5
LIANG KIEN WAH PISMP MATEMATIK SEMESTER 3 REFLEKSI BINA INSAN GURU (BIG) PENGENALAN Bina Insan Guru (BIG) merupakan kursus wajib yang perlu dilaksanakan oleh semua guru pelatih bagi Program Ijazah Sarjanah Muda Perguruan (PISMP). Kursus ini bertujuan sebagai persiapan kendiri untuk ke alam persekolahan kelak. Program Bina Insan Guru pada semester dua ini melibatkan aktiviti ceramah bertemakan ʻʻGuru dan Hubungan Komuniti” dan aktiviti gotong-royong membersihkan beberapa nilik kuliah serta menanam beberapa pokok bunga di kawasan IPG Kampus Kent baru. Pokok bunga diperoleh daripada kawasan sekitar IPG Kampus Kent dengan kerjasama pihak penjagaan persekitaran kampus. Aktiviti ini dijalankan oleh gabungan tiga unit PISMP Ambilan Jun 2014 iaitu opsyen Matematik, opsyen Pemulihan dan opsyen Bahasa Kadazandusun. Aktiviti ini dijalankan serentak oleh tiga unit PISMP Ambilan Jun 2014 bagi mengeratkan hubungan sesama dan mewujudkan kerjasama yang baik di kalangan guru pelatih dalam melaksanakan sesuatu tugasan. Aktiviti ini bermatlamat meningkatkan motivasi guru pelatih agar mampu menghadapi cabaran semasa dalam bidang pendidikan sekaligus membentuk masyarakat yang harmoni melalui peranan sebagai seorang guru yang prihatin terhadap persekitaran semasa. Di samping itu, aktiviti ini menekankan kepentingan jati diri seorang guru sebagai teladan yang baik kepada masyarakat setempat. Bagi melengkapkan pengajian saya pada semester ini, saya telah mengikuti program BIG selama 2 hari di IPG Kamps Kent Baru pada 03 September dan 07 September 2015. Taklimat telah disampaikan oleh pengerusi program, Samuel Thong Wei Zheng pada beberapa hari

Refleksi Bina Insan Guru

Embed Size (px)

DESCRIPTION

refleksi

Citation preview

Page 1: Refleksi Bina Insan Guru

LIANG KIEN WAH PISMP MATEMATIK SEMESTER 3

REFLEKSI BINA INSAN GURU (BIG)

PENGENALAN

Bina Insan Guru (BIG) merupakan kursus wajib yang perlu dilaksanakan oleh semua

guru pelatih bagi Program Ijazah Sarjanah Muda Perguruan (PISMP). Kursus ini bertujuan

sebagai persiapan kendiri untuk ke alam persekolahan kelak. Program Bina Insan Guru

pada semester dua ini melibatkan aktiviti ceramah bertemakan ʻʻGuru dan Hubungan

Komuniti” dan aktiviti gotong-royong membersihkan beberapa nilik kuliah serta menanam

beberapa pokok bunga di kawasan IPG Kampus Kent baru. Pokok bunga diperoleh daripada

kawasan sekitar IPG Kampus Kent dengan kerjasama pihak penjagaan persekitaran

kampus.

Aktiviti ini dijalankan oleh gabungan tiga unit PISMP Ambilan Jun 2014 iaitu opsyen

Matematik, opsyen Pemulihan dan opsyen Bahasa Kadazandusun. Aktiviti ini dijalankan

serentak oleh tiga unit PISMP Ambilan Jun 2014 bagi mengeratkan hubungan sesama dan

mewujudkan kerjasama yang baik di kalangan guru pelatih dalam melaksanakan sesuatu

tugasan.

Aktiviti ini bermatlamat meningkatkan motivasi guru pelatih agar mampu menghadapi

cabaran semasa dalam bidang pendidikan sekaligus membentuk masyarakat yang harmoni

melalui peranan sebagai seorang guru yang prihatin terhadap persekitaran semasa. Di

samping itu, aktiviti ini menekankan kepentingan jati diri seorang guru sebagai teladan yang

baik kepada masyarakat setempat.

