rbt 5 4

Embed Size (px)

Citation preview

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN REKABENTUK DAN TEKNOLOGI TAHUN 5

TAJUK4.0 PENGHASILAN PROJEK

MASA8.20 9.20 pagi/Rabu 4/3/2015

STANDARD KANDUNGAN4.2 Menghasilkan projek menggunakan bahan logam dan bukan Logam dengan litar elektronik.

STANDARD PEMBELAJARAN4.2.1 Mengenal pasti projek berpandukan manual.4.2.2 Menyatakan bahan bukan logam seperti aluminium,keluli,zink dan bahan bukan logam.

OBJEKTIF PEMBELAJARANPada akhir pengajaran dan pembelajaran murid dapat:1. Memahami cara membuat projek berpandukan manual dengan betul.2. Menyatakan sekurang-kurangnya dua bahan logam dan 3 bahan bukan logam dengan betul.

RINGKASANGuru menerangkan cara membuat projek dengan berpandukan manual. Murid membaca dan memahami manual, kemudian murid dapat menentukan bahan yang akan digunakan untuk membina projek.

KEMAHIRAN1. Membaca manual.2. Mengenal pasti pelbagai jenis bahan logam dan bukan logam.

ELEMEN MERENTAS KURUKULUMKeusahawanan:EK 2 memilih idea terbaik daripada banyak idea. Meneruskan peningkatan kualiti idea.

Kreativiti Boleh mengumpul dan boleh membuat penilaian

terhadap idea.

Nilai Murni mematuhi peraturan.

PENGETAHUAN SEDIA ADAMurid pernah menghasilkan projek berasaskan bahan bukan logam pada tahun 4.

BAHAN BANTU MENGAJARManual, buku teks, LCD,komputer riba.

Langkah/MasaIsi PelajaranAktiviti pengajaran dan pembelajaranCatatan

Set Induksi(5 minit)Memperkenalkan isi pelajaran iaitu projek tabung Penggera. Guru mempamerkan contoh projek tabung penggera yang sudah siap. Guru bersoal jawab dengan murid. Apakah kegunaan projek yang dipamerkan? Apakah bahan yang digunakan untuk membuat projek? Guru mengaitkan jawapan murid dengan pelajaran pada hari ini.BBM: Tabung penggera

Nilai: berani

Strategi P&P:Kaedah penerangan

Langkah 1(25 minit)Membaca manual Tabung Penggera dengan betul. Murid diarahkan untuk membuka buku teks pada halaman 13. Murid membaca dan memahami manual yang terdapat pada buku teks dengan bimbingan guru. Sebagai penilaian, guru memilih murid secara rawak untuk menerangkan kepada kelas bahan-bahan yang digunakan serta menerangkan secara ringkas cara membuat tabung penggera. Secara berpasangan, murid diarahkan untuk mereka bentuk tabung yang menarik.BBM: Buku teks dan manual.

Nilai: tekun, bekerjasama

EMK: Kreativiti dan inovatif-menjana idea.

KBKK:Menyusun Mengikut Keutamaan

Langkah 2(15 minit)Mempekenalkan bahan logam serta bahan bukan logam yang digunakan. Berbantukan tanyangan slaid, murid mendengar penerangan guru berkaitan dengan bahan logam serta bahan bukan logam yang digunakan untuk menghasilkan projek.

BBM: komputer riba, LCD

Strategi P&P:KontekstualDemonstrasi

Langkah 3(10 minit)

Penilaian secara bertulis Murid akan diedarkan dengan lembaran kerja. Murid dikehendaki menyiapkan lembaran kerja dalam masa yang diperuntukan.BBM: lembaran kerja

Nilai: patuh arahan

Penutup (5 minit)Rumusan mengenai isi pelajaran pada hari ini.

Penutup sosial Guru bersoal jawab secara rawak kepada murid berkenaan isi pelajaran pada hari ini. Murid diarahkan untuk membina satu pantun yang berkaitan dengan tabung. Guru membimbing murid membuat rumusan tentang isi pelajaran pada hari ini.Nilai: yakin diri

REFLEKSI____________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________

NAMA:BAHAN LOGAM

BAHAN BUKAN LOGAM