21
A. Rancangan mengajar Harmonisasi dan Kaden. Tingkatan : 4 Amanah Matapelajaran : Pendidikan Muzik Aspek : Persepsi Estetik Tajuk : Pergerakan kaden Bilangan Pelajar : 35 orang Masa : 10.00 am – 12.00 tengahari. Tarikh : 23.02.2009 Diakhir P&P ini pelajar dapat:- 1. Mengharmonisasikan (harmonise) melodi dalam bentuk SATB. 2. Menulis Kaden Perfek, Plagal, Imperfek dan Interrupted 3. Membandingkan pergerakan Kaden Lengkap dan Kaden Tidak Lengkap. Pengalaman sedia ada pelajar:-

rancangan muzik oleh mohd zubir haron

Embed Size (px)

DESCRIPTION

mohd zubir

Citation preview

A.

Rancangan mengajar Harmonisasi dan Kaden.

Tingkatan : 4 Amanah Matapelajaran : Pendidikan Muzik

Aspek : Persepsi Estetik Tajuk : Pergerakan kaden 35 orang

Bilangan Pelajar :

Masa : 10.00 am 12.00 tengahari. Tarikh : 23.02.2009 Diakhir P&P ini pelajar dapat:1. Mengharmonisasikan (harmonise) melodi dalam bentuk SATB. 2. Menulis Kaden Perfek, Plagal, Imperfek dan Interrupted 3. Membandingkan pergerakan Kaden Lengkap dan Kaden Tidak Lengkap. Pengalaman sedia ada pelajar:1. 2. Pelajar telah mengenal dan memahami konsep binaan triad tonik major Pelajar telah menguasai dan memahami pergerakan kord primer dan sekunder dalam nada - Major - Minor harmonic Nilai murni : Menghormati sesama manusia. dan minor.

Bahan Bantu Mengajar : Perkembangan Set induksi ( 10 minit) Aktiviti Guru memainkan skel E Major pada piano dan mengarahkan pelajar mendengar dengan betul . Pelajar mendengar dengan teliti. Guru Memanggil seorang pelajar dari kumpulan cemerlang (A) dan mengarahkanya memainkan pula kord primer pada nada E Major . Pelajar tersebut memainkan kord primer dalam nada E Major :I IV V atau V7 Pelajar lain turut membantu. Langkah satu ( 25 minit) Guru memperkenalkan tajuk pelajaran hari ini iaitu: Harmonisasi dalam bentuk SATB. Sebelum itu guru bertanya kepada murid apakan yang dimaksudkan dengan suara SATB. Pelajar menjawab: S suara soprano A suara alto T suara tenor B suara bes. Kaedah: Penyoalan Pengetahuan Kecerdasan: Muzik Linguistik BBM: Laptop/ LCD BBM / Catatan BBM: Piano

Guru menerangkan peraturan asas dalam

menulis SATB melalui paparan powerpoint (rujuk lampiran 1a ) Pelajar melihat dan memahami peraturan tersebut melalui paparan LCD oleh guru. Guru menunjukkan pula Peraturan asas kedudukan jeda antara dua suara (powerpoint) melalui paparan LCD ( lihat lampiran 2a ) iaitu: Pelajar memberikn perhatian dan respond kepada penerangan guru. Guru menunjukkan cara pembentukan harmoni SATB bagi skel C Major ( rujuk lampiran 3a) melalui power point. Pelajar memerhati dan memberi respon. Guru memberi penjelasaan lebih teliti kepada pelajar. Guru mengarahkan pelajar berada dalam 7 kumpulan dan setiap kumpulan diberikan satu latihan mengharmonikan lagu ( rujuk lembaran kerja A) Pelajar bergerak dalam kumpulan masing-masing dan menyiapkan latihan mengharmonisasi lagu yang diberi.

Kaedah: Kuliah

Kaedah: Kuliah Simulasi Pengetahuan

BBM: Kertas lembaran kerja Kaedah: Perbincangan Inkuiri Kecerdasan: Muzik Interpersonal linguistik

Langkah dua (15minit)

Guru mengarahkan pelajar berhenti dan menghantar hasil kerja masing-masing.

