11
PISMP MATEMATIK SJK(C) LIANG KIEN WAH SEMESTER SATU Refleksi Bina Insan Guru(BIG) PENGENALAN Program Bina Insan Guru (BIG) merupakan satu program yang wajib disempurnakan oleh semua guru pelatih Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan dengan Kepujian (Pendidikan Rendah) Kementerian Pelajaran Malaysia. Program ini bertujuan untuk menerapkan kefahaman dan penghayatan nilai dan etika keguruan kepada semua guru pelatih. Guru pelatih dapat membina pemikiran positif dan memiliki motivasi kendiri terhadap kerjaya keguruan. Justeru itu, fokus utama program ini dilaksanakan adalah untuk membentuk sikap- sikap yang harus dimiliki oleh seorang guru melalui aktiviti- aktiviti yang dijalankan dan memupuk semangat keguruan dalam usaha melaksanakan tanggungjawab sebagai bakal pembentuk penjana negara masa hadapan. Bagi melengkapkan pengajian saya pada semester ini, saya telah mengikuti program BIG selama 4 hari 3 malam di IPG Kampus Kent pada 2 September hingga 5 September 2014. Taklimat telah disampaikan oleh pengerusi program, Larry Maxentius Jamir pada beberapa hari sebelumnya dengan jelas. Bagaimanapun sebelum program bermula, semua peserta yang terlibat telah berkumpul dan melakukan perbincangan bagi mendapatkan kefahaman lebih mendalam mengenai tujuan program serta melakukan pembahagian tugas-tugas semasa program berlangsung. Program ini agak menerujakan perasaan saya memandangkan ia merupakan suatu cabaran kepada saya dan saya telah bersedia untuk menghadapi cabaran-cabaran tersebut. Cabaran ini merupakan daya tahan (JERIS). 1

Refleksi Bina Insan Guru

Embed Size (px)

DESCRIPTION

BIG

Citation preview

PISMP MATEMATIK SJK(C)

LIANG KIEN WAH SEMESTER SATU

Refleksi Bina Insan Guru(BIG)

PENGENALAN

Program Bina Insan Guru (BIG) merupakan satu program yang wajib disempurnakan oleh semua guru pelatih Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan dengan Kepujian (Pendidikan Rendah) Kementerian Pelajaran Malaysia. Program ini bertujuan untuk menerapkan kefahaman dan penghayatan nilai dan etika keguruan kepada semua guru pelatih. Guru pelatih dapat membina pemikiran positif dan memiliki motivasi kendiri terhadap kerjaya keguruan. Justeru itu, fokus utama program ini dilaksanakan adalah untuk membentuk sikap-sikap yang harus dimiliki oleh seorang guru melalui aktiviti-aktiviti yang dijalankan dan memupuk semangat keguruan dalam usaha melaksanakan tanggungjawab sebagai bakal pembentuk penjana negara masa hadapan.

Bagi melengkapkan pengajian saya pada semester ini, saya telah mengikuti program BIG selama 4 hari 3 malam di IPG Kampus Kent pada 2 September hingga 5 September 2014. Taklimat telah disampaikan oleh pengerusi program, Larry Maxentius Jamir pada beberapa hari sebelumnya dengan jelas. Bagaimanapun sebelum program bermula, semua peserta yang terlibat telah berkumpul dan melakukan perbincangan bagi mendapatkan kefahaman lebih mendalam mengenai tujuan program serta melakukan pembahagian tugas-tugas semasa program berlangsung. Program ini agak menerujakan perasaan saya memandangkan ia merupakan suatu cabaran kepada saya dan saya telah bersedia untuk menghadapi cabaran-cabaran tersebut. Cabaran ini merupakan daya tahan (JERIS).