Bagi melengkapkan pengajian saya pada semester ini, saya telah mengikuti program

BIG selama 2 hari di IPG Kamps Kent Baru pada 03 September dan 07 September 2015.

Taklimat telah disampaikan oleh pengerusi program, Samuel Thong Wei Zheng pada

beberapa hari sebelumnya dengan jelas. Bagaimanapun sebelum program bermula, semua

peserta yang terlibat telah berkumpul dan melakukan perbincangan bagi mendapatkan

kefahaman lebih mendalam mengenai tujuan program serta melakukan pembahagian tugas-

tugas semasa program berlangsung. Program ini agak menerujakan perasaan saya

memandangkan ia merupakan suatu cabaran kepada saya dan saya telah bersedia untuk

menghadapi cabaran-cabaran tersebut. Cabaran ini merupakan daya tahan (JERIS).

Page 2: Refleksi Bina Insan Guru

LIANG KIEN WAH PISMP MATEMATIK SEMESTER 3

REFLEKSI

Pada 03 September 2015, kami telah mengadakan sesi ceramah tentang Etiket

Sosial dan Protokol. Ceramah tersebut bermula pada 2 petang hingga 4 petang bertempat di

dewan kuliah 1. Pada jam 2 petang, kedatangan guru pelatih untuk bersiap sedia. Ceramah

tersebut terdapat 2 bengkel. Bengkel pertama bermula pada pukul 2.30 petang dan

penceramah ialah Encik Hj Matsah@Ahmad Shah bin Md Idris. Beliau telah memberikan

banyak ilmu pengetahuan tentang Pengendalian Majlis Rasmi. Sebagai contoh, bagaimana

kedudukan VIP dalam sesuatu majlis, bagaimana protokol menjemput VIP masuk ke dalam

sesuatu majlis, bagaimana pengarah program menjalankan tugasannya seperti pelancaran

program tersebut dan sebagainya.

Walaupun saya tidak pernah menjadi antara ahli dalam sesuatu majlis rasmi, namun

ceramah tersebut memberikan banyak ilmu pengetahuan kepada saya. Hal ini supaya jika

terdapat suatu hari saya menjadi ahli dalam sesuatu majlis rasmi, saya mempunyai

keyakinan yang tinggi untuk memastikan majlis rasmi tersebut berjalan dengan lancar. Pada

sebelumnya, kelas saya pernah menganjurkan perhimpunan. Pada masa tersebut, kami

lansung tidak tahu bagaimana kedudukan VIP, tugas-tugas protokol dan sebagainya.

Banyak kesalahan telah kami buat kerana kami mempunyai pengalaman. Walaupun pada

masa tersebut terdapat pertolongan daripada orang lain, tetapi kami tidak tahu apa

kepentingan tersebut. Selepas penceramah memberikan ceramah, barulah kami tahu

betapa pentingnya tugas-tugas ahli dalam sesuatu majlis rasmi.

Selepas itu, pada pukul 3.30 petang, iaitu bengkel kedua. Penceramah tersebut ialah

Encik Syhibin bin Japar. Tajuk yang diceramahkan ialah Etika Berpakaian. Penceramah

tersebut juga telah memberikan banyak ilmu pengetahuan kepada kami tentang cara

berpakaian dalam sesuatu majlis dan sebagainya. Sebagai contoh, pakaian yang sesuai

dipakai pada sesuatu majlis, tidak boleh memakai melebihi 3 warna dan sebagainya. Bagi

etika berpakaian ini, saya mempunyai sedikit ilmu pengetahuan tentang berpakaian.

Walaupun saya mempunyai ilmu pengetahuan yang sedia ada, namun begitu penceramah

tersebut masih tetap memberikan banyak ilmu pengetahuan kepada saya. Hal ini kerana

saya lebih suka memakai seluar pendek dalam sesuatu majlis rasmi. Tetapi, sepatutnya

haruslah memakai seluar panjang supaya lebih sopan dan hormat terhadap tuan rumah.

