Click here to load reader
Upload
nadia-atylia
View
276
Download
20
Embed Size (px)
Citation preview
1.0 PENDAHULUAN
Al-Quran ialah bacaan, manakala maksudnya ialah kitab suci yang
diwahyukan oleh Allah kepada Nabi Muhammad melalui malaikat Jibril. Ia
mengandungi berbagai-bagai pengajaran, hukum-hakam, perundangan dan
peraturan lengkap sebagai panduan umat Islam dan keselamatan sejagat. Al-Quran
diturunkan oleh Allah kepada Nabi Muhammad melalui Malaikat Jibril, pada bulan
Ramadan, di Mekah, dalam bahasa Arab.
Al-Quran juga merupakan mukjizat teragung Nabi Muhammad s.a.w. dan
dijaga dari segi bentuk penulisan dan bacaan. Allah juga telah menentukan kaedah-
kaedah tertentu untuk membaca kalimah-kalimah Al-Quran yang diturunkan melalui
malaikat Jibril. Para ulama telah mengesan beberapa kaedah penulisan kalimah-
kalimah Al-Quran dan kaedah-kaedah tersebut dinamakan kaedah Rasm Uthmani.
Rasm atau bentuk tulisan dalam Mushaf Uthmani berlainan pada beberapa
tempat daripada tulisan biasa bahasa Arab. Jadi tulisan dalam Mushaf Uthmani
dipanggil Rasm Uthmani. Dalam al Quran cetakan lama iaitu Quran Majid tulisannya
dipanggil Rasm Imlaei atau Qiyasi.
Mushaf Uthmani ialah mushaf atau naskhah al Quran yang ditulis semula di
zaman pemerintahan Khalifah Uthman bin Affan atas arahan beliau sendiri. Oleh
kerana usaha menulis mushaf ini dilakukan di zaman beliau maka dipanggil Mushaf
Uthmani iaitu disandarkan kepada nama beliau. Inilah mushaf yang ada pada kita
sekarang.
1
2.0 ADAB-ADAB MEMBACA AL-QURAN
2
ADAB MEMBACA AL-QURAN
SEBELUM SELEPAS
Membaca Al Quran secara tartil (Surah Muzammil:4)
Khusyu' dan tadabbur (Surah Muhammad:24)
1. Berniat ikhlas kerana Allah
2. Membersihkan mulut dengan
bersugi
3. Berwudhuk
4. Menghadap ke arah kiblat
5. Membaca istiadzah, (surah
An-Nahl:98)
Maksudnya: oleh itu, apabila Engkau
membaca Al-Quran, maka hendaklah
Engkau terlebih dahulu) memohon
perlindungan kepada Allah dari
hasutan Syaitan Yang kena rejam.
1. Berdoa selepas membaca
Al-Quran kerana waktu itu
adalah waktu yang mustajab
untuk berdoa
2. Mengucup al-Quran kerana
dikiaskan dengan mengucup
Hajar al-Aswad kerana ia
juga hadiah kepada Allah
SWT.
3. Beramal dengan isi
kandungan Al-Quran
4. Meletakkan sasaran untuk
mengkhatam Al-Quran
5. Menyimpan/meletakkan Al-
Quran di tempat yang tinggi
3.0 KAEDAH-KAEDAH PENULISAN RASM UTHMANI
3
Membaca Al Quran di tempat yang bersih
samada di masjid atau sebagainya
Menghadap Kiblat ketika membaca Al
Quran
Bersederhana antara membaca dengan suara kuat dan perlahan (Al-Isra’:110)
Maksudnya: dan janganlah Engkau nyaringkan bacaan doa atau
sembahyangmu, juga janganlah Engkau perlahankannya, dan
gunakanlah sahaja satu cara Yang sederhana antara itu
Membaca Al Quran secara tartil (Surah Muzammil:4)
Membaca Bismillah pada permulaan
surah kecuali Surah At-Taubah
Khusyu' dan tadabbur (Surah Muhammad:24)
Membaca ayat dan surah mengikut susunannya
dalam tertib al-Quran, yang dulu didahulukan dan
kemudian dikemudiankan
Menjauhkan daripada ketawa, berborak-borak dan bercakap-cakap (Al-‘Araf:204)
Maksudnya: dan apabila Al-Quran itu dibacakan, maka dengarlah akan Dia serta
diamlah (dengan sebulat-bulat ingatan untuk mendengarnya), supaya kamu beroleh rahmat.
ADAB SEMASA MEMBACA AL-
QURAN
3.1 KAEDAH HAZAF
Hazaf bermaksud membuang atau menggugurkan huruf-huruf hijaiah tertentu
dalam struktur kalimah tertentu Al-Quran. Huruf-huruf tersebut ialah alif (ا), wau (و),
ya (ي), lam (ل) nun (ن) yang terdapat pada kalimah tertentu dan huruf-huruf alif (ا),
wau (و) dan ya (ي) pada kata permulaan surah tertentu Al-Quran.
Pembahagian Hazaf
4
KAEDAH RASM
UTHMANI
HAZAF
)الحذف)
ZIADAH
)الزيادة)
HAMZAH
)همزة)
IBDAL
)اإلبدال)
-AL-MAQTU' WA ALMAUSUL
المقتوع ))والموصول
MA FIHQIRA'ATAANI
فيه ) ما) قراءتان
HURUF HAZAF
ا و ي ل ن
Contoh Kalimah Hazaf
Jenis Surah Uthmani Imla’i
HAZAF
ALIF
Pada kalimah ”
pada ”اسم
susunan Basmalah
Al-Fatihah
ayat 1 باسم
Pada Alif Lam al-
Ta’rif yang didahului
oleh lam al-Taukid
atau Lam al-Jar
Al-Imran
ayat 96 الذي ل
Hazaf kalimah yang
ada dua hamzah
(hamzah pertama
ialah Hamzah Qata’,
yang kedua sama
ada hamzah Qata’
atau hamzah Wasal
Al-Baqarah
ayat 177
المال وأأتي
HAZAF
WAU
Membuang huruf
wau dari dua wau
pada satu perkataan
Sad ayat 26 داوودا
5
Hazaf yang bertujuan menunjukkan wajah-wajah qiraat mutawatirah tertentu.HAZAF ISYARAH
Hazaf peringkasan seperti pembuangan alif pada struktur kata jamak muzakkar salim dan jamak muannath salim
HAZAF IKHTISOR
Hazaf pembatasan yang bermakna hazaf alif pada kalimah-kalimah tertentu tanpa melibatkan kalimah-kalimah lain
HAZAF IKTISOR
Membuang wau
pada 4 kata kerja
yang berbaris
hadapan iaitu
, يمحو, يدعو
سندعو
Al-Isra’ ayat
11
يدعو
HAZAF
YA
Buang huruf ya di
akhir kalimah
Hud ayat
105 يأتي
yang المنادى
disandarkan kepada
المتكلم ياء
Al-Baqarah
ayat 54 قومي يا
Buang satu dari dua
ya yang berdekatan
Al-Taubah
ayat 116 يحيي
HAZAF
LAM
Apabila didahului
oleh Alif Lam al-
Ta’rif pada kalimah
اسم
Al-Baqarah
ayat 4 اللذين
Al-Baqarah
ayat 164 الليل
HAZAF
NUN
Dibuang huruf nun
pertama pada
kalimah تأمننا
Yusuf ayat
11 تأمننا
Dibuanh huruf nun
kedua pada kalimah
ننجي
Al-Anbiya’
ayat 88 ننجي
3.2KAEDAH ZIADAH
Maksud ziadah dari segi bahasa ialah tambahan. Manakala dari segi istilah
ialah menambah huruf-huruf tertentu pada kalimah-kalimah tertentu dalam Al-Quran.
6
Huruf tersebut ditulis tetapi tidak berfungsi pada semua keadaan sama ada wasal
atau waqaf. Ia ditanda dengan bulat kecil ( ). Dalam penulisan mashaf-mashaf Rasm
Uthmani, huruf-huruf yang di ziadah ialah huruf Alif (ا), Wau (و) dan Ya (ي).
7
8
HURUF ZIADAH
ا
selepas huruf wau ganti nama pada jamak muzakar yang berhubung
dengan feel ,'madhi, mudhari
dan amar dihujung kalimah
selepas huruf wau jamak pada kalimah
muzakar salimhujung kalimah
selepas huruf wau bagi semua feel
'mudhari
selepas huruf wau surah hamzah atau wau yang
ditukar dari alif
selepas huruf mimpada kalimah مئة
selepas huruf syin pada kalimahلشيء
selepas huruf ya padakalimah ييئس
pada kalimah tertentu
و
pada kalimahtertentu
ي
pada kalimahtertentu
Contoh Kalimah Ziadah
ZIADA
H ALIF
Jenis Surah Uthmani Imla’i
Selepas huruf wau
ganti nama pada
jamak muzakar yang
berhubung dengan
feel madhi, mudhari',
dan amar di hujung
kalimah
Al-Baqarah
ayat 189
واتقوا
Selepas huruf wau
jamak pada kalimah
muzakar salim
hujung kalimah
Al-Baqarah
ayat 46
مالقو
Selepas huruf wau
bagi semua feel
mudhari
Maryam ayat
48
وادعو
Selepas huruf wau
surah hamzah atau
wau yang ditukar dari
alif
Ibrahim ayat
21 الضعفاء
Selepas huruf mim
pada kalimah مئة
Al-Anfal ayat
66
مئة
Selepas huruf syin
pada kalimah لشيء
Al-Kahfi ayat
23 لشيء
Selepas huruf ya
pada kalimah ييئسYusuf ayat 87 ييئس
Pada kalimah
tertentu
An-Naml ayat
21
أوألذبحنه
ZIADA
H WAUPada Kalimah berikut
Al-Baqarah
ayat 5 أالئك
9
Al’A’raf ayat
145
سأريكم
Al-Anfal ayat
75
ألوا
ZIADA
H YA
Pada beberapa
kalimah
Al-Syura ayat
51 وراء
Taha ayat
130 ءاناء
Al-Anbiya’
ayat 34 أفإن
3.3KAEDAH HAMZAH
Dari segi bahasa, Hamzah bererti tekanan atau tolakan manakala dari segi
istilah bererti bertutur dengan huruf Hamzah.