REFLEKSI

Pada 2 September 2014, hari pertama program Bina Insan Guru, saya telah tiba di tapak aktiviti pada jam 7.30 pagi. Saya dan rakan-rakan saya menunggu arahan daripada penghulu BIG iaitu Tearn Chze Chiang untuk melakukan aktiviti seterusnya. Dalam masa selama 2 jam iaitu dari jam 8 pagi hingga jam 10 pagi, kami telah menguruskan peralatan dan tapak perkhemahan. Kami telah dibahagikan beberapa kumpulan untuk mengangkat barang-barang di bilik stor pusat. Walaupun terdapat banyak barang-barang yang perlu diangkat, tetapi semangat kerjasama antara satu sama lain telah kami berjaya mengangkatkan semua barang-barang di bilik stor pusat. Selepas itu, kami memasangkan khemah yang besar di tapak perkhemahan. Kami telah dibantu oleh pensyarah dan juga staf iaitu Encik Benny Kong dan Encik Alex. Mereka mengajar kami bagaimana mengikat tali dengan kuat dan mudah. Walaupun khemah besar tersebut amat berat, tetapi kami bekerjasama dan akhirnya telah memasangkannya dengan mudah dan cepat. Manakala, rakan-rakan yang lain pula mengambil barang-barang masak di dapur. Seterusnya, kedatangan Encik Amidy Malagob untuk memberikan taklimat penyediaan tapak, ikatan asas dan mendirikan khemah. Kami diberi peluang untuk memilih rakan sebanyak 3 orang dalam satu khemah. Selepas itu, setiap kumpulan diberikan satu khemah dan kami diberikan 30 minit untuk memasangkan khemah kumpulan.

Walaupun saya tidak tahu bagaimana memasangkannya, tetapi saya tetap membantu kumpulan saya dengan mendengar arahan untuk memasangkannya. Ini merupakan pengalaman yang pertama saya dapati untuk memasangkan khemah. Pada mulanya, kami ingat kami telah berjaya memasangnya, tetapi disebabkan kecuaian kami terpaksa memasang balik khemah tersebut. Kemudian, kami sekali lagi dipanggil untuk berkumpulan dengan mendengar taklimat daripada Encik Ahmad Shobry Mohd Noor tentang peraturan-peraturan yang perlu dipatuhi. Sebagai contoh ketika penghulu meniup whistle sebanyak 3 kali, ia bermaksud semua peserta perlu berkumpul. Manakala jika hanya meniup whistle sebanyak 2 kali, ia bermaksud ketua-ketua setiap kumpulan sahaja yang perlu berkumpul. Selain itu, setiap kumpulan perlu memberitahu selepas setiap satu jam kepada tuan BIG. Selepas itu, kami pun menyediakan makanan tengahari dengan memasak makanan mengikut jadual yang telah disediakan. Walaupun ada daripada

kumpulan saya tidak berapa mahir dalam memasak, tetapi kami bersama-sama memasak dan akhirnya telah berjaya. Ini merupakan pengalaman yang kedua saya dapati. Sebelum makan, kami perlu menjemput tuan-tuan untuk makan.

Pada jam 2 petang, kami mengadakan satu panduan ketika kecemasan dan asas bantu mula yang diketuai oleh Encik Ahmad Shobry Mohd Noor. Banyak maklumat telah kami dapati tentang bagaimana membantu murid-murid yang cedera pada masa akan datang. Justeru, ini merupakan pengalaman yang ketiga saya dapati dalam program ini. Selepas itu, kami mengurus diri dan menyediakan makanan malam. Kami bergilir-gilir untuk mandi dan menyediakan makanan malam. Selepas selesai menyediakan makanan malam dan mandi, bagi non-muslim kami mengadakan kuliah moral. Kemudian, kami makan malam dan selepas itu kami mengadakan Ice Breaking yang diketuai oleh Encik Bungkias Angkapok. Beliau telah menyediakan satu aktiviti iaitu memperkenalkan antara satu sama lain. Selepas itu, kami mengadakan satu aktiviti iaitu 3 kumpulan bersama-sama untuk menurunkan paip yang panjang dari atas hingga ke bawah dalam masa 5 minit. Walaupun telah diberi peluang beberapa kali, tetapi tiada satu kumpulan yang dapat menurunkannya. Hal ini kerana beliau mengatakan bahawa kami semua ingin menjadi seorang ketua untuk memberi arahan dan menyebabkan tidak berjaya. Kami diberikan nasihat supaya memilih seorang ketua dan mendengar arahan daripada ketua tanpa mengeluarkan sebarangan bunyi. Dalam aktiviti ini, saya berasa haruslah mendengar arahan daripada seorang ketua dan bukannya semua ahli berbising atau memberikan arahan yang tidak sama. Selepas aktiviti dijalankan, kami minum malam sambil mendengar arahan daripada penghulu tentang aktivit yang akan dijalankan pada hari keesokan. Kemudian, kami menguruskan diri dan tidur.

