Report Kuil Kayu Chumprachunthat Chanaram

Embed Size (px)

Citation preview

LUKISAN TERUKUR:

__________________________________________________________________LUKISAN TERUKUR KUIL CHONPRACHUMTHATCHANARAM

Lukisan Terukur Sesi Jun 2005

Diploma Teknologi Senibina

Kolej Kemahiran Tinggi Mara (KKTM) Pasir Mas, Kelantan.

Untuk ;KUIL KAYU WAT CHONPRACHUMTHAT CHANARAMOleh ;Kumpulan Kuil kayu Chonprachumthat Chanaram Laporan kajian Lukisan Terukur ini akan dihantar kepada pihak Fakulti Teknologi Senibina KKTM sebagai sebahagian dari syarat untuk mendapatkan Diploma Teknologi Senibina.Adalah disahkan bahawa segala kajian dan laporan kajian Lukisan Terukur ini telah dibaca, disemak dan dibimbing oleh;Encik Azzaha Bin Ibrahim selaku pensyarah subjek Lukisan Senibina 4;

(ENCIK AZZAHA BIN IBRAHIM)Kami penuntut / peserta kajian Lukisan Terukur KUIL KAYU WAT CHONPRACHUMTHAT CHANARAM merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih di atas kerjasama yang diberikan oleh:- Tok Raja Than Chan, Sami Prak Wi, Sami Prak Si dan sami-sami yang berada di WAT CHONPRACHUMTHAT CHANARAM. Pensyarah KKTM Pasir Mas terutamanya Encik Azzaha Bin Ibrahim selaku pensyarah kajian Lukisan Terukur di Institut Kemahiran Mara, Pasir Mas,Kelantan.

Pihak Perpustakaan Awam Negeri Kelantan.

Pihak Jabatan Ukur dan Pemetaan Kelantan. (JUPEM)

Tenaga kerja Arkib Negari Kelantan yang terlibat terutama di atas bantuan yang diberikan.

Rakan-rakan seangkatan yang mengambil subjek Lukisan Terukur yang sama membantu kami dalam menyiapkan laporan ini.

Sekian, terima kasih.

LUKISAN TERUKUR

JUN 2005

WAT CHONPRACHUMTHAT CHANARAM

KAMPUNG DALAM

16200 TUMPAT

KELANTAN DARUL NAIMISI KANDUNGAN.

MUKA SURAT

1. PELAN KUNCI

7 - 82. PELAN LOKASI

9 - 10

3. PENGENALAN.

11

-Penghargaan.

12-Tujuan Kajian.

13 - 14

-Pendahuluan.

15 - 16-Latar Belakang kawasan.

17 - 19-Sejarah Agama Buddha

20 - 22

-Siam di semenanjung Tanah Melayu

23 - 24-Komuniti Thai Kelantan

25 - 26-Carta Salasilah 27 - 28

-Pengenalan kawasan kajian

29 - 41

4. SEJARAH PEMBINAAN.

42 - 465. KONSEP REKABENTUK

47 - 54

-Bahagian Lantai

55 - 57-Bahagian Bumbung

58 - 66

-Bahagian Pintu

67 - 72-Bahagian Tingkap

73 - 75-Bahagian Tangga

76 - 776. CIRI-CIRI HIASAN YANG LAIN.

78-Telaga Langit

79 - 81-Pemeleh

82 - 83

-Tebar Layar

84 - 85-Tetupai

86 - 89-Siku Keluang 90 - 91-Hujung penyambut

92-Kaki Tiang Birai Cermin

93-Dinding kembung (janda berhias)

94 - 95-Sisip angin

96 - 997.

ISTILAH TANGGAM-TANGGAM

100 - 1038.UKIRAN DAN HIASAN

104 - 1119.TEKNIK DAN BAHAN MAKLUMAT

112 - 11310.

LAMPIRAN 114 - 12711.

KESIMPULAN 128 -13012.

NAMA AHLI KUMPULAN KUIL KAYU

CHONPRACHUMTHAT CHANARAM

131 - 13313. BIBILIOGRAFI

134 - 138

14.

LUKISAN TERUKUR (LUKISAN PERINCIAN) 139

PELAN KUNCIWAT CHONPRACHUMTHAT CHANARAM

KAMPUNG DALAM

16200 TUMPAT

KELANTAN DARUL NAIM

PELAN LOKASIWAT CHONPRACHUMTHAT CHANARAM

KAMPUNG DALAM

16200 TUMPAT

KELANTAN DARUL NAIM

PENGENALAN

WAT CHONPRACHUMTHAT CHANARAM

KAMPUNG DALAM

16200 TUMPAT

KELANTAN DARUL NAIM

3. PENGENALAN

PENGHARGAAN.

Semasa melakukan kajian tentang WAT CHONPRACHUMTHAT CHANARAM yang terletak di Tumpat , kami telah di bantu oleh pelbagai pihak bagi mendapatkan segala maklumat yang diperlukan bagi kajian kami.

Kami merakamkan setinggi-tinggi penghargaan terima kasih kepada semua pihak yang banyak memberikan kerjasama kepada kami semasa kami menjalankan kajian ini.

Terutama kepada :

Cikgu Sai, seorang pengkaji mengenai kuil kuddha siam yang banyak membantu kami dalam mencari maklumat tentang sejarah wakaf tersebut .

Ketua sami di Wat Chumprachunthat Chanaram yang telah banyak membantu kami dalam mencari maklumat yang diperlukan.

Sami-sami di Wat Chumprachunthat Chanaram yang telah memberikan kerjasama sepenuhnya kepadakami sepanjang kami menjalankan tugasan ini di tempat mereka. Pihak Perpustakaan Negeri Kelantan di atas bahan rujukan yang terdapat di dalam perpustakaan tersebut.

Pihak Jabatan Muzium negeri Kelantan di atas kerjasama dalam mengumpulkan data untuk kajian ini.

Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia, Kelantan Darul Naim (JUPEM) di atas maklumat tentang pemetaan Dearah Tumpat, Kota Bharu.

En.Azzaha Bin Ibrahim selaku pensyarah kajian lukisan terukur di Institut Kemahiran Mara, Pasir Mas, Kelantan.

Tenaga kerja Arkib Negari Kelantan yang terlibat terutama di atas bantuan yang diberikan.

Rakan rakan seangkatan yang mengambil subjek lukisan terukur yang sama membantu kami dalam menyiapkan laporan ini.

Sekian , terima kasih.

TUJUAN KAJIANWAT CHONPRACHUMTHAT CHANARAM

KAMPUNG DALAM

16200 TUMPAT

KELANTAN DARUL NAIM

TUJUAN KAJIAN

Tujuan utama Lukisan Terukur atau kajian ini dilakukan ialah;1. Membuat satu dokumentasi sebuah Kuil Buddha peninggalan zaman silam di dalam bentuk lukisan-lukisan berskil dan laporan khas.

2. Menyediakan satu kajian dan penghayatan terhadap Kuil Buddha tentang nilai senireka dan senibina yang tinggi untuk menjadi bahan dan sumber rujukan di masa hadapan.

3. Mengamalkan teknik mengukur, melukis , membuat kajian dan laporan lengkap tentang Kuil ini sekiranya ada kerja pengubahsuaian yang telah dilakukan bagi memastikan bentuk dan bahan binaan yang dahulunya digunakan bagi pemulihan di masa hadapan. 4. Mengkaji bahawa seni rekabentuk, teknik pembinaan, seni ukiran, hiasanhiasan dan bahan binaan asal yang terdapat di Kuil tersebut supaya tetap terpelihara dan dilukiskan kembali bagi mendapatkan nilai astetik yang ada pada ukiran tersebut.

PENDAHULUANWAT CHONPRACHUMTHAT CHANARAM

KAMPUNG DALAM

16200 TUMPAT

KELANTAN DARUL NAIM

PENDAHULUAN

Keistimewaan yang ada pada sesuatu tempat selalunya tidak disedari oleh masyarakat setempat kerana perkara tersebut telah menjadi hal biasa. Dengan itu, antara komponen yang memainkan peranan yang paling penting dan menyumbangkan ke arah pembentukan identiti sesuatu tempat ialah bangunan bangunan lama. Bangunan ini bukan sahaja mempunyai struktur fizikalnya yang mudah dikenali malah mempunyai kesan makna yang kuat dari sudut sejarah sesuatu tempat.

Pada masa ini masih terdapat banyak bangunan peninggalan zaman silam yang bernilai tinggi dan unik. Contoh yang dapat kita lihat adalah seperti seni rekabantuk, teknik pembinaan, seni ukiran, dan bahan binaan masih lagi dipelihara dan dikekalkan.

Walau bagaimanapun di akhir-akhir tidak ramai di antara kita menyedari kepentingan dan nilai warisan yang terdapat pada bangunan-bangunan tersebut. Perkara ini mungkin terjadi kerana bangunan itu sudah terlalu tua

dan telah reput dimakan masa. Tidak ketinggalan juga dengan sesetengah pihak yang sengaja melenyapkannya kerana berpendapat bahawa ianya tidak lagi sesuai dengan peredaran zaman dan keperluan seharian.

Terdapat beberapa akta perundangan yang menyokong usaha pemuliharaan bangunan lama dan bersejarah di Malaysia seperti :

Akta Perancangan Bandar dan Wilayah 1976 (akta 172)

Akta Kerajaan Tempatan 1976 (akta 171)

Enakmen Pemeliharaan dan Permugaran Warisan Budaya 1988.

Akta Benda Purba 1976.

Generasi masa kini harus sedar dan menjadi tanggungjawab kepada kita untuk memelihara kesenian dan keunikan yang ada pada bangunan tersebut, justeru itu menjadikannya warisan untuk tatapan dan kebanggaan generasi akan datang. Penilaian dan pengekalan nilai budaya ini dilakukan menerusi catatan-catatan yang dapat digunakan sebagai rujukan pada masa akan datang.

LATAR BELAKANG

KAWASAN KAJIANWAT CHONPRACHUMTHAT CHANARAM

KAMPUNG DALAM

16200 TUMPAT

KELANTAN DARUL NAIMLATAR BELAKANG KAWASAN KAJIAN (Jajahan Tumpat)Sekali imbas, bandar Tumpat ini yang terletak di bahagian utara dalam negeri Kelantan (bersempadan dengan Negara Thailand) hampir menyerupai sebuah Bandar Cowboy. Deretan-deretan bangunan kedainya yang terbentuk dari jenis bangunan kayu dua tingkat disusun sedemikian rupa dan menghala ke laut. Walaupun keadaan bangunan yang agak lama dimakan usia tetapi masih tetap berdiri gagah kerana keteguhan bahan dan binaannya.

Pada peringkat awalnya, Jajahan ini hanyalah merupakan sebuah perkampungan nelayan yang kecil kerana kedudukannya yang berhampiran dan mengadap Laut China Selatan menyediakan kawasan penangkapan ikan yang baik. Kebanyakan penduduknya selain bekerja sebagai nelayan juga bertanam padi dan menjalankan uaha dagang dan perniagaan secara kecil-kecilan dengan masyarakat setempat mahupun dengan orang-orang Siam di selatan Thailand. Dianggarkan pada waktu permulaan perkembangan ini hanya terdapat lebih kurang 32 buah rumah sahaja di sekitar jajahan ini.