10
Jika kaedah hamzah dibandingkan dengan Rasm Qiyasi, kaedahnya begitu
berbeza sekali kerana ia ditulis dengan bentuk yang berbeza-beza antara satu sama
lain. Sebenarnya, ”surah (rumah) Hamzah merupakan daripada kaedah ini dan
berkaitan dengan rasm. Tanda berbentuk huruf sad kecil ( ٱ ) ataupun kepala huruf
Ain ( أ ), juga merupakan daripada kaedah hamzah.
A. Hamzah Wasal
Hamzah Wasal ialah huruf tambahan yang hanya terletak pada permulaan
kalimah-kalimah tertentu. Ia hanya dibaca ketika memulakan bacaan sahaja. Ketika
11
BAHAGIAN HAMZAH
Hamzah Wasal
) ٱ )
Fa al-feel
Feel amar kalimahsoal
Lamat-ta'rif/ibtida'/jar
Feel hamzahistifham
Isim majrur diidhafkan kepada
lafaz al-jalalah
'Hamzah Qata
) أ)
Awal Kalimah
PertengahanKalimah
Akhir Kalimah
menyambungkan bacaan dengan kalimah sebelumnya, ia tidak dibaca. Dalam al-
Quran Rasm Uthmani, huruf Hamzah Wasal ini ditulis dalam bentuk huruf Alif yang
di atasnya terdapat kepala huruf sad.
B. Hamzah al-Qata’
Hamzah Qata’ ialah huruf Hamzah yang terletak sama ada di permulaan,
pertengahan ataupun di hujung kalimah. Ia tetap dibaca sama ada memulakan
bacaan padanya ataupun menyambungkan bacaan dengan kalimah sebelumnya.
Dalam al-Quran Rasm Uthmani, huruf Hamzah Qata' ini ditulis dalam bentuk
yang berbagai-bagai iaitu sama ada dengan huruf Alif, huruf Waw atupun huruf Ya'.
Contoh Kaedah Hamzah
HAMZAH
WASAL
Jenis Surah Imla’i Uthmani
Pada Fa al-feel terletak di
antara wau atau fa dan
hamzah
Al-Baqarah
ayat 189
وائتوا
Feel amar kalimah soal
selepas wau atau fa Yusuf ayat 82
واسئل
Lam at-ta'rif/ibtida'/jarAl-An’am ayat
32 الدار ول
Feel selepas hamzah
istifham
Al-Baqarah
ayat 80 أاتخذتم
Lafaz Isim majrur
diidhafkan kepada lafaz
al-Jalalah
Al-Fatihah
ayat 1
باسم
الله
HAMZAH
QATA’
Awal Kalimah (ditulis
dengan surah alif
Al-Fatihah
ayat 5-
Awal Kalimah (Hamzah
yang berhubung dengan
huruf ziadah)
Al-A’raf ayat
146-
Pertengahan Kalimah
(hamzah yang didahului
Al-Nisa’ ayat -
12
PE
MB
AH
AG
IAN
IBD
AL
Alif kepada Wau
Alif kepada Ya
Nun kepada Alif
Ta' Marbutah kepada Ta' Maftuhah
Thulathi kepada Alif
dengan fatha ditulis
denan surah alif153
Pertengahan Kalimah
(Hamzah dhammah
selepas fathah ditulis
dengan surah wau)
Al-Nur ayat 8 -
Akhir Kalimah (hamzah
yang ditulis mengikut
bentuk dan baris
sebelumnya)
Al-Ankabut
ayat 20-
Akhir Kalimah (Setiap
hamzah ditulis tanpa
surah jka didahului tanda
sukun)
Al-Imran ayat
91-
3.4KAEDAH IBDAL
Ibdal bermaksud pertukaran huruf dengan huruf. Ibdal terbahagi kepada 5
bahagian iaitu: ibdal Alif kepada Wau, ibdal Alif kepada Ya, ibdal Nun kepada Alif,
ibdal Ta’ Marbutah kepada Ta’ Maftuhah, ibdal perkataan Thulathi kepada Alif.
13
Contoh Kaedah Ibdal
Ibdal Huraian Surah Uthmani Imla’i
ALIF KEPADA
WAU
merupakan antara ومناة
kalimah yang merupakan
kaedah yang tetap
Al-Najm
ayat 20
ومناة
ALIF KEPADA
YA
Huruf Alif di akhir kalimah
ditukar kepada Ya dibaca
Al-Anbiya’ فتا
14
dengan Alif ayat 60
NUN KEPADA
ALIF
Diibdalkan kepada Nun Taukid
Khafifah kepada Alif
Muhammad
ayat 8 فتعسن
TA’
MARBUTAH
KEPADA TA’
MAFTUHAH
Merupakan antara 7 tempat
yang ditulis dengan Ta’
Maftuhah
Hud ayat 73 رحمة
THULATHI
WAU
KEPADA ALIF
Diibdalkan wau pada setiap
Thulathi yang asalnya huruf
Wau kepada Alif
Al-Nur ayat
43 سنو
3.5KAEDAH AL-MAQTU’ WA AL-MAUSUL
Al-Maqtu’ dari segi bahasa ialah bercerai atau berasingan. Manakala dari
segi istilah ialah kalimah yang ditulis secara bercerai dengan kalimah yang
selepasnya. Mengikut kaedah Rasm Uthmani, diharuskan waqaf sama ada pada
perkataan pertama atau kedua.
Al-Mausul dari segi bahasa ialah bersambung atau bercantum. Manakala
dari segi istilah ialah kalimah yang ditulis secara bersambung dengan kalimah
15
PEMBAHAGIAN AL-MAQTU' WA
AL-MAUSUL
Perbezaan (khilaf( Ulama' Rasm antara Maqtu' dan
Mausul
Persepakatan Ulama Rasm pada Maqtu'
Persepakatan Ulama' Rasm pada Mausul
selepasnya. Mengikut kaedah Rasm Uthmani, tidak boleh diwaqafkan pada kalimah
kedua.
16
Contoh Kaedah Al-Maqtu’ wa Al-Mausul
Jenis Huraian Surah Kalimah
KHILAF ULAMA’
ANTARA
MAQTU’ DAN
MAUSUL
Qata’ () dari () pada
satu tempat. Selainnya
wasal.
Al-Ra’d ayat
40
Qata’ () dari () pada
satu tempat. Selainnya
wasal.
Al-A’araf
ayat 166
Qata’ ( ) dari () pada
satu tempat. Selainnya
wasal.
Al-An’am
ayat 134
PERSEPAKATAN
ULAMA’ PADA
MAQTU’
Qata’ (حيث) dari (ما)
pada 2 tempat sahaja
Al-Baqarah
ayat 144
Al-Baqarah
ayat 150
17
KAEDAH MA FIH QIRA'ATAANI
Ditulis bertepatan dengan cara bacaan
kedua-duanya
Dikhususkan satu rasm walaupun
terdapat bebarapa bacaan
Ditulis berbeza-beza antara mushaf
berpandukan kepada cara bacaannya masing-masing
Qata’ (أن) dari (لم) pada
2 tempat sahaja
Al-An’am
ayat 131
Al-Balad
ayat 7
PERSEPAKATAN
ULAMA’ PADA
MAUSUL
.(ما) dengan (مه)Al-A’araf
ayat 132
(ما) dengan (كأن)Al-Anfal ayat
6
(اذ) dengan (يوم)Al-Ghasyiah
ayat 8
3.6 KAEDAH MAFIH QIRA'ATAANI (KALIMAH YANG MEMPUNYAI DUA
BACAAN(
Kaedah yang terakhir dalam penulisan al-Quran Rasm Uthmani ialah
sekiranya sesuatu kalimah itu mengandungi dua cara bacaan, maka ia ditulis
berpandukan cara bacaan qiraat-qiraat yang tertentu.
Kaedah ini secara tidak langsungnya akan menerangkan tentang perbezaan
cara bacaan antara qurra' kerana terdapat perbezaan kaedah penulisan yang terjadi
di antara mushaf-mushaf Uthmaniah itu di sebabkan perbezaan bacaan antara
mereka. Perbezaan bacaan yang dibincangkan dalam perbahasan ini adalah
tertumpu kepada Qurra' Sab'ah sahaja.