Pada 3 September 2014, hari kedua program Bina Insan Guru, kami bangun pada jam 4 pagi dan mempunyai kuliah moral. Selepas itu, kami menyanyikan lagu Negaraku, Sabah Tanah Airku dan lagu IPG dengan menaikkan bendera Malaysia. Kemudian, kami mengadakan aktiviti Malaysia cergas dengan bersenam manakala 3 peserta dari setiap kumpulan menyediakan sarapan pagi dan juga makanan tengahari. Selepas selesai makan sarapan pagi, kami mengadakan suatu sesi bersama Pengarah untuk mendengar beberapa perkataan kepada kami. Beliau mengatakan bahawa program ini adalah untuk melahirkan guru-guru yang mempunyai kemantapan akhlak, nilai-nilai kerohanian dan

keguruan, daya ketahanan diri yang tinggi serta aura keguruan yang selaras dengan prinsip Rukun Negara, Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Falsafah Pendidikan Guru. Selain itu, beliau juga mengatakan program ini merupakan usaha berterusan sepanjang program pendidikan keguruan berasaskan kesedaran bahawa profesion keguruan adalah mulia dan guru merupakan pembina generasi negara.

Selepas itu, kami memulakan aktiviti air dan aktiviti darat. Kumpulan 1 hingga kumpulan 3 mengikuti aktiviti air manakala kumpulan 4 hingga kumpulan 6 mengikuti aktiviti darat. Sebelum menjalankan aktiviti, semua peserta diberikan satu Amanah iaitu sebungkus biskut untuk dijaga sehingga program ini tamat. Selepas itu, kami menjalankan aktiviti masing-masing dan saya telah menjalankan aktiviti air. Dalam aktiviti ini, saya telah mendapatkan banyak pengalaman baru. Sebagai contoh, cara-cara menyelamatkan diri, berenang, mengayak dan sebagainya. Aktiviti ini memerlukan kerjasama antara satu sama lain. Hal ini kerana semasa kami perlu menukarkan arah, peserta yang berada di belakang perlu menahankan kayak daripada bergerak manakala peserta yang berada di hadapan menukarkan arah kayak tersebut. Selain itu, kami telah memilih ketua aktiviti air dan kami haruslah sentiasa sedar arahan yang akan diberikan oleh ketua aktiviti air. Contohnya, semasa ketua aktiviti air menegakkan pendayung ia bermaksud semua peserta haruslah berkumpul manakala melintangkan pendayung ia bermaksud semua peserta haruslah berhenti berkayak. Selepas itu, kami berehat di suatu tempat untuk makan tengahari. Selepas itu, kami meneruskan aktiviti dengan terbalikkan kayak dan cara-cara untuk membalikkan semula kayak tersebut kepada asal. Walaupun agak susah untuk membalikkan semula, tetapi kerjasama antara kami semua dan akhirnya telah berjaya melakukan aktiviti-aktiviti ini. Aktiviti air ini juga mendidik saya haruslah bersabar, sentiasa mendengar arahan dan tolong-menolong. Jika tidak, saya akan menghadapi banyak masalah dan gagal melakukan aktiviti ini. Selepas selesai aktiviti ini, kami pulang ke tapak perkhemahan untuk berehat, menguruskan diri dan menyediakan makanan malam. Selepas itu, seperti biasa kami mempunyai kuliah moral. Kami berkongsi pengalaman yang telah kami jalani pada hari tersebut. Selepas makan malam, kami mengadakan LDK 1 iaitu mengenali potensi diri yang diketuai oleh Encik Bungkias Angkapok. Kami diberikan kertas yang mempunyai 100 soalan untuk menguji diri sendiri tentang siapakah kami. Justeru, saya telah mengetahui siapa saya diri sendiri dan tanggungjawab diri sendiri. Selepas itu, kami disuruh untuk mencipta bendera