Pelajar berhenti dan menghantar hasil kerja masing-masing. Guru membuat semakan berdasarkan peraturan asas yang telah diajar. Murid mendengar dan menerima teguran dan pembetulan dari guru dengan baik. Guru memberikan pendapat terhadap hasil kerja yang terbaik kepada pelajar. Pelajar menerima penghargaan guru. Kecerdasan: Interpersonal Kaedah: Analisis

Langkah tiga Pengenalan (15 minit)

Guru memulakan pengenalan tajuk pelajaran seterusnya hari ini iaitu ; Pergerakan Kaden. Guru menerangkan maksud pergerakan Kaden : Kaden bermaksud pergerakan dua kord terakhir dalam sesuatu frasa. Ia juga merupakan tempat berehat , tempat bernafas dan berfungsi seperti tanda bacaan. Pelajar mendengar dengan teliti. Guru menunjukkan pada skrin LCD frasa terakhir laguGeylang Sipaku Geylang dan memainkan kaden pada lagu tersebut. (Lihat lampiran 3a) Kaedah: Kuliah Penyoalan Laptop/ LCD/ Keratan frasa akhir lagu Geylang Sipaku Geylang.

Pelajar melihat dan mendengar dengan teliti. Guru memainkan kaden pada frasa akhir tersebut dan bertanya kepada pelajar: Apakah yang kamu rasa dihujung lagu tersebut, adakah seperti sudah tamat atau seperti ada sambungan lain? Pelajar menjawab : Seperti sudah tamat lagu. Guru membuat sekali lagi ulasan terhadap jawapan pelajar iaitu berkaitan maksud kaden. Pelajar memahami penerangan guru.

Kecerdasan: Muzik Linguistic

Kaedah: Penyoalan Analisis

Langkah empat (15 minit)

Guru memperkenalkan dua kumpulan kaden , kepada pelajar . Iaitu: a. kaden lengkap b. Kaden tidak lengkap. Pelajar memberi perhatian. Guru menerangkan jenis kaden pada kaden lengkap menggunakan LCD(rujuk lampiran 4a), iaitu: a. Kaden perfek. Pergerakan kord V ke kord I b. Kaden Plagal.

Laptop/ LCD skrin/ piano

Kaedah: Kuliah.

Pergerakan kord VI ke kord I Pelajar mendengar dan membuat pemerhatian yang teliti. Guru menerangkan pula jenis kaden pada kaden tidak lengkap menggunakan LCD(rujuk lampiran 5a), iaitu: a. Kaden imperfek. Pergerakan mana-mana kord( I, II atau IV) ke kord V b. Kaden melencung ( interrupted). Pergerakan kord V ke kord VI Pelajar mendengar dan membuat pemerhatian yang teliti.

Kecerdasan: Muzik

Langkah lima ( 20 minit)

Guru menunjukkan dan memperdengarkan bunyi pergerakkan kord kord mengikut kumpulan kaden yang telah diterangkan . Pelajar mendengar dan membuat analisa bunyi yang dikeluarkan oleh kord yang dimainkan guru. Guru menunjukkan perbezaan bunyi harmoni yang dihasilkan pada kaden lengkap dan kaden tidak lengkap. Pelajar mendengar. Guru bertanya kepada pelajar apakah yang dapat disimpulkan pada pergerkan

BBM: Kibod Kaedah: Penyoalan Main peranan Perbincangan Analisis

kaden lengkap. Pelajar menjawab : Bunyi harmoni yang dihasilkan ialah menggambarkan tamat sebuah frasa lagu. Guru memainkan kaden tidak lengkap dan bertanya kepada pelajar : Apakah yang dapat mereka buat kesimpulan dari bunyi pergerakkan kord tersebut. Pelajar menjawab ia mengggambarkan frasa lagu tersebut seolah-olah belum tamat atau tergantung. Guru menghargai ulasan kesimpulan pelajar . Kecerdasan: Muzik Logic Linguistic

Langkah enam (15 minit)

Guru membahagikan pelajar-pelajar kepada tujuh kumpulan dan memaklumkan setiap kumpulan akan diuji dengan permainan kuiz pendengaran. Pelajar bergerak dan berada dalam kumpulan masing-masing dan bersedia. Guru memainkan beberapa pergerakan dua kord pada piano dan meminta pelajar mendengar dan menjawab samada pergerakkan kord tersebut menghasilkan kaden lengkap atau kaden tidak lengkap. Pelajar melibatkan diri secara aktif dalam kumpulan masing-masing dan menjawab semua soalan guru.

BBM: Kibod.

Kaedah: Analisis Penyoalan Pendengaran Penilaian

Guru mencatat markah bagi setiap jawapan pada setiap kumpulan. Guru mengumumkan pemenang bagi kuiz pendegaran tersebut. Pelajar menerima penghargaan dan nasihat guru dengan baik. Kecerdasan: Muzik Linguistic Interpersonal intrapersonal Penutup (5 minit) Guru mengedarkan lembaran kerja diajar iaitu : Lembaran B : Menulis jenis kaden . Guru mengarahkan agar pelajar dapat menjawab soalan tersebut dirumah. Pelajar menerima kertas dan arahan guru. BBM:

kepada pelajar mengenai tajuk yang telah Lembaran kerja

B.