Sekiranya terdapat sesuatu kalimah yang mengandungi dua atau beberapa
wajah qiraat, maka kalimah itu ditulis dengan salah satu dari wajah-wajah qiraat
tersebut. Kaedah penulisan kalimah-kalimah yang termasuk dalam bahagian ini
boleh dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu:
Kaedah Mafih Qira'ataani
18
STRATEGI PENGAJARAN TILAWAH AL-
QURAN
Kaedah Talaqqi
Musyafahah
Kaedah Tasmik
Kaedah Tadarus
Kaedah Tikrar
Kaedah Imla’i
Kaedah Baghdadiah
Kaedah Iqra’
Kaedah Qiraati
Kaedah Hattawiah
Contoh Kalimah Yang Mempunyai Dua Bacaan
Kalimah Surah Huraian
Al-Taubah
ayat 100
Ditulis demikian dalam semua mashaf
kecuali mushaf Makki yang diletakkan
selepas kalimah من
Al-Imran
ayat 133
Huruf و ditulis sebelum huruf س dalam
mushaf Al-Makki dan Iraqi, tetapi tidak
ditulis dalam mushaf Al-Imam, Al-Madani
dan Syami
Al-An’am
ayat 63
Riwayat ‘Asim, Hamzah, Kisa’i dan
Khalas Al-Asyir membaca dengan huruf ا
selepasج dan ت . Manakala baki Qurra’
membaca dengan huruf ي yang mati
selepas huruf ج dan ت berbaris di
atas.
Al-Baqarah
ayat 132
Dibaca dengan CهAا ب AوFصAى atau وAا
CهAآ’ ب وAوAصHى
Al-Fatihah
ayat 7
Dibaca dengan sad, sin, dan isymam zai
(seperti suara zai)
Yasin ayat
35
Dibaca dengan
Atau
FتA عAمCل
4.0 KEBERKESANAN KAEDAH PENGAJARAN RASM UTHMANI
4.1 STRATEGI PENGAJARAN TILAWAH AL-QURAN
19
4.1.1 Kaedah Talaqqi Musyafahah
Talaqqi bermaksud pertemuan antara guru dan murid secara
bersemuka. Guru memberi contoh bacaan kepada sekumpulan murid,
kemudian murid mengikut bacaan guru secara beramai-ramai.
Musyafahah pula bermaksud murid menerima pengajaran dengan
mendengar sebutan guru, melihat pergerakan bibir guru dan mengikutnya.
Dalam kaedah talaqqi musyafahah, murid yang mempelajari al-Quran
mesti berhadapan secara langsung dengan gurunya.
4.1.2 Kaedah Tasmik
20
Melalui kaedah Tasmik, murid diminta membaca dan guru akan
mendengar dengan teliti. Guru akan memperbetulkan bacaan murid sekiranya
terdapat sebarang kesalahan.
Kaedah ini sangat sesuai digunakan untuk ayat Hafazan. Semasa
memperbeulkan bacaan murid, guru berpeluang mengesan kesalahan murid
dan menerangkan hukum-hukum tajwid yang berkaitan.
4.1.3 Kaedah Tadarus
Kaedah Tadarus ialah pembacaan dalam halaqah secara bergilir
seorang demi seorang ayat yang sama atau berlainan dan diteliti oleh murid
yang lain. Ketika salah seorang murid membaca, murid yang lain akan
mendengar dan membetulkan bacaan jika terdapat kesalahan dalam bacaan
rakannya itu.
Apabila melaksanakan kaedah ini, guru perlu menentukan ahli
kumpulan dalam setiap kumpulan halaqah mengikut peringkat kemahiran.
Guru juga perlu melantik seorang murid turus sebagai pembimbing atau
naqib.
4.1.4 Kaedah Tikrar
Tikrar bermaksud ulangan berkali-kali. Ia merupakan aktiviti bacaan
berulang-ulang kali untuk menguatkan ingatan dan mengingati sesuatu
bacaan berulang kali.
Guru perlu memperdengarkan bacaan, manakala murid mendengar
dengan teliti. Kemudian, guru meminta murid mengulangi bacaan sehingga
fasih dan sehingga guru berpuas hati.
4.1.5 Kaedah Imla’i
Kaedah ini memerlukan murid supya menyalin ayat yang hendak dihafaz dua
atau tiga kali bergantung kepada panjang atau pendek ayat itu. Semasa menyalin
ayat, murid-murid dikehendaki mengingati ayat tersebut. Kombinasi di antara
menulis dan membaca ini boleh mengukuhkan ingatan mengenai ayat al-Quran
yang hendak dihafaz itu
21
4.1.6 Kaedah Baghdadiah
Kaedah menggunakan kaedah mengeja dan membunyikan ejaan. Melalui
kaedah ini, murid akan diperkenalkan dengan huruf-huruf hijaiyyah terlebih dahulu.
Murid dikehendaki menyebut huruf dari ا hingga ي secara latih tubi hingga hafaz.
Selepas itu murid-murid diajar mengeja huruf tunggal berbaris di atas dan
membunyikannya. Kemudian mengeja huruf tunggal yang bercampur baris-baris
lain, iaitu baris satu di atas, di bawah di depan, mengeja kalimah-kalimah yang
terdapat tanda sukun, tanda tasydid, membunyikan kalimah-kalimah yang
mempunyai baris dan tanda bacaan yang berlainan, terdiri daripada dua suku kata
atau lebih dari empat suku kata.
Kaedah Baghdadiah mengajar murid-murid membaca petikan ayat-ayat al
Quran tanpa mengeja lagi. Pelajaran ilmu tajwid diajarkan menerusi surah-surah
pendek daripada al-Quran.
4.1.7 Kaedah Iqra’
Melalui kaedah Iqra’, murid tidak diperkenalkan terlebih dahulu kepada nama-
nama huruf Hijaiyah dan tanda–tanda bacaan. Mereka terus diperkenalkan bunyi
satu-satu huruf dengan menggunakan bahan pengajaran.
Pengajaran dan pembelajaran kaedah Iqra’ menggunakan satu set buku yang
mengandungi 6 naskhah. Murid menggunakan buku mengikut tahap kemahiran
masing-masing bermula daripada buku pertama.
4.1.8 Kaedah Qiraati
Kaedah Qiraati disusun pada tahun 1963 oleh Hj. Dachlan Salaim
Larkasyi dari Indonesia. Ia diterbitkan pada 1 Julai 1996. Kaedah ini
mengandungi dua bahagian buku iaitu Qiraati untuk kanak-kanak dan Qiraati
untuk dewasa.
Qiraati untuk kanak-kanak mengandungi lima buah buku dan sebuah
buku Gharib tentang kaedah Rasm Othmani. Qiraati untuk dewasa
mengandungi tiga buah buku, Setiap bahagian diajar secara bacaan Al-Quran
melalui mushaf dan tajwid.
22
4.1.9 Kaedah Hattawiah
Kaedah ini diperkenalkan oleh Drs. Haji Mohd Usman dari Riau
Sumatera. Beliau menggunakan konsep mempelajari al-Quran secara cepat
yang dikenali sebagai Kaedah Hatawiah.
Kaedah ini merupakan kaedah terkini sesuai, ringkas dan praktikal.
Seseorang itu boleh membaca al-Quran dalam tempoh 4 1/2 jam atau selama
6 kali belajar, khasnya kepada mereka yang sudah lancar membaca rumi.
4.2 INSTRUMEN PENGUMPULAN DATA
Kaedah ini dikaji semasa saya menjalankan Pengalaman Berasaskan
Sekolah (PBS) di SK Batu Baung, Pulau Pinang. Terdapat beberapa kaedah
pengumpulan data yang saya gunakan untuk mengkaji sejauhmana keberkesanan
kaedah rasm uthmani. Kajian ini dilaksanakan dengan menggunakan 3 kaedah iaitu
pemerhatian, temu bual, dan soal selidik.
4.2.1. Pemerhatian
Kaedah ini dijalankan dengan melihat kaedah pengajaran yang digunakan
oleh guru semasa pengajaran dan pembelajaran. Saya berpeluang masuk ke
beberapa kelas dan melihat beberapa P&P Asuhan Tilawah Al-Quran. Pemerhatian
ini direkodkan dengan membuat catatan dan mengambil gambar menggunakan
kamera digital.
Antara aspek yang diperhatikan ketika sesi pengajaran dan pembelajaran
berlangsung ialah:
a. Kaedah yang digunakan oleh guru semasa mengajar bidang Asuhan
Tilawah Al-Quran.
b. Aspek penekanan hukum tajwid.
c. Bahan bantu mengajar yang digunakan ketika mengajar.
d. Tindakan yang dilakukan kepada murid yang lemah.
4.2.2 Temu Bual
23
Kaedah ini dijalankan dengan membuat temu bual bersama 2 orang guru
Pendidikan Islam. Maklumat yang diperolehi dikumpulkan dan direkodkan. Soalan
yang ditanya ketika sesi temu bual ialah:
a. Apakah kaedah yang digunakan semasa mengajar bidang Asuhan
Tilawah Al-Quran?
b. Apakah bahan bantu mengajar yang digunakan ketika mengajar?
c. Bagaimanakah guru memastikan objektif P&P tercapai?
d. Apakah tindakan yang dilakukan kepada murid yang lemah?
e. Pendapat guru mengenai strategi yang paling berkesan untuk mengajar
Asuhan Tilawah Al-Quran.
