2
REFLEKSI Pada 7 Julai 2013, Sekolah kebangsaan Titi Gantong telah mengadakan aktiviti gotong-royong perdana buat sekian kalinya. Aktiviti ini dijalankan kerana kepentingan untuk menjaga kebersihan persekitaran sekolah dan menaik tarafkan bilik-bilik khas dan kelas supaya lebih ceria. Program ini telah beberapa kali telah dirancang tetapi terpaksa ditangguhkan atas kekangan masa .Sebelum aktiviti bermula ,perancangan awal telah dibuat. Kami ahli jawatankuasa keceriaan sekolah telah bermesyuarat untuk menentukan tarikh yang sesuai, kami tidak boleh memilih aktiviti dijalankan pada masa persekolahan kerana ini akan menganggu proses pengajaran dan pembelajaran murid-murid. Kata sepakat telah dibuat maka pada tarikh 7 Julai maka terlaksanalah program gotong-royong di Sekolah Kebangsaan Titi Gantong. Perancangan telah dibuat, ahli jawatankuasa perlu menjalankan tugas masing-masing seperti yang telah diputuskan dalam mesyuarat. Gotong-royong melibatkan murid-murid, ibu bapa dan guru-guru. Semua guru terlibat termasuk guru-guru dari kelas pendidikan khas dan guru-guru prasekolah . Begitu juga dengan ibu bapa pelajar di pendidikan khas dan prasekolah turut serta untuk menjayakan program gotong royong kali ini. Kekuatan yang saya perolehi ketika berlangsungnya program gotong-royong ini ialah semua pihak bekerjasa dalam menjayakan program ini. Peralatan yang digunakan diperolehi dari pihak sekolah sendiri dan dibawa oleh ibu bapa murid-murid. Selain itu

refleksi gotong royong big.docx

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: refleksi gotong royong big.docx

REFLEKSI

Pada 7 Julai 2013, Sekolah kebangsaan Titi Gantong telah mengadakan aktiviti gotong-royong

perdana buat sekian kalinya. Aktiviti ini dijalankan kerana kepentingan untuk menjaga

kebersihan persekitaran sekolah dan menaik tarafkan bilik-bilik khas dan kelas supaya lebih

ceria. Program ini telah beberapa kali telah dirancang tetapi terpaksa ditangguhkan atas

kekangan masa .Sebelum aktiviti bermula ,perancangan awal telah dibuat. Kami ahli

jawatankuasa keceriaan sekolah telah bermesyuarat untuk menentukan tarikh yang sesuai, kami

tidak boleh memilih aktiviti dijalankan pada masa persekolahan kerana ini akan menganggu

proses pengajaran dan pembelajaran murid-murid.

Kata sepakat telah dibuat maka pada tarikh 7 Julai maka terlaksanalah program gotong-

royong di Sekolah Kebangsaan Titi Gantong. Perancangan telah dibuat, ahli jawatankuasa perlu

menjalankan tugas masing-masing seperti yang telah diputuskan dalam mesyuarat. Gotong-

royong melibatkan murid-murid, ibu bapa dan guru-guru. Semua guru terlibat termasuk guru-

guru dari kelas pendidikan khas dan guru-guru prasekolah . Begitu juga dengan ibu bapa pelajar

di pendidikan khas dan prasekolah turut serta untuk menjayakan program gotong royong kali ini.

Kekuatan yang saya perolehi ketika berlangsungnya program gotong-royong ini ialah

semua pihak bekerjasa dalam menjayakan program ini. Peralatan yang digunakan diperolehi dari

pihak sekolah sendiri dan dibawa oleh ibu bapa murid-murid. Selain itu cuaca yang baik

membolehkan program dapat dijalankan seperti yang dirancang. Jika hujan sudah tentu aktiviti

membersihkan longkang dan mengecat tidak dapat dijalankan.

Walaubagaimanapun setiap program mesti ada sedikit pincangnya, perlu sokongan yang

lebih daripada ibu bapa kerana pihak sekolah telah mengadakan aktiviti ini pada hari Ahad sudah

tentu lebih ramai ibu bapa yang “turun padang” yang boleh membuat aktiviti lebih berjaya lagi.

Disediakan Oleh:

----------------------------------------

(ZALILA BINTI AHMAD)

PPG MATEMATIK 01 JUN 2011