Tumpat mendapat namanya dari beberapa kejadian alam yang berlaku di persekitaran tersebut. Ini merupakan kejadian air pasang dari laut berhampiran yang tersekat ditengah-tengah pekannya, dan menjadi Tumpat di kawasan tersebut. Tambahan pula pada zaman tersebut perhubungan melalui jalanraya tidak begitu penting berbanding dengan jalan laut. Kuala sungai ini lebih banyak digunakan oleh perahu-perahu nelayan yang berlabuh setakat kawasan yang telah tumpat tersebut. Kejadian air laut yang tumpat ini menjadi satu pengenalan yang terkenal dan meluas digunakan dikalangan para nelayan dan penduduk lain sehingga ke hari ini, jajahan ini dinamakan sebagai JAJAHAN TUMPAT.

Pengasas Jajahan Tumpat ini merupakan seorang yang sangat disegani oleh penduduk-penduduk tempatan juga penduduk di daerah-daerah lain, bukan sahaja kerana peranan dan tanggungjawabnya mengasaskan jajahan ini tetapi juga kerana perwatakan dan kelebihan yang ada pada dirinya. Nama sebenarnya ialah Datuk Vijiwangsa tetapi dikenali oleh penduduk tempatan sebagai Datuk Che Hak Tumpat kerana peranan dan pengaruh beliau terhadap Jajahan ini. Menurut cerita dari beberapa sumber yang mengetahui beliau ini merupakan seorang yang mulut masin. Jika beliau berkata petang ini hujan akan turun ia pasti akan berlaku walaupun cuaca pada pagi tersebut panas terik (menurut cerita En. Rashidin Nik Hussein seorang pengukir yang terkenal di negeri Kelantan).

Terdapat juga kejadian-kejadian dimana beberapa orang penduduk datang berjumpa dengan beliau membawa anak yang sakit untuk diubati (misalnya : demam) dan dengan izin Allah S.W.T kebanyakan kanak-kanak tadi sembuh. Kepercayaan ini terbawa-bawa hinggalah ke zaman ini walaupun beliau telah lama meninggal dunia. Masih terdapat ramai penduduk dari Jajahan ini juga dari Jajahan lain datang ke makam beliau terutamanya pada hari jumaat. Datang membawa niat untuk direstui dan tidak kurang pula mandi dan mengambil air dari perigi yang berhampiran dengan makam tersebut untuk dibawa balik sebagai penawar.

Pandangan sisi kuil Wat Chumprachunthat Chanaram

SEJARAH

AGAMA BUDDHAWAT CHONPRACHUMTHAT CHANARAM

KAMPUNG DALAM

16200 TUMPAT

KELANTAN DARUL NAIM

SEJARAH AGAMA BUDDHA

Patung pengasas agama Buddha iaitu Siddharta Gautama Buddha, juga dikenali sebagai Sakyamuni Buddha atau Tathagata.Agama Buddha dikatakan lahir dari akar kata bodhi yang bermakna hikmat yang dalam takrif selanjutnya menjadi buddhi atau bermaksud nurani.

Pengasas agama ini iaitu siddharta Gautama Buddha, juga dikenali sebagai Sakyamuni Buddha atau Tathagata yang bermakna telah memperoleh kebenaran.

Kemunculan ajaran Buddha telah mengetengahkan pembaharuan dan pengubahsuaian terhadap agama Hindu. Ini kerana secara jelas Buddha tidak menolak keseluruhan falsafah Brahanisme. Ia hanya menolak beberapa upacara agama yang dilakukan oleh Brahmin, tidak bersetuju dengan sistem kasta dan melihat penyembahan sebagai bertentngan dengan falsafah asas agama Hindu seperti konsep karma dan samsara diterima oleh Buddha.

Buddha tidak mengajar hal-hal tentang ketuhanan metafizikal (falsafah mengenai segala yang luar biasa) atau suatu falsafah. Ini kerana ajaran Buddha merupakan ajaran-ajaran psikologi, etika yang berkaitan dengan kehidupan. Antara kitab-kitab suci agama ini adalah TRIPITAKA yang bermaksud Tiga Himpunan Hikmat dan mengandungi tiga Pitaka iaitu SUTTA PITAKA, VINAYA PITAKA, dan ABHIDHAMMA PITAKA. SUTTA PITAKA merupakan himpunan ajaran dan khutbah Gautama Buddha dengan murid-muridnya. Selain itu, kitab ini mengandungi ajaran-ajaran mengenai meditasi dan keperibadatan, himpunan kata-kata hikmat, kisah-kisah tauladan dan sebagainya. Kitab ini mempunyai beberapa lapis. Lapis pertama dikenali sebagai Nikaya. Setiap Nikaya terbahagi kepada Sutta dan setiap Sutta terbahagi kepada Vagga. Kitab Vinaya Pataya pula berisikan peraturan-peraturan hidup yang harus dilakukan oleh anggota Sangha dan ia mengandungi 227 buah peraturan. Kitab Abhidhamma Pitaka bermakna lanjutan khusus yang mengandungi pelbagai pemikiran dan proses mencapai kesucian seperti yang terdapat dalam kisah Visuddhi Maga atau Jalan Menuju Kesucian.

Ajaran Buddha telah berkembang luas dan mencapai zaman kegemilangannya di dalam tamadun India sewaktu pemerintahan Asoka. Pada 100 s.m, agama ini telah berpecah kepada 2 mazhab iaitu Hinayana dan Mahayana. Pengikut yang mengakui ajaran yang mereka amalkan adalah ajaran asal menggelarkan diri mereka mazhab Hinayana dan berkembang ke Burma, Ceylon, Thailand dan Asia Tenggara. Mazhab ini menekankan pentingnya usaha indivindu dan tafakur sebagai cara untuk mencapai tahap pembebasan diri.

(Petikan ini diambil dari laman web; http//www.PertubuhanSiamKelantanMalaysia.Com.My)

SIAM DI SEMENANJUNG

TANAH MELAYU

WAT CHONPRACHUMTHAT CHANARAM

KAMPUNG DALAM

16200 TUMPAT

KELANTAN DARUL NAIMSIAM DI SEMENANJUNG TANAH MELAYU

Kerajaan Siam zaman Rattanakosin (Bangkok) memperlihatkan pengaruh lebih jelas ke atas negeri-negeri Melayu di Selatan; Pattani, Kelantan, Kedah, Perlis dan Terengganu. Penghantaran bunga emas, setiap dua atau tiga tahun sekali ke Bangkok sebagai tanda persahabatan dan kesetiaan. Bahkan perlantikan seseorang raja di negeri tersebut (kecuali Terengganu) harus disahkan oleh Maharaja Benua Siam.

Surat pengesahan dengan gelaran tertentu akan diberikan oleh Bangkok. Contohnya, setiap Raja/Sultan Kedah akan bergelar Phya Rithisongkramramphakdi Sri Sultan Kedah Ratnarathmunintrasurinthra Wiwongsa, Phya Saiburi dan Raja Perlis pula Phya Visedsongkram Ramwicidwillismara Phya Palis. Sultan Kelantan sebagai Phya Phipidphakdi Willismara Phya Kelantan.

Terdapat beberapa pegawai Siam ditempatkan di beberapa negeri tersebut dan bagi rakyat jelata Siam, negeri-negeri Melayu ini adalah negeri mereka juga. Mereka datang dalam kumpulan petani mencari kawasan subur untuk menetap dan diterokai sebagai

kawasan pertanian. Sebagai rakyat biasa mereka tidak tertarik dengan urusan politik atau kerja raja-raja walaupun kita pernah juga mendengar beberapa penglibatan penduduk Siam ini dalam perang saudara di Kelantan.

(Petikan ini diambil dari laman web; http//www.PertubuhanSiamKelantanMalaysia.Com.My)

KOMUNITI THAI

KELANTAN

WAT CHONPRACHUMTHAT CHANARAM

KAMPUNG DALAM

16200 TUMPAT

KELANTAN DARUL NAIMKOMUNITI THAI KELANTAN

Mengikut sejarah, pertalian Kelantan-Siam dikatakan bermula sejak pertengahan abad ke-13. Waktu itu orang-orang siam sudah mula menyumbangkan pengaruh kekuasaannya ke selatan lembah Sungai Chao Pharaya, menurun ke Semenanjung Tanah Melayu.(Nik Mohamed dlm. Alias Mohamed 1977).

Walaubagaimanapun, pertalian ini berubah menjadi perlindungan apabila Long Muhammad menjadi Sultan Muhammad I pada tahun 1800 dan 1801, baginda menghantar Pak Wan Mahmud sebagai utusan mengadap Maharaja Siam dan sebagai tanda perhubungan setia Sultan Muhammad mengirim bunga mas ke Siam tiga tahun sekali (Cetera Kelantan dlm. Alias Muhammad 1977:24).

Pada tahun 1832 Sultan sekali lagi menghantar utusan ke Ligor dan dari Ligor ke bangkok mengadap Maharaja Siam kerana bimbang akan ancaman dari Terengganu yang berpakat dengan Patanni. Kepulangan utusan itu membawa bersama suatu persetiaan antara negeri Kelantan dengan Kerajaan Siam diwujudkan dan Kelantan hendaklah menghantar ufti bunga emas tiap-tiap tiga tahun sekali ke Siam sebagai balasan diatas kesanggupan Siam mengawasi musuh-musuh dari luar.

(Petikan ini diambil dari laman web; http//www.PertubuhanSiamKelantanMalaysia.Com.My)

CARTA SALASILASAMI

WAT CHUMPRACHUNTHAT CHANARAMWAT CHONPRACHUMTHAT CHANARAMKAMPUNG DALAM16200 TUMPAT

KELANTAN DARUL NAIMCARTA SALASILAH SAMI WAT CHUMPRACHUNTHAT CHANARAMCARTA SALASILAH PADA TAHUN 2005;

TOK RAJA (THAN CHAN)

Mula berkhidmat pada tahun 1965 (40 tahun)

TOK RAJA (PRAK NAT)

Mula berkhidmat pada tahun 1997 (8 tahun)

TOK RAJA (PRAK CHAN)

Mula berkhidmat pada tahun 1998 (7 tahun)

PRAK SI PRAK WI Mula Berkhidmat pada Mula Berkhidmat pada

tahun 2002 (3 tahun) Ogos 2005 (2 bulan)

Gambar Prak Wi dan Tok Raja

PENGENALAN

KAWASAN KAJIAN

WAT CHONPRACHUMTHAT CHANARAM

KAMPUNG DALAM

16200 TUMPAT

KELANTAN DARUL NAIM

PENGENALAN KAWASAN KAJIAN

Wat Chumprachunthat Chanaram selain itu juga wat membawa maksud iaitu kuil. Kuil ini terletak di sebuah perkampungan yang berada di Jajahan Tumpat iaitu Kg. Dalam. Kewujudan Kuil ini telah lama kira-kira 115 tahun dahulu.

Kuil Chumprachunthat Chanaram ini di pilih kerana ianya dianggap mempunyai nilai kesenian yang tinggi dan keunikan yang tersendiri pada konsep rekabentuknya banyak dipengaruhi oleh Siam dan sedikit pengaruh senibina Islam yang terdapat padanya.

Menurut cerita orang kampung yang dahulunya pernah menjadi sami di kawasan itu (Cikgu Sai) kawasan kuil ini pernah mengalami banjir besar dan mengakibatkan banyak kerosakkan pada struktur kuil itu. Namun, setiap kerosakan yang ada itu telah diperbaiki dengan kerjasama orang-orang kampung di kawasan berkenaan.

Dahulunya kawasan di bahagian belakang yang berhampiran sungai itu adalah suatu kawasan yang mana telah menjadi laluan perhubungan yang utama antara penduduk negeri Kelantan dan Siam. Sungai ini juga digunakan sebagai jalan utama untuk mendapatkan kayu-kayu untuk kerja-kerja pembinaan ketika itu.

Selain itu, kedudukan kuil ini di kelilingi oleh kuil batu yang dibina pada 1918 yang kini berusia 87 tahun. Kuil batu ini terletak di belakang kuil ini. Di hadapan kuil batu ini terdapat stupa tempat menyimpan abu mayat atau tulang penganut agama Buddha sama ada penganut Siam mahupun Cina.

Selain itu, terdapat dewan besar (sebelah kanan) kuil ini. Dewan ini berfungsi sebagai dewan perhimpunan untuk penganut Buddha yang terdapat di kampung ini. Terdapat wakaf bersebelahan dewan ini. Wakaf ini berfungsi sebagai tempat berehat atau tempat perjumpaan antara beberapa individu dengan sami untuk membincangkan sesuatu hal.

Pintu gerbang yang terdapat di bahagian pintu masuk kawasan kuil ini telah dibina selepas pembinaan kuil kayu tersebut (tahun pintu gerbang ini tidak dapat dipastikan oleh pengkaji pintu gerbang kumpulan pintu gerbang) . Pintu gerbang ini berfungsi sebagai tempat perjumpaan di antara penduduk kampung dengan sami-sami di dalam kuil ini. Ia juga dikenali sebagai garisan kawasan sempadan dengan kawasan luar atau sebagai pintu keluar masuk orang ramai. Pintu gerbang ini mempunyai pengaruh senibina Kelantan, Siam, Cina dan Burma.

Wakaf Batu Chumprachunthat pula terletak di hadapan Kuil Kayu. Wakaf ini dibina pada tahun 1918 dan kini berusia 87 tahun ia sama dibina dengan Kuil Batu. Namun Wakaf ini diubahsuai pada tahun 1939 (tahun 2482 dalam tahun Buddha). Ini kerana pada awal wakaf ini adalah diperbuat daripada kayu. Setelah diubahsuai, wakaf ini diubah dari kayu ke batu (simen). Wakaf ini mempunyai pengaruh senibina Kelantan, Siam dan Burma.

Terdapat juga wakaf di hadapan pintu gerbang. Ia dibina pada tahun 1890 dan berusia 80 tahun. Wakaf ini hanya dipengaruhi oleh senibina Kelantan. Bahagian lantai wakaf ini telah diubahsuai kepada batu (simen).

Pandangan hadapan kuil ditutupi oleh pokok-pokok dan pokok bunga. A B C

Pintu gerbang yang terletak di pintu masuk kawasan kuil. Namun pintu gerbang ini tidak digunakan sebagai pintu masuk utama kerana pintu gerbang ini hanya digunakan untuk pejalan kaki yang datang dari arah kiri kawasan tersebut.

Pandangan sisi kuil batu yang terletak di belakang kuil kayu

Kuil kecil yang digunakan untuk upacara sembahyang keluarga seperti upacara kematian untuk penghormatan yang terakhir dan di sebelah kuil ini terdapat wakaf untuk orang ramai berehat.

Ini adalah stupa yang mempunyai patung Buddha yang terletak di dalam cermin stupa ini. Stupa ini digunakan oleh orang kampung sekiranya ada upacara tertentu ia juga berfungsi untuk menyimpan abu mayat atau tulang penganut agama Buddha.

Dewan Besar yang menempatkan penganut agama Buddha berhimpun sekiranya upacara tertentu diadakan

Wakaf yang dijadikan temapt berehat ataupun tempat orang ramai berjumpa dengan sami untuk mendengar cerita hikayat dan berkongsi masalah. Wakaf ini terletak di sebelah kanan kuil.

Wakaf Batu Chumprachunthat terdapat di hadapan kuil yang mempunyai ciri-ciri senibina Siam, Burma dan Kelantan.

Wakaf yang terdapat di hadapan pintu gerbang kawasan kuil.

Tempat pemaluh gong sebagai upacara keagamaan yang tertentu.

Satu tempat pujaan khas untuk ketua sami sahaja. Orang ramai tidak dibenarkan masuk.

Pokok yang dibawa khas dari Siam. Pokok ini dikenali sebagai Pohon Sedih. Ini kerana daunnya yang kelihatan kusam dan tidak bermaya. Pokok ini juga dianggap malang bagi kaum Cina.

Ini adalah tempat sembahnyang Buddha yang majoritinya dikunjungi oleh orang Cina. Terdapat juga abu mayat didalamnya.

Ini adalah tempat pemujaan orang kampung yang percaya bahawa patung ini bernyawa dan boleh menjatuhkan bala kepada orang tidak bertanggungjawab.

Tempat penbakaran mayat bagi penganut agama Buddha (orang Cina) selain temapt penghormatan kali terakhir

Kawasan makam perkuburan orang Siam yang berusia 100 tahun lebih. Makam ini mudah untuk dikenali sebagai makam orang Siam kerana senibina yang terdapat pada makam tersebut. Ini dapat dilihat dengan Buah Buton (dalam bulatan) yang menggunakan motif bunga teratai (anak panah) yang dianggap suci bagi penganut agama Buddha dan terdapat stupa pada sebahagian makam ini. Jika dibandingkan dengan makam orang Cina, makam orang Cina lebih besar seperti sebuah rumah. Ia boleh dikongsi dengan ahli keluarganya yang telah meninggal dunia.

Makam Siam ini telah dilekatkan duit palsu bagi kesejahteraannya ketika di alam barzakh. Ia diberi oelh ahli keluarga yang datang berkunjung.

Ini adalah makam Ketua Sami (Tok Raja) yang pertama yang telah disemadikan disini dan dijaga oelh sami-sami yang tinggal disini. Kain kuning dilili pada stupa ini untuk melambangkan makam ini kepunyaan ketua sami.

SEJARAH PEMBINAAN

WAT CHONPRACHUMTHAT CHANARAMKAMPUNG DALAM

16200 TUMPAT KELANTAN DARUL NAIM

4.0 SEJARAH PEMBINAAN

Pada awalnya kuil Chumprachunthat ini dibina pada 1890-an di Sungai Pinang, Tumpat. Kuil yang dibina ini berusia 115 tahun pada tahun ini. Kuil ini di bina sepenuhnya oleh Raja Chulalongkorn semasa pemerintahannya di Thailand. Namun, tanah asal kawasan kuil ini dimiliki oleh Pembesar Kelantan (kerajaan Negeri Kelantan). Kuil ini pernah dibina sebanyak dua kali. Ia adalah kerana semasa pembinaan kuil ini banjir kilat telah berlaku di Sungai Pinang. Ini menyebabkan banjir besar telah berlaku dan mengakibatkan kuil ini terpaksa berpindah ke tempat lain.

Pada kali keduanya, kuil ini dibina di Kampung Dalam, Tumpat. Semasa pembinaan ini juga banjir kilat telah berlaku namun masalah banjir dapat diatasi. Semasa pembinaan kuil ini, bahan-bahan binaan seperti kayu tembusu diperoleh dari hutan berdekatan. Selain itu, kayu jati telah diimport dari Selatan Thailand. Kayu-kayu ini diangkut menggunakan perahu melalui jalan sungai.

Manakala atap genting senggora dibuat sendiri oleh tukang rumah yang berasal dari Kelantan. Selain itu juga atap ini dibawa dari Songkhla (Senggora) Selatan Thailand. Atap genting ini diperbuat daripada bata tanah liat. Kuil ini dibina hasil daripada kerjasama orang kampung dan sami-sami di kuil ini. Kos pembinaan dan pengangkutan ditaja oleh Raja Chulalongkorn dari Thailand.

Konsep dan rekabentuk kuil ini adalah hasil daripada gabungan senibina Kelantan dan Siam (Thailand). Senibina ini dapat dilihat dengan jelas pada ciri-ciri tertentu yang terdapat pada kuil seperti motif ukiran, dinding, bumbung, tiang dan sebagainya.

Tapak kilang tempat membuat batu bata yang berdekatan dengan kuil.

Sungai yang dijadikan sebagai laluan utama untuk aktiviti pengangkutan

Wakaf yang menjadi tempat persinggahan orang ramai yang menggunakan jalan sungai.

Jalan utama ke sungai dari kawasan kuil

Laluan ke sungai melalui jalan belakang tempat membuat batu bata.

Perahu yang digunakan untuk aktiviti pengangkutan dan sebagai penghubung penduduk disitu. Perahu ini berusia 100 tahun lebih.

KONSEP REKABENTUKWAT CHONPRACHUMTHAT CHANARAMKAMPUNG DALAM

16200 TUMPATKELANTAN DARUL NAIM

5.0 KONSEP REKABENTUK

Kuil Chumprachunthat yang di kaji ini adalah sederhana besar tetapi pembinaannya mempunyai nilai-nilai seni yang tinggi. Pada keseluruhannya, terdapat perbezaan yang nyata jika di bandingkan dengan kuil-kuil yang terdapat di kelantan. Persamaan diantara kuil ini dengan rumah-rumah disekeliling kawasan itu ialah pada rekabentuk bumbungnya. Oleh kerana kelantan berhampiran dengan siam, jadi konsep rekabentuk kuil ini banyak mempengaruhi oleh unsur-unsur senibina siam.

Apa yang menariknya, bahagian susun atur ruang dalaman serta rekabentuk kuil ini sama seperti rumah Thailand gaya senibina Dvaravadhi di Muang Boran yang dikenali sebagai rumah Ruen Thab Kwan yang berada di dalam istana Sanam-Chan yang terletak di Dearah Nakom Prathom, Thailand. Rumah ini direkabentuk olek seorang arkitek diraja pada masa itu iaitu Phraya Wissawakram Prasit.Hujung atap Kuil Kayu ini menggunakan motif ukiran api dan hampir sama dengan motif-motif ukiran di kuil-kuil Buddha yang terdapat di siam (Thailand). Ia diperbuat daripada kayu tembusu. Kuil ini tidak banyak mengalami pengubahsuaian dan konsep rekabentuknya tidak lari daripada konsep rekabentuk yang sebenarnya.

Kuil kayu ini dibina tengahtengah kawasan tanah pasir sungai. Saiz kuil yang dikaji adalah besar dan didalamnya terbahagi kepada ruang-ruang yang tertentu. Antaranya ialah, ruang penyembahan (sembahyang), ruang umum, juga terdapat telaga langit atau dikenali sebagai courtyard yang terdapat pada tengah-tengah kuil ini.

Kuil ini di dirikan tinggi dari aras tanah. Luas dan lebar kuil ini tidak terhad pada satu ukuran sahaja. Pada bahagian sebelah kuil ini terdapat sebuah kuil yang dijadikan tempat beradu tok raja yang menjaga kawasan itu. Bahagian itu adalah penyambungan antara kuil itu. Akan tetapi, rekabentuk kawasan itu lebih kepada rekabentuk Siam (Thailand) dan senibina Kelantan. Ini jelas di lihat pada motif-motif ukiran yang di buat menghiasi dinding dan tingkap binaan.

Namun terdapat juga pengaruh senibina dari negara lain iaitu Ukiran yang terdapat pada tetupai iaitu pengaruh sedikit senibina Burma. Selain itu terdapat satu tetupai yang hampir serupa dengan tetupai yang terdapat pada Masjid Teluk Manak atau Masjid Telok Manok atau dikenali sebagai Masjid Wadi Al-Hussin yang terletak di Pattani, Selatan Thailand. Masjid ini diklasifikasikan sebagai Masjid Tua (menurut buku; Masjid Tua Kampung Tua oleh Salleh Mohd. Akib dan diterbitkan oleh Perbadanan Muzium Negeri Kelantan).Masjid ini dibina pada tahun 1624. Ia berusia 381 tahun pada tahun ini. Jika dibandingkan dengan usia pembinaan kuil Chumprachunthat beza antara kedua-dua tempat beribadat ini adalah 266 tahun. Mungkin pengaruh senibina ini dibawa oleh tukang rumah yang telah mempelajarinya secara turun temurun dari nenek moyangnya.

Tetapi ukiran yang terdapat pada tetupai ini bermotifkan ukiran flora iaitu motif bunga teratai yang dianggap suci bagi penganut agama Buddha dan berbentuk bulat. Jika dibandingkan dengan ukiran pada Masjid Wadi Al-Hussin ini ukiran ini bermotifkan hiasan geometri (Islamic Geometric) dan berbentuk segi empat sama. Persamaan idea ini jelas dapat dilihat dari bentuk dan kedudukan tetupai ini.

Masjid Wadi Al-Husin Teluk Manak atau Masjid Telok Manok, Pattani, Selatan Thailand. Ia juga tersenarai dalam masjid tertua dia Asia.

Pandangan bahahgian tepi rumah Ruen Thab Kwan yang dihiasi dengan tasik. Bahagian pelantar tangga berdekatan dengan tasik untuk beristirehat.

Ini adalah pandangan hadapan kuil Chonprachumthat Chanaram.

Pandangan belakang kuil Chonprachumthat Chanaram.

Tepi rumah Ruen Thab Kwan yang dilengkapi tangga untuk memudahkan penghuni naik melaluinya.

Rumah Ruen Thab Kwan yang mempunyai ruang jemuran yang luas.

Ruang jemuran pada rumah Ruen Thab Kwan yang bersambung dengan telaga langit. Ruang umum yang terdapat pada kuil tetapi perbezaan diantara rumah Ruen Thab Kwan adalah ruang ini tertutup berbanding dengan rumah Ruen Thab Kwan (rujuk gambar sebelah)

Pandangan tepi rumah Ruen Thab Kwan yang berdekatan dengan tasik teratai.

Pandangan tepi kuil (rujuk gambar atas dan bawah)

BAHAGIAN LANTAI

WAT CHONPRACHUMTHAT CHANARAMKAMPUNG DALAM

16200 TUMPAT

KELANTAN DARUL NAIM BAHAGIAN LANTAI.

Lantai yang ada pada bahagian kuil kayu ini dibina tinggi dari aras tanah. Sifat binaan seperti ini memang biasa terdapat pada rekabentuk bangunan tradisional kerana ianya banyak dipengaruhi oleh faktor iklim dan keselamatan. Ini adalah kerana negeri Kelantan kebiasaanya dinaiki air apabila musim tengkujuh yang sentiasa berlaku setiap hujung tahun.

Iklim panas lembap yang dihadapi di kawasan ini menyebabkan kita sering mendapat hujan yang maksima. Walaupun begitu, kuil ini dibina berhampiran kawasan sungai.

Lantai ialah permukaan dasar bangunan yang menerima segala aktiviti pengunjung kuil dan beban-beban lain. Pembinaan lantai ini hendaklah menjamin keselamatan dan keselesaan pengunjungnya. Antara ciri-ciri yang perlu dititik beratkan semasa pembinaan lantai adalah: 1. kestabilan

2. kekuatan

3. pencegah kelembapan

4. tahan lasak

5. keselesaan

6. penyelenggaraan

Bahagian lantai di bahagian kuil ini

Bahagian lantai kuil ini menggunakan papan berukuran diantara 8 hingga 10 inci dan disusun berlawanan dengan arah perletakkan gelegar. Bentuk papan ini tidak sama lebar kerana papan ini dipotong menggunakan kapak pada ketika itu.Lantai kuil ini menggunakan sistem penyambungan tanggam lidah dan lurah. Paku kayu digunakan kerana paku logam tidak digunakan secara meluas pada ketika itu. Rekabentuk lantai pada kuil mengikut perbezaan arah lantai (level). Disepanjang sempadan aras lantai bagi menandakan pembahagian di antara ruang-ruang di dalam kuil tersebut.

Kedudukan lantai yang jarang dalam hingga 1 inci.

BAHAGIAN BUMBUNG

WAT CHONPRACHUMTHAT CHANARAMKAMPUNG DALAM

16200 TUMPAT

KELANTAN DARUL NAIM

BAHAGIAN BUMBUNG.

Konsep rekabentuk bumbung rumah tiang dua belas yang terdapat pada kuil ini adalah hasil dari bentuk dua lapis dimana bumbung lapisan atas berbentuk V terbalik dan bumbung bawahnya bersambung dari kiri dan kanan lapisan atas tersebut. Bumbung kuil ini menggunakan atap senggora. Ia diperbuat daripada tanah liat. Pada masa tersebut kebanyakan rumah di Kelantan menggunakan atap tersebut. Atap senggora ini diimport dari Songkhla (Senggora) dan Pattani iaitu di Selantan Thailand. Selain itu, ia juga dibuat sendiri oleh tukang rumah di Kelantan. Bentuk kuil ini menjadi dua lapis kerana kedudukan tiang yang menyokong bumbung tersebut yang berada di dalam barisan. Batang-batang tiang tersebut berada di dalam tenngah ruang bagi menyokong seluruh bumbung lapisan tiang-tiang ini menyangga tapak alang dan tunjuk langit sebagai kekuda. Tiang-tiang tengah juga menyokong bahagian atas kasau jantan yang membentuk bumbung lapisan bawah. Manakala enam batang tiang yang lain pula berada didalam garisan tepi kuil sebagai penyokong bahagian bawah kasau jantan bumbung dan bawah yang sebelah lagi. Secara lebih terperinci, ukuran jarak diantara barisan tiang-tiang dengan barisan tiang-tiang tengah yang lain ialah lebih kurang 7 hingga 11 kaki. Manakala jarak diantara barisan tiang-tiang tengah dengan tiang-tiang tepi pula ialah lebih kurang 12 kaki. Ketinggian tiang kuil pula ialah lebih kurang 8 kaki, manakala ketinggian tiang tepi dalam anggaran 9 kaki kerana mempunyai bendul (drop) setinggi 6 inci.

Contoh kepingan atap senggora

Contoh atap senggora yang dipasangkan pada bumbung

Bahagian bumbung menggunakan atap senggora

Kepingan atap senggora di simpan dibahagian bawah kuilBuah Buton (Gutung atau Butung);

Dari segi kedudukannya, buah buton masih lagi berada di perenggang bumbung kuil. Dalam senibina Siam ia dikenali sebagai Tiang langit. Ia juga mempunyai pelbagai jenis nama lain seperti matahari tegap, awan beralih, dan petunjuk langit. Namun, di Kelantan dan sebelah Pantai Timur ia dikenali sebagai Buah Buton.

Buah buton ini diperbuat daripada kayu terutamanya, jenis kayu cengal yang cukup tua dan boleh tahan sehingga 200 tahun. Buah buton ini pada amnya berbentuk bulat. Namun pada kepala buah buton ini terdapat ukirang bunga teratai. Ini dipercayai penggunaan buah buton dalam binaan kuil ini mempunyai makna yang simbolik. Ia berkait rapat dengan sistem kepercayaan yang merangkumi konsep kealaman dan ketuhanan.

Rekabentuk ini melambangkan satu bentuk binaan yang berfungsi sama seperti batu nisan di perkuburan orang siam (makam). Kayu ini memberi tanda bahawa jasad bersemadi didalamnya. Selain itu, buah buton juga memberi erti satu tanda daripada satu bentuk sesebuah bangunan bahawa manusia sentiasa bergerak dan hidup.

Buah Buton yang mempunyai ukiran bunga teratai yang terdapat pada kuil kayu tersebut. Ia juga dikenali sebagai tiang langit bagi penduduk Siam.

Sulur bayung yang bermotifkan api dalam ukiran senibina Siam yang terdapat pada hujung bumbung kuil ini.

Ukiran daun yang terdapat berhampiran dengan sulur bayung. Ukiran ini adalah berasal dari Siam.

Kedudukan Buah Buton (didalam bulatan) yang berada dibahagian pintu masuk utama. Pandangan ini diambil dari dalam kuil ini.

Contoh pengaruh senibina Siam yang terdapat pada kuil Chonprachumthat Chanaram. Ini adalah salah satu anjung dikebanyakkan rumah-rumah di negara Thailand (Siam). Gambar ini diambil di Muang Boran (Ancient City), Thailand.

Tiang langit @ buah buton

Daun Pemeles Tebar layar Sulur bayung

@ Kepala

Ini adalah bahagian perincian bumbung Siam. Gelaran pada elemen-elemen ini hampir sama dengan rumah Kelantan. Ia juga dipanggil pemeles berbentuk makara dan dianggap sakti. (petikan diambil daripada buku simbolisme di dalam senibina Melayu).

Melalui gambarajah ini, kita dapat pemeles senibina Siam yang menunjukkan ia mempunyai maksud yang tersendiri. Ia hampir sama dengan perincian bumbung rumah Kelantan. Namun hanya bahagian buah buton, pemeles, tebar layar dan sulur bayung sahaja yang digunakan di Kelantan.

Menurut makna simbolik pada pemeles ini adalah mempunyai kesaktian dan keramat. Ini kerana maksud keseluruhan perincian ini adalah berkait rapat dengan konsep kealaman dan ketuhanan. Ia juga menjadi kepercayaan penganut agama Buddha dan penduduk Siam.

Contoh terdekat bumbung Siam yang dapat dilihat dengan jelas kedudukan elemen-elemen perincian bumbung ini.

Buah buton yang terdapat pada setiap kubur orang siam dia tanah perkuburan ini.

BAHAGIAN PINTU

WAT CHONPRACHUMTHAT CHANARAMKAMPUNG DALAM

16200 TUMPAT

KELANTAN DARUL NAIM

BAHAGIAN PINTU.Rekabentuk pada pintu sama seperti konsep rumah melayu tradisional. Susun atur pintu di kuil ini pun tidak di letakkan sembarangan kerana pintu memainkan peranan penting dalam sesuatu stuktur bangunan.

Terdapat tiga jenis pintu pada kuil yang di kaji ini. Iaitu:

1. Pintu masuk utama;Pintu hadapan atau pintu masuk utama. Rekabentuk pintu ini sama seperti konsep rumah melayu tradisi. Keseluruhan pintu ini menggunakan kayu cengal. Dan pada bahagian hadapan terdapat tombol pemegang pintu atau pelokoh pintu yang diperbuat daripada tembaga.

2. Pintu bilik sami dan bilik ketua sami;Manakala pintu bilik sami ini terletak berdekatan dengan ruang sembahyang. Dimana pintu ini mempunyai persamaan dengan bilik sami dan bilik ketua sami. Pintu ini diperbuat dari kayu cengal.

3. Pintu pada sayap kanan dan kiri;

Selain itu, terdapat pintu yang terletak pada bahagian sayap kanan dan kiri kuil. Namun pintu terdapat sedikit perbezaan. Pintu pada sayap kanan terdapat tulisan dalam bahasa siam. Pintu sebelah kiri pula tidak mempunyai apa-apa tulisan. Namun kedua-dua pintu ini terdapat ukiran bunga teratai pada hujung sebelah atas pintu tersebut. Bunga ini membawa maksud bunga suci bagi agama Buddha.1.PINTU MASUK UTAMA :

Pintu masuk utama (pandangan hadapan)

Pintu masuk utama (pandangan belakang)

2.BILIK SAMI DAN BILIK KETUA SAMI :

Pintu bilik sami yang terletak bersebelahan dengan ruang tempat sami-sami bersembahyang.

Manakala pintu ini pula terdapat pada pintu masuk bilik ketua sami yang terletak berdekatan dengan ruang sembahyang tersebut.

3.BILIK PADA SAYAP KANAN DAN KIRI :

Pintu yang terletak pada bahagian bilik sami berdekatan dengan telaga langit (courtyard) sayap sebelah

Pintu yang terletak pada bahagian bilik sami berdekatan dengan telaga langit (courtyard) sayap sebelah kiri .

Pelokoh pintu yang terdapat pada setiap pintu didalam kuil yang diperbuat daripada tembaga.

Bunga teratai yang terdapat pada atas pintu bilik sami

BAHAGIAN TINGKAP

WAT CHONPRACHUMTHAT CHANARAMKAMPUNG DALAM

16200 TUMPAT

KELANTAN DARUL NAIM

BAHAGIAN TINGKAP.

Tingkap merupakan satu bukaan yang dibuat pada dinding untuk memudahkan peredaran udara yang masuk menerusi bahan-bahan jenis lutcahaya atau lutsinar yang dipasangkan di bukaan tersebut. Selain itu ia juga membenarkan angin keluar dan masuk. Namun berlainan dengan tingkap pada kuil ini kerana ia hanya menggunakan batang besi sahaja sebagai daun tingkap.Ukiran bermotif fauna atau bunga diukir pada bawah tingkap sebagai lambang prihatin pada alam sekitarnya. Pembinaan tingkap mempunyai dua bahagian utama iaitu kerangka tingkap dan daun tingkap (batang besi).

Bahan-bahan yang biasa digunakan ialah kayu dan besi (logam). Tingkap merupakan komponen yang mustahak dalam pembinaan dinding.Fungsi tingkap ialah :

-membolehkan kemasukan cahaya (sinar) siang

-mempermudahkan peredaran udara (angin)

Contoh tingkap yang menggunakan batang kayu sebagai daun tingkap

Jenis tingkap yang terdapat pada kuil ini dan terdapat ukiran tebuk timbul.

Jenis tingkap yang terdapat pada kebanyakkan rumah pembesar-pembesar ataupun istana di Thailand

BAHAGIAN TANGGA

WAT CHONPRACHUMTHAT CHANARAMKAMPUNG DALAM

16200 TUMPAT

KELANTAN DARUL NAIM

BAHAGIAN TANGGA

Tangga merupakan antara bahagian yang penting dalam pembinaan bangunan. Ia membolehkan perhubungan atau laluan turun naik yang mudah di antara satu tingkat dngan tingkat yang lain dalam sesebuah bangunan. Ia hendaklah di bina bagi memberi laluan masuk yang tersedia, mudah memuaskan dan selamat ke atas dan ke bawah. Pembinaan tangga mengandungi beberapa anak tangga yang dibina dalam satu larian terus atau mempunyai beberapa larian yang mempunyai larian yang diselangi dengan pelantar. Tapi pada kuil ini tangga yang dibina tidak mengikut ukuran standard.

Pilihan jenis tangga yang sesuai untuk suatu keadaan bergantung kepada beberapa faktor iaitu :

1. Ruang bukaan bagi tangga yang dibina2. Rekabentuk yang paling berkesan dan ekonomi3. Ukuran naik dan curam yang dikehendaki

Tangga yang terdapat berdekatan dengan ruang sembahyang. Tangga ini dilengkapi dengan laci yang berfungsi sebagai tempat meletak barang seperti cawan, pinggan dan sebagainya.

CIRI-CIRI HIASAN

YANG LAIN

WAT CHONPRACHUMTHAT CHANARAMKAMPUNG DALAM

16200 TUMPAT

KELANTAN DARUL NAIM6.0CIRI CIRI HIASAN YANG LAIN.

TELAGA LANGITTelaga langit adalah ruang terbuka (open space) yang menghubungkan bilik sami dengan ruang-ruang lain di dalam kuil tersebut.

Ruang ini tidak mempunyai dinding dan bumbung, sama seperti ruang selasar. Ia menjadi tempat terjatuhnya air hujan dari bumbung bilik-bilik sami. Dinding bawah ini terbentuk daripada dinding-dinding luar bilik sami, ruang sembahyang, dan pintu masuk utama (entrance).

Pada penghujung ruang telaga langit itu terdapat sebuah pintu yang menjadi laluan ke ruang sembahyang dari arah belakang (bilik ketua sami). Pintu ini digunakan semasa penganut agama Buddha datang untuk bersembahyang dan menjadi ruang penting semasa diadakan perayaan keagamaan.

Jika dilihat ruang ini hanya terdapat di rumah-rumah Kelantan,

Ruang ini juga tempat perhimpunan penganut agama Buddha untuk berkongsi masalah contohnya berkaitan dengan hal-hal kampung. Selain itu, ruang ini dijadikan tempat menadah air hujan yang jatuh dari bumbung bilik-bilik sami. Itu disebabkan ruang ini dikenali sebagai Telaga Langit. Ruang ini juga merupakan tempat beristirehat oleh sami-sami di kuil tersebut.Manakala bahan-bahan binaan pada telaga langit seperti bata yang dibuat sendiri daripada tanah liat dan mortar diperbuat daripada pasir, kulit siput dan kapur yang terdapat berdekatan dengan sungai.

Telaga Langit yang terdapat pada kuil ini yang berdekatan dengan pintu masuk utama.

Contoh telaga langit yang mengarah ke tempat sembahyang

Telaga Langit yang terdapat pada rumah Raplika Ruen Thab Kwan yang terdapat di Siam (rumah pembesar istana)PEMELEH / PEMELESKuil ini juga mempunyai pemeleh atau pemeles (menurut petikan daripada buku; simbolisme dalam senibina Melayu Kelantan) merupakan pasangan-pasangan kepingan papan tebal yang mana penjuru lapisan-lapisan bumbungnya. Ia berfungsi sebagai penutup hujung ril atap untuk menahan atap daripada dikopak oleh angin dan ia menutupi bahagian bumbung atas tebar layar. Dalam masyarakat Melayu tradisi, ia dihubungkan dengan lubang untuk ruang semangat, manakala dari segi senibina, ia berfungsi sebagi temapt pengedaran udara.Bentuk sepasang pemeleh itu adalah sama dengan bentuk penghujung bumbung yang ditutupinya. Ukuran pemeleh pada kuil ini lebih kurang 0.8 inci lebar, 8 kaki panjang dan 1 inci tebal.

Pada bahagian hujung bawahnya terdapat ukuran tambahan sepanjang lebih kurang 2 kaki untuk membentuk penghujung yang melengkung dikenali sebagai mata keleweng.

Pada kuil ini terdapat dua pasang pemeleh kerana bumbungnya dua lapis. Pemeleh pada lapisan atas dikenali sebagai pemeleh rumah ibu dan berbentuk V terbalik. Manakala pemeleh pada lapisan bawah dikenali sebagai pemeleh serambi dan mempunyai sudut buka yang lebih luas. Istilah-istilah ini hanya digunakan oleh penduduk di Pantai Timur.Menurut Abdullah Mohamed, pemeles atau pemeleh boleh disamakan denga lengan tangan manusia. Ini adalah maksud sebenar pemeles dalam simbolisme rumah Melayu Kelantan. Bahagian ini terletak pada bahagian bawah kepala atau alam hakikat yang terpancar keluar lambang sifat-sifat Allah s.w.t iaitu sifat-sifat Jalal dan Jamal. Sifat-sifat yang terpancar ke arah kanan dipanggil Jamal dan yang memancar ke kiri dipanggil Jalal. Kedua-dua adalah anggota dua lengan dan dua tangan manusia.

Pemeles ini juga mempunyai dua pengertian yang lain iaitu pertama, mengisbatkan kewujudan Allah s.w.t dengan menafikan makhluk. Kedua, mempunyai kekuatan ketuhanan untuk menjaga keselamatan rumah dan penghuninya.Sehubungan dengan itu, bentuk pemeles ini melambangkan sebagai huruf Lam Alif yang berbunyi Laa bererti tiada daripada perkataan Laa ilaaha illallah yang bererti tiada Tuhan melainkan Allah, maksudnya Laa maujuda illallah yang bererti tiada yang maujud, melainkan Allah.Bahagian ini jikalau dibandingkan dengan anggota manusia adalah merupakan kedua-dua lengan dan tangan yang merupakan penyangga kepada tubuh manusia. Oleh itu, berdasarkan pengertian ini, pemeles ini juga disebut sebagai penyangga, ertinya penepis segala bahaya yang mendatang (menurut Abdullah Mohamed; 1985).

Motif sulur bayung ini jikalau sekali pandang, mungkin tidak memperlihatkan fungsi yang tepat. Meskipun begitu, ia mempunyai perlambangan yang menarik. Hal ini merakamkan nilai masyarakat Melayu melalui imej sulur bayung yang digunakan pada binaan tradisi sebagai hiasan. Pemilihan dan stailisasi imej ini bersesuaian dengan pegangan Melayu beragama Islam.

Namun begitu, pemeles ini digunakan pada kuil ini kerana ia dipengaruhi dengan senibina Melayu Kelantan. Pemeles juga digunakan di negara Thailand secara meluas kerana ia berasal dari negara ini. Ia boleh dikatakan pemeles ini digunakan oleh kedua-dua negara kerana pemeles mempunyai maksud yang tersendiri bagi kedua-dua negara ini.

Pemeleh atau pemeles yang dapat dilihat pada pandangan hadapan kuil ini.

TEBAR LAYARBahagian tebar layar juga mengandungi falsafah dan simbolik yang tertentu dalam kepercayaan masyarakat Melayu khususnya di Kelantan. Tebar layar ini adalah berbentuk seperti huruf V terbalik. Menurut Abdul Halim Nasir (1988), penggunaan tebar layar sangat popular dalam binaan rumah Melayu Kelantan dan Terengganu.

Tebar Layar adalah ruang yang terbentuk di bahagian bawah penghujung bumbung yang berbentuk V terbalik. Ruang ini ditutup dengan papan yang dikenali sebagai papan katup untuk mengelakkan tempias air hujan dan binatang masuk ke dalam kuil. Lazimnya bahagian ini dihiasi dengan papan yang disusun secara bertindih yang dikenali sebagai tindih kasih. Tebar layar juga dikenali sebagai tubing layar oleh kedua-dua masyarakat negeri Kelantan dan Terengganu. Perkataan tubing kemungkinan bermaksud miring, senget atau condong, manakala layar pula mungkin diilhamkan daripada layar perahu yang berbentuk tiga segi.Pendapat ini ada benarnya, memandangan menangkap ikan di laut merupakan bidang pekerajaan yang penting bagi masyarakat Melayu di Kelantan khususnya bagi masyarakat yang tinggal dipinggir laut. Sehubungan itu, tebar layar tersebut seolah-olah merupakan simbol kepada bidang sosioekonomi mereka.

Namun simboliknya pada Abdullah Mohamed yang menganggap, bahagian tebar layar adalah sama dengan bahagian dada manusia. Berdasarkan falsafah ahli hakikat, proses penjelmaan ilmu Allah s.w.t daripada sir atau alam hakikat kepada alam nyata adalah melalui tiga tingkat iaitu tingkat ilmu Allah s.w.t , tingkat penjelmaan dalam kalbu, dan tingkat penjelmaan di alam nyata.Perkataan tebar atau tuban bererti air putih yang keluar terlebih dahulu daripada kelahiran bayi, manakala perkataan layar pula sama dengan tabir atau kelir wayang perkataan tuban bermaksud pendahulu kepada ilmu di alam nyata atau bayang-bayang ilmu sebelum lahirnya bayang-bayang itu.

Tebar layar yang dikenali sebagai tindih kasihTETUPAITetupai adalah bongkah kayu tambahan yang dipasang pada tiang untuk membantu tiang tersebut menyokong alang dan tiang. Tetupai dalam kuil ini mempunyai motif ukiran flora dan bentuk ukiran yang ringkas. Kebanyakkan ukiran yang terdapat pada majoriti tetupai ini adalah motif bunga dan daun. Ia adalah ukiran tebuk timbul. Ukiran yang diukir tidak tembus dan kebanyakkannya adalah ukiran senibina Siam dan Burma. Ukiran senibina ini sangat unik dan mudah dilihat walaupun usianya sudah menjangkau 115 tahun lamanya. Kebanyakkan kayu yang digunakan untuk ukiran ini adalah kayu cengal.Namun sami di kuil Chonprachumthat Chanaram ini telah mewarnakannya dengan warna putih supaya kelihatan cantik dan mudah dilihat orang orang yang berkunjung ke kuil tersebut. Tukang ukir ukiran ini ada yang berasal dari Siam mahupun tukang tempatan. Selain itu juga ada juga yang berasal dari Burma dan mengukir satu ukiran sebina mereka pada tetupai.

Selain itu terdapat satu jenis ukiran yang hampir meyerupai cara ukiran pada Masjid Wadi Husin, Telok Manuk, Pattani yang dibina pada kurun ke-18. Cuma perbezaan diantara kedua-dua ukiran ini adalah kedudukannya. Tetupai pada kuil ini terletak antara hujung penyambut dan kasau kuil ini. Ia berbentuk bulat serta berukir kepingan daun dan bunga teratai padanya. Tetapi pada Masjid Wadi Husin ini ia terletak diantara kasau dan papan tumpu. Ia seolah-olah tergantung pada papan tumpu dan berbentuk empat segi tepat serta berukiran geomatrik.

Contoh tetupai bermotif ukiran Siam iaitu motif flora.

Tetupai yang bermotif bunga dan daun. Hasil daripada seni ukiran Kelantan dan sedikit pengaruh ukiran Siam.

Ukiran yang mempunyai senibina Burma. Ini dapat di lihat dari lengkok ukiran tetupai ini.

Ukiran pengaruh senibina Siam yang selalunya dihias pada tetupai. Ukiran ini bermotif susunan kepingan daun dan bunga teratai.

Kedudukan tetupai yang berada di antara hujung penyambut dan kasau. Ukiran yang terdapat pada tetupai ini adalah ukiran daun dan bunga teratai. Ini adalah tetupai yang terdapat pada kuil Chonprachumthat Chanaram.

Kedudukan tetupai yang terdapat pada Masjid Wadi Husin, Telok

Manuk, Pattani yang mempunyai ukiran geomatrik dan terdapat satu bentuk kayu bulat pada bahagian bawah tetupai ini. Selain itu, terdapat ukiran pada papan tumpu yang bermotif flora.

SIKU KELUANG

Satu lagi unsur kosmos yang terdapat pada ukiran di kuil ialah penerapan motif api dan flora. Motif ini digunakan hampir kesemua ukiran yang terdapat pada kuil ini. Tetapi ia banyak menggunakan ukiran motif ini di dalam kuil ini khususnya pada bahagian siku keluang.

Motif ini dipanggil siku keluang yang sering dikaitkan dengan fungsinya untuk mengukuhkan lagi cantuman tiang kayu alang sebagai menampung bumbung kuil. Siku keluang ini selalunya terdapat pada bahagian pintu hadapan kuil. Ia terdapat pada kanan dan kiri tiang hadapan kuil.

Ukiran yang terdapat pada siku keluang ini adalah ukiran timbulan rendah yang bermotif daun. Melalui ukiran ini kita dapat melihat ukiran tebuk timbul digunakan. Ukiran ini lebih kepada motif Siam.

Selain itu, warna telah digunakan pada ukiran ini. Ia adalah warna merah dan biru. Selain dari ukiran ini tidak terdapat mana-mana ukiran yang terdapat di dalam kuil ini mempunyai warna.

Contoh siku keluang yang berukiran bermotif flora Siam yang terdapat pada pintu utama hadapan.

Kedudukan siku keluang di bahagian hadapan pintu masuk utama kuil ini.HUJUNG PENYAMBUT

Penyambut adalah bahagian kayu yang menyokong bahagian bawah dan menjadi tempat dipasang papan gelegar. Di dalan kuil ini, penghujung penyambut itu dibiarkan terjulur keluar dan diukir.

Contoh peyambut yang terdapat pada bilik sami berdekatan dengan ruang sembahyang.

Penyambut yang terdapat pada bendul antara kaki lima dengan bilik sami yang berdekatan dengan telaga langit (courtyard). Terdapat sedikit pengaruh senibina China pada hujung penyambut ini.KAKI TIANG BIRAI CERMINSemua tiang yang menyokong kuil ini menggunakan kaki besar yang lebih dikenali sebagai kaki tiang birai cermin. Nama ini diberikan sedemikian kerana bentuknya dikatakan serupa dengan cermin muka. (petikan terdapat dalam buku RUMAH TRADISIONAL MELAYU KELANTAN).

Tiang Birai Cermin yang digunakan pada kuil iniDINDING KEMBUNG (JANDA BERHIAS)

Kebanyakkan dinding yang terdapat pada kuil ini adalah dinding kembung atau dikenali sebagai dinding janda berhias. Dinding ini dibina daripada susunan penal-penal papan (lebih kurang 1 inci tebal) sebagaimana ditunjukkan pada gambar dibawah. Penal-penal tersebut disusun dalam dua kedudukan. Pertama; penal-penal yang berukuran 4 kaki panjang x 2 kaki lebar dan ia dipasang secara menegak. Kedua; penal-penal yang berukuran 1 kaki panjang x 2 kaki lebar dipasang melintang. Penal-penal ini disambungkan kepada turus dinding dengan menggunakan lidah dan lurah.

Contoh dinding janda berhias yang terdapat pada dinding luar kuil.

Hiasan dinding janda berhias ini digunakan pada seluruh dinding kuil ini.

Selain itu dinding ini digunakan pada dinding dalam kuil untuk menunjukkan kekayaan hiasan senibina Kelantan.SISIP ANGIN

Sisip angin adalah jaringan yang dibina diatas dinding, pintu dan jendela supaya udara dapat masuk ke dalam rumah. Sisip angin pada kuil ini semuanya tidak mempunyai motif ukiran yang tertentu. Namun begitu, susunan kayu-kayu digunakan untuk membenarkan angin masuk secara bebas. Kayu-kayu tersebut disusun secara menegak atau melintang.

Selain itu, sisip angin pada kuil ini juga tidak semestinya berada pada dinding, pintu dan jendela sahaja. Ia juga terdapat diantara dinding dengan dinding yang lain. Cuma kemasukan angin kedalam rumah agak minimum (sedikit).

Secara terperinci ukuran diantara kayu-kayu tersebut diantara 1 inci hingga 2 inci. Ini memudahkan angin keluar dan masuk dengan mudah. Ini menjadikan keadaan kuil berada pada suhu yang sederhana walaupun di siang hari. Kedudukan kuil ini terletak atas pasir sungai yang terdedah dengan cuaca panas.

Pada waktu malam, keadaan kuil ini sangat sejuk kerana sisip angin bukan sahaja dari dinding, pintu mahupun jendela. Ia juga datang dari lantai. Ini kerana susunan papan pada lantai agak renggang dengan jarak setengah inci hingga 1 inci.

Susunan papan pada lantai kuil ini membenarkan angin masuk melalui bawah kuil.

Sisip angin atau kekisi yang terdapat pada dinding bilik sami.

Jarak antara dinding membolehkan angin masuk secara minima. Ini kerana ruang-ruang ini (ruang sembahyang dan bilik ketua sami) mempunyai bilangan tingkap yang sedikit.

Ini adalah sisip angin yang terdapat pada dinding bahagian belakang kuil yang terletak pada bilik ketua sami. Bilik ini juga dilengkapi dengan empat buah tingkap sahaja.

Susunan kayu-kayu yang terdapat pada dinding diruang umum ini membenarkan angin masuk secara maksima. Jarak diantara kayu ini adalah 1 hingga 2 inci.

Pandangan sisip angin dari bahagian dalam kuil iaitu dari ruang umum.

ISTILAH

TANGGAM-TANGGAM

WAT CHONPRACHUMTHAT CHANARAMKAMPUNG DALAM

16200 TUMPAT

KELANTAN DARUL NAIM

7.0ISTILAH TANGGAM-TANGGAM .1)Tanggam bajang biasa;

Tanggam ini mempunyai dua atau lebih bajang yang bentuknya seperti ekor punai. Keratan hujung kayu boleh dilihat pada kedua-dua belah muka tanggam. Curam pada tepi bajang diserongkan mengikut kadar 1:6. Tanggam ini digunakan dalam pembinaan kotak yang memerlukan sudut yang kuat seperti pada belakang laci dan pemidang dulang.

Pandangan hadapan laci yang menampakkan kedudukan bajang dengan bingkai (frame) laci.

Contoh tanggam bajang biasa yang terdapat pada tangga laci pada kuil ini. Anak panah menunjukkan kedudukan bajang pada bucu laci.

2)Tanggam Kekang;Tanggam ini digunakan pada pertemuan di antara tiang mana-mana kayu yang dimasukkan daripada bahagian atas. Ini kerana sistem ini berupaya mengukuhkan persendirian antara tiang dengan kayu yang hendak dipasang di samping memudahkan pemasangan dan pembinaan.

Contoh tanggam kekang yang terdapat pada rangka bumbung kuil ini.3)Tanggam Takuk;Tanggam ini merupakan pertemuan di antara dua kayu yang di bentuk dengan membuat sedikit tarahan pada sisi sekeping kayu memuatkan ke atas.

Tanggam takuk yang terdapat pada penyambungan lantai bawah4)Tanggam Lubang dan Puting Biasa;Kedua-dua keping kayu yang akan disambungkan hendaklah sama tebal. Bahagian hujung pemidang lintang bertemu dengan pemidang tegak. Bahagian puting dikerat pada hujung pemidang lintang dan tebalnya ialah lebih kurang tebal kayu yang berkenaan. Lebar puting tidak sepatutnya melebihi 6 kali tebalnya. Jika pemidang lintang tersebut lebar, maka eloklah dibuat dua puting. Lubang dibuatkan pada pemidang tegak mengikut saiz puting. Tanggam ini boleh dipasakkan dengan menembusi muka pemidang tegak dan puting untuk menguatkannya.

Contoh Tanggam lubang dan puting biasa pada rangka bumbung kuil ini.

Tanggam Lubang dan putting biasa yang terdapat pada tiang lantai.

UKIRAN DAN HIASAN

WAT CHONPRACHUMTHAT CHANARAMKAMPUNG DALAM

16200 TUMPAT

KELANTAN DARUL NAIM

8.0 UKIRAN DAN HIASAN

Jenis-jenis awal ukiran Melayu tradisi dapat ditentukan melalui teknik pembuatannya. Umumnya, bentuk-bentuk yang popular dalam ukiran Melayu tradisi dibahagikan kepada dua jenis utama iaitu ukiran tebuk tembus dan ukiran tebuk timbul. Dalam ukiran ukiran tebuk tembus, teknik pembuatannya agak rumit. Papan ukiran akan ditebuk dan diukir sehingga tembus mengikut bentuk bunga atau corak yang dikehendaki. Jenis ukiran ini banyak terdapat pada binaan rumah khususnya di Kelantan. Biasanya jenis ukiran tebuk tembus ini dibuat pada bahagian perenggang atas dinding, tebar layar, selasar, kekipas rumah, dan ambang pintu rumah. Begitu juga dengan kuil ini, namun ukiran ini hanya terdapat pada bahagian tetupai, siku keluang, bawah tingkap dan pada atas pintu.Bentuk atau corak yang biasa diukir adalah berbentuk bunga dan daun yang dicorakkan menjadi awan larat. Selain itu, ada juga yang bercorak silang atau geometrik. Tetapi ukiran yang terdapat pada kuil ini tidak mempunyai ukiran berbentuk haiwan seperti yang kita lihat pada kebanyakkan kuil-kuil di Malaysia mahupun di negara jiran kita, Thailand.

Teknik tebuk tembus pada ukiran kuil ini menunjukkan suatu nilai kemahiran yang tinggi. Penghasilannya bukan sahaja menggambarkan nilai kepakaran yang tinggi, tetapi juga menunjukkan kehalusan masyarakat penciptanya. Jenis ukiran ini kalau dilihat dari bahagian dalam kuil ini sewaktu disinari cahaya sama ada cahaya lampu atau matahari, akan kelihatan kerawang-kerawang cahaya yang indah dan menarik. Selain itu, ia juga berfungsi sebagai laluan keluar masuk angin ke dalam kuil ini.

Ukiran tebuk timbul pula tidak jauh berbeza dengan ukiran tebuk tembus. Ukiran ini tidak tembus seperti ukiran tebuk tembus. Bentuk ukiran ini selalunya terdapat pada dinding dan pintu kuil ini. Motif yang selalu digunakan ialah motif alam tumbuh-tumbuhan. Motif pada ukiran-ukiran ini lebih kepada ukiran flora dan tidak terdapat ukiran dewa-dewa seperti dikebanyakkan kuil di Negara Thailand mahupun di negara-negara lain yang mempunyai pengaruh agama Buddha. Lingkuk ukiran ini lebih kepada motif api dan ia dapat di lihat pada ukiran daun ini. Namun mengikut keseluruhan ukiran ini ia adalah motif flora iaitu motif berbentuk bunga dan daun. Ini adalah kerana motif haiwan tidak digunakan pada mana-mana ukiran yang terdapat pada kuil ini. Teknik ukiran ini adalah tebuk timbul dan terdapat sedikit ukiran tebuk tembus . Ia dapat dilihat pada hujung ukiran iaitu pada daun ukiran ini. Manakala teknik tebuk timbul hanya terdapat pada bahagian tengah ukiran tersebut.

Setelah diamati ukiran pada tetupai ini terdapat ukiran senibina Kelantan dan gaya lengkoknya pula ada sedikit elemen api yang diwakili oleh ukiran daun. Teknik ukiran ini adalah tebuk timbul. Motif yang digunakan adalah flora iaitu tumbuh-tumbuhan. Di mana hanya terdapat bunga dan daun diterapkan pada ukiran ini. Bentuk ukiran sifat gerak yang bermula dari suatu punca dan terus tumbuh perlahan-lahan serta berliku-liku menjadikan ukiran ini lebih menarik dipandang.Kedudukan ukiran ini terletak pada tetupai kuil ini. Ia terletak betul-betul pada sisi kanan dan kiri berdekatan dengan tempat sami bersembahyang (penyembahan). Tempat sembahyang ini hanya sami sahaja yang dibenarkan duduk di kawasan ini.

Ukiran yang terdapat pada sisi kanan dan kiri ruang sembahyang kuil ini.

Bagi ukiran ini pula, ia juga dikenali sebagai Stupa dan terdapat ukiran Siam yang bermotifkan flora. Bentuk ukiran ini adalah tebuk tembus. Pada bahagian stupa ukiran ini ukiran daun-daun yang disusun secara berulang-ulang dan bertindih-tindih. Selain itu, pada bahagian ukiran di bawah stupa ini diukir dengan kelopak bunga teratai juga disusun secara bertindih-tindih supaya kelihatan lebih cantik dan menarik. Kewujudan stupa telah wujud pada kurun 300 sebelum masihi semasa kerajaan Mauri di bawah pemerintahan Raja Asoka. Ia dianggap suci kerana ia adalah lambang `kubah syurga.

Selain itu, terdapat juga ukiran senibina Kelantan yang dikenali sebagai Bunga Simpoh. Ia adalah susunan pola lengkap atau corak lengkap juga dikenali sebagai pola induk atau corak utama. Ia adalah hasil gabungan semua elemen bagi mengindahkan lgi sesebuah ukiran.

Kesemua bentuk ukiran memberikan lebih penekanan pada tumbuh-tumbuhan dan sesuatu yang mudah disusun. Ukiran ini menggabungkan semua bahagian yang ada pada sebuah pokok seperti akar, batang kayu, ranting atau dahan, daun, buah, kelopak bunga dan bunga. Ia diukir mengikut susun yang tertib mengikut lengkungan, lingkaran, simpulan, lilitan, anyaman, pusingan atau awan larat arab (arabique). Ukiran ini menjadikan ukiran ini lebih menarik dan indah dengan hasil daripada ukiran pengukir yang berbakat.

Ukiran ini adalah bentuk ukiran tebuk timbul dan terletak dibawah tingkap bahagian bilik sami dan bilik ketua sami. Namun, ukiran ini hanya terdapat pada enam buah tingkap kedua-dua bilik ini yang terletak pada kanan dan kiri kuil ini.

Ukiran bunga simpoh yang terdapat pada bahagian tingkap bilik sami dan ketua sami.

Ukiran jenis tebuk timbul yang menjadikan ukiran ini lebih menarik.

Contoh ukiran yang berada di bawah tingkap pada setiap bilik sami dan ketua sami.

Ukiran yang terdapat pada bahagian bilik sami.

Ukiran yang terdapat pada bagaian bilik ketua sami

TEKNIK DAN BAHAN

MENDAPATKAN MAKLUMAT

WAT CHONPRACHUMTHAT CHANARAMKAMPUNG DALAM

16200 TUMPAT

KELANTAN DARUL NAIM

9.0TEKNIK DAN BAHAN MENDAPATKAN MAKLUM

Kami menjalankan kerja lukisan terukur ini dengan terperinci dan menyeluruh bagi mendapatkan ukuran sebenar dan kedudukan sebenar kuil ini.

Dengan itu, kami menggunakan beberapa alatan bagi mendapatkan gambaran sebenar kuil tersebut sebelum di ubah suai dan selepas di ubah suai.

Alat alatan yang digunakan ialah seperti :

I. Tali pengukur ( linen dan metal )

II. Teknik fotografi ( kamera digital )

III. Kompas

IV. Tangga

V. Alat alat melukis dan buku sketch

LAMPIRAN

WAT CHONPRACHUMTHAT CHANARAMKAMPUNG DALAM

16200 TUMPAT

KELANTAN DARUL NAIM

10.0LAMPIRAN

MITOS DEWA-DEWI DALAM KEHIDUPAN ORANG SIAM

Lakaran dewa atau dikenali sebagai Seri Rama.Mengikut kepercayaan orang Siam kewujudan dewa-dewi memang ada. Sehingga mereka mencipta boneka wayang kulit. Ia berasal dari Negara Thailand dan dibawa masuk ke Kelantan sebagai hiburan kepada penduduk kampung ketika itu. Tetapi pada ketika ini wayang kulit tidak dibenarkan ditayangkan lagi seperti dahulu. Ini kerana ia dipercayai mempunyai semangat atau jiwa pada boneka ini. Oleh itu, agama Islam melarang akan wayang kulit ini ditayangkan kerana ia berlawanan dengan syariat agama Islam.

Patung wayang kulit yang digerakkan oleh dalang, berubah bentuk dan ukurannya pada kain tabir putih. Dari bentuk pipih yang bercorak dan berwarna berubah menjadi bentuk bayang dengan nilai seni kerawang sebagai arca kinetik, pergerakkannya terkawal sekejap bertepi tepat, sekejap berupa kabur, menjelma dari dimensi ke dimensi, dari alam nyata ke alam impian, dalam ruang tanpa dimensi.

Seni arca seperti ini termasuk mistik menghubungkan masa, realiti tampak, dan sanubari. Seniman menyedari melalui fikiran dan merasai melalui deria impian dan tanpa masa.

Sita Dewi dalam mengenekan pakaian dan perhiasan yang lengkap.

Reka bentuk patung wayang kulit Melayu mempunyai sifat yang tersendiri, berbeza daripada reka bentuk wayang kulit Siam dan wayang kulit Jawa. Namun begitu, patung wayang kulit Kelantan menunjukkan ciri-ciri wayang kulit Siam, lebih daripada wayang kulit Jawa.

Patung watak utama seperti Seri Rama, Rawana, Hanuman, dan Gunungan diukir dalam bentuk klasik, iaitu mempunyai corak-corak yang ditebuk dengan cara susunan yang halus.

Watak Seri Rama menunjukkan bentuk yang lentik dan meruncing ke luar. Ini menyarankan gerak tarian yang mirip tarian Kelantan. Watak ini mempunyai tubuh yang segak berpinggang ramping.

Rawana dan Hanuman mempunyai tubuh yang besar. Sungguhpun begitu, Rawana, sebagai raja, mempunyai pakaian dan hiasan badan yang diukir dengan halus.

Watak Pak Dogol dan Wak Long yang lucu dihasilkan dengan cara yang lebih kerakyatan yang menekan sifat-sifat lucu seperti hidung panjang, perut buncit dan punngung tonggek. Bentuk lucu seperti ini jarang terdapat dalam seni rupa Melayu.

Maharaja Rawana dalam bentuk boneka wayang kulit.

Maharaja Rawana yang sedang memanah.

Hanuman dalam agama Buddha Hanuman adalah pahlawan monyet yang menjaga kuil-kuil Buddha.

Watak Hanuman dalam wayang kulit

Ukiran Sita Dewi dan diselit bersama ukiran Siam yang bermotif flora.

Cebisan ukiran yang diletakkan berhampiran dengan tiang kuil ini. Ini adalah ukiran Sita Dewi dalam cerita mitos orang Siam.

Cebisan ukiran yang disimpan di bawah kuil. Ini ada ukiran Siam yang bermotif flora.

Ukiran ini dikenali sebagai mata tebu yang diukir secara menaik dan tersusun (kenyataan ini diambil dari petikan Ukiran Siam).

Ukiran kepala naga yang terdapat pada setiap penjuru tempat sembahyang ketua sami (hanya ketua sami sahaja dibenarkan masuk). Ukiran ini bermotif haiwan berasal dari senibina Siam.

Contoh ukiran kepala naga yang diletakkan dibawah kuil ini akibat kerosakkan dan tidak dijaga dengan rapi.

Ini adalah Dhammacakra iaitu roda (pusingan) yang dikenali sebagai jalan mulia lapan faktor dan terdiri daripada;1) pemahaman yang sempurna

2) pemikiran yang sempurna

3) pertuturan yang sempurna

4) tindak-tanduk yang sempurna

5) cara penyeruan diri yang sempurna

6) usaha yang sempurna

7) tumpuan minda yang sempurna

8) kesedaran diri yang sempurna

Seseorang Buddhis (penganut agama Buddha) mengamalkan ke lapan-lapan unsur ini sehingga ke tahap yang sempurna. Setiap unsur tersebut meliputi semua aspek hidup, ilmiah, etika, sosia-ekonomi serta peringkat psikologi. Jesteru itu, jalan mulia lapan faktor ini merangkumi semua aspek yang diperlukan untuk menjalani hidup yang baik disamping mengimbang aspek spiritual di dalam hidup kita.

Contoh Dhammacakra yang melambangkan jalan mulia lapan faktor.

Patung monyet atau dikenali sebagai Hanuman yang terletak berdekatan dengan tangga utama kuil ini. Ia dipercayai penjaga kepada kuil ini. Patung ini berusia 100 tahun lebih dan diperbuat daripada batu.

Pandangan sisi kanan dan kiri patung monyet ini

Terdapat gambar-gambar ketua sami yang pernah berkhidmat sehingga akhir hayat mereka. Selain itu, ini adalah tempat upacara sembahyang sami-sami yang dijalankan pada 6.30 pagi dan 8.30 malam tiap-tiap hari.

Ini adalah loceng untuk dibunyikan sebelum dan selepas penganut buddha bersembahyang. Kemudian sami akan membaca matera sebagai tanda beliau merestui penganutnya.

Tempat duduk ketua sami ketika menyampaikan khutbahnya dan tempat beliau menceritakan tentang cerita Buddha dan hal ehwal agama.

Salah satu eksesori yang terdapat pada tempat sembahyang sami ytersebut.

Bekas tempat menggantung lampu siling (api)

Para yang terdapat pada bumbung kuil sebagai tempat menyimpan barang.

KESIMPULAN

WAT CHONPRACHUMTHAT CHANARAMKAMPUNG DALAM

16200 TUMPAT

KELANTAN DARUL NAIM

11.0 KESIMPULAN Pemeliharan bangunan lama bukan persoalan baru bagi negara ini. Oleh kerana itu, kesedaran dan minat masyarakat adalah penting bagi menjamin perlindungan ke atas bangunanbangunan warisan yang terdapat di bandarbandar di seluruh negara.

Pada masa ini bangunan warisan sedang menghadapi tekanan dan ancaman kemusnahan akibat pembangunan yang begitu pesat. Tidak adanya pengawasan secara yang menyeluruh terhadap fenomena ini, boleh menyebabkan lambat laun negara ini, akan kehilangan corak rupa bandar yang mencerminkan keunikan , identiti dan warisan di rantau ini.

Secara keseluruhannya ,apa yang perlu ditekan disini adalah pengekalan dan pemeliharaan khazanah yang tak ternilai seperti Wat /Kuil Chumprachunthat Chanaram.

Nilai tradisional yang dapat dilihat pada kuil ini ialah pada bumbung yang mempunyai petunjuk langit dan penggunaan atap singgora . Ukiran yang terdapat pada petunjuk langit ialah menggunakan konsep flora. Penggunaan kayu cengal pada setiap kerangka dan asas kuil kayu ini adalah bersesuaian supaya kuil kayu ini dapat bertahan lama dan tidak ditelan oleh arus usianya yang begitu lama. Pada setiap sambungan di antara setiap kerangka adalah dengan penggunaan tanggam pada setiap sambungan pada kerangka tersebut dan begitu bersesuaian dengan penggunaan kayu cengal untuk mengukuhkan lagi tanggam tersebut. Sementara pada zaman dahulunya jarang digunakan paku untuk proses pembinaan.

Kebanyakan daripada bangunan yang masih kekal sehingga ke hari ini telah banyak diubahsuai dan

digantikan dengan yang baru kerana bagi membaiki kerosakan pada bangunan tersebut. Oleh itu, menjadi tanggungjawab mesyarakat kita supaya menjaga dan memberi perhatian serius terhadap perkara ini kerana dikhuatiri suatu hari nanti warisan ini akan hilang ditelan arus perubahan masa.

Selain daripada itu juga, cara hidup yang berbeza disebabkan oleh proses pemodenan yang kita alami sekarang, banyak menguasai rekabentuk yang diingini. Berbagai-bagai jenis bahan dan butiran baru diperkenalkan dan diserapkan ke dalam rekabentuk bangunan-bangunan lama walaupun cara pembinaannya masih dikekalkan.

Terpulanglah kepada masyarakat dan generasi pada hari ini untuk memandang jauh dan menilai samada hendak melihat warisan nenek moyang kita terus luput begitu sahaja ataupun sedaya upaya cuba mengekalkan senibina tradisi yang menjadi lambang identiti masyarakat Malaysia khasnya orang Melayu sendiri.

NAMA AHLI KUMPULAN

KUIL KAYUCHONPRACHUMTHAT CHANARAM WAT CHONPRACHUMTHAT CHANARAMKAMPUNG DALAM

16200 TUMPAT

KELANTAN DARUL NAIM

10.0NAMA AHLI KUMPULAN;

KETUA KUMPULAN:

1.MOHD FAIZUL B CHE HUSIN

840216-03-5221

AHLI KUMPULAN:

2.MOHD KHAFIZE B JAIS

851014-14-5549

3.KAMARUL BAZLI B MATAR

820731-04-5397

4.MOHD FIRDAUS B HADI

841018-03-5495

5.ROZYANNA BTE HJ MARTIN

830507-12-5228

6.SITI NOOR HIDAYAH BTE ABD RAHIM

830320-01-5352

7.SITI NURUL HUDA BTE CHE SHAMSUDIN

851010-03-5502

8.NOOR AQIDAH BTE ABDUL SATAR

851127-07-5516

9.NOR HAFIZAH BTE ABDULLAH

851228-38-5476

10.NURULAINI BTE MOHAMED KAMIL

830910-13-5004

11.NURUL ELANE BTE BAHARI

821201-03-5444

BIBILIOGRAFI

WAT CHONPRACHUMTHAT CHANARAMKAMPUNG DALAM

16200 TUMPAT

KELANTAN DARUL NAIM

11.0BIBILIOGRAFI

NAMA BUKU :

WALI SONGO DENGAN PERKEMBANGAN ISLAM DI NUSANTARA

PENGARANG :

HJ ABDUL HALIM BASHAH (ABHAR)

KELUARAN :

AL-KAFILAH ENTERPRISE

NAMA BUKU :

SIMBOLISME DALAM SENI BINA RUMAH MELAYU KELANTAN

PENGARANG :

MUHAMMAD AFANDI YAHYA

KELUARAN :

DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA, KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA, KUALA LUMPUR, CETAKKAN PADA TAHUN 1995

NAMA BUKU :

SPIRIT OF WOOD

The Art of Malay Woodcarving

Works by master carvers from Kelantan, Terengganu and Pattani

PENGARANG :

FARISH A.NOOR

EDDIN KHOO

KELUARAN :

PERIPLUS EDITIONSNAMA BUKU :

RUPA DAN JIWA

PENGARANG :

SYED AHMAD JAMAL

KELUARAN :

DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA,

KUALA LUMPUR,

CETAKKAN PADA TAHUN 1992

NAMA BUKU :

UKIRAN THAILAND

CHIOCHAI PRAPHANPENGARANG :

BUSLIK NIYUMWAD

AKRE ITHFASENG

FOL TOTO POJ BUKYACINDA

KELUARAN :

IDEAL STIRKNAMA BUKU :

RUMAH TRADISIONAL MELAYU KELANTAN

PENGARANG :

MOHAMED ANWAR BIN OMAR DIN

EDITOR :

MOHD. GHAZALI ADDULLAH

KELUARAN :

KEMENTERIAN KEBUDAYAAN,

KESENIAN DAN PELANCONGAN MALAYSIA

KUALA LUMPUR

CETAKKAN PADA TAHUN 1997

NAMA BUKU :

TEKNOLOGI BINAAN BANGUNAN

PENGARANG :

TAN BOON TONG

EDITOR :

WAHAB OTHMAN

KELUARAN :

DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA,

KUALA LUMPUR,

CETAKKAN PADA TAHUN 2000

NAMA BUKU :

MASJID TUA KAMPUNG TUA

PENGARANG :

SALLEH MOHD. AKIB

KELUARAN :

PERBADANAN MUZIUM NEGERI KELANTAN

LUKISAN TERUKUR

(LUKISAN PERINCIAN)WAT CHONPRACHUMTHAT CHANARAMKAMPUNG DALAM

16200 TUMPAT

KELANTAN DARUL NAIMGambar A;

Menunjukkan jalan masuk ke kuil melalui jalan raya utama. Batu Petunjuk yang yang menunjukkan kedudukan Sungai PInang yang terletak 4 KM dari kawasan kuil.

Gambar B;

Papan tanda yang menjadi tanda mercu kuil ini.

Gambar C;

Jalan raya kecil ini adalah jalan utama masuk ke kawasan kuil.

PAGE 3_______________________________________________________________________________________LUKISAN SENIBINA IV / MEI DIS 2005

_1188478685.bin

_1190280900.bin

_1091569464.bin

_1091570671.bin

_1091568947.bin