Begitu juga kasut, saya juga lebih suka memakai selipar tidak kira apa majlis yang saya

hadiri. Namun begitu, sepatutnya memakai kasut jika hadir sesuatu majlis tidak kira majlis

tersebut rasmi atau tidak.

Page 3: Refleksi Bina Insan Guru

LIANG KIEN WAH PISMP MATEMATIK SEMESTER 3

Kesimpulannya, saya dapat banyak ilmu pengetahuan melalui program Bina Insan

Guru (BIG) fasa ketiga ini. Terutama sekali, ilmu pengetahuan dalam bidang etiket sosial

dan cara menganjur sesuatu majlis rasmi.

Pada 07 September 2015, kami telah menganjur satu perhimpunan bertemakan

Budaya Kepimpinan pada pukul 1.30 petang hingga 4.30 petang bertempat di Dewan

Serbaguna IPG Kampus Kent. Pengerusi program BIG telah membahagikan tugas-tugas

kepada kami. Kami bekerjasama untuk menghiaskan dewan tersebut dan memastikan

kedudukan VIP adalah betul dan tepat. Begiu juga dengan protokol-protokol untuk

memastikan bagaimana menjemput VIP.

Pada pengalaman saya, sepanjang menjalankan tugasan ini, terdapat beberapa

masalah yang tidak dapat dielakkan sering berlaku. Masalah-masalah ini akan

mempengaruhi kelancaran perjalanan sesuatu tugasan dan meninggalkan kesan sampingan

yang mungkin menyebabkan kegagalan tugasan tersebut.

Selain itu, sikap-sikap semasa melakukan tugasan ini juga perlu dipenambahbaikan.

Contohnya, saya telah mengamalkan sikap amanah. Definisi bagi amanah ialah sikap

bertanggungjawab yang boleh menimbulkan kepercayaan dan keyakinan orang lain.

Justeru,saya telah tahu dan sedar akan tanggungjawab yang terpikul di bahunya. Saya juga

berusaha sedaya upaya untuk melaksanakan apa jua tugas yang diberikan kepadanya dan

tidak menyalahgunakan kuasa yang ada pada diri untuk kepentingan diri. Selain itu,saya

juga telah mengamalkan sikap bertanggungjawab semasa menjalankan tugasan ini. Definisi

bagi nilai bertanggungjawab ialah kesanggupan diri seseorang untuk memikul dan

melaksanakan tugas serta kewajipan dengan sempurna. Saya telah menyedari kepentingan

masa dan dapat menguruskan masa dengan bijak dan dapat merancang aktiviti seharian

dengan bijak dan tidak menangguhkan kerja yang perlu dilaksanakan. Di samping itu,saya

juga telah mengamalkan sikap kerajianan dalam menjalankan tugasan ini. Definisi bagi

sikap kerajinan ialah usaha yang berterusan penuh dengan semangat ketekunan,

kecekalan, kegigihan, dedikasi dan berdaya maju dalam melakukan sesuatu perkara. Oleh

itu, saya mempunyai sikap tabah, cekal dan gigih; tidak mudah berputus asa,menjadikan

kegagalan sebagai pengajaran dan pendorong untuk menjalankan tugasan ini. Saya juga

tidak takut menghadapi cabaran dan dugaan, sebaliknya mempunyai semangat yang kuat

dan keyakinan untuk menyiapkan tugasan ini. Tambahan pula, saya juga telah amalkan

sikap rasional semasa menyiapkan tugasan ini. Definisi bagi rasional ialah boleh berfikir

berdasarkan alasan dan bukti yang nyata dan dapat mengambil tindakan berasaskan

pertimbangan yang wajar. Semasa menjalankan tugasan ini,saya berfikir secara matang dan

Page 4: Refleksi Bina Insan Guru

LIANG KIEN WAH PISMP MATEMATIK SEMESTER 3

tenang tanpa mudah dipengaruhi oleh emosi. Selain itu, saya juga membuat pertimbangan

berdasarkan bukti yang konkrit, kesedaran sivik dan tanggunjawab moral semasa

menjalankan tugasan ini. Justeru, sikap-sikap ini perlu dipenambahbaikan dan diamalkan

semasa melakukan sesuatu tugasan.