4
REFLEKSI BINA INSAN GURU (BIG) FASA III (BENGKEL) Nama :Zaitun Kisun Opsyen : Bahasa Melayu SJK(c) No.Kad Pengenalan :920831-12-6926 Program Bina Insan Guru (BIG) merupakan salah satu aktiviti yang wajib dijalani oleh semua guru pelatih Program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (PISMP). Oleh yang demikian, pada semester kali ini, semua guru pelatih semester 3 ambilan Januari 2012 seramai 132 orang pelatih yang terdiri daripada enam unit iaitu unit Bahasa Melayu (SJKC), Prasekolah, Matematik, Pengajian Agama Islam (SJKC), Bahasa Melayu (SJKT) dan Pengajian Cina digabungkan bersama bagi program Bina Insan Guru (BIG) fasa III ini. Bagi Bina Insan Guru (BIG) fasa III ini, Bengkel Protokol dan Etiket Sosial telah berlangsung pada 2-3 Mei 2013 bersamaan hari khamis-Jumaat bertempat di Dewan Tun. Pada 2 Mei, bengkel di adakan pada jam 10.30-12.30 pagi. Manakala pada 3 Mei pula, bengkel telah diadakan pada jam 10-11.30 pagi. Hari pertama bengkel pada jam tepat 10.30 pagi, kami diarahkan untuk berkumpul di dewan Tun dan menunggu kehadiran penceramah. Selepas itu, kami mendengar ucapan daripada Penyelaras Bengkel Protokol dan Etiket Sosial BIG Fasa 3 iaitu En.Amidy Malagob

Refleksi Bina Insan Guru

  • Upload
    zack

  • View
    113

  • Download
    2

Embed Size (px)

DESCRIPTION

refleksi

Citation preview

REFLEKSI BINA INSAN GURU (BIG) FASA III (BENGKEL)

Nama :Zaitun KisunOpsyen : Bahasa Melayu SJK(c)No.Kad Pengenalan :920831-12-6926

Program Bina Insan Guru (BIG) merupakan salah satu aktiviti yang wajib dijalani oleh semua guru pelatih Program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (PISMP). Oleh yang demikian, pada semester kali ini, semua guru pelatih semester 3 ambilan Januari 2012 seramai 132 orang pelatih yang terdiri daripada enam unit iaitu unit Bahasa Melayu (SJKC), Prasekolah, Matematik, Pengajian Agama Islam (SJKC), Bahasa Melayu (SJKT) dan Pengajian Cina digabungkan bersama bagi program Bina Insan Guru (BIG) fasa III ini.

Bagi Bina Insan Guru (BIG) fasa III ini, Bengkel Protokol dan Etiket Sosial telah berlangsung pada 2-3 Mei 2013 bersamaan hari khamis-Jumaat bertempat di Dewan Tun. Pada 2 Mei, bengkel di adakan pada jam 10.30-12.30 pagi. Manakala pada 3 Mei pula, bengkel telah diadakan pada jam 10-11.30 pagi.Hari pertama bengkel pada jam tepat 10.30 pagi, kami diarahkan untuk berkumpul di dewan Tun dan menunggu kehadiran penceramah. Selepas itu, kami mendengar ucapan daripada Penyelaras Bengkel Protokol dan Etiket Sosial BIG Fasa 3 iaitu En.Amidy MalagobBengkel yang pertama bertajuk Etiket Sosial dan Protokol telah disampaikan oleh Encik Datu Raiman Bin Datu Kauman. Sememangnya seminar ini telah memberikanimpak positif yang besar dalam diri sayasebagai seorang bakal guru dalam senantiasa beretika sosial dan berprotokol dalam banyak aspek.Kami diberi ceramah dan sedikit tips mengenai cara berpakaian dengan betul, warna pakaian yang sesuai dikenakan, cara-cara bercakap yang beretika, etika ketika duduk, berdiri dan sebagainya. Ilmu seperti ini amat penting kepada pelatih bagi melatih guru pelatih mengaplikasikan kemahiran dan ilmu pengetahuan dalam aktiviti melibatkan realiti kehidupan sebenar sebagai guru yang menjadi role model. Selain itu, bengkel seperti ini juga melatih kemahiran berkomunikasi pelatih antara komuniti dan masyarakat setempat. Sebagai seorang guru yang beretika sosial, kita haruslah sentiasa berpenampilan sempurna, yang selesa dan disenangi oleh semua pihak, sama ada rakan sejawat, ibu bapa, murid, ataupun masyarakat awam. Berpenampilan sempurna ini sebenarnya merujuk kepada bagaimana kita mahu mempamerkan dan menonjolkan kepada orang lain. Dalam konteks ini, ia merangkumi banyak aspek dan memerlukan ilmu dan pengetahuan yang khusus, tidak kira cara berpakaian, cara pertuturan, cara perhubungan dan komunikasi dengan orang lain. Dengan mengambil contoh tentang cara berpakaian dalam kalangan guru pelatih.Selepas mendengar ceramah tersebut, saya sedar bahawa kita haruslah berpakaian mengikut norma-norma yang disetujui ramai dan peraturan yang ditetapkan. Sebagai seorang bakal guru, kita haruslah berpakaian berdasarkan impression sebagai seorang guru.

