16
03-May-2013 1 TAJUK 2: PENTADBIRAN DAN PENGURUSAN KHSR 1. Pengurusan dan pentadbiran sumber manusia 2. Pengurusan dan pentadbiran bengkel 3. Penyenggaraan bengkel PENTADBIRAN DAN PENGURUSAN SUMBER MANUSIA 1. Struktur Organisasi 2. Panitia 3. Pengurusan Pelajar 1. Struktur Organisasi GURU BESAR PEN. KANAN KETUA PANITIA GURU KEMAHIRAN HIDUP Panitia Kemahiran Hidup adalah sekumpulan guru yang mengajar mata pelajaran KH. Ketua Panitia bertanggungjawab mengurus, merancang dan memastikan perjalanan proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah. 2. Panitia

Reka bentuk dan teknologi

Embed Size (px)

DESCRIPTION

Kurikulum

Citation preview

  • 03-May-2013

    1

    TAJUK 2: PENTADBIRAN DAN PENGURUSAN KHSR

    1. Pengurusan dan pentadbiran sumber manusia

    2. Pengurusan dan pentadbiran bengkel

    3. Penyenggaraan bengkel

    PENTADBIRAN DAN PENGURUSAN SUMBER MANUSIA

    1. Struktur Organisasi2. Panitia3. Pengurusan Pelajar

    1. Struktur Organisasi

    GURU BESAR

    PEN. KANAN

    KETUA PANITIA

    GURU KEMAHIRAN HIDUP

    Panitia Kemahiran Hidup adalah sekumpulan guru yang mengajar mata pelajaran KH.

    Ketua Panitia bertanggungjawab mengurus, merancang dan memastikan perjalanan proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah.

    2. Panitia

  • 03-May-2013

    2

    2. Panitia

    Di antara tugas ketua panitia:i. Menyelaraskan sukatan dan rancangan

    pelajaran harian dan semester/tahunanii. Membuat anggaran perbelanjaan tahunan

    untuk diserahkan kepada guru penolong kanan

    iii. Membuat pesanan bahan dan alatan

    iv. Mengagihkan tugas mengajar serta tanggungjawab pengurusan, penyelenggaraan dan keselamatan bengkel kepada guru-guru KH

    v. Menentukan penggunaan alat bantu mengajar dan kaedah mengajar yang kemaskini

    vi. Menjalankan mesyuarat panitia

    2. Panitia

    3. Pengurusan Pelajar

    Menyediakan Peraturan Keselamatan Makmal yang perlu dipatuhi oleh pelajar

    Memastikan pelajar sentiasa mematuhi arahan guru dan bekerja secara bersistematik dan selamat

    Panitia bertanggungjawab bagi menguruskan sistem kepegawaian kepada pelajar seperti contoh rajah berikut:-

    PENGURUSAN PELAJAR

    Ketua Formen

    Ketua Kebersihan

    Ketua Alatan

    Ketua Projek

    Ketua Keselamatan

  • 03-May-2013

    3

    i. Tugas Ketua Formen Bertindak sebagai Ketua Kelas dan

    bertanggungjawab terus kepada guru KH Memastikan semua penolong-penolong di

    bawahnya menjalankan tugas-tugas yang telah ditetapkan

    Melaporkan kepada guru berkenaan kejadian spt kemalangan, alat-alat yang rosak atau hilang

    a) Tugas Pelajar

    ii. Tugas Ketua Kebersihan Bertanggungjawab untuk bersama-sama

    pembantunya empat atau lima orang bagi membersihkan tempat kerja, menyapu lantai dan membuang sampah dari tong sampah

