6

Click here to load reader

Rancangan mengajar

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Rancangan mengajar

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

Mata Pelajaran : Sains

Tahun : 5 Merah

Bilangan Murid : 30 orang

Tarikh : 2 Mei 2012

Masa : 8.30 – 9.30 pagi (60 minit)

Tajuk : Fasa- fasa bulan

Objektif / Hasil Pembelajaran :

Di akhir pembelajaran, murid dapat ;

1. Menyatakan sekurang-kurangnya 4 jenis fenomena fasa-fasa bulan.

2. Menyusun atur setiap peringkat fasa-fasa bulan.

3. Menamakan gambarajah yang diberi dengan maklumat yang betul.

Pengetahuan sedia ada: Murid telah mengetahui fenomena kejadian bulan

Page 2: Rancangan mengajar

Aktiviti-aktiviti:

Langkah dan masa & Isi Pelajaran

Isi pelajaran dan aktiviti guru Aktiviti murid Catatan

Set induksi (5 minit)

Tajuk: Fasa-fasa bulan

Isi pengajaran:Pengenalan kepada tajuk

1. Guru menayangkan beberapa gambar slide animasi fasa-fasa bulan.

2. Guru bersoal jawab dengan murid.

3. Guru menerangkan tajuk pada hari itu.

Soalan :

Apakah yang murid telah lihat tadi?

1. Semua murid sedang memerhatikan gambar slide animasi fasa-fasa bulan.

2. Murid-murid cuba menjawab soalan guru.

3. Murid mendengar penerangan daripada guru mengenai tajuk.

Jangkaan jawapan :

Gambar fenomena kejadian fasa-fasa bulan.

Bahan Bantu Mengajar:

- Gambar slide

Nilai:Kesyukuran

Page 3: Rancangan mengajar

Langkah 1(10 minit)

Tajuk:Bulan dan paksinya

Isi pengajaran:

Tayangan video kejadian fasa-fasa bulan dan paksinya.

1. Guru memaparkan tayangan video kejadian fenomena bulan dan paksinya.

2. Guru bersoal jawab dengan murid mengenai tayangan video fenomena kejadian fasa-fasa bulan yang ditunjukkan.

Soalan :

a) Bagaimana bulan memancarkan cahaya ke bumi?

b) Mengapa pada waktu siang bulan tidak kelihatan?

1. Setiap murid memerhatikan tayangan video kejadian fenomena bulan dan paksinya yang dipaparkan.

2. Murid bersoal jawab dengan guru mengenai tayangan video fenomena kejadian fasa-fasa bulan dan paksinya yang ditunjukkan.

Jangkaan jawapan :

a) Bulan memancarkan cahayanya ke bumi apabila bulan menerima cahaya daripada matahari dan memantulkan semula ke bumi.

b) Pada waktu siang cahaya yang dipancarkan oleh matahari ke bumi adalah sangat terang menyebabkan bulan tidak kelihatan.

Bahan Bantu Mengajar:

Tayangan videoKomputer, layar putih

Nilai:Bersyukur dan menghargai kejadian fasa-fasa bulan.

Page 4: Rancangan mengajar

Langkah 2(20 minit)

Tajuk:Bulan dan paksinya

Isi pengajaran:

Bercerita berkenaan tayangan video kejadian bulan dan paksinya selepas perbincangan dalam kumpulan.

1. Guru membahagikan murid-murid kepada 5 kumpulan.

2. Guru meminta murid-murid berbincang tentang kejadian bulan dan paksinya berdasarkan tayangan video yang ditonton.

3. Guru meminta salah seorang murid daripada setiap kumpulan untuk menceritakan hasil perbincangan.

4. Guru membuat rumusan dan memberi komen terhadap hasil perbincangan setiap kumpulan.

1. Murid dikehendaki duduk dalam kumpulan yang terdiri daripada 6 orang ahli dalam setiap kumpulan.

2. Murid-murid berbincang bersama-sama tentang kejadian bulan dan paksinya.

3. Salah seorang murid daripada setiap kumpulan berdiri di hadapan kelas untuk mewakili ahli kumpulannya menceritakan hasil perbincangan mereka iaitu apa yang dapat diperhatikan berdasarkan kepada tayangan kejadian fasa-fasa bulan dan paksinya.

4. Murid-murid memberi perhatian terhadap komen yang diberikan oleh guru.

Bahan Bantu Mengajar:

Slide power point

Page 5: Rancangan mengajar

Langkah 3(15 minit)

Tajuk : bulan dan paksinya

Isi pengajaran :

1. Menjawab beberapa soalan pengukuhan yang berkaitan dengan tayangan video fenomena fasa-fasa bulan.

2. Murid menyalin isi-isi penting pelajaran.

1. Guru melakukan aktiviti iaitu murid dikehendaki menjawab beberapa soalan pengukuhan.

2. Guru menyuruh setiap murid menyalin isi-isi penting yang berkaitan dengan pencemaran hasil daripada tayangan video kejadian fasa-fasa bulan dan paksinya.

1. Murid menjawab soalan-soalan pengukuhan yang telah disediakan oleh guru.

2. Murid menyalin isi-isi penting yang berkaitan dengan pencemaran hasil daripada tayangan video fenomena kejadian fasa-fasa bulan dan paksinya.

Bahan Bantu Mengajar:

Slide power point

Page 6: Rancangan mengajar

Penutup (5 minit)

.

1. Guru menanya murid apa yang telah dipelajari hari ini.

2. Guru merumuskan pelajaran pada hari ini.

Soalan:Murid-murid, apakah yang telah anda pelajari hari ini?

1. Murid menjawap soalan guru mengenai apa yang telah dipelajari.

2. Murid mendengar rumusan yang dibuat oleh guru.

Jangkaan jawapan:Kejadian fasa-fasa bulan.