4.2.3 Soal Selidik
Saya turut menggunakan kaedah soal selidik untuk mengkaji keberkesanan
Rasm Uthmani. Soalan ini diberi kepada 9 orang guru yang terdiri dari guru
Pendidikan Islam dan juga guru j-QAF. Saya telah menyediakan Borang Soal Selidik
untuk diberikan kepada guru-guru yang terlibat. Sila rujuk Lampiran 1 di bahagian
Lampiran. Borang soal selidik ini mengandungi 7 soalan iaitu:
a. Strategi pengajaran tilawah Al-Quran dan aplikasinya
b. Bahan yang sesuai digunakan untuk mengajar bidang asuhan Tilawah Al-
Quran
c. Kaedah pengajaran bagi bidang asuhan Tilawah Al-Quran
d. Keberkesanan kaedah dalam bidang asuhan Tilawah Al-Quran
e. Kaedah dan hasil pembelajaran bagi sukatan ayat hafazan
f. Kaedah dan hasil pembelajaran bagi sukatan ayat kefahaman
g. Kaedah penilaian yang digunakan yang digunakan dalam bidang asuhan
Tilawah Al-Quran
4.3Dapatan Kajian
24
Berdasarkan 3 kaedah yang telah saya gunakan untuk mengumpul
maklumat, saya mendapati kaedah yang paling berkesan dalam pengajaran bidang
asuhan Tilawah Al-Quran ialah kaedah Talaqqi Musyafahah dan kaedah Tikrar.
Dalam kaedah ini, guru memberi contoh bacaan kepada sekumpulan murid,
kemudian murid mendengar dan mengikut bacaan guru secara beramai-ramai.
Seterusnya, guru memperbetulkan kesalahan murid. Kemudian guru tersebut
meminta beberapa orang murid membaca keseluruhan surah dan memperbetulkan
bacaannya. Guru juga meminta murid mengulang bacaan mereka berkali-kali
sebagai satu pengukuhan terhadap bacaan mereka.
Saya mendapati guru turut memberi penekanan terhadap hukum tajwid.
Selepas membaca secara Talaqqi Musyafahah mengenai satu ayat, guru akan
menerangkan hukum tajwid yang terdapat di dalam ayat tersebut. Selain itu,
perbezaan hukum tajwid yang terdapat di dalam Rasm Uthmani dan Rasm Imla’i
turut diterangkan. Guru juga turut memperbetulkan makhraj huruf murid-murid.
Pada pandangan saya, kaedah Talaqqi Musyafahah mempunyai
kekangannya iaitu guru tidak mempunyai masa yang mencukupi untuk
memperbetulkan bacaan kesemua murid. Murid-murid hanya dipilih secara rawak
sahaja. Jadi, masih terdapat murd-murid yang tidak menguasai isi pelajaran.
Bagi memastikan objektif guru tercapai, guru menggunakan murid turus
untuk membimbing murid-murid yang lemah. Murid yang lemah akan mengikut
bacaan murid turus. Guru juga menggunakan kaedah Tikrar atau ulangan kepada
murid-murid supaya bacaan mereka menjadi mantap. Murid-murid dikehendaki
mengulang bacaan sehingga guru berpuas hati dengan bacaan mereka.
Bahan bantu mengajar yang digunakan oleh guru semasa sesi pengajaran
dan pembelajaran ialah buku teks dan juga papan hitam. Pada pendapat saya, guru
perlu menggunakan bahan bantu mengajar yang lebih menarik minat murid untuk
meneruskan sesi pembelajaran seperti kad imbasan, audio rakaman surah yang
berkaitan dan sebagainya.
Kaedah yang paling tidak berkesan ialah kaedah Qiraati dan kaedah
Hattawiyah. Berdasarkan temu bual, seorang guru berpendapat kedua-dua kaedah
25
ini tidak begitu berkesan kerana kedua-dua kaedah ini menggunakan buku khas
yang agak mahal harganya. Selain itu, buku ini agak susah didapati.
Selain itu, kaedahnya hampir sama dengan kaedah Iqra’. Iqra’ juga
mempunyai bukunya yang terdiri daripada 6 jilid. Buku Iqra’ lebih murah harganya
dan mudah didapati.
Di samping itu, penggunaan buku Iqra’, Qiraati dan Hattawiyah sekaligus
akan mengelirukan murid-murid kerana mempunyai buku yang terlalu banyak. Jadi,
guru hanya memilih kaedah Iqra’ sahaja berbanding dengan kaedah Qiraati dan
Hattawiyah.
Pada pendapat saya, setiap kaedah mempunyai kelebihan dan
kelemahannya yang tersendiri. Guru perlu bijak menggunakan kaedah-kaedah
tersebut dan mempelbagaikan bahan untuk menarik minat murid. Sebagai
rumusannya, kaedah-kaedah yang dinyatakan berkesan dalam pengajaran Rasm
Uthmani.
5.0HURAIAN SURAH TERPILIH
26
5.1 SURAH AL-FIL
5.1.1 Pengenalan Ayat
Surah ini mengandungi 5 ayat dan termasuk surah Makkiyyah yang turun
setelah surah Al-Kaafiruun. Di antara isinya: berita tentang serangan tentera
bergajah yang terjadi pada tahun kelahiran Nabi Muhammad SAW. Mereka
berusaha menghancurkan Kaabah, namun Allah menjaga kehormatannya dengan
mengirim burung ababil yang menghancurkan segala tentera bergajah. Suatu isyarat
bahawa Allah akan memelihara Kaabah sebagai simbol keesaan Pencipta.
5.1.2 Huraian Ayat
Ayat 1:
Maksudnya: “Tidakkah engkau lihat bagaimana Tuhanmu bertindak terhadap
angkatan tentera bergajah?”
Ia merupakan satu pertanyaan dengan tujuan menimbulkan rasa
kagum terhadap peristiwa yang amat besar itu. Peristiwa itu sangat terkenal
dalam kalangan orang Arab sehingga mereka menjadikannya sebagai tahun
permulaan sejarah. Rasululullah SAW dilahirkan pada tahun gajah itu sendiri
dan ini mungkin merupakan salah satu dari ketentuan Ilahi yang indah yang
telah dirancangkan.
Jadi, tujuan surah ini bukanlah untuk menceritakan suatu kisah yang
tidak diketahui oleh orang Arab. Malah untuk mengingatkan mereka dengan
kisah yang diketahui mereka untuk maksud-maksud sebaliknya.
Menurut al-Qurtubi, perkataan AرA bermakna kamu melihat. Siapa yang ت
melihat? Peristiwa yang termasyur di kalangan umat Arab ini berlaku sewaktu
Rasulullah saw masih belum dilahirkan. Kemasyuran peristiwa ini sehingga
mereka menjadikannya sebagai tahun permulaan sejarah (Tahun Gajah).
Jelas sekali, ayat ini ingin menunjukkan kekaguman terhadap
kebesaran dan kekuasaan Allah swt. Ini merupakan peringatan buat orang
Quraisy yang pernah melihat sendiri kejadian ini bahawa Allah swt telah
27
menolong mereka dari tentera bergajah. Sepatutnya mereka segera
membalas dengan menganut agama Allah yang dibawa oleh Rasulullah saw.
Ayat 2:
Maksudnya: “Tidakkah Dia jadikan rancangan jahat mereka berada dalam
kesesatan(gagal)?”
Pertanyaan Allah ini adalah untuk mengingatkan kaum Quraisy
terhadap nikmat mereka, iaitu nikmat menjaga Ka’bah semasa mereka tidak
berdaya menghadapi serangan tentera bergajah yang kuat itu. Semoga
dengan peringatan itu, mereka berasa malu kerana perbuatan mereka
mengingkari Allah yang telah menolong mereka ketika mereka lemah.
Semoga mereka menghilangkan rasa keangkuhan dengan kekuatan mereka
dalam menghadapi Nabi Muhammad SAW dengan segelintitr pengikut-
pengikut yang beriman kepadanya kerana Allah telah pun menghancurkan
orang-orang yang kuat yang mahu mencerobohkan rumah sucinya dan ia
berkuasa pula untuk menghancurkan orang yang kuat yang sedang
menentang Rasul-Nya.
Begitu juga apa yang telah berlaku ke atas kaum-kaum sebelumnya.
Seperti kaum Nabi Nuh, Kaum Nabi Luth dan kaum Nabi Musa telah
dimusnahkan kerana keingkaran mereka terhadap Allah dan rasul-rasul-Nya.
Kaum Bani Israeil pula terhina hingga sekarang kerana tidak bersyukur
dengan kemuliaan yang Allah berikan. Malah angkuh dengan kekuatan
mereka.
Perkataan JJيدA يك bermaksud ييييييييييييي tipu daya yang dibuat oleh orang yang
lemah untuk menghadapi orang yang kuat dan berkuasa. Ini bermakna
walaupun pada pandangan manusia tentera Abrahah adalah gagah tidak
terkalah, tetapi mereka adalah lemah pada pandangan Allah swt. Mudah bagi
Allah swt menggagalkan rancangan atau tipu daya mereka.