masing-masing dan menerangkannya. Kemudian, kami minum malam sambil mendengar arahan daripada penghulu serta menguruskan diri sebelum tidur.

Pada 4 September 2014, hari ketiga program BIG, seperti biasa kami mempunyai kuliah moral pada waktu subuh. Selepas itu, kami menyanyikan lagu Negaraku, Sabah Tanah Airku dan lagu IPG dengan menaikkan bendera Malaysia. Kemudian, kami mengadakan aktiviti Malaysia cergas dengan bersenam manakala 3 peserta dari setiap kumpulan menyediakan sarapan pagi dan juga makanan tengahari. Selepas makan sarapan pagi, kami mengadakan Ujian-Ujian Psikologi yang diketuai oleh Encik Bungkias Angkapok. Dalam ujian ini, saya telah sedar bahawa pemikiran yang rasional haruslah diamalkan. Sebagai contoh, saya haruslah berfikir secara rasional sebelum melakukan sesuatu perkara. Kemudian, sebelum aktiviti dijalankan, kami disuruh untuk mengeluarkan Amanah yang telah diberi. Terdapat beberapa peserta telah diambil oleh tuan kerana hati mereka yang lembut dan tidak mempertahankan Amanah mereka dengan baik.

Pada hari tersebut, kumpulan 1 hingga kumpulan 3 menjalani aktiviti darat manakala kumpulan 4 hingga kumpulan 6 menjalani aktiviti air dan saya mengikuti aktiviti darat. Kami dikehendaki berjalan sepanjang 10km perjalanan dan kami disuruh untuk mencari 10 tumbuhan-tumbuhan yang boleh dimakan dan 10 tumbuhan-tumbuhan yang tidak boleh dimakan. Semasa dalam perjalanan, kami berehat di hadapan sebuah padi sawah dan disuruh untuk tanggalkan semua barang-barang seperti cermin mata, topi, jam tangan dan sebagainya. Justeru, kami disuruh untuk turun ke dalam parit dan mengambilkan tanah tersebut untuk mengelap di muka serta tangan masing-masing. Dalam aktiviti ini saya telah sedar bahawa orang zaman dahulu lansung tidak mengadu terhadap kehidupan mereka yang bersusah payah. Mereka bekerja keras untuk mencari rezeki. Mereka tidak mengira kerja yang dijalankan adalah kotor atau bersih, mereka tetap melakukannya dengan hati yang ikhlas. Ia adalah sangat berbeza dengan zaman sekarang kerana orang zaman sekarang tidak sanggup melakukan kerja yang keras. Justeru, saya haruslah berani melakukan apa-apa sahaja kerja tanpa mengadu.

Selepas itu, kami telah tiba di tapak hutan dan diberikan sebanyak 5 batang kayu macis dalam setiap kumpulan untuk menghidupkan api untuk memasak. Dalam aktiviti ini, saya telah mendapatkan banyak pengalaman tentang menghidupkan api, mencari dahan

pokok dan sebagainya. Ia merupakan suatu benda yang baru yang saya dapat pelajari supaya ketika saya tersesak di hutan atau posting ke pendalaman, saya dapat meneruskan kehidupan saya.

