RBT Pasaran Instrumen Dan Institusi Kewangan

  • View
    33

  • Download
    3

Embed Size (px)

DESCRIPTION

pasaran instrument dan institusi kewangan

Text of RBT Pasaran Instrumen Dan Institusi Kewangan

2

Tajuk 2: Pasaran, Instrumen dan Institusi Kewangan

3

Di Malaysia, sistem kewangan terbahagi kepada dua iaitu pasaran kewangan dan institusi kewangan yang menjalankan proses petukaran instrumen kewangan antara pihak yang mempunyai banyak dana (surplus) dan pihak yang mempunyai sedikit dana (deficit). 2.0.1Pembiayaan Langsung dan Pembiayaan Tidak Langsung

a. Pembiayaan langsung adalah proses pertukaran bon atau sekuriti (instrumen kewangan) antara pemberi pinjaman dengan peminjam secara langsung (rajah 1). Proses ini akan berlaku di pasaran kewangan di mana pemberi pinjam akan membeli sekuriti atau bon dari peminjam dalam pasaran kewangan tanpa sebarang orang pertengahan. Contohnya, Abu membeli bon dari Ali di pasaran kewangan. Perlu diambil perhatian bahawa pertukaran wang tunai BUKAN dikenali sebagai pembiayaan langsung kerana urusan tersebut perlu meliputi instrumen kewangan seperti bon dan sekuriti.

b. Pembiayaan tidak langsung adalah proses pertukaran bon atau sekuriti antara pemberi pinjam dengan peminjam secara tidak langsung (rajah 1). Proses ini akan berlaku di perantaraan/institusi kewangan di mana pemberi pinjam dan peminjam bertemu melalui perantaraan kewangan. Contohnya, Ashiq menyimpan duit dalam bank (perantaraan kewangan) dan pihak bank akan memberi pinjam duit tersebut kepada Ahmad. Dalam keadaan ini, Ashiq dan Ahmad tidak berjumpa satu sama lain. Dalam keadaan yang lain, Ashiq menyimpan duit dalam bank dan pihak bank membeli sekuriti atau bon dalam pasaran kewangan dengan menggunakan duit tersebut.

2.1.1Definisi Pasaran Kewangan

2.1.2 Fungsi Pasaran KewanganPasaran kewangan mempunyai beberapa fungsi iaitu:-i. Kecairan Pasaran kewangan membekalkan mekanisma untuk jual beli sekuriti dengan lebih cepat dan murah Sekuriti yang dijual beli dalam pasaran kewangan berbentuk kecairan tinggi di mana individu boleh menjual beli sekuriti tersebut dengan lebih cepat. Disebabkan kecairan tinggi, sekuriti tersebut juga boleh dijual beli dengan lebih murah.

ii.Menawarkan maklumat penting

Pasaran kewangan membenarkan interaksi antara penjual dan pembeli untuk menentukan harga terhadap instrumen kewangan yang hendak dijual beli. Dengan adanya interaksi, maklumat penting terutamanya maklumat tentang harga boleh ditukar antara penjual dan pembeli. Maka, ia memudahkan seseorang individu untuk membuat keputusan terhadap jual beli instrumen kewangan tersebut berdasarkan harga.

iii.Pertukaran risiko

Dengan mekanisma jual beli instrumen kewangan, penjual dan pembeli akan menukarkan risiko antara satu sama lain. Jika, penjual menjual instrumen kewangan yang berisiko, maka risiko instrumen kewangan tersebut ditukarkan kepada pembeli.

