Upload
vukiet
View
237
Download
4
Embed Size (px)
Citation preview
Ramadan kini tiba. Hati
mukmin tidak sabar lagi
untuk mengambil peluang
semaksimum mungkin di
bulan yang berkat ini
demi mendapatkan bekalan
iman dan meningkatkan
amal. Kita memasuki bulan
berkat di mana pahala dilipat
kali gandakan bagi mereka
yang mengharap ganjaran
dan keredhaan Allah swt.
Dari Qutaibah, dari Ismail bin
Jaafar dari Abi Suhail, dari
ayahnya dari Abu Hurairah ra
sabda Rasulul lah saw
bermaksud,"Apabila datang
Ramadan,dibukakan pintu-
pintu syurga." (Hadis sahih
riwayat Al-Bukhari). Dengan
berpuasa, kita menahan diri
dari makan,minum, hubungan
suami isteri, menjaga lidah,
pemandangan dan hati hanya
semata-mata kerana Allah.
Oleh itu, Allah sendiri yang
a k a n m e m b a l a s n y a .
Ramadan dengan penuh
iman dan mengharap
g a n j a r a n A l l a h ,
d i a m p u n k a n d o s a -
dosanya yang telah
lalu." (Hadis sahih riwayat
Al-Bukhari).
Di dalam Ramadan, kita
seharusnya melipat ganda-
kan ibadah solat kita, dan
lebih membiasakan diri kita
mendampingi surau, masjid
dan para jemaah di
dalamnya yang beriman.
Ramadan adalah bulan Al-
Quran di mana Al-Quran
diturunkan Allah swt pada
bulan tersebut. Jibril
menyemak bacaan dan
hafazan Al-Quran Nabi saw
juga di bulan ini. Oleh itu,
kita jadikanlah bulan ini
bulan yang lebih meriah bagi
kita bersama Al-Quran,
dengan membacanya dan
melaksanakan ajaran-ajaran
yang terkandung di
dalamnya.
Ramadan juga adalah bulan
bersedekah, berkasih sayang
sesama umat Islam dan
makhluk Allah swt.
Perbanyakkanlah bersedekah
dan menjamu orang lain di
bulan ini.
Ramadan adalah bulan
iktikaf, iaitu berada di masjid
untuk memberi tumpuan
sepenuhnya beribadah
khusus kepada Allah swt.
Iktikaf membersihkan hati
dan akhlak kita, kerana kita
berdamping dengan rumah
Allah swt dan dapat tenang
bermuhasabah dan menilai
diri kita yang sering alpa dan
tergoda.
Semoga Ramadan pada tahun
ini merupakan Ramadan yang
terbaik buat kita dan lebih
baik dari tahun lepas. Hingga
pada akhir Ramadhan nanti,
kita akan mendapat rahmat
(belas kasih Allah swt),
maghfirah dan itqum
minannar (selamat dari api
neraka). Ya Allah terimalah
puasa, solat terawih,
qiamullail dan iktikaf kami di
bulan yang mulia ini. Ya
Allah, terimalah juga ibadah
dan taqarrub hati dan diri
kami kepada-MU. Amin.
Sabda Rasulullah saw bermaksud,
"Sesiapa yang mendirikan (solat
dan ibadah) di malam lailatul
qadar dengan penuh iman dan
mengharap ganjaran Allah,
diampunkan dosa-dosanya yang
telah lalu. Sesiapa yang berpuasa
Ramadhan yang Dirindui..
Imam Al-Ghazali membahagikan puasa kepada tiga tingkatan:
Puasa Umum - Puasa kebanyakan umat Islam yang sekadar mampu menghindarkan perut daripada
makan, minum dan menahan keinginan berjimak.
Puasa Istimewa (Puasa Khusus) - Puasa yang dapat memelihara mata, telinga, lidah, tangan dan
kaki daripada melakukan dosa selain menahan diri daripada perkara-perkara yang dilarang.
Puasa Paling Istimewa (Puasa Khusus Al-Khusus) - Merangkumi puasa umum dan puasa
istimewa. Disempurnakan pula dengan puasa hati daripada semua keinginan lahir dan batin. Inilah
puasa tertinggi kedudukannya di sisi Allah swt dan merupakan amalan para rasul, nabi, para sahabat,
para wali dan golongan ahli ibadah.
Sumber:Indahnya Hidup Bersyariat oleh Dato' Ismail Kamus dan Mohd Azrul Azlen Ab. Hamid.Terbitan Telaga Biru Sdn Bhd dan www.iluvislam.com.
Tingkatan Puasa
PENERBITAN BIL. (06) JULAI 2011
Bulan Ramadhan dianggap sebagai bulan „bonus' dari Allah swt sebagai rahmat bagi hamba-
hamba-Nya. Gandaan pahala di bulan dan ketika berpuasa adalah amat hebat. Ia berdasarkan
hadis Qudsi yang menyebut, "Setiap amalan anak Adam digandakan pahalanya kepada
10 hingga 700 kali ganda, maka berkata Allah swt: Kecuali puasa, sesungguhnya ia
adalah khas untuk-Ku dan Akulah yang akan membalas kebaikannya, mereka
meninggalkan makanan, minuman dan syahwat mereka (di siang hari) hanya kerana-
Ku" (Riwayat Al-Bukhari dan Muslim).
1. Berniat dalam hati untuk berpuasa di malam hari.
2. Bersahur di akhir malam (yang terbaik adalah jaraknya dengan azan subuh selama bacaan
50 ayat al-Quran secara sederhana).
3. Memperbanyakkan bacaan Al-Quran dengan tenang dan tidak tergesa-gesa.
4. Memperbanyakkan doa semasa berpuasa dan ketika hampir berbuka.
5. Menyegerakan berbuka puasa selepas pastinya masuk waktu maghrib.
6. Digalakkan untuk berbuka dengan beberapa biji rutab (kurma basah) atau tamar (kurma
kering) sebagai mengikuti sunnah Nabi saw dan jika tiada kedua-duanya, mulakan dengan
meneguk air.
7. Amat disunatkan untuk menyedekahkan harta bagi mempersiapkan juadah berbuka untuk
orang ramai terutamanya orang miskin.
8. Menunaikan solat sunat terawih pada malam hari secara berjemaah atau bersendirian.
9. Memperbanyakkan bersiwak (iaitu menggunakan kayu sugi tanpa air dan ubat gigi).
10. Memperbanyakkan beristighfar dan bertaubat memohon keampunan kepada Allah swt.
11. Memperbanyakkan melakukan amalan sunat lain seperti berqiamullail (solat sunat tasbih,
taubat, hajat, dan witir), solat sunat rawatib, berzikir, berselawat dan menghadiri majlis
ilmu.
12. Meninggalkan dan menjauhi segala perbuatan maksiat dan kemungkaran kerana ia boleh
menghapuskan ganjaran pahala berpuasa. Kawal diri dengan menjaga pancaindera,
membersihkan hati, menjaga pemikiran, sabar dan ikhlas dalam beribadat.
Sumber: www.zaharuddin.net
Mereka yang berpuasa akan mendapat
balasan syurga.
Doa orang yang berpuasa dimakbulkan
Allah swt.
Orang yang berpuasa mendapat dua
kegembiraan iaitu semasa berbuka dan
apabila bertemu dengan Allah pada hari
kiamat kelak.
Orang yang berpuasa mendapat
pemeliharaan Allah swt.
Mari Memaksimumkan Bonus
Ramadhan
Ganjaran Berpuasa Ramadhan Caption describing picture
Caption describing picture
“Kawal diri dengan
menjaga pancaindera,
membersihkan hati,
menjaga pemikiran,
sabar dan ikhlas dalam
beribadat.”
2 B i l . (06), Ju la i 2011
Orang yang berpuasa disertai dengan
menjauhi segala larangan semasa
berpuasa dan mengerjakan amal
ibadah sunat seperti bertahlil,
bertasbih dan seumpamanya akan
dibina mahligai yang indah di syurga.
Setiap kali sujud orang yang berpuasa
Ramadhan dikurniakan 1700
kebajikan, dibinakan mahligai di
syurga dan 70 000 malaikat memohon
keampunan baginya dari pagi hingga
petang.
Sumber: Amalan dan Kelebihan Rejab, Syaaban dan Ramadhan.
Oleh Ustaz Ahmad Zulaili Zamri. Terbitan Penerbitan Seribu Dinar
Sdn Bhd.
Manfaat Puasa dari Sudut Kesihatan
Kewajiban Zakat Fitrah
Puasa membantu detoksifikasi atau
pengeluaran toksik daripada badan dan
mencergaskan semula organ-organ utama
seperti hati, kelenjar pencernaan dan buah
pinggang. Peningkatan prestasi organ-
organ itu menunjukkan pencergasan
semula sudah berlaku. Apabila seseorang
yang menderita penyakit yang berkaitan
dengan buah pinggang, pencernaan dan
hati, dia boleh mempertimbangkan terapi
puasa asalkan dilakukan dengan
pengawasan doktor.
Puasa mencegah dan mengubati kesan
radikal bebas serta menangani penyakit
yang berpunca daripada nutrisi berlebihan.
Puasa juga dapat dimanfaatkan bagi
menangani penyakit-penyakit yang berikut
dengan pengawasan doktor seperti sakit
jantung, buah pinggang, barah, hipertiroid,
pelemakan hati, hepotitis kronik, darah
tinggi, kegemukan, kencing manis, masalah
pada prostat, asid di dalam urat yang
berlebihan dan kolestrol yang berlebihan.
Air kencing dan najis orang yang
berpuasa mengandungi toksik
organophosphate. Ini membuktikan puasa
membantu detoksifikasi. Ketika berpuasa,
toksik yang disimpan di dalam sel-sel
adipose atau lemak dikeluarkan dengan
pantas.
Bagi orang yang berpuasa, kekurangan
pengambilan makanan menyebabkan
metabolisme dan bekalan tenaga
menurun. Bagi memenuhi keperluan
tenaga, badan melakukan autolisis atau
pemecahan sel-sel. Oleh sebab sel lemak
adalah sel yang paling berkesan
menghasilkan tenaga, maka sel-sel lemak
dipecahkan terlebih dahulu. Sel lemak
mengandungi toksik seperti DDT. Apabila
sel pecah, toksik itu dikeluarkan daripada
tubuh. Inilah yang dinamakan proses
detoksifikasi.
Sumber: 365 Tip Sihat Gaya Rasulullah oleh Dr Mohammad Ali Toha.
Terbitan PTS Millenia Sdn Bhd.
matahari terbenam atau
anak yang dilahirkan
selepas matahari terbenam
malam satu Syawal itu
tidak wajib zakat fitrah
baginya.
Zakat fitrah wajib bagi seseo-
rang dan orang-orang yang
ditanggungnya sepert isteri-
nya, anak-anak yang belum
baligh dan ibu-bapanya. Jika
dia mempunyai masalah dan
tidak mampu membayar zakat
fitrah untuk dirinya dan tang-
gungannya, tanggungannya
boleh menunaikan zakat fitrah
untuk diri mereka dan juga
untuknya dengan keizinannya.
KADAR ZAKAT FITRAH
Kadar zakat fitrah yang wajib
dikeluarkan bagi setiap orang
ialah satu sa‟ atau 2.3 kg
Zakat fitrah adalah sebagai
penyuci orang yang berpuasa
dari perkataan keji dan buruk
yang mereka lakukan sewaktu
berpuasa dan untuk menjadi
makanan kepada orang yang
miskin.
SYARAT WAJIB ZAKAT
FITRAH
1. Islam.
2. Me mp uny a i s e s ua t u
(makanan, harta atau
wang) yang lebih dari
keperluan diri sendiri dan
keperluan orang yang di-
tanggung nafkahnya untuk
satu hari siang dan malam
Eidul Fitri.
3. Dapat menemui dua masa
iaitu akhir Ramadhan dan
awal Syawal. Orang yang
m e n i n g g a l s e b e l u m
makanan asas sesebuah
negeri di mana seorang itu
berada. Di Malaysia, makanan
asas adalah beras.
Mutiara Hadis
Nabi Muhammad saw
bersabda dalam hadis
berkenaan bulan
Ramadhan, yang antaranya
bermaksud: “…..Celakalah
seseorang yang apabila
masuk bulan Ramadhan,
dia berpuasa pada siangnya
dan solat pada malamnya,
kemudian apabila
meninggal tidak diampuni
dosanya dan masuk
neraka...” (Hadis sahih
riwayat Al-Bukhari).
3 B i l . (06), Ju la i 2011
MASA PEMBAYARAN ZAKAT FITRAH
Zakat fitrah boleh ditunaikan sepanjang bulan Ramadhan tetapi sebelum bermulanya solat Eidul Fitri. Jika ia dibayar selepas solat Eidul Fitri, ia akan menjadi sebagai sedekah biasa sahaja. Zakat fitrah di-tunaikan di tempat seseorang itu berada apabila tiba waktu Maghrib di akhir Ramadhan. Jika pada masa tersebut dia berada dalam perjalanan dan
tidak ada orang yang layak menerimanya, maka hendak-lah dikeluarkan zakat fitrah-nya apabila dia tiba di tempat yang ditujui itu.
Sumber:http://www.e-zakat.com.my.
Disunatkan berbuka dengan kurma kerana orang
yang berpuasa tidak makan selama 12 jam. Kurma
menyumbang tenaga serta merta kepada si
pemakan dan ini memudahkan seseorang beribadat
dan menunaikan sembahyang maghrib dan
terawih. Apabila badan segar dan bertenaga, ia
menghalang kita makan berlebihan mengikut
nafsu.
Kurma mengandungi sejenis bahan protein serta
garam galian yang menghentikan tindak balas luar
biasa yang dicetuskan oleh gluten dalam usus
kecil. Tindak balas itu jika dibiarkan boleh
membawa kepada pengeluaran sel darah putih
secara berlebihan.
Kurma juga merupakan penawar dalam perubatan
tradisional untuk mengatasi masalah insomnia.
Bagi mereka yang mengalami masalah batuk,
kurma sesuai untuk diamalkan kerana kandungan
gula dalam buah kurma bertindak menghilangkan
gatal-gatal dalam kerongkong sekaligus
menghentikan batuk.
Mengambil 100 g kurma boleh menurunkan kadar
kolesterol darah dengan mencegah penyerapan
lemak atau kolesterol dalam usus besar sehingga
kadar kolesterol darah menurun.
Kurma diakui sebagai buah berkhasiat dan
sebagaimana firman Allah swt, “Kemudian Kami
tumbuhkan kerananya kebun kurma dan anggur
untuk kamu. Di sana kamu memperoleh buah-
buahan yang banyak dan sebahagiannya untuk
kamu makan.” (Al-Mukminun:19).
Umat Islam digalakkan berbuka dengan kurma
bersandarkan sabda Rasulullah saw yang
bermaksud, “Rumah yang tiada kurma seperti
rumah yang tidak mempunyai makanan.”
Kulit kurma yang mengandungi serat amat baik
untuk mencegah barah usus besar kerana ia
melawaskan. Sementara kandungan vitamin A dan
C kurma amat tinggi dan banyak mengandungi
potasium yang diperlukan oleh badan untuk sistem
saraf. Susu, yogurt dan makanan laut juga
mengandungi potasium tetapi jumlahnya sedikit.
Pengambilan potasium yang berlebihan tidak
mengumpul toksik di dalam badan dan tidak
memudaratkan. Sebaliknya, ia merangsang selera
makan bagi yang berpenyakit serta bagus untuk
golongan yang mengalami sembelit, lemah otot,
sengal badan, letih, lesu, mengalami tekanan serta
menguatkan daya ingatan.
Mengikut pendapat pakar perubatan, kurma kaya
dengan unsur zat besi dan kalsium sesuai untuk
wanita sama ada semasa hamil atau selepas
bersalin.
Khasiat Kurma
Khasiat kurma telah terbukti dalam membantu
memanaskan badan, mencergaskan otak dan tubuh
serta mencergaskan minda dan membantu
tumbesaran kanak-kanak. Ia juga membantu
melicinkan perjalanan darah dan menghindarkan
daripada penyakit barah, merawat buah pinggang
dan mencuci hati.
Kalium yang terdapat dalam kurma membantu
jantung untuk bekerja secara teratur,
mengaktifkan kontraksi otot dan membantu
mengatur tekanan darah, dan ini sangat baik untuk
membantu mereka yang mengalami hipertensi
(tekanan darah tinggi).
Vitamin A dan niasin dalam kurma membantu dalam
membentuk dan memelihara kulit agar tetap sihat.
Tanin yang tinggi dalam kurma bekerja secara
perubatan sebagai agen pembersih di dalam tubuh.
Salsilat dalam kurma berfungsi untuk
mengurangkan dan menghilangkan rasa sakit atau
demam, serta sebagai anti-keradangan dan anti-
kesakitan dan mencegah pembekuan darah.
Sumber: http://kehidupandimekah.blogspot.com dan http://hasbiedaud.wordpress.com
Risalah ini diterbit dan diedarkan oleh Biro Dakwah dan Penerbitan, PKKIM Sesi 2010/2012