Upload
others
View
14
Download
0
Embed Size (px)
Citation preview
Ramadan yang dinanti sudah menjelma. Alhamdulillah, kita diberi peluang untuk mengutip mutiara ibadah di bulan yang penuh dengan keberkatan ini.
Golongan salafussoleh sentiasa menanti-nanti kehadiran Ramadhan dengan persiapan di dada. Lantas, hadirnya Ramadan disambut bagaikan menyambut tetamu yang mulia.
Ramadan hadir lengkap dengan pakej tawaran yang tidak ternilai harganya. Sudahlah datang sebagai tetamu, dibawa pula tawaran keampunan serta ganjaran pahala melimpah ruah.
Rasulullah SAW bersabda:
Maksudnya: Telah datang kepadamu bulan Ramadan, di mana Allah melimpah ruahkan di dalamnya keberkatan, menurunkan rahmat, mengampuni dosamu, memakbulkan doa kamu”-(HR Tabrani)
Sekiranya manusia tahu akan betapa besarnya ganjaran di bulan Ramadan ini, sudah pasti mereka mengharapkan Ramadan ini disambut sepanjang tahun.
Buletin Khas sempena Ihya’ Ramadan Kementerian Pendidikan Malaysia 1434 H
EDISI 1/2013
FORUM BICARA
WAHYU
Tuhanku:
Kudamba Rahmat-Mu
Tarikh:
12 Julai 2013M / 3 Ramadhan 1434H
Ahli Panel:
Ustaz Nidzam bin Ab Kadir (UIAM)
Ustazah Dr. Nik Salida Suhaila bt Nik
Salleh (USIM)
Moderator: Ust Zulkefli b Hamat
Warga KPM dijemput hadir
SYIAR RAMADAN
Justeru, Program Ihya’ Ramadan Kementerian Pendidikan Malaysia telah dirancang dengan pengisian terbaik untuk santapan jiwa dan rohani.
Antaranya:
Majlis Bicara Wahyu
Tazkirah
Tadarus al-Qur’an
Majlis Khatam Al- Qur’an dan Ifthar Jamaie KPM
Tabung Ihya’ Ramadan
Buletin Syiar Ramadan
Ramadan..datangnya dinanti, tibanya dirai, perginya ditangisi.
Selamat berpuasa dan menjalani ibadah
AHLAN YA RAMADAN
Tabung Ihya’ Ramadan KPM
telah pun dilancarkan pada
28 Jun yang lalu sewaktu
Majlis Bicara Wahyu KPM.
Kutipan tabung tersebut
dilaksanakan melalui
Bahagian KPM dan akan
diserahkan kepada urusetia
induk iaitu Bahagian
Pendidikan Islam, KPM.
Hasil kutipan akan
diserahkan kepada anak-
anak yatim dan pelajar yang
kurang berkemampuan
pada Majlis Ifthar KPM
2 Ogos 2013
1 Puasa menimbulkan keinsafan dan
perasaan bertimbang rasa
2 Puasa melahirkan jiwa yang selalu
taat kepada Allah
3
Puasa dapat melahirkan rasa
perihatin terhadap insan yang
sentiasa diuji dengan kelaparan
PUASA TERAPI JIWA
4 Puasa melatih diri dengan sifat
sabar dengan ujian selain menguji
ketahanan diri.
HADIS PILIHAN
Page 2
SIDANG EDITORIAL:
Penasihat:
Tn Hj Abdullah b Md Din
Pengarah
Bahagian Pendidikan Islam KPM
Pengerusi:
Pn Hjh Kamariah Bt Isa
Timb Pengarah,
Pengurusan Dakwah dan Syiar
Islam
BPI KPM.
Ketua Editor:
Tn Hj Mohamad Zaki b Husin
Ketua Sektor Dakwah &
Kepimpinan
BPI KPM
Pen. Ketua Editor :
Tn Hj Mohamed Nor b Hj Salleh
Ketua Sektor Pembangunan Akhlak
dan Syiar Islam, BPI KPM
Editor:
Tn Hj Arifuddin b Abd Hamid
Ust Ahmad Zulfakor b Darusa
Ust Mohd Sayuti b Omar
Ust Mohd Zamri b Mohd Noor.
Penulis:
Ust Ruzain Syukur b Mansor
Wartawan:
Ust Hairon b Zainal Abidin
Ust Abd Rahman b Che Soh
Ust Alhuzaee b Sulaiman
Ust Mohd Hamidi b Zakaria
Rasulullah SAW bersabda: Sesiapa yang berpuasa
Ramadan dengan penuh keimanan , mengharap
balasan daripada Allah, diampunkan dosa-dosanya
yang lalu” -Riwayat Bukhari
Imam al-Ghazali membahagikan puasa kepada 3 tingkat:
PUASA UMUM
Puasa kebanyakan umat Islam-Hanya berlapar dan dahaga
PUASA ISTIMEWA (Puasa Khusus)
Puasa yang dapat memelihara mata, telinga, lidah, tangan
Dan kaki daripada melakukan dosa
PUASA PALING ISTIMEWA (Puasa Khusus al-Khusus)
Merangkumi puasa umum dan puasa istimewa.
Disempurnakan dengan puasa hati daripada keinginan lahir
dan batin. Inilah tingkatan puasa tertinggi kedudukannya di
sisi Allah. Ia amalan puasa para rasul, nabi, para sahabat,
Apa khabar puasaku? Mungkin suatu soalan biasa tetapi bisa menggetar-
kan jiwa jika dihayati dengan iman
di dada.
Apakah ada keinginan untuk men-
capai puasa kelas istimewa?
Atau hanya selesa berpuasa cukup
dengan lapar dahaga menanti
waktu berbuka?
Jika kita ingin mencapai tingkatan
puasa terbaik, rasailah indahnya
puasa berbekalkan ilmu di dada.
Lapar dan dahaga berpuasa
balasannya pasti syurga
APA KHABAR PUASAKU?
EDISI 1/2013
RAMADAN BULAN
AL-QUR’AN
S a l m a n a l - F a r i s i meriwayatkan: Dalam sebuah had i s yang panjang, Rasulullah SAW berkhutbah di hadapan kami pada akhir bulan S y a a b a n . B a g i n d a berpesan:
“ Wahai umat manusia, sesungguhnya kami naungi bulan yang mulia lagi diberkati kerana Ramadan itu adalah bulan kesabaran dan sabar itu balasannya adalah syurga. Ramadan juga adalah bulan yang padanya ditambah Allah rezeki orang Mukmin.
Barangsiapa yang mem-beri makan kepada orang yang berbuka puasa pada bulan ini, adalah baginya pahala seperti memerdekakan seorang hamba dan dosa-dosanya pula di ampun-kan”
Jelas kepada kita betapa b e s a r n y a p a h a l a bersedekah pada bulan Ramadan ini. Justeru, pilihlah untuk memberi kerana dengan memberi kita akan diberkati.
Kemudian tentera Islam yang dipimpinnya terus berperang dan berjaya me rampa s be n t e ng Shafad yang kuat. Peristiwa ini berlaku pada pertengahan Ramadan.
Kita dan Mereka.
Kita hanya berlapar dan dahaga ketika berpuasa, tetapi mereka menyeka peluh dan darah demi agama.
Pada tahun 584 Hijrah, Sallahudin al-Ayyubi men-galahkan tentera Salib d a n m e m b e b a s k a n sebahagian besar negeri yang pernah dikuasai tentera Salib. Ketika tiba Ramadan, penasihatnya menyarankan agar beliau berehat.
Tetapi Sallahuddin menja-wab “ Umur itu pendek dan sentiasa mengancam”
Kita hanya menahan lapar dan dahaga ketika berpuasa, tetapi mereka menahan kesakitan di-tusuk panah demi menjaga kemaslahatan ummah
Kita hanya menunggu waktu berbuka, tetapi m e re ka m e nunggu hadirnya musuh dengan d e n g a n p e n u h waspada .
Ramadan Menyubur Amalan Sedekah
PUASA KITA DAN MEREKA.
Antara amalan yang sangat
digalakkan di dalam bulan
Ramadan adalah membaca al
-Qur’an. Apatah lagi jika ia
dibaca secara beramai-ramai
(tadarus) bersama teman di
pejabat mahupun di masjid.
Antara adab membaca al
-Qur’an:
1. Sunat membaca dalam
keadan berwuduk.
2. Membaca dengan tartil
(perlahan-lahan)
3. Membaca dengan penuh
rasa tawaduk .
4. Membaca terjemahan
ayat supaya memahami
dan menghayati isi
kandungan ayat yang
dibaca.
5. Memahami sebab ayat
diturunkan (asbab nuzul).
Allah berfirman dalam
surah al-Baqarah ayat
185:
Maksudnya:
“Bulan Ramadan yang
diturunkan padanya
al-Qur’an sebagai
petunjuk kepada manusia
dan penerangan tentang
petunjuk dan pembeda
antara hak dan batil.
Maka barangsiapa yang
menyaksikan di antara
kamu anak bulan, maka
hendaklah dia berpuasa”
Soalan: Ustaz, apakah
yang dimaksudkan dengan
melewatkan sahur?
Jawapan: Lewat sahur ini
sekitar 10 hingga 30 minit
sebelum masuk waktu
solat Subuh. Ini berdasar-
kan hadis Rasulullah SAW
berhenti bersahur pada
kadar membaca 50 ayat al-
Qur’an.-Riwayat al-Nasai’
TIP SEMPURNAKAN PUASA
Jangan tinggalkan sahur. Bukan
sekadar makan tetapi beroleh
pahala.
Berbuka apabila terbenam
matahari, teruskan dengan
solat Maghrib.
Berdoa di waktu berbuka,
banyakkan bertaubat dan men-
jauhi perkara dimurkai Allah.
Menahan lidah dari berkata
dusta dan tidak bermanfaat.
Ringankan tangan, banyakkan
membantu orang yang dalam
kesusahan
Menggunakan masa untuk
mendalami ilmu-ilmu agama
Memelihara jiwa dari penyakit
hati seperti dengki, bongkak,
takabbur, riak.
Menjaga sumber makanan.
Pastikan halal lagi baik.
ADAB-ADAB MEMBACA
AL-QUR’AN
Tajuk : Ramadan Terakhir Penulis :Hisham AR
Penerbit : Galeri Ilmu Harga : RM 19.00
Karya dakwah santai ini membicarakan mengenai penghayatan Ramadan daripada sisi seorang hamba.
“Berpuasa bukan hanya pada lapar dan dahaga, tetapi berusaha sedaya upaya merebut pelbagai ganjaran hebat”
Penulis menggarap frasa indah penuh dengan nasihat dan pesanan yang mudah difahami. Penulis mengungkapkan mutiara ilmu sebagai persediaan menyambut Ramadan, panduan berpuasa serta menyingkap apakah hasil daripada tarbiah universiti Ramadan.
“Ramadan terakhir berkongsi kisah-kisah santai kehidupan dalam perjalanan menuju destinasi akhir di akhirat nanti”-Penulis
Milikilah buku ini. Hadamkan isinya. Kongsilah manfaatnya bersama ahli keluarga. Selamat membaca!
PELANCARAN
TABUNG IHYA’ RAMADAN KPM
Tabung Ihya’ Ramadan KPM telah dilancarkan oleh Tuan Haji Abdullah
b Md. Din Pengarah Bahagian Pendidikan Islam KPM pada 28 Jun yang
lalu. Warga KPM boleh menyumbang kepada tabung tersebut melalui
Bahagian masing-masing. Hasil kutipan tersebut akan didermakan
kepada pelajar yang kurang berkemampuan sempena Majlis Ifthar
KPM pada 2 Ogos 2013. Marilah kita merebut peluang saham akhirat
buat menambah bekalan untuk ke sana.
No Program Tarikh/Tempat
1 Tadarus al-Quran Setiap hari bekerja sepanjang
Ramadan di
Bahagian KPM
2 Majlis Iftar Jamaie KPM 2 Ogos 2013/ 24 Ramadan 1434 H
Dewan Serbaguna,
Aras 9, E12, KPM
3 Forum Ihya’ Ramadan
Tuhanku: Ku Damba
Rahmat-Mu
Ahli Panel:
Ustaz Nidzam bin Ab
Kadir (UIAM)
Ustazah Nik Salida
Suhaila bt Nik Salleh
(USIM)
Moderator:
Ust Zulkefli b Hamat
12 Julai 2013/
3 Ramadan 1434 H
Dewan Serbaguna,
Aras 9, E12, KPM
4 Majlis Bicara Wahyu
Khas Ramadan
Masjid Lesu, Pasaraya
Diserbu
19 Julai 2013/10
Ramadan 1434 H
Auditorium KPM
5 Tazkirah Ramadan Setiap hari bekerja
15 minit sebelum/
selepas solat Zohor
6 Tabung Ihya’
Ramadan
Pelancaran :
28 Jun 2013
Agihan:
2 Ogos 2013
Buletin Syiar Ramadan akan
menemui anda sebanyak 4
siri sepanjang Ramadan. Sila
emelkan sebarang maklum
balas dan cadangan membina
kepada :
bagi tujuan penambahbaikan
Ihya’ Ramadan @ KPM
BINGKISAN MINDA
Sebarang pertanyaan mengenai Ihya Ramadan sila
berhubung dengan Ustaz Abd Rahman Bin Che Soh
01993904400