2.1.3 Empat Jenis Pasaran Kewangan Utamaa.Pasaran Bon

Pasaran ini penting untuk aktiviti ekonomi di mana syarikat dan kerajaan meminjam untuk membiayai projek mereka. Tujuan utama pasaran bon adalah menjadi orang pertengahan bagi pelabur dan penyimpan Pasaran bon dipantau oleh Jawatankuasa Pasaran Bon Nasional (NBMC) Pasaran bon di Malaysia terdiri daripada bon kerajaan (MTB,MGS) dan bon korporat atau swasta (PDS) Kedua-dua bon sektor awam dan sektor swasta terkandung dalam pasaran bon ini iaitu 55.5% disumbang oleh sektor awam dan 45.5% pula disumbang oleh sektor swasta. Pelbagai jenis sekuriti hutang terdapat di pasaran bon seperti bon boleh ditukar (convertible bond), sekuriti disandar aset (asset backed securities) dan sebagainya. Pasaran bon juga menawarkan bon Islam dengan berdasarkan hukum syariah Contohnya, Pasaran Bon Ringgit di Malaysia (kerajaan) dan PLUS (swasta)

b.Pasaran Stok Pasaran ini membantu orang ramai untuk mendapat pendapatan yang lain daripada pekerjaan seharian mereka. Tempat ini juga dikenali sebagai tempat jual beli saham oleh pelabur Sebenarnya, saham dan stok adalah sama di mana ia boleh digunakan saling berganti Seseorang hanya boleh melabur stok melalui pertukaran stok di mana proses jual beli stok akan berlaku di bawah beberapa peraturan dan undang-undang Tempat pertukaran stok Malaysia dikenali sebagai Bursa Malaysia Berhad (BMB) Terdapat enam jenis stok di BMB iaitu stok biasa (ordinary stock), stok utama (preferential stock), terbitan bonus (bonus issue), terbitan hak (rights issue), terbitan (derivatives) dan jaminan (warrants)

c.Pasaran pertukaran asing Pasaran di mana berlaku pertukaran antara satu jenis mata wang dengan jenis mata wang yang lain. Kadar pertukaran asing adalah harga satu jenis mata wang yang dinyatakan dalam harga jenis mata wang yang lain Terdapat dua jenis kadar pertukaran iaitu kadar spot dan kadar forward Kadar spot terlibat dalam proses jual beli mata wang yang berlaku berdasarkan kadar pasaran semasa di mana proses jual beli perlu buat dalam tempoh kurang daripada dua hari Contohnya, proses pertukaran mata wang (money changer) Kadar forward terlibat dalam proses jual beli mata wang yang berlaku berdasarkan kadar pertukaran yang telah dipersetujui dahulu di mana proses jual beli boleh berlaku dalam tempoh lebih daripada dua hari Contohnya, perniagaan FOREX Contoh pasaran pertukaran asing, Maybank, HSBC.

d.Pasaran offshore Pasaran offshore adalah kumpulan syarikat yang diiktiraf oleh undang-undang sebagai satu entiti yang berasing serta dengan liabiliti yang terhad Pasaran ini berniaga dalam transaksi bukan ringgit dan dengan bukan pemastautin sahaja Pasaran ini bertujuan untuk mempromosikan pembangunan ekonomi di Labuan dan meningkatkan pembangunan Malaysia sebagai pusat perniagaan. Pasaran ini dimiliki penuh oleh Bursa Malaysia Berhad Labuan Offshore Financial Services Authority (LOFSA) adalah badan utama bagi kesemua syarikat-syarikat offshore di mana terdapat 1,600 syarikatoffshore2.1.4 Struktur Pasaran Kewangana. Pasaran Hutang vs Pasaran Ekuitii. Pasaran Hutang

Pasaran yang menjual beli instrumen hutang seperti bon atau gadaian Pasaran hutang juga dikenali sebagai pasaran bon Terdapat dua jenis sekuriti hutang iaitu sekuriti hutang awam (MGS) dan sekuriti hutang swasta (PDS) Instrumen hutang adalah perjanjian kontrak peminjam untuk membayar satu jumlah wang (kadar faedah dan nilai muka) pada tarikh tertentu. Aliran tunai instrumen hutang adalah tetap Suatu kelemahan instrumen hutang adalah pihak yang menerbitkan instrumen hutang hanya akan menerima bayaran tetap sahaja walaupun untung atau pendapatan peminjam meningkat