Rancangan mengajar harian tajuk penciptaan

Tingkatan : 4 Amanah Matapelajaran : Pendidikan Muzik

Aspek : Ekspresi kreatif Tajuk : Rekacipta ( berkarya) Bilangan Pelajar : 35 orang

Masa : 10.00 am 12.00 tengahari. Tarikh : 29.02.2009 Diakhir P&P ini pelajar dapat:1. 1. 2. 3. Mencipta sebuah lagu sekurang-kurangnya pada 8 hingga 16 bar. Pelajar pernah mencipta melodi tidak kurang daripada empat bar dalam nada major. Pelajar mengetahui dan boleh menulis irama dan melodi. Boleh bermain alat muzik seperti piano dan kibod.

Pengalaman sedia ada pelajar:-

Nilai murni : Mencintai dan menghargai satu-satu hasil kerja.. Bahan Bantu Mengajar : langkah Langkah satu Memulakan ciptaan (5 minit) aktiviti Guru memperdengarkan sebuah gubahan melodi ( lampiran 1b) kepada pelajar. Pelajar mendengar dengan minat. Guru bertanya kepada pelajar : Adakah kamu pernah sebelum ini Kaedah: Simulasi BBM: Kibod

mendengar lagu ini?. Pelajar menjawab tidak. Guru mengiyakan jawapan pelajar bahawa memang lagu itu belum pernah mereka dengar. Ini kerana lagu tersebut adalah cipta baru oleh guru.

Penyoalan

Langkah dua Mencipta melodi pada keyboard. (35 minit)

Guru memberitahu pelajar bahawa hari ini mereka akan mengubah sebuah lagu sepangjang 8 bar . Guru meminta pelajar memikirkan melodi yang hendak dicipta dan seterusnya dimainkan pada keyboard dan di simpan pada disket. Pelajar bergerak dan mematuhi arahan guru . Pelajar mencipta melodi masing-masing dan disimpan dalam diskets dalam bentuk file MIDI. Guru bergerak dan membantu pelajar yang bermasalah. Pelajar menjalankan aktiviti dengan bimbingan guru.

BBM: Kibod/ computer/ perisian encore/disket Kaedah: Pengetahuan Aplikasi Kecerdasan: Muzik Interpersonal.

Langkah tiga membuka perisian dan mengedit melodi ciptaan

Guru mengarahkan pelajar membuka perisian encore pada computer masingmasing. Pelajar mengikut arahan guru. Guru mengarahkan pelajar mendengar

BBM: Kibod/computer/perisian encore/disket

( 45 minit)

semula melodi 8 bar ciptaan mereka pada computer dengan menggunakan perisian Encore. Guru mengarahkan pelajar bersedia untuk menjalankan aktiviti mengedit lagu ciptaan mereka mengikut arahan yang akan dibaca oleh guru.. Pelajar bersedia. Guru membacakan arahan kepada pelajar. ( rujuk lampiran 2b) Pelajar mengikuti setiap arahan yang dibaca oleh guru dengan teliti. Guru membetulkan pelajar yang bermasalah. Pelajar melakukan kerja-kerja mengedit hasil ciptaan masing-masing

Kaedah: Aplikasi Pengetahuan

BBM: Komputer/ LCD

Kaedah: Aplikasi Pengetahuan Pemahaman

Kecerdasan: Muzik Linguistic

Langkah empat Aktiviti apressiasi seni. ( 30 minit)

Guru mengarahkan pelajar bersedia untuk mempersembahkan hasil gubahan masingmasing melalui perisian Encore. Pelajar bersedia. Guru mengarahkan pelajar berhenti dan meminta tiap-tiap seorang mencetak keluar hasil ciptaan masing-masing dan dihantar kepada nya. Pelajar mencetak skor melodi ciptaan mereka dan menghantarnya kepada guru.

BBM: Komputer/laptop/LCD/ disket/pencetak Kaedah: Aplikasi Penilaian Analisis

Guru mengarahkan tiap-tiap pelajar memainkan semula melodi yang dicipta dengan menggunakan perisian Encore. Pelajar memainkan semula melodi yang dicipta dengan perisian Encore. Guru meminta pandangan dan komen pelajar dari segi apressiasi seni muzik terhadap hasil cipta rakan mereka. Pelajar memberikan pandangan dan komen terhadap hasil kerja kawan mereka. Kecerdasan: Muzik Logik Linguistic Intrapersonal

Penutup (5 minit) Guru telah memilih tiga gubahan ciptaan yang terbaik dari kalangan pelajar dan dimainkan semula pada kelas. Pelajar memberi perhatian dan menerima ganjaran dari hasil erja seni mereka. C. Rancangan mengajar harian Kajian Aspek Muzik klasikal. BBM: Laptop/disket/ LCD/speaker

