid saya untuk turut serta secara aktif. Guru perlu
memberi arahan yang jelas supaya disiplin murid dapat dikawal.Biarpun murid aktif namun
kawalan kelas yang baik harus bergerak seiring.
Penilaian sesi pembelajaran amatlah penting, ia bertujuan untuk guru menilai
keberkesanan pengajaran dan pembelajaran yang dirancang dan yang telah dijalankan.
Melalui penilaian ini juga guru boleh menilai pencapaian objektif isi pelajaran pada hari itu.
Guru juga boleh mendapat maklumat mengenai tahap pencapaian kemahiran murid
berkaitan dengan isi kandungan pelajaran pada hari itu. Penilaian dibuat bukan sekadar
selepas selesai pengajaran dan pembelajaran tetapi penilaian telah saya bina bermula
sebelum rancangan pengajaran di bina, semasa proses pembelajaran dan sesudah selesai
pengajaran.
Penilaian bagi saya bukanlah sekadar pada akhir sesi pengajaran sahaja . Ia
melibatkat penilaian secara keseluruhan proses pengajaran dan pembelajaran dalam bilik
darjah bermula dari set induksi sehinggalah habis sesi penutup. Penilaian yang saya
7
lakukan adalah penilaian dari segi pemerhatian dan penilaian secara bertulis(ujian
pemahaman). Dalam langkah set induksi, langkah 1,2,3 dan 4 penilaian yang saya jalankan
adalah lebih kepada penilaian secara pemerhatian. Bagi langkah ke 5 penilaian dibuat
secara ujian pemahaman bertulis. Segala perkara yang berlaku sepanjang proses
pengajaran dan pembelajaran perlu disemak untuk tujuan pembaikan.
Secara rumusannya, dapatlah saya katakan bahawa rancangan pengajaran dan
pembelajaran saya pada kali ini perlu disemak dan dinilai semula. Aspek yang dinilai dan
disemak adalah dari segi persembahan, kaedah, media, bahan dan tahap penglibatan
murid.
Dari aspek persembahan pengajaran ,penggunaan ayat mudah dan arahan yang
jelas melancarkan perjalanan proses pengajaran dan pembelajaran. Dari segi kaedah dan
media yang digunakan adalah menarik minat murid dan segala bahan yang digunakan pula
bersesuaian dengan murid. Langkah-langkah yang dibina dalam proses pengajaran dan
pembelajaran amat memerlukan penglibatan murid secara aktif. Saya membuat kesimpulan
bahawa isi pelajaran pada kali ini iaitu penerangan mengenai hijrah nabi ke Madinah dan
kesannnya. Disamping itu juga pelajar dapat mengetahui peristiwa sepanjang hijrah nabi
dan sebab mengapa Allah perintahkan nabi untuk berhijrah.
8