ii. Pasaran Ekuiti

Pasaran ekuiti atau stok adalah tuntutan daripada pendapatan bersih dan aset sesebuah pertubuhan / perniagaan seperti stok biasa Kebiasaannya, ekuiti membuat pembayaran pada masa tertentu (dividen) kepada pemegang saham dan ia merupakan sekuriti jangka panjang kerana ia tidak mempunyai tarikh matang Kelemahan ekuiti adalah pemegang ekuti merupakan penuntut baki (residual claimant) iaitu pemegang ekuiti hanya akan menerima tuntutan selepas membayar segala hutang Maka, aliran tunai pemegang ekuiti adalah tidak tetap dan berubah mengikut untung yang diterima oleh perniagaan Kelebihan ekuiti adalah pemegang ekuiti akan mendapat kebaikan daripada peningkatan untung syarikat atau nilai aset

b.Pasaran Utama vs Pasaran Kedua

i. Pasaran Utama

Pasaran ini adalah sebahagian daripada pasaran modal Pasaran yang menerbitkan sekuriti baru dan menjual kepada pihak pertama Institusi kewangan (bank pelaburan) membantu dalam proses penjualan sekuriti kepada pembeli pertama Bank pelaburan akan menanggung sekuriti baru di mana ia membeli sekuriti dari badan penerbit sekuriti dan menjual kepada orang awam. Bank pelaburan mengenakan bayaran kepada perkhidmatan tersebut dan juga akan mendapat keuntungan dari penjualan terbitan yang berharga tinggi Contohnya, Bursa Saham Kuala Lumpurii. Pasaran Kedua

Pasaran yang menjual semula sekuriti yang diterbitkan sebelumnya atau sekuriti sedia ada dalam pasaran kepada pihak kedua atau seterunya Terdapat dua pihak berperanan dalam pasaran kedua iaitu peniaga dan orang tengah Orang tengah (broker) adalah wakil bagi pelabur yang menyesuaikan antara penjual dan pembeli sekuriti

Peniaga (dealer) pula menghubungkan pembeli dan penjual dengan membeli dan menjual sekuriti pada harga tertentu Dua fungsi utama pasara kedua adalah, pertama, penjualan instrumen kewangan adalah cepat dan mudah ; kedua, menentukan harga kepada sekuriti yang firma penerbit jual dalam pasaran utama Contoh, Cagamas Berhad

c.Pasaran Wang vs Pasaran Modal

i. Pasaran Wang

Pasaran di mana hanya instrumen kewangan jangka pendek sahaja dijual beli Instrumen dalam pasaran ini dijual beli dengan lebih umum berbanding pasaran modal Instrumen kewangan dalam pasaran ini lebih cair dan mempunyai tahap perubahan harga yang rendah Ciri-ciri ini menyebabkan instrumen kewangan dalam pasaran ini lebih selamat untuk pelaburan Oleh itu, kebanyakan syarikat dan bank menggunakan pasaran wang dengan aktif untuk mendapat kadar faedah ke atas dana lebihan semasa. Kebiasaanya, instrumen kewangan pasaran wang diterbitkan oleh kerajaan, bank dan firma swasta yang lain. Contohnya, bil perbendaharaan, sijil deposit dan sebagainya Contoh pasaran adalah Bank HSBCii. Pasaran Modal

Pasaran yang memindahkan sekuriti jangka panjang yang diterbitkan oleh kerajaan dan badan perdagangan swasta kepada pelabur Instrumen kewangan hutang dan ekuiti diniagakan dalam pasaran ini Kebiasaannya, instrumen kewangan dalam pasaran ini berisiko tinggi serta membawa kegagalan besar kepada pemegang instrumen tersebut Tetapi, instrumen kewangan pasaran modal memberi pulangan yang lebih tinggi berbanding pasaran wang Kebanyakan firma menggunakan pasaran modal untuk mendapatkan dana bagi pelaburan jangka panjang seperti pelaburan dalam alat, teknologi dan loji iaitu mereka menerbitkan bon dan ekuiti untuk membiayai projek dengan pulangan jangka panjang Contohnya, Malay