Tingkatan : 4 Amanah

Matapelajaran :

Pendidikan Muzik

Aspek : Penghargaan Estetik Tajuk : Kajian Aspek Muzik Klasikal 35 orang

Bilangan Pelajar :

Masa : 10.00 am 12.00 tengahari. Tarikh : 30 .02.2009 Diakhir P&P ini pelajar dapat:1. membincangkan aspek muzik klasik ciptaan Joseph Haydn. 2. menyenaraikan sekurang2nya 5 ciri muzik zaman klasik 3. membuat analisa satu pergerakan karya dalam bentuk sonata Pengetahuan sedia ada pelajar: 1. 2. Boleh dan mahir melayari internet. Mengetahui dan megenali bentuk muzik mengikut zaman.

Nilai murni : Menghargai hasil seni muzik..

Langkah/ masa Set induksi (5 minit)

Aktiviti Guru memainkan sebuah lagu klasikal ciptaan Joseph Haydn bertajuk Sonata 62, Hoboken XVI:52 1st movement Pelajar mendengar dengan penuh minat. Guru bertanya kepada pelajar apakah kategori

BBM/Catatan

zaman lagu tersebut? Pelajar memberi jawapan : Lagu Klasikal. Langkah satu (15 minit) Guru memberikan penerangan tajuk pelajaran hari ini iaitu : Seni Muzik zaman Klasikal. Pelajar memberi perhatian. Guru memberikan penerangan secara paparan powerpoint tentang : a. Pengenalan Muzik Zaman klasikal. b. Pencipta pencipta zaman muzik klasikal. (rujuk lampiran 1c) Pelajar memberi perhatian dan memberi respon Langkah dua (35 minit) kepada pengajaran guru. Guru membahagikan kepada 5 kumpulan dan memberikan setiap kumpulan tugasan masingmasing. ( rujuk lampiran 2c) Guru mengedarkan tugasan masing-masing. Pelajar bergerak dalam kumpulan dan menjalankan tugasan yang diberi. Guru memberi panduan mencari maklumat pada laman internet , iaitu : Kaedah: Aplikasi 1. http://ms.wikipedia.org/wiki/Bahasa_Melayu Analisis 2. http://www.free-scores.com/free-sheetmusic_composers.php Atau mana-mana laman web yang sesuai. Pelajar memahami dan meneruskan kerja. Guru memberitahu bahawa setiap kumpulan akan maklumat. Pengetahuan BBM: Komputer/ rangkaian internet/ LCD/ Lembaran tugasan Kecerdasan: Linguistik Kaedah: Kuliah Soal jawab. BBM: LCD/ Laptop

diberikan masa 10minit setiap kumpulan untuk membentangkan hasil dapatan dihadapan kelas dalam bentuk persembahan : Power point. Pelajar bersedia dan menjalankan tugasan Langkah tiga (60 minit) masing-masing Guru mengarahkan pelajar untuk membuat persiapan akhir bagi mempersembahkan hasil dapatn tugasan yang diberikan. Pelajar membuat dan mengikut arahan guru. Guru mengarahkan kumpulan pertama dan seterusnya kumpulan lain untuk tampil kehadapan dan membuat persembahan hasil dapatan mereka . Setiap kumpulan tampil mempersembahkan kepada rakan dan guru melalui paparan LCD menggunakan program powerpoint. Guru membuat kesimpulan ringkas mengenai persembahan setiap kumpulan . Pelajar memberi perhatian. Guru meminta pendapat dan kesimpulan pelajar mengenai : a. Ciri-ciri muzik klasikal. b. Pergerakan muzik dalam sonata Pelajar memberikan jawapan dan pendapat masing-masing. Dari perbincangan dan kesimpulan yang didapati guru mengarahkan pelajar menyenaraikan 5 ciriKecerdasan: Interpersonal Kecerdasan Kaedah: Pengetahuan Analisis Pengetahuan Kaedah: Penilaian BBM: Laptop/computer/ LCD/ buku latihan/speaker Kaedah: Pengetahuan Pemahaman Analisis

ciri muzik klasikal. Pelajar menyenaraikan 5 ciri-ciri muzik klasikal dalam buku latihan. Penutup 5 minit Guru memberi ulasan akhir dari segi hasil kerja dan persembahan pelajar. Pelajar memberikan perhatian. Guru memperdengarkan sekali lagi lagu Gubahan Joseph Haydn bertajuk Sonata 62, Hoboken XVI:52 1st movement Pelajar mendengar dengan minat.

muzik Linguistik

BBM Laptop/ speaker