Ayat 3 – 5 :
28
Maksudnya: “ Dan Dia telah melepaskan ke atas mereka burung-burung
yang terbang berpasuk-pasukkan(3). Sambil melontarkan ke atas mereka
batu-batu yang pejal(4). Lalu Dia menjadikan mereka (binasa) seperti daun-
daun dimakan ulat(5).”
Perkataan AيلC Aاب بA memberi أ makna kumpulan atau pasukan-pasukan.
Perkataan LيلMجCسLلLلLلLلLلLلLلLلLلLلLلLلLلLل berasal dari perkataan Parsi yang tersusun dari dua
kalimah yang bereri batu dan tanah, iaitu, batu yang berpalit dengan tanah.
Perkataan �� ف ص� ع� pula memberi erti daun kayu yang kering. Seperti
daun-daun yang dimakan ulat adalah satu gambaran fizikal pecah belah
tubuh badan akibat terkena batu-batu yang dilontar oleh pasukan-pasukan
burung.
5.1.3 Analisis Pengajaran Ayat
Kemusnahan tentera Abrahah tersebut membuktikan kekuasaan, keilmuan
dan kebijaksanaan Allah Maha Pencipta, juga membuktikan kemuliaan Nabi
Muhammad SAW kerana mukjizat boleh didahulukan penonjolannya sebelum
zaman kerasulan (al-bi’thah). Ini ialah sebagai penguat kepada kerasulan nabi-nabi
dan pengantar kepada kemunculan Rasul.
Selain itu, peristiwa yang berlaku ini menunjukkan penghormatan Allah
terhadap Ka’abah dan nikmat-Nya kepada orang-orang Quraisy dengan
mempertahankan mereka daripada ancaman musuh. Lantaran itu, mereka wajib
segera beriman dengan risalah Nabi Muhammad SAW, serta beribadat kepada Allah
dan mensyukuri nikmat-Nya.
Perutusan burung sebagai “irhas” kepada Nabi Muhammad SAW tetapi
“irhas” itu tidak diperlukan setelah Baginda dilantik menjadi nabi. Oleh kerana itulah
al-Hajjaj tidak menghadapi bencana lantaran merosakkan Baitullah kerana beliau
tidak berniat untuk merosakkan rumah tersebut, sebaliknya ingin membunuh Ibnu al-
Zubair.
29
Di samping itu, kemusnahan dan kebinasaan mereka setelah terkena
lontaran anak batu dari burung digambarkan dengan bentuk yang buruk untuk
menunjukkan tentang kebencian Allah terhadap kekufuran, kekerdilan diri dan
kehinaan mereka di sisi Allah.
Allah juga mengenakan azab kepada tentera bergajah dan tidak
mengenakan azab kepada kafir Quraisy yang menggantung berhala-berhala di
dinding Ka’abah kerana tujuan tentera bergajah ialah hendak meruntuhkan Ka’abah.
Perbuatan tentera bergajah adalah suatu pencerobohan ke atas hak manusia.
Sementara meletakkan berhala di dalam Ka’abah bertujuan untuk mendekatkan diri
kepada Allah walaupun dalam masa yang sama mereka melanggar hak Allah,
namun hak manusia diutamakan dalam hal ini.
Setelah Allah mempertahankan Mekah daripada ancaman raja Habsyah,
semua masyarakat Arab mula menghormati orang-orang Quraisy dan berkata
bahawa mereka adalah orang-orang yang dikasihi oleh Allah. Allah berperang untuk
mereka dan mereka diselamatkan daripada ancaman musuh. Itu adalah nikmat Allah
yang terbesar yang dikurniakan kepada mereka.
Allah tidak mahu menyerahkan urusan memelihara rumah sucinya kepada
kaum Musyrikin Arab walaupun mereka memang berbangga dengan rumah itu dan
juga berlindung dengannya. Apabila Allah mahu menjaga dan mengisytiharkan
naungan dan pengawasannya terhadap rumah itu, ia membiarkan kaum Musyrikin
kalah di hadapan kekuatan bala tentera yang menyerang. Lalu kudrat kuasanya
terus campur tangan secara terang-terangan mempertahankan keselamatan
Baitullah supaya orang-orang Musyrikin tidak mempunyai sebarang jasa
mempertahankan rumah itu dengan semangat jahiliah mereka.
Allah tidak memberi kesempatan kepada ahli kitab iaitu Abrahah dan bala
tenteranya untuk merobohkan dan menguasai Baitullah walaupun telah dicemari
oleh kepercayaan syirik oleh orang-orang Musyrikin.
5.2 SURAH AL-MA’UN
5.2.1 Pengenalan Ayat
30
Surah ini mengandungi 7 ayat, termasuk surah Makkiyyah dan turun setelah
surah At-Takaatsur. Di antara isinya: penjelasan tentang orang yang mendustakan
agama yang di antara cirinya membiarkan anak yatim, tidak peduli pada kaum yang
dhaif, kedekut memberikan harta atau jasanya. Mereka itu sama dengan orang yang
menjalankan solat secara lahirnya sahaja, tidak sampai ke dasar batinnya.
Dijelaskan juga orang yang menolak untuk memberikan pinjaman atau keringanan
kepada orang lain.
5.2.2 Asbabul Nuzul
Sebab Turun Ayat 1:
Firman Allah yang bermaksud: “Tahukah Engkau orang yang mendustakan
agama?” (Al-Ma’un, 107:1). Ibnu Abbas berkata ia diturunkan kepada al-‘As bin Wa’il
al-Sahmi. Al-Suddi berkata ia diturunkan kepada al-Walid bin al-Mughirah.
Ada yang berpendapat ia diturunkan kepada Abu Jahl. Beliau adalah seorang
penyelian anak yatim. Pada suatu hari dalam keadaan tidak berbaju, anak yatim itu
dating meminta sedikit harta (kepunyaan sendiri) kepada Abu Jahl. Lantas Abu Jahl
menolat ke tepi anak yatim tersebut.
Manakala Ibnu Juraij berkata ia diturunkan kepada Abu Sufian. Menurut
riwayat, Abu Sufian menyembelih unta setiap minggu. Maka datanglah anak yatim
meminta sebahagian daripadanya. Beliau lantas mengetuk anak yatim tersebut
dengan tongkatnya, lalu Allah pun menurunkan surah ini.
Sebab Turun Ayat 4:
Firman Allah yang bermaksud: “Maka celakalah orang-orang yang
sembahyang.” (Al-Ma’un, 107:4). Diriwayatkan oleh Ibnu al-Munzir daripada Ibnu
‘Abbas mengenai ayat tersebut, beliau berkata: “Diturunkan kepada orang-orang
munafik. Mereka mempamerkan ibadat sembahyang mereka kepada orang-orang
Islam apabila bersama mereka. Tetapi meninggalkan ibadat tersebut apabila orang-
orang Islam tidak ada bersama. Mereka juga tidak suka memberi pertolongan atau
meminjamkan sesuatu kepada orang lain.”
5.2.3 Huraian Ayat
31
Surah kecil ini memperkatakan satu hakikat agama yang amat besar yang
hampir-hampir menguba pengertian biasa iman dan kufur. Agama Islam bukanlah
agama upacara. Ibadat-ibadat yang zahir itu tidak bermakna sekiranya ia tidak lahir
dari hati yang ikhlas kerana Allah, iaitu keikhlasan yang meninggalkan kesan-kesan
dalam hati yang mendorong seseorang ke arah melakukan amalan yang soleh.
Agama Islam bukanlah agama pecah belah, iaitu seseorang itu boleh
membuat apa yang disukainya dan meninggalkan apa yang tidak disukainya. Agama
Islam merupakan satu program yang sepadu iaitu kegiatan ibadat bekerjasama
dengan tugas-tugas perseorangan dan tugas-tugas sosial dan semuanya menuju
kepada satu matlamat kebaikan manusia.
Seseorang boleh mengaku dengan lidahnya bahawa dia adalah seorang
muslim yang beriman. Dia mungkin mendirikan solat dan melakukan ibadat yang
lain, namun hakikat kepercayaan dan keimanan terhadap agama ini masih jauh
kerana hakikat keimanan mempunyai alamat-alamatnya yang membuktikan
kewujudannya.
Hakikat keimanan ialah apabila ia bertunjang di hati ia terus bergerak di
dalam kegiatan-kegiatan amalan soleh untuk membuktikan kewujudannya. Jika
pergerakan tersebut tidak ada, ia bermakna hakikat keimanan itu tidak wujud.
Inilah pernyataan tegas dari surah ini.
Maksudnya: “Tahukah Engkau akan orang Yang mendustakan ugama (meliputi hari
pembalasan)? Orang itu ialah yang menindas serta berlaku zalim kepada anak
32
yatim, dan ia tidak menggalakkan untuk memberi makanan Yang berhak diterima
oleh orang miskin.”
(Al-Ma’un:1-3)
Ayat ini dimulakakan dengan pertanyaan yang dihadapkan kepada sesiapa
yang boleh melihat supaya melihat. Dan orang yang mendengar pertanyaan ini akan
tertunggu-tunggu untuk melihat siapakah yang dituju oleh ayat ini. Tiba-tiba
jawapannya, “itulah orang yang menindas anak-anak yatim dan tidak menggalakkan
orang lain memberi makanan kepada orang miskin.”