Selain itu, saya juga telah mengetahui bahawa tumbuhan-tumbuhan yang boleh dimakan dan tidak boleh dimakan. Hal ini merupakan pengalaman yang baru kepada saya. Selepas itu, kami pun pulang ke tapak perkhemahan untuk berehat, mengurus diri dan menyediakan makanan malam. Kami juga berlatih untuk malam kebudayaan dan akan mempersembahkan pada malam tersebut. Selepas menjalani kuliah moral, kami makan malam dan berlatih untuk persembahan pada malam tersebut. Kemudian, kami menjalankan LDK 2 iaitu Motivasi Kepuasan Kerja. Kami telah diberikan motivasi untuk menghargai dan menepati janji menjadi seorang guru. Seterusnya kami pun memulakan persembahan kami. Selepas selesai persembahan, kami disuruh untuk mengeluarkan Amanah yang telah diberi. Ada terdapat 3 orang yang telah hilang Amanah mereka dan mereka telah didenda untuk menjaga batu sebagai Amanah mereka. Saya telah sedar bahawa Amanah yang telah diberi haruslah dijaga dengan baik tidak mengira menghadapi apa-apa masalah dan cabaran. Hal ini kerana kami merupakan seorang bakal guru pada masa hadapan, Amanah yang diberi kami tidak akan dipersiakan. Kami haruslah bertanggungjawab untuk mendidik anak-anak murid menjadi seorang yang berguna pada masa hadapan. Kemudian, kami minum malam dan menguruskan diri sebelum tidur.

Pada 5 September 2104, hari terakhir program Bina Insan Guru, seperti biasa kami menjalani kuliah moral. Selepas itu, kami menyanyikan lagu Negaraku, Sabah Tanah Airku dan lagu IPG dengan menaikkan bendera Malaysia. Kemudian, kami mengadakan aktiviti Malaysia cergas dengan bersenam manakala 3 peserta dari setiap kumpulan menyediakan sarapan pagi. Selepas makan sarapan pagi, kami mengadakan LDK 3 iaitu Penghargaan Kendiri dan Perubahan Sikap. Dalam aktiviti ini, kami telah mengetahui apa matlamat-matlamat menjadi seorang yang perlu kami utamakan. Selepas itu, kami diberi pilihan untuk memilih 5 bentuk dalam kehidupan kami. Justeru, kami pun berkongsi bersama-sama mengapa kami memilih bentuk tersebut. Kemudian, majlis penutupan program Bina Insan Guru akan dijalankan pada 10.30 pagi dan kami membersihkan tapak perkhemahan, menyusun kerusi dan sebagainya. Selepas itu,

majlis penutupan bermula dan dijalankan dengan lancar. Akhirnya, kami telah berjaya menjalani program Bina Insan Guru ini. Kemudian, kami bersama-sama menyediakan makanan tengahari. Selepas selesai makan tenghari, kami mendengar arahan daripada penghulu untuk membahagikan kerja bagi membersihkan kawasan tersebut. Kami membersihkan kawasan tersebut dengan bermula menurunkan khemah-khemah kecil. Walaupun, ada daripada kami tidak tahu untuk melipatkan khemah, namun rakan-rakan yang lain mengajar kami untuk melipatkan khemah.

Selepas itu, kami membersihkan kawasan dapur dan mengutip sampah sarap di kawasan tersebut. Kerjasama antara satu sama lain telah kami amal dan kerja-kerja pembersihan tersebut telah dijalankan dengan cepat. Kemudian, kami meminta kebenaran daripada tuan untuk menggunakan kereta untuk mengangkat barang-barang tersebut ke bilik stor pusat. Setelah diberikan kebenaran, kami mengangkatkan semua barang ke atas kereta. Sebelum mengangkat barang-barang tersebut, AJK Peralatan telah mengira barang-barang tersebut untuk memastikan tiada ada kehilangan atau ketinggalan barang-barang. Selepas selesai mengangkatkan semua barang, kami sekali lagi untuk berkumpul dan mengadakan sesi berterima kasih dan bermaaf-maafan. Kemudian, kami pun mengemas barang sendiri dan pulang.

7