Seminar ceramah ini juga turut memberikan impak positif yang amat mendalam terhadap masyarakat dan komuniti di sekeliling saya. Dalam konteks ini, ia merujuk kepada aspek pertuturan dan komunikasi dengan orang lain. Selepas mendengar penerangan Encik Dato Raiman, saya sedar bahawa sebagai sorang manusia yang hidup masyarakat, kita haruslah mempunyai tatacara perkenalan, pertuturan dan cara bermakan yang betul, terutamanya semasa menghadiri majlis-majlis rasmi.

Manakala ceramah kedua yang bertajuk Etiket Sosial dan Adab Makan telah disampaikan oleh Puan Sarimawathy Binti Jumanie. Bagi bengkel ini, kami diberi ilmu mengenai, etika sebelum, semasa dan selepas makan. Bengkel ini sangat penting kerana guru perlu menjaga etika ketika makan agar nampak lebih sopan sejajar dengan peribadi sebagai seorang guru.

Antara kekuatan yang saya dapat ialah saya mula mengetahui dengan lebih mendalam lagi berkenaan dengan etiket adab makan, seperti cara menggunakan sudu dengan betul semasa makan, cara makan yang betul iaitu perlu mendahulukan jenis makanan yang mana, cara berpakaian yang sesuai dalam majlis-majlis tertentu serta cara-cara duduk yang betul. Yang lebih spesifik lagi, saya tahu bahawa semasa menjamu makanan di high table, saya perlu menunggu pelayan menarik kerusi dan selepas duduk dia akan meletakkan napkin di atas paha, dan banyak lagi Selain itu, saya mula sedar akan kepentingan etiket sosial dan protokol dalam kehidupan sayasebagai seorang bakal pendidik, di mana seorang pendidik perlu melibatkan diri dalam suatu majlis ataupun suasana yang begitu berprotokol, misalnya perlu menghadiri makan malam di hotel dan sebagainya.Saya berasa amat bertuah kerana telah diberi pendedahan berkenaan dengan protokol lebih awal lagi. Dengan adanya pendedahan awal ini, ia telah menjadi satu pengetahuan kepada saya dan perlu saya mempelajarinya agar ianya tidak menjadi sesuatu yang janggal bagi saya. Oleh itu, sebagai seorang bakal guru dan akan bergelar guru satu hari kelak, ternyata masih banyak ilmu serta pengalaman yang perlu saya cari sebelum menghadapi situasi sebenar nanti. Dengan adanya program seperti inilah diharap akan sedikit sebanyak akan membantu saya dalam proses untuk menyempurnakan ilmu untuk mempelajari sesuatu yang baru dalam kehidupan. Program-program seperti ini juga mampu menjadikan saya lebih berdisiplin dan sedia mematuhi segala peraturan yang telah ditetapkan serta dapat mendedahkan diri saya agar lebih yakin terhadap diri saya sendiri.