Jawapan itu merupakan intisari hakikat keimanan, iaitu orang yang
mendustakan agama ialah orang yang menindas anak-anak yatim dan tidak
menggalakkan orang lain memberi makanan kepada orang miskin. Jika benar dia
mempunyai agama dan hakikat keimanan itu telah mantap di hatinya, tentulah dia
tidak akan menindas anak-anak yatim. Dia juga tidak akan cuai menggalakkan orang
lain memberi makanan kepada orang miskin.
Hakikat mempercayai agama bukannya kata-kata yang dituturkan lisan, tetapi
ialah satu perubahan dalam hati yang mendorong seseorang membuat kebaikan
dan berbakti kepada saudara sesame manusia yang memerlukan pemeliharaan dan
naungan. Allah tidak mahukan kata-kata dari manusia, tetapi Allah mahukan
tindakan yang mengotakan kata-kata mereka. Tanpa tindakan, kata-kata itu kosong
sahaja, tidak mempunyai nilai di sisi Allah.
Tiada yang lebih tegas dari 3 ayat tadi dalam menegakkan hakikat ini, iaitu
satu hakikat yang menggambarkan roh dan tabiat akidah Islam dengn gambaran
yang setepat-tepatnya.
Berdasarkan hakikat yang pertama ini Allah memberi satu gambaran amali:
Maksudnya: “(kalau orang yang demikian dikira dari bilangan orang-orang yang
mendustakan agama), maka kecelakaan besar bagi orang-orang ahli sembahyang,
(laitu) mereka yang berkeadaan lalai daripada menyempurnakan sembahyangnya;
(juga bagi) orang-orang yang berkeadaan riak (bangga diri dalam ibadat dan
33
bawaannya), dan orang-orang yang tidak memberi sedikit pertolongan (kepada
orang yang berhak mendapatnya).”
(Al-Ma’un:4-7)
Mereka bersembahyang tetapi tidak mendirikan sembahyang. Mereka
melakukan gerak-geri solat dan membaca bacaannya tetapi hati mereka tidak
menghayati bacaan-bacaan itu dan tidak hidup dengannya. Mereka bersembahyang
kerana menunjuk-nunjuk kepada orang lain, bukannya kerana Allah. Oleh sebab itu
mereka lalai dari solat dan tidak mendirikannya. Yang dituntut oleh Allah ialah
mendirikan solat, bukannya melakukan gerak-geri solat. Maksud mendirikan solat
ialah menghadirkan hakikatnya dan menunaikan dengan ikhlas kerana Allah.
Kerana itulah ibadat solat tidak meninggalkan kesan-kesannya di dalam jiwa
orang-orang yang melakukan ibadat solat dengan kelalaian. Mereka enggan
memberi pertolongan dan enggan berbakti dan berbuat kebajikan kepada saudara-
saudara mereka sesame Islam. Jika mereka benar-benar mendirikan solat, mereka
pasti tidak akan enggan memberi pertolongan kepada orang lain.
Ayat ini merupakan satu ayat yang mengancam orang-orang yang melakukan
solat dengan azab kecelakaan yang besar kerana mereka tidak mendirikan solat
dengan sebenar-benarnya. Mereka melakukan solat kerana riak dan tidak ikhlas
kerana Allah. Solat mereka bukan sahaja kosong dan sia-sia, malah maksiat yang
menunggu balasan yang berat.
Sebenarnya, Allah tidak memerlukan sesuatu apa pun dari manusia untuk
kebaikan zat-Nya kerana Allah Maha Kaya. Allah mahukan manusia mendapat
kebaikan untuk diri mereka sendiri. Dia mahukan hati manusia menjadi bersih dan
hidup mereka mencapai kebahagiaan. Allah mahu manusia membina satu
kehidupan yang luhur yang ditegakkan di atas perasaan yang ersih, saling bantu-
membantu, murah hati, kasih mesra, persaudaraan, hati yang suci dan tingkah laku
yang bersih.
5.2.4 Analisis Pengajaran Ayat
Surah Al-Ma’un ini secara umumnya menegaskan perkara berikut, iaitu
celaan Allah terhadap orang yang mendustakan perhitungan dengan ganjaran di
34
akhirat. Perkataan yang digunakan bersifat umum dan maknanya tidak terikat
kepada individu khusus yang menjadi sebab turunnya ayat.
Selain itu, sifat manusia pendusta yang mengingkari balasan akhirat dengan
segala keburukannya ialah suka mengherdik anak yatim. Suka menghalau,
menafikan hak, menindas dan menganiaya anak yatim. Bahkan suka meninggalkan
amalan kebajikan. Tidak suka menggalakkan orang lain bersedekah makan minum
kepada golongan miskin. Ini adalah kerana sifat bakhil dan keengganannya
mempercayai hari pembalasan. Celaan Allah ini tidaklah bersifat umum, sebab itu
tidak merangkum orang yang tidak bersedekah kerana miskin atau susah. Golongan
yang menjadi sasaran celaan ialah orang yang kaya dan berada tetapi bersifat bakhil
untuk bersedekah dan sengaja mengada-ngadakan alasan.
Musibah dan celaka besar serta ancaman keras Allah terhadap orang yang
melakukan 3 perkara iaitu melalaikan solat, berbuat sesuatu kerana riak dan enggan
menolong orang lain (meskipun perkara yang mudah dan ringan). Manusia hipokrit
mempunyai 3 jenis ciri-ciri ini dengan lengkap.
Lalai sembahyang pula membawa 2 makna iaitu sama ada meninggalkan
langsung dan menunaikan secara sambil lewa atau lalai dalam erti kata terlupa
dalam sembahyang (perkara kedua). Ini adalah di luar kesedaran, ia bukan sesuatu
yang disengajakan.
Sifat riak pula bermakna melakukan ibadah bertujuan duniawi agar diri
mereka dikagumi orang lain. Riak terdapat pelbagai jenis. Pertama, berhias diri
dengan niat supaya disanjung orang. Kedua memakai baju yang singkat atau lusuh
untuk menunjukkan zuhud dengan dunia.ketiga, dengan perkataan. Contohnya,
menuturkan perkataan-perkataan yang menyelar, memuja dunia, berlagak
mempamerkan nasihat atau sedih kerana kononnya tidak sempat melakukan
kebaikan. Keempat, mempamerkan sembahyang dan bersedekah atau menghias-
hias sembahyangnya agar dikagumi oleh orang lain.
Solat atau sembahyang itu khusus untuk Allah. Manakala Al-Ma’un
(pertolongan atau pinjaman) adalah untuk orang ramai. Sesiapa yang meninggalkan
sembahyang, bermakna ia meninggalkan suruhan mengagung-agungkan Allah.
35
Manakala orang yang enggan memberikan pertolongan bermakna ia mengabaikan
tanggungjawab mengasihani makhluk Allah dan ini adalah satu musibah.
6.0RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN (RPH( PENDIDIKAN ISLAM
SEKOLAH RENDAH
إسالم ڤنديديقن : ڤالجرن مات
عريف 3 : کلس
2012 جون 28: تاريخ
فاضي 9.45 -فاضي 8.45 :ماس
اورڠ 30: موريد بيالڠن
القرءان تالوة اسوهن :بيداڠ
3-1 اية الفيل سورة :تاجوق
: ڤمبالجرن حاصيل
دڠن الفيل سورة کليمة ببراڤ ممباچ داڤت اکن موريد 1 (
36
بتول يغ مخراج
دڠن الفيل سورة 3-1 اية ممباچ داڤت اکن موريد 2 (
فصيح دان بتول
برتجويد دڠن الفيل سورة1-3اية مڠحافظ داڤت اکن موريد 3 (
برفيکير: کماهيرن
( مغأناليسيس ضمبر1
( ممبيذاكن حكوم تجويد2
ڤڽراڤن:
القرءان دان ممباچ کتيک ادب اخالق- مڠحفظ
نيالي: ڤنراڤن
سوڠوە-)1 القرءان ٢سورة مڠحافظ کتيک برسوڠوە
صالة ددالم الفيل سورة ممباچ )2
: مڠاجر بنتو باهن
إيمباسن کد )1
2(LCD /الفيل سورة چريتا
الفيل) 3 سورة راكامن
لغكه/
ماسإيسي فالجرن
اكتيؤيتي فغاجرن دان
فمبالجرن
باهن
بنتو مغاجر
- موريد ديمينتا ممباخباخاءن دعاء فالجر:ڤنداهولوا
37
ن
مينيت) 2(
دعاء بالجر سمبيلدفيمفين اوليه ضورو
ايندک سيت
( سي
مينيت) 5
- افاكه بيناتغ يغ دتونجوقكن ددالمضمبر ترسبوت؟
افاكه نام سورة يغ بركايتن دغن بيناتغ
ترسبوت؟ ضورو مغإتكن-
جوافن ترسبوت دغن تاجوق يغ اكن
دفالجري
- ضورو ممفاميركن ببراف كفيغ ضامبر
بيناتغ سفرتي: لمبو، ضاجه، لبه دان
سموت. - ضورو منخريتاكن
كفد موريد، تردافت سورة ددالم-سورة
القرءان يغ دناماكن دغن نام بيناتغ اتاو
ترتنتو.ڠݢسر -ضورو مغإتكن خريتا
ترسبوت دغن تاجوق
يغ اكن دفالجري
-LCD
ضامبر- بيناتغ
KB:
- مغأناليسيس ضمبر
1 لڠکه
مينيت) 15(
-1 اية الفيل سورة
3:
دڤردڠرکن موريد -دڠن
سورة باچاءن راكامن 3-1 اية الفيل
ماللوءيسمبيل ريبا کومڤوتر
مندڠر موريد ممينتاسچارا
تليتي. -
إيمباس کد -ن
سورة چرتا -
LCDالفيل/
راكامن-
الفيل سورة
38
- مڠندوڠي اين سورة
5اية
سورة ترماسوق - مکيه
سورة ستله تورون-
الکاافيرون.
