RPH Sejarah Tahun 4 Kumpulan 6

Embed Size (px)

DESCRIPTION

document

Citation preview

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

SEJARAH (Kumpulan 6)

Mata Pelajaran dan KelasSejarah Tahun 4 Maju

Tema/TajukTun Perak sebagai Bendahara Melaka

Masa8.40 -9.40 pagi

FokusSK: 5.3 Tun Perak sebagai Bendahara Melaka

SP: 5.3.1 Menyatakan riwayat hidup Tun Perak 5.3.2 Menyenaraikan Sultan Melaka semasa Tun Perak

menjadi Bendahara.

K5.3.5 Menyatakan sifat-sifat kepimpinan tokoh yang boleh dijadikan contoh.

Objektif Pada akhir pengajaran, murid akan dapat:1. Menyatakan riwayat hidup Tun Perak.2. Menyenaraikan Sultan Melaka semasa Tun Perak menjadi Bendahara.3. Menyenaraikan sifat-sifat kepimpinan Tun Perak.

Aktiviti1. Menonton tayangan video filem Puteri Gunung Ledang (TMK)2. Melakonkan watak tentang peranan Bendahara di dalam filem yang ditonton berpandukan dialog.

3. Bercerita tentang riwayat hidup Tun Perak.

4. Membina kronologi riwayat hidup Tun Perak.5. Menyenaraikan Sultan-sultan Melaka semasa Tun Perak menjadi Bendahara. 6. Menjelaskan tentang sifat-sifat kepimpinan Tun Perak.

EMKNilai Murni: berbangga, menghargai, mentaatiKPS: Elemen asas sejarah, susunan masaDK: kesetiaan, perkongsian sejarah, perkongsian nilaiEMK: TMK, kreativiti dan inovasi

Bahan Bantu BelajarKomputer, LCD, DVD,slaid powerpoint, kertas sebak, kad imbasan, kotak, buku teks.

Refleksi

STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

AKTIVITIEMKCATATAN

Permulaan (5 minit)1. Murid menonton tayangan filem Puteri Gunung Ledang.

2. Guru bertanyakan soalan kepada murid berkaitan video yang ditayangkan dan murid menjawab soalan secara lisan:

a) Apakah tahu tajuk cerita ini?

b) Apakah watak-watak yang terdapat dalam filem ini?

c) Siapakah nama Bendahara dalam filem ini?3. Guru mengaitkan jawapan murid dengan tajuk pelajaran hari ini.

Nilai Murni: MentaatiEMK: TMK

KB: Menjana idea, menghubungkaitBBM: Komputer, DVD, LCD

Aktiviti 1 (15 minit) 1. Beberapa murid dipilih untuk melakonkan watak berdasarkan dialog yang diberikan.

2. Murid diminta menyenaraikan peranan Bendahara berdasarkan lakonan tersebut.

3. Seorang murid diminta menulis hasil dapatan yang disenaraikan di papan tulis. 4. Guru merumuskan hasil dapatan murid dan mengaitkan dengan tajuk pelajaran hari ini.

Nilai Murni: mentaatiEMK: kreativiti dan inovasiKB: menghubungkait, menjelasPeranan Bendahara1. menasihati Sultan.2. pemangku Sultan.

3. mengurus hal ehwal pentadbir negara.4. menjalinkan hubungan diplomatik dengan negara luar.

Aktiviti 2 (20 minit)

1. Murid dibahagikan kepada 5 kumpulan.

2. Guru bercerita tentang riwayat hidup Tun Perak.

3. Guru menayangkan contoh kronologi riwayat hidup tokoh.

4. Murid diminta membina kronologi riwayat hidup Tun Perak dengan menggunakan kertas sebak berdasarkan penceritaan guru.

5. Setiap kumpulan membentangkan hasil perbincangan masing-masing di hadapan kelas.6. Murid menghubungkait riwayat hidup Tun Perak dengan sifat-sifat kepimpinan beliau.

7. Guru merumuskan pembentangan murid.

Nilai Murni: berbangga, mentaatiEMK:TMK, kreativiti dan inovasiKB: menghubungkaitBBM: kertas sebak, slaid powerpoint

Aktiviti 3 (15 minit)

1. Guru menyediakan 2 kotak. Kotak pertama mengandungi tahun-tahun pemerintahan Sultan Melaka. Kota kedua mengandungi nama-nama Sultan Melaka. 2. Setiap kumpulan diminta memilih secara rawak tahun pemerintahan dan nama Sultan.

3. Setiap kumpulan akan menyusun nama Sultan mengikut tahun pemerintahan yang betul di papan tulis.

4. Guru menyemak hasil kerja murid dan memberikan jawapan yang palilng tepat.

Nilai Murni: menghormati pemimpin negara, mentaati EMK: Kreativiti dan inovasi KB: menganalisis maklumat

BBM:Kotak, kad imbasan, buku teks

Penutup (5 minit)1. Guru menunjukkan semula tayangan filem Puteri Gunung Ledang.2. Murid diminta menyatakan sumbangan Tun Perak.

3. Guru menerapkan nilai penghargaan atas sumbangan pemimpin. Nilai Murni: menghargai, berbanggaEMK: TMK