    Memastikan lantai bersih dari tumpahan minyak atau bendalir

    Melaporkan kepada Ketua Formen berkenaan kerja-kerja pembersihan yang dibuat

    a) Tugas Pelajar

    iii. Tugas Ketua Alatan Bertanggungjawab untuk bersama-sama

    pembantu untuk mengagihkan alatan kepada pelajar-pelajar

    Memungut semula alatan dan meletakkannya pada rak panel alatan

    Melaporkan kepada Ketua Formen jika terdapat alatan yang rosak, patah ataupun hilang

    a) Tugas Pelajar

    iv. Tugas Ketua Projek Bertanggungjawab untuk bersama-sama

    pembantunya bagi mengedarkan bahan projek kepada pelajar-pelajar semasa kelas dimulakan

    Memungut semula projek terutama yang masih belum siap dan dimasukkan semula ke dalam rak projek/almari/tempat penyimpanan projek belum siap

    Melaporkan kepada Ketua Formen jika terdapat projek yang rosak, pecah atau pun yang hilang

    d) Tugas Pelajar

  • 03-May-2013

    4

    v. Tugas Ketua Keselamatan Bertanggungjawab untuk bersama-sama

    pembantu bagi memastikan makmal dalam keadaan selamat

    Memastikan semua tingkap ditutup, pintu dikunci, suis lampu dan kipas ditutup, plag kuasa dimatikan dan ditanggalkan dari soket

    Melaporkan kepada Ketua Formen jika terdapat tingkap yang pecah, kunci pintu yang rosak atau terdapat suis, kabel elektrik yang putus atau tanggal dari peralatan atau mesin elektrik

    Memastikan pili air ditutup ketat

    d) Tugas Pelajar d) Tugas Pelajar

    TUGASAN M I M 2 M 3 M 4

    Kebersihan A B D C

    Alatan B A C D

    Projek C D B A

    keselamatan D C A B

    PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN BENGKEL

    a) Ruangb) Susun Aturc) Keselamatan

    (a) Ruang

    Keluasan makmal/bengkel yang sesuai ialah 20 meter x 25 meter

    Ciri-ciri:a. Boleh menampung bilangan pelajar seramai 20

    orang atau lebihb. Membolehkan seseorang bergerak dengan bebasc. Lantai mestilah dari bahan tahan lasak, mudah

    dibersihkan, tidak menampung habuk dan tidak licin

  • 03-May-2013

    5

    d. Tingkap yang besar untuk membenarkan cahaya masuk sebanyak mungkin serta pengedaran udara yang bebas.

    e. Pintu mempunyai daun pintu yang besar bagi emmudahkan jalan keluar semasa kecemasan

    f. Meja kerja yang tahan lasak yang berukuran di antara 1.2 meter x 1.5 meter dan tinggi 0.9 meter

    (a) Ruang

    g. Mempunyai bekalan asas seperti elektrik bagi pencahayaan dan soket kuasa dan bekalan air siap dengan pili dan singki bagi pencucian.

    h. Sebuah stor atau bilik bagi menyimpan bahan-bahan, alatan dan projek

    (a) Ruang

    (b) Susun Atur

    i. Rak-rak panel alatan dan kelengkapan mudah digunakan

    ii. Rak-rak simpanan bahan binaan projek boleh menempatkan bahan dengan baik

    iii. Rak-rak bahan bantuan mengajar yang kemas kini dan pelbagai

    iv. Jarak susun atur ruang dibuat hendaklah sekurang-kurangnya 1.5 meter di antara pelajar

    v. Memudahkan kerja-kerja penyelenggaraan dilakukan

    (b) Susun Atur

  • 03-May-2013

    6

    (c) Keselamatan

    1) Kawasan kerja atau petak kerja yang ditanda dengan garisan mengggunakan cat merah, hijau atau kuning bagi menandakan kawasan kerja selamat.

    2) Menyedia dan menggunakan bahan perlindungan dan pakaian kerja bagi melindungi muka dan mata, pernafasan, badan dan lengan, tangan, rambut dan kaki

    4) Menyediakan peti pertolongan cemas dan tempat rawatan

    5) Mengadakan alat pemadam api yang berfungsi

    6) Memaparkan carta atau nombor telefon panggilan kecemasan seperti Bomba, Ambulan, Polis dan lain-lain

    (c) Keselamatan

    APAKAH PERBEZAAN ANTARA PENYELENGGARAAN DAN

    PENYENGGARAAN?

    1. Definisi Penyenggaraan2. Jenis-jenis Senggaraan3. Cara-cara Senggaraan Dilakukan4. Langkah-langkah Kawalan

    penyenggaraan

    PENYENGGARAAN BENGKEL

  • 03-May-2013

    7

    DEFINISI PENYELENGGARAAN: Menjalankan kerja-kerja merancang dan

    mengurus aktiviti penyenggaraan DEFINISI PENYENGGARAAN: Melakukan aktiviti menjaga atau menservis

    sesuatu perkakasan, alatan, mesin mudah alih, perabot atau bangunan supaya sentiasa berada dalam keadaan baik dan berfungsi dengan sempurna

    PENYENGGARAAN BENGKEL 1. Jenis-jenis Senggaraan

    a) Senggaraan Kawalanb) Senggaraan Pembetulanc) Senggaraan Ramalan

    a) Senggaraan Kawalan

    Senggaraan yang paling berkesan kerana senggaraan dilakukan sebelum peralatan, mesin dan bangunan menjadi rosak

    Ia dilakukan berterusan dari masa ke semasa mengikut jadual senggaraan yang telah ditetapkan

    Senggaraan ini lebih mahal untuk dilakukan kerana kerja senggaraan berterusan tetapi untuk jangka panjang cara ini menguntungkan kerana kerosakan yang besar dapat dielakkan

    Senggaraan kawalan mengandungi:i. Reka bentuk dan pemasangan yang sesuai untuk

    peralatan yang digunakanii. Pemeriksaan alatan mengikut jadual untuk

    mengelakkan kerosakkan daripada berlakuiii. Membuat servis, baik pulih dan penjagaan alatan

    supaya sentiasa sempurnaiv. Pelinciran yang sempurna dan mencukupi serta

    pembersihan dan perlindungan spt mengecat peralatan dan bangunan

    a) Senggaraan Kawalan

  • 03-May-2013

    8

    Senggaraan jenis ini hanya dilakukan selepas sesuatu peralatan itu rosak

    Kerja-kerja senggaraan tidak akan dilakukan selagi tiada kerosakan yang berlaku

    Biasanya senggaraan ini dilakukan ke atas peralatan yang kecil dan yang tidak digunakan terlalu kerap

    Walaupun kos senggaraan jangka pendek adalah rendah namun untuk jangka masa panjang ia mungkin menjadi terlalu tinggi

    b) Senggaraan Pembetulan

    Senggaraan ramalan menjalankan kerja-kerja senggaraan mengikut jangkaan kerosakan

    Biasanya peralatan seperti alat penganalisis gegaran dan amplitud, tolok audio, alat optik, tolok tekanan dan suhu dan tolok rintangan digunakan untuk meramal kemungkinan berlakunya kerosakan

    c) Senggaraan Ramalan

    Senggaraan ini banyak dilakukan dalam industri yang melibatkan penggunaan alatan elektronik seperti komputer kerana: Peralatan yang digunakan mempunyai

    bahagian yang kecil dan rumit untuk disenggara setiap hari

    Bahagian-bahagian pada alatan elektronik tidak membolehkan kerja-kerja servis dilakukan

    c) Senggaraan Ramalan

    Dua perkara penting yang sentiasa memerlukan penyenggaraan .

    (i) Senggaraan alatan tangan(ii) Senggaraan bangunan

    Cara-cara Senggaraan Dilakukan

  • 03-May-2013

    9

    TERANGKAN CARA-CARA PENYENGGARAAN :

    1. ALATAN TANGAN2. BANGUNAN

    1. Penyenggaraan Alatan Tangan

    Alat tangan dan perkakasan yang sering disenggara dengan baik akan:

    1. Sentiasa berkeadaan baik2. Tahan lama3. Selamat digunakan4. Mudah diambil untuk digunakan5. Tersusun dan teratur

    Peringkat Kerja Penyenggaraan

    1. Membersihkan kotoran2. Meminyak untuk perlindungan dan peliciran3. Menyimpan dan menyusun atur peralatan

    di tempat yang sesuai

    Langkah-langkah penyenggaraan Alat Tangan

    1. Membersihkan alat tangana. Cecair pencuci dan sabun sesuai

    digunakan untuk membersihkan kekotoran habuk dan minyak

    b. Kertas las sesuai untuk menanggalkan karat

    c. Minyak tanah dan thinner sesuai untuk menanggalkan kesan cat dan minyak

  • 03-May-2013

    10

    2. Meminyakkan Alat Tangan

    Meminyakkan alat tangan sepertia. Logam tidak berkaratb. Alat tangan atau mesin bergerak spt playar,

    gerudi tangan melicin

    2 jenis minyak yang biasa digunakan:i. Minyak pelincir mencegah karatii. Gris bahagian mesin yang bergerak

    3. Menyimpan Alat Tangan

    Setelah dibersih alat tangan disimpan dengan kemas dan teratur di tempat yang dikhaskan seperti di rak alatan

    Tujuan menyimpan di tempat khas ialah:1. Memudahkan mengambil apabila diperlukan2. Kehilangan atau kerosakan mudah dikesan

    Contoh Penyenggaraan

    Peralatan Cara Menyenggara1. Hulu/pemegang

    alatan (disaluti cat atau chrome)

    Lap dengan menggunakan kain reja yang telah dibasahkan dengan air dan sabun serta serbuk pencuci

    2. Kotoran minyak hitam atau kesan karat

    Cuci dengan minyaktanah

    Contoh Penyenggaraan

    Peralatan Cara Menyenggara3. Kesan cat yang

    tidak dapat ditanggalkan oleh minyak tanah

    Kikis dengan pengikis cat dan bersihkan dengan pencair (thinner)

    4. Permukaan berkarat

    Gosok dengan beruskeluli atau kertas lashalus

  • 03-May-2013

    11

    Aktiviti : Membersih, Meminyak dan Menyimpan alatan

    Alatan dan Bahan:1. Suratkhabar lama2. Kertas las3. Minyak tanah atau thinner4. Minyak pelincir5. Gris 6. Kain lap

    Langkah-langkah

    1. Lapik meja kerja dengan menggunakan surat khabar lama

    2. Keluarkan alat tangan dari kotak atau rak. Susun di atas surat khabar

    3. Bersihkan alat tangan yang berkarat menggunakan kertas las

    4. Minyakkan bahagian sendi alat tangan dengan gris

    Langkah-langkah

    5. Bersihkan alat tangan menggunakan minyak tanah atau thinner

    6. Lap alat tangan menggunakan kain lap7. Bersihkan bahagian dalam dan luar kotak

    peralatan dengan menggunakan air sabun keringkan sebelum memasukkan alat tangan

    8. Susun alat tangan yang telah bersih ke dalam kotak alatan. Alat tangan yang besar dan berat diletakkan di sebelah bawah

    2. Penyenggaraan Bangunan

    Meliputi penyenggaraan bengkel dan perabotKerja-kerja penyenggaraan:1. Menyapu lantai2. Menyusun alatan dan kelengkapan3. Membersih tingkap termasuk menutup dan

    membuka tingkat4. Membersihkan meja kerja dan papan tulis5. Menutup suis

  • 03-May-2013

    12

    Bahagian Bangunan Yang Perlu Diselenggara

    Bil Bahagian-bahagian Sebab1 Pintu pemegang pintu,

    engsel, mangga dan selak pintu

    Habuk, debu, kotoran atau berkarat di bhg logam

    2 Tingkap-kaca tingkap, kerangkap tingkap

    Habuk, debu, kotoran atauberkarat di bhglogam

    Bahagian Bangunan Yang Perlu Diselenggara

    Bil Bahagian-bahagian Sebab3 Perabot- penarik laci,

    penyangkut, perumahkunci, roda

    Longgar, berkarat atau tanggal

    4 Lantai dan jubin -permukaan

    Licin, basah, minyak

    Bahagian pintu, tingkap dan perabot yang diselenggara dikenalpasti melalui:

    Warna yang pudar akibat kotoran Berkarat di bahagian logam Bunyi geseran tidak licin di bahagian yang

    bergerak Terdapat bahagian yang longgar akibat

    gegaran atau kerap digunakan

    Peralatan Yang Digunakan:

    Baldi Berus dawai Berus sabut Botol penyembur Kain

  • 03-May-2013

    13

    Kerja-kerja penyelenggaraan bangunan seperti:

    Membersih Mengilap Meminyak

    Bahan dan Peralatan Membersih

    Bahagian Bangunan Bahan PembersihDiperbuat kayu, kaca, plastik, cermin, jubin dan konkrit

    Air, sabun atau bahan pembersih detergen

    Diperbuat dari logam Turpentin

    Agen Pembersih

    i. Sabun(serbuk, cecair)ii. Pembersih detergeniii. Pembersih semburaniv. Pembersih jubin/lantaiv. Turpentin

    Bahan Pengilap dan Pelicir

    Bahan Pengilapdan Pelicir

    Peralatan

    Braso Sesuai untuk permukaan logam-kuprum, perak atau keluli kilat

    Lilin Sesuai untuk permukaankayu atau logam

  • 03-May-2013

    14

    Bahan Pengilap dan Pelicir

    Bahan Pengilapdan Pelicir

    Peralatan

    Pengilap Semburan Sesuai untuk permukaan kayu atau logam

    Minyak pelicir Sesuai untuk bhg bangunanyang bergerak seperti engselpintu atau tingkap, rodakerusi dan kunci

    3. Langkah-langkah Kawalan Senggaraan

    Keberkesanan sistem senggaraan bergantung kepada kerja-kerja merekod aktiviti senggaraan

    Sistem rekod yang baik akan menjamin kerja-kerja senggaraan yang lebih berkesan

    Langkah-langkah yang diambil sebelum sesuatu kerja senggaraan dijalankan:-

    i. Arahan Kerjaii. Jadual Kerjaiii. Kos Senggaraaniv. Belanjawanv. Rekod Alatan

    2. Langkah-langkah Kawalan Senggaraan 1. Arahan Kerja

    1. Mandur akan memaklumkan tentang kerosakan yang berlaku

    2. Ketua Bahagian Senggaraan akan mengeluarkan arahan kepada kakitangan bahagian untuk menyelesai masalah yang dihadapi

    3. Selepas kerja selesai kakitangan akan merekodkan maklumat spt kerja yang dilakukan, masa yang diambil, kos alat ganti yang digunakan, bilangan pekerja yang diperlukan dan sebagainya

  • 03-May-2013

    15

    2. Jadual Kerja

    Jadual kerja disediakan oleh Penasihat Kawalan Bahagian Senggaraan dengan bantuan mandur

    Pihak ini bertanggungjawab menganggarkan jumlah pekerja dan masa yang diambil untuk sesuatu jenis kerja senggaraan yang diperlukan

    Tujuan memudahkan bahagian senggaraan mengagih-agihkan kakitangan sekiranya kerosakan berlaku serentak

    3. Kos Senggaraan

    Kos senggaraan = Jumlah kos pekerja +

    kos bahan ganti

    4. Belanjawan

    Belanjawan dibuat setahun sekali Jumlah wang yang diperuntukkan ke

    bahagian senggaraan bergantung kepada kos senggaraan yang telah dibuat dalam masa setahun

    Biasanya hitung panjang kos senggaraan setahun akan dijadikan asas dalam jumlah peruntukan tahunan

    5. Rekod Alatan

    Rekod alatan penting dalam sesuatu program senggaraan

    Rekod ini mengandungi semua data alatan seperti nombor siri, pembekal, kos membeli dan sebagainya

  • 03-May-2013

    16

    SEKIAN