ايسيڽ: انتارا
سرڠن بريتا )1 تنتڠ
ترجاد يڠ براجه تنترا
کالهيرن تاهون ڤد ي
نبي
محمد
بروسها مريک) 2
کعبة مڠهنچورکن
منجاالله) 3
مڠير دڠن کهورمتنڽ
يم
يڠ ابابيل بورڠ
ساال مڠهنچورکن
براجه تنترا
دڠ دڤردڠرکن موريد
ن
ورو باچاءن
الفيل سورة
دان 3-1 اية دري
مڠيکوتڽ
-
اوليه دڤاڤرکن موريد
يڠ کليمة دڠن ورو
ا سورة دالم ترداڤت
لفيل
ايمباسن. کد ماللوءي
ورو مندڠر موريد -
ترسبو ٢کليمة ممباچ
ت
مڠي دان دهولو ترلبيه
کوتڽ
-
ممباچ دبيمبيڠ موريد
مڠيک ترسبوت ٢کلمة
وت
د باريس دان مخراج
ڠن
بتول.
إيمباس کد - - -1 اية الفيل سورة2لڠکه
39
:3مينيت) 16(
اوليه دڤاڤرکن موريد اية ڤوتوڠن دڠن ورودالم
سکر ڤد الفيل سورة
LCD ين
ورو مندڠر موريد-
اية ڤوتوڠن ممباچ
دهولو ترلبيه ترسبوت
دان
مڠيکوتڽ
-
ممباچ دبيمبيڠ موريد
ترسبوت اية ڤوتوڠن
برتجوي دان بتول دڠن
د
-
ممباچ دبيمبيڠ موريد
اية سورة 1-3الفيل
دڠن
برت دان فصيح ، بتول
جويد
موري دان ممباچ ورو -
د
د حفظ سچارا ممباچ
ڠن
س تيک مليهت
نسورة چرتا -
LCDالفيل/
40
-
باچاءن مغولغ موريد
س مليهت تنڤا تيک
3 لڠکه
مينيت) 17(
-1 اية الفيل سورة
3:
مغولغ دمينتا موريد - 1-3اية
دڠن الفيل سورةيڠ بتول مخراج
ح سچارا ممباچ ورو -
افظ
مڠ موريد ممينتا دان
ورو حافظبرسام
ممباچ دمينتا موريد -
سرتا
کل سچارا مڠحافظ
س
ممباچ دمينتا موريد -
سرتا
کو مڠيکوت مڠحافظ
مڤولن
م دمينتا موريد سموا-
مباچ
مڠحاف دان تسأد اية
سچارا براولڠ- ظ
دڠن اولڠ
فصيح دان بتول
حفلن مڠوجي ورو-
إيمباس کد -
ن
سورة چرتا -
LCDالفيل/
41
س ممينتا دڠن موريد
چارا
ببراڤ راوق
موريد اورڠ
برت سچارا مڠحافلڽ
جويد
اية مڠحافل موريد -
تسأد
راماي- سچارا د برام
ڠن
موريد- اوليه دکتواءي
دڤيليه يڠ موريد
ضورو ممينتا ببراف- اورغ موريد اونتوق
مثوسون كد إبمباسن يغ تردافت فد فافن
فوتيه مغيكوتسوسونن اية يغ بتول
ڤنوتوڤ
مينيت) 5(
-1 اية الفيل سورة
3:
ممڤردڠرکن ورو -
اي راكامن الي سکالي
ة
الفيل سورة 1-3
سام موريد دان ورو -
٢
س ترسبوت اية ممباچ
حفظ چارا
سورة چرتا -
LCDالفيل/
راكامن-
الفيل سورة
نيالي:
مغعملكن-
باخاءن
42
فصيح ، بتول دڠن
برتجويد دان
موري منصيحتي ورو -
د
سورة ممباچ سوڤاي
اين
صالة دالم
ددالم صالة
ڤالتيه: ورو ريفليکسي
: ڤمبيمبيڠ اولسن ڤڽليا/
43
7.0REFLEKSI
Melalui tugasan yang diberikan, banyak pengalaman dan pengajaran yang
saya peroleh. Antaranya ialah saya berpeluang berinteraksi denga guru-guru
Pendidikan Islam di sekolah untuk mengetahui pendapat mereka mengenai
keberkesanan kaedah Rasm Uthmani.
Saya juga berpeluang membuat pemerhatian apabila diberi peluang melihat
pengajaran dan pembelajaran guru di dalam kelas. Melalui pemerhatian yang
dijalankan, saya dapat membuat refleksi berkaitan kekuatan dan kelemahan P&P
tersebut.
Selain itu, saya turut belajar membuat borang soal selidik untuk diberikan
kepada guru-guru. Saya turut mengambil bahan di internet untuk dijadikan panduan
ketika menyediakan borang tersebut.
Di samping itu, saya juga belajar membuat rancangan pengajaran harian.
Saya perlu kreatif dalam memilih strategi, kaedah dan teknik yang sesuai ketika
merancang pengajaran. Saya juga perlu berusaha mempelbagaikan aktiviti dan
bahan bantu mengajar supaya mampu menarik minat murid terhadap sesi
pembelajaran.
Selain itu, saya belajar untuk membuat nota menggunakan grafik. Saya
perlu meneliti maklumat penting terlebih dahulu sebelum membentuk sebuah peta
minda. Membuat nota secara grafik boleh membantu saya untuk mengingati fakta
dan lebih memahami sesuatu konsep.
44
Saya turut berpeluang mengetahui kaedah-kaedah yang digunakan dalam
pengajaran Al-Quran dengan lebih mendalam. Hal ini kerana saya perlu mengetahui
kaedah tersebut satu persatu sebelum menjalankan kajian berkaitan keberkesanan
kaedah.
Tugasan ini juga mengajar saya supaya menguasai pelbagai kemahiran
mengajar Al-Quran seperti kaedah Talaqqi Musyafahah, Tikrar, Tasmik, Iqra’ dan
sebagainya supaya saya dapat menjadi seorang guru yang dapat mengajar dengan
berkesan.
8.0RUJUKAN
BUKU
Ahmad Mohd Salleh. (2011). Kurikulum, Metodologi dan Pedagogi Pengajian Islam.
Selangor: Oxford Fajar Sdn Bhd.
As-Syahid Sayyid Qutb. (1988). Tafsir Fi Zilal Quran Juzuk ‘Amma. Kelantan: Dian
Darul Na’im
Haji Abdul Qadir Leong. (2009). Tajwid Al-Quran Rasm Uthmani. Selangor: Pustaka
Salam Sdn. Bhd.
Iman Hamzah, Zulkifli Husin & Mohd Syah Ujang. (2004). Buku Panduan Guru
Pendidikan Islam Tahun 3. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Mahadi Dahlan Al-Hafiz & Azharuddin Sahil. (2009). Al-Quranul Karim Rasm
Uthmani Jilid 10. Selangor: Pustaka Haji Abdul Majid.
Prof. Dr. Wahbah Al-Zuhaily. (2001). Tafsir Al-Munir Juzu ‘Amma. Shah Alam:
Persatuan Ulama Malaysia.
INTERNET
45
http://qiraatitatih.blogspot.com/2008/07/adab-adab-membaca-al-quran.html
http://www.ipislam.edu.my/index.php/artikel/read/108/adab-membaca-al-quran
http://ulumquran.blogspot.com/2012/06/kaedah-penulisan-rasm-uthmani-2.html
http://www.drhayei.com/2010/10/mukadimah-nama-surah-nama-surah-107-ini.html
9.0 LAMPIRAN
Lampiran 1: Borang Soal Selidik
Lampiran 2: Buku Panduan Guru
46
INSTITUT PENDIDIKAN GURUKementerian Pelajaran Malaysia
KAMPUS IPOH, 31150 HULU KINTAPERAK DARUL RIDZUAN
BORANG SOAL SELIDIK
TAJUK:
PERSEPSI GURU PENDIDIKAN ISLAM DAN GURU J-QAF TERHADAP
KEBERKESANAN KAEDAH PENGAJARAN RASM UTHMANI DAPAT
DIAPLIKASIKAN DI SEKOLAH RENDAH
Nama:
47
Nadia Atylia Binti Ramli (27110)
Nur Saffawati Binti Abdul Kadir (27166)
Kursus:
Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (Pendidikan Islam Sekolah Rendah)
*Soal selidik ini mengandungi dua bahagian iaitu Bahagian A dan Bahagian B. Sila jawab dan lengkapkan
soalan-soalan berkenaan.
