8
REVIEW ARTIEK JOURNAL 1 Asha Hasnimy Binti Mohd Hashim& MAT AZMIN BIN BAKAR, Mengenalpasti Kecederaan Yang Dialami Oleh Atlet Silat Olahraga Semasa Kejohanan Silat, Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia. Tujuan penulisan jurnal diatas adalah bertujuan untuk mengenalpasti jenis- jenis kecederaan yang sering dialami oleh seorang atlet dari sukan silat olahraga yang mewakili negeri dalam pertandingan SUKMA 2008. Seramai 15 orang atlet termasul lekaki dan perempuan telah dipilih sebagai subjek kajian. Atlet yang terlibat berumur dalam lingkungan 17 hingga 23 tahun. Kajian yang dilakukan menekankan kepada aspek kecederaan yang sering dialami oleh setiap atlet yang menyertai pertandingan silat olahraga. Antara kecederaan yang dikenalpasti ialah lebam, bengkak, ketegangan, melecek, terseliuh, luka, koyakan, hentakan dan lain- lain. Pengkaji juga melakukan kajian kepada punca terjadinya kecederaan tersebut. Selaian daripada itu, pengkaji juga mendapatkan

Review Artiek Journal 1

Embed Size (px)

DESCRIPTION

t

Citation preview

REVIEW ARTIEK JOURNAL 1Asha Hasnimy Binti Mohd Hashim& MAT AZMIN BIN BAKAR, Mengenalpasti Kecederaan Yang Dialami Oleh Atlet Silat Olahraga Semasa Kejohanan Silat, Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia.Tujuan penulisan jurnal diatas adalah bertujuan untuk mengenalpasti jenis- jenis kecederaan yang sering dialami oleh seorang atlet dari sukan silat olahraga yang mewakili negeri dalam pertandingan SUKMA 2008. Seramai 15 orang atlet termasul lekaki dan perempuan telah dipilih sebagai subjek kajian. Atlet yang terlibat berumur dalam lingkungan 17 hingga 23 tahun.

Kajian yang dilakukan menekankan kepada aspek kecederaan yang sering dialami oleh setiap atlet yang menyertai pertandingan silat olahraga. Antara kecederaan yang dikenalpasti ialah lebam, bengkak, ketegangan, melecek, terseliuh, luka, koyakan, hentakan dan lain- lain. Pengkaji juga melakukan kajian kepada punca terjadinya kecederaan tersebut. Selaian daripada itu, pengkaji juga mendapatkan maklumat berkaitan bahagian anggota badan yang cedera dan tahap kecederaan tersebut. Dalam mengumpul maklumat yang diperlukan pengkaji menggunakan kaedah tinjauan dan soal selidik. Pengkaji menyediakan borang soal selidik yang perlu diisi oleh setiap subjek yang dipilih. Borang soal selidik mengandungi 2 bahagian iaitu bahagian A dan B. Bahagian A mengandungi profil subjek yang dipilih. Manakala bahagian B pula merangkumi perkara- perkara yang yang berkaitan dengan kecederaan untuk dianalisis. Semua data yang diperolehi di analisis dengan menggunakankan perisian Microsoft Office Excel 2003.

KEBAIKAN KAJIAN

Dengan adanya kajian seperti ini ianya boleh dijadikan rujukan majlis sukan negeri atau persatuan sukan silat olahraga yang lain dalam mengurangkan risiko kecederaan yang akan dialami oleh atlet yang bertanding. Maklumat yang diperolehi boleh digunakan pada masa akan datang. maklumat seperti ini amat penting kepada semua pihak bagi mengurangkan risiko kecederaan semasa pertandingan. Bagi seorang jurulatih maklumat ini dapat membantu dalam mengenalpasti jenis kecederaan yang sering berlaku kepada atlet dan jurulatih boleh merangka corak latihan yang sistematik bagi mengelakkan berlakunya kecederaan. Bagi seorang atlet pula maklumat seperti ini tidak kurang pentingnya kerana mereka boleh mengetahui jenis- jenis kecederaan, bagaimana ianya berlaku dan bahagian mana yang sering mengalami kecederaan kepada atlet silat olahraga. Dengan kajian ini atlet dapat mengelakkan diri mereka dari mengalami kecederaan semasa melakukan aktiviti. Kesimpulannya, kajian ini merupakan kajian yang baik dan boleh dijadikan rujukan oleh pihak- pihak yang berkaitan. Bagi saya kajian seperti ini perlu dijadikan contoh kepada persatuan seni pertahanan diri yang lain dalam mengenalpasti kecederaan yang sering dialami oleh atlet mereka. Dengan adanya kajian seperti ini setiap jurulatih, atlet mahupun pihak pengurusan pasukan seni silat olahraga boleh menjadikan kajian ini sebagai rujukan pada masa akan datang dalam mengenalpasti jenis, punca dan anggota badan yang kerap mengalami kecederaan semasa berlatih mahupun pertandingan silat olahraga. REVIEW ARTIEK JOURNAL 2Chezhiyan Shanmugam and Nicola Maffulli February 18, 2008, Sports injuries in children. Department of Trauma and Orthopaedic Surgery, Keele University School of Medicine,Stoke-on-Trent, UK.Jurnal yang kedua ini berkenaan satu kajian berkaitan kecederaan yang berlaku kepada kanak- kanak yang meyertai aktiviti sukan dan permainan. Kajian ini dilakukan di Keele University School of Medicine,Stoke-on-Trent, UK. Pengkaji menyenaraikan beberapa faktor yang mempengaruhi kecederaan yang berlaku kepada kanak- kanak dalam aktiviti sukan. Pengkaji juga mendapatkan maklumat berkenaan dengan anggota atau kawasan yang sering mengalami kecederaan keatas kanak- kanak semasa bersukan. Pengkaji mendapati kecederaan yang biasa berlaku kepada kanak- kanak ialah plate pertumbuhan berbanding dengan ligamen. Pengkaji berpendapat bahawa apabila seseorang kanak- kanak membesar, ketidak seimbangan kekuatan dan fleksibiliti dan perubahan biomekanikal menyebabkan berlakunya kecederaan kepada kanak- kanak. Penulis juga menyenaraikan beberapa faktor berlakunya kecederaan kepada kanak- kanak semasa bersukan. Antara punca belakunya kecederaan kepada kanak- kanak ialah tidak memanaskan badan sebelum bersukan, kawasan persekitaran yang kurang sesuai, kelengkapan yang digunakan tidak lengkap atau sesuai dan kaedah latihan yang dikenakan kepada kanak- kanak tidak bersesuaian dengan tahap umur mereka. Latihan yang berat diberikan kepada kanak- kanak tanpa mengambilkira kematangan tubuh badan kanak- kanak boleh menyebabkan kecederaan akan berlaku. Penulis juga menyenaraikan jenis kecederaan yang kerab berlaku kepada kanak- kanak semasa bersukan. Antara kecederaan yang sering berlaku ialah patah, terseliuh luka dan lain- lain. Dalam kajian ini juga pengkaji menyatakan anggota- anggota badan yang sering mengalami kecederaan seperti bahu, tangan, tulang serviks dan bahagian sendi kanak- kanak. Daripada kajian yang dilakukan, penulis juga mencadangkan beberapa langkah yang boleh diambil untuk mengurangkan risiko berlakunya kecederaan kepada kanak- kanak semasa bersukan. Antara langkah yang boleh diambil ialah mempertingkatkan kualiti kelengkapan yang akan digunakan semasa bersukan. Melakukan aktiviti memanaskan badan sebelum memulakan aktiviti sukan dan memperingatkan kepada setiap jurulatih mengambilkira kemapuan kanak- kanak dalam menentukan kaedah latihan yang bakal diberikan kepada kanak- kanak dibawah kendalian seseorang jurulatih. Pengkaji mencadangkan jurulatih meningkatkan tahap latihan sebanyak 10% setiap minggu agar risiko kecederaan dapat dielakkan. Kesimpulan dari review kajian ini, saya dapati pengkaji cuba untuk mendedahkan tahap kecederaan yang minima kepada kanak- kanak. Bagi kanak- kanak yang mengalami kecederaan adalah lebih baik kecederaan tersebut dirawat oleh anggota perubatan yang profiosional. Jurulatih juga disarankan agar memberikan latihan yang sesuai kepada kanak- kanak. Faktor umur,saiz badan, persekitaran perlu diberi penekanan dalam menentukan kaedah latihan terhadap kanak- kanak. Akhir sekali dalam mengawal kecederaan kepada kanak- kanak kita perlu lebih peka dalam mempertingkatkan peraturan dan pengawasan terhadap kanak- kanak. LAMPIRAN