Tandakan (/) bagi petak jawapan yang berkenaan.
Bahagian A: Latar belakang responden
Jantina:
Lelaki Perempuan
Umur:
26-30 Tahun 31-35 Tahun
36-40 Tahun 40 tahun dan keatas
Taraf pendidikan:
SRP/PMR/LCE MCE/SPM
Diploma Ijazah
Lain-lain, sila nyatakan: .....................................................
Tahap murid yang diajar:
Tahap 1 Tahap 2
48
Pengalaman bekerja sebagai guru:
5 tahun ke bawah 6 tahun – 10 tahun
10 tahun ke atas
Pengalaman membimbing murid dalam bidang asuhan tilawah al-Quran:
5 tahun ke bawah 6 tahun – 10 tahun
10 tahun ke atas
Anda dikehendaki membulat hanya satu nombor sahaja bagi satu penyataan.
1. Sangat tidak setuju (STS)
2. Tidak setuju (TS)
3. Tidak pasti (TP)
4. Setuju (S)
5. Sangat setuju (SS)
Bahagian B: Strategi pengajaran tilawah Al-Quran dan aplikasinya.
No
.
PerkaraSTS TS TP S SS
1 Kaedah Talaqqi Musyafahah merupakan kaedah yang berkesan
dalam pengajaran Tilawah Al-Quran1 2 3 4 5
2 Kaedah Tasmik merupakan kaedah yang berkesan dalam
pengajaran Tilawah Al-Quran1 2 3 4 5
3 Kaedah Tadarus merupakan kaedah yang berkesan dalam
pengajaran Tilawah Al-Quran1 2 3 4 5
4 Kaedah Tikrar merupakan kaedah yang berkesan dalam
pengajaran Tilawah Al-Quran1 2 3 4 5
5 Kaedah Imla’i merupakan kaedah yang berkesan dalam
pengajaran Tilawah Al-Quran1 2 3 4 5
6 Kaedah Baghdadiah merupakan kaedah yang berkesan dalam
pengajaran Tilawah Al-Quran1 2 3 4 5
7 Kaedah Iqra’ merupakan kaedah yang berkesan dalam
pengajaran Tilawah Al-Quran1 2 3 4 5
8 Kaedah Qiraati merupakan kaedah yang berkesan dalam
pengajaran Tilawah Al-Quran1 2 3 4 5
9 Kaedah Hattawiah merupakan kaedah yang berkesan dalam 1 2 3 4 5
49
pengajaran Tilawah Al-Quran
Bahagian C: Bahan yang sesuai untuk digunakan mengajar bidang asuhan tilawah al-
Quran.
No
.
PerkaraSTS TS TP S SS
10 Buku Iqra’ merupakan buku yang sesuai untuk digunakan dalam
bidang asuhan tilawah al-Quran.1 2 3 4 5
11 Buku Qiraati merupakan buku yang sesuai untuk digunakan
dalam bidang asuhan tilawah al-Quran.1 2 3 4 5
12 Kandungan dalam buku Iqra’ sesuai dengan sukatan bidang
asuhan tilawah al-Quran yang telah ditetapkan. 1 2 3 4 5
13 Kandungan dalam buku Qiraati sesuai dengan sukatan bidang
asuhan tilawah al-Quran yang telah ditetapkan.1 2 3 4 5
14 Hasil pembelajaran bagi bidang asuhan tilawah al-Quran lebih
mudah dicapai melalui penggunaan buku Iqra’.1 2 3 4 5
15 Hasil pembelajaran bagi bidang asuhan tilawah al-Quran lebih
mudah dicapai melalui penggunaan buku Qiraati.1 2 3 4 5
16 Terdapat banyak bahan bantu mengajar yang boleh digunakan
untuk mengajar bidang asuhan tilawah al-Quran.1 2 3 4 5
Bahagian D: Kaedah pengajaran bagi bidang asuhan tilawah al-Quran.
No
.
PerkaraSTS TS TP S SS
17 Kaedah talaqi dan musyafahah adalah merupakan kaedah
berkesan untuk digunakan dalam pengajaran bidang asuhan
tilawah al-Quran.
1 2 3 4 5
18 Kaedah tikrar (Pengulangan( dan latih tubi adalah merupakan
kaedah terbaik untuk digunakan dalam pengajaran bidang
asuhan tilawah al-Quran.
1 2 3 4 5
19 Kaedah tasmik dan tashih adalah merupakan kaedah terbaik
untuk digunakan dalam pengajaran bidang asuhan tilawah al-
Quran.
1 2 3 4 5
20 Kaedah halaqah, tadarrus dan bacaan beramai-ramai adalah
merupakan kaedah alternatif untuk digunakan dalam
pengajaran bidang asuhan tilawah al-Quran.
1 2 3 4 5
21 Kaedah perbincangan atau penerangan adalah merupakan
kaedah alternatif untuk digunakan dalam pengajaran bidang
1 2 3 4 5
50
asuhan tilawah al-Quran.
Bahagian E: Keberkesanan kaedah dalam bidang asuhan tilawah al-Quran.
No
.
PerkaraSTS TS TP S SS
22 Melalui kaedah talaqi dan musyafahah, murid akan dapat
membaca ayat al-Quran dengan lancar dan mengikut tajwid
yang betul.
1 2 3 4 5
23 Dengan menggunakan kaedah tikrar (Pengulangan( dan latih
tubi, murid akan dapat mebaca al-Quran dengan baik mengikut
hukum tajwid yang betul.1 2 3 4 5
24 Melalui kaedah tasmik dan tashih, murid akan dapat
membezakan sebutan makhraj huruf yang terdapat dalam
kalimah al-Quran yang dibacanya.1 2 3 4 5
25 Kaedah halaqah, tadarrus dan bacaan beramai-ramai, murid
akan dapat membaca kalimah al-Quran dengan fasih dan lancar
di akhir pembelajaran.
1 2 3 4 5
26 Kaedah perbincangan atau penerangan, murid dapat
mengaplikasi kaedah tajwid dalam kalimah al-Quran yang
diajarkan oleh guru ke dalam surah-surah yang lain.
1 2 3 4 5
Bahagian F: Kaedah dan hasil pembelajaran bagi sukatan ayat hafazan dalam bidang
asuhan tilawah al-Quran.
No
.
PerkaraSTS TS TP S SS
27 Melalui kaedah talaqi dan musyafahah, murid dapat menghafal
dan membaca kalimah al-Quran dengan fasih dan lancar di
akhir pembelajaran.
1 2 3 4 5
28 Tikrar (Pengulangan( adalah kaedah yang berkesan bagi
sukatan ayat hafazan dalam bidang asuhan tilawah al-Quran.1 2 3 4 5
29 Tasmik dan Tashih adalah kaedah yang berkesan bagi
sukatan ayat hafazan dalam bidang asuhan tilawah al-Quran.1 2 3 4 5
30 Halaqah adalah kaedah alternatif bagi sukatan ayat hafazan
dalam bidang asuhan tilawah al-Quran.1 2 3 4 5
31 Perbincangan dan penerangan adalah kaedah alternatif bagi
membolehkan murid membezakan sebutan makhraj huruf yang
terdapat dalam ayat al-Quran yang dihafal.
1 2 3 4 5
51
32 Melalui kaedah tadarrus, bacaan beramai-ramai, dan
halaqah, murid dapat mengaplikasi kaedah tajwid dalam
kalimah al-Quran yang dihafal ke dalam surah-surah yang lain.
1 2 3 4 5
33 Murid akan dapat menguasai kaedah-kaedah tajwid dalam
kalimah al-Quran yang dihafal melalui kaedah hafalan.1 2 3 4 5
Bahagian G: Kaedah dan hasil pembelajaran bagi sukatan ayat kefahaman dalam
bidang asuhan tilawah al-Quran.
No. Perkara STS TS TP S SS
34 Murid dapat mengaplikasi pengajaran ayat yang dipelajari
dalam kehidupan harian melalui kaedah soal jawab.1 2 3 4 5
35 Membaca mafhum ayat merupakan cara terbaik untuk
memberi kefahaman kepada murid ayat al-Quran yang telah
dibaca.
1 2 3 4 5
36 Perbincangan kumpulan merupakan cara terbaik untuk
menguji murid sama ada mereka dapat membezakan perkara
baik dan perkara buruk yang dijelaskan dalam tafsir ayat al-
Quran yang dipelajari
1 2 3 4 5
37 Bercerita merupakan kaedah yang sesuai bagi memastikan
murid akan dapat memahami dan menghayati tafsir ayat yang
dibaca.
1 2 3 4 5
38 Kajian perpustakaan merupakan alternatif kepada murid
untuk dapat menjelaskan pengajaran ayat yang dipelajari.1 2 3 4 5
Bahagian H: Kaedah penilaian yang digunakan dalam bidang asuhan tilawah al-
Quran.
No
.
PerkaraSTS TS TP S SS
39 Lembaran kerja yang diberi merupakan cara terbaik untuk
menguji kefahaman murid dalam bidang asuhan tilawah al-
Quran.
1 2 3 4 5
40 Soalan latihan pada setiap akhir kelas/ tajuk kecil merupakan
langkah yang sesuai untuk menguji kefahaman murid mengenai
apa yang mereka pelajari.